Gimnastik.docx

21
1.0 Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan . Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani , termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium , satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.

Transcript of Gimnastik.docx

1. PengenalanGimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita.Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:1. Pendaratan 1. Statik 1. Gerak edar1. Putaran1. Hamburan1. AyunanPerkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah:1. Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.1. Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam satu pergerakan.1. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar.1. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan.1. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan dapat dihasilkan.1. Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

1. KEMAHIRAN YANG DIPILIH = DIRIAN TANGAN

2.1 KonsepDirian tangan adalah satu kedudukan berdiri tegak tetapi secara songsang, dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara. Kedudukan tangan adalah berjauhan selebar bahu, tetapi terdapat kelainan yang tertentu. Dirian tangan asas mempunyai kaki yang ditegakkan dengan lutut tiada dibengkokkan, tetapi turut mempunyai kelainan yang pelbagai. Untuk mempamerkan satu dirian tangan, pelaku memerlukan kekuatan badan bahagian atas.Dalam gimnastik, dirian tangan merupakan pergerakan asas, dan perlu dimahiri agar dapat mempelajari pelbagai kemahiran berasaskannya, kerana sebahagian kelainan dirian tangan dilakukan pada setiap perkakasan gimnastik, dan banyak kemahiran menjatuhkan badan melalui kedudukan dirian tangan semasa pelaksanaannya.

2.2 Kedudukan PergerakanDirian tangan tegak statik yang asas, dengan kaki yang tegak, terdiri daripada lima isi utama untuk posturnya:0. Lengan terkunci Kedua-dua tapak tangan diletak datar di atas lantai dengan jarak lebar bahu, dan kedua-dua siku dikunci semasa memeliharakan tangan yang tegak.0. Kepala terdongak Muka bukan menghadapi lantai, tetapi menghadapi terus ke hadapan seolah-olah ketika berdiri tegak.0. Pinggul cengkung Pinggul ditolak melepasi pusat graviti untuk menghalang tulang belakang daripada melengkung. Jika dilaksanakan ketika berbaring mendatar di atas lantai, postur ini akan memeliharakan sentuhan antara pelvis dengan lantai.0. Kaki terkunci Kedua-dua lutut dikunci, dengan kaki-kaki tertutup dan tegak.0. Jari kaki runcing Kedua-dua kaki dikunci bersama-sama, dengan jari kaki ditunjuk terus ke atas dan dikekalkan sebagai titik tertinggiAktiviti ini adalah salah satu daripada kemahiran asas yang penting di dalam pembelajaran aktiviti menghambur.

2.3 Butiran Mengajar:1. Berdiri dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. (rajah 4.1)1. Hayun sebelah kaki ke atas sambil menaikkan kedua-dua belah tangan dan halakan tapak tangan ke hadapan. (gambar 4.2)1. Turunkan kaki yang telah dihayunkan tadi dan condongkan badan ke bawah. (gambar 4.3)1. Tangan digunakan untuk menyokong di atas tilam sambil kaki belakang dihayun lurus ke atas dan diikuti oleh kaki lain. (gambar 4.4)1. Apabila kedua-dua belah kaki telah lurus di atas kepala, peserta hendaklah mengimbangi badannya dengan baik. (penyokong diperlukan jika pelajar tidak dapat melakukannya sendiri) (gambar 4.5)

2.4 Gambarajah Kemahiran Asas Gimnastik Yang Dipilih.

Rajah 4.3Rajah 4.2Rajah 4.1

Gambar 4.5Gambar 4.6Gambar 4.4

Gambar 4.7: Lakukan dirian tangan tanpa bantuan daripada penyokong.

1. Melakukan dirian dengan bantuan penyokong.1. Penyokong membantu menyokong kaki dan bahu.1. Kedudukan penyokong haruslah stabil.

Gambar 4.72.5 Latihan Ansur Maju

1. Latihan lejang kuda1. Menghayunkan sebelah kaki sahaja.Gambar 4.8

1. Melakukan dirian dengan bantuan penyokong.1. Penyokong membantu menyokong kaki dan bahu.1. Kedudukan penyokong haruslah stabil.

Gambar 4.9

3.0 Huraian Analisis Pergerakan Mengikut Analisis Laban

3.1 Pengenalan 1. Rudolf Laban (1879-1958) adalah seorang penari, pereka tari dan ahli teori pergerakan.1. Pengalaman beliau dalam bidang tarian adalah sangat luas.1. Laban meninggalkan satu warisan penting lebih daripada menari. 1. Wawasan luas beliau telah membongkar undang-undang am pergerakan manusia sebagai apa yang berlaku dalam pekerjaan, permainan, pernyataan, hubungan-hubungan, dan sebagainya dalam kehidupan harian. 1. Laban mempercayai pergerakan itu adalah asas kepada segala kegiatan badan dan fikiran manusia.

3.2 Pergerakan Laban1. Laban adalah satu sistem dan bahasa untuk pemahaman, pemerhatian, menggambarkan dan mengambil kira apa jua dalam semua bentuk pergerakan.1. Di dalam teori beliau ini, beliau mempunyai usaha dan bentuk dalam menyifatkan, mentaksirkan dan mencatatkan pergerakan-pergerakan manusia.1. Pergerakan Laban ini banyak digunakan oleh penari-penari, atlet-atlet, ahli terapi fizikal dan sesiapa yang ingin meningkatkan, memperbaiki dan menlancarkan pergerakan mereka.

3.3 Huraian Analisis Pergerakan Mengikut Analisis Laban3.31 Pressing

Contoh kemahiran Gimnastik: Lakuan dekam sebelum hendak melakukan ansur maju bagi Dirian Tangan.

Tubuh : Apa; Untuk melakukan kemahiran ini, tangan hendaklah dibuka seluas bahu dan tapak tangan di tekan di atas lantai. Tapak tangan yang ditekan di atas lantai memberi tekanan dan membantu untuk memberi lonjakan untuk membuat gulingan. Lakuan ini mempunyai ciri-ciri firm, direct dan sustained kerana ia memerlukan kekuatan otot tangan. Lakuan ini memerlukan masa.1. Ketika melakukan aksi ini, bahagian pertama yang akan terasa adalah tapak tangan, diikuti dengan tangan, bahu dan kaki.1. pressing juga boleh terasa pada bahagian badan yang lain seperti bahu, dada, belakang badan, punggung, lutut, dan tapak kaki, sambungan bukan sahaja pada ruang yang jauh dari badan tetapi juga yang hamper ke badan.1. Selain itu, variasi yang boleh dilakukan adalah dengan menekan serentak dengan tapak tangan atau bahagian-bahagian badan yang lain dengan pelbagai arah contohnya, punggung ke hadapan manakala tangan ke belakang.1. Kaki boleh menyerap tekanan pada lantai semasa membawa atau menahan berat badan. Kaki juga boleh ditekan ke atas udara kepada pelbagai arah.1. Aksi menekan/pressing ini boleh digabungkan dengan pelbagai anggota badan bahagian atas seperti tapak tangan, tangan dan sebagainya.1. Pressing boleh dilakukan ketika berdiri, mengangkat, duduk, ataupun baring dan juga berjalan.

3.32 Flicking

Contoh kemahiran gimnastik: Melejang ketika melakukan dirian tangan

Ruang : Di mana;Untuk melakukan gerakan ini, kaki dominan akan dihayun dan dinaikkan ke atas diikuti oleh kaki lain. Gerakan ini dilakukan dengan perlahan dan secara spontan untuk mendapatkan lonjakan. Ia juga memerlukan kelenturan. 1. Aksi ini mula terasa pada bahagian tangan tapi tidaklah terlalu terasa. Ia terjadi apabila berlakunya putaran pada pergelangan tangan dan jari dengan cepat.1. Ianya sama seperti membuang habuk pada baju.1. Pergerakan lentik/flicking ini boleh dilakukan dengan bahu, kepala dan kaki.1. Pergerakan ini boleh juga dilakukan dengan bahagian badan yang lain seperti bahu, siku, punggung, lutut dan kaki. Ianya bukan sahaja pergerakan yang bergerak jauh dari badan pada tetapi juga sebaliknya. 1. Variasi yang boleh dilakukan ialah flicking serentak dengan dua belah tangan tetapi dengan arah yang berbeza. Ataupun dengan anggota badan yang lain ke arah yang berbeza.1. Kaki boleh dilentikkan/flicking ke udara ataupun menyentuh lantai.1. Kedua-dua belah kaki boleh dilentikan di udara ketika melompat.1. Ianya boleh dilakukan ketika berdiri, melutut, duduk ataupun baring dan boleh bergerak dari satu posisi kepada yang lain.1. Ketika melentik keluar dari sesuatu yang konkrit ataupun menlentik kaki pada lantai, peralihan kepada satu aksi itu haruslah disokong oleh permukaan objek tersebut.

3.33 Dabbing

Contoh aktiviti Gimnastik: Dirian Tangan

Dinamik : Bagaimana;Tangan dinaikkan secara serentak apabila kaki mencecah lantai.1. Pergerakan ini paling mudah terasa pada bahagian tangan dengan pergerakan yang lembut. Ianya seperti kita sedang mengecat atupun menaip.1. Dabbing mula terasa pada tangan dalam semua arah kemudian pada tapak kaki dan kaki. Ianya juga boleh terasa pada bahu dan dengan pergerakan yang cepat pada kepala.1. Dabbing boleh dilakukan dengan tangan pada arah yang pelbagai.1. Akan tetapi pergerakan yang sangat berguna ialah dabbing yang melalui badan ke bahu yang bertentangan.1. Bahagian badan lain yang boleh digunakan untuk melakukan dab ini ialah bahu, siku, dagu, kepala dan lutut.1. Bagi melakukan dabbing pula, bahagian badan yang besar seperti punggung, dada, dan belakang badan.1. Dabbing bukan sahaja dilakukan ke arah luar dari badan tetapi juga sebaliknya.1. Variasi yang boleh dilakukan adalah melalui dabbing terhadap kedua belah tangan serentak ke arah yang berbeza ataupun dabbing dengan bahagian badan yang berbeza.1. Kaki boleh di halakan ke arah udara pada arah yang berbeza-beza ataupun melakukan dabbing ataupun tapping steps, dan ini boleh digabungkan dengan dabs pada bahagian atas badan.1. Dabbing boleh dilakukan ketika duduk, melutut, berdiri, ataupun baring.

Tempoh / masa

Aspek tempoh atau masa dalam sesuatu pergerakan kerap kali dihubungkan dengan unsur kelajuan, iaitu cepat atau perlahan. Sesuatu pergerakan itu dilakukan sama ada secara cepat atau perlahan-lahan. Pergerakan yang dilakukan secara tiba- tiba biasanya cepat, mengejut, tangkas, pantas dan dilakukan dalam jangka masa yang singkat. Pergerakan yang bercorak perlahan pula dilakukan bukan sahaja perlahan-lahan, malah berpanjangan dalam masa yang agak lama.

Bagi lakuan dirian tangan, ianya adalah pergerakan yang bercorak perlahan. Ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak perlu terburu-buru semasa melakukannya.Ini adalah bagi menjaga kualiti yang terhasil pada akhir lakuan dirian tangan. Lakuan dirian tangan memerlukan ketenangan fikiran dan tumpuan daripada pelaku, oleh itu iainya mengambil masa yang agak lama agar lakuannya sempurna.

Pemberatan / bebanKualiti pemberatan atau beban dalam pergerakan merujuk kepada unsur-unsur ketegangan dalaman yang membabitkan pergerakan otot. Sesuatu pergerakan boleh diklafikasikan kepada tangkas (kuat, kukuh dan berat) dan lembut (lemah, longgar dan longlai). Pergerakan bersifat tangkas adalah kuat, bertenaga dan mempunyai unsur daya ketahanan manakala pergerakan bersifat lembut adalah lembut, sensitif dan lemah dan mengambil masa yang lama.

Bagi perlakuan dirian tangan, ianya menggabungkan sifat tangkas dan lembut. Hal ini adalah kerana dirian tangan melibatkan pergerakan yang kuat, bertenaga dan mempunyai unsur ketahanan tetapi dilakukan secara lembut dalam jangka masa yang tertentu.

Ruang

Sesuatu pergerakan adalah menggunakan ruang, sama ada secara langsungataupun tidak langsung. Pergerakan yang menggunakan ruang secara langsung berbentuk lurus, tajam dan halus manakala pergerakan yang menggunakan ruang secara tidak langsung pula mempunyai bentuk-bentuk yang fleksibel, beralun dan lemah lembut.

Perlakuan dirian tangan adalah sejenis pergerakan yang menggunakan ruang secara tidak langsung. Ia juga melibatkan pergerakan dalam bentuk yang fleksibel sebagai contoh pada permulaan lakuan dirian tangan, pelaku akan melakukan lakuan melejang terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lakuan mengangkat kedua-dua belah kaki ke atas, diikuti dengan lakuan mengimbangi berat badan, dan akhirnya jatuhkan badan dengan memandang pusat badan setelah selesai melakukan dirian tangan. Aliran

Sesuatu pergerakan boleh menjadi bentuk terikat atau bebas. Pergerakan yang berbentuk terikat biasanya bergerak secara berhati-hati. Maksudnya, pergerakan tersebut dilakukan secara terkawal. Pergerakan gaya bebas pula mempunyai beberapa ciri tertentu seperti gerak-geri yang lancar, menerkam, tangkas dan tidak terkongkong. Perlakuan dirian tangan adalah pergerakan yang berbentuk terikat. Hal ini adalah kerana pergerakannya dilakukan secara berhati-hati.

Perkaitan : Dengan siapa dan apa;

Perlakuan dirian tangan boleh dilakukan secara individu atau pun secara berpasangan dengan rakan yang berperanan sebagai penyokong dan membantu membetulkan teknik pelaku semasa melakukannya. Ianya tidak memerlukan alatan yang spesifik untuk melakukannya, cukuplah sekadar hanya tilam sahaja yang digunakan sebagai alas kepala supaya tidak mendatangkan kesakitan atau kecederaan kepada pelaku.

REFLEKSIAlhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek kemahiran asas gimnastik yang merupakan salah satu daripada UKJK yang perlu kami hadapi pada masa akan datang. Tugasan kerja kursus pendek ini bermula dari 12.3.2010 dan perlu dihantar pada 22.3.2010.

Tugasan ini dijalankan secara individu di mana pensyarah kami iaitu Encik Rosdaud Bin Ayob telah pun mangagihkan tugasan sehari sebelum tugasan dimulakan. Saya memilih perlakuan dirian tangan di mana saya perlu mengetahui teknik teknik yang wajib diketahui dalam melakukan perlakuan ini dan menganalisis perlakuan tersebut mengikut analisis Laban. Saya juga perlu mencari serba sedikit maklumat mengenai proses perjalanan tugasan kerana terdapat banyak fakta yang belum pernah saya pelajari sebelum ini.

Antara perkara baru yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya dapat mengenali dengan lebih mendalam teknik teknik ansur maju dalam melakukan perlakuan dirian tangan. Saya juga serba sedikit mengetahui mengenai analisis pergerakan perlakuan ini melalui analisis Laban dan dapat digunakan untuk menghadapi UKJK akan datang.

Tambahan lagi, hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, terdapat banyak nilai nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri kita. Antaranya ialah sikap tolong menolong antara satu sama lain. Rakan rakan saya banyak membantu dalam mencari sumber maklumat dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sentiasa menepati masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat dalam penghasilan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah saya iaitu En Rosdaud Bin Ayob kerana banyak membantu dalam penghasilan tugasan ini dan saya berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat digunakan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFIBuku Rujukan1. Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Laman Web1. http://www.msn.gov.com.my/gimnastik/artistik.(diakses pada 12 MAC 2010)1. http://www.moe.gov.edu.my/huraian(diakses pada 12 MAC 2010)