ETNIK BISAYA

16
EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 1.0 PENGENALAN Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam di dalam masyarakat majmuk. Ting Chew Peh(1997) menyatakan J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza seperti Jawa,Minang,Bugis dan juga Bisaya. Etnik Bisaya juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat lain namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Bisaya ini. Seperti etnik lain, etnik Bisaya juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Bisaya serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi Page 1

description

rencana

Transcript of ETNIK BISAYA

Page 1: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis

hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian

budaya, bahasa, agama dan adat resam di dalam masyarakat majmuk. Ting Chew

Peh(1997) menyatakan J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan

konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut

Furnivall masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai

kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum

berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah

berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan

hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian

tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai

bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun

demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di

Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa,

rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza seperti

Jawa,Minang,Bugis dan juga Bisaya.

Etnik Bisaya juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun

Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan

masyarakat lain namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Bisaya ini.

Seperti etnik lain, etnik Bisaya juga merupakan masyarakat yang kompleks dan

mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini.  Tradisi Bisaya serta adat istiadatnya

telah mengalami proses asimilasi daripada masyarakat Borneo. Justera itu, tidak

hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional dengan kaum-kaum yang

lain.

Menurut Wikipedia(2012) Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat

laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort,

Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya diSabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan

Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam

Page 1

Page 2: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus. Bisaya dikatakan di antara yang pertama

menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang

Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam

bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku

kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Visaya di Filipina namun suku kaum

Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja.

Pada masa kini kebanyakkan Etnik Bisaya boleh ditemui di Beaufort, Kuala

Penyu, Menumbok, Sipitang dan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun,

majoritinya berkampung di Beaufort dengan jumlah masyarakatnya melebihi 50,000

orang.

2.0 ASAL-USUL ORANG BISAYA

Etnik Bisaya adalah salah satu etnik pribumi di Kepulauan Borneo. Etnik

Bisaya biasanya tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias di

Sabah dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Mengikut banci penduduk yang telah

dibuat pada tahun 1991 yang lalu, jumlah penduduk Bisaya di seluruh Negeri Sabah

ialah seramai 30,000 orang. Suku kaum ini dikatakan mempunyai kaitan dengan suku

kaum Visaya di Filipina. Walau bagaimanapun menurut kajian, suku kaum ini hanya

terdapat di Borneo sahaja. Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai

perkaitan rapat dengan Bisaya di Borneo. Berdasarkan kajian bahasa dan budaya, etnik

Bisaya ini berasal daripada kelompok etnik Dusun yang merupakan penduduk terawal

di Sabah.

Bagaimanakah wujudnya perkataan ‘Bisaya’? Asal usul perkataan ‘Bisaya’ tidak

dapat dipastikan dengan jelas. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai teori yang

menyatakan tentang kewujudan perkataan ini. Menurut Kahti Galis(1990) menyatakan

Dr. Otley Beyer dan Chester berpendapat bahawa perkataan ‘Bisaya’ berasal daripada

perkataan ‘Sri Vijaya’ yang merupakan salah satu empayar yang hebat pada ketika itu.

Teori yang dikemukan oleh Carrol pula menyatakan Bisaya berasal dari perkataan

bisaya yang mana dalam bahasa sulu dan Mindanao membawa makna hamba.

Page 2

Page 3: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sonza (1957) seperti dinyatakan oleh Kahti Galis(1990) dalam bukunya pula

menyatakan legenda asal usul perkataan ‘Bisaya’ berasal daripada perkataan ‘bisai-

yah’. Menurutnya, perkataan ini diucapkan oleh Sultan Brunei yang pada ketika itu

mengunjungi tempat tinggal orang Bisaya. Baginda merasakan bahawa tempat itu

sungguh cantik lalu timbullah perkataan itu. Pertalian antara etnik Bisaya dan

Kesultanan Brunei dikatakan rapat pada zaman lampau. Sultan Brunei yang pertama

adalah seorang yang berbangsa Bisaya iaitu Awang Alak Betatar. Awang Alak Betatar

ini kemudiannya memeluk agama Islam lalu bergelar Sultan Muhammad Shah.

Kebanyakan daripada kaum Bisaya bekerja sebagai petani, penternak dan

nelayan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan. Namun kini,faktor

sosioekonomi yang lebih baik, menyebabkan ada di antara mereka yang memegang

jawatan dalam kerajaan, berniaga, dan bergiat dalam kegiatan ekonomi yang lebih

komersial.

Pada masa lampau, etnik Bisaya mengamalkan kepercayaan animisme. Akan

tetapi apabila Islam datang ke kepulauan Borneo, etnik ini mula menerima agama

Islam. Bisaya dikatakan di antara etnik yang pertama menerima Islam pada awal kurun

ke-13. Mereka menerima pengaruh agama Islam daripada Kesultanan Brunei yang

menguasai kawasan persisiran pantai barat Sabah ketika itu. Rentetan daripada

penerimaan agama Islam dalam masyarakat Bisaya, budaya etnik ini sedikit sebanyak

yang dipengaruhi oleh agama Islam terutamanya dalam adat istiadat perkahwinan.

Namun begitu, masyarakat Bisaya di negeri Sabah berbeza dengan masyarakat Bisaya

yang menetap di daerah Limbang, Sarawak. Ini kerana kaum Bisaya di Sabah

beragama Islam manakala kaum Bisaya di Sarawak pula sebaliknya.

3.0 ASPEK BUDAYA KAUM BISAYA

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah,

yang terbentuk dari perkataan buddhi (budi atau akal) dan diertikan sebagai hal-hal

yang berkaitan dengan budi serta akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan

Page 3

Page 4: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan.

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah

kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari

banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa,

perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni.

Kaum Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka

sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati

orang dewasa kaum Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga

kesopanan dan kesusilaan. Kebanyakan suku kaum Bisaya di Sabah adalah

beragama Islam. Mereka kebanyakannya memeluk agama Islam sejak

dahulu lagi dan biasanya adalah petani yang tinggal di hilir Sungai Padas dan

Sungai Klias.

Dalam konteks kebudayaan, Bisaya sebenarnya cukup kaya dengan nilai dan

khazanah seni budaya. Mungkin kerana mereka bukan sekadar dikenali dengan

kehebatan dalam bertempur tetapi terkenal dengan sifat ketimuran sejati. Ia jelas dilihat

kerana hampir setiap lokasi kampung penduduk Bisaya di Beaufort, akan ada satu jenis

kebudayaan yang dimainkan secara aktif sama ada oleh orang tua atau generasi muda

dengan nafas dan irama baru.

Mereka ada banyak lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang

Bisaya seperti ‘badaup’ yang dianggap paling popular menjadi irama dalam pesta

menuai padi serta ketika mendodoi anak. Ia dinyanyikan wanita dan kini, masih ada

kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat itu.

Persembahan badaup dan kulintangan, iaitu alat muzik yang digunakan ketika

‘bagandang’ membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti gong dan caklempong. Di

Beaufort, ada beberapa kumpulan bergerak aktif seperti di Suasa yang membabitkan

dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan wanita. Di sini, kami dihiburkan irama bagandang

baru yang menerima suntikan melodi lagu moden oleh kumpulan kanak-kanak.

Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. Ia

biasanya aktif dihidupkan kembali setiap kali tiba musim hari keramaian seperti ketika

Page 4

Page 5: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun. Permainan seperti pulas

jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) menonjolkan imej

kekuatan masyarakat itu sejak dulu.

3.1. Upacara Perkahwinan

Kebiasaannya dalam upacara perkhawinan, pihak pengantin

diwajibkan memberi hantaran perkahwinan. Bagi penganut Islam kaum

Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh ugama Islam

selain dari elemen pakaian tradisi mereka.

Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam

menentukan jumlah hantaran. Jika dulu, hantaran kahwin tidak sampai

RM1,000 tetapi kini sesiapa yang mahu berkahwin dengan gadis Bisaya perlu

menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan ada yang boleh mencecah

sehingga puluhan ribu ringgit. Wang hantaran biasanya perlu diserahkan

semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang, cukup

dengan menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran.

Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu pengantin

hanya bersanding di atas kotak kayu yang dihias cantik. Jika sekali pandang,

konsep perkahwinan dalam masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak

berbeza dengan orang Melayu, mungkin kerana mereka juga beragama

Islam.

Paling unik dalam adat perkahwinan mereka ialah penggunaan

gulungan rokok daun yang perlu diselit di mulut pasangan pengantin

sepanjang tempoh bersanding dan kini, masih ada yang mengamalkan adat

itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik.

Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan

perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang

berpunca daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan

Page 5

Page 6: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

sebanyak dua kali ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang

hantaran dianggap hangus.

Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya

belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius

kerana sehingga hari ini, sekiranya berlaku sebegitu, pihak lelaki perlu membayar

denda seperti sepersalinan pakaian kepada kakak pengantin perempuan. Namun, kini

nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100

untuk seorang kakak.

Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik,

beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal

pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda

akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan.

Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak

boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula

selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang.

3.2. Ilmu Kebatinan Bisaya

Difahamkan ada 40 jenis kepakaran dalam masyarakat itu yang berbahaya dan

boleh menyebabkan sesiapa saja hidup tidak selesa jika terkena buatannya. ilmu

menghilangkan kemaluan seseorang, itulah antara yang paling digeruni ada pada

dimiliki orang Bisaya. Ia adalah ilmu yang sudah lama ada dalam masyarakat itu dan

difahamkan sehingga kini masih ramai yang mahir mengamalkannya. Kehebatan orang

Bisaya dalam ilmu kebatinan sudah terbukti ketika perang Padas Damit. Ketika itu

mereka boleh ‘mencipta’ tebuan yang hanya akan menyerang orang bukan Islam. Ia

menjadi senjata sakti mereka menentang musuh.

Kehebatan ilmu dalaman yang digelar ‘Gayong Dalam’ sebenarnya bukan

sekadar bertujuan untuk melepaskan kemarahan tetapi ada ketikanya sekadar

digunakan sebagai bahan permainan dan uji menguji. Seorang yang hebat akan

sengaja mengirim ‘tuju’ kepada seorang lagi untuk menguji kehebatannya. Ia akan

Page 6

Page 7: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

berbalas-balas sehingga kedua-duanya puas. Jika sesama mereka memang tak ada

kesan teruk tetapi jika terkena orang yang tak tahu membela diri, sakitnya boleh

membawa maut.

Malah, ada juga ilmu yang kerap digunakan untuk mengganggu sesuatu majlis

perkahwinan. Seseorang yang tak puas hati atas apa saja sebab akan menghantar

‘ilmu’ yang membuatkan ada orang dalam majlis menjadi gila. Jika ada sesiapa yang

memegang orang itu, dia juga akan menjadi gila.

Ada pula yang mengkhianati majlis perkahwinan dengan membuatkan nasi atau

lauk pauk jamuan kenduri kahwin tidak masak. Ia selalunya disebabkan rasa tak puas

hati atau mungkin juga sekadar mencuba dan main-main.

Paling menakutkan tentulah apabila tiba-tiba menyedari yang ‘anu’ hilang atau

terasa ada di dahi. Dikatakan, jika terkena buatan itu, ada yang tidak tahu untuk

menceritakan kepada sesiapa. Ubat yang paling popular adalah menggunakan kura-

kura kerana sifat penyakit itu sama seperti tabiat haiwan itu yang menyorokkan kepala

ketika takut.

3.3. Kepercayaan Kaum Bisaya

Kehebatan orang Bisaya mungkin ada kaitan amalan mereka suatu ketika dulu

yang begitu percaya kepada sesuatu yang pelik termasuk konon ada berita buruk yang

disampaikan oleh burung ‘juriak’ setiap kali ia berbunyi. Difahamkan, kejadian buruk

pasti akan berlaku jika burung itu berbunyi.

Namun, kini kepercayaan sebegitu sudah semakin terhakis dan tidak pula ada

kejadian buruk berlaku meskipun berpuluh kali burung itu berbunyi. Ia mungkin

disebabkan pegangan agama yang kuat dalam kalangan mereka selain pencerapan

gaya pemikiran moden akibat perubahan zaman.

Kepercayaan terhadap pantang larang ketika mengandung dan kehidupan

seharian juga sudah semakin ditinggalkan meskipun dulu merekalah antara masyarakat

paling kuat berpegang dengan pantang larang sehinggakan suami tidak boleh berulang

Page 7

Page 8: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

alik keluar masuk rumah jika isteri mengandung kerana khuatir anak dalam kandungan

susah untuk dilahirkan.

3.4. Menguruskan Jenazah

Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi kaum Bisaya. Mereka

masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka

mempunyai budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang

mempunyai pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan

mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya

kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak

tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang

menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh

mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai.

            Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang

bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kubur dan

sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 oang jemaah

maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan

sampul berisi wang untuk diberikan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan

jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain

usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat

daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut

sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu

mengingati arwah.

3.5. Makanan Tradisioanal Bisaya

Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Bisaya,

mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering

Page 8

Page 9: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Ada pelbagai jenis

kuih dalam masyarakat Bisaya dengan yang paling popular ialah kuih Kelupis dan

Ambuyat.

Kelupis adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus

menggunakan daun irik iaitu sejenis daun yang berbentuk leper dan panjang.

Ambuyat merupakan makanan  tradisional kaum Bisaya di Sabah  dan di Brunei.

Ambuyat berwarna  putih cair dan teksturnya seperti  gam.  Ambuyat menjadi hidangan 

wajib ketika kenduri perkahwinan  dan ketika hari keramaian bagi  penduduk Bisaya.

Ada ketikanya,  ambuyat dimakan bersama-sama  sebagai hidangan makan tengah 

hari bagi menggantikan nasi.  Bagi kanak-kanak kaum Bisaya,  mereka turut menyukai

ambuyat dan membesar dengan makanan  tradisional nenek moyang mereka  itu. Ia

biasanya dibuat ketika menuai padi dan sebarang majlis gotong-royang kerana dapat

menambahkan keseronakan dan kemeriahannya.

3.6. Pakaian Tradisional

Dari segi berpakaian, memang orang Bisaya ada pakaian tradisinya dan

kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas

dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti

pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori.

Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang

dewasa kaum lelaki Bisaya adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai

pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian

dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan

pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam

acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung.

Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna hitam.

Page 9

Page 10: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

3.7. Sosio Ekonomi Bisaya

Dalam etnik Bisaya kebudayaan mereka amat unik kerana berbeza dari

etnik yang lain. Salah satu budaya etnik Bisaya ialah dari aspek sosio ekonomi

tradisional yang mana mereka mempunyai kemahiran di atas muka bumi Borneo Sabah

dan Sarawak ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia,

menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam

keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan

sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka

juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang

sebagai makanan.

Pertanian menjadi kemahiran utama dan penyumbang terbesar dalam

menggerakkan ekonomi masyarakat Bisaya terutama di sekitar Beaufort, ditambah

dengan keadaan serta struktur geografi yang sesuai membolehkan pelbagai aktiviti

bertani dapat dijalankan. Sepanjang perjalanan merentasi lokasi perkampungan di

sekitar Beaufort menyerlahkan industri itu, boleh dikatakan kiri dan kanan jalan dipenuhi

tumbuhan menghijau berselang seli dengan sebuah rumah besar (banglo). Ada

tanaman kelapa sawit dan hamparan sawah padi menghiasi pemandangan.

Selain padi dan kelapa sawit, perusahaan sagu paling penting dalam masyarakat

itu kerana sagu menjadi makanan utama mereka, termasuk untuk makan tengah hari,

malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia lebih penting daripada nasi. Kebergantungan

terhadap sagu sebagai makanan rutin membolehkan industri pembuatan sagu terus

berkembang pesat dengan perubahan terhadap kaedah memproses daripada cara

tradisional kepada penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan lebih banyak

sagu untuk memenuhi permintaan bukan sekadar di Beaufort, malah di seluruh Sabah.

Di sini jelas membuktikan sosio ekonomi suku kaum ini yang mana mereka mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam bidang pertanian dan memburu.

4.0. PENUTUP

Page 10

Page 11: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sebenarnya banyak lagi budaya masyarakat Bisaya yang dibawa dari

Kepulauan Borneo tetapi semakin tidak diamalkan. Adalah sesuatu yang dianggap

mustahil untuk melihat beberapa budaya lama, malah tidak ramai juga yang mampu

berkongsi cerita tentang adat budaya masyarakat Bisaya dewasa ini. Tambahan pula,

masyarakat Bisaya ini semakin terhakis.

Begitu juga dengan adat budaya dan pantang larang, mungkin ada yang sama

seperti etnik yang lain. Anak cucu orang Bisaya zaman sekarang kurang tahu

berbahasa Bisaya .Sekiranya warisan ini tidak dipelihara, kemungkinan bahasa ini akan

lenyap terus dan tinggal sejarah sahaja. Begitu juga dengan generasi Bisaya kini,

mereka kurang faham dengan bahasa Bisaya. Namun begitu, jika pihak pertubuhan,

contohnya Pertubuhan Bisaya Malaysia atau lain-lain pertubuhan memainkan peranan

yang penting, mungkin dapat terus memelihara segala adat resam , kebudayaan dan

bahasa etnik Bisaya ini.

Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Bisaya

sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara

hidupnya yang tersendiri. Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti

mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai

rakyat Malaysia. Kesimpulannya, etnik Bisaya juga merupakan sebahagian daripada

rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.

Dewasa ini masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari

segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju

kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang

biasa bagi pelajar bukan Melayu. Hal ini membuktikan bahawa kewujudan etnik lain

dalam masyarakat majmuk telah diterima ramai dengan masing-masing mula untuk

mengetahui budaya etnik lain dan memahami dengan mendalam supaya tidak timbul

salah faham.

Paling pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelansungan

hubungan yang wujud di antara setiap etnik supaya suasana yang harmonis dapat

Page 11

Page 12: ETNIK BISAYA

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

dapat dikekalkan untuk selamanya. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima

bahawa hubungan etnik yang harmonis terutama di kalangan masyarakat merupakan

kunci kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Ternyata tidak cukup untuk

kita hanya menerima fakta-fakta ini tanpa bertindak tetapi kita perlu menyusun tindakan

susulan iaitu dengan memahami budaya etnik atau suku kaum lain yang terdapat dalam

masyarakat majmuk di negara kita ini.

5.0 BIBLIOGRAFI

Selamat Jati; Sejarah Sosio Ekonomi Bisaya (Tesis 1990).

Dr. Shafiq Sarawak Museum Journal (1989); “Bisaya Ethnography: A Brief Bisaya Report"

Antarano Peranio; The Structure of Bisaya Society.

Bewsher; Kumpulan tulisan Bewsher (Tuan Busa kajun Bisaya)

Prof. Vernon L.Poritt; “Bapa Guru Bisaya”.

Harrisson; Kaitan Bisaya Sarawak, Brunei dan Sabah; “Some origins and attitudes of Brunei

Tutong-Belait-Dusun, North Boreneo “Dusun’, and Sarawak Bisayan (1958).

Asmah Hj, Omar (1983), Araneta and Bernard (1960), Hussain Jamil & Newman(187); Bisaya

language

R.E. Stubbs (1968); Kegemilangan Bisaya.

St. John (1862) Volume 2; Tulisan yang awal tentang kampung-kampung Bisaya.

Page 12