Dilatih jadi pemikir

6
Dilatih jadi pemikir Katanya, bagi melahirkan guru berkemahiran abad ke-21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, mereka perlu dilatih menjadi pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai usahawan. “Dalam dunia kompetitif hari ini, kelebihan daya saing terletak kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan imiginatif,” katanya merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Malaysia Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini, semalam. Muhyiddin berkata, kemahiran berfikir, pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi serta keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik serta mampu berfikir secara mencapah (divergent thinking) bagi menerokai kebenaran. Katanya, dalam konteks pembangunan kerjaya guru, ia merentasi beberapa laluan dengan kemajuan dinilai berasaskan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata. Sistem perlu mekanisme Muhyiddin juga berkata, sistem pendidikan negara perlu mempunyai mekanisme untuk menentukan guru yang dilahirkan benar-benar kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan.

description

sejarah

Transcript of Dilatih jadi pemikir

Page 1: Dilatih jadi pemikir

Dilatih jadi pemikirKatanya, bagi melahirkan guru berkemahiran abad ke-21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, mereka perlu dilatih menjadi pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai usahawan.“Dalam dunia kompetitif hari ini, kelebihan daya saing terletak kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan imiginatif,” katanya merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Malaysia Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini, semalam. Muhyiddin berkata, kemahiran berfikir, pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi serta keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik serta mampu berfikir secara mencapah (divergent thinking) bagi menerokai kebenaran.Katanya, dalam konteks pembangunan kerjaya guru, ia merentasi beberapa laluan dengan kemajuan dinilai berasaskan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata.Sistem perlu mekanismeMuhyiddin juga berkata, sistem pendidikan negara perlu mempunyai mekanisme untuk menentukan guru yang dilahirkan benar-benar kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan.Katanya, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, iaitu satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.Bagi melaksanakannya, beliau berkata, kementerian perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru cemerlang.

Page 2: Dilatih jadi pemikir

Langkah pertama ialah pengurusan masa instruksional guru iaitu tanggungjawab dan amanah seorang guru sebagai pendidik. Contohnya guru perlulah masuk ke kelas tepat pada masanya dan memastikan masa pdp di dalam kelas digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pelajar. Hal ini, bukan sahaja dapat mendisplin guru dalam kepentingan masa malah turut mendisplinkan pelajar juga kerana mempunyai guru sebagai rol model yang cemerlang.

Langkah yang pertama ialah meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan . Contohnya , syarat kemasukan ke latihan perguruan perlu diperketatkan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.

Tidak lain tidak bukan cubalah menaiktarafkan daya upaya guru itu sendiri. Tonggak gagal jaya sistem pendidikan ialah guru. Justeru misi sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk mentransformasi setiap murid kepada insan mulia

Page 3: Dilatih jadi pemikir

berketrampilan sebagaimana yang dinyatakan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka guru wajib berperanan sebagai agen transformasi insan. Dalam masa yang sama, lantaran murid yang hendak ditransformasikan itu memiliki emosi, jiwa dan kalbu, maka guru harus mampu menyentuh emosi, jiwa dan kalbu muridnya. Hanya guru yang penyayang yang dapat menyempurnakan tanggungjawab ini. Guru transformatif serta penyayang tersebut tidak terbentuk dengan sendirinya. Mereka mesti dibentuk menerusi program pendidikan dan latihan guru yang sistematik lagi berterusan. Oleh itu kurikulum pendidikan dan latihan guru hendaklah bertunjangkan pembinaan guru berwatak profesional keguruan, guru transformatif dan guru penyayang.

Langkah pertama ialah guru harus mengamalkan kemahiran profesional. Guru merupakan tenaga ikhtisas yang penting dalam pembangunan sekolah. Oleh itu, guru harus memiliki kecerdasan minda dan juga kemahiran profesional. Ini adalah untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dicapai. Hal ini juga selaras dengan

Page 4: Dilatih jadi pemikir

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Dr.Ragbir Kaur, peranan ini penting bagi membawa pendidkan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.Dengan ini, guru dapat melahirkan pelajar yang memiliki daya berfikir yang tinggi untuk membangunkan modal insan. Guru juga harus mempunyai latihan dan program pendidikan yang berkualiti tinggi. Hal ini dapat menjadikan guru sebagai satu profesion yang berkelas dunia.

. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarn

 Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu

Page 5: Dilatih jadi pemikir

adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar.

Seseorang profesional hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.