Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah
Transcript of Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, hidayat dan
rahmatNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Selawat dan salam yang berterusan
buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda, sahabat-sahabat
baginda dan juga kepada seluruh pendokong dan pejuang ummah baginda yang
memperjuangkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi Allah s.w.t. ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Puan
Rusmawati bt Othman, iaitu pensyarah mata pelajaran pengajaran Merancang Untuk
Mengajar Sains Rendah khasnya dan para pensyarah di Jabatan Sains yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dari semasa ke semasa sehingga tugasan
ini berjaya disiapkan.
Selain itu, terima kasih diucapkan kepada organisasi perpustakaan Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman (IPDA) yang telah banyak memberi
kerjasama dalam pencarian bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan ini. Tanpa
bantuan mereka, saya akan menghadapi sedikit kesukaran dan masalah untuk
mendapatkan rujukan-rujukan bagi memudahkan kami menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.
Penghargaan yang tinggi nilainya buat bonda dan ayahanda serta keluarga
tercinta yang tidak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan sepanjang
pelaksanaan tugasan ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan
ikhlas daripada mereka semua dengan ganjaran yang setimpal. Wassalam.
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan
Senarai kandungan
Biodata
1.0 Pendahuluan
2.0 Rancangan pengajaran harian
3.0 Ringkasan kemahiran pengajaran mikro
4.0 Penutup
Refleksi
Senarai rujukan
Lampiran
I
II
III
1
2-13
14
17
18
BIODATA
1.0PENDAHULUAN
Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu
rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada
murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi,
perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Sharifah
Alwiah Alsagof (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah
satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Faktor penting yang
perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah
tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak
disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid.
Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat
menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif
pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan. kelemahan ini bukan saja akan
mempengaruhi prestasi kerja guru, malah ia akan memberi kesan negatif terhadap
pencapaian serta kemajuan murid.
Sehubungan itu, terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan
oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan kepada guru untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan. Secara umumnya,
dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata
pelajaran bekenaan secara mendalam terlebih dahulu. Segala konsep dan kemahiran
yang patut disampaikan kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru
sendiri. Guru kemudian harus menganalisis bahan pelajaran sebelum memilih,
memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai
objektif pelajaran.
Berdasarkan hal ini, tidak ada satu model pengajaran yang terbaik untuk semua
mata pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Model pengajaran tersebut
harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan murid.oleh itu, pemilihan model
pengajaran yang sesuai amat membantu melancarkan fasa pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
2.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Terdapat beberapa jenis model pengajaran yang dapat diguna pakai oleh guru dalam
merancang pelan pengajaran dan pembelajaran murid yang paling sesuai dan efektif.
Namun, saya hanya menfokuskan penggunaan model 5 Fasa Needham dan model
Inkuiri Penemuan dalam merancang rancangan pengajaran harian (RPH) bagi
matapelajaran sains sekolah rendah.
Model pengajaran 5 Fasa Needham telah dicadangkan oleh Richard Needham
(1987) dalam kerjanya “Children Learning in Science Project”. Ia mengandungi lima
fasa iaitu orientasi, mencungkil idea, pengstrukturan semula idea, aplikasi idea dan
refleksi. Needham (1987) menyatakan melalui model ini, murid digalakkan untuk
bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini dapat merangsang murid
untuk meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru
digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal
mereka. muriddiberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan
mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih
mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna.
Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk
menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea
itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini
muridmembandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali
proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa
ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Model Inkuiri Penemuan pula merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,
menganalisa, dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-
kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk
membuat generalisasi. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid-murid
akan mengkaji hubungan, perkaitan serta pola bagi menentukan konsep, fakta rumus,
atau hukum. Terdapat 3 jenis model pengajaran inkuiri iaitu kitar pembelajaran 5E,
pengajaran deduktif dan induktif berasaskan inkuiri serta pengajaran berasaskan
penyelesaian masalah.
2.1RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MODEL 5 FASA NEEDHAM)
Matapelajaran : Sains
Tahun : 5 English
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tarikh : 17 Februari 2013
Bilangan murid : 30 orang
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Bidang pembelajaran : Benda Hidup Menjalani Proses Hidup-Tabiat Buruk Manusia.
Objektif : 2.2 Menyedari Tentang Sesetengah Perlakuan Boleh
Mengganggu Proses Hidup.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
akan dapat:
i) Menyatakan 3 contoh tabiat buruk yang mendatangkan
bahaya kepada manusia melalui perbincangan
kumpulan.
ii) Menyenaraikan kesan-kesan tabiat buruk (merokok,
menghisap dadah, minum arak) terhadap diri manusia
melalui aktiviti perbincangan kumpulan.
iii) Melaksanakan pengujian kesan merokok terhadap paru-
paru melalui eksperimen rokok.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui tabiat-tabiat buruk yang
berlaku disekeliling m ereka
Kemahiran proses sains :Memerhati, Berkomunikasi, Membuat eksperimen.
Kemahiran berfikir : Membuat eksperimen, menjana idea, membanding-beza,
membuat inferens, Membuat kesimpulan.
Nilai-nilai murni : Berani mencuba, berfikir secara rasional, , bekerjasama,
yakin dan berdikari.
Bahan bantu mengajar : Model rokok, model paru-paru, video iklan berhenti
merokok, komputer riba, rokok, mancis, botol kosong, kapas,
plastisin,
Fasa/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Set orientasi
(± 5 Minit)
1. Tabiat buruk
manusia
- merokok
2. Soalan:
Apakah hubungan
antara rokok dan
paru-paru?
Murid membacakan doa sebelum
memulakan pembelajaran.
Guru meminta murid mengeluarkan
buku serta alat tulis yang berkaitan
dan duduk dalam keadaan bersedia.
Seorang murid diminta datang
kehadapan kelas untuk mengeluarkan
model paru-paru dan model rokok
dari kotak misteri.
memerhati model paru-paru dan
rokok gergasi yang ditayangkan guru
dihadapan kelas.
Murid dan guru bersoal jawab
mengenai hubungkait antara paru-
paru dan rokok.
BBM:
-Video
-Model rokok
-Model paru-
paru
KPS:
-Memerhati
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
Nilai Murni:
Murid menyatakan bahawa merokok
merupakan tabiat buruk yang
diamalkan oleh manusia.
Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk
pembelajaran pada hari ini iaitu
“Tabiat Buruk Manusia”.
-Berani mencuba
-Berfikiran
rasional.
Pencetusan
idea
(± 15 Minit)
1. Tabiat Buruk
Manusia:
Merokok
Minum arak
Hisap dadah
2. Tayangan video
iklan berhenti
merokok.
3. Kesan tabiat
buruk manusia:
Merosakkan
paru-paru
Menyebabkan
kanser
Tidak dapat
berfikir dengan
waras.
Murid dipecahkan kepada 6 kumpulan
Murid berbincang dalam kumpulan
dan menyenaraikan tabiat buruk-
tabiat buruk manusia yang mereka
ketahui.
Guru mencatat jawapan murid di
papan hitam dan memilih 3 contoh
yang hendak difokuskan pada hari ini
iaitu merokok, minum arak dan hisap
dadah.
Murid memerhati tayangan video
iklan berhenti merokok yang
ditunjukkan oleh guru.
Murid dan guru berbincang mengenai
isi kandungan iklan dan menfokuskan
pada kesan akibat melakukan
BBM:
- Kertas
mahjong
- Pen marker
- Gambar
- Video
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
Nilai Murni:
-Berani mencuba
-Berfikiran
rasional.
- Bekerjasama.
perbuatan buruk oleh menusia.
Setiap kumpulan mendapatkan kertas
mahjong dan pen marker dari guru.
Secara berkumpulan, murid
berbincang mengenai kesan-kesan
buruk bagi tabiat hidup manusia
dengan memberi contoh yang sesuai.
Penstrukturan
semula idea.
(± 15 Minit)
1. Pembentangan
kumpulan
mengenai kesan-
kesan tabiat
buruk manusia.
Setiap kumpulan menampal hasil
kerja kumpulan dihadapan kelas.
Beberapa kumpulan dipilih secara
rawak untuk membentangkan hasil
dapatan kumpulan.
Murid dari kumpulan lain diminta
untuk memberi pertanyaan, ulasan,
teguran atau pendapat berkenaan
pembentangan kumpulan
pembentang.
Murid dan guru berbincang
mengenai hasil dapatan kumpulan
BBM:
-.Hasil aktiviti
dalam fasa
pencetusan idea
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
Nilai Murni:
-Berani mencuba
Pengaplikasia
n
Idea
1. Eksperimen
rokok.
Murid memerhati sebatang rokok
yang telah dibuka/dikoyak oleh guru
untuk menunjukkan isi kandungan
dalam sebatang rokok.
BBM:
Rokok, mancis,
botol kosong,
plastisin.
(± 20 Minit) Guru menayangkan gambar isi
kandungan rokok kepada murid.
Murid mendengar arahan guru
mengenai cara-cara melaksanakan
aktiviti eksperimen serta panduan
keselamatan yang perlu diberi
perhatian.
Murid mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan dalam eksperimen
tersebut (rokok, botol kosong,
plastisin, kapas).
Murid dibawa ke tempat lapang
untuk menjalankan eksperimen
secara berkumpulan.
Murid kembali semula ke makmal
sains untuk membuat pemerhatian
keatas hasil eksperimen.
Murid dan guru bersoal jawab
mengenai hasil dapatan eksperimen
bersama guru.
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
-Menganalisis
Nilai Murni:
-Berfikiran
rasional.
Refleksi
(± 5 Minit)
1. Refleksi kendiri Murid diminta membuat refleksi
dengan menyatakan kembali apa
yang telah mereka rasai dan pelajari
pada hari ini.
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
2. Rumusan
3. Soalan:
Apakah jenis-
jenis tabiat buruk
manusia?
Nyatakan kesan
tabiat-tabiat
buruk manusia.
Beberapa orang murid diminta
membuat rumusan mengenai tajuk
yang telah dipelajari dengan
bimbingan guru.
Guru memberi penghargaan kepada
murid-murid atas kerjasama dan
semangat yang telah ditonjolkan
sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini.
Nilai Murni:
-Berani mencuba
-Berfikiran
rasional.
2.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (INKUIRI PENEMUAN)
Matapelajaran : Sains
Tahun : 5 English
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tarikh : 17 Februari 2013
Bilangan murid : 30 orang
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Bidang pembelajaran : Benda Hidup Menjalani Proses Hidup-Tabiat Buruk Manusia.
Objektif : 2.2 Menyedari Tentang Sesetengah Perlakuan Boleh
Mengganggu Proses Hidup.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
akan dapat:
i) Menyatakan 3 contoh tabiat buruk yang
mendatangkan bahaya kepada manusia melalui
perbincangan kumpulan.
ii) Menyenaraikan kesan-kesan tabiat buruk (merokok,
menghisap dadah, minum arak) terhadap diri manusia
melalui aktiviti perbincangan kumpulan.
iii) Melaksanakan pengujian kesan merokok terhadap paru-
paru melalui eksperimen rokok.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui tabiat-tabiat buruk yang
berlaku disekeliling m ereka
Kemahiran proses sains :Memerhati, Berkomunikasi, Membuat eksperimen.
Kemahiran berfikir : Membuat eksperimen, menjana idea, membanding-beza,
membuat inferens, Membuat kesimpulan.
Nilai-nilai murni : Berani mencuba, berfikir secara rasional, bekerjasama,
yakin dan berdikari.
Bahan bantu mengajar : Model rokok, model paru-paru, kertas mahjong, pen
marker, pensil warna krayon, gam, surat khabar, majalah,
brosur kesihatan.
Fasa/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Orientasi
(± 5 minit)
1. Tabiat merokok.
2. Contoh soalan:
Siapakah yang
mempuanyai
ahli keluarga
yang hisap
rokok?
Bilakah individu
tersebut mula
hisap rokok?
Apakah
perbezaan
antara orang
yang hisap
rokok dengan
orang yang
tidak hisap
rokok?
Murid membacakan doa sebelum
memulakan pembelajaran.
Guru meminta murid mengeluarkan
buku serta alat tulis yang berkaitan
dan duduk dalam keadaan bersedia
Murid ditunjukkan model rokok dan
diminta berkongsi cerita berkaitan
rokok yang berlaku dalam kehidupan
seharian mereka.
BBM:
-Video
-Model rokok
-Model paru-
paru
KPS:
-Memerhati
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
Nilai Murni:
-Berani mencuba
-Berfikiran
rasional.
Pencetusan
idea
(± 15 minit)
1. Tabiat buruk
manusia.
2. Contoh soalan:
Murid dan guru bersoal jawab
mengenai amalan merokok, hisap
dadah dan minum arak yang
BBM:
- Kertas
mahjong
Adakah
merokok satu
tabiat yang
baik?
Mengapa?
Apakah yang
berlaku kepada
individu yang
hisap rokok?
Adakah hisap
dadah satu
tabiat yang
baik?
Mengapa?
Apakah yang
berlaku kepada
individu yang
hisap dadah?
Adakah minum
arak satu tabiat
yang baik?
Mengapa?
Apakah yang
berlaku kepada
individu yang
minum arak?
diamalkan oleh sesetengah individu.
Secara berkumpulan, murid
berbincang menyenaraikan kesan
amalan merokok yang mereka
ketahui.
Secara berkumpulan, murid
berbincang menyenaraikan kesan
amalan hisap dadah yang mereka
ketahui.
Secara berkumpulan, murid
berbincang menyenaraikan kesan
amalan minum arak yang mereka
ketahui.
Murid mencatat jawapan hasil
perbincangan dalam kertas mahjong.
setiap kumpulan dipanggil
kehadapan kelas untuk
membentangkan hasil kerja masing-
masing.
- Pen marker
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
Nilai Murni:
-Berani mencuba
-Berfikiran
rasional.
- Bekerjasama.
Penstrukturan
Semula Idea
(± 25 Minit)
Mengenalpasti
tabiat buruk
manusia.
Murid diberi arahan oleh guru untuk
menghasilkan satu buku skrap
mengenai amalan merokok, hisap
dadah dan minum arak.
i. Murid mendapatkan surat khabar
BBM:
-Surat khabar
lama, majalah,
brosur kesihatan
dan majalah serta brosur
kesihatan.
ii. Secara berkumpulan, murid
mencari berita, artikel dan semua
maklumat yang berkaitan dengan
amalan merokok, hisap dadah
dan minum arak dari sumber yang
mereka peroleh.
iii. Keratan artikel atau berita yang
berkaitan dengan amalan
merokok, hisap dadah dan
minum arak ditampal dalam buku
skrap.
Murid diminta merancang
penghasilan buku skrap, membuat
analisis pembacaan keatas
maklumat dalam buku skrap,
memberi cadangan dan akhirnya
membina rumusan atau kesimpulan
berkaitan amalan merokok, hisap
dadah dan minum arak yang mereka
dapati dari aktiviti buku skrap.
Murid diedarkan lembaran kerja
berkaitan amalan merokok, hisap
dadah dan minum arak untuk diisi.
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
-Menganalisi
Nilai Murni:
-kerjasama
Aplikasi idea.
(± 10 Minit)
1. Poster
kesihatan :
Jauhi amalan
buruk (merokok,
Murid diedarkan dengan kertas
mahjong, pen marker, gam dan
pensil warna krayon.
Secara berkumpulan, murid
BBM:
kertas
mahjong, pen
marker, gam,
hisap dadah
atau minum
arak)
merekacipta satu poster kesihatan
mengenai amaran terhadap amalan
buruk manusia (merokok, hisap
dadah, minum arak).
Murid mempamerkan hasil kerja di
papan kenyataan di luar makmal
atau di dalam kelas.
pensil warna
krayon.
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
-Menganalisis
Nilai Murni:
-Berfikiran
rasional.
Refleksi
(± 5 minit)
1. Peta minda
berkaitan dengan
tabiat buruk
manusia.
2. Rumusan
3. Soalan:
Apakah jenis-
jenis tabiat buruk
manusia?
Nyatakan kesan
tabiat-tabiat
buruk manusia.
Murid diminta melengkapkan peta
minda berdasarkan pelajaran pada
hari ini.
Beberapa orang murid diminta
membuat rumusan mengenai tajuk
yang telah dipelajari dengan
bimbingan guru.
KPS:
-Berkomunikasi
KBKK:
-Menjana idea
Nilai Murni:
-Berani mencuba
-Berfikiran
rasional.
3.0 RINGKASAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO
Tabiat buruk
manusiaMerokok
Hisap dadah Minum
arak
Kesan?
Kesan?
Kesan?
Mengikut Michael J. Wallacc, pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang
dimudahkan. Pengertian ini menerangkan mengenai situasi pengajaran yang telah
dikurangkan skopnya iaitu tugas guru dipermudahkan, isi mata pelajaran yang diajar
dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Hal ini bermakna, guru hanya perlu
menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar sahaja pada satu-satu masa
tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah. Kemahiran pengajaran mikro adalah
perlakuan bilik darjah tertentu yang boleh dilihat, ditafsir dan menunjukkan perkaitan
dengan pembelajaran murid. Kebiasaanya, amalan pelaksanaan pengajaran mikro
dijalankan sebagai satu tambahan kepada teknik-teknik latihan keguruan yang ada.
Merujuk kepada jadual penentuan tugasan, saya telah menjalankan satu
pengajaran mikro berkenaan satu topik matapelajaran sains bagi murid-murid tahun 4
iaitu “Tabiat Buruk Manusia”. Sebelum pelaksanaan pengajaran mikro, saya telah
menyediakan satu rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan model
pengajaran 5 Fasa Needham. Fasa yang dipilih untuk pelaksanaan pengajaran mikro ini
ialah Set Orientasi atau set induksi. Selama 5 minit, saya melaksanakan pengajaran
mikro bersama rakan sekelas dengan menekankan aspek kemahiran penyoalan dalam
fasa set induksi. Kemahiran tersebut adalah komunikasi dua hala antara guru dan murid
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran set induksi merupakan cara guru memperkenalkan atau memulakan
sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu pelajaran. Sehubungan itu, melalui
pelaksanaan pengajaran topik “Tabiat Buruk Manusia” ini, saya telah memperkenalkan
tajuk dengan mempamerkan model rokok gergasi dan model paru-paru yang diperoleh
dari badan model manusia dalam makmal. Murid-murid diajak untuk berfikir mengenai
perkaitan antara paru-paru dan rokok dengan memacu semangat inkuiri mereka
menggunakan model sebagai bahan rangsangan. Bagi menarik perhatian murid dalam
aktiviti pembelajaran, saya telah menggunakan suara, gerak geri dan pandangan mata
yang dikira sesuai untuk menarik perhatian mereka kearah pelajaran yang diajar
sepanjang sesi pengajaran.
Bagi melancarkan perjalanan kelas, saya telah menggunakan kotak misteri untuk
menyembunyikan model rokok gergasi dan model paru-paru di dalamnya. Saya dapati,
murid kelihatan teruja untuk mengetahui apakah barang yang terkandung dalam kotak
misteri tersebut.
Saya telah meminta murid untuk meneka barang tersembunyi dan menyediakan
ganjaran berupa gula-gula untuk individu yang berjaya meneka dengan betul. Sebelum
memberi jawapan, saya telah meminta 2 orang murid ke hadapan kelas dan
memasukkan tangan ke dalam kotak untuk memegang barangan yang terkandung
dalam kotak misteri. Murid tersebut perlu menyatakan kepada rakan-rakan sekelas
mengenai ciri-ciri fizikal yang dia peroleh sewaktu memegang barangan tersembunyi
itu. Semasa murid menghuraikan ciri-ciri fizikal yang dia rasai ketika memasukkan
tangan dalam kotak misteri, saya meminta murid menyebut ciri-ciri tersebut dengan
kuat dan jelas, Hal ini bertujuan supaya murid lain dapat meneka apakah barangan
tersebut dengan hanya menggunakan pendengaran.
Seterusnya, saya memanggil nama beberapa orang murid untuk memberikan
pandangan dan pendapat mereka mengenai perkaitan antara rokok dan paru-paru.
Peneguhan telah diberikan kepada murid tersebut dengan perkataan “bagus” dan
“baik”. Saya juga meminta rakan-rakan mereka memberi tepukan sebagai galakan
kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik. Ini bertujuan
supaya murid yang terlibat merasa dihargai oleh guru dan rakan-rakan. Manakala
murid-murid lain dapat memupuk nilai murni iaitu menghargai hasil kerja rakan mereka.
Semua murid begitu seronok menjalankan aktiviti semasa fasa orientasi atau set
induksi. Objektif pengajaran saya telah tercapai untuk memperkenalkan tajuk tabiat
buruk manusia.
Selain kemahiran dalam set induksi, saya juga turut menekankan kemahiran
penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran penyoalan ialah kemahiran
yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Saya mengaplikasikan
kemahiran penyoalan semasa mengajar agar murid-murid mendapat peluang untuk
berfikir dan tidak hanya menunggu maklumat mengenai pelajaran disampaikan terus
kepada mereka. Soalan-soalan yang ditanya adalah bermula dari jenis soalan aras
rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritis hingga ke aras soalan yang lebih
tinggi dan mencabar untuk mengetahui serta membina tahap kognatif yang lebih tinggi
dalam kalangan murid. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap
pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang
berkesan. Saya memberikan soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan
perkataan yang mudah difahami oleh murid. Selepas soalan diberikan, saya berhenti
sejenak sebelum memanggil nama murid-murid tertentu yang hendak disoal. Perlakuan
berhenti sejenak ini dilakukan untuk memberi masa kepada murid-murid untuk berfikir
jawapan yang mereka rasakan paling sesuai untuk menjawab soalan. Langkah terburu-
buru dalam menyoal akan membuatkan murid terus hilang minat dan semangat untuk
berfikir. Antara contoh soalan yang saya telah ujarkan dalam kelas sewaktu sesi
pengajaran mikro ialah seperti dibawah:
1. “Apakah nama objek ini?” Murid dapat faham soalan tersebut dengan mudah
dan menyebut nama objek yang ditunjukkan seperti rokok dan paru-paru.
2. “Sebutkan ciri-ciri fizikal benda-benda yang terdapat dalam kotak misteri?” Murid
menyebut sifat-sifat fizikal paru-paru dan rokok hanya dengan menyentuh objek
tersebut tanpa melihatnya.
3. “Apakah hubungan antara rokok dan paru-paru?” Murid diminta membuat
perkaitan mudah antara rokok dan kesannya kepada paru-paru.
Dalam usaha membuka ruang pembelajaran kepada para murid, guru perlu
menegaskan kepada mereka mengenai aktiviti atau tugasan yang akan dibuat sewaktu
pembelajaran berlangsung agar mereka dapat memahami kehendak sebenar guru.
Sepanjang pelaksanaan, guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya
serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti berfikir dan belajar selain
memandu muridnya kearah pembelajaran dengan membina hubungan dan perkaitan
yang jelas antara isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.
5.0 PENUTUP
Sebelum pelaksanaan pengajaran, kebiasaannya guru akan menyediakan rancangan
pengajaran harian yang merupakan satu rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk dilaksanakan guru sama ada di dalam bilik darjah atau
makmal untuk satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Penyediaan rancangan pengajaran harian ini adalah perlu untuk menjamin
pencapaian murid dalam obejktif dan hasil pembelajaran yang diingini selain untuk
meningkatkan keyakinan guru sewaktu mengajar. Namun, sebelum merangka sesuatu
pelan pengajaran, terdapat dua maklumat yang diperlukan sebagai bahan persediaan
iaitu maklumat mengenai murid dan perkara-perkara yang akan diajar serta catatan
mengenai langkah-langkah dan aktiviti murid-murid dalam sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, sebelum mengajar juga, guru perlu merancang
pengajarannya dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
Guru perlu membuat keputusan berlandaskan kepada keperluan, matlamat, objektif
serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran.
Namun begitu, bagi membantu guru membina pelan pengajaran yang efektif dan
berkesan, pelbagai penyelidikan telah dibuat dan hasilnya, satu kajian mengenai model
pengajaran yang pelbagai telah diterbitkan. Berpandukan rangka model ini, guru dapat
membina satu rancangan pengajaran harian dengan lebih teratur dan sistematik.
LAMPIRAN