faktor pembentukan malaysia.docx

3
Huraikan faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963. Pendahuluan Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Pada tahun 1!"7 Sir Malcom Mac#onald, Pesuruh$aya Tinggi British %sia Tenggara mencadangkan idea yang sama Konsep negara &er&entuk persekutuan semakin menarik perhatian apa&ila Tunku mencadangkan penu&uhan Malaysia dalam Perhimpunan %gong UM'( )* #isem&er 1!** Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada +1 (gos 1!*7, Tunku sekali lagi mencadangkan penu&uhan Malaysia, iaitu pada )7 Mei 1! 1 -adangan ini telah disam&ut &aik oleh kera$aan British kerana tu$uan penu&uhan .agasan Malaysia adalah untuk me/u$udkan se&uah negara yang kuat dari segi ekonomi, politik dan sosial Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia 1. Perkembangan politik di ingapura. a0 %ncaman komunis merupakan masalah serius kepada negara Masalah yang sama turut &erlaku di Singapura Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun tahun 1!*2 an 3ahaman komunis telah mere&ak ke sekolah sekolah -ina dan kesatuan kesatuan seker$a 3ahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan 4akyat 5P%P0 yang memerintah pada masa itu Keadaan ini mem&eri tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan 6e/ Tunku &im&ang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak di&endung kemungkinan &esar ahaman komunis akan mere&ak ke Tanah Melayu Ke$ayaan golongan komunis menguasai se&ahagian ahli P%P telah mem&a/a kepada penu&uhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim -hin Siong P%P akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1! 1 di ka/asan ong Lim dan %nson Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai .agasan Malaysia &0 Lee Kuan 6e/ cu&a menghapuskan golongan kiri dalam P%P dengan menyingkirkan golongan terse&ut dari P%P, namun pengaruh golongan kiri semakin &erkem&ang Keadaan ini mem&im&angkan Tunku %&dul 4ahman 4u$ukan (nline 9 http:;;se$arahstpm&logspotcom Page 1* kemungkinan ahaman komunis akan mere&ak ke Tanah Melayu Ketidakmampuan Lee Kuan 6e/ mem&endung pengaruh komunis &ukan saha$a mem&im&angkan Tunku tetapi $uga mem&im&angkan Britain dan %merika Syarikat (leh itu, kedua dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku !. Perkembangan politik di ara"ak. a0 Pengaruh komunis turut &erkem&ang di Sara/ak se$ak <aman pendudukan =epun lagi Pihak komunis telah menu&uhkan Liga Belia #emokratik -ina Se&erang Laut pada tahun 1!"7 'amun, pertu&uhan itu diharamkan setahun

description

#sejarah #malaysia #tingkatan #6

Transcript of faktor pembentukan malaysia.docx

Huraikan faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963.

PendahuluanKonsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh LordBrassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yangmerangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkanidea yang sama. Konsep negara berbentuk persekutuan semakin menarikperhatian apabila Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam PerhimpunanAgong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaanpada 31 Ogos 1957, Tunku sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitupada 27 Mei 1961. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British keranatujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mewujudkan sebuah negarayang kuat dari segi ekonomi, politik dan sosial.Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Perkembangan politik di Singapura.a) Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalahyang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapurapada tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolahCina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk kedalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan inimemberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbangsekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besarfahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunismenguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialisyang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahansehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 dikawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untukmenyertai Gagasan Malaysia.

b) Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP denganmenyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kirisemakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul RahmanRujukan Online http://sejarahstpm.blogspot.com Page 15kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu.Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahajamembimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat.Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakanoleh Tunku.

2. Perkembangan politik di Sarawak.a) Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukanJepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik CinaSeberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahunkemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhansulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telahmenghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani.Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untukmenentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialahsistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

b) Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi PartiBersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasipisang bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telahmendorong kepada pergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak Britishbimbang dengan ancaman komunis dari Indnesia. Parti Komunis Indonesia (PKI)telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingandan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabilapengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

3. Mempercepatkan proses kemerdekaana) Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proseskemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeritersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahannegeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayusemasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeriBorneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. JikaSabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secaraberasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belumbersedia dari segi politik dan sebagainya.

b) Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif danlegislatif yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah olehseorang sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbirannegeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjirandengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama LembagaRujukan Online http://sejarahstpm.blogspot.com Page 16Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pulapilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

c) Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayahwilayahBorneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapatmelalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapatdigagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. KerajaanBritish telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekatsekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertaiPersekutuan Malaysia.

4. Keseimbangan Kaum.

a) Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkankeseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akanmenimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Inidisebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan diTanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India.Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang.Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak merekaakan dicabar oleh kaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawakdan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

5. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

a) Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu,Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu,Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telahmelabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawakmasih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbangsumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesatdalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu,penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dankesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

KesimpulanKesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekatperkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah danSarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkankemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, dapat membantuperkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak.