esei

download esei

of 17

Transcript of esei

1.0

PengenalanPekerja asing tanpa izin (PATI) ataupun lebih dikenali sebagai pekerja haram adalah

mereka yang masuk dan menduduki sesebuah negara secara haram serta bekerja di negara tersebut. Mereka dianggap haram kerana tidak mematuhi undang-undang imigrasi, contohnya tidak memiliki permit atau dokumen perjalanan yang sah. Golongan pekerja asing ini juga akan dianggap sebagai PATI jika pasport atau visa mereka hilang serta jika mereka tinggal di negara tersebut melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan. Majoriti PATI di Malaysia adalah terdiri daripada Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Bangladesh, China, Kemboja, dan Vietnam.

Terdapat beberapa cara diguna oleh PATI untuk menceroboh masuk ke Malaysia. Antaranya ialah melalui sempadan. Pencerobohan ini biasa berlaku di tempat yang mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran, contohnya di Sabah. Selain itu, penceroboh melalui perairan pula adalah dengan menaiki kapal yang kemudiannya berhenti di persisiran pantai dan PATI akan berenang untuk tiba di pantai atau daratan. PATI juga memasuki sesebuah negara melalui pintu utama dengan identiti sebagai pelancong. Namum mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi tarikh permit yang diberikan. Di samping itu, PATI juga menceroboh melalui perkahwinan. Dengan adanya ikatan perkahwinan, mereka boleh masuk ke Malaysia dengan mudah.

Lambakan PATI di Malaysia bukanlah perkara yang baru, namun keresahan dan kebimbangan rakyat terhadap kemasukan PATI yang mencatatkan angka lebih kurang 2.5 juta orang adalah tidak dapat dinafikan. Negara kita yang populasi 26 juta orang, jumlah 2.5 juta PATI adalah isu yang cukup serius. Dalam erti kata yang lain, sebanyak 2.5 juta peluang pekerjaan telah diisi oleh PATI. Ini seolah-olah negara kita kekurangan 2.5 juta tenaga kerja. Tetapi sebenarnya Malaysia sedang kekurangan peluang pekerjaan dengan kadar pengangguran 3.3 peratus daripada 11.8 juta tenaga kerja. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana upah yang diperuntukkan jauh lebih murah berbanding dengan pekerja tempatan.

Isu-isu PATI yang lebih ketara dapat kita lihat adalah semasa kemerosotan ekonomi di Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998 serta pergolakan ekonomi yang berlaku sekali lagi pada tahun 2002. Ia telah menumpukan kepada pekerja-pekerja asing di rantau Asia. Data yang dikumpul menunjukkan pada tahun1998, terdapatnya sejuta pekerja imigran di Thailand, dengan hanya 300,000 daripada mereka berada di negara itu secara sah. Pada

1

masa yang sama pula Malaysia dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing. Namun, hanya 500,000 daripada mereka dikatakan mempunyai dokumen yang sah. Datadata yang dikumpul ini sebenarnya hanya satu anggaran. Sumber menyatakan jumlah itu jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan, terutamanya di Sabah. Walau bagaimanapun, isu pekerja asing bukanlah khusus kepada Malaysia. Ia dianggarkan bahawa terdapatnya 200,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan beribu-ribu lagi di Jepun, malah kebanyakan mereka juga tidak memiliki dokumen yang sah.

Maka, seperti yang dilihat, isu pekerja asing tanpa izin telah menjadi satu fenomena yang dihadapi oleh hampir semua negara di Asia. Hampir semua negara di Asia kini menerima atau menghantar pekerja asing untuk memenuhi jurang kuasa tenaga pekerja dalam pekerjaan tertentu. Disebabkan olen pengaruh globalisasi, pengeksport pekerja kini menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara miskin. Aliran PATI ini telah mendatangkan impak positif serta impak negetif sama ada kepada negara yang menghantar atau bagi pihak yang menerima. Malangnya, kesannya kebanyakan adalah tidak baik terutamanya kepada negara yang menerima. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan perlu diadakan bagi mengelak kemasukan PATI yang beramai-ramai ke tanah air Malaysia.

2

2.0

Punca- punca kedatangan PATIEkonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat tanpa berhenti yang

bermula sejak kemerdekaan. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar sekali. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan pekerja terutamanya dalam sektor pembinaan. Ekoran daripada faktor geografi yang bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Thailand yang tergolong dalam negara miskin, jadi Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang untuk mencari rezeki lumayan. Bagi PATI yang kebanyakan datang dari negara miskin, gaji yang dibayar dianggap tinggi oleh mereka. Faktor-faktor seperti inilah telah menyebabkan PATI datang membanjiri Malaysia.

2.1

Keadaan ekonomi yang tidak stabil di negara-negara jiran

Antara faktor yang utama PATI menceroboh di Malaysia adalah keadaan ekonomi yang tidak stabil di negara asal mereka. Ini telah menyebabkan penghijrahan penduduk mereka ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Maka, Malaysialah dengan adanya ekonomi dan politik yang stabil telah menjadi sasaran bagi mereka berhijrah.

Ekonomi di negara asal PATI akan menjadi tidak stabil malah merosot mungkin disebabkan oleh berlakunya peperangan, mogok, masalah politik dan sebagainya. Apabila berlaku peperangan, semua urus niaga tidak dapat dijalankan dan bangunan-bangunan di tempat tersebut termasuklah bangunan bersejarah akan musnah. Tempat kediaman penduduk di sana juga tidak dapat elak daripada kemusnahan. Hasil tanaman dan ternakan mereka juga hapus dalam sekelip mata. Semasa peperangan, pasti menyebabkan kematian yang tinggi. Maka berlakunya penyakit-penyakit berjangkit dan wabak. Ini telah menyebabkan jumlah kematian yang lagi tinggi. Tanpa sumber pendapatan, tempat tinggal, kekurangan makanan dan kesihatan persekitaran yang teruk, ekonominya mesti dalam keadaan defisik. Dalam keadaan sebegini, penduduk di kawasan tersebut pasti terpaksa berhijrah ke tempat yang lebih selamat dan aman untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada masa inilah wujuduya kedatangan PATI yang beramai-ramai.

Selain itu, berlakunya mogok juga menyebabkan keadaan ekonomi yang tidak stabil di sesebuah negara. Apabila pekerja bekerja bermati-matian tetapi tidak mendapat balasan

3

yang sepatutnya daripada majikan, iaitu pembayaran gaji yang berpatutan maka berlakulah mogok. Tindakan mereka sebenarnya ingin memdapat perhatian daripada pihak kerajaan tetapi telah menyebabkan ketidakstabilan ekonomi. Ia bukan sahaja menyebabkan penangguhan hasil pengeluaran, juga menyebabkan kerugian yang besar. Pelabur-pelabur mungkin tidak akan melabur di negara tersebut lagi bagi mengelakkan keadaan sedemikian berulang. Tanpa pelaburan dari pihak luar,sumber ekonomi sesebuah negara akan menurun dan berlakulah pengangguran yang serius. Maka penduduknya perlu berhijrah ke negara lain untuk mencari rezeki.

Di samping itu, apabila keadaan politik sesebuah negara tidak stabil juga akan menyebabkan ekonominya merosot. Ketidaksefahaman pendapat antara pemimpin negara dengan rakyatnya selalu menjadi punca kepada ketidakstabilan politik negara. Salah satu punca PATI dari Indonesia menceroboh ke negara kita adalah ketidakstabilan politik di negara asal mereka. Indonesia merupakan sebuah negara dengan lebih kurang 206 juta penduduk. Mereka masih bergelut dengan kesan-kesan krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998. Indonesia juga mengalami reformasi-reformasi yang ditekankan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa( International Monetary Fund,IMF), pergolakan politik, gerakangerakan kemerdekaan, konflik perkauman, dan peralihan dari pemerintahan diktator kepada pemerintahan demokrasi. Keadaan sebegini adakah amat tidak sesuai untuk didiami dengan aman. Dalam keadaan terdesak ini, bagi menjamin masa depan mereka, penduduk negara tersebut akan berhijrah dan menjadi PATI di negara lain.

2.2

Wujudnya peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan pekerja asing dalam pelbagai bidang. Gelombong PATI ke Malaysia sebenarnya juga disebabkan oleh ketidaksamarataan proses perindustrian di negara-negara Asia. Dengan demikian, di satu sisi munculnya negara yang memerlukan tenaga kerja bagi pembangunan infrastruktur sebagai syarat perindustrian, dan di sisi lain pula hadirnya negara-negara yang menyediakan tenaga kerja. Lantas, dalam keadaan wujudnya permintaan dan penawaran, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita tetapi malangnya masuk dengan cara yang tidak betul.

Selain daripada sektor pembinaan memerlukan pekerja asing yang banyak, Malaysia juga memerlukan tenaga kerja dalam sektor pertanian terutamanya di Sabah yang sumber 4

ekonominya berasaskan pertanian. Pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini sememangnya memerlukan tenaga kerja asing kerana jumlah penduduk Sabah yang hanya seramai lebih kurang 1.6 juta tidak dapat menampung keperluan tenaga buruh terutamanya di sektor perladangan dan perkilangan. Dengan wujudnya peluang pekerjaan yang begitu baik, PATI pasti akan mencari peluang untuk menceroboh ke negara kita. Tambahan pula, ia adalah senang untuk menceroboh ke Sabah dari Filipina dan Indonesia. Oleh yang demikian, Sabah menjadi tempat yang mempunyai bilangan PATI yang tertinggi di Malaysia.

Dari persepsi yang lain pula, kedatangan PATI ke negara kita disebabkan oleh timbulnya masalah kekurangan peluang pekerjaan di negara-negara PATI ini. Apabila kekurangan peluang pekerjaan berlaku, akan ada banyak penduduk tidak mendapat pekerjaan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak baik, musim yang teruk berlaku seperti kemarau dan banjir. Semasa keadaan ekonomi tidak baik, hasil tanaman juga tidak mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Apatah lagi jika berlaku kemarau atau banjir, semua hasil tanaman akan hapus. Maka, meraka terpaksa mencari sumber pendapatan di negara lain.

2.3

Perbezaan kadar upah yang dibayar

Dari satu perspektif, migrasi dapat membawa manfaat kepada semua pihak yang berkenaan telah menyebabkan kadatangan PATI yang ramai. Kepada PATI, ia dapat menawarkan peluang mencari pendapatan yang tidak ditawarkan di negara asal, iaitu upah yang diterima lebih tinggi daripada yang di negara asal. Bagi negara penghantar, ia menawarkan peluang bagi mereka yang menganggur, serta punca pendapatan asing. Bagi negara penerima pula, ia menawarkan aliran tenaga pekerja murah yang mengekalkan gaji pada tahap yang rendah dan kadar pertumbuhan yang tinggi. Justeru, muncullah PATI di negara-negara Asia.

Tuntutan daripada pihak majikan Malaysia bagi tenaga pekerja yang murah, terutamanya bagi sektor tanaman, pembinaan dan perkhidmatan telah meningkatkan aliran PATI ke Malaysia. Dengan mengupah PATI, pihak majikan di Malaysia dapat membayar gaji yang sangat rendah tanpa menawarkan jaminan seperti insurans. Majikan juga dapat mengelakkan pembayaran cukai kerajaan bagi PATI dan mengerjakan pekerja itu buat masa yang lama dalam keadaan yang kurang baik. Namun begitu, gaji yang diterima oleh PATI 5

masih lebih tinggi daripada gaji yang dapat diperoleh di negara mereka sendiri. Oleh itu, dengan wujudnya majikan yang hanya tahu mengejar keuntungan dan gaji yang dibayar dianggap tinggi oleh PATI, maka wujudlah kedatangan PATI yang tidak pernah berhenti.

Realiti di sebaliknya pula ialah rakyat Malaysia sendiri tidak mahu melibatkan diri dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan. Mereka menganggap pekerjaanpekerjaan tersebut tergolong dalam pekerjaan kelas bawahan. Rakyat kita seharusnya mengubah persepsi ini. Selain itu, rakyat kita menganggap upah yang diberi terlalu rendah untuk mereka bekerja. Mereka rela memilih untuk menggangur daripada menerima pekerjaan tersebut. Dalam keadaan terdesak, majikan terpaksa mengambil tenaga kerja dari negara jiran. Peluang inilah yang dinanti-nantikan oleh pekerja-pekerja asing.

6

3.0

Kesan-kesan kedatangan PATIKebimbangan orang ramai terhadap pendatang asing bukanlah perkara baru. Ia

terbitan ekoran tanggapan negatif penduduk negara tersebut yang sering mengiatkan kelompok ini dengan pelbagai masalah sosial. Namun kebimbangan itu bukan tidak ada asasnya. Limpahan PATI ini lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Mereka sering terlibat dalam dalam gejala sosial dan pelakuan jenayah setempat. Kes pecah rumah, pembunuhan, gaduh sesama sendiri, pencurian, rogol, dan beberapa kes lain sering melibatkan golongan warga asing tanpa izin ini.

3.1

Keburukan akibat kedatangan PATI

Impak negatif yang dapat kita rasai adalah keselamatan sosial kita terancam. Ada yang di antara PATI ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di tempat mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka turut melakukan jenayah di negara kita. Kes-kes seperti rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Golongan wanitalah yang selalu menjadi mangsa PATI. Mangsa yang malang ini terpaksa menanggung trauma sepanjang hidup. Selain itu, terdapat juga taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Aktiviti di luar rumah juga terpaksa dikurangkan dan kanak-kanak dinasihati agar tidak bermain berseorangan di luar pagar rumah.

Selain itu, penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan. Sebaliknya, PATI tidak berbuat demikian. PATI yang memasuki Malaysia tidak diketahui tahap kesihatan mereka. Banyak yang di antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Apatah lagi amalan kesihatan di negara asal mereka tidak sama dengan apa yang diamalkan di Malaysia. Oleh yang demikian, kesihatan mereka kurang terjamin. Ada yang di antara mereka mungkin menghidapi AIDS, tibi, penyakit kelamin dan sebagainya yang akan memberi ancaman serius kepada warga Malaysia. Mereka umpama penyebar yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan membawa dan menyebar penyakit yang dibawa dari negara asal mereka. Akibatnya, rakyat kitalah menjadi mangsa. Banyak PATI juga telah disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur

7

tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS. Maka bertambahlah lagi risiko penyakit kepada rakyat kita.

Di samping itu, hak rakyat kita sedikit sebanyak akan terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah PATI dalam sektor perladangan, pembinaan dan pembantu rumah kerana upah mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita kerana motif majikan adalah untuk mencari keuntungan yang maksimum. Rakyat Malaysia dikatakan memilih pekerjaan dan enggan menceburi dalam sektor tersebut. Sebenarnya alasan ini tidak tepat kerana rakyat Malaysia rela melakukan apa sahaja pekerjaan dengan gaji yang ditawarkan setimbal. Apa yang berlaku adalah kerana gaji yang diberikan tidak setimbal bagi rakyat negara ini yang benar-benar memahami nilai wang di Malaysia berbanding PATI di mana nilai wang mereka jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Ini mendorong PATI berpusu-pusu untuk memasuki Malaysia dengan apa cara sekalipun bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang dikosongkan oleh rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama pula berlakunya pengaliran wang Malaysia ke luar negara. Apabila jumlah nilai penerimaan negara kurang berbanding jumlah nilai pembayaran, ia akan menyebabkan berlakunya imbangan pembayaran kurangan. Ini bermaksud ekonomi negara kita berada dalam keadaan defisit. Mengikut maklumat, sebanyak RM5 hingga RM7.5 billion telah dihantar keluar ke luar negara oleh PATI. Jumlah sebanyak itu adalah jumlah yang banyak bagi negara kita. Jumlah tersebut seharusnya digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan pembangunan dalam negara. Sebaliknya, wang negara kita digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga PATI dan menjana ekonomi negara asal PATI itu. Keadaan sebegini tidak sihat terutamanya untuk masa panjang atau ketika negara dalam keadaan kegawatan ekonomi.

Menurut maklumat juga, lebih kurang 24,000 daripada 49,000 bauduan di penjara terdiri daripada PATI. Wang kerajaan pula perlu dikeluarkan untuk menanggung makanan minum mereka. Dalam proses membanteras PATI ini pula, sumber tenaga pihak polis, tentera dan Jabatan Imigresen terpaksa digunakan. Hal ini telah menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan PATI. Malangnya, kedutaan asing pula kurang memberi kerjasama kepada negara kita. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kos penghantaran pulang pula juga enggan dibayar oleh kedutaan asing. Keadaan ini telah merumitkan lagi proses penghantaran balik PATI ke negara asal.

8

Tambahan pula, kedatangan pekerja asing, khususnya PATI, juga mendatangkan masalah perumahan. Merekalah golongan yang mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan PATI ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka tanpa memikirkan kesesuaiannya. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti sistem pembuangan sampah dan sistem peparitan. Kawasan inilah selalu menjadi tempat pembiakan nyamuk adis disebabkan oleh PATI yang bersifat pengotor dan suka membuang sampah di merata-rata tempat. Ia juga menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara juga akan terjejas kerana ia menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.

Ternyata sekali bahawa faedah berbentuk kemudahan awam hasil cukai yang dibayar oleh warga Malaysia turut dinikmati oleh PATI. Malahan, ada kalanya rakyat negara kita sendiri tidak berpeluang menikmati sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk para pembayar cukai. Kemudahan awam yang dimaksudkan termaksuklah pengangkutan awam, telefon awam, hospital dan klinik, lebuh raya serta tempat kediaman dan pelbagai lagi. PATI ini bukan sahaja tidak menghargai kemudahan awam yang disediakan malah selalu merosakkannya secara sengaja. Disebabkan mereka adalah pendatang asing, tanpa sebarang rekod, maka adalah sukar untuk pihak berkuasa memberkas para penjenayah bagi membayar ganti rugi. Akhirnya, kerajaan terpaksa membazirkan hasil cukai rakyat untuk membaikinya.

3.2

Kelebihan akibat kedatangan PATI

Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga kerja negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi dan pesat sehinggalah menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Pada masa yang sama pula penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pembinaan. Maka dengan datangnya golongan PATI ini masalah kekurangan tenaga buruh diselesaikan. Golongan PATI ini rela bekerja bertungkus lumus melaksanakan kerja demi gaji yang rendah bagi rakyat Malaysia. Tanpa mereka, projek-projek raksasa tidak mampu disiapkan dalam masa yang begitu singkat.

9

Sebenarnya, kehadiran PATI turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang baik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh golongan PATI ini. Pekerja tempatan ini akan bekerja lebik baik, bersemangat, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok dan mencuri tulang. Keadaan persaingan sebegini akan menyebabkan ekonomi dan produktiviti negara meningkat. Keadaan sebeginilah yang diminati oleh pelabur asing. Maka jumlah pelaburan daripada pelabur asing yang menguntungkan negara akan meningkat. Secara langsung ekonomi nagara dapat dibaiki.

Dari persepsi yang lain pula, imej negara kita turut akan meningkat walaupun dibanjiri oleh PATI. Hal ini demikian kerana masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini berpunca daripada ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara kelihatan sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara kita akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Lantaran itu, negara kita juga akan menerima penghormatan daripada negara lain. Secara tidak langsung, politik negara kita akan menjadi lebih kukuh dan stabil. Ia adakah penting bagi menjamin pembangunan serta masa depan negara.

10

4.0

Langkah-langkah mencegah kedatangan PATIDisebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita, maka keperluan

terhadap buruh asing telahpun meningkat. Maka PATI mengambil peluang keemasan ini untuk menceroboh ke Malaysia. Kehadiran mereka telah mencetus kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Walaupun PATI memang ada memberi sumbangan kepada negara kita dari segi pembangunan sama ada terhadap ekonomi negara ataupun infrastruktur, impak negatif yang dibawa oleh mereka jauh lebih tinggi daripada impak positif. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu diawasi dan dibendung dengan secepat mungkin bagi menjamin keamanan dan keselamatan rakyat serta memastikan kestabilan politik. Langkah- langkah yang dijalankan oleh kerajaan sama ada pihak berkuasa sememangnya harus mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuklah golongan PATI.

4.1

Mengehadkan pergantungan terhadap PATI Salah satu langkah utama yang dapat menangani kedatangan PATI adalah dengan

mengehadkan pergantungan terhadap PATI. Bilangan mereka yang semakin besar ini menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan. Melalui kaedah pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan oleh kerajaan, pihak berkuasa akan lebih mudah dan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara kita. Malaysia bukannya tidak mengenang jasa dan sumbangan tenaga kerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan serta beberapa sektor perkhidmatan yang lain. Sebaliknya, mereka juga harus memahami bahawa inilah strategi yang terpaksa dilaksanakan supaya selari dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan mengawal kemasukan PATI ke negara kita. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah, maka mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran pendatang asing yang tiada permit kerja yang sah dalam sektorsektor yang ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, melalui dasar kerajaan yang kini tidak membenarkan lagi anak-anak PATI bersekolah di sekolah kerajaan sedikit sebanyak dapat menyedarkan PATI bahawa masa sudah tamat bagi mereka menikmati kemudahan yang sepatutnya untuk warganegara ini sahaja. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi 11

syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Salah satu daripada syarat yang patut dipatuhi ialah pekerja asing tersebut memiliki permit yang sah. Tanggungjawab majikan juga adalah untuk mengingatkan para PATI di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara. Para PATI seharusnya tahu di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Maka mereka patut mengetahui cara hidup serta adat resam penduduk setempat agar tidak melanggar pantang larang penduduk di kawasan tersebut.

4.2

Menguatkuasakan undang-undang

Bagi mencegah kemasukan PATI ke negara kita, kerajaan Malaysia telah banyak menggubah undang-undang serta akta yang baru. Pekerja asing dikehendaki memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki sesebuah Negara. Maka, di bawah Akta Imigrasi dan Kebangsaan (INA), Seksyen 214(b), setiap pendatang asing akan dianggap sebagai imigran sehinggalah ia dapat menyakinkan pegawai consular, pada masa permohonan masuk, bahawa ia layak untuk mendapat status bukan imigran. Untuk mengelakkan menjadi PATI, pemohon visa mesti mencantas andaian ini dengan membuktikan bahawa matlamat perjalanan mereka untuk memasuki negara kita adalah untuk tujuan perniagaan atau bekerja, lawatan, atau rawatan perubatan. Meraka juga perlu menyatakan rancangan untuk tinggal selama tempoh yang spesifik dan terhad serta memiliki bukti kewangan untuk menanggung perbelanjaan di negara kita. Mereka harus memiliki ikatan sosial dan ekonomi serta tanggungjawab lain di negara asal yang akan memastikan mereka kembali setelah tamat tempoh lawat. Kegagalan untuk mengatasi andaian tersebut akan menyebabkan pemohon gagal untuk mendapat visa di bawah Seksyen 214(b) INA.

Selain itu, majikan juga akan dikenakan hukuman jika mereka mengupah golongan PATI ini. Mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Pindahan) 1997, Seksyen 55B(1), manamana individu atau majikan yang didapati mengambil bekerja atau merekrut di bawah 5 orang pekerja asing yang tidak memiliki sebarangan dokuman yang sah, iaitu PATI adalah didapati bersalah. Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM 10,000 dan tidak melebihi RM 50,000 untuk setiap pekerja asing tersebut. Di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindahan) 1997 juga, bahagian Seksyen 55B(3) menyatakan sabit kesalahan di Seksyen 55B sub-sec (1) di atas, majikan yang didapati bersalah oleh mahkamah mengambil bekerja atau merekrut lebih daripada 5 orang pekerja asing tanpa sebarangan dokuman yang sah boleh dipenjarakan tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak melebihi 5 12

tahun. Akta-akta sebegini adalah langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengelakkan majikan daripada mengupah PATI. Apabila tiadanya penawaran peluang pekerjaan untuk PATI, maka mereka akan balik ke negara asal mereka.

Di samping itu, seseorang itu juga akan disabitkan kesalahan sekiranya menyewa tanah, rumah, lesen-lesen perniagaan, kenderaan kepada PATI. Di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindahan) 1997, mana-mana orang yang dengan sengaja melindungi manamana orang ia ketahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayainya bahawa orang itu telah bertindak bertentangan dengan Akta ini, maka jika disabitkan dengan kesalahan itu, bolah didenda melebihi RM 10,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Langkah ini bukan sahaja dapat mengecilkan bidang yang boleh diceburi oleh mereka seperti dalam sektor pengangkatan dan pertanian, malah dapat mengurangkan persaingan mereka dengan rakyat tempatan.

4.3

Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Persekutuan

Motif utama Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) ditubuhankan adalah untuk mengusir PATI dari Malaysia. PPKP memastikan pengurusan, pengendalian dan penyelesaian masalah berkaitan dengan Pendatang Luar Negeri (PLN) di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaksanakan dan diselaraskan secara menyuruh dan bersepadu, terancang dan berkesan bersesuaian dengan kepentingan nasional demi menjamin keselamatan negara dan mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat.

Langkah pertama adalah memastikan mereka yang diketagori dalam kumpulan PATI. Tindakan penangkapan dan penghantaran pulang akan dibuat ke atas mereka secara berterusan. Selain daripada pengawasan sempadan daratan olah Polis Diraja Malaysia (PDRN), Jabatan Imigresen dan sebagainya, langkah-langkah pengawasan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TDLM) dan Polis Marin di perairan negara juga telah dipertingkatkan. PATI yang cuba menceroboh melalui jalan laut terus diusir ke negara asal masing-masing. Di samping itu, masalah untuk menempatkan PATI sebelum dihantar pulang juga telah selesai setelah siapnya Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Menggatal Kota Kinabalu yang bolah menempatkan seramai 2,000 orang. PTS Sandakan dan Tawau juga sedang dalam proses pembesaran dan boleh memuatkan seramai 800 orang setiap satu pada setiap masa.

13

Kemudahan ini telah memudahkan proses penyiasatan sehinggalah PATI ini dihantar pulang.

Untuk memastikan PATI yang telah dihantar pulang tidak masuk semula le negara kita, usaha-usaha pengawasan di perairan pantai Sabah dan W.P Labuan telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa olah pihak TLDM dan Polis Marin. Tindakan di darat pula dijalankan oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Buruh yang diselaraskan oleh PPKP. Walau bagaimanapun, ia bukanlah merupakan satu perkara yang mudah untuk mewujudkan kawalan yang menyeluruh ke atas pantai Sabah dan W.P Labuan yang panjangnya melebihi 1500 kilometer dengan tenaga yang terhad. Kedudukan pulau-pulau di Selatan Filipina dan Kalimantan Timur, Indonesia yang terlalu hampir dengan pantai Sabah menyukarkan pengawalan terhadap kemasukan PATI dari kedua-dua negara tersebut. Oleh yang demikian, pihak kerajaan masih terus mengusir PATI yang cuba menyusup ke negara kita di samping mengusir PATI yang berada di Malaysia. Selaras dengan itu, hukuman yang lebih berat dikuatkuasakan ke atas PATI yang masuk semula selepas dihantar pulang ke negara asal mereka. Golongan PATI ini akan dikenakan hukuman rotan tidak melebihi 6 roton. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah menakutkan PATI untuk kembali semula ke negara kita.

4.4

Kerjasama daripada semua pihak

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, semua pihak yang berkuasa harus melipat gandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerja tanpa izin ini ke negara asal mereka. Palancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membentung limpahan PATI. Operasi-operasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan PATI ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

Dimaklumkan bahawa usaha-usaha menghalang limpahan PATI tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang tidak memberi perhatian terhadap seruan kerajaan berhubung dengan masalah PATI telah memburukkan keadaan. Majikan seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Mereka haruslah mengupah pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah malah sebaik14

baiknya rakyat tempatan. Upah yung dibayar kepada PATI lebih rendah memang benar tetapi ia tidak bolah dijadikan satu alasan untuk menggaji PATI. Majikan tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan keselamatan negara.

Di samping itu, kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan negara jiran yang terbabit adalah amat penting untuk membendung kemasukan PATI. Pihak kerajaan yang melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan pasukan bertindak bersama-sama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif. Negara-negara jiran diseru agar mempertingkatkan pengawalan persisiran pantai serta daratan negara mereka agar penduduk mereka tidak begitu mudah untuk menyeludup keluar dari negara asal mereka. Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekasja asing secara lebih teratur dan terkawal.

15

5.0

KesimpulanKesimpulannya, keperluan dan peranan PATI dalam pembangunan ekonomi negara

kita memang tidak dapat dinafikan. Kedatangan mereka sedikit sebanyak telah melancarkan pembangunan negara, pembinaan infrastruktur dan sebagainya. Kos-kos yang terlibat untuk sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan sebagainya telah banyak dikurangkan atas sumbangan titik peluh PATI. Namum demikian, limpahan pekerja asing terutamanya PATI yang tidak dikawal dan berterusan tentu akan memudaratkan kesejahteraan negara kita. Kehadiran PATI akan mengundang berlakunya jenayah, sama ada jenayah kecil atau besar, ia tetap diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah. Bayangkan bagaimana pihak keselamatan, khususnya pihak polis hendak menjejak perbuatan jenayah oleh PATI. Lebihlebih lagi jika PATI yang datang ke Malaysia sememangnya penjenayah di negara asal mereka. Sungguh malang negara ini jika ia menjadi takungan para penjenayah PATI tersebut. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa golongan PATI juga enggan menjadi penceroboh di negara lain kecuali dalam keadaan yang terdesak. Apa yang mereka mahu adalah hanya mencari rezeki. Maka, haruslah sedar bahawa konsep pekerja asing tanpa izin adalah cara zalim untuk membahagikan penduduk sesebuah negara dengan kelas pekerja di negara yang lain. Realitinya adalah bahawa pembahagian kelas pekerja mengikut bangsa, biapun di antara rakyat Indonesia dengan Malaysia, atau kaum Cina dengan kaum Melayu, dan sebagainya, hanya menyembunyikan persamaan-persamaan yang dapat menyatukan kelas pekerja. Apa yang dapat lakukan buat masa kini adalah menghancurkan pembahagian dan pemisahan yang semakin dihuraikan dengan ungkapan-ungkapan seperti pekerja tanpa izin dan tidak sah. Ini hanya dapat dilakukan dengan menghancurkan penindasan yang mengakibatkan isu pendatang asing menunjukkan batang hidung. Akhir kata, pekerja asing tanpa izin merupakan satu isu yang tiada penamatnya yang berlaku pada setiap hari di setiap negara serta di sekeliling kita.

16

BibliografiAbdul Rahman Sulaiman (2004,Disember 31) Masalah Pendatang Asing Perlu Penyelesaian Muktamad. Berita Harian, 12. Admin (2008). Kesan-kesan Kemasukan Pendatang asing Tanpa izin Kepada Negara Ini. Diperoleh pada September 2, 2009 daripada

http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28kesan-kesan-kemasukan-pendatangasing-tanpa-izin-kepada-negara-ini. Hapriza ashari (2004). Undang-Undang Pekerja. Johar Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia Kamal Halili Hassan (1994). Hububgan Undang-Undang Majikan Dan Pekerja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. K. Rajkumar (2001). Panduan Mudah Undang-Undang Buruh Malaysia (Zulkarnin Hj Zakaria, terjemah). Selangor Darul Ehsan: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Muhammad Salleh (2002). Realiti Di Sebalik Isu Pendatang Tanpa Izin. Diperoleh pada September 2, 2009 daripada http://art.anu.edu.au/suara/salleh6.rtf. Sarizah Soed dan M. Nazri Zakaria (2005). Asas-asas Ekonomi. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional Sdn Bhd. Siti Rohani Yahaya (2000). Penggunaan Buruh dan Kebolehan Buruh Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wikipedie (2009). Diperolah pada September 2, 2009 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendatang_tanpa_izin.

17