EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

19
1.0 PENDAHULUAN Terdapat tiga tugasan yang perlu dilakukan dalam kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106). Tugasan pertama ialah esei berkenaan pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Penekanan akan diberikan kepada empat elemen yang dikehendaki dalam tugasan iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahanpengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah serta pentaksiran dan penilaian prestasi pelajar. Tugasan kedua pula merupakan tugasan secara kumpulan bertiga. Satu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 30 minit mengikut subjek major kami iaitu Matematik perlu disediakan. Kami juga perlu melaksanakan RPH tersebut dalam bentuk main peranan. Akhir sekali, kami diminta menyediakan sebuah laporan tentang penggunaan kaedah, strategi, aktiviti dan bahan yang telah digunakan dalam RP. Kami juga perlu menyatakan implikasi dan pembelajaran ilmu baharu yang diperolehi semasa melaksanakan pengajaran. Diharapkan tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki.

description

EDU 3106

Transcript of EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 1: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

Terdapat tiga tugasan yang perlu dilakukan dalam kerja kursus Budaya dan Pembelajaran

(EDU 3106). Tugasan pertama ialah esei berkenaan pembinaan persekitaran bilik darjah mesra

budaya. Penekanan akan diberikan kepada empat elemen yang dikehendaki dalam tugasan

iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahanpengajaran dan pembelajaran,

pengurusan bilik darjah serta pentaksiran dan penilaian prestasi pelajar.

Tugasan kedua pula merupakan tugasan secara kumpulan bertiga. Satu set Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) 30 minit mengikut subjek major kami iaitu Matematik perlu

disediakan. Kami juga perlu melaksanakan RPH tersebut dalam bentuk main peranan.

Akhir sekali, kami diminta menyediakan sebuah laporan tentang penggunaan kaedah,

strategi, aktiviti dan bahan yang telah digunakan dalam RP. Kami juga perlu menyatakan

implikasi dan pembelajaran ilmu baharu yang diperolehi semasa melaksanakan pengajaran.

Diharapkan tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Page 2: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

2.0 ESEI – PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Pengajaran dan pembelajaran umumnya berlaku di bilik darjah. Menurut Ee Ah Meng

(1994), bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar

oleh seseorang guru. Jika seseorang guru hanya mengajar untuk menyampaikan ilmu,

maka semua guru mampu berbuat demikian. Namun, sejauh mana keberkesanan sesi

PdPnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor ini akan dirangkumkan sekali

dalam konteks persekitaran bilik darjah yang akan dibincangkan dalam esei ini. Maka,

apakah yang dimaksudkan dengan bilik darjah mesra budaya?

Perkataan mesra amat sinonim dengan keharmonian dan keselesaan dengan

seseorang atau sesuatu situasi. Mesra juga boleh dikaitkan dengan rasa kebersamaan

dalam satu kelompok. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa, kemesraan

tidak akan terjalin tanpa wujudnya aktiviti sosial atau interaksi antara guru-murid dan

murid-murid.

Manakala, Noriati A. Rashid (2014), menakrifkan budaya sebagai sesuatu nilai

amalan dan perlakuan yang diterima oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi

kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.

Dengan wujudnya murid-murid daripada pelbagai latar belakang keluarga dan

perbezaan perkembangan, maka budaya bagi setiap murid mungkin berbeza dengan

yang lain. Guru perlu bijak menimbulkan kemesraan antara budaya ini agar tidak berlaku

pertembungan yang kontra sehingga membuatkan suasana harmoni dan selesa tidak

dapat dihasilkan.

Oleh hal yang demikian, kita boleh membuat kesimpulan asas bahawa

persekitaran mesra budaya adalah bilik darjah yang selesa, kondusif, damai dan

tenteram untuk menjalankan proses PdP tanpa menafikan hak-hak kesamarataan, murid

yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina dan kepeluan masing-masing. Guru

perlu mengambil kira akan kepelbagaian budaya dalam bilik darjah tersebut. Setiap

perkara yang dirancang oleh guru perlu mempunyai inisiatif untuk merangsang murid

menjadi peka kepada budaya, saling hormat-menghormati dan dapat bergaul mesra

tanpa mengira perbezaan mereka. Terdapat empat factor yang akan dibincangkan bagi

mewujudkan persekitaran mesra budaya iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan

Page 3: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan

pentaksiran dan penilaian murid.

2.1 Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan sekiranya tiada aktiviti

yang dilakukan. Pada zaman penduduk Tanah Melayu baru berjinak-jinak dengan

pembelajaran secara formal di sekolah, pengajaran secara tradisional diamalkan.

Menurut Ee Ah Meng (1994), susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah tradisional

adalah secara baris demi baris. Susunan sebegini dianggap sesuai kerana pendekatan

pengajaran adalah berpusat kepada guru, iaitu penglibatan murid-murid dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran tidak digalakkan.

Kini, seiring peredaran zaman, apabila kerajaan Malaysia menyedari pentingnya

system pendidikan untuk melahirkan anak murid yang mampu berfikir jauh dan lebih

berdaya saing, perubahan kepada kurikulum pelajaran diubah suai kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru, Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Kurikulum baru ini lebih mementingkan pendekatan yang berpusatkan

murid. Hal ini adalah bagi memastikan perkembangan murid-murid berlaku dengan

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dituntut dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seperti yang telah dinyatakan dalam definisi persekitaran mesra budaya,

interaksi atau aktiviti social perlu berlaku bagi merujudkan persekitaran yang mesra

budaya. Maka pendekatan berpusatkan murid sangat memenuhi kriteria pembinaan

persekitaran mesra budaya ini. Namun, aktiviti-aktiviti tersebut perlulah dirancang

dengan mengambil kira perbezaan murid kerana setiap murid berbeza cara

pembelajarannya dan kecerdasannya. Guru tidak boleh merancang setiap aktiviti

tertumpu kepada sesuatu kriteria sahaja kerana ianya akan mengundang kebosanan

murid yang tiada kelebihan padanya.

Menurut David C. Mims (2013), Neil Fleming telah mengatakan bahawa terdapat

empat gaya pembelajaran dalam model VARK atau Visual, Audio, Writing and Kinestatic

Learners. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Murid tersebut

mungkin cenderung mengguanakan penglihatannya, pendengarannya, penulisan atau

Page 4: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

gerak tubuhnya untuk belajar dengan lebih berkesan kepada gaya pembelajarannya.

Medeline Hunter (1994) pula menyatakan bahawa pemerolehan konsep dan

generalisasi perlu dimulakan dengan penglihatan dan manipulasi bahan-bahan konkrit.

Sedangkan konkrit telaj pun merangkumi penggunaan pelbagai deria di dalamnya.

Jika Neil Fleming membicarakana perihal gaya pembelajaran, Howard Gardner

pula mengemukakan kepelbagaian kecerdasan yang ada pada murid-muroid. Boleh

dikatakan bahawa kecerdasan ini akan menjadi kelebihan murid-murid. Apabila guru-

guru merancang aktiviti yang merangkumi aspek kecerdasan mereka, mereka menjadi

lebih bersemangat untuk menunjukkan kelebihan mereka. Tambahan pula, aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berdasrkan kepelbagai kecerdasan ini

akan memberikan kelebihan kepada guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran

yang lebh efektif seperti yang telah dinyatakan oleh James Bellanca (1997) dalam

bukunya “Multiple Assessments for Multiple Intelligences”.

‘The process approach of multiple intelligences instruction calls for active and authentic

learning that engages all students in the construction of their learning’.

Rahil Mahyudin (2008), menyatakan bahawa Howard Gardner berjaya mengenal

pasti tujuh jenis kecerdasan iaitu linguistik, logical matematikal, ruang, muzikal,

kinestetik interpersonal dan intrapersonal :

a) Kecerdasan linguistik

bermakna kebolehan menggunakan bahasa secara cekap. Gardner

menganggap bahasa sebagai contoh yang terbaik untuk menerangkan tahap

kecerdasan. Contoh tingkah-laku yang menunjukkan kecerdasan linguistik ialah

berhujah dengan meyakinkan, menulis puisi, sensitif dengan perbezaan halus

dalam makna perkataan.

b) Kecerdasan logik-matematik

menunjukkan kebolehan menaakul secara logik dalam matematik dan sains.

Contoh tingkah laku bagi kecerdasan ini adalah menyelesaikan masalah

matematik dengan cepat, menghasilkan bukti matematik, membentuk dan

mengkaji hipotesis tentang fenomena yang diperhatikan.

c) Kecerdasan ruang

adalah kebolehan mengesan perincian dalam sesuatu yang diperhatikan serta

berimaginasi dan boleh memanipulasi objek visual dalam minda. Kecerdasan ini

Page 5: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

dikaitkan dengan otak kanan. Contoh tingkah laku kecerdasan ini adalah

menjelmakan imej mental dalam minda, melukis sesuatu reka bentuk visual

untuk sesuatu objek.

d) Kecerdasan kinestatik

adalah kebolehan menggunakan tubuh badan dengan mahir. Gardner telah

mengenal pasti kawalan pergerakan badan dan kebolehan mengendalikan objek

dengan mahir sebagai operasi teras. Contoh tingkah laku kecerdasan kinestatik

adalah menari, bermain bola jarring, berlakon dan berenang.

e) Kecerdasan intrapersonal

adalah satu kebolehan menyedari perasaan diri, motif, kehendak,

mendiskriminasi antara perasaan dan meluahkan perasaan. Contoh tingkah laku

kecerdasan ini adalah mendiskriminasi antara emosi (kesal dan sedih),

mengenal pasti motif tingkah laku seseorang, menggunakan pengetahuan

tentang diri untuk berhubung dengan orang lain secara berkesan.

f) Kecerdasan interpersonal

adalah kebolehan mengesan aspek-aspek tingkah laku orang lain dan

memahaminya. Ini membolehkan seseorang itu menyesuaikan dirinya dengan

orang lain. Contoh tingkah lakunya adalah mengetahui perasaan orang lain,

mengesan niat dan kehendak orang lain, menggunakan pengetahuan tentang

orang lain untuk mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku diri.

Berdasarkan ketujuh-tujuh definisini ini guru boelh merancang aktiviti yang

mempunyai lebih daripada satu unsur kecerdasan. Seboleh-bolehnya, aktiviti yang

dirancan perlulah melibatkan kerjasama antara murid-murid. Aktiviti pertama yang boleh

dirancang adalah pameran. Murid-murid akan membuat kajian tentang sesuatu topic

dan menyediakan sebuah pameran utnuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari.

Dalam menjayakan pameran ini, sudah tentu akan berlaku banyak interaksi anatar

murid. Guru juga boleh menjadikan pameran sebagai wasilah untuk mendapatkan kredit

tambahan atau kerja kurikulum. Sebagai contoh, murid-murid diminta untuek membuat

kajian tentang makanan tradisi bagi setiap kaum dan mempersembahkannya dalam

bentuk poster.

Selain itu, guru juga boleh menjadikan persembahan sebagai aktiviti. Murid-

murid akan mempersembahkan kepelbagaian ada bakat mereka kepada rakan-rakan,

Page 6: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ibu bapa dan murid dari kelas lain. Murid-murid akan mempunyai peluang untuk

berkongsi budaya mereka dengan pihak lain. Persembahan perlu melibatkan semua

murid. Sebagai contoh, guru boleh memberikan tugasan kepada murid-murid untuk

melakonkan cerita rakyat seperti Si Tenggang yang mempunyai banyak unsur

pengajaran.

Di samping itu, murid boleh ditugaskan untuk menghasilkan apa-apa reka cipta

berdasarkan unit yang dipelajari. Reka cipta sebegini amat berkesan untuk mendidik

murid membuat hubung jalin antara konsep-konsep yang diplejari. Pembelajaran ‘learn-

by-do’ sebegini amat efektif jika dihubungkan dengan jurnal dan pameran kerana

mereka akan lebih memahami konsep-konsep yang digunakan dalam reka cipta mereka

sendiri. Aktiviti reka cipta digalakkan utnuk dilakukan dalam bentuk kumpulan. Antara

conth reka cipta adalah membina buku cerita kanak-kanak.

2.2 Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran turut membawa kesan kepada keberkesanan

kepada sesi PdP.Hal ini disebabkan, bahan-bahan ini sering mempunyai input-input

penting berkenaan konsep yang perlu dipleajari. Segala bahan yang digunakan dalam

semasa pengajaaran perlu disediakan dan dikumpul secukupnya sebelum memulakan

tugas mengajar. Amalan yang bijak adalah menyediakan bahan tambahan. Ini tidak

merugikan kerana bahan yang tidak digunakan boleh diubah suai dan diperkenalkan

dalam pelajaran yang berikutnya. Menurut Noriati A. Rashid (2014), bahan pengajaran

digunakan supaya dapat :

a) Merangsang pembelajaran

b) Mengekalkan minat

c) Boleh menambah kepelbagaian dalam pelajaran

d) Menggambarkan hubung kait antara subjek

Namun, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membantu

PdP guru sekiranya ianya tidak membawa kesan kepada murid. Medeline Hunter (1994)

telah memberikan teknik untuk menjadikan bahan pengajaran lebih bermakna :

1. Guru mesti menguji pemahaman mereka dengan konsep yang ingin diajar dengan

mencipta permasalahan yang melibatkan konsep tersebut dan segala yang relevan.

Page 7: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

2. Guru perlu mengaitkan pengajaran pada hari tersebut dengan kehidupan seharian

pelajar.

3. Murid perlu digalakkan untuk membina makna mereka sendiri dengan memberikan

contoh daripada kehidupan seharian mereka yang berkaitan konsep yang mereka

sedang pelajari.

4. Murid boleh menterjemahkan secara visual untuk menunjukkan apa yang mereka

faham.

5. Murid perlu mampu untuk menimbulkan situasi, ekserimen atau persamaan

menggunakan maklumat yang releven dan menganggarkan jawapan yang releven.

Jika dilihat pada teknik-teknik yang diberikan oleh Medeline Hunter, bahan bantu

belajar akan jadi lebih bermakna sekiranya digabungkan dengan aktiviti yang sinonim

dengan kebiasaan mereka. Terdapat banyak bahan bantu belajar yang boleh diguna

pakai dalam PdP, antaranya buku teks. Sering kali bahan pengajaran diambil daripada

buku teks yang ditetapkan. Lazimnya, guru perlu mendapatkan petunjuk dan maklumat

tambahan daripada bahan bercetak lain yang tidak didapati oleh pelajar. Selain itu,

dalam penggunaan buku teks ini, guru perlu menerapkan pelbagai mata pelajaran

merentasi kurikulum. Aktiviti yang guru boleh jalankan untuk menggunakan buku teks

adalah dengan membina pengurusan grafik. Guru meminta murid-murid untuk sama-

sama menyusun maklumat-maklumat yang ada dalam buku teks yang ditentukan

halamannya ke dalam pengurusan grafik.

Selain itu, guru juga boleh memberikan bahan edaran kepada murid-murid.

Bahan tambahan perlu disediakan apabila buku teks tidak meliputi setiap topik dalam

sukatan peperiksaan. Guru mesti membuat kajian berkaitan bahan yang diperlukan,

mengumpul nota untuk dibuat salinan dan mengagihkannya kepada pelajar. Bahan

edaran juga boleh digunakan sebagai ringkasan pelajaran. Kualiti bahan edaran adalah

seperti kejelasan, isi dan penyampaian.

Di samping itu, guru juga boleh mengguanakan surat khabar sebagai bahan

bantu belajar. Pelajar memeng seronok apabila dapat lepas daripada rutin kerana

tertarik pada penggunaan bahan lain daripada buku teks yang disediakan . Akhbar

adalah alat bantu mengajar yang murah dan berkesan. Guru mungkin boleh

memberikan tugasan membina buku skrap daripada keratan akhbar. Untuk membuatnya

Page 8: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

lebih menarik perhatian, guru boleh membuat pertandingan untuk menentukan biku

skrap terbaik.

3.0 Pengurusan bilik darjah

Dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu

meminimumkan risiko berlakunya ketidakselesaan. Hal ini adalah bagi mengelakkan

timbulnya masalah disiplin yang akan mengganggu keharmonian bilik darjah. Perkara

paling asas yang perlu dititikberatkan oleh guru adalah bilik darjah yang kondusif yang

amat berkaitan dengan perngurusan bilik darjah. Menurut Noriati A. Rashid (2014),

terdapat tujuh aspek yang perlu diambil kira dalam pengurusan bilik darjah iaitu pelan

lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi dan meja murid,

susunan perabot dan peralatan, hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan serta ruang

dan sudut multimedia.

Dalam pengurusan bilik darjah yang dinyatakan oleh beliau, factor yang paling

penting yang membawa kesan kepada penerimaan budaya antara satu sama lain

adalah susun atur kerusi dan meja murid. Susun atur meja dan kerusi akan membawa

kesan kepada corak interaksi social dalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika guru

menyusun kerusi dan meja secara berkumpulan, interaksi murid akan lebih cenderung

antara ahli kumpulan sahaja. Interaksi yang kerap akan memudahkan perbezaan bidaya

lebih mudah dofahami. Namun, sekiranya terlalu banyak interaksi, masalah disiplin

mungkin wujud sehingga membuatkan PdP terganggu. Maka, guru perlu bijak

menyusun tempat duduk setiap murid. Murid yang memerlukan perhatian lebih daripada

guru perlu ditempatkan berdekatan dengan guru. Guru juga perlulah adil terhadap

semua kaum dan tidak mengamalkan diskriminasi atau cenderung pada kaum-kaum

tertentu. Perilaku guru yang adik dan hormat-menghormati antara kaum turut

menyumbang kepada pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya kerana

murid akan menjadikan guru mereka sebagai suri teladan

Berkenaan factor kebersihan, pencahayaan dan pngudaraan serta susunan

perabot dan peralatan, ianya memberikan kesan secara tidak langsung kepada

pembinaan persekitaran mesra budaya. Konsep asas persekitaran yang tersebut adalah

keharmonian. Bilik darjah yang harmoni pula amat berkait rapat dengan emosi guru dan

murid. Adalah amat penting untuk memastikan kebersihan, pencahayaan dan

pengudaraan berada dalam keadaan baik.kelas yang kotor akan menyebabkan murid

tidak selesa untuk belajar. Pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sesuai akan

menyebabkan kelas terasa sesak, panas dan suram. Susunan perabot dan peralatan

Page 9: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

perlulah sesuai dengan pergerakan pelajar dan memudahkan akses pelajar kepadanya.

Ketidaksesuaian susunun infrastruktur ini akan menyukakan pergerakan murid. Murid

akan mudah berasa rumas dan hal ini kemungkinan akan membuatkan aktitviti social

terganggu disebabkan emosi mereka terganggu.

Hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan serta ruang dan sudut multimed

pula amat berkaitan dengan penyampaian maklumat. Sehubungan itu, guru perlu

memanfaatkan sepenuhnya budaya yang ingin diterapkan ke dalam diri murid. Guru

boleh memaparkan poster-poster berkenaan nilai-nilai murni. Guru juga boleh

memperbanyakkan bahan bacaan yang berkaitan perbezaan budaya atau khususnya

berkenaan kaum. Secara tidak langsung, bukan sahaj ilmu murid akan bertambah,

malah, murid akan dibiasakan dengan perkara-perkara baik untuk diamalkan.

4.0 Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar

Sebelum membincangkan perihal pentaksiran dan penilaian prestasi pelajar, penting

untuk kita memahami terlebih dahulu perbezaan antara kedua-dua perkara ini agar

kegunaannya boleh dibincangkan secara terperinci.

Mokhtar Ismail (1995) menakrifkan penilaian sebagai proses memberikan

pertimbangan nilai pada sesuatu berdasarkan pengalaman penilai. Seorang guru

menilai pelajarnya, sama ada pelajarnya pandai atau tidak, berdasarkan markah yang

diperoleh oleh pelajar tersebut dan rekod prestasi pelajar ini sebelumnya.

Mok Soon Sang (1995) pula telah menggariskan bahawa terdapat dua jenis

penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif meliputi aktiviti

mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang

telah diajarkan. Manakala penilaian sumatif pula merupakan aktiviti pengujian dan

pengukuran atas beberapa unit pembelajaran biasanya dalam tempoh satu penggal,

tengah tahun atau genap satu tahun.

Bagi pentaksiran pula, Azizi Ahmad (2010) menafsirkannya sebagai satu proses

dokumentasi yang

melibatkan pengislahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan

kepercayaan. Dalam pendidikan, pentaksiran akan digunakan sebagai proses

menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar.

Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa penilaian

perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum pentaksiran boleh dilakukan. Hal ini disebbkan,

penilaian berupaya untuk memberikan maklumat tentang pencapaian objektif

Page 10: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

pembelajaran, kaedah mengajar dan dan kurikulum manakala pentaksiran pula berlaku

untuk membuat pengkelasan tentang pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

Setiap murid mempunyai latar belakang dan kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu,

dalam membentuk persekitaran mesra budaya, guru perlulah melakukan penilaian dan

pentaksiran dari sudut pelbagai aspek. Penilaian dan pentaksiran yang hanya terbatas

kepada satu-satu aspek sahaja akan menjadikan persekitaran mesra budaya tidak dapat

diwujudkan disebabkan terdapat murid yang tidak seronok dengan hal sebegini. Sebagai

contoh, jika murid tersebut berasal dari keluarga yang mementingkan pendidikan,

kemahiran mengiranya mungkin sudah diasah sejak dari kecil lagi. Hal ini merangsang

kecerdasan dari sudut logic matematiknya dan seterusnya memberikan kelebihan

kepadanya dalam penilaian yang berunsurkan logik-matematik. Sudah tentu murid

tersebut menjadi sangat teruja setiap kali guru ingin menilainya kerana murid tersebut

ingin membuktikan kebolehannya. Namun, berbeza pula dengan murid yang lemah

kecerdasan logic-matematiknya. Kemahiran-kemahiran melibatkan mengira pasti akan

menjadi bebanan buatnya. Hal ini hanya akan menjatuhkan motivasinya dan sudah

tentu murid tersebut tidak mahu berusaha sebaik mungkin kerana sudah dapat

menjangka hasil penilaiannya. Noriati. A. Rashid (2014) turut menerangkan bahawa

cara didikan yang berbeza akan mendorong perbezaan nilai dan perbezaan matlamat

pendidikan, perbezaan jangkaan dan juga perbezaan pencapaian.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, guru perlu membuat penilaian dan

pentaksiran daripada pelbagai aspek. Dalam merangka aspek yang ingin dinilai, kita

boleh menjadikan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner

seperti yang telah diterangkan dalam bahagian 3(a) sebagai panduan. Dengan

kepelbagaian jenis pentaksiran yang diadakan, murid akan merasakan diri mereka

bebas untuk menunjukkan bakat. Namun, dalam kebebasan ini, guru masih perlu

menyediakan standard rubric pemarkahan agar menepati domain kognitif, afektif dan

psikomotor. Rujuk lampiran untuk melihat contoh-contoh rurik pemarkahan berdasarkan

kecerdasan pelbagai seperti yang dicadangkan oleh James Ballanca (1997) dalam

bukunya ‘Multiple Assesments for Multiple Intelligences’.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 11: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

6.0 LAPORAN INTI PATI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 12: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat 5 fasa dalam Rancangan Penagajaran Harian Matematik KSSR ini. Pertama

adalah fasa persediaan yang fokusnya adalah untuk membawa murid mengaitkan

Matematik dengan kehidupan seharian. Strategi yang digunakan adalah strategi

berpusatkan bahan yang mana bahan yang dimaksudkan adalah video Sang Kancil dan

Buaya. Fokus utama diberikan kepada bahagian Sang Kancil sedang mengira buaya.

Untuk membawa murid mencapat sasaran isi kandungan induksi, kami telha

menggunakan kaedah induktif dengan teknik soal jawab. Murid disoal agar memberikan

perhtaian khusus kepada aspek-aspek yang diperlukan bagi membuat kesimpulan.

Seterusnya, isi kandungan bagi fasa imaginasi pula adalah untuk membina carita

berdasarkan gambar. Strategi berpusatkan bahan juga digunakan dalam bahagian ini.

Guru akan memaparkan kepada murid-murid gambar beranimasi. Pada permulaan, guru

menggunakan teknik tunjuk cara kepada murid agar murid dapat membiasakan diri

membina cerita daripada gambar. Lama-kelamaan, teknik soal jawab pula digunakan

agar memberi peluang kepada murid membina cerita mereka sendiri.

Pada fasa perkembangan pula, murid akan mula didedahkan cara membina ayat

matematik berdasarkan situasi yang telah dibina. Strategi yang digunakan adalag

strategi berpusatkan murid. Murid dibimbing untuk mengeluarkan maklumat dan menulis

ayat Matematik. Seperti fasa imaginasi, guru memberikan tunjuk cara terlebih dahulu.

KEmudian, guru akan memiinta pula murid menyelesaikannya. Sebagai peneguhan,

murid juga dilatih untuk membuat operasi pnambahan mengguanakan ulat nombor.

Guru akan menggerakkan peutunjuk setiap nombor mengikut aat Matematik yang

dibina.

Fasa tindakan pula memberi peluang kepada murid-murid untuk menyelesaikan

masalah. Strategi pada fasa ini dalag strategi berpustakan murid. Setiap murid akan

dibeirkan kertas utnuk menulis jawapan. Setiap kali guru memaparkan soalan, murid

akan menulis jawapan di atas kertas. Apabila diminta, murid akan mengangkat jawapan.

Guru akan memeriksa jawapan murid. Sekiranya murid membuat kesalahan, guru akan

memperbetulkannya.

Akhir sekali, pada bahagian penutup, guru akan memberikan focus kepada

rumusan pembelajaran. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan murid kerana

muridlah yang akan membuat rumusan. Seterusnya, guru juga memaparkan lirik ‘Lagu

Tambah’ dan menyanyi bersama. Dalam lirik ini, terdapat rumusan pembelajaran.

Dalam saya membuat main peranan RPH ini, terdapat dua perkara yang saya

rasa perlu diambil berat. Pertama, arahan yang digunakan. Arahan yang digunakan

Page 13: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

perlulah jelas, ringkas dan padat. Saya perhatikan, semasa saya mengajar, arahan yang

terlalu panjang akan membuatkan murid-murid keliru. Tamabahan pula saya adala

masalah dari segi kekuatan suara.

Kedua, adalah budaya yang diamalkan dalam kelas. Selama ini, untuk main

peran bagi subjek lain, kami lebih menekankan tentang pengajaran. Buat pertama

kalinya, saya memasukkan budaya seperti mengutip sampah sebelum memulakan

pengajaran. Hal ini aladh penting supaya persekitaran ebih kondusif dan memudahkan

guru.

7.0 RUMUSAN

Page 14: EDU 3106 - IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Kesimpulannya, persekitaran bilik darjab mesra budaya perlulah harmoni dan penghuninya juga

mengamalkan nilai-nilai murni. Perbezaan budaya dalah sesebuah bilik darjah itu adalah

kebiasaan. MAka, menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik murid menerima perbezaan

orang lain. Antara empat elemen yang terdapat dalam pembinaan persekitaran mesra budaya

adalah kepelbagaian aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah

serta pentaksiran dan penilaian. Sehrusnya guru memaksimumkan penerapan nilai0nilai murni

dalam etiap elemen ini. Dalam pelaksanaan pengajaran, budaya adalah sesuatu yang perl

dititikbertat. Pada permulaannya, murid mungkin akan berasa kekok. Tetapi lama-kelamaan

murid sendiri akan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut kerasa sudah terbiasa.