Esei Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis

4
Bahagian B Tulis esei cabaran-cabaran mengajar kemahiran menulis Bahasa Melayu di sekolah saya. Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling rendah lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran menulis merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan mentalis. Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru mengajarnya. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu bapa dan utiliti yang dibekalkan. Sebagai seorang guru, saya mengakui saya mempunyai beberapa kelemahan untuk mengajar kemahiran tulisan. Pertama, cabaran dari segi pendagogi. Walaupun saya telah lebih dari 20 tahun mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya dapat merasakan bahawa pengalaman sedia ada sahaja kurang membantu. Perkara ini berlaku kerana semakin hari semakin banyak elemen baru yang diperkenalkan untuk mengajar kemahiran tulisan. Kedua, kurangnya kemahiran ICT. Dalam era modani ini, kepantasan penyebaran informasi melalui media elektronik memang sangat membantu. Tetapi, saya kurang mahir untuk mengekstrak maklumat dari bahan-bahan maya ini jika tanpa bantuan seseorang yang lebih pakar. Ketiga, kekangan masa. Pembelajaran Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja, tetapi merangkumi kemahiran mendengar,

description

kemahiran menulis sekolah rendah

Transcript of Esei Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis

Page 1: Esei Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis

Bahagian B

Tulis esei cabaran-cabaran mengajar kemahiran menulis Bahasa Melayu di sekolah saya.

Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek pembelajaran

bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling rendah lagi tidak kira

secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran menulis merangkumi 4 tahap

utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan mentalis. Setiap tahap ini

mempunyai cabaran masing-masing untuk guru mengajarnya. Terdapat beberapa perkara yang

menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu bapa dan

utiliti yang dibekalkan.

Sebagai seorang guru, saya mengakui saya mempunyai beberapa kelemahan untuk

mengajar kemahiran tulisan. Pertama, cabaran dari segi pendagogi. Walaupun saya telah lebih

dari 20 tahun mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya dapat merasakan bahawa pengalaman sedia

ada sahaja kurang membantu. Perkara ini berlaku kerana semakin hari semakin banyak elemen

baru yang diperkenalkan untuk mengajar kemahiran tulisan. Kedua, kurangnya kemahiran ICT.

Dalam era modani ini, kepantasan penyebaran informasi melalui media elektronik memang

sangat membantu. Tetapi, saya kurang mahir untuk mengekstrak maklumat dari bahan-bahan

maya ini jika tanpa bantuan seseorang yang lebih pakar. Ketiga, kekangan masa. Pembelajaran

Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja, tetapi merangkumi

kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Maka, peruntukan masa

yang diberikan perlulah dibahagikan secara efektif supaya murid dapat menguasai semua

kemahiran yang dinyatakan seoptimum mungkin.

Murid adalah pelanggan guru dan pihak sekolah. Tetapi tidak seperti urusan jual beli di

pasar raya yang menggunakan slogan ‘Customer always right’ di sekolah kita perlu menjadi

lebih demokrasi. Kita harus sedar, sebagai manusia, murid kita pasti mempunyai ciri perbezaan

individu antara satu sama lain. Ada antara murid yang cergas pemikirannya dan ada juga yang

sebaliknya. Maka, perbezaan ini perlu dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pengajaran

dijalankan. Guru perlu bijak menstandardkan teknik dan strategi mengikut tahap murid yang

sedang diajarnya. Aplikasi kaedah yang tepat dapat membantu meningkatkan tahap fokus murid

di samping menyuburkan minat mereka untuk belajar kemahiran menulis. Contohnya seperti

Page 2: Esei Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis

konsep belajar sambil bermain bagi kanak-kanak yang masih tiada kesediaan untuk ke sekolah

(school readiness).

Kualiti masa yang dihabiskan di sekolah belum tentu memadai untuk murid menguasai

kemahiran menulis. Oleh itu, ibu bapa serta penjaga perlu memberi kerjasama kepada pihak

guru. Sebenarnya, guru yang empati akan cuba membantu muridnya untuk menguasai kemahiran

yang diajar dengan pelbagai cara. Salah satu cara tradisi guru di Malaysia ialah dengan memberi

murid kerja rumah. Kerja rumah sebenarnya satu bentuk latihan pengayaan atau pemantapan

penguasaan murid terhadap sesuatu yang telah diajarkan. Tugas ibu bapa di sini ialah memantau

anak jagaan mereka membuat kerja rumah tersebut. Dari segi kemahiran menulis terutamanya

peringkat asas teknik menulis huruf dengan betul, saya kurang menggalakkan ibu bapa atau

penjaga mengajar anak jagaan mereka. Hal ini kerana wujud situasi salah teknik menulis huruf

yang salah dikalangan murid yang sudah belajar menulis huruf di rumah. Perkara ini memang

nampak remeh tetapi memberi impak yang agak besar dari teknik menulis murid hingga ke tahap

yang lebih tinggi.

Seterusnya adalah dari segi kemudahan utiliti yang ada. Utiliti dan fasiliti sekolah yang

tidak lengkap sebenarnya sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran kemahiran menulis.

Contohnya untuk pengajaran teknik menulis huruf menggunakan VCD bekalan Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid prasekolah atau tahun 1. Seandainya guru terpaksa

menggunakan komputer riba sebagai skrin tayangan untuk murid berkapasiti lebih 10 orang

pastinya sesi pengajaran tersebut menjadi tidak kondusif. Selain itu, timbul juga isu bahan

kurang menarik atau tidak sesuai dengan standard murid. Misalnya, bekalan buku asas menulis

yang mengandungi tulisan berangkai bagi murid prasekolah. Perkara ini memang tidak relevan

kerana murid prasekolah majoritinya masih belum berkembang dari segi motor halusnya untuk

menulis tulisan berangkai.

Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah sangat banyak

mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting sebenarnya ialah semua pihak

perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam mengatasi setiap cabaran semasa mengajar

kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari dan pasif perlu dielakkan kerana impaknya lebih

banyak negatif dari positif. Sebaliknya, ambillah langkah proaktif seperti berdiskusi antara satu

Page 3: Esei Cabaran Mengajar Kemahiran Menulis

sama lain bagi menghadapi apa jua cabaran. Sesungguhnya cara ini adalah lebih afdal dan

memberi manfaat untuk setiap pihak yang terlibat