FORUM 3 Bincangkan Bagaimana Nilai

download FORUM 3 Bincangkan Bagaimana Nilai

of 13

description

Forum

Transcript of FORUM 3 Bincangkan Bagaimana Nilai

FORUM 3 Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif.Jawapan forum 3 : Salam Sejahtera,Pergerakan kreatif yang memberi penekanan kepada empat elemen asas iaitu, tubuh badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan sebenarnya merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif ini. Hal ini demikian kerana, apabila kanak-kanak menjalani aktiviti pergerakan kreatif ini, mereka sudah pun terlibat dalam mempertajamkan daya imaginasi dan emosi mereka secara tidak langsung. Selain itu, dengan amalan pergerakan kreatif ini kanak-kanak dapat melepaskan emosi atau perasaan mereka dalam bentuk pergerakan apabila melakukan activiti pergerakan kreatif dan hal ini akan menyebabkan kanak-kanak kurang diganggu ketegangan emosi. Seterusnya, dengan adanya banyak nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian melalui amalan pergerakan kreatif ini, jelaslah amalan pergerakan kreatif ini dapat membantu dalam memperkukuhkan keyakinan dan kepastian di dalam diri kanak-kanak. Sehubungan pernyataan pelbagai nilai positif yang boleh diterapkan itu, keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, meghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan sikap berdikari merupakan contoh antara nilai yang perlu diterapkan dan dapat diterapkan melalui aktiviti pergerakan kreatif ini. Pada realitinya, saya berpendapat bahawa pergerakan kreatif ini memainkan peranan perdana dalam menjelaskan makna pelbagai aspek bagi seorang kanak-kanak melalui pengalaman yang diperolehi daripada pengaplikasian prinsipnya dalam pelbagai aktivit pergerakan kreatif yang berbeza. Tambahan pula, amalan pergerakan kreatif ini membuka ruang yang amat luas bagi kanak-kanak untuk melahirkan perasaan serta menyuburkan daya imaginasi mereka. Hal ini bererti, kanak-kanak akan mula sedar bahawa setiap anggota dapat digunakan sebagai alat atau sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang terpendam. Secara ikhtisarnya, hal ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis, sikap sosial yang positif serta citarasa yang berseni.Secara konklusinya, ini adalah antara cara pergerakan kreatif dapat membentuk nilai-nilai sosial dan emosi dalam kalangan kanak-kanak Pergerakan kreatif membantu dari empat aspek utama iaitu, tubuh badan, ruang, masa dan daya.Sekian Terima Kasih.

Sila berikan sekurang-kurangnya 2 respon yang bernas dan berkualiti terhadap tajuk forum yang diberikan ini. Panjang responadalah tidak lebih daripada 300 perkataan. Tarikh tutup forum adalah pada 27 Oktober 2013.

Respond 1 : Salam sejahtera, Pada hemat saya, saya sangat bersetuju dengan hujah cikgu iaitu, Emosi mereka akan lebih fleksibel dan dapat mengawal perasaan slearas dengan pergerakan yang dilakukan. Hal ini adalah, kerana saya amat yakin bahawa pergerakan kreatif membawa konotasi bahawa dapat mengawal perasaan kanak-kanak melalui pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif yang mereka membangunkan apabila melakukan aktiviti pergerakan kreatif ini. Sebagai hasil saya melayari internet saya dapati menurut Kamus Bahasa Melayu (1994) ada dinyatakan bahawa emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain. Oxford Advanced Learners Dictionary (1995) pula, menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan. The Oxford Dictionary of Current English (1986) pula menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Selain itu, Muhammad Uthman Najati (1993) menyatakan bahawa emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Oleh itu, bagi mengulung rumus dan mengaitkan hasil carian laman sesawang saya yang ada pada petikan di atas dengan fokus forum bincangan di sini, saya akan menyatakan bahawa emosi adalah cara kanak-kanak meluahkan perasaan yang dijana dari hati mereka sebagai tindak balas pertukaran yang berlaku di persekitaran mereka. Hal ini membuka ruang bagi saya untuk membincangkan kepentingan pengawalan perasaan kanak-kanak yang dapat dikawalkan melalui aktiviti pergerakan kreatif sepertimana dihujah oleh cikgu sebelum ini.Sepertimana cikgu ada menyatakan, memang benar bahawa pergerakan kreatif yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti pergerakan kreatif ini adalah bersifat jujur dan spontan. Ini akan memberi mereka peluang bagi mempelajari akan kesan yang berlaku dari ketidakawalan emosi mereka dengan keburukan yang minimum terhadap perkembangan mereka dalam proses menjadi tenaga mahir negara yang menjadi asset kepada negara dan lebih lebih lagi seorang insan yang mulia. Saya menegaskan di sini bahawa melalui aktiviti seperti acara tarian kanak-kanak dapat meluahkan emosi mereka semasa melakukan latihan dan persembahan acara ini dan hal ini pula akan menyebabkan keseimbangan dari segi emosi mereka.

Akhir kata, pergerakan kreatif dapat mengawal perasaan kanak-kanak dengan mewujudkan emosi yang fleksibel dalam kalangan mereka.

SELESAISekian, terima kasih....Respond 2 : Salam sejahtera dan 1 Malaysia, Saya bersependapat dengan cikgu dalam hal ini kerana saya juga mempercayai bahawa nilai-nilai moral dan sosial dapat dibentuk melalui pergerakan kreatif. Melalui aktiviti pergerakan kreatif ini saya percaya bahawa nilai seperti keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, kebebasan mencurahkan perasaan, keseronokan dan kepuasan, idea dan emosi, menghormati orang lain, kebebasan, bekerjasama dan berdikari dapat diterapkan supaya diaplikasikan dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Nilai-nilai moral dan sosial ini dapat diwujudkan secara semula jadi semasa latihan, persembahan dan pertandingan sesuatu jenis aktiviti pergerakan kreatif. Selain itu, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi, disiplin, menghargai masa, semangat berpasukan dah patuh kepada arahan dan peraturan pula dapat diwujudkan secara semula jadi. Sehubungan ini, untuk menerangkan bagaimana nilai-nilai ini diterapkan dalam kehidupn seharian kanak-kanak secara semula jadi saya menghubungkaitkan fakta bahawa kejayaan sebuah pasukan bergantung kepada sumbangan terbaik setiap ahli dan semua ahli diperlukan bekerjasama dan membantu dalam memberi persembahan yang terbaik. Selain itu, kanak-kanak ini yang menjadi ahli pasukan sebuah pasukan perlu mewujudkan sebuah suasana di mana mereka mampu saling memahami, mengawal perasaan marah mereka, tidak memberi ruang kepada rasa cemburu serta memberi sokongan moral kepada ahli pasukan yang mengalami masalah menguasai kemahiran sesuatu permainan itu.

Tambahan lagi, kanak-kanak ini akan secara semula jadi belajar akan kepentingan berfikiran positif dan tidak memperlekehkan usaha diri sendiri atau rakan lain melalui pengalaman yang diperolehi sewaktu melibatkan diri dalam aktiviti pergerakan kreatif ini.

Tuntasnya, saya menegaskan di sini bahawa saya amat menyokong pendapat cikgu bahawa, Nilai-nilai moral dan sosial ini dapat dibentuk melalui pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif ini boleh dijadikan sebagai akar cerucuk bagi menerapkan nilai-nilai moral dan sosial dalam kalangan kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi.

SELESAISekian, terima kasih.

FORUM 4 Bincangkan bagaimana Negara Malaysia dapat melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan olimpik.Jawapan forum 4 :Salam Sejahtera,Sebagai warganegara Malaysia yang mencintai negara, keinginan saya adalah sentiasa bagi menyaksikan kemenangan Negara Malaysia kita. Di samping itu, tertumpu kepada forum bincangan di sini, kelahiran atlet gimnas negara Malaysia yang berkebolehan menang di sukan olimpik adalah amat penting. Terdapat beberapa insiatif perdana yang perlu dititikberatkan anatara pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan bagi melahirkan atlet gimnas berpotensi menang di sukan olimpik.

Pertama sekali, sebagai usaha membina atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan Olimpik usaha dan kerjasama daripada semua pihak diperluakan. Misalnya, Kementeriaan Sukan Malaysia perlu meyediakan kemudahan sukan yang baik seperti pembinaan stadium gymnasium yang diberi keutamaan dari segi penjaminan kualitinya supaya atlet gimnas boleh menggunakan kemudahan ini dengan penuh keselesaan serta ini akan menjadi sebagai satu faktor yang sesuai bagi perkembangan kemahiran mereka. Kekerapan penganjuran sukan berperingkat antarabangsa di negara kita pula perlu dipertingkatkan oleh kerajaan. Penglibatan secara aktif oleh para atlet gimnas pula sangat penting dalam menjayakan usaha memantapkan persembahan mereka serta melatih mereka bagi penyertaan pada hari semasa bertanding di peringkat sukan olimpik. Apabila atlet gimnas terlibat seperti ini, persaingan hebat yang ditempuh mereka akan menjadikan mereka lebih fokus serta menyedari akan kelemahan diri dan akan mampu memperbaiki prestasi kemahiran mereka selaras dengan pengalaman yang diperolehi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa apabila pihak kerajaan mengambil tindakan proaktif dalam pelaksanaan pernyataan sebegini maka tentulah negara kita dapat melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan olimpik.Selain itu, bimbingan yang diberi kepada atlet supaya dapat mengasah bakat yang sedia ada dalam diri mereka itu sangat penting diberikan oleh jurulatih yang terlatih dan berkemahiran luas dalam gimnas. Hal ini kerana, bimbingan yang cemerlang merupakan asas kepada kecemerlangan yang dicapai atlet gimnas di sukan olimpik kelak. Oleh itu, jurulatih yang berpengalaman walaupun merupakan jurulatih dari negara luar, jika berupaya mengajar teknik baru yang menjurus kepada penambahan tahap kecekapan kemahiran kepada atlet gimnas negara kita boleh dilantik sebagai jurulatih untuk melatih atlet gimnas kita.Tambahan pula, jurulatih dari luar negara ini pula perlu dipujuk supaya mengadakan program melatih jurulatih tempatan dan berkongsi pengalaman yang luas mereka bagi membina sistem latihan yang cemerlang kepada atlet gimnas negara kita. Hal ini, tentu akan berganding bahu dalam mempertingkatkan prestasi diri atlet gimnas serta kualiti sukan negara kita.

Tuntasnya, semua cara ini perlu dipertimbangkan dalam usaha melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan olimpik. -Sekian, Terima Tasih.

Sila berikan sekurang-kurangnya 2 respon yang bernas dan berkualiti terhadap tajuk forum yang diberikan ini. Panjang responadalah tidak lebih daripada 300 perkataan. Tarikh tutup forum adalah pada 17 November 2013.

Respond 1 : Salam sejahtera,Saya amat setuju dengan pendapat cikgu. Sebagai hasil pencarian saya, saya dapat tahu akan negara kita, Malaysia, telah pun melahirkan ramai atlet gimnas yang berpotensi menang di peringkat antarabangsa pada awal tahun 50-an,60-an dan 80-an. Kemampuan atlet Malaysia yang telah pun berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat antarabangsa ini pada amat kedugaannya pernah juga goyah dan mengalami kerencatan yang amat besar. Hal ini disebabkan, ketiadaan kemenangan atlet negara Malaysia kita seperti di zaman awal dulu.

The Mother of All Sports, merupakan gelaran yang dikhaskan bagi sukan gimnastik. Saya beranggapan, apabila seseorang terlibat dalam sukan gimnastik ini, orang itu akan bermanfaat dari segi kekuatan otot badan, kesihatan fizikal badan, fleksibiliti badan,imbangan badan dan ketangkasan badan. Berdasarkan Modul Pendidikan Jarak Jauh UPSI, QGJ 3043 saya dapati bahawa pergerakan gimnastik ini terdiri daripada pergerakan berlari, berjalan, berlompat, dan pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan, putar roda, salto hadapan dan belakang. Lanjutan dari pernyataan saya di perenggan atas, saya berpendapat bahawa sukan gimnastik ini adalah lain daripada jenis sukan-sukan yang terdapat di bidang persukanan ini. Hal ini adalah kerana, sukan gimnastik ini memerlukan peserta memberi persembahan di hadapan penonoton sebagai mana kita boleh lihat di Saluran Sports yang ada pada perkhidmatan televisyen Astro Malaysia. Seterusnya, pada hemat saya, sukan gimnastik ini mendapat sambutan hangat di luar negara berbanding di negara Malaysia kita. Hal ini saya sokong dengan pernyataan saya iaitu, Sukan gimnastik di Malaysia mendapat sambutan yang kurang akibat keperluannya terhadap daya ketahanan fizikal dan kemahiran yang agak tinggi ketikan persembahan gimnastik ini dipersembahkan. Selain itu, usaha latihan yang tinggi berbanding sukan jenis lain pula diperlukan bagi memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri. Kedua-dua faktor sukan gimnastik ini mendapat sambutan yang lemah di Malaysia ini saya dapat merumusgulungkan bahawa hanya orang yang mempunyai keyakinan dan daya ketahanan yang tinggi dapat menyertai sukan gimnastik ini.

Oleh itu, secara konklusinya, saya ingin menegaskan bahawa, sukan gimnastik ini adalah amat penting dan atlet altelt negara kita perlu menang dalam sukan olimpik. Jangan dilupakan pula akan fakta di mana kejayaan sesebuah negara dalam bidang sukan yang tertentu memerlukan program pembangunan sukan yang meliputi kesemua aspek terutamanya dari segi pemupukan bakat serta dorongan dari pelbagai pihak tertentu terutamanya negara itu sendiri. Jomlah kita sama-sama memperbaiki kelemahan yang merencatkan perkembangan atlet gimnas untuk menang di sukan olimpik.

SELESAI

Respond 2 :

Salam sejahtera, Saya juga bersetuju dengan pendapat cikgu. Memang pun, kemudahan peralatan gimnastik bagi latihan sangat penting dan perlu sempurna dalam usaha melahirkan atlet gimnas yang berkemampuan menang di sukan olimpik kelak. Dalam pada itu, saya juga ingin berkongsi pandangan saya iaitu, kemudahan peralatan gimnastik yang terdapat di sekolah-sekolah Malaysia perlu dipastikan kualitinya supaya sama canggih dengan kemudahan peralatan gimnastik yang digunakan di luar negara. Hal ini agar dengan adanya kemudahan gimnastik yang cukup canggih ini negara kita tidak akan tertinggal dalam usaha mencapai tahap mencapai kemenangan di peringkat sukan olimpik sepertimana yang kekal pada zaman dulu iaitu pada tahun 50-an, 60-an dan 80-an dulu. Selain itu, dengan adanya kemudahan peralatan gimnastik yang lengkap di sekolah, kanak-kanak dapat berlatih dan mengasah bakat mereka dengan lebih mudah serta sebuah suasana latihan yang lebih selesa dan sempurna dapat diwujudkan. Selain itu, saya juga amat bersetuju dengan pendapat cikgu iaitu dengan adanya jurulatih yang berpengalaman, mereka mampu memberikan teknik baru kepada atlet gimnastik negara kita. Hal ini benar bahawa dengan adanya penyediaan tenaga pengajar iaitu jurulatih yang berpengalaman lagi profesional dan pakar dalam bidang gimnastik ini dapat melatih atlet negara kita dengan kemahiran dan teknik-teknik yang lebih berpotensi. Maka tinggilah peluang yang akan membawa kemenangan. Selain itu, pada hemat saya, saya sangat mempercayai pada fakta di mana kita sebagai manusia tidak salah berkongsi ilmu ataupun kemahiran. Dalam kata lain, saya sarankan bahawa pihak bertanggungjawab perlu menyediakan jurulatih dari luar negara bagi melatih atlet negara kita ataupun jurulatih dari negara kita pula boleh megadakan sesi latihan pengajaran teknik sukan gimnastik ini bersama jurulatih negara luar. Hal ini akan mewujudkan keuntungan bagi negara kerana jurulatih serta atlet gimnastik negara kita akan dapat mempelajari teknik-teknik baru bagi mengejar kemenangan di sukan olimpik nanti. Ini akan membuka ruang bagi atlet gimnastik meningkatkan kemahiran mereka dengan adanya kelahiran jurulatih gimnastik yang berkemampuan memberi latihan sukan gimnastiki dengan lebih terperinci dan berkesan.

Kesimpulannya, saya amat bersetuju dengan kedua-dua pendapat cikgu iaitu peralatan gimnastik yang lengkap serta jurulatih yang berpengalam penting bagi melahirkan atlet gimnas yang berkemampuan membawa kemenangan di sukan olimpik. Oleh itu, negara kita perlu mengambil kira usaha bagi meningkatkan kualiti tenaga mahir serta kelengkapan peralatan sukan gimnastik yang canggih.Sekian, terima kasih.

SELESAI

FORUM 5 Bincangkan sejauh mana aktiviti gimnastik diterapkan di kalangan kanak-kanak Malaysia berdasarkan perlaksanaan aktiviti tersebut sama ada dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau Ko-Kurikulum mengikut pengalaman sekolah masing-masing.Jawapan : Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,Pada kenyataan, berdasarkan pengalaman saya mengajar sebagai guru bahasa Inggeris sekolah rendah selama 17 tahun di tiga jenis sekolah di Malaysia iaitu, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil saya dapat mengulung rumus bahawa aktiviti gimnastik lebih diterapkan melalui mata pelajaran pendidikan jasmani walaupun bukan sekadar yang memuaskan di sekolah-sekolah tersebut apabila dilihat secara berpurata dari tiga buah jenis sekolah yang telah saya berada.Hal ini kerana, pada asas perancangan dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah memang telah dirancangkan supaya di dalam Pendidikan Jasmani misalnya dalam Pendidikan Jasmani Tahun 1 KSSR, beberapa kemahiran pergerakkan asas lokomotor dan bukan lokomotor serta asas gimnastik diajar kepada kanak-kanak. Aktiviti asas gimnastik seperti kemahiran hambur dan pendaratan menggunakan kaki, imbangan badan, putaran dan gulingan diperlukan diajar dengan cara yang betul dan efektif oleh guru pendidikan jasmani. Walau bagaimanpun, dalam keadaan yang sebenar di kebanyakan sekolah, guru pendidikan jasmani yang mengajar ada kalanya tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Selagi ini, ada juga keadaan di mana guru-guru bukan pilihan mahir mata pelajaran pendidikan jasmani pula terpaksa mengajar subjek pendidikan jasmani ini hanya atas mematuhi dasar mencukupkan waktu mengajar dua waktu mata pelajaran dalam seminggu. Selain itu, subjek pendidikan jasmani dianggap tidak begitu penting bagi sesetengah sekolah sehingga adakalanya waktu tersebut digantikan dengan subjek lain terutamanya bagi murid murid Tahun 6 yang menghadapi UPSR.Oleh itu, saya menegaskan di sini bahawa dalam KSSR asas gimnastik memang perlu diajar kepada murid-murid menurut perancangan dan objektifnya. Yang amat menyedihkan di sini adalah, oleh sebab kekurangan kemahiran guru-guru mata pelajaran pendidikan jasmani ini, mereka mula enggan mengajar asas gimnastik ini dan lebih mengajar pergerakan asas yang lebih mudah. Keselamatan juga menjadi batu halang bagi guru-guru mengajar asas gimnastik ini. Lebih-lebih lagi apabila ketiadaan kemudahan peralatan gimnastik seperti tilam dan kemudahan infrastruktur seperti tempat yang sesuai bagi menjalankan pengajaran dan latihan gimnastik ini berlakunya keadaan di mana guru tidak mengajar asas gimnastik ini.Walau bagaimanapun, di sekolah yang kini saya berada, aktiviti gimnastik ini diterapkan melalui matapelajaran pendidikan jasmani walaupun tidak sempurna sebagai dirancangkan atas dasar KSSR tetapi diajar secara praktikal oleh guru-guru. Hal ini, saya percaya akan dapat memberi gambaran aktivit gimnastik kepada murid-murid berbanding aktiviti ko-kurikulum yang pada pendapat saya amat kurang memberi penerapan aktivit gimnastik ini dan berkemungkinan menjadi batu loncatan bagi penerapan aktiviti asas gimnastik ini dalam kalangan murid. Sekian, terima kasih.

Sila berikan sekurang-kurangnya 2 respon yang bernas dan berkualiti terhadap tajuk forum yang diberikan ini. Panjang responadalah tidak lebih daripada 300 perkataan. Tarikh tutup forum adalah pada 1 Disember 2013.

Respond 1 :

Salamat sejahtera. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Memang benar bahawa di kebanyakan sekolah aktiviti gimnastik hanya dilaksanakan berdasarkan kemahiran-kemahiran yang asas sahaja. Murid hanya didedahkan kepada kemahiran asas sahaja.

Selain ini, faktor-faktor yang memungkinkan aktiviti gimnastik ini tidak dapat dilaksanakan di sesebuah sekolah yang telah dinyatakan cikgu pula amat saya bersetuju.

Faktor kekurangan peralatan dan kelengkapan aktiviti gimnastik ini memang perlu dihayati. Bagi pengalaman saya, saya juga pernah mengalami situasi di mana apabila aktiviti gimnastik ini patut diadakan, hanya sebab ketiadaan peralataan aktiviti gimnastik ini seperti tilam aktiviti tersebut dibatalkan dan bagi memenuhi masa mata pelajaran pendidikan jasmani saya terpaksa melakukan aktiviti lain seperti mengadakan permainan ringan yang tidak mengikut rancangan.

Tambahan pula, ada kalanya guru-guru yang tidak merupakan opsyen bidang ini pula terpaksa mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani. Misalnya seorang guru ganti, apabila terpaksa menggantikan guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolahnya tidak dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran yang sepatutnya. Beliau hanya dapat mengajar dan melaksanakan aktivit sukan biasa yang mampu bagi memenuhi masa mata pelajaran tersebut sahaja.

Faktor tempat yang tidak sesuai juga menjadi punca utama yang mengganggu aktiviti gimnastik ini. Sebagaimana yang diketahui, aktiviti gimnastik ini memerlukan ruang latihan yang luas dan selesa agar latihan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan. Oleh itu, pada kebiasaannya, ipadang adalah tempat yang agak sesuai bagi pelajar melakukan aktiviti gimnastik ini di sekolah. Walau bagaimanapun, yang amat merisaukan adalah bukan semua sekolah mempunyai kemudahan padang. Terdapat banyak sekolah yang terpaksa pinjam padang sekolah lain. Lebih-lebih lagi terdapat juga sekolah yang memang tiada kemudahan padang disebabkan kekurangan kawasan tanah dan kedudukan geologinya sepertimana yang terdapat di sekolah-sekolah di tengah bandar. Hal ini menjadi faktor penghalang bagi pelaksanaan aktiviti gimnastik di kebanyakan sekolah.

Kesimpulannya, saya setuju dengan pandangan cikgu serta ingin menegaskan di sini bahawa faktor-faktor ini perlu diambil kira dalam usaha menerapkan aktiviti gimnastik ini dalam kalangan kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

SELESAI

Respond 2 :

Salam sejahtera, Memang benarpun pernyataan cikgu, aktiviti gimnastik di sekolah kurang diajar dalam waktu P&P sebenar atau kokurikulum mengikiut kesesuaian sesebuah sekolah itu. Faktor kekurangan guru yang berpengalaman bagi mengajar aktiviti gimnastik ini pula merupakan punca prima bagi punca aktiviti gimnastik ini tiidak dapat dilaksanakan di sekolah.

Selain itu, sedikit penambahan daripada saya adalah, kemudahan peralatan serta infrastruktur adalah sama penting sebagaimana tenaga mahir mengajar yang berpengalaman penting bagi perlaksanaan pengajaraan aktiviti gimnastik di sekolah-sekolah Malaysia berjalan secara lancar dan sempurna. Tanpa peralatan dan kemudahan infrastruktur yang sesuai serta lengkap, pelajar akan ketinggalan akibat keengganan guru mengajar aktiviti gimnastik tersebut yang memerlukan peralatan serta kemudahan infrastruktur yang tertentu.

Tambahan pula, di sini saya ingin menegaskan bahawa faktor kekurangan guru yang berpengalaman pula perlu diatasi dengan penambahan guru Pj yang berkemahiran. Pihak bertanggungjawab boleh mengadakan sesi mengajar guru-guru Pj ini oleh jurulatih-jurulatih luar negara ataupun jurulatih negara kita sendiri yang berpengalaman supaya guru-guru sekolah dapat memahami cara mengajar kanak-kanak serta mampu mengajar dengan lebih teliti dan menjanakan hasil optimum dari kanak-kanak sebagai hasil melakukan P&P dengan efektif.

Kesimpulannya, sebagai merumusgulungkan pandangan saya, saya ingin menyatakan bahawa faktor kekurangan guru berpengalaman ini memang menjadi faktor penghalang bagi aktiviti gimnastik ini dijalankan di sekolah serta kekurangan kemudahan infrasturktur serta peralatan perlu dihayati dan diambil tindakan sewajarnya.

SELESAISekian, terima kasih.

QGJ3033 - Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi

Forum 1 :: Bahaskan isu dan cabaran pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia dan bagaimana ianya dapat di terapkan di sekolah?ARAHAN: Pelajar perlu menjawab atau memberipendapat dan pandangan mereka bagi setiap soalan dalam ruangan forum sekurang-kurangnya dua (2) kali atau lebih bagi setiap soalan.Open forum23/9/13Closeforum 06/10/13

Respond 1 : Salam sejahtera, Saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat cikgu. Benar pendapat cikgu akan ketiadaan faedah daripada mewajibkan guru yang tidak berminat hadir ke kursus. Selain itu, saya juga bersependapat dengan cikgu dalam hal di mana faktor halangan dari ibu bapa pula menjadi satu masalah besar. Hal ini yang menjadi cabaran dalam pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia .Guru-guru kini walaupun bukan semua, namun ada juga yang tidak berminat dalam megajar mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Guru-guru seperti ini sering kali dipaksa menghadiri kursus-kursus tentang pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini. Keadaan ini pula menjadi satu pembaziran masa kerana maklumat yang disalurkan kepada guru-guru seperti ini bagaikan air dicurahkan ke atas daun keladi. Guru-guru ini tidak akan mempraktikkan informasi yang diberi kepada mereka semasa P&P.Ibu bapa pula kadang-kadang menjadi batu penghalang bagi perkembangan anak mereka dalam bidang sukan ini. Pada kebiasaannya, ibu bapa memberi keutamaan kepada akademik anak-anak berbanding dengan penglibatan kokurikulum mereka. Mereka lupa akan kepentingan sukan sepanjang hayat ini terhadap perkemabangan anak-anak mereka. Kesedaran misalnya melalui peribahasa otak yang cerdas datang dari badan yang cergas boleh diambil supaya memahami bahawa hanya apabila badan sihat yang datang daripada penglibatan dalam sukan sepanjang hayat ini.

Akhirnya, saya memang bersetuju dengan pendapat cikgu. Tenaga mahir yang berkualiti serta ibu bapa pula perlu memainkan peranan dalam mengatasi cabaran dalam pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat ini serta menerapkannya dalam kalangan kanak-kanak.

SELESAISekian, terima kasih.

Respond 2 : Salam sejahtera,Saya juga bersependapat dengan cikgu. Memang pun benar bahawa sukan adalah amat penting bagi menjamin kesihatan tubuh serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, cergas dan produktif.Seterusnya, sepertimana cikgu ada menyatakan, bagi merealisasikan agenda transformasi negara, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia juga ditempias. Pada hemat saya, walaupun kerajaan telah melaksanakan usaha seperti 1 Murid 1Sukan ini masih perlu guru-guru memainkan peranan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya dengan penuh hemat dan semangat. Guru-guru yang merupakan orang yang berinteraksi dengan kanak-kanak di sekolah. Oleh itu. perlulah mereka memainkan peranan dengan lebih efektik supaya dapat merealisasikan objektif pengurusan sukan sepanjang hayat dan rekreasi Malaysia.

SELESAISelain itu, sukan sepanjang hayat yang diterapkan pada kanak-kanak di sekolah ini adalah suatu yang dapat membentuk sebuah budaya sukan yang mengamalkan sifat berpaduan serta mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Oleh itu, penerapah sukan ini melalui agenda transformasi negara ini adalah amat penting dan perlu dijayakan dengan bantuan segala pihak yang berkuasa.

Sekian, terima kasih.

Forum 2 : Sila nyatakan bagaimanakah aktiviti seni dan kebudayaan dapat meningkatkan tahap kecergasan murid dan sekaligus menghindari penyakit sedentari dalam kalangan masyarakat Malaysia.ARAHAN: Pelajar perlu menjawab atau memberi pendapat dan pandangan mereka bagi setiap soalan dalam ruangan forum sekurang-kurangnya dua (2) kali atau lebih bagi setiap soalan.open07/10/13close20/10//13

Respond 1 : Salam sejahtera,Saya berkongsi pendapat dengan cikgu iaitu, aktiviti seni dan kebudayaan merupakan medium escapism dari kesibukan harian. Apabila masyarakat Malaysia terlibat dalam aktiviti seni dan kebudayaan ini tentu mereka akan mendapat manfaat dari segi jaminan tubuh badan yang sihat. Memang jelas fakta bahawa apabila seorang manusia itu mempunyai kesihatan fizikal yang baik maka orang tersebut secara semulajadi akan menjadi tenang dan selesa dari segi mental. Apabila menyentuh dari aspek mental ini, ia berkaitan dengan emosi manusia yang tenang dan harmoni. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa apabila masyarakat terlibat dalam aktiviti seni dan kebudayaan ini mereka akan dijamin dengan tubuh badan yang sihat yang akan menyebabkan mereka dalam keadaan emosi yang stabil iaitu, bebas dari ketegangan.Seterusnya, saya juga amat bersetuju dengan pandangan cikgu di mana cikgu mengatakan bahawa aktiviti seni dan kebudayaan ini patut diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak di bangku sekolah lagi supaya dapat melahirkan masyarakat negara Malaysia yang bebas dari penyakit sedantari ini. Memang betul pun penyakit sedantari ini adalah hanya akbiat sikap masayarakat yang malas melakukan senaman. Apabila kesedaran kepentingan penglibatan dalam aktiviti seni dan kebudayaan ini diterapkan sejak di bangku sekolah lagi maka seperti peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya masyarakat akan secara tidak langsung menjadi sebuah masyarakat yang sedar akan keperluan aktivit seni dan kebudayaan ini dan bebas dari penyakit sedantari.Kesimpulannya, aktiviti seni dan kebudayaan ini merupakan salah satu cara yang amat baik bagi melepaskan ketegangan dan sebuah langkah menghindari diri dari penyakit sedantari yang kini banyak meragut nyawa manusia muda yang berkemampuan menjadi tenaga mahir yang produktif kepada negara ataupun sekurang-kurangya seorang manusia sempurna yang mampu menjalani kehidupan berkeluarga normal.

Sekian, terima kasih.

SELESAI