Fungsi Guru Guru

7
1.2 PERANAN PIHAK PENGURUSAN & GURU 1.2.1 Peranan Guru Besar Guru besar berperanan secara langsung dalam pengurusan kurikulum Dan kokurikulum seperti mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf, mengadakan mesyuarat jawatankuasa kurikulum atau panitia mata pelajaran, dan menyediakan takwim akademik sekolah. Selaim itu, guru besar juga bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, kemudahan dan sumber seperti mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah dan memastikan stok sentiasa kemaskini. Dalam aspek pengurusan perhubungan dalaman dan luaran, Guru besar juga bertanggungjawab dalam mewujudkan hubungan harmoni di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum dengan menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibu bapa Dan Guru

description

sss

Transcript of Fungsi Guru Guru

1.2 PERANAN PIHAK PENGURUSAN & GURU

1.2.1 Peranan Guru BesarGuru besar berperanan secara langsung dalam pengurusan kurikulum Dan kokurikulum seperti mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf, mengadakan mesyuarat jawatankuasa kurikulum atau panitia mata pelajaran, dan menyediakan takwim akademik sekolah. Selaim itu, guru besar juga bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, kemudahan dan sumber seperti mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah dan memastikan stok sentiasa kemaskini. Dalam aspek pengurusan perhubungan dalaman dan luaran, Guru besar juga bertanggungjawab dalam mewujudkan hubungan harmoni di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum dengan menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) serta menjalinkan perhubungan yang bermakna di antara sekolah dengan pelbagai institusi Kementerian Pendidikan atau agensi-agensi luar.

1.2.2 Peranan Penolong Kanan PentadbiranGuru Penolong Kanan Pentadbiran berperanan sebagai penolong bagi guru besar dalam pengurusan kurikulum, urusan pentadbiran harian, pengurusan staf, serta pengurusan kemudahan dan sumber. Dalam aspek pengurusan kurikulum, beliau membantu guru besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kepada staf, menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran, dan menyelia dan megemaskinikan jadual waktu tahunan. Dalam urusan pentadbiran harian, beliau perlu menyemak kehadiran staf, mengurus data dan maklumat, serta mengawal disiplin pelajar. Guru penolong kanan pentadbiran juga membantu guru besar dalam pengurusan staf seperti menyelia kerja-kerja staf dan menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf. Bagi pengusan kemudahan dan sumber pula, beliau menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi dan menyelenggara kemudahan dan kelengkapan. Bukan itu sahaja, guru penolong kanan pentadbiran juga mengajar berpandukan sukatan pelajaran.

1.2.3 Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memainkan peranan dalam pengurusan kebajikan dan disiplin murid selain mengajar. Antaranya mengawal keselamatan, kebajikan, dan kesihatan murid, mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pelbagai biasiswa, membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah serta mengendalikan kes-kes disiplin murid. Beliau juga membantu guru besar dalam pengurusan kemasukan dan pendaftaran murid. Di samping itu, beliau juga membantu guru besar dalam perhubungan awam seperti mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum dan mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG).

1.2.4 Peranan Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK)Selain mengajar, Guru Penolong Kanan kokurikulum berperanan untuk membantu Guru Besar dalam pengurusan kokurikulum. Antaranya menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum serta mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan sedia ada. Bukan itu sahaja, beliau merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun, menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi atau perbadanan luar serta mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulum.

1.2.5 Peranan Ketua Panitia Mata PelajaranPeranan ketua panitia adalah menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang kemaskini, menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kemaskini, bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal, serta menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan. Tambahan pula, beliau menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan kelas tambahan, ceramah menjawab soalan-soalan, dan kuiz. Di samping itu, Beliau juga perlu memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan, serta mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas.

1.2.6 Peranan Guru Peranan utma guru adalah mengajar. Dalam konteks ini, guru memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan sukatan pelajaran, mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan, membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni, serta membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan sewajarnya. Dengan itu, guru perlu membuat perancangan PdP seperti meracang PdP tahunan mengikut sukatan pelajaran anjuran Kementerian Pendidikan, menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan dan harian, serta merekodkan penilaian dan keptusan ujian yang kemaskini di dalam Buku Kemajuan murid.