ETIKA KAUNSELING

45
ETIKA KAUNSELING MISS NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI ([email protected] y) -Jabatan Usuluddin-

description

etika kaunseling merujuk kepada etika PERKAMA

Transcript of ETIKA KAUNSELING

ETIKA KAUNSELINGMISS NUR FADHILAH BT ABDULLAH

FAUZI([email protected])

-Jabatan Usuluddin-

PENGENALAN

APA ITU ETIKA ?• Prinsip moral atau set prinsip moral • Tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang

atau profesion terhadap masyarakat.• Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada Al-Quran

dan ketakwaan kepada Allah

TUJUAN KOD ETIKA (LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA)

• GARIS PANDUAN• PRINSIP-PRINSIP YANG MENENTUKAN

TINGKAH LAKU BERETIKA • MENJELASKAN TANGGUNGJAWAB ETIKA • SOKONGAN KEPADA MISI • MENJADI ASAS BAGI MEMPROSES ADUAN DAN

PERTANYAAN

• KEK mempunyai 8 bahagian utama. Bahagian ini merangkumi perkara-perkara berikut:

BAHAGIAN A Kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan

klien - memupuk kepentingan dan kebajikan klien melalui jalinan hubungan yang sihat.

Kaunselor secara aktif cuba memahami latar belakang budaya yang berbeza di kalangan klien yang mereka kendalikan.

Kaunselor juga hendaklah meneroka identiti mereka sendiri dan mengenal pasti bagaimana identiti ini mempengaruhi nilai dan kepercayaan mereka mengenai proses kaunseling.

Kaunselor digalakkan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daripada aktiviti profesional mereka kepada perkhidmatan yang membawa sedikit atau tiada pulangan kewangan langsung (pro bono publico).

A.1. Kebajikan mereka yang diberi perkhidmatan oleh kaunselor

A.1. a. Tanggungjawab utama

A.1.b. Rekod

A.1.c. Pelan-pelan kaunseling

A.1.d. Penglibatan di dalam jaringan kerja yang memberi sokongan

A.1.e. Keperluan-keperluan pekerjaan

A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunseling

A.2.a. Persetujuan termaklum

A.2.b. Jenis maklumat yang diperlukan

A.2.c. Kepekaan terhadap budaya dan perkembangan

A.2.d. Ketidakupayaan memberi persetujuan

A.3. Klien yang diberi perkhidmatan oleh profesional lain

A.4. Menghindari kemudaratan dan memaksa terima nilai-nilai

A.4.a. Menghindari kemudaratan

A.4.b Nilai-nilai peribadi

Kaunselor hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaandan tingkah laku mereka dan menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekal dengan matlamat kaunseling. Kaunselor hendaklah juga menghormati kepelbagaian klien

A.5. Peranan dan hubungan dengan klien A.5.a. Klien semasa

A.5.b. Bekas klien

A.5.c. Interaksi atau hubungan bukan profesional (selain daripada interaksi dan hubungan seksual dan romantik)

A.5.d. Interaksi berpotensi memberi faedah

A.5.e. Perubahan peranan dalam hubungan profesional

A.6. Peranan dan hubungan pada tahap individu, kelompok, institusi, dan masyarakat

A.6.a. Advokasi

A.6.b Kerahsiaan dan advokasi

A.7. Pelbagai klien

A.8. Kerja kelompok

A.8.a. Saringan

A.8.b. Melindungi klien

A.9. Penjagaan akhir hayat klien yang tiada harapan untuk pulih

A.9.a. Kualiti PenjagaanA.9.b. Kompetensi, pilihan dan rujukan kaunselorA.9.c. Kerahsiaan

A.10. Fi dan pertukaran barangan/perkhidmatanA.10.a. Menerima fi daripada klien agensiA.10.b. Penetapan fiA.10.c. Fi yang tidak dibayarA.10.d. Pertukaran barangan/perkhidmatan A.10.e. Menerima hadiah

A.11. Penamatan dan rujukanA.11.a. Tingkah laku meninggalkan klien dilarangA.11.b. Ketidakupayaan membantu klien A.11.c. Penamatan yang sesuaiA.11.d. Pemindahan perkhidmatan yang sesuai

A.12. Aplikasi teknologiA.12.a. Faedah dan batasanA.12.b. Perkhidmatan bantuan teknologi

A.12.c. Perkhidmatan tidak sesuaiA.12.d. Akses A.12.e. Undang-undang dan statutA.12.f. BantuanA.12.g. Teknologi dan persetujuan termaklumA.12.h. Laman web dunia

B.1. Menghormati hak-hak klien

B.1.a. Pertimbangan multibudaya dan kepelbagaian• Kaunselor perlu sedar dan peka terhadap makna

kerahsiaan dan privasi mengikut budaya. Kaunselor hendaklah menghormati pandangan yang berbeza mengenai pendedahan maklumat. Kaunselor juga perlu mengadakan perbincangan terus menerus dengan klien mengenai bagaimana, bila, dan dengan siapa maklumat ini dikongsi.

B.1.b. Menghormati privasi• Kaunselor perlu menghormati hak klien untuk

mendapat privasi klien. Kaunselor mendapatkan maklumat sulit daripada klien hanya apabila ianya berfaedah kepada proses kaunseling.

B.1.c. Menghormati kerahsiaan• Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia

tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau undang-undang yang mantap.

• Kaunselor sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepada perhubungan menolong. Justeru, kaunselor hendaklah berusaha untuk mendapatkan kepercayaan klien melalui jalinan perkongsian yang berterusan, dengan mewujud dan mempertahankan sempadan yang sesuai, serta mengekalkan kerahsiaan klien. Kaunselor perlu menjelaskan parameter kerahsiaan dengan cara yang cekap dan beradab, mengikut budaya klien

• Namun begitu utk kod kerahsiaan,ada sesetengah perkara yang x dijadikan kerahsiaan seandainya ia dpat mencederakan klien @ orang lain cth penderaan kanak2 maka ia perlu dirujuk kpd pihak berkuasa

Bahaya dan keperluan undang-undang ada menyatakan bahawa keperluan umum di mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada kemudaratanyang serius dan yang boleh diramalkan atau apabila keperluan undang-undang menghendaki yang maklumat rahsia mesti didedahkan

Etika kerahsiaan juga diberi penekanan yang penting dalam hubungan sesama manusia menurut al-Quran iaitu Dalam buku Riyadhus Shalihin Jilid 1 (Taman Orang-orang Solih) yang dikarang oleh Imam Nawawi (1994), ada menyatakan beberapa buah hadis Nabi Muhammad saw., dan petikan al-Quran yang berhubung kait dengan perkara kerahsiaan. Antaranya ialah :-

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya “Barang siapa menutup aib (rahsia) orang lain atau

saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menutup keaibannya (rahsia) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim, halaman 360).

Menurut Hermann (2002) kerahsiaan merupakan suatu isu legal yang merumitkan kaunselor. Seseorang kaunselor boleh disabitkan kesalahan perundangan iaitu penyelewengan amalan sekiranya beliau gagal dalam mentadbirkan klien yang mengancam untuk melakukan keganasanKaunselor boleh juga disepina (perintah mahkamah) bagi menghadiri perbicaraan mahkamah untuk memberi keterangan

terhadap rekod klien.

3 komponen Etika Kerahsiaan ialah ;-

BATASAN PROFESIONAL• KS perlu membatasi profesionnya walaupun

mengenali klien-jika wujud hubungan yg erat KS perlu patuh kpd etika

• KS perlu menghormati klien serta menjauhkan diri drpd terlibat dgn aktvt yang memenuhi kehendak peribadi KS dgn mengambil kesempatan ke atas diri klien

• KS x melanggar adat dan agama dan menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam sesi kaunseling yg dijalankan

B.2. Kekecualian

B.2.a. Bahaya dan keperluan undang-undang • kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai,

jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada kemudaratan yang serius dan yang boleh diramalkan, atau apabila undang-undang menghendaki yang maklumat rahsia mesti didedahkan. KS hendaklah berunding dengan profesional lain apabila mereka berada dalam keadaan tidak pasti tentang kesahan sesuatu kekecualian itu. Pertimbangan tambahan perlu digunakan apabila meneliti isu-isu akhir hayat.

B.2.b. Penyakit berjangkit dan mengancam nyawa• Apabila klien memberitahu bahawa mereka mengidap penyakit

yang diketahui umum sebagai berjangkit dan mengancam nyawa, wajar bagi kaunselor mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang dikenali, sekiranya diketahui secara sah mereka itu menghadapi risiko yang tinggi dijangkiti penyakit tersebut.

• Sebelum membuat pendedahan, kaunselor hendaklah mengesahkan bahawa ada diagnosis seperti itu dan menilai hasrat klien untuk memberitahu pihak ketiga mengenai penyakit mereka, atau melakukan sebarang tingkah laku yang mungkin memudaratkan pihak ketiga yang dikenali.

B.2.c. Pendedahan atas perintah mahkamah.• Apabila mahkamah memerintahkan kaunselor

mendedahkan maklumat rahsia atau privilej tanpa kebenaran klien, kaunselor hendaklah mendapatkan persetujuan termaklum secara bertulis daripada klien, atau mengambil langkah untuk menghalang pendedahan itu, atau memastikan yang pendedahan itu sesedikit yang mungkin, kerana wujudnya potensi kemudaratan kepada klien atau perhubungan kaunseling.

B.2.d. Pendedahan minimum • klien hendaklah dimaklumkan sebelum maklumat rahsia

didedah dan mereka dilibatkan di dalam proses membuat keputusan mengenai pendedahan itu

TUJUAN PT/KB• Untuk mendorong klien supaya lebih terlibat dan komited

dalam proses terapi• Untuk menjadikan klien lebih terdidik dan lebih termaklum

akan apa yang akan berlaku, kenapa ia berlaku dan kemana ia menuju;

• Untuk menjadikan klien seorang yang lebih bersedia untuk memberikan kerjasama yang optimum kerana ia sudah faham apa yang akan berlaku di dalam sesi kaunseling.

• Untuk memastikan yang klien membuat keputusan dengan mata yang terbuka yakni dengan maklumat yang mencukupi.

TIGA ASPEK PERSETUJUAN TERMAKLUM YG BERKAITAN DGN UNDANG-UNDANG:-

• Klien hendaklah mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan atau memberi persetujuan (capacity to make decision)

• Klien hendaklah benar-benar faham akan isi atau perkara yang dinyatakan oleh terapis (comprehension of information)

• Klien tidak dipaksa untuk memberi persetujuan ini. (voluntariness)

APA YANG HARUS DIMASUKKAN DALAM PERSETUJUAN TERMAKLUM

Salah satu tujuan utama dalam pertemuan pertama ialah membina hubungan/rapport, supaya wujud iklim/suasana rasa selamat dan selesa.Memandangkan amaun dan jenis maklumat yang perlu disampaikan di dalam pertemuan pertama ini sering memeningkan terapis, eloklah terapis tidak terlalu runsing tentang hal ini, walaupun biasanya mereka bimbang akan didakwa. Fokuslah kepada apa yang difokuskan oleh klien, minatnya, dan soalan-soalan yang dikemukakannya.

B.3. MAKLUMAT YANG DIKONGSI DENGAN ORANG-ORANG LAIN

B.3.a. SUBORDINAT memastikan privasi dan kerahsiaan klien dikekalkan oleh subordinat,

termasuk pekerja, individu yang diselia, pelajar, pembantu perkeranian, dan sukarelawan.

B.3.B. PASUKAN RAWATAN Jika rawatan klien melibatkan semakan - klien hendaklah dimaklumkan

tentang kewujudan dan komposisi pasukan, maklumat yang dikongsi, dan tujuan perkongsian maklumat sedemikian.

B.3.c. Seting rahsiaBerbincang maklumat rahsia & memastikan dengan

sewajarnya privasi klienB.3.d. Pembayar pihak ketigaMaklumat kepada pembayar pihak ketiga blh diberikan oleh

kaunselor hanya dengan keizinan klien. B.3.e. Penyaluran maklumat rahsiaLangkah-langkah berhati-hati- kerahsiaan maklumat yg

disalurkan melalui penggunaan komputer, mel elektronik, mesin faks

B.3.f. Klien yang meninggal duniamelindungi kerahsiaan klien- sejajar dengan keperluan undang-

undang dan dasar agensi atau institusi.

B.4 KELOMPOK DAN KELUARGA

B.4.a. Kerja kelompok menerangkan dengan jelas peri pentingnya kerahsiaan dan parameter

kerahsiaan kepada kelompok yang terlibat.B.4.b. Kaunseling keluarga dan pasangan Menerangkan siapa yang dianggap “klien” Membincangkan jangkaan dan batasan kerahsiaan

B.5. KLIEN YANG KURANG UPAYA MEMBERI PERSETUJUAN TERMAKLUM.

B.5.a. Tanggungjawab kepada klien klien di bawah umur atau klien dewasa yang kurang upaya-melindungi

kerahsiaan

B.5.b. Tanggungjawab kepada ibu-bapa dan penjaga yang sah

memaklumkan kepada ibu-bapa dan penjaga peka kepada kepelbagaian budaya keluarga

B.5.c. Pendedahan maklumat rahsiamemaklumkan kepada klien selaras dengan tahap kefahaman

mereka dan mengambil langkah-langkah yang sesuai dengan budaya mereka untuk melindungi kerahsiaan klien.

B.6. Rekod-rekod

B.6.a. Kerahsiaan rekod-rekod

Simpan di lokasi yang selamat Memastikan hanya orang-orang yang diberi kuasa sahaja

mempunyai akses kepada rekod-rekod itu

• Perhubungan kaunseling dan segala maklumat yang didapati, mestilah dianggap rahsia,

• Sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang profesional. Rekod perhubungan kaunseling termasuklah nota temu duga, data ujian, surat menyurat, rakaman-rakaman kaset dan video dan lain-lain dokumen. Maklumat ini tidak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rekod agensi atau institusi dimana ahli bekerja, dinyatakan oleh undang-undang negara.

• Kaunselor hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan identiti klien dengan sebagai-baikmungkin.

B.6.b. Kebenaran untuk merakam• Kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran daripada

klien sebelum membuat rakaman sesi melalui alat elektronik atau melalui cara-cara lain.

B.6.c. Kebenaran untuk memerhati• Kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran dari klien

sebelum membuat pemerhatian ke atas sesi kaunseling, menyemak transkrip sesi, atau menonton rakaman sesi bersama penyelia, pensyarah, rakan sebaya, atau orang lain di tempat latihan.

B.6.d. Akses klien• Kaunselor hendaklah memberikan akses yang berpatutan

kepada rekod-rekod dan salinan rekod apabila diminta oleh klien yang kompeten.

• Kaunselor hendaklah mengehadkan akses klien • Kaunselor hendaklah mendokumenkan permintaan klien

dan rasional tidak membenarkan akses kepada klien sebahagian atau semua rekod di dalam fail klien.

• tidak memasukkan maklumat rahsia yang berkaitan dengan klien lain.

B.6.e. Bantuan mengenai rekod.• Apabila klien memohon akses kepada rekod-rekod

mereka, kaunselor hendaklah memberi bantuan dalam mentafsir rekod kaunseling berkenaan.

B.6.f. Pendedahan atau pemindahan• Kaunselor hendaklah mendapat kebenaran bertulis

daripada klien untuk mendedahkan atau memindahkan rekod kepada pihak ketiga yang sah

B.6.g. Penyimpanan dan pelupusan rekod selepas penamatan

• Kaunselor hendaklah menyimpan rekod-rekod setelah tamatnya perkhidmatan bagi memastikan akses di masa hadapan.

• Rekod-rekod ini hendaklah disimpan mengikut kaedah pemeliharaan rekod.

• Rekod-rekod klien dan bahan sensitif yang lain hendaklah dilupuskan dengan cara yang dapat melindungi kerahsiaan klien.

B.6.h. Penjagaan yang berpatutan • Kaunselor hendaklah mengambil langkah-langkah

yang berpatutan bagi melindungi kerahsiaan klien sekiranya kaunselor menamatkan amalannya, hilang keupayaan atau meninggal dunia.

B.7. Penyelidikan dan latihan• B.7.a. Kelulusan institusi• Apabila kelulusan institusi diperlukan, kaunselor

hendaklah memberikan maklumat yang tepat• Mereka hendaklah menjalankan penyelidikan mengikut

protokol penyelidikan yang diiktiraf. • B.7.b. Mematuhi garis panduan• Kaunselor hendaklah memahami dan mematuhi dasar-

dasar & garis panduan yang berkaitan dengan kerahsiaan dalam menjalankan penyelidikan mereka.

B.7.c. Kerahsiaan maklumat yang diperoleh daripada penyelidikan• Pelanggaran garis panduan yang berkaitan dengan privasi dan

kerahsiaan peserta merupakan risiko-risiko penyertaan peserta dalam penyelidikan yang melibatkan peserta insan.

• Penyelidik hendaklah menyimpan semua rekod penyelidikan dengan cara yang selamat.

B.7.d. Pendedahan maklumat penyelidikan• Kaunselor dilarang mendedahkan maklumat sulit yang boleh

membawa kepada identifikasi seseorang peserta penyelidikan, melainkan setelah mereka memperoleh persetujuan daripada orang berkenaan terlebih dahulu.

B.7.e. Persetujuan untuk identifikasi.• Identifikasi klien, pelajar atau individu yang diselia bagi tujuan

pembentangan atau penerbitan hanya dibenarkan setelah mereka meneliti bahan pembentangan atau penerbitan berkaitan dan bersetuju.

B.8. Konsultasi• B.8.a. Persetujuan• Apabila berperanan sebagai konsultan, kaunselor hendaklah

mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat mengenai hak setiap individu terhadap kerahsiaan, obligasi setiap individu untuk menjaga maklumat rahsia, dan batasan kerahsiaan maklumat yang dikongsi dengan orang lain

B.8.b. Menghormati privasi• Maklumat yang diperoleh daripada perhubungan konsultasi hendaklah dibincangkan

untuk tujuan profesional hanya dengan individu-individu yang terlibat secara langsung dengan kes itu sahaja.

• Laporan bertulis dan lisan hendaklah mengandungi hanya data yang berfaedah kepada tujuan konsultasi. Setiap usaha hendaklah dilakukan bagi melindungi identiti klien dan menghindari pencerobohan privasi yang tidak sepatutnya.

B.8.c. Pendedahan maklumat rahsia• Apabila berkonsultasi dengan rakan sejawat, kaunselor dilarang mendedahkan

maklumat rahsia yang boleh membawa kepada identifikasi klien atau individu lain, atau organisasi yang dengannya mereka mempunyai perhubungan profesional yang perlu dirahsiakan melainkan mereka telah memperoleh persetujuan terlebih dahulu daripada individu atau organisasi tersebut atau sekiranya pendedahan itu tidak boleh dielakkan. Pendedahan maklumat hendaklah hanya setakat yang diperlukan bagi mencapai tujuan konsultasi.

Bahagian C : Tanggungjawab Profesional

PENGENALAN

• Kaunselor perlu mempunyai hasrat untuk berkomunikasi secara terbuka, jujur dan tepat apabila berhadapan dengan orang awam dan profesional lain.

• Mereka hendaklah menjalankan amalan mereka dalam suasana yang tidak diskriminatif, dalam lingkungan sempadan profesional dan kompetensi peribadi, dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor.

• Kaunselor hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan profesional peringkat tempatan, negeri dan negara yang memupuk perkembangan dan kemajuan kaunseling.

• Kaunselor bertanggungjawab kepada orang awam untuk menjalankan amalan kaunseling yang berasaskan kepada penyelidikan yang tepat dan teliti. Seterusnya, kaunselor hendaklah melakukan aktiviti penjagaan-kendiri bagi mengekalkan dan memupuk kesejahteraan emosi, fizikal, mental dan spiritual mereka supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab profesional secara terbaik.

KESIMPULAN

• Etika merupakan garis panduan kepada kaunselor dalam memandu sesi kaunseling dan perlu dipatuhi oleh kaunselor.