Etiket Sosial Guru

download Etiket Sosial Guru

of 2

Transcript of Etiket Sosial Guru

  • 8/6/2019 Etiket Sosial Guru

    1/2

    Latihan 1.2.1. m/s 13

    Soalan: Apakah kaitan guru dengan etiket sosial? Perlukah guru mengamalkanetiket sosial?

    Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan imej, gerak-geriyang elok yang berkeyakinan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dalammajlis rasmi, pergaulan dan tatatertib di meja makan. Orang yang menguasaietiket sosial dapat membawa dan menguasai diri dalam apa juga majlis dankeadaan dengan selesa dan lancar.

    Guru merupakan idola ke[ada anak muridnya. Segala perilaku, gerak-geridiperhatikan oleh muridnya. Jika guru mempunyai perilaku, budi bahasa,kebijaksanaan serta gerak-gerinya yang berkeyakinan dan senang berinteraksidengan muridnya, maka muridnya dapat didampingi dengan baik. Apabila muridpercaya terhadap gurunya, maka senang mengutarakan masalah pelajaran serta

    masalah peribadikepada gurunya.

    Jika guru mempunyai etiket sosial, mereka senang mendampingi dandidampingi. Mereka juga mudah berkawan da mempunyai ramai kawan.Penguasaan etiket sosial juga menjadikan guru berkeupayaan untukmempamerkan tingkah laku yang sopan, tahu menyesuaikan diri dalam majlisformal atau nonformal serta berkeupayaan berkomunikasi dengan berkesan.

    Etika sosial yan dikuasai membolehkan guru memahami peraturan dankeperluan untuk membawa tingkahlaku yang betul dan tepat mengikut situasi,masa dan tempat. Sebagai guru, aspek ini sangat penting kerana guru mendidik

    anak-anak untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

    Guru juga perlu sentiasa berinteraksi dengan pentadbir sekolah, ibubapa danguru-guru lain. Kalau etiket sosial tidak dikuasai , guru mungkin menghadapimasalah dalam melaksanakan tugas. Contohnya apabila guru tidak tahuberinteraksi dengan yakin kepada ibubapa untuk memberitahu masalah anakmurid mereka, maka ibubapa menyangka anak mereka baik dan tidakbermasalah. Jika guru berinteraksi yakin jelas dan senang difahami oleh ibubapadan pihak pentadbir, maka segala masalah mudah dibincangkan dandiselesaikan.

    Guru juga terlibat dengan majlis yang formal seperti majlis PIBG bersama tetamukehormat. Mereka p[erlu mengamalkan etiket sosial seperti cara perbualan yangbetul, tatatertib di meja makan, adab menghadiri jamuan buffet dan perkara yangboleh atau tidak boleh dalam majlis rasmi.

    Maka, sebagai kesimpulannya guru perlu mengamalkan etiket sosial samadaterlibat dalam majlis rasmi di sekolah, berinteraksi dengan ibubapa mahupun

    1

  • 8/6/2019 Etiket Sosial Guru

    2/2

    menghadiri majlis-majlis di luar sekolah kerana guru menjadi tauladan dan perlumenunjukkan perilaku yang sopan dan tertib kepada orang lain.

    2