Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

7
Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259 Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru pendidikan moral memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil didikan seorang guru pendidikan moral. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga, peranan yang digalas guru pendidikan moral juga semakin besar. Guru pendidikan moral perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru pendidikan moral juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru pendidikan moral derngan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat . Dalam PPPM 2013-2025, aspek kerohanian juga ditekankan bagi menjana modal insan berakhlak mulia. Pembentukan murid dengan nilai-nilai murni berasaskan ajaran agama amat penting bagi memastikan negara memperoleh generasi pemimpin masa hadapan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti. 1

description

hai semuahai semuahai semuahai semuahai semua dah makan?

Transcript of Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

Page 1: Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259

Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat

bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang

amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru

pendidikan moral memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan

kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil didikan seorang guru

pendidikan moral. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga,

peranan yang digalas guru pendidikan moral juga semakin besar.

Guru pendidikan moral perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran

yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang

bertentangan dengan Rukun Negara. Guru pendidikan moral juga hendaklah sering

memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka

menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua

dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah

masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli

masyarakat. Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru

pendidikan moral derngan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah

laku sopan yang diterima oleh masyarakat .

Dalam PPPM 2013-2025, aspek kerohanian juga ditekankan bagi menjana

modal insan berakhlak mulia. Pembentukan murid dengan nilai-nilai murni

berasaskan ajaran agama amat penting bagi memastikan negara memperoleh

generasi pemimpin masa hadapan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti.

Justeru, KPM telah mengambil perhatian terhadap penerapan nilai-nilai murni

menerusi pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral

Guru pendidikan moral akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang

diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Guru

pendidikan moral juga akan memperoleh lebih keseronokan dan kepuasan dalam

menjalankan tugas mereka. Dengan pakej kerjaya guru pendidikan moral yang

baharu, mereka akan menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan,

laluan kerjaya yang lebih baik, dan proses penilaian yang telus dan adil serta berkait

terus dengan keupayaan dan prestasi yang relevan.

1

Page 2: Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259

Guru pendidikan moral akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk

berjaya. Guru pendidikan moral akan mempunyai akses yang lebih tinggi dalam

peluang pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah. Mereka akan

mengambil bahagian dalam perbincangan dan dialog yang memberikan maklum

balas positif, tertumpu kepada pembelajaran dan pembangunan diri supaya aspek

penambahbaikan boleh dijadikan bidang kekuatan.

Guru pendidikan moral akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai,

ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik. Mereka akan

melaksanakan tugas di sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup, dan

persekitaran kerja yang sesuai. Beban pentadbiran guru pendidikan moral akan

dikurangkan supaya mereka boleh menumpukan tenaga pada aktiviti teras, iaitu

pengajaran dan pembelajaran. Guru pendidikan moral akan menikmati ganjaran

berasaskan prestasi yang menarik termasuk perkembangan kerjaya yang lebih

pantas dan boleh mengembangkan minat mereka mengikut laluan kerjaya yang

berbeza: pengajaran, kepimpinan, dan kepakaran mata pelajaran.

Guru pendidikan moral akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan

kecemerlangan profesional. Guru pendidikan moral akan saling bekerjasama dalam

menangani isu dan berkongsi amalan terbaik. Mereka mempunyai keluasan

pedagogi yang lebih besar di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap murid

belajar. Sebagai balasan, guru pendidikan moral akan diminta supaya bersikap

terbuka kepada pembelajaran dan cara bekerja yang baharu, melibatkan ibu bapa

dan murid dalam proses pembelajaran, dan mempamerkan cara berfikir, nilai, dan

kelakuan yang dijangkakan daripada murid.

Guru pendidikan moral juga haruslah mempertingkatkan diri dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan

lebih berkesan. Kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk

memajukan pendidikan. Kerjaan telah memperuntukkan berjuta untuk

membangunkan dan menguru pendidikan morals pendidikan dan latihan. Ini

membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya pihak Kerajaan dalam memastikan

pembangunan pendidikan terus berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan.

Justeru, guru pendidikan moral perlu bersyukur dengan nikmat yang diperoleh

2

Page 3: Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259

dengan dan menunjukkan rasa kesyukuran ini dengan berusaha bersungguh-

sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Peranan guru pendidikan moral sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat

jelata. Jadi, guru pendidikan moral perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya

guru pendidikan moral terus dihormati. Guru pendidikan moral sepatutnya menjadi

suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Apabila guru

pendidikan moral mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh

teladan yang baik, maka masyarakat akan memandang tinggi kepada guru

pendidikan moral dan akan berusaha untuk mencontohi guru pendidikan moral.

Tugas guru pendidikan moral yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai

murni kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru

pendidikan moral ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan

dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru pendidikan moral juga boleh

menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan semangat

kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab

dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya

perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Peranan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan Misi Nasional

Negara. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk

memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang

berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru pendidikan moral sememangnya

sangat penting dalam menjayakan aspirasi negara sekaligus memacu pelan

pembangunan PPPM ini.

Seseorang guru pendidikan moral perlulah menjadi penjana transformasi

pendidikan Negara. Tanpa guru pendidikan moral, sudah tentu tidak akan lahir ramai

cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja

yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara

kita selama ini.

Guru pendidikan moral boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan

itu, untuk memenuhi ciripengusaha yang dinamik, guru pendidikan moral perlu

mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif.

3

Page 4: Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259

Oleh itu, peranan guru pendidikan moral seterusnya ialah sebagai pendorong

pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru pendidikan moral

mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal

insan yang mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka. Melalui

PPPM 2013-2025 usaha membangunkan modal insan, tumpuan diberikan dalam

melahirkan murid yang kompeten dalam sains danberdaya kreatif serta

berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru pendidikan moral

bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif

menerusi pengajaran guru pendidikan moral. Apabila seorang guru pendidikan moral

itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat

memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-

idea baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten

dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.Guru pendidikan

moral bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap

yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan

guru pendidikan moral yang boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid

adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk

meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan

pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja,

keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru pendidikan moral adalah

penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid

berfikir dan menyelesaikan masalahdi samping membaca pelbagai bahan ialah

ransangan kemahiran berfikir kepada guru pendidikan moral dan murid. Oleh itu

dengan menyelit amalan 3 jenis moral iaitu afektif, penaakulan dan tingkahlaku

moral, guru pendidikan moral dapat memberi rangsangan yang efektif kepada setiap

murid dalam usaha membangun sifat moral dalam diri para murid.

Seterusnya, guru pendidikan moral perlu mempunyai kecekapan yang

mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru pendidikan moral perlu

mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap

bidangnya. Guru pendidikan moral seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru pendidikan moral

juga perlu bijak menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan

4

Page 5: Esei 1k Tugasan 2 moral elm3033

Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259

murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk

dirinya pada masa ini dan akan datang.

Selain itu, peranan guru pendidikan moral sebagai teladan kepada murid dan

masyarakat perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang

kepada perwatakan seorang guru pendidikan moral. Jadi, sekiranya seorang guru

pendidikan moral menunjukkan contoh teladan atau perangai yang tidak baik akan

mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan kepercayaan kepada

guru pendidikan moral.

Guru pendidikan moral sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik

ke dalam diri murid-murid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur,

perpaduan dan sebagainya. Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri

mereka, maka menjadi mudahlah proses menyatupadukan rakyat yang berbilang

kaum di Negara kita.

5