FAKTOR-FAKTOR PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN · PDF filev PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha...
Transcript of FAKTOR-FAKTOR PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN · PDF filev PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha...
FAKTOR-FAKTOR PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN ELEKTIF ERT OLEH
PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN PUDU DAN SEKOLAH
MENENGAH CHERAS, KUALA LUMPUR,
SATU TINJAUAN
ASMAH BINTI OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
ii
FAKTOR-FAKTOR PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN ELEKTIF ERT OLEH
PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN PUDU DAN SEKOLAH
MENENGAH CHERAS, KUALA LUMPUR,
SATU TINJAUAN
ASMAH BINTI OSMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR BAHRU,
JOHOR.
iii
iv
DEDIKASI
Buat suami yang tercinta, Mohd Zulkifli bin Hassan terima kasih atas segala
pengorbanan dan pertolonganmu. Kesabaranmu menjadi pendorong dan sumber
inspirasi untuk meneruskan perjuanganku. Budi luhurmu tetap menjadi ingatanku
disepanjang hayat.
Buat ibu yang dikasihi, Safiah binti Osman terima kasih atas pengorbananmu. Segala
jerih dan susah payahmu tidakku lupa selagi ada hayat. Kasihmu ibu akan kukenang
selamanya.
Buat allahyarham ayahku, Osman bin Aroff hanya doa mampuku panjatkan semoga
rohmu mendapat rahmat Allah s.w.t.
Buat anak-anak yang disayangi, Indriyati, Mohd Firdaus dan Nur Fitria Jannah emak
sayang kepada semua walaupun sering ditinggal-tinggalkan, doa emak semoga anak-
anak akan meneruskan usaha emak walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.
Untuk adik-adik yang disayangi Ainun, Khariri, Hajar, Marina dan Nizam terima
kasih kerana sokongan yang diberikan disepanjang penggajianku dan untuk rakan-
rakan terima kasih kerana sokongan yang diberikan. Jasamu kalian akanku kenang
sepanjang hayat.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Ucapan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya
dapat saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Tidak lupa juga selawat dan
salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. serta ahli keluarga baginda.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan khas untuk Encik Shahrin bin Hashim
sebagai pensyarah pembimbing yang telah banyak memberikan panduan dan bimbingan
dari peringkat awal penyediaan sehinggalah keperingkat akhir sehingga menjadi sebuah
laporan yang lengkap sesuai sebagai sebuah projek sarjana. Hanya Allah s.w.t. yang
dapat membalas budi baik dan jasa yang telah dicurahkan dalam memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar.
Tidak lupa juga ucapan buat Tuan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan, Pengetua-pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar tingkatan empat
yang terlibat dalam tinjauan ini.
Akhir sekali kepada semua individu yang turut telibat dalam memberikan
panduan dan bimbingan sepanjang menjalankan kajian ini. Sumbangan dan bakti yang
telah anda berikan tidak dapat saya lupakan. Semoga jasa dan bakti yang telah
dicurahkan diberkati Allah s.w.t.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang faktor-faktor pengaplikasian
kemahiran elektif ERT di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat dalam kehidupan
seharian.. Mereka telah mengalami proses pembelajaran kemahiran ini selama tiga tahun
semasa berada dalam kelas menengah rendah. Kajian dikhususkan kepada lima aspek
yang utama iaitu dari segi amalan, pengetahuan, dorongan ibu bapa, sikap dan minat.
Seramai 132 orang pelajar tingkatan empat daripada dua buah sekolah dalam Zon Pudu,
Kuala Lumpur menjadi responden dalam kajian ini. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah
Menengah Perempuan Pudu dan Sekolah Menengah Cheras. Satu set soal selidik telah
digunakan sebagai instrumen kajian dan analisis data menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Sciences ( SPSS ) for windows Release 10.0 bagi mendapatkan min
dan peratus. Kebanyakan daripada pelajar mampu untuk mengaplikasikan kemahiran
elektif ERT tetapi tidak berminat untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya. Guru dan
ibu bapa perlu memainkan peranan aktif sebagai pendorong kepada mereka untuk
mengamalkan kemahiran elektif ERT bagi melahirkan insan yang kreatif, inovatif dan
produktif di masa akan datang.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to know the factors that influence of ERT skills
among the form four students in their daily lives. They had learned the skills three years
while they were in a lower form. This research is based on five main aspects such as
practices knowledge, parents encouragements, interest and attitude. A total of 132 form
four students from two schools in Zon Pudu, Kuala Lumpur were the respondents of this
research. Sekolah Menengah Perempuan Pudu and Sekolah Menengah Cheras were
involved in this research. A set of questionnaires was used as a research instrument and
Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for windows Release 10.0 to analysed
the data and finding mean and percentage. Most of the students are able to practice the
Elective of ERT skills but they are not interested to make it as a profession. Teachers and
parents should play a role for encourage them to apply the elective of ERT skills to make
them creative, innovative and productive human in future times.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELISA i
JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii-xi
SENARAI JADUAL xii- xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan 1 3
1.2. Latar Belakang Masalah 3 4
1.3. Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Takrif Istilah 7 9
1.9 Ringkasan 9
ix
BAB 2 SOROTON PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengaplikasian Kemahiran 1012
2.3 Pengetahuan 12-13
2.4 Dorongan ( Motivasi ) 13-15
2.5 Sikap 1517
2.6 Minat 17-19
2.7 Penutup 19
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 2021
3.3 Populasi 21
3.4 Tempat Kajian 22
3.5 Sampel Kajian