etnik 2

34
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN Oleh: Muhammad Yazid Othman PENDAHULUAN Sebelum kita memperkatakan mengenai masyarakat majmuk sebaiknya terlebih dahulu kita melihat kepada maksud kepada perkataan majmuk tersebut. Di dalam Kamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat ia memberi makna: "terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi merupakan kesatuan" di dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia ia memberi makna: "terdiri atas beberapa bagian yang merupakan kesatuan" dari makna di atas dapat kita fahami bahawa ianya merupakan satu pecahan-pecahan dari beberapa bahagian tetapi masih bersama dan menjadi satu kesatuan. Dari segi sejarah sebelum negara Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada ketika itu populasi masyarakatnya didominasi oleh orang-orang Melayu dan pada ketika itu juga tidak timbul sebarang permasalahan yang ketara di

description

etnik 2

Transcript of etnik 2

Page 1: etnik 2

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN

Oleh:

Muhammad Yazid Othman

PENDAHULUAN

Sebelum kita memperkatakan mengenai masyarakat majmuk sebaiknya terlebih dahulu kita

melihat kepada maksud kepada perkataan majmuk tersebut. Di dalam Kamus Dewan, terbitan

Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat ia memberi makna:

"terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi merupakan

kesatuan"

di dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia ia memberi makna:

"terdiri atas beberapa bagian yang merupakan kesatuan"

dari makna di atas dapat kita fahami bahawa ianya merupakan satu pecahan-pecahan dari

beberapa bahagian tetapi masih bersama dan menjadi satu kesatuan.

Dari segi sejarah sebelum negara Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 negara ini

dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada ketika itu populasi masyarakatnya didominasi oleh orang-

orang Melayu dan pada ketika itu juga tidak timbul sebarang permasalahan yang ketara di

antara kaum dan agama. Namun setelah pihak Inggeris membawa masuk pekerja-pekerja India

dari negara India dan pelombong-pelombong bijih dari negara China maka bermulalah era

masyarakat majmuk yang akhirnya menimbulkan sedikit permasalahan yang agak ketara di

negara ini. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia kemaskini pada 02

Julai 2010, menunjukkan bahawa penduduk Malaysia kini berjumlah 28.25 juta yang terdiri dari

pelbagai bangsa dan agama. Dengan jumlah rakyat yang sebegini besar pastilah banyak

cabarannya ini kerana setiap kaum mempunyai budaya dan caranya yang tersendiri dan begitu

juga dengan agama. Setiap agama pasti ada pegangannya sendiri dan berbeza dengan di

antara satu sama lain.

Page 2: etnik 2

ANALISIS TAJUK

Masyarakat majmuk menghimpunkan pelbagai bangsa, budaya dan agama di dalam sesebuah

komuniti, kejiranan dan juga negara. Ia pastinya menimbulkan beberapa cabaran dan

permasalahan di kalangan komuniti, kejiranan dan juga negara tersebut. Di sinilah akan

dihuraikan cabaran yang dihadapi oleh sebuah masyarakat majmuk khususnya di Malaysia dan

jaga langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.

CABARAN

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh negara di dalam menyatu-padukan kaum-kaum

yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah dari segi bahasa, sistem pendidikan kebangsaan,

kebudayaan, ekonomi, agama dan lain-lain.

1. Bahasa

Di dalam Malaysia terdapat lebih kurang 19 bangsa / suku di Malaysia dan ini menggambarkan

betapa banyaknya bahasa petuturan yang digunakan di negara ini. Kepelbagaian bahasa

petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah komunikasi di kalangan rakyat yang

pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa

mereka sahaja maka akan menyebabkan terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu

bangsa dengan bangsa yang lain. Dan akan terjadi pergaulan yang amat minimum di kalangan

bangsa-bangsa ini. Ia adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama

masyarakat lain kerana mereka hanya fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja.

Ini akan menyebabkan hubungan di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi

renggang dan tidak mesra dan ini akan membuka ruang-ruang untuk menyebabkan terjadinya

konflik di antara kaum.

Penyelesaian Kepada Aspek Bahasa

Penyelesaian kepada masalah ini ialah pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi usaha-usaha

di dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi bahasa

Page 3: etnik 2

kebangsaan terutamanya di peringkat pendidikan rendah. Segala urusan-urusan rasmi dan juga

tidak rasmi perlulah menggunakan bahasa kebangsaan.

Akhbar-akhbar yang menggunakan bahasa-bahasa ibunda bangsa lain seperti Nyangnyang

Siang Pau (akhbar Cina), Tamil Nesan (akhbar India) perlu mengadakan satu sisipan di dalam

akhbar tersebut untuk slot mempelajari bahasa kebangsaan. Ini bagi membolehkan rakyat-

rakyat yang bukan dari kalangan orang Melayu dapat mempelajari dan memantapkan lagi

penguasaan mereka di dalam bahasa kebangsaan.

Media-media elektronik juga perlu memainkan peranan untuk menggunakan bahasa

kebangsaan di dalam siaran mereka agar rakyat boleh membiasakan diri mereka dengan

bahasa kebangsaan. Ini akan menjadikan bahasa kebangsaan menjadi bahasa yang benar-

benar utama dan menjadi satu kemestian setiap rakyat di negara ini untuk mempelajari dan

menguasainya. Dengan ini bangsa-bangsa di Malaysia akan dapat berkomunikasi dengan baik

sesama masyarakat yang berlainan suku / bangsa. Dan secara tidak langsung ia akan

merapatkan hubungan sesama kaum dan seterusnya terjadilah perpaduan di dalam

masyarakat.

2. Ekonomi

Apabila bijih timah ditemui oleh Long Jaafar pada tahun 1948 maka bermula era kemasukkan

secaran besar-besaran kaum Cina yang datang dari negeri China. Ianya telah dibawa masuk

oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh-buruh di lombong-lombong bijih tersebut. Dengan

sebab itu di kawasan-kawasan bandar di mana terdapatnya lombong-lombong bijih populasi

penduduknya dominasi oleh orang-orang Cina.

Pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris

membawa orang-orang India dari negara India masuk ke Tanah Melayu bagi ditempatkan di

estet-estet untuk menjadi buruh-buruh di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Manakala

orang-orang Melayu masih tinggal di kawasan-kawasan kampung mengerjakan tanam-tanaman

pertanian, menangkap ikan dan lain-lain pekerjaan kampung. Hanya sebilangan kecil sahaja

orang-orang Melayu yang tinggal di bandar dan bekerja sebagai kerani-kerani di sektor

pentadbiran.

Page 4: etnik 2

Dasar ini menyebabkan terjadinya pemisahan di antara 3 kelompok kaum utama di negara ini.

Sistem atau dasar yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini dinamakan sebagai ‘sistem pecah dan

perintah’ iaitu kaum-kaum ini dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan mereka.

Kesan daripada sistem yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini maka wujudlah satu kesan negatif

dikalangan kaum-kaum yang ada ini. Antara kesannya ialah wujud sifat perkauman dan saling

curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu yang

merupakan penduduk asal negara ini hidup di dalam keadaan miskin di kampung-kampung dan

ketinggalan di sektor ekonomi sedangkan orang-orang Cina yang merupakan pendatang telah

memguasai sektor-sektor ekonomi di bandar-bandar. Orang-orang Melayu ketinggalan di dalam

mencapai kemajuan dan insfratuktur yang baik kerana proses tersebut tertumpu di kawasan-

kawasan bandar sedangkan orang-orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung-

kampung. Dan ini menyebabkan orang-orang Melayu tidak berpuas hati dengan perkara ini.

Sementara orang-orang Cina dan India yang pada ketika itu turut merasa tidak berpuas hati. Ini

kerana mereka perlu melalui proses yang ketat bagi mendapatkan taraf kerakyatan di Tanah

Melayu. Disebabkan rasa tidak puas hati di antara kaum ini maka wujudlah siri-siri rusuhan kecil

namun ianya masih boleh dikawal, namun akhirnya berlaku juga satu rusuhan besar yang telah

terjadi pada 13 Mei 1969.

Kesan dari terjadinya rusuhan besar pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pihak kerajaan

untuk melihat betapa seriusnya masalah di antara kaum di negara ini. Bagi menanganinya

beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

Penyelesaian Kepada Permasalahan Ekonomi

Antara tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan setelah berlakunya peristiwa ini ialah dengan

memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia diwujudkan adalah bagi merapatkan jurang

ekonomi di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia terutamanya di kalangan orang

Melayu yang telah jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Dasar ini telah diperkenalkan

pada tahun 1970. Ia dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka

Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990.

3. Agama

Page 5: etnik 2

Kepelbagaian bangsa juga turut membawa kepada kepelbagaian agama. Di negara ini menurut

perlembagaan Malaysia pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan:

"Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Dari apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan tersebut ialah walaupun agama Islam diiktiraf

di dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan namun penganut-

penganut agama-agama lain masih dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing

tanpa sebarang gangguan.

Namun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara agama

yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama.

Antara isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan

tuntutan jenazah orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam,

pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang

terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti

terdapatnya elemen Santa Claus. Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta

telah menyebabkan umat Islam menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang

memperjuangkan agama Islam.

Page 6: etnik 2

Gambar 1: Laporan sebuah akhbar tempatan mengenai iklan Hari Raya Aidil Fitri yang berunsur

agama lain.

Penyelesaian Kepada Isu Agama

Umum mengetahui bahawa jika isu agama ‘disentuh’ oleh mana-mana pihak pastinya akan

menimbulkan masalah dan konflik yang besar dan bukan hanya boleh menyebabkan rusuhan

tetapi juga peperangan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah menggubal beberapa undang-

undang bagi mengekang dan mengatasi masalah ini. Antara undang-undang ialah Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau di dalam bahasa

Inggeris ia disebut ‘Internal Security Act’ (ISA) dan lain-lain lagi undang yang telah digubal oleh

Kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh di dalam berkaitan penyiaran iklan yang menyentuh agama lain seperti kes

yang telah dinyatakan di atas, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia telah mengambil tindakan terhadap stesen televisyen tersebut dengan mengenakan

kompaun sebanyak RM 50,000 terhadap stesen televisyen tersebut.

Gambar 2: Sebuah akhbar tempatan menyiarkan tindakan yang diambil oleh kerajaan di dalam

isu tersebut

Masyarakat juga perlu saling hormat-menghormati di antara satu sama lain di dalam perkara

yang menyentuh soal-soal keagamaan pihak lain.

Dari perspektif agama Islam di dalam bab memperkatakan menghormati agama lain ia telah

dijelaskan di dalam surah

Page 7: etnik 2

Al-An’aam ayat 108:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana

mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Demikian Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka,

kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada

mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Berdasarkan ayat di atas jelas di dalam Islam melarang umatnya mencaci dan menghina

amalan-amalan penganut agama lain.

Pemimpin-pemimpin agama juga perlu memainkan peranan di dalam mengawal masyarakat di

dalam kelompok agama mereka agar lebih menghormati ajaran agama lain dan sekiranya

terdapat salah faham dan permasalahan berkaitan agama maka perbincangan perlu diadakan

bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Tindakan berbentuk emosi akan menyebabkan

berlakuny konflik di antara agama sekali gus menjejaskan kehidupan harmoni di dalam

masyarakat dan negara.

PENUTUP

Kesepakatan di antara kaum-kaum dan di antara penganut-penganut agama yang berlainan di

dalam sebuah komuniti atau masyarakat akan menjadikan sesebuah negara itu harmoni dan

dapat bergerak secara normal dan dapat memacu kemajuan demi kesejahteraan rakyat.

Page 8: etnik 2

Namun jika berlaku sebaliknya maka negara tersebut bakal menuju kepada kehancuran dan

kebinasaan seterusnya akan menyebabkan rakyat menjadi sengsara.

Dari apa yang diperbincangkan di atas maka jelaslah bahawa perpaduan di antara kaum dan

agama yang pelbagai di dalam sesebuah negara menjadi kunci kejayaan terhadap negara

tersebut. Begitu jugalah di dalam konteks negara Malaysia rakyatnya serta kerajaan perlulah

memainkan peranan bagi mewujudkan perpaduan tersebut.

Segala isu-isu yang bersifat sensitif dan menyentuh kaum dan agama perlulah diperbincangkan

secara berhati-hati agar tidak wujud pergeseran di antara satu sama lain. Usaha-usaha bagi

menyatu padukan masyarakat yang bersifat majmuk seperti ini perlu dimulakan pada peringkat

kanak-kanak lagi agar mereka terbiasa hidup bersama walaupun berbeza dari segi kaum dan

agama.

Kebudayaan-kebudayaan di antara kaum juga perlu didedahkan pada peringkat awal lagi

supaya masyarakat akan lebih memahami budaya di antara satu sama lain. Seterusnya akan

mewujudkan budaya hormat-menghormati di antara satu sama lain. Sejarah lampau juga perlu

didedahkan kepada masyarakat agar masyarakat lebih memahami mengenai sejarah lampau

dan mengambil ikhtibar daripadanya.

Rujukan

Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.

Mardina Nordin. 2002. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Zaini Nasohah, 2004. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia, Sebelum Dan Menjelang

Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publicattions & Distributors Sdn. Bhd.

Tuan Haji Ahmad Mohamad Said. 2010. Nota Kuliah Pengajian Malaysia. Kajang: Kolej Dar al-

Hikmah.

Zulkifli Haji Ahmad. 14 Bulan Dalam Tahanan Seorang Diri. Jamil Dan Shah Enterprise.

Page 9: etnik 2

Nazri Abdullah. 5 September 2010. Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS Hantar Bantahan Ke TV3.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28508:iklan-

aidil-fitri-pemuda-pas-hantar-bantahan-ke-tv3&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124 [29

Disember 2010]

Nazri Abdullah. 5 September 2010. Akur Bantahan, TV3 Tarik Balik Iklan Kontroversi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28514:akur-

bantahan-tv3-tarik-balik-iklan-kontroversi&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124 [27

Disember 2010]

22 Oktober 2010. Denda RM 50,000

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DendaRM50_000/Article [29 Disember 2010]

Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang. 9 Januari 2010. Penggunaan Kalimah Allah.

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=230:penggunaan-kalimah-allah&catid=20:bicara-

presiden&Itemid=107 [29 Disember 2010]

http://www.statistics.gov.my/ [27 Disember 2010]

ESEI KENEGARAAN-KONSEP 1MALAYSIA

Pengenalan

            (INTAN, 2009, p. 1) menjelaskan konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana

Menteri Malaysia yang ke-6, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menerusi

perutusan beliau semasa penerimaan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009.

Dalam perutusan tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengemukakan satu hala tuju utama

kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia dengan mengetengahkan konsep “1 Malaysia,

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Page 10: etnik 2

Dalam usaha menerapkan gagasan 1 Malaysia ke dalam setiap rakyat Malaysia, Y.A.B.

Perdana Menteri telah menyebutdan menghuraikan konsep tersebut dalam beberapa ucapan

beliau termasuklah ketika berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh (MAPPA

X) pada 28 April 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Menurut Y.A.B. Perdana Menteri, 1 Malaysia merupakan satu kesinambungan

perjuangan Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama yang telah berjaya

membina satu Negara bermasyarakat majmuk yang makmur dan bersatu. Faktor kemajmukan

ini juga merupakan teras kepada unsur-unsur konsep 1 Malaysia yang bibit-bibitnya telah

disemai dan dipupuk oleh para Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Selaras dengan pendekatan yang cuba diterapkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia serta pelbagai tafsiran berkaitan konsep tersebut, INTAN telah mengadakan satu

seminar yang bertujuan untuk mengupas konsep 1 Malaysia dengan lebih tuntas agar ianya

dapat difahami dan dihayati oleh semua pihak.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim memaklumkan bahawa slogan 1 Malaysia telah

masyhur di seluruh negara sehingga rakyat di pedalaman turut mengetahuinya. Beliau

memaklumkan, setiap Perdana Menteri Malaysia mempunyai falsafah sendiri atau slogan

masing-masing dalam melaksanakan agenda kepimpinan mereka. Rakyat tidak harus

menyalahkan mereka di atas slogan yang berbeza kerana mereka merupakan pemimpin yang

memimpin rakyat ke arah mewujudkan negara bangsa pada era yang berbeza. Setiap

pemimpin mahukan kesejahteraan, keamanan, kebaikan untuk semua dan ia diterjemahkan

melalui pelbagai dasar dan adil.[1]

Dato’ Seri Utama Rais Yatim mengambil contoh gagasan dan pendekatan setiap Perdana

Menteri Malaysia iaitu :

·         Tuanku Abdul Rahman memperjuangkan kemerdekaan negara melalui slogan

MERDEKA! Beliau dikenali sebagai seorang yang bertolak ansur dan kerana itu beliau

disokong oleh rakan-rakan berbangsa lain untuk sama-sama mentadbir negara iaitu

Perlembagaan Persekutuan.

·         Tun Abdul Razak Hussein tidak mewujudkan slogan tetapi beliau mewujudkan

DEB yang digubal berikutan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Beliau mempelopori

pembangunan luar Bandar seperti penubuhan FELDA, memperkenalkan Rukun Negara

dan memperkasakan Bahasa Melayu.

Page 11: etnik 2

·         Tun Hussein Onn membawa slogan perpaduan. Beliau mengasaskan Amanah

Saham Nasional (ASN) untuk rakyat.

·         Tun Dr. Mahathir Mohammad memperkenalkan slogan dan dasar seperti Bersih

Cekap Amanah; Pandang ke Timur; Wawasan 2020; Malaysia Boleh!  Dan

mengamalkan dasar luar yang agresif.

·         Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi memperkenalkan dasar Islam Hadhari.

Salah satu konsep dalam Islam Hadhari iaitu pembangunan modal insan masih

diteruskan hingga ke hari ini.

Kini Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah memperkenalkan

gagasan 1 Malaysia semenjak beliau menjadi Perdana Menteri. Beliau menyeru agar ‘rakyat

didahulukan dan pencapaian diutamakan’. Menurut Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, gagasan 1

Malaysia sebenarnya menggabungkan semua dasar-dasar oleh pemimpin sebelum ini.

Terdapat dua (2) perkara positif yang boleh dicerakin dari 1 Malaysia iaitu:

       I.         Mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat; dan

    II.         Boleh diamalkan oleh semua etnik di Malaysia.

Menurut Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim lagi, 1 Malaysia bermaksud kepelbagaian yang

menjurus kepada kesatuan. Konsep 1 Malaysia juga bermaksud kepelbagaian nilai yang

membawa kepada penyatuan beberapa nilai yang membawa kepada penyatuan beberapa nilai

                                                                  2

untuk mencapai matlamat kenegaraan. Tambahan beliau lagi, 1 Malaysia adalah satu

semangat baru di bawah anjuran Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib supaya penyatuan dan

konsolidasi dasar-dasar pembinaan negara bangsa yang dulu dapat dijadikan kenyataan.

Namun demikian, perlaksanaan gagasan 1 Malaysia turut mendapat sedikit cabaran

yang perlu dihadapi sebelum 1 Malaysia dapat dilaksanakan serta diterima oleh segenap

lapisan masyarakat terutama di Malaysia sendiri. Antara cabaran pertama ialah berkaitan

Page 12: etnik 2

dengan komposisi etnik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Cabaran

kedua pula ialah bagaimana untuk memastikan kesaksamaan (equality) dan keadilan

(justice/fair) kepada semua etnik.

Allahyarham Ustaz Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady yang merupakan bekas

FELO Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM

telah menjelaskan tentang definisi 1 Malaysia  yang membawa maksud bersatu padu,

bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan keamanan, keselamatan, keselesaan

hidup, kemantapan ekonomi, integriti akhlak dan moral, budaya dan jati diri bangsa. Menurut

beliau, konsep ini merupakan satu kesinambungan dasar terdahulu. Beliau turut merujuk

kepada Surah Al-Imran, ayat 103 yang menyarankan agar kita bersatu-padu dan tidak

berpecah-belah serta maksud Surah Al-Maidah, ayat 3 yang menyeru agar ummah

bekerjasama dalam kebaikan dan tidak dalam perseturuan.[2]

Menurut daripada segala definisi yang diberikan oleh cendiakawan atau tokoh-tokoh

terkenal dan ilmuan di Malaysia, jelas bahawa konsep serta tujuan bagi perlaksanaan 1

Malaysia adalah bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang etnik, kaum

dan budaya. Dalam membawa rakyat ke arah sebuah Negara yang bahagia dan aman damai,

penyatuan di bawah 1 bahasa iaitu bahasa melayu sangat dititikberatkan. Menurut Tan Sri Dr.

Wan Zahid Mohd Noordin, beliau berpendapat bahawa konsep 1 Malaysia boleh membawa

maksud kepada bersatu, bersifat patriotik, cinta kepada tanah air,cinta kepada bahasa Malaysia

, beradab, bersifat toleransi, bersedia bertolak ansur dan banyak bersabar. Nilai-nilai murni

yang terdapat dalam gagasan ini adalah berasaskan saling hormat-menghormati, merendah

diri, iaitu tidak melampau dan bijaksana.

Tambahan lagi, Tan Sri Dr. Wan Zahid Mohd. Noordin juga mencadangkan agar 1

Malaysia dilaksanakan secara ‘merakyatkan tindakan’. Pendekatan yang biasa dilakukan oleh

kerajaan ialah bersifat elitis. Pada masa kini, selaras dengan slogan “rakyat didahulukan”,

beliau mencadangkan rakyat kebanyakan di ambil untuk mengepalai dan menyertai badan-

badan bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan. Melalui cara ini juga kerajaan dapat

memperkasa (empower) golongan rakyat biasa.[3]

Dalam sebuah laman internet 1 Malaysia,Y.A.B. Perdana Menteri telah menggariskan

bahawa kunci utama bagi falsafah 1 Malaysia adalah kesederhanaan(wasatiah) : satu

Page 13: etnik 2

keyakinan pada kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama.

Kepelbagaian yang terdapat di Malaysia ini menjadikan bangsa Malaysia sebuah bangsa yang

unik, namun untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada keunikan ini, kita perlulah

bersatu serta menggunakan persamaan antara kita untuk maju kehadapan. Inilah matlamat

gagasan 1 Malaysia,namun ia lebih daripada hanya satu ideology abstrak- ia sememangnya

mampu membawa kejayaan yang sebenar.[4]

Selain daripada itu,Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya

ketika membentangkan usul dalam dewan rakyat pada 10 jun 2010 memberikan penjelasan

lanjut mengenai konsep ini dengan katanya :

“kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One people. Dan kita

mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera

asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada

golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita

keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.[5]

            Definisi ataupun Konsep 1 Malaysia ini dengan slogan ‘Satu Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan kesinambungan pendekatan yang

diperkenalkan perdana menteri sebelum ini. Ianya bertujuan bagi menempa zaman baharu

demi menjelmakan sebuah kerajaaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan

rakyat yang diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai

Perdana Menteri Malaysia  Ke-6 pada 3 April 2009.

            Tambahan  Dato’ Sri Najib lagi, konsep 1 Malaysia dalam pentadbiran kerajaan

baharunya bertitik tolak dengan semangat seluruh rakyat Malaysia berdiri , berfikir dan

bertindak sebagai sebuah bangsa Malaysia-One People. Oleh itu, semua tindakan yang akan

diambil kerajaan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia. Pendekatan

baharu ini merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan

Page 14: etnik 2

perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan

negara.[6]

                                                                                                5

Aspek Sosial  

            Konsep “1Malaysia” merupakan suatu konsep yang lahir dari cetusan pemikiran

Perdana Menteri Malaysia yang keenam, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Motonya yang

bertajuk “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” merupakan usaha sebagai sebuah

negara-bangsa untuk menyatukan hubungan antara kaum di Malaysia agar sebarang

persengketaan kaum boleh dielakkan dan boleh hidup dalam keadaan aman damai serta rakyat

bersama-sama kerajaan boleh berganding bahu untuk memajukan negara. Secara umumnya,

Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja

berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi

dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga

keamanan dan keselamatan negara.

           Gagasan ini terbina di atas landasan keikhlasan, satu matlamat kearah kemajuan

Negara secara berterusan yang wajar dipaparkan kepada semua warganegara dengan rasa

penerimaan bersama yang bermula dari keikhlasan denyut nadi kita. Gagasan 1 Malaysia ini

telah mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional, ibarat sekuntum bunga yang

harum, menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan rakyat, mencuar

Page 15: etnik 2

aspek intergrasi antara kaum dan mewujudkan 1 bangsa Malaysia serta menjadi pemacu

mempercepatkan pencapaian wawasan 2020

          Prinsip Keadilan Sosial[1] yang menjadi salah satu Teras Perpaduan dalam gagasan ini

begitu jelas menunjukkan bahawa perintah keadilan tidak melihat kepada keturunan, warna

kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya dan perbezaan agama. Ini amat bertepatan dengan

gagasan 1 Malaysia yang membela semua rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina,

India dan kaum-kaum yang lain. Hakikatnya, gagasan 1 Malaysia ini juga adalah selaras

dengan semangat yang ditunjukkan melalui sirah pembentukan Negara dan ketamadunan Islam

terawal di Madinah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat yang berada di

madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh dengan rukun

dan harmoni, berasaskan perlembagaan Madianah yang mengutamakan Islam sebagai agama.

Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum kerana Islam ini menuntut

kita supaya saling hormat-menghormati dan bersikap lebih kemanusiaan sesame manusia yang

lain.

    Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang

besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya

menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus

membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang

dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini.

Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri

Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal lagi

khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1

Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. [2]

    Sesungguhnya,  keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian

budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,

pendidikan dan intergriti sesama rakyat

Aspek Politik

Page 16: etnik 2

         Dalam aspek politik, gagasan 1 Malaysia menekankan kepada wakil rakyat dan para

pemimpin negara supaya bertindak melayan dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat

tanpa mengira kaum dan agama. Mereka diminta bertindak melepasi sempadan kaum masing-

masing, iaitu memberikan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain juga yang memerlukan

perhatian dan bantuan mereka dan melayan semua anggota masyarakat dengan adil dan

saksama. oleh itu, terdapat dua cabaran yang besar yang perlu diatasi oleh pemerintah untuk

memastikan gagasan 1 Malaysia matlamat perpaduan dan keadilan dalam politik

         Kebanyakan parti politik di Malaysia diasaskan mengikut kaum masing-masing.

Contohnya parti UMNO mewakili kaum melayu, MCA mewakili kaum cina dan MIC mewakili

kaum India. Walaupun parti-parti tersebut bersatu dibawah Barisan Nasional tetapi perjuangan

mereka adalah untuk membela hak-hak dan kepentingan kaum masing-masing supaya tidak

berlaku penindasan ke atas kaum mereka. Isu-isu sensitif antara kaum dengan tujuan untuk

mendapat perhatian dan sokongan daripada kaum tertentu sahaja tidak sepatutnya berlaku. Hal

ini kerana budaya berpolitik yang sebegini  bukan sahaja menyebabkan perpaduan semakin

sukar dicapai, bahkan menimbulkan rasa curiga dan syak wasangka yang berpanjangan di

kalangan kaum di Malaysia. Oleh yang demikian perlu ada satu langkah yang drastik untuk

mengubah scenario dan cara berpolitik yang bahaya ini untuk memastikan perpaduan kaum

dapat dicapai.[3]

        

              

           Selain itu, gagasan 1 Malaysia ini  perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik

negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam

menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.

Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus

didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang

berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang

jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus pemodenan dunia.  

        Sistem pemerintahan secara demokrasi yang digunakan di Malaysia Menyaksikan rakyat

diberi hak untuk mengundi dalam membuat pilihan yang mereka rasakan terbaik untuk

mereka.Oleh hal yang demikaian adalah penting untuk semua pihak memahami bahawa

pilihanraya bukanlah arena pentempuaran yang menyaksikan satu pihak menang dan satu

Page 17: etnik 2

pihak kalah, tetapi ia perlu dilihat dari sudut rakyat memilih calon dan wakil mereka

menyuarakan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka hadapi.

       Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukan sahsiah yang baik merupakan

contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan

dengan gagasan 1 Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah

pembentukkan Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman

                                                                        9

dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga

Bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan. [4]

     

            Oleh hal yang demikian, Sesuai dengan prinsip gagasan 1 malaysia “Rakyat

Didahulukan Pencapaian Diutamakan” iaitu pemerintah Negara ini perlu memberi layanan yang

adil dan saksama dalam membangunkan wilayah-wilayah di bawah pentadbiran Negara.

Justeru itu “Prinsip Kenegaraan” dan “prinsip Keadilan Sosial” seperti yang terkandung dalam

gagasan 1 Malaysia dilihat sebagai satu penyelesaian untuk kerajaan mengurus dan mentadbir

negeri-negeri berkenaan

Aspek Ekonomi

            Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan

Perintah” yang telah diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia)

mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 56 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun

kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Seperti yang sedia maklum, dasar pecah dan

perintah ini telah banyak memberi kesan kepada negara kita pada suatu masa dahulu seperti

Kaum Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian

tradisional, Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti

perniagaan dan perlombongan, dan Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan

ladang-ladang British. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka adalah berbeza,

Page 18: etnik 2

maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini dan menjarakkan jurang perpaduan

antara kaum.

              Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada

kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu

kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan

perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini

pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan.

Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-

ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan

sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu

yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan.

Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk

gagasan 1 Malaysia.

            Krisis ekonomi yang melanda dunia telah memberi kesan buruk terhadap Malaysia.

Ekonomi Negara yang bergantung pada eksport telah menguncup berikutan kemelesetan yang

dialami Negara-negara yang menjadi pasaran utama barangan Malaysia. Bagaimanapun

dengan kerjasama rakyat, Malaysia telah berjaya mengemudi Negara untuk keluar secara

beransur-ansur daripada zon kelembapan ekonomi pada tahun 2009 melalui pelaksanaan

beberapa dasar dan inisiatif khusus. Pakej Rangsangan Ekonomi kedua atau Bajet mini yang

diperkenalkan pada

                                                                        11

Mac 2009 telah berjaya menjana pertumbuhan ekonomi Negara dan seterusnya mengeluarkan

Malaysia dari paras pertumbuhan negatif[5]

Aspek Pendidikan

         Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah

diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan  yang seragam. Dengan

adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam membantu menyatupadukan pelajar

berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Walau di mana mereka

Page 19: etnik 2

berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama

untuk pelajar-pelajarnya

        Gagasan Satu Malaysia yang telah diilhamkan oleh perdana menteri untuk memperkukuh

perpaduan kaum di Malaysia melalui transformasi pendidikan yang berfokus pada pemantapan

bahasa Melayu. Usaha memantapkan bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan kaum sejajar

dengan Gagasan Satu Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melaksanakan

sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua

jenis sekolah dan satu sistem penilaian dan peperiksaan yang seragam. Selain itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan

(SK) menjadi salah satu teras dasar pelaksanaan RMK-ke9 bagi merealisasikan matlamat

menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) sebagai tempat memupuk perpaduan kaum selain

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan akademik. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, usaha yang dilakukan oleh KPM bagi tujuan memupuk

perpaduan kaum melalui bahasa Melayu selari dengan konsep Satu Malaysia ialah dengan

menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam

tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.

             Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan pada tahun 2003 di peringkat rendah dan menengah yang bertujuan

memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka serta

menyedarkan mereka betapa peri pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan, kesatuan,

dan keharmonian antara kaum di Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan kaum.

            Selain itu, dalam usaha memantapkan budaya Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia

juga turut memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu alternatif untuk

memupuk nilai-nilai murni dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar dari

Sekolah Wawasan akan berkongsi semua kemudahan asas seperti padang, kantin, dewan, dan

padang. Hal ini akan turut membantu proses perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang

berbilang kaum. Persefahaman antara pelajar dari Sekolah Wawasan dapat dipupuk melalui

nilai-nilai murni seterusnya dapat menyatupadukan rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah

lagi. Pelbagai usaha dilakukan untuk tujuan mengekalkan budaya Melayu seterusnya

merealisasikan aspirasi Gagasan Satu Malaysia, akhir-akhir ini oleh kerajaan Malaysia.

             Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan

yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan

Page 20: etnik 2

saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa

tertentu.

                                                                        13

Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar

yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi

perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam

melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa

depan negara mereka yang tercinta.

              Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1

Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah

ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1

Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan

ini diperkenalkan. Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi

pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya.

Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingan kepada sesebuah bangsa dan

menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan.[6]

Ulasan dan Pandangan

            Konsep 1Malaysia merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan seumpamanya agar sebarang konflik perkauman dapat

dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang ada dalam konsep

1Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita

negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai negara yang berstatus maju tercapai dengan

jayanya. Di samping itu, ia juga diharap mampu untuk menyemarakkan lagi semangat

perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah negara-bangsa

yang berjaya.

            Konsep 1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar

semua pihak saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa,

dan agama. Ini selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berkenaan dengan

konsep 1Malaysia, iaitu “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya

Page 21: etnik 2

menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Hasil perpaduan yang dicapai akan dapat menjamin

kestabilan, seterusnya mampu membawa negara ke arah kemajuan dan pencapaian yang lebih

tinggi bagi rakyat dan negara.¹”

Kenyataan daripada Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia

(PPM, 2009).                                                                   15

            Di sini, kita dapat melihat bahawa perpaduan yang ditonjolkan dalam konsep 1Malaysia

bukan menggambarkan akan berlakunya asimilasi antara kaum seperti negara lain yang

lazimnya identiti mereka dihapuskan dan digantikan dengan identiti nasional yang harus

digunakan oleh semua pihak. Namun sebaliknya, konsep yang diketengahkan ini menghargai

dan menghormati identiti setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap ia merupakan

suatu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, di samping mengakui

prinsip-prinsip yang ada dalam perlembagaan persekutuan.

            Seterusnya, konsep 1Malaysia ini menekankan toleransi dan penerimaan keunikan

setiap kaum yang ada, serta memahami dan juga menghormati antara satu sama lain agar

dapat hidup bersama dengan baik dalam sebuah negara. Di samping itu, elemen memahami

prinsip kenegaraan yang berasaskan perlembagaan persekutuan, dan Rukun Negara juga

penting dalam menerapkan perpaduan di kalangan kaum di Malaysia, dan juga elemen keadilan

sosial yang mana mementingkan perasaan kekitaan agar semua kaum terbela dan mereka

tidak berasa dipinggirkan. Keadilan ini haruslah memberi fokus kepada taraf kemajuan dan

ekonomi sesebuah kaum yang berbeza-beza. Hal ini akan membantu kerajaan

memperuntukkan dasar-dasar yang akan membantu kepada mereka yang layak

memerlukannya.

            Teras-teras perpaduan haruslah dilandaskan oleh nilai-nilai murni sebagai mekanisme

penggerak agar proses perpaduan antara kaum berjalan dalam suasana harmoni. Ia

merangkumi empat aspek, iaitu hormat-menghormati, rendah hati, sederhana, dan berbudi

bahasa. Hormat-menghormati antara setiap kaum yang berlainan budaya, agama, bahasa, dan

adat resam agar dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang mampu mengundang

tindakan negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan mempersoalkan peruntukkan

undang-undang berkaitan                                                                        16

Page 22: etnik 2

sensitiviti perkauman. Rendah hati atau tawaduk mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran

dalam diri di mana kita merupakan rakyat yang tinggal bersama-sama sebuah negara

berdaulat.       Di samping itu, kesedaran setiap kaum mempunyai kelemahan dan kelebihan

perlu dipupuk agar kelebihan yang dimiliki mampu dimanfaatkan demi kepentingan bangsa,

negara, dan agama. Kesederhanaan pula merupakan gaya hidup yang tidak terlalu ekstrem

yang mana apabila menghadapi situasi yang negatif, tidak mudah terpengaruh dan cuba

sedaya upaya mencari jalan penyelesaian melalui rundingan atau mengadakan dialog. Berbudi

bahasa merupakan tingkah-laku yang bersopan-santun, tata tertib dalam menjalankan

hubungan dan interaksi sesama kaum bagi menjana kemesraan dan permuafakatan yang lebih

kukuh².

            Pemahaman negara bangsa, menurut Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara-

bangsa lahir daripada gabungan kedua-dua konsep negara dan bangsa, iaitu pembentukan

yang berasaskan kepada proses penyatuan bangsa dan diperkukuhkan lagi dengan

persempadanan wilayah tertentu sebagai suatu identiti. Negara-bangsa juga lahir pada zaman

moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik, agama, budaya, dan sebagainya. Oleh

yang demikian, ciri-ciri sesebuah negara-bangsa adalah seperti mempunyai masyarakat yang

berbilang kaum, namun dapat hidup dengan bersatu padu, berkongsi pegangan ideologi politik,

dan mempunyai keyakinan dan kepercayaan kepada sistem pemerintahan negara dan

perlembagaan serta undang-undang negara.

____________

²Kenyataan daripada Datuk Ibrahim Ali. Beliau adalah Ahli Parlimen bagi Pasir Mas, Kelantan;

17

dan Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Malaysia). Beliau pernah membentangkan kertas

kerja pada Seminar Kebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat Pengajian Sains

Kemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada 11 Ogos 2009.

         

  Oleh yang demikian, pelaksanaan konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan

dilihat tidak lari daripada usaha untuk mengukuhkan proses  penyatupaduan dan

perpaduanantara kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, konsep 1Malaysia ini sedikit-

sebanyak menyumbang kepada pemantapan sebuah negara-bangsa demi merealisasikan

Page 23: etnik 2

hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai status negara maju di dunia. Hal ini

kerana motif dan matlamat konsep 1Malaysia mempunyai perkaitan dan persamaan dengan

konsep dan ciri-ciri untuk menjadi sebuah negara-bangsa yang berjaya.

            Oleh sebab itu, konsep 1Malaysia harus diperkasakan agar nilai dan aspek yang

diketengahkannya dapat diketahui dan diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Matlamat konsep

1Malaysia ini adalah mudah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional

yang sememangnya menjadi matlamat utama kepimpinan negara. Pemupukan dan

pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kerana tanpa usaha tersebut mana mungkin

Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai

sebuah negara yang aman dan makmur. Justeru, perlunya suatu pendekatan bagi memastikan

konsep 1Malaysia diketahui, difahami, diterima, dan seterusnya diimplementasikan oleh rakyat

agar matlamat akhir boleh dicapai dengan jayanya.

            Tuntasnya, Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang sedang membangun dengan

pesat, semestinya mahu mencapai matlamat yang telah dibuat dengan jayanya tanpa dihalang

oleh konflik antara kaum.

                                                                        18

Mengenai konsep 1Malaysia dan konsep negara-bangsa merupakan satu mekanisme yang

dilihat mempunyai suatu matlamat untuk dikongsi bersama, iaitu berjaya mencapai hasrat

negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai status negara maju. Namun begitu,

pelaksanaannya haruslah dikaji dan dirancang terlebih dahulu tanpa melaksanakan secara

tergopoh-gapah kerana ini akan mengakibatkan kekeliruan dan sebagainya.

            Oleh yang demikian, konsep 1Malaysia memerlukan jangka masa yang panjang untuk

melihat keberkesanan, namun perkembangannya boleh dibuat dengan membuat penilaian dan

pemantauan dari masa ke semasa. Ini merupakan suatu inisiatif dalam menghadapi cabaran

pelaksanaan konsep 1Malaysia agar matlamat penubuhannya berjaya dicapai untuk

memperkasakan perpaduan antara kaum dalam usaha mengecapi perdamaian positif, yakni

boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang persepsi negatif dan

pandangan streotaip di Malaysia, dan seterusnya mampu bersama-sama membangunkan

negara menuju ke arah Wawasan 2020.

                                                                     

Page 24: etnik 2

Bibliografi

Abdul Rahman Embong. (2001). Negara Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi, Selangor

D.E.:   Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

PPM [Pejabat Perdana Menteri]. (2009). Booklet 1Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Pejabat

Perdana Menteri.

Rita Sim. (2010). What it Takes to Make 1Malaysia a Success. Putra Jaya, Malaysia: PPM

[Pejabat Perdana Menteri].

Jurij Hj. Jalaludin. (1991). Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn .Bhd.

Ibrahim Ali. (2009). “1Malaysia: Perspektif Generasi Kemerdekaan”. Kertas kerja dibentangkan

            pada Seminar Kebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat Pengajian

Sains

            Kemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada 11 Ogos.

Jabatan Penerangan Malaysia. (2009). Najib Tun Razak, 100 Hari Mendepani Masyarakat.

Malaysia: Panca Kala

1 Malaysia: Kecemerlangan Melalui Kepelbagaian (INTAN 2009)

Hubungan Etnik Di Malaysia, Realiti Dan Cabaran (PHE 2010), Pengukuhan Perhubungan

Etnik Melalui Gagasan 1 Malaysia

                                                                        20

Page 25: etnik 2