Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid
-
Upload
win-kie-yeow -
Category
Documents
-
view
250 -
download
2
description
Transcript of Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hubungan Guru-Murid
Penampilan dan Bahasa Badan • Murid-murid menilai guru melalui penampilan yang ditonjolkan.
• Penampilan guru perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan etika berpakaian yang ditetapkan kerana pakaian melambangkan disiplin dan imej profesion keguruan.
• Penampilan guru yang profesional akan memberikan persepsi yang baik kepada murid-murid.
• Murid akan menghormati guru dan guru turut menjadi rol model kepada murid-murid.
• Selain penampilan, bahasa badan (body language) guru juga akan menyampaikan mesej kepada murid.
Guru perlu :
• Mempunyai kontak mata dengan murid-murid
• Gerak-geri yang bertenaga dan bersemangat untuk mengajar menunjukkan kesungguhan guru
Tingkah laku Guru• Tingkahlaku guru mencerminkan perwatakan guru.
• Tingkah laku yang positif dan bersopan akan membuatkan murid-murid menghormati guru dan tingkahlaku tersebut akan dijejaki oleh murid-murid
• Guru harus tunjukkan contoh dan teladan yang baik melalui kelakuan dan bahasa percakapan dengan murid-murid.
• Perlu meunjukkan sikap empati
• Menangani segala masalah yang dihadapi dengan adil. Elakkan daripada menuduh tanpa bukti.
• Perkataan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan murid perlu diberi perhatian.
• Contoh perkataan : Bagus! Awak telah menjawab dengan baik. Cikgu bangga awak dapat melakukannya. Awak boleh buat yang lebih baik. Cikgu tahu awak telah berusaha. Cuba lagi!