Gerko assmt

9
INSTITUT PEndidikan guru kampus TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS,PAHANG. TAJUK : AKTIVITI PERSATUAN INTEGRASI NASIONAL NAMA :JAYANTHY MADAIALLAGAN : GAYATHRI THIRUGNASAMBATHAN NO.KAD : 920907 – 10 – 6148 : 920630 – 06 - 5856 A.GILIRAN : 2012111340091 SEM : 6/2012 AMBILAN JAN 2012 JABATAN : UNIT KOKURIKULUM TARIKH MULA : 8 JULAI 2014 TARIKH HANTAR :5 OGOS 2014 NAMA PENSYARAH : EN SHUKRI M/PELAJARAN : WAJ 3131

description

assmt

Transcript of Gerko assmt

Page 1: Gerko assmt

INSTITUT PEndidikan guru

kampus TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS,PAHANG.

TAJUK : AKTIVITI PERSATUAN

INTEGRASI NASIONAL

NAMA :JAYANTHY MADAIALLAGAN

: GAYATHRI THIRUGNASAMBATHAN

NO.KAD : 920907 – 10 – 6148

: 920630 – 06 - 5856

A.GILIRAN : 2012111340091

: 2012111340088

SEM : 6/2012 AMBILAN JAN 2012

JABATAN :

UNIT KOKURIKULUM

TARIKH MULA : 8 JULAI 2014 TARIKH HANTAR :5 OGOS 2014

NAMA PENSYARAH :

EN SHUKRI

M/PELAJARAN : WAJ 3131

Page 2: Gerko assmt

Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam

masyarakat melalui satu indentiti bersama. Menurut Shamsul Amri, integrasi adalah satu proses

bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi

budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unti politik. Bagi negara yang berbilang bangsa,

proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia

mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan

kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. Dalam hal ini, kebanyakan

pihak telah berganding bahu untuk memupuk integrasi di negara kita. Terutamanya, persatuan-

persatuan yang ditubuhkan di Malaysia adalah antara pihak yang memainkan peranan penting

dalam pemupukan integrasi.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah persatuan menuju ke arah pemupukan integrasi

nasional. Ia mengeratkan hubungan antara kaum di negara kita yang terdiri daripada India, Cina

dan Melayu. Negara Malaysia didiami oleh pelbagai kaum. Sejak era kemerdekaan hingga pada

masa kini, kita tidak terpisah dari segi kaum. Kita sanggup hidup dengan harmoni dan sejahtera

dengan mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Persatuan merupakan titik

permulaan dalam hal ini kerana persatuan yang menjadi langkah asas dalam mengeratkan

hubungan yang baik antara kaum di awal bangku sekolah. Contohnya, program Perancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) berasaskan pertandingan F1 in Schools dan Robotik

di mana ahli setiap persatuan F1 in Schools dan Robotik ini terdiri daripada murid Melayu,

Cina dan India. Anggota setiap pasukan terdiri daripada murid sekolah berlainan aliran (Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina atau Tamil). Dengan pendekatan ini, generasi

muda negara akan lebih toleran dan reseptif dalam mengharungi kehidupan di negara majmuk

seperti Malaysia.

Ada juga persatuan yang memupuk integrasi melalui mewujudkan persahabatan antara

masyarakat. Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya membolehkan pelajar berinteraksi

dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan

kemahiran memberi pertolongan. Hal ini akan membina budaya kasih mesra dan bantu

membantu di kalangan pelajar-pelajar. Mereka bukan sahaja berinteraksi dengan satu kaum

sahaja. Ketiga-tiga kaum juga terlibat dalam persatuan ini. Pelajar India berkawan dengan

Sejauh manakah aktiviti persatuan dapat memainkan peranan dalam

mencapai integrasi nasional

Page 3: Gerko assmt

pelajar Melayu; Pelajar Cina berinteraksi dengan pelajar Melayu. Persatuan ini menuntut

pengorbanan perasaan dengan cuba merasai apa yang orang lain rasa, apa yang rakan anda

rasa. Pepatah 'cuba masukkan kaki anda dalam kasut orang lain'. Ini menuntut penghayatan

terhadap masalah orang lain, jika ia berlaku seperti kita. Oleh itu, belajarlah merasa sakit

apabila melihat orang lain sakit, belajarlah hayati kesedihan apabila orang bersedih dan

belajarlah hargai kegembiraan apabila melihat orang lain gembira. Secara tidak langsung

persatuan ini memupuk integrasi antara masyarakat dengan melahirkan persahabatan dengan

kaum lain.

Selain itu, Persatuan Budaya juga memupuk perpaduan dan keharmonian antara

masyarakat melalui Karnival Budaya. Melalui program sebegini dapat memupuk semangat

perpaduan dan keharmonian di antara pelbagai lapisan masyarakat kerana apabila kita

berkumpul begini akan dapat mengeratkan kemesraan di kalangan masyarakat yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Dengan mengadakan karnival sebegini, kita boleh mengetahui adat

resam dan kepercayaan kaum lain. Melalui ini, kita akan menghormati kaum lain. Hal ini secara

langsung akan  melahirkan semangat cintakan negara dan budaya masyarakat serta memupuk

integrasi antara masyarakat Malaysia. Tambahan pula, persatuan ini juga menganjurkan Majlis

Rumah Terbuka untuk memupuk perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum. Menurut

Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Dengan

mengadakan program sebegini, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum

memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka

dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum

dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya,

kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh,

bercerai roboh’.

Persatuan budaya juga menganjurkan Program Hari Keluarga untuk menuju ke arah

itegrasi nasional. Semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat

disemarakkan melalui program sebegini. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai

keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari

keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar

idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam

membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga

yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Page 4: Gerko assmt

Tambahan pula, aktiviti jamuan akhir tahun juga boleh mengeratkan lagi nilai

perpaduan antara satu sama lain. Dimana, ahi – ahli persatuan boleh mengadakan satu jamuan

tahunan pada setiap hujung tahun. Disini, mereka harus boleh mempersembahkan semua jenis

persembahan yang dapat mewakili budaya dan kepercayaan semua kaum. Dalam jamuan ini

semua unsure seperti makanan, persembahan serta perhiasan tempat harus menggambarkan

kebudayaan semua kaum di Malaysia. Disini, kita dapat memahami semua ahli persatuan ini

dapat memahami dan menghargai budaya ahli persatuan yang berbeza kaum dengan sepenuh

hati.

Dalam mengharungi arus pemodenan usaha yang efisien harus diambil untuk

membentuk perpadua kaum melalui aktiviti persatuan adalah mengadakan Majlis Rumah

Terbuka untuk menyambut perayaan ahli pesatuan yang berbeza kaum. Semasa mengadakan

majlis rumah terbuka seperti ini, kita dapat mengeratkan lagi hubungan nasional integrasi

antara ahli- ahli persatuan dengan menjemput mereka ke majlis ini. Apabila mereka menghadir

ke majlis rumah terbuka ini, mereka dapat peluang untuk berinteraksi dan bersahabat antara

ahli – ahli persatuan yang berbilang kaum. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat

memperkasakan hubungan antara ahli – ahli persatuan yang berbilang kaum. Disini, kita dapat

merealisasikan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Negara kita

yang tidak ada unsur perbezaan dalam apa – apa hal. Tuntasnya, kemajuan persatuan kita

bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘ bersatu teguh, bercerai roboh’.

Persatuan juga boleh menganjurkan sukan tahunan sebagai aktiviti tahunan mereka.

Sukan merupakan satu alat perpaduan bukan semata – mata untuk kesihatan tetapii juga untuk

mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan ahli – ahli persatuan. Matlamat utama

aktiviti adalah, untuk mewujudkan persefaman, semangat kekitaan dan perpaduan di antara ahli

– ahli persatuan. Pada hari sukan ini, ahli – ahli persatuan ini akan terlibat dalam sesuatu aktiviti

permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa – apa

jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju kea rah perpaduan antara ahli

persatuan.

Tambahan pula, Program Anak Angkat juga mrupakan satu aktiviti yang dapat

mengeratkan lagi hubungan perpaduan sesma ahli persatuan. Program Anak Angkat

merupakan satu rangcangan pertukaran murid untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan murid.

Selalunya, ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa

dan Negara atau dengan kata lain menuju perpaduan kaum. Dengan ini wujudlah

Page 5: Gerko assmt

persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan ahli persatuan dapat memahami budaya

kaum lain menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Malah, perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan – badan

beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Tujuan primer

aktiviti – aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk

integrasi dalam kalangan peserta – peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud

apabila menjalankan aktiviti – aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi

segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong - menolong akan

membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta – peserta

perkhemahan yang datang dari persatuan - persatuan yang berbeza latar belakang yang

berbeza dan kebudayaan berbeza.

Melalui aktiviti persatuan di sekolah atau pengajian tinggi, pelajar dapat memupuk

semangat perpaduan dan juga dapat meningkatkan nilai integrasi nasional. Hal ini semestinya

juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar di sekolah,

mahasiswa dan mahasiswi. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang

aman damai, supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, semangat

perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar dan mahasiswa, mahasiswi berbilang kaum

bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Persatuan-persatuan yang

berlangsung di sekolah dan dipusat pengajian tinggi dapat mengakibatkan proses integrasi

berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara satu

sama lain. Sebagai contohnya, dalam aktiviti pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua

pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah ia juga disertai oleh pelajar dari

pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan

kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana

bersatu teguh, bercerai roboh.

Nilai integrasi dan toleransi adalah penting dalam kehidupan masyarakat bagi menjamin

wujudnya persefahaman, perasaan hormat menghormati hak dan kebebasan kaum di sesebuah

negara. Nilai toleransi merujuk kepada kesediaan individu dalam berkompromi semasa

menjalani proses hubungan antara kaum yang berbeza serta kesanggupan bertolak ansur,

sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertikaian dan perselisihan faham demi

kesejahteraan. Manakala nilai integrasi merujuk kepada satu keadaan sosio-psikologi di mana

rakyat pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang

Page 6: Gerko assmt

bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Che Aziz dan Aminuddin (2002) merumuskan bahawa aktiviti persatuan di sekolah dan dipusat

pengajian tinggi dapat memenuhi fungsi sebagai aktiviti yang memberi khidmat kepada

pembangunan kemasyarakatan. Semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu

antara satu sama lain perlu disemai bagi membentuk masyarakat yang harmonis. Manakala

Masitah (1995) dan Rohanida (2002) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum (persatuan)

dapat memberi latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan

murid.Membina dan Meningkatkan Disiplin, Minat dan Bakal Kokurikulum merangkumi

beberapa aspek penting yang memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk tujuan

kesihatan, berdisiplin dan membina semangat. Aktiviti ini memberi pengalaman kepada murid

dan seterusnya memupuk semangat tersebut yang merupakan faktor positif dalam

pembentukan disiplin. Kajian Pramela Krish (1994) telah membuktikan bahawa aktiviti

kokurikulum telah berjaya mengurangkan masalah disiplin ke tahap yang minima. Kenyataan itu

disokong oleh Zakiah Md Lassim (1999) yang menyatakan bahawa murid menjadi lebih

berdisiplin apabila mereka membabitkan diri secara aktif dengan Pasukan Badan Beruniform.

Sebagai intiha dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah

Negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus

bergerak sederap seiasekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan

Negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung bulat mausia kerana muafakat.

Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak

langkah menuju kea rah pembentukan nagara bangsa dan menjadi sebuah Negara yang

mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Negara – Negara maju. Rakyat adalah

asset Negara yang paling bernilai dalam pembinaan Negara yang berbilang kaum demi visi

Wawasan 2020.

Page 7: Gerko assmt