Esei Etika Individu

download Esei Etika Individu

of 9

Transcript of Esei Etika Individu

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    1/9

    Esei: Etika Individu

    Seperti yang kita sedia maklum, apabila berbicara mengenai etika molek kiranya kita melihat

    maknanya secara literal yang didasari Kamus Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan oleh Dewan

    Bahasa Dan Pustaka yang bermakna satu peradaban yang menunjukkan norma masyarakat yang

    mementingkan keindahan tatasusila dan toleransi dalam hidup bermasyarakat. Kita tahu bahawa

    negara Malaysia mempunyai berbilang bangsa dan anutan agama. Kebanyakan orang ramai masih lagi

    keliru atau tidak tahu dengan apa yang dimaksudkan dengan etika. Etika adalah berkaitan dengan

    tindakan-tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu sama ada tindakan tersebut adalah salah

    atau betul, buruk atau baik. Etika tidak mempersoalkan keadaan seseorang manusia, sebaliknya etika

    mempersoalkan bagaimana seseorang manusia itu harus bertindak atau berkelakuan. Etika berkaitan

    dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab,

    keadilan dan merupakan teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan seharian. Etika akan

    membentuk seseorang individu dari segi kelakukan dan tindakan-tindakan yang akan diambil.

    Ingin saya mengenengahkan semula bait-bait kata Tun Mahathir Bin Mohamad, mantan

    Perdana Menteri Malaysia (1991), yang pernah menyatakan bahawa untuk mewujudkan masyarakat

    yang bermoral dan beretika sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dan mempunyai nilai

    kerohanian mestilah disemai dengan nilai etika paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa pentingnya

    etika sebagai menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang sepertimana yang

    dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020. Etika merupakanperkara penting untuk mengukuhkan perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat

    menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat di negara

    Malaysia ini. Dalam hal ini, dapatlah kita katakan bahawa etika adalah satu tulang belakang yang

    boleh dijadikan kayu ukur untuk membentuk perpaduan yang berlandaskan perkembangan individu.

    Seseorang individu mesti mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipuji jika ingin

    dianggap sebagai seorang individu yang bermoral di mata masyarakat sekeliling. Ini disokong oleh

    Wallace, JD. (1978), di mana beliau telah banyak membincangkan mengenai akhlak-akhlak mulia dan

    jahat serta membuktikan bahawa keperibadian yang mulia boleh membawa kepada ketenteraman

    hidup di dalam masyarakat.

    Faktor-Faktor Yang Membentuk Etika Individu

    Untuk membentuk etika individu yang mampan, beberapa faktor akan dibincangkan demi

    menjamin pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Antara faktor-faktor yang

    mempengaruhi etika individu adalah faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor situasi dan dari

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    2/9

    pengalaman hidup. Faktor-faktor ini boleh menjadikan seseorang individu tersebut menjadi lebih baik

    kelakuannya atau sebaliknya dalam kalangan masyarakat.

    Berdasarkan pincisan-pincisan akhbar tempatan, kebanyakan remaja di negara ini, lebih

    terdedah kepada masalah etika dan tingkah laku yang mana hampir setiap hari kita seringdiperdengarkan dengan kes-kes jenayah seperti rompak, rogol, dadah, ponteng sekolah, bunuh, curi,

    rempit, sekd bebas, khalwat, lari dari rumah dan berbagai-bagai lagi masalah yang melibatkan remaja.

    Malah semakin hari, boleh dikatakan semakin banyak masalah yang timbul dalam kalangan

    masyarakat Malaysia. Namun tidak dinafikan, faktor-faktor ini juga boleh membentuk etika remaja

    yang baik dan membentuk berbudi pekerti yang mulia mengikut norma-norma masyarakat. Pihak-

    pihak yang berwajib seharusnya peka terhadap punca-punca dan faktor-faktor kemerosotan etika

    dalam kalangan remaja dalam usaha untuk membentuk generasi yang mempunyai kelakukan yang

    baik sejajar dengan pembangunan negara kerana mereka inilah bakal mewarisi kemajuan dan

    kesejahteraan negara.

    Sistem-sistem pendidikan di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Menengah dan

    Rendah serta Kementerian Pendidikan Tinggi telah mewujudkan matapelajaran-matapelajaran untuk

    membentuk keperibadian yang baik dalam kalangan remaja apabila merea meningkat remaja kelak.

    Antaranya matapelajaran yang diwujudkan di sekolah-sekolah adalah seperti Pendidikan Islam, Moral

    dan Sivik bagi membentuk rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Akan tetapi masih ada lagi masalah-masalah tentang etika dan kelakuan yangditimbulkan oleh para remaja. Mereka seolah-olah tidak memahami kepentingan etika di dalam

    masyarakat demi pembangunan negara dengan mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab sosial.

    Faktor Keluarga

    Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (1994), keluarga telah didefinisikan

    sebagai seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau beserta anak-anak. Keluarga

    adalah satu institusi yang rapat dengan seseorang individu atau kanak-kanak serta remaja. Ia boleh

    menjadi pemangkin untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di dalam kehidupan

    seharian. Perkembangan personaliti remaja dibentuk sejak kecil lagi bersama keluarga seterusnya

    memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikirannya. Ini kerana,

    anak-anak akan mencontohi tingkah laku daripada ibu dan bapa mereka. Menjadikan ibu dan bapa

    sebagai idola untuk membentuk keperibadian anak-anak. Keharmonian sesebuah keluarga boleh

    membentuk sahsiah peribadi dan personaliti serta tingkah laku seseorang. Ini kerana apabila seseorang

    ahli keluarga mempunyai masalah ia akan dikongsikan bersama dan mencari jalan terbaik untukpenyelesaian bersama dari situ timbul perasaan sayang-menyayangi antara satu sama lain.

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    3/9

    Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku remaja didorong oleh konflik dan tekanan

    psikologi yang mana mereka mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal untuk

    melihat keluarga sebagai satu persekitaran yang sihat dan memberikan kebahagiaan serta rasa seronok

    kepada mereka. Oleh yang demikian, faktor keluarga adalah penyumbang terbesar kepada

    pembentukan personaliti, tingkah laku dan sikap. Dengan perkembangan dunia yang pesat dengan kos

    taraf hidup yang semakin meningkat, ibubapa tela menyerahkan peranan serta gaya asuhan kepada

    pengasuh atau pembantu rumah yang dibayar yang berperanan untuk mengasuh anak-anak mereka.

    Sementara ibubapa sibuk di luar sana untuk mencari wang dan pekerjaan bagi menampung keluarga.

    Dengan pengabaian ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak-anak mengikut acuan asuhan

    pengasuh atau pembantu rumah dan tidak mengikut acuan asuhan ibubapa. Ibubapa juga mengambil

    sikap lepas tangan dengan tanggungjawab membesarkan anak dan tanggungjawab iu dipikul oleh

    pembantu rumah atau pengasuh.

    Sikap sesetengah ibubapa yang amat mementingkan kebendaan dan tidak ambil peduli

    terhadap perkembangan anak-anak mereka dan isu-isu sosial sememangnya merumitkan. Di kawasan

    bandar terutamanya, sesetengah ibubapa tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling

    mereka. Oleh yang sedemikian, para remaja telah merasakan diri mereka bebas untuk berkelakuan

    negatif tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam, sosial dan masyarakat.

    Ini menyebabkan corak gaya asuhan terlalu longgar dan anak-anak sudah biasa dengan kelonggaran

    tersebut tanpa ada sebarang pemantauan yang dilakukan oleh ibubapa baik dari segi pelajaran, sosial,

    pergaulan dan kelakuan. Pada kebiasaannya ibubapa tidak akan mengambil peduli akan

    perkembangan anak-anak mereka terutama dari segi kelakuan dan pendidikan. Ini memaksa anak-

    anak berkelakuan mengikut kata hati mereka sendiri tanpa sebarang sekatan dan secara tidak langsung

    anak-anak ini akan ketinggalan di dalam pembelajaran.

    Sementara itu ada juga ibubapa yang mengamalkan asuhan secara kongkongan terhadap anak-

    anak mereka dengan ketat dan ini juga telah menimbulkan satu pemberontakan tingkah laku yang

    menyebabkan anak-anak berkelakuan negatif. Bandura dan Walter (1959), menyatakan dalam

    kajiannya bahawa remaja yang agresif kelakuannya atau etikanya adalah dari keluarga yangmengamalkan corak disiplin yang terlalu ketat yang menghukum anak-anak mereka secara fizikal

    berlebihan. Jika corak asuhan terlalu longgar, anak-anak akan berkelakuan sesuka hati. Ini disebabkan

    ibubapa tidak mengambil peduli dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

    Apa yang lebih malang lagi, terdapat juga ibubapa yang menjadi pendorong kepada masalah

    dan sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Sebagai contoh, ketika sedang memandu kenderaan

    ibubapa membuang sampah atau kulit buah-buahan serta tidak menghiraukan papan-papan tanda had

    kelajuan yang terdapat di sepanjang jalan raya. Ini akan menjadi ikutan kepada anak mereka apabila

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    4/9

    mereka meningkat dewasa kelak dan dipertontonkan kepada anak-anak mereka pula. Anak-anak juga

    cenderung kepada gejala menghisap rokok kerana ibu atau bapa mereka adalah penghisap rokok tegar.

    Ada remaja di sesetengah tempat yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada

    keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Vandalisme dilakukanoleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya

    kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibubapa juga antara faktor utama mendorong remaja

    terjebak dalam gejala negatif ini.

    Oleh yang demikian, ibubapa harus tahu bagaimana untuk memberikan asuhan yang terbaik

    untuk anak-anak mereka. Sewajarnya ketika proses pengasuhan, ibubapa menerapkan nilai-nilai

    agama dan nilai-nilai moral yang murni yang akan menjadi ikutan kepada anak-anak agar tidak

    berkelakuan agresif, memberontak dan berkelakuan tidak baik. Sekiranya anak-anak diterapkan

    dengan ajaran-ajaran agama dan mematuhi ajaran-ajaran tersebut, kemungkinan anak-anak ini

    mempunyai etika dan perilaku yang baik dan dapat menghindarkan diri dari etika yang negatif.

    Ibubapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan

    kekosongan perasaan di hati anak-anak remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa

    remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

    Faktor Rakan Sebaya

    Menurut Hazil Abd Hamid (1990), rakan sebaya diistilahkan sebagai golongan atau kumpulan

    kanak-kanak atau remaja yang rata-rata mempunyai lingkungan umur yang sama. Oleh yang

    sedemikian, rakan sebaya merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang sama umurnya, yang

    menjadi pendengar setia, bersedia untuk membantu dan bersama-sama tatkala ketika sedih mahupun

    gembira.

    Pengaruh berkenaan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memberi pengaruh

    terhadap tingkahlaku dan penglibatan golongan remaja dalam aktiviti anti-sosial, seperti lari dari

    rumah dan penagihan dadah, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (2011).

    Mereka memerlukan seorang rakan yang boleh menemani mereka sepanjang perkembangan

    zaman remaja. Dengan adanya rakan-rakan tersebut mereka boleh bertukar-tukar fikiran, berkongsi

    masalah dan bantu-membantu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Kecenderungan remaja terhadap

    pengaruh rakan sebaya paling tinggi adalah pada umur 14 tahun hingga 18 tahun terutama para remaja

    yang mempunyai konflik dengan ibubapa dan di rumah. Dengan ini, remaja lebih cenderung kepada

    pengaruh rakan sebaya dan menurut tingkahlaku anti-sosial kerana mereka berada dalam proses

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    5/9

    membebaskan diri daripada pengaruh ibubapa atau keluarga. Mereka ini cuba untuk berfikir untuk diri

    mereka sendiri tanpa memikirkan akibat daripada kelakuan dan perbuatannya.

    Pengaruh rakan sebaya juga amat serius kerana ia boleh menyebabkan vandalisme. Mereka

    mudah untuk meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Ia akan mencorakkan sikap, nilai dantingkahlaku remaja, terutama bagi remaja yang tercicir dalam pendidikan dan menghadapi masalah

    keluarga. Mereka yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, mereka tidak

    mempunyai tujuan dan apabila berada di dalam kumpulan tersebut, maka akan timbullah pelbagai

    idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya. Lebih nyata tindakan mereka

    ini telah terkeluar daripada norma-norma masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan-kesan akibat

    daripada perbuatan mereka.

    Remaja mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan dari rakan sebaya yang akan

    menimbulkan masalah-masalah dan gejala-gejala negatif dan sosial. Antaranya kesan pengaruh yang

    boleh membentuk kelakuan atau etika remaja adalah menghisap rokok sebagai contoh. Dengan

    perasaan ingin mencuba dan ingin tahu tentang keseronokan menghisap rokok dan didorong oleh

    rakan-rakan sebaya maka mereka terus mencuba dan akhirnya terjebak dengan budaya menghisap

    rokok, gengsterisme, bergaduh, buli, samun dan penagihan dadah.

    Dari sudut positif, pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan remaja-remaja sebagai seorang

    yang berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka memilih untuk bergaul dan

    mendapatkan rakan-rakan yang mempunyai etika yang baik. Mereka akan melakukan perkara-perkara

    yang tidak terkeluar daripada norma-norma masyarakat seperti membantu masyarakat atau komuniti

    ketika ada program-program kemasyarakatan melalui gotong-royong. Belajar bersungguh-sungguh

    demi masa depan mereka dan memikirkan tanggungjawab sebagai seorang insan bergelar anak dan

    pewaris negara yang akan menerajui negara satu masa kelak.

    Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mewujudkan pelbagai program untuk

    remaja bagi membentuk etika remaja seperti Latihan Khidmat Negara, Hari Belia, menubuhkan kelab-

    kelab belia dan program-program kemasyarakatan. Namun masalah-masalah remaja tetap juga timbul

    dan semakin meningkat setiap hari.

    Faktor Situasi

    Faktor situasi juga memainkan peranan penting dalam membentuk etika seseorang individu

    sama ada baik atau buruk dan dapat diterima oleh masyarakat. Faktor situasi boleh dimaksudkan

    dengan suasana atau kedudukan individu di dalam keluarga, masyarakat atau komuniti, tempat kerjadan media yang boleh membawa kepada tingkahlaku positif atau negatif yang bergantung kepada

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    6/9

    situasi tersebut. Faktor situasi, pada kebiasaannya terbahagi kepada beberapa situasi antaranya situasi

    persekitaran, situasi dengan kerelaan atau situasi dengan paksaan.

    Ramai dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah tinggal di bandar-bandar besar

    seperti Kuala Lumpur, menetap di rumah-rumah pangsapuri yang menempatkan sehingga ribuanpenduduk dan situasi di dalam rumah tersebut yang sempit terutama bagi keluarga yang mempunyai

    bilangan ahli keluarga yang ramai menyebabkan remaja-remaja dari keluarga tersebut mempunyai

    perasaan bosan dan kekurangan aktiviti di dalam rumah. Dengan situasi yang sedemikian, ia secara

    tidak langsung memaksa remaja-remaja ini memilih untuk menghabiskan masa di luar rumah sama

    ada bersama rakan-rakan di kawasan sekitar atau melepak di kompleks membeli-belah untuk

    mendapatkan keseronokan. Di mana ia boleh terdedah kepada gejala-gejala tidak sihat seperti rempit,

    dadah, ganja dan vandalisme. Faktor yang sedemikian boleh membentuk tingkahlaku yang negatif.

    Pada kebiasaannya rakan-rakan yang mempunyai fikiran lebih matang, mereka akan menolak ajakan

    rakan-rakan dengan baik dan memberitahu bahawa apa yang akan mereka lakukan adalah tidak baik

    dan akan dipandang negatif oleh masyarakat. Faktor situasi sebegini adalah disebabkan oleh faktor

    situasi persekitaran.

    Faktor situasi secara paksaan lebih memberi fokus kepada paksaan yang menyebabkan

    seseorang itu membuat keputusan untuk melanggar atau mengikuti norma-norma masyarakat setelah

    adanya unsur-unsur paksaan. Sebagai contoh, seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan

    ke arah penunggang motorsikal yang tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dan cuba untukmelanggar anggota polis tersebut. Tembakan yang dilepaskan tepat mengenai penunggang dan mati di

    tempat kejadian. Pada kebiasaannya, polis akan bertindak menembak sekiranya mereka terpaksa

    kerana ada unsur-unsur paksaan untuk mempertahankan diri daripada serangan penjenayah. Sekiranya

    tiada unsur-unsur tersebut, anggota polis mungkin tidak mengambil tindakan untuk menembak tanpa

    membuat perhitungan terlebih dahulu. Walaupun mereka telah diberikan latihan tentang prosedur-

    prosedur untuk melepaskan tembakan, oleh kerana demi keselamatan diri dan mereka memikirkan

    perlu untuk melepaskan tembakan, maka mereka akan melepaskan tembakan untuk keselamatan diri

    kerana diancam oleh penjenayah.

    Di mata masyarakat akan menuduh anggota polis tersebut adalah kejam dan tidak

    berperikemanusiaan dengan menembak mati penunggang motorsikal yang hanya melarikan diri dari

    sekatan jalan raya hanya kerana tiada lesen memandu dan bukannya merompak sedangkan anggota

    polis tersebut bertindak untuk keselamatan diriya sahaja.

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    7/9

    Kedaulatan Undang-Undang Sebagai Panduan Pilihan Bermoral

    Molek kiranya sebelum saya mengupas intipati kedaulatan undang-undang sebagai panduan

    pilihan bermoral, kita melihat makna konseptual yang dibawa oleh dua kata kunci iaitu kedaulatan

    undang-undang (law of rule) dan pilihan bermoral (moral choices)

    Seperti yang kita sedia maklum, setiap negara mempunyai perlembagaan mahupun undang-

    undang. Undang-undang digubal untuk menjadi kayu ukur setiap perkara atas dasar rasional

    berasaskan budaya dan agama dalam sesebuah negara. Apabila bercerita tentang kedaulatan,

    perkataan daulat itu sendiri telah menerangkan betapa sucinya undang-undang tersebut. Ini bermakna

    undang-undang negara adalah undang-undang yang tidak boleh dilanggar oleh rakyat, menteri

    mahupun Yang Dipertuan Agung itu sendiri. Ia menjadi asas penting kerana ia menjamin kestabilan,

    keadilan serta member panduan dan kuasa kepada pemerintah. Ia juga menjamin taat setia rakyat

    sesebuah negara. Pembenaran hak, pencegahan dan hukuman terhadap mana-mana kesalahan juga

    termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan negara.

    Pilihan bermoral pula adalah pilihan individu itu sendiri namun sentiasa didasari oleh

    keluarga, rakan sebaya dan situasi atau persekitaran. Agama adalah landasan utama bagi pilihan

    bermoral individu yang berasaskan batasan etika yang menunjukkan sesuatau etika yang betul atau

    salah.

    Secara kumulatif, kedaulatan undang-undang sebagai pilihan bermoral bermakna kayu ukurdalam kehidupan yang berasaskan budaya dan agama yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keluarga,

    rakan sebaya dan situasi atau persekitaran yang menunjukkan tindakan yang betul atau salah.

    Saya percaya setiap kita mempunyai pengalaman mengenai kedaulatan undang-undang

    sebagai pilihan bermoral dalam kehidupan kita masing-masing. Dalam kehidupan kita, setiap hari kita

    akan berdepan dengan situasi untuk membuat keputusan yang mungkin sukar bagi kita kerana ia

    melibatkan hubungan dengan rakan-rakan mahupun kaitan dengan agama.

    Di sini saya sertakan contoh pengalaman saya mengenani kedaulatan undang-undang sebagai

    pilihan bermoral. Saya pernah melihat rakan saya mengambil dompet guru kelas di bilik guru tetapi

    dia telah mengetahui bahawa saya telah melihatnya berbuat demikian. Saya serba salah sama ada

    hanya mahu membiarkan rakan saya berbuat perkara tersebut atau melaporkannya kepada guru

    tersebut. Oleh kerana saya menyedari akan pentingnya undang-undang dalam mempengaruhi

    membuat pilihan yang bermoral, akhirnya saya melaporkan perkara tersebut kepada guru tetapi saya

    juga telah meminta maaf dan menasihat rakan saya bahawa perbuatannya itu adalah salah.

    Pengalaman kedua saya berkenaan dengan ponteng sekolah. Rakan-rakan telah mengajaksaya untuk pergi ke pekan ketika masa sekolah untuk bermain permainan komputer di cyber cafe.

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    8/9

    Mereka mendesak bahawa jika saya tidak mengikut mereka, saya tidak akan menjadi rakan mereka

    lagi. Namun atas dasar memikirkan peraturan-peraturan sekolah, saya menolak ajakan mereka kerana

    saya tidak mahu melanggar peraturan sekolah. Secara tidak langsung, saya telah membuat pilihan

    bermoral yang baik.

    Kesimpulannya, pilihan bermoral adalah sesuatu yang tidak dipaksa. Ia adalah kesedaran dari

    dalam diri kita sendiri berdasarkan pertimbangan rasional kita selagi ia tidak menyalahi kedaulatan

    undang-undang.

    Kesimpulan

    Faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya dan situasi adalah penyumbang kepada

    pembentukan etika seseorang terutama remaja sedang mempunyai kecelaruan identiti dan tingkahlaku

    dan memerlukan bimbingan daripada seseorang terutama ibubapa. Mereka berperanan untuk

    memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak remaja cara-cara berkelakuan dengan baik mengikut

    norma-norma masyarakat. Ibubapa perlu untuk mendampingi anak-anak remaja agar mereka tidak

    merasa bosan dan kekosongan di dalam jiwa untuk membentuk mereka menjadi remaja yang

    berkelakuan baik dan matang untuk mereka melangkah ke alam dewasa.

    Pengaruh rakan sebaya juga wajib dipandang serius. Ibubapa perlu mengetahui atau

    memantau dengan siapakah anak-anak mereka berkawan dan bergaul. Dengan pemantauan ini, anak-

    anak tidak merasakan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja bila bersama-sama dengan rakan-

    rakan sebaya. Sekiranya mereka mengetahui mereka diperhatikan dan dipantau, mungkin kegiatan-

    kegiatan negatif tidak akan berlaku seperti buli, rempit, dadah, ganja, curi, ragut dan rompak.

    Situasi juga menyumbang kepada pembentukan seseorang individu kerana sekiranya mereka

    tertekan, ia akan membolehkan seseorang bertindak di luar norma-norma masyarakat dengan tidak

    mampu untuk memikirkan sama ada apa yang dilakukannya memberikan kesan sama ada baik atau

    buruk dalam norma masyarakat. Oleh yang sedemikian, seseorang itu harus berfikir terlebih dahulu

    sama ada baik atau buruk sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan agar tidak

    melanggar norma-norma masyarakat walau dalam keadaan situasi dipaksa.

    Kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar untuk mewujudkan program-

    program bersama-sama dengan badan-badan bukan kerajaan dan kelab-kelab belia untuk membentuk

    etika remaja-remaja kepada kepada kelakuan yang baik demi masa depan negara. Salah satu program

    yang dijalankan adalah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memfokuskan kepada daya

    tahan diri dan secara langsung akan membentuk keperibadian yang baik dalam kalangan remaja danbelia untuk menempuh masa depan yang lebih mencabar.

  • 8/12/2019 Esei Etika Individu

    9/9

    Seperti yang kita ketahui, adalah merugikan dan memalukan negara sekiranya generasi yang

    akan datang yang dicanangkan akan menjadi pemimpin di masa hadapan tidak mempunyai kelakuan

    dan etika yang baik disebabkan didikan dan faktor-faktor pembentukan peribadi yang tidak baik sejak

    mereka lahir, menempuhi zaman persekolahan dan seterusnya akan dibawa ke alam pekerjaan dan

    akan diwariskan oleh anak-anak mereka pula dan hingga akhirnya negara Malaysia akan dikenali

    dengan negara yang rakyatnya tidak mempunyai kelakuan atau etika yang baik.

    ( 2960 patah perkataan)