Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV)

Click here to load reader

Transcript of Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV)

LAPORAN PUSAT TANGGUNGJAWAB

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pusat Tanggungjawab

:

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Bil dan tarikh Mesyuarat

:

____/2016

Tarikh Mesyuarat

:

Laporan Bulan

:

MAC JUN 2016

Bil.

Tarikh

Aktiviti

Tindakan / Tindakan Susulan / Perincian

LAPORAN JABATAN PENDIDIKAN KEJURUTERAAN

1.

19 21 Jun 2016

Temuduga Pengambilan Calon Pelajar ISMPV FPTV bagi Semester 1 Sesi 2016/17

Melibatkan 5 pusat temuduga (UniSZA, UPSI, KV Kuching, Politeknik Kota Kinabalu dan UTHM).

2.

22-24 Mei 2016

Pelaksanaan Ujian MEDSI bagi Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sesi akademik 2016/2017

Melibatkan 5 Makmal dengan kemudahan komputer di FPTV dan seramai 2097 calon.

3.

19 Mei 2016

National Conferences on Technical and Vocational Education and Training 2016

Anjuran Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dirasmikan oleh Y.Bhg. Timb. Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTHM. 80 Kertas kerja telah dibentangkan dan 67 Projek Kreativiti dan Inovasi Pelajar dipamerkan. Kehadiran peserta melebihi 130 dan melibatkan pelajar (Sarjana Muda, Sarjana dan PhD) seramai 300 orang.

LAPORAN JABATAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

1.

11 Mac 2016

Mesyuarat rasmi dengan Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7&8, Blok D4 Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 Putrajaya.

Tindakan/Perincian:

Membincangkan beberapa perkara berkaitan:

1. Menghantar permohohonan lengkap bagi mendapat pengiktirafan program bertauliah secara penuh untuk program kemahiran seperti berikut

2. EE-320-2:2011- Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Satu Fasa

3. EE-320-3:2011- Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa

4. ME-020-2:2012-Peralatan Penyaman Udara HVAC Satu Fasa (Pemasangan Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

5. ME-020-3:2012-Penyeliaan Pemasangan & Penyelengaraan HVAC

6. B-010-1-Jurubina Bangunan

7. B-010-2-Jurubina Bangunan

8. Membincangkan berkaitan tarikh untuk Pusat Bertauliah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk menghadapi verifikasi luaran (audit luaran) bagi mendapat program bertauliah secara penuh.

9. Membincangkan berkaitan permohonan program bertauliah untuk di PB FPTV bagi program kemahiran;

10. HT-012-23-2012- Food Preparation and Production

11. EE-021-23-2012-Electronic Equipment and Appliance Installation & Traoubleshooting

Pemilihan 2 program baharu kamahiran ini bersesuaian dengan program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional

(Elektrik dan Elektronik) dalam memastikan pelajar mendapat pengiktirafan SKM tahap 3

setelah mereka menamatkan pengajian. Dicadangkan permohonan akan dihantar kepada

pihak Jabatan Pembagunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia pada bulan April

2016.

12. Mendapatkan contoh WIM (Written Instructional Materials) bagi 2 program kemahiran baharu iaitu HT-012-23-2012- Food

Preparation and Production dan EE-021-23-2012-Electronic Equipment and Appliance

Installation & Traoubleshooting.

13. Membeli NOSS (National Occupational Skill Standard) CoCU (Curiculum of Competency Unit) dengan bayaran wang draf RM120 atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk program kemahiran seperti berikut;

i. HT-012-23-2012- Food Preparation and Production

ii. EE-021-23-2012-Electronic Equipment and Appliance Installation & Traoubleshooting

iii. MC-050-45-2012-Manufacturing Management CAD/CAM

iv. IT-070-23-Multimedia Designer Authoring

v. IT-070-45-2011-Creative Content Development

vi. HT-014-23-2011-Pastry Production

14. Membincangkan berkaitan prosedur mendapatkan contoh WIM bagi program-program tertentu secara tidak langsung membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran.

15. Mendapatkan salinan Kod Amalan Pentaulihan Program Kemahiran (KAPPK) Edisi 1 bagi memudahkan dan memastikan segala proses amalan kemahiran di PB FPTV mengikut kepada standard yang telah ditetapkan dalam KAPPK.

16. Membincangkan berkaitan pendaftaran pelajar FPTV dalam sistem e-SKM dan proses pembayaran fi atau yuran pendaftaran menjalankan latihan kemahiran di bawah skim latihan Sijil Kemahiran Malaysia.

Tindakan Susulan:

Melakukan persediaan dengan melengkap dokumen berdasarkan kateria yang telah ditetapkan dalam Kod Amalan Pentaulihan Program Kemahiran (KAPPK) sebelum audit pengiktirafan program bertauliah secara penuh bagi program kemahiran yang diadakan pada 5 April 2016. Program bertauliah yang akan diaudit adalah sepertu berikut;

1. EE-320-2:2011- Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Satu Fasa

2. EE-320-3:2011- Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa

3. ME-020-2:2012-Peralatan Penyaman Udara HVAC Satu Fasa (Pemasangan Servis,

Troubleshooting & Pembaikpulihan)

4. ME-020-3:2012-Penyeliaan Pemasangan & Penyelengaraan HVAC

5. B-010-1-Jurubina Bangunan

6. B-010-2-Jurubina Bangunan

2.

22 Mac 2016

Taklimat SKM kpd pelajar ISMPV BBD dan BBF (Studio Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM, jam 8.00 mlm - 9.30 mlm

Tindakan/Perincian:

Taklimat kepada pelajar ISMPV BBD dan BBF berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran bagi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di FPTV. Kehadiran pelajaran melibatkan hampir 98 orang bagi kedua-dua kursus. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pencerahan berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran di FPTV.

Program yang terlibat;

1. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian

2. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Multimedia Kreatif) Dengan Kepujian

3.

27 Mac 2016

Taklimat SKM kpd pelajar ISMPV BBA dan BBC (Studio Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM, jam 8.00 mlm -9.30 mlm

Tindakan/Perincian:

Taklimat kepada pelajar ISMPV BBA dan BBC berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran bagi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di FPTV. Kehadiran pelajaran melibatkan hampir 72 orang bagi kedua-dua kursus. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pencerahan berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran di FPTV.

Program yang terlibat;

1. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Katering) Dengan Kepujian

2. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Pemesinan Am) Dengan Kepujian

4.

31 Mac 2016

Mesyuarat Peringkat JPV Berkaitan Persiapan Audit Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) Bagi Program BB, BBE dan BBG berkaitan program bertauliah bagi mendapatlan kelulusan penuh dalam menjalankan latihan kemahiran di FPTV

Tindakan/Perincian:

Berikutan status progam latihan kemahiran bagi 3 program di FPTV adalah berstatus sementara dan tempoh pentaulihan tersebut akan tamat pada bulan Februari 2016. Dengan itu, melalui Jabatan Pendidikan Vokasional (JPV), bertanggunjawab melakukan tindakan susulan bagi mendapatkan pentauliahan penuh dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Oleh yang demikian permohonan untuk mendapatakan pentauliahan penuh telah dibuat kepada pihak JPK dan susulan daripada permohonan tersebut pihak JPK akan mengadakan Audit Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 5 April 2016.

Tindakan Susulan:

Diperingkat JPV, persipan akan dilakukan bagi mmemenuhi keperluan Audit Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) yang akan di adakan di FPTV. Program yang terlibat dengan audit tersebut adalah;

1. BBB-Jurubina Bangunan (B-010-2)

2. BEE-Pemasangan & penyelenggaraan elektrik satu/dua fasa (EE-320-2/3:2011/2012)

3. BBG-peralatan penyaman udara/penyeliaan dan pemasangan (MC-020-2/3:2012)

Minit mesyuarat:

Rujuk Lampiran: Minit Mesyuarat JPV BIL 01/2016

5.

2 April 2016

Hebahan Pengemaskinian Pangkalan Data & Analisis Keperluan Latihan Kemahiran

Tindakan/Perincian:

Melakukan hebahan kepada staf FPTV melalui email UTHM bagi mendapat maklumat berkaitan Pengemaskinian Pangkalan Data & Analisis Keperluan Latihan Kemahiran. Tujuan utama soal selidik ini adalah untuk pengemaskinian pangkalan data Jabatan Pendidikan Vokasional serta mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti keperluan warga Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) berkaitan latihan kemahiran. Maklum balas yang diterima seterusnya akan dijadikan asas dalam penyediaan Pelan Operasi Latihan untuk Jabatan Pendidikan Vokasional.

6.

4 April 2016

Taklimat SKM kpd pelajar ISMPV BBB (Studio Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM, jam 8.00 mlm -9.30 mlm

Tindakan/Perincian:

Taklimat kepada pelajar ISMPV BBB berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran bagi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di FPTV. Kehadiran pelajaran melibatkan hampir 118 orang bagi kursus BBB. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pencerahan berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran di FPTV.

Program yang terlibat;

1. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Binaan Bangunan) Dengan Kepujian

7.

5 April 2016

Audit Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) Dijalankan Oleh Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Tindakan/Perincian:

Audit Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) yang melibatkan program kemahira;

1. BBB-Jurubina Bangunan (B-010-2)

2. BEE-Pemasangan & penyelenggaraan elektrik satu/dua fasa (EE-320-2/3:2011/2012)

3. BBG-peralatan penyaman udara/penyeliaan dan pemasangan (MC-020-2/3:2012)

Pihak JPK menghantar 3 panel mengikut program bertauliah yang diketuai seorang wakil dari JPK iaitu Puan Norazuri binti Yusoff dari bahagian Pentauliahan dan Verifikasi, senarai panel audit yang terlibat adalah seperti berikut:

1. En. MohdSamsul Bin Abdullah (EE)

2. En. Mohd Arif Bin Mohd Noor (PPU)

3. En. Mohamad Zairi Bin Ramli (BB)

Perkara yang diaudit melibatkan perkara berikut:

Persediaan TEM

TEM (Tools, Equipments, Material)

TEM adalah soalan lazim dan perkara yang sering ditanya semasa audit, ianya menjadi pertimbangan utama dalam kejayaan verifikasi PB.

Setiap personel PB yang terlibat hendaklah menguasai TEM pada NOSS masing-masing dan bersedia dengan jawapan jika ditanya sewaktu audit.

Persediaan Fail Personel

Setiap personel PB terlibat hendaklah bersedia dengan fail personel individu. Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai Penilai (PP) setiap tahap hendaklah bersedia pada hari audit.

Berikut adalah personel yang akan mengetuai setiap PB yang diaudit:

1. Tn Haji Zaid Bin Mustafa / En. Suhaimi Bin Mohamad BBE

2. Dr. Jamil Bin Baser / Dr. Bekri Bin Rahim BBG

3. Dr.Halizah Binti Awang / En. Amin Bin Hj Abdul Ghani BBB

Setiap PB juga dikehendaki menyediakan 5 orang pelatih bagi tujuaandemo/dummy melaksanakan kemahiran dan temuduga jika perlu.

Persediaan WIM

Setiap PB yang akan diaudit ini menyediakan sekurang-kurang 60% WIM yang telah lengkap dan siap (hardcopy)

Bagi program yang telah mempunyai pelatih (EE dan BB) WIM hendaklah lengkap.

Bagi PPU, WIM hendaklah disiapkan segera walaupun masih belum mempunyai pelatih berdaftar.

Tindakan Susulan:

Berikut dinyatakn keputusan audit tersebut hasil maklum balas yang diterima daripada audit tersebut:

Bil.

Kod NOSS

Tajuk NOSS

Tahap

Keputusan/status

1.

EE-320-2:2011

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik - Satu Fasa

2

Lulus

EE-320-3:2012

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

3

2.

ME-020-2:2012

Peralatan Penyamanan Udara HVAC- Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

2

Perlu melengkapkan WIM tahap 3 seperti yang dicadangkan oleh PPL

(tempoh 1 bulan dari tarikh diaudit)

ME-020-3:2012

Penyeliaan Pemasangan &Penyelengaraan HVAC

3

3.

B-010-1

Juru Bina Bangunan

1

Perlu di audit semula kerana tempoh tamat program bertauliah adalah 18 Disember 2016

Sehubungan itu, pihak JPV menyediakan WIM lengkap bagi program bertauliah Penyeliaan Pemasangan & Penyelengaraan HVAC (ME-020-3:2012) untuk tahap 3 seperti yang telah disarankan oleh pihak PPL hasil maklum balas daripada audit tersebut.

8.

15 April 2016

Cadangan Struktur Jabatan Pendidikan Vokasional (JPV) Yang Baharu Dalam Mengukuhkan Fungsi Jabatan

Tindakan/Perincian:

Cadangan penstrukturan semula Jabatan Pendidikan Vokasional berikutan untuk mengimbangi semula fungsi jabatan yang ada di FPTV. Cadangan ini diserahkan kepada Kepada TDPP-FPTV agar dapat dipertimbangkan di peringakt pengurusan tertinggi. Tujuan utama cadangan penstrukturan Jabatan Pendidikan Vokasional yang baharu adalah bagi mengukuhkan fungsi jabatan agar lebih progressive dan efektif dari aspek pengurusan, pematauan, sumber manusia, perancangan latihan kemahiran yang melibatkan kursus kemahiran dalam struktur akademik dan perancangan/perolehan aset bagi makmal-makmal yang terlibat dengan latihan kemahiran khsusnya. Berikut dilampirkan cadangan struktur Jabatan Pendidikan Vokasional yang baharu seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Lampiran: Cadangan Struktur Jabatan Pendidikan Vokasional (JPV) Yang Baharu

9.

19 April 2016

Mesyuarat dengan TDP-FKMP, Prof. Madya Dr Mustaffa Hj Ibrahim Berkaitan Penggunaan Makmal di FKMP Bagi Tujuan Latihan Kemahiran, Bilik Mesyuarat Aras 2 PPSK, UTHM, jam 2.30 ptg

Tindakan/Perincian:

Mesyuarat berfokus kepada penggunaan makmal CAD-CAM dan CNC di FKMP untuk pelajar FPTV dalam program ISMPV (Permesinan Am) bagi semester pendek dan semester lazim sesi 2016/2017, penggunaan makmal tersebut juga bagi memenuhi keperluan dalam NOSS untuk latihan kemahiran dalam pemesinan am.

10.

20 April 2016

Taklimat SKM kpd pelajar ISMPV BBG dan BBE (Dewan Kuliah 2 Blok B1 UTHM, jam 8.00 mlm -9.30 mlm

Tindakan/Perincian:

Taklimat kepada pelajar ISMPV BBG dan BBE berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran bagi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di FPTV. Kehadiran pelajaran melibatkan hampir 134 orang bagi kedua-dua kursus. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pencerahan berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran di FPTV.

Program yang terlibat;

1. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) Dengan Kepujian

2. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) Dengan Kepujian

11.

24 April 2016

Taklimat Kepada Pelajar Kolej Vokasional Segamat di Audotorium Perpustakaan Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tindakan/Perincian:

Taklimat kepada 35 orang pelajar KV Segamat, Johor berkaitan laluan kerjaya serta peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran di UTHM. Taklimat juga melibatkan 3 orang guru pengiring dari KV Segamat. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi pencerahan kepada isu yang dibangkitkan berkaitan peluang pelajar lepasan KV untuk melanjutkan pelajaran di peringkat UA.

12.

27 April 2016

Lawatan Kerja ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, (BPTV) Kementerian Pendidikan Malaysia

Tindakan/Perincian:

Membincangkan berkaitan kerjasama yang boleh dilakukan antara pihak BPTV dengan FPTV terutamnya berkaitan maklum balas berkaitan program ISMPV yang sedia ada dan peluang-peluang perundingan dalam kalangan guru di Kolej Vokasional dan guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Maklumat yang diperoleh berdasarkan pertemuan tersebut dikongsikan dengan staf-staf di FPTV. Perbincangan tersebut melibatkan Fauzi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, berseta rakan setugas dari BPTV yang dijemput.

Tindakan Susulan:

Maklum balas daripada hasil pertemuan tersebut dapat digunakan untuk penambahbaikan program ISMPV di FPTV.

13.

27 April 2016

Lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), Jabatan Perdana Menteri

Tindakan/Perincian:

Membincangkan dengan pengerusi SPP iaitu Tan Sri Dr. Haili bin Dolhan dan Pegawai Kanan SPP berkaitan perkembangan semasa program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (ISMPV) dan program Sarjana Pendidikan.

14.

28 April 2016

Mesyuarat rasmi dengan Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7&8, Blok D4 Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 Putrajaya.

Tindakan/Perincian:

Mesyuarat dengan Puan Norazuri binti Yusoff (Penolong Pengarah) dari bahagian Pentauliahan dan Verifikasi, berikutan dengan perkara berikut:

1. Menghantar WIM yang lengkap bagi program (ME-020-2:2012) Peralatan Penyamanan Udara HVAC- Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan) dan

(ME-020-3:2012)Penyeliaan Pemasangan &Penyelengaraan HVAC berdasarkan susulan keputusan audit KAPPK yang lepas seperti yang dicadangkan oleh pihak PPL.

2. Membincangkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan pengecualian bagi Core Abilities dalam program latihan kemahiran.

3. Membincangkan berkaitan kaedah atau prosedur mendapat kelulusan persijilan VTO untuk pelajar di FPTV.

4. Susulan pendaftaran untuk program bertauliah yang baharu iaitu bagi bidang katering dan elektronik. Disamping itu, juga pendaftaran bagi program BBB juga untuk didaftarkan untuk tahap 3.

15.

2 Mei 2016

Mesyuarat dengan delegasi Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia (Bilik Mesyuarat Eksekutif Ekatering, FPTV 2 Mei, jam 2.30 ptg 4.00 ptg)

Tindakan/Perincian:

Membincangkan dan berkongsi maklumat kepada 2 orang pensyarah UNY berkaitan pelaksanaan program akademik antara Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) dengan program akademik di FPTV khususnya. Perbincangan lebih berfokuskan kepada bidang katering. Di samping itu perbincangan juga berkaitan perkembangan semasa program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (ISMPV) Katering di FPTV yang menyentuh kepada kurikulum, kaedah pelaksanaan, kemudahan, kemahiran dan peluang latihan bersama (mobiliti outbound). Perkara lain yang turut dibincangkan adalah termasuk berkaitan kandungan aktiviti sepanjang 7 hari mereka berada di UTHM.

16.

5 Mei 2016

Mesyuarat Bulanan Jabatan Pendidikan Vokasional (JPV) Bil 2/2016, Bilik Perbincangan 1, FPTV, jam 9 pg 11pg

Minit mesyuarat:

Rujuk Lampiran: Minit Mesyuarat JPV BIL 02/2016

17.

10 Mei 2016

Mesyuarat dengan CIDB-ABM

En. Shahid Bin Nansok, Pengurus Latihan

Akademi Binaan Malaysia

Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi, 81200 Johor Baharu, jam 10.00 pagi.

Tindakan/Perincian:

Lawatan kerja ke CIDB-ABM berkaitan Persijilan Building Wiring Installation (BWI) dan Green Card kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Perkara yang turut dibincangkan juga adalah berkaitan usaha sama antara FPTV-UTHM dengan pihak CIDB-ABM melalui penyediaan MOU untuk kedua-dua pihak.

18.

16 Mei 2016

Mesyuarat dengan Haji Arshad Bin Md Yusoff Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kejurulatihan, BPTV, Bilik Mesyuarat Utama BPTV, KPM, jam 11.00 pagi

Tindakan/Perincian:

Mesyuarat dengan bahagian BPTV adalah berkaitan khidmat nasihat berkaitan membantu kalangan guru sekolah menengah PAV untuk mendapatkan SKM tahap 2 dalam program kemahiran elektrik dan penyelengaraan dan pemasangan penyaman udara bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Di samping itu juga, pihak BPTV juga menawarkan 12 program berkaitan untuk membantu para guru di kolej vokasional untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia di bawah pakej single tier.

19.

19 Mei 2016

Majlis Penyampian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Dalam Bidang EE-320-3:2011- Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa di Studio Pendidikan FPTV, UTHM, jam11.00 pagi

Tindakan/Perincian:

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa/Tiga Fasa (EE-320-2/3:2012). Majlis penyampaian sijil tersebut telah di sempurnakan oleh Prof. Dr. Wahid Bin Razzaly (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di Studio Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Seramai 12 orang pelajar telah menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 EE-320-3:2011- Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa.

20.

19 Mei 2016

Task Force Penyediaan Dokumen dan Kertas Kerja Mapping Silibus Ikhtisas Program Akademik di FPTV dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan/ National Occupational Skills Standard bagi mendapat pengiktirafan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) Kepada Pelajar FPTV

Tindakan/Perincian:

Task Force penyediaan dokumen dan kertas kerja mapping silibus ikhtisas program akademik di FPTV dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan/ National Occupational Skills Standard bagi mendapat pengiktirafan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) kepada pelajar FPTV. Tujuan penyediaan dokumen dan kertas kerja mapping silibus ikhtisas program akademik di FPTV dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan/National Occupational Skills Standard bagi mendapat pengiktirafan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) kepada pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Penyediaan kertas kerja ini juga akan melibatkan pegawai daripada Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia (MOSQ) dan Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), dari Kementerian Sumber Manusia (KSM). Hasil kertas kerja ini akan dibentangkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan maklumbalas kelulusan dalam memberi pengiktirafan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) kepada pelajar FPTV.

21.

23 Mei 2016

Mesyuarat Bersama Dr. Nasuha Bin Sa'ude, Penyelaras Pembangunan dan Latihan Staf FKMP-UTHM, 9 pagi Bilik KJPV-FPTV

Tindakan/Perincian:

Mesyuarat dengan wakil Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Dr. Nasuha Bin Sa'ude dari Jabatan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri (JKPI) berkaitan perkongsian FPTV dalam menjalankan latihan kemahiran di bawah program kemahiran Kementerian Sumber Manusia, yang dikawal selia oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Pihak FKMP berhasrat untuk memastikan staf mereka mempunyai VTO dan SKM di samping memberi pilihan kepada pelajar mereka untuk menjalani latihan kemahiran di bawah bidang Rapid Prototyping, CADCAM, CNC Lathe & CNC Milling. Perbincangan lanjut akan dibuat bagi proses pendaftaran program latihan kemahiran yang sesuai berdasrkan daftar NOSS yang sedia ada.

22.

23 Mei 2016 Hingga 26 Mei 2016

Bengkel Persediaan Portfolio Pelajar Untuk Program Kemahiran (IT-Artis Multimedia Pengarangan/ Rekabentuk Multimedia Pengarangan IT-070-2)

Tindakan/Perincian:

Bengkel penyediaan portfolio pelajar adalah berdasrkan written instructional material (WIM) atau bahan pengajaran bertulis yang telah ditetapkan dalam NOSS bagi program bertauliah IT-Artis multimedia pengarangan/ Rekabentuk multimedia pengarangan (IT-070-2). Bengkel tersebut melibatkan 18 orang pelajar BBF dan di selia oleh En. Md Azani bin Sham iaitu Pegawai Penilai bagi program kemahiran BBF.

23.

26 Mei 2016

Penerimaan surat lantikan pentauliahan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

Tindakan/Perincian:

Permohonan telah dibuat pada bulan Februari 2016 untuk mendapat pengiktirafan pentauliahan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, bagi melayakkan staf FPTV layak untuk mengajar latihan kemahiran secara bertauliah di bawah akta NASDA 2006

Penerimaan surat lantikan tersebut ialah:

1. Dr. Mohd Hasril Bin Amiruddin (lantikan berkuat kuasa dari 26 Mei 2016 hingga 25 Mei 2019) untuk sub Sektor Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi bagi NOSS MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam

24.

29 Mei 2016 Hingga 31 Mei 2016

Skill Electrical Competition FPTV

Tindakan/Perincian:

Sempena penilaian akhir bagi amali elektrik untuk pelajar BBE, satu pertandingan kemahiran diadakan bagi menyuntik semangat dan motivasi pelajar dalam menjalankan latihan amali dengan lebih baik dutambah dengan mewujudkan persingan yang sihat.

Bidang kemahiran yang terlibat adalah berkitan Eletrical Wiring, Motor Contorl dan Electrical Technology.

Secara keseluruanya, pertandingan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

25.

30 Mei 2016

Mesyuarat Dengan Pihak Welding Institute of Malaysia (TWI) di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang, Selangor. Jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh.

Tindakan/Perincian:

Perbincangan dan perkongsian pengalaman berkaitan Akreditasi Kimpalan Dual Certification SKM yang dijalankan oleh pihak TWI-MWI dengan pihak CIDB-ABM. Melalui perkongsian tersebut boleh diterapkan dalam konteks pelajar di FPTV.

26.

30 Mei 2016

Mesyuarat dengan wakil korhot bagi setiap bidang program ISMPV di FPTV, jam 9.00 mlm di Bilik Seminar FPTV.

Tindakan/Perincian:

Perbincangan dengan wakil korhot berkaitan perincian pelarkasanaan latihan kemahiran di FPTV dan wakil korhot secara rasminya dilantik sebagi wakil kepada korhot setiap program agar proses pelaksanaan latihan kemahiran berjalan dengan lancar. Perkara lain turut dibincangkan adalah berkaitan tugas wakil korhot dalam membuat kutipan yuran pendaftaran untuk pendaftaran e-SKM bagi setiap pelajar di dalam setiap korhot.

27.

2 Jun 2016

Penyediaan Semula Dokumen bagi Pendafaran SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dan VTO (Vocatioal Training Officer) untuk pesonel (pensyarah dan penolong jurutera yang terlibat dalam pelaksanaan program latihan kemahiran di FPTV

Tindakan Susulan:

Dokumen permohonan terdahulu kepada pihak JPK bertarikh 11 Februari 2016 telah dikembalikan semula kepada pihak JPV keranan terdapat beberapa borang permohonan tidak lengkap. Oleh itu, tindakan melengkapkan permohonan tersebut telah dibuat berdasarkan keperluan permohonan tersebut.

Peruntukan telah diluluskan oleh pihak Pendaftar UTHM dengan kaedah pembayaran secara LO berjumlah RM 12000 bagi pembayaran fi untuk pendaftaran SKM dan VTO yang melibatkan 28 orang staf FPTV. Perinciaan pendaftaran;

Staf daftar VTO : 7 orang

Staf daftar VTE : 8 orang

Staf daftar VTM : 5 orang

Staf daftar SKM tahap 2: 14 orang

Staf daftar SKM tahap 3: 20 orang

Staf daftar SKM tahap 4: 2 orang

Tujuan:

Penyediaan VTO dan SKM tahap 3 adalah merupakan syarat pentauliahan yang termaktub dalam manual panduan pelaksanaan program Latihan Kemahiran Malaysia di bawah akta National Skills Development Act (NASDA) 2006. Akta ini telah diwartakan pada 29 Jun 2006 dan ditetapkan No Akta sebagai [Akta 652].

28.

14 Jun 2016

Pentauliahan Penuh Program Kemahiran Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Satu Fasa dan program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Tiga Fasa (Pusat Bertauliah Single Tier)

Tindakan/Perincian:

Berdasarkan Audit Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia pada 5 April 2016 yang lalu, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah berjaya dan lulus menerima perakuan pentauliahan bagi program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Satu Fasa dan program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Tiga Fasa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengiktirafan tersebut juga melibatkan kelulusan FPTV menjalankan program kemahiran secara single tier bagi kod program EE-320-2:2012 dan EE-320-2:2012 yang berkuatkuasa dari tarikh 26 Februari 2016 hingga 25 Februari 2019.

29.

15 Jun 2016

Mesyuarat dengan wakil UTHM-Holding dan FKMP-UTHM, Makmal Automotif (Makmal Pembakaran Dalam), Blok G2, FKMP, jam 2.30 petang

Tindakan Susulan:

Perbincangan Program untuk UTHM UNILAK (Universitas Lancang Kuning), Indonesia bagi program latihan Kemahiran Baiki Motosikal yang diuruskan oleh pihak UTHM Holdings melalui anak syarikatnya, K-UTECH Edu Sdn Bhd dengan mengadakan sesi perbincangan bagi program-program kemahiran untuk UTHM - UNILAK. Sesi perbincangan tersebut adalah berkaitan pendaftaran untuk program motosikal dan kenderaan seperti mana di persetujui oleh jawatankuasa induk (penasihat projek adalah Naib Cancelor UTHM) berserta kaedah yang sesuai dalam membantu proses pentauliahan program tersebut melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran. Peranan JPV-FPTV adalah memberi khidmat nasihat kepada jawatankuasa terlibat dalam memenuhi keperluaan latihan kemahiran untuk program kemahiran baiki motosikal dan kenderaan (petrol/diesel).

30.

30 Jun 2016

Perbentangan proposal bagi kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) secara single tier kepada guru-guru Kolej Vokasional melalui kaedah (PPT) Penilaian Pencapaian Terdahulu, kepada Tuan Haji Arshad Bin Md Yusoff Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kejurulatihan, BPTV, Bilik Mesyuarat Utama BPTV, KPM, jam 9.00 pagi, Putrajaya

Tindakan/Perincian:

Terdapat 7 proposal telah dibentangkan untuk menjalankan kursus DKM kepada guru-guru KV secara kaedah PPT yang melibatkan bidang;

1. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

2. Penyamanan Udara

3. Multimedia Kreatif

4. Binaan Bangunan

5. Pemesinan Am

6. Katering

7. Pendawaian Elektrik

Terdapat lebih kurang 30 penyedia latihan yang lain turut serta membentangkan proposal mereka bagi mendapatkan projek tersebut.

Tindakan Susulan:

Hasil perbentangan proposal tersebut, FPTV telah berjaya mendapat 2 kursus untuk diberikan kepada guru-guru KV iaitu;

1. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

2. Binaan Bangunan

Kurusus tersebut melibatkan 45 orang guru-guru KV yang akan ditaja oleh BPTV, KPM untuk mengikuti kurusus DKM di FPTV. Di mana 21 orang akan mengikuti kursus kimpalan dan fabrikasi logam dan 24 orang akan mengikuti kursus binaan bangunan.

Kos bagi setiap orang guru untuk mengikuti kurusus ini adalah RM8,750. Peranan JPV-FPTV adalah memberi khidmat nasihat kepada jawatankuasa terlibat dalam memenuhi keperluaan latihan kemahiran untuk program DKM bagi kedua-dua bidang. Di samping itu juga penyediaan tempat kursus dan tenaga pengajar juga akan diuruskan oleh pihak JPV-FPTV.

LAPORAN JABATAN ACTiVE

1.

23-26 March 2016

Lawatan ke Shenzhen Polytechnic, China

Perbincangan bersama Assoc Prof Dr Fan DaYue tentang kolaborasi matching grant.

Pihak Polytechnic Shenzhen bersetuju untuk berkolaborasi dalam bidang Green Skill melalui matching grant

Pihak Polytechnic Shenzhen bersetuju untuk menandatangi MoU bagi projek matching grant.

Dalam proses penyediaan dokumen unutk MoU.

Proposal telah serah kepada pihak Polytechnic Shenzhen untuk proses permohonan geran.

2.

14 April 2016

Mesyuarat Matching Grant UPI

kick-off meeting bagi matching grant projek bersama UPI

membincangan skedul pelaksanaan projek.

Membincangkan instrumen kajian

3.

25 April 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Induk NATIONAL RESEARCH AND INNOVATION CONFERENCE (NRICon2016)

ACTiVE/FPTV sebagai penganjur bersama.

NRICon 2016 akan dianjurkan pada 14-15 Sept 2016

Ketua Menteri Sarawak sebagai perasmi

Peranan ACTIVE/FPTV adalah melantik paper reviewer dalam bidang pendidikan dan mengurus laman web NRICon 2016.

4.

18 Mei 2016

Bengkel Pembangunan Proposal Matching Grant

Peserta bengkel dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana setiap sekumpulan akan menyediakan satu proposal untuk permohonan matching grant melalui pihak rakan penyelidik di Indonesia.

Universiti yang disasarkan adalah UNIVERSITI NEGERI YOGYAKARTA, UNIVERSITI NEGERI SURABAYA, dan UNIVERSITI NEGERI MALANG

Proposal telah diserah kepada Prof Jailani Md Yunos untuk tindakan lanjutan.

5.

16 Jun 2016

Mesyuarat ACTiVE

Mesyuarat active telah diadakan untuk membincangkan:

newsletter ACTIVE

ahli mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan newsletter bagi

setiap 3 bulan.

Kandungan Newsletter dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu Aktiviti ahli ACTiVE dan Penyelidikan ahli ACTiVE.

E-journal

ACTIVE akan menerbitkan dua isu setiap tahun iaitu pada bulan April dan bulan September.

Nama e-journal: e-Journal for TVET Practioners

Bahasa e-journal : Bahasa Melayu

Permohona ISBN untuk e-journal tersebut akan dilakukan setelah isu pertama dikeluarkan pada bulan September 2016

Jawatankuasa Kolokium

Jawatankuasa kolokium di bawah ACTiVE di mana Dr Doria Islamiah adakah ketua bagi Jawatankuasa tersebut

Kolokium akan diadakan sekali sebulan.

LAPORAN TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENERBITAN)

1.

2 Mei 2016

Mesyuarat JK Siswazah Fakulti Bil. 4 2016

Menyemak dan memperaku tesis pelajar untuk tujuan VIVA. Menyemak dan menyokong pencalonan pemeriksa tesis pelajar.

2.

5 Mei 2016

Mesyuarat JK Siswazah Fakulti Bil. 5 2016

Menyemak dan memperaku tesis pelajar untuk tujuan VIVA. Menyemak dan menyokong pencalonan pemeriksa tesis pelajar.

3.

8 Mei 2016

Mesyuarat Penilaian Teknikal Bil. 5 2016

Menyemak dan memperaku spesifikasi teknikal dalam dokumen sebutharga bagi tujuan PnP

4.

12 Mei 2016

Mesyuarat Pengurusan Aset Alih FPTV

5.

18-20 Mei 2016

Siri 2 - Bengkel Penyediaan Laporan Penilaian Outcome Program/ Projek Pembangunan KPT

Menyediakan laporan bagi tujuan pembentangan diperingkat KPT

6.

22 Mei 2016

Perjumpaan bersama calon pelajar Pasca Ijazah dari Batam, anjuran Pejabat Antarabangsa UTHM

Memberi penerangan dan maklumbalas terhadap program pasca ijazah di peringkat FPTV

7.

12 Jun 2016

Program bersama Prof Adjung Dr Naim

Kolokium bersama staf dan pelajar serta semakan kurikulum Sarjana Pendidikan Instruksional

8.

15 Jun 2016

Kolokium Halatuju Penyelidikan FPTV

Perbincangan staf akademik FPTV bersama Y.Bhg. Dekan, TDPPP, dan Ketua ACTiVE

9.

16 Jun 2016

Taklimat ICGPA, anjuran CAD UTHM

Taklimat ICGPA oleh Prof Madya Jaafar Jantan, UiTM

10.

28 Jun 2016

Mesyuarat Akademik Bil 4. 2016

11.

28 Jun 2016

Mesyuarat JK Pengurusan Fakulti Bil. 2 2016

12.

29 Jun 2016

Mesyuarat Fakulti Bil. 2 2016

Membincang isu semasa universiti dan diperingkat fakulti terutama dalam aspek akademik, pentadbiran, dan pembangunan sumber manusia

13.

30 Jun 2016

Mesyuarat JK Siswazah Fakulti Bil. 6 2016

Menyemak dan memperaku tesis pelajar untuk tujuan VIVA. Menyemak dan menyokong pencalonan pemeriksa tesis pelajar.

LAPORAN KETUA JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN

1.

12.05.2016

Bengkel semakan dokumen MQA02 Ph.D Pendidikan

J/kuasa MQA dan Pasca

2.

12.06. 2016

Semakan kurikulum mod penyelidikan oleh Prof Adjung; PBV,PBP dan KBV

Ketua Program dan Penyelaras Pasca

3.

21.06.2016

Analisis kesetaraan kurikulum Program DPLI dan MBV untuk semakan KPT

Ketua Jabatan, Ketua Program dan Penyelaras DPLI

4.

30.06.2016

Mesyuarat Kali ke 3 Seminar Pendidikan Johor 2016

J/kuasa yang terlibat termasuk Dari IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Sebanyak 54 abstrak telah diterima sehingga 30.06.2016

LAPORAN JPK TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

1

19 21 Jun 2016

Temuduga Pengambilan Calon Pelajar ISMPV FPTV bagi Semester 1 Sesi 2016/17

Melibatkan 5 pusat temuduga (UniSZA, UPSI, KV Kuching, Politeknik Kota Kinabalu dan UTHM).

2

22-24 Mei 2016

Pelaksanaan Ujian MEDSI bagi Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sesi akademik 2016/2017

Melibatkan 5 Makmal dengan kemudahan komputer di FPTV dan seramai 2097 calon.

3

19 Mei 2016

National Conferences on Technical and Vocational Education and Training 2016

Anjuran Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dirasmikan oleh Y.Bhg. Timb. Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTHM. 80 Kertas kerja telah dibentangkan dan 67 Projek Kreativiti dan Inovasi Pelajar dipamerkan. Kehadiran peserta melebihi 130 dan melibatkan pelajar (Sarjana Muda, Sarjana dan PhD) seramai 300 orang.

4

12 Jun 2016

Program Profesor Adjung Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Telah mengadakan kolokium dan perbincangan mengenai program-program di FPTV. Ini melibatkan semua staf akademik

5

27 April 2016

Lawatan Kerja dan Akademik ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Telah mengadakan perbincangan dan lawatan akademik bersama En. Fauzi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah BPTV dan YBhg. Tan Sri Haili bin Othman, Pengerusi SPP

Seramai lima (5) orang staf FPTV telah turut serta yang melibatkan Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dan Ketua Program

6

04 Mei 2016

Program Kolokium Hospitaliti bersama Pensyarah Tamu dari Indonesia

Telah melibatkan semua staf akademik dalam bidang katering dan hospitaliti di FPTV

LAPORAN TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR DAN AKADEMIK (HEPA)

1

03 Julai 08 Julai 2016, Ahad Jumaat

Peserta ASEAN Vocational and Engineering Camp IOT for Smart University (AVEC 2016) di Rajamangala University of Technology Lanna (RMUTL) Chiang Mai Thailand

Kem antarabangsa ini dilaksanakan untuk pelajar kejuruteraan daripada universiti universiti ASEAN/RAVTE dan telah melibatkan 2 orang pelajar FPTV :

1. Muhammad Faiz bin Ghazali 2. Muhammad Ammar bin Noor Azman

Pelajar telah berada di Chiang Mai, Thailand selama 5 hari 4 malam.

Unit Pentadbiran dan Pengurusan Rekod

Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi

Pejabat Pendaftar