Group 6 Presentation

20
JENIS KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestik Alat permainan Alat pertahanan diri Perhiasan diri Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar ALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian. Contoh barangan domestik Batu kisar Tudung saji Tudung rotan Tudung saji mengkuang Kukuran duduk dan kukuran silang Dulang paha tembaga air mawar ALAT PERMAINAN

description

bidang 4

Transcript of Group 6 Presentation

Page 1: Group 6 Presentation

JENIS KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Alat domestik

Alat permainan

Alat pertahanan diri

Perhiasan diri

Batik

Tekat

Ukiran

Tenunan

Anyaman

Tembikar

ALAT DOMESTIK

Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan

dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Selain

mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan

kegunaan harian.

Contoh barangan domestik

Batu kisar

Tudung saji

Tudung rotan

Tudung saji mengkuang

Kukuran duduk dan kukuran silang

Dulang paha tembaga air mawar

ALAT PERMAINAN

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali

sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak

dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita

sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak

sehingga hari ini.

Page 2: Group 6 Presentation

Contoh permainan tradisional

Congkak

Wau

Batu seremban

Sepak raga

Gasing

CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan

sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia

menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan

kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

WAU

Permaian wau dikenali sebagai layang-layang dan ia digemari oleh

penduduk-penduduk di kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15.

Permainan wau dimainkan di kawasan negeri seperti Kelantan, Terengganu,

Kedah dan Perlis.

Cara permainan wau

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan 

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. 

Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara 

menghulur dan menarik talinya sehingga wau tersebut tinggi di udara. Kilauan

cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-

warni.

Jenis-jenis wau

Wau bulan

Wau jala budi

Wau kucing

Wau kenyalang

Wau barat

Wau daun

Wau burung

Page 3: Group 6 Presentation

Corak hiasan wau

Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan

larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.

Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.

Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir(Tebuk). Tidak

sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna.

Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.

Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.

Jenis-Jenis Motif

Bunga matahari

Daun ketumbit

Ketamguri.

Pucuk rebung

Itik pulang petang

Badak mudik

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.

Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan

kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat

orang. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar digunakan

oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini

dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara

sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang

mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu

hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas

dinamakan buah tujuh.

SEPAK RAGA

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia

telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada

Page 4: Group 6 Presentation

abad ke-15M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk

menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya

daripada jatuh ke tanah. Pada masa kini, sepak raga dimainkan apabila

ketiadaan jaring dan ia dimainkan dalam bulatan.

GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,

sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional

orang-orang Melayu sejak dahulu lagi dan ia biasanya dimainkan selepas

musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung.

Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu berbaru, kemuning, merbau, rambai, atau

kundang Kayu tersebut akan ditakik dan dikikis sehingga menjadi bentuk

gasing.

Tali gasing pula dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing

dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada

panjang tangan seseorang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan

pergerakan tali gasing.

Cara bermain gasing

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran

memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

ALAT PERTAHANAN DIRI

Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri

sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga

adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat

halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.

Contoh alat pertahanan diri

Keris

Lembing

Perisai

Golok

Page 5: Group 6 Presentation

ALAT PERHIASAN DIRI

Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita.

Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis

istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan

diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi

pada masa kini.

Jenis-jenis alat perhiasan diri

Dokoh - perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat

yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering

dipadankan dengan pemakaian baju kebaya.

Pending - ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya

diperbuat daripada logam.

Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk

menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik.

Anting-anting - Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya

dipakai oleh kaum wanita.

BATIK

Batik merupakan satu bidang kraf yang unggul di negara kita. Pada masa

dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat

pengecap tetapi kini batik telah diusahakann dengan menggunakan alat-alat

moden. Batik diperkenalkan di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.

Kebanyakan kilang perusahaan batik terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Jenis-jenis batik

i. BATIK LUKIS

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di

atas kain putih.

Setelah kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian

corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-

bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna

apabila proses mematikan warna dilakukan.

Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian berwarna putih sebagai

benteng.

Page 6: Group 6 Presentation

ii. BATIK SKRIN

Batik skrin tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan 

conteng.

Corak batik dibentuk atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang 

berpengidang. 

Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan

warna di atas corak tadi dengan menggunkan sekuji.

Cara ini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk

mendapatkan corak batik yang lengkap disebabkan satu skrin untuk satu

warna sahaja.

iii. BATIK PELANGI

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas

kain putih.

Proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

menggunakan berus cat, di mana bahagian yang terkena lilin tidak akan

meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna dilakukan.

Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian berwarna putih sebagai

benteng.

iv. BATIK BLOK

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok

corak.

Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam

Proses ini dilakukan secara berulangan dengan mengikut susunan yang

tertentu sehingga selesai.

Blok itu dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekap di 

atas kain.

Jenis motif batik

Motif geometri

– Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin

berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-

kiri dan swastika.

– Fungsi motif unsur rupa geometri:

Page 7: Group 6 Presentation

• Untuk hiasan kaki kain (susunan garis-garis halus, motif parang

rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.)

• Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti

cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.

• Untuk menghiasi batik panj motif kawung dalam susunan tempat

bentuk bujur sering digunakan.

• Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa

bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis

berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia

merupakan campuran gaya organik dan geometri.

Motif flora

- Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:

Untuk menghiaskan kain batik ela. (Motif flora seperti bunga,

kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal

atau bertabur)

Untuk menghiasi badan batik sarung. (bunga, kuntum, putik, ranting

dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut)

Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif

pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan

secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri

Motif fauna

– Unsur-unsur fauna adalah seperti motif rama-rama, kumbang, burung,

ayam, rusa, bangau, ikan, kijang, burung merak

Motif isen

– Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau

sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak.

– Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, pitu,

cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng,

sisik

Motif benda buatan manusia

– Fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya

digunakan untuk hiasan batik ela

• Contoh motif unsur benda buatan manusia ialah abor, jaring ikan,

kampong, wau

Page 8: Group 6 Presentation

Susunan Reka Corak Motif

– berdiri

– berjalur

– catur/dam

– melintang

– menyeluruh

– serong

– ulang bersilang

– ulang batu bata

TEKAT

Seni tekat dikenali dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja

menyulam benang emas ke atas kain dasar. Kerja-kerja menekat

memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai

acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Fungsi tekat

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia juga digunakan

sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran,

berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja,

tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di

kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan

bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan

hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Jenis-jenis tekat

1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak

motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak

motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai

tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah

yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan

Page 9: Group 6 Presentation

labuci dan manik-manik. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung

saji, tepak sirih, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, pakaian

diraja dan sebagainya.

TENUNAN

Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai

keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu

motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.

Jenis tenunan seperti:

Tenunan Pahang

– berasal dari Riau, Sulawesi

– menggunakan benang kapas dan sutera

– menggunakan bahan pewarna semulajadi iaitu daun terung( biru),

kunyit( kuning), dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.

– di Kelantan dikenali sebagai tenunan balas atau setuli benang.

Tenunan songket:

– menggunakan benang emas dan perak

– terdapat dua jenis songket iaitu tekat 3 dan tekat 5

Tenunan pua:

- menggunakan teknik nikat dan celup ke dalam warna

- digunakan untuk majlis kelahiran dan kematian serta popular di

Sarawak.

Motif tenunan

Tiga jenis motif dalam ragam hias songket:

• Motif berasaskan flora

– Pucuk Rebung

– Bunga Tanjung

– Bunga Cengkeh

– Bunga Kunyit

– Bunga Cina

– Bunga Tampuk Manggis

• Motif berasaskan fauna

– Lawi Ayam

Page 10: Group 6 Presentation

– Kuda laut

– Kupu-kupu

– Ayam Jantan

– Burung Merak

• Motif berasaskan geometri

– Bintang Pecah Lapan

– Makhota

Struktur Ragam hias Songket

mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:

- Kepala kain - Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi

Ayam

- Badan kain - Motifnya bebas

- Kaki kain - Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif

Pucuk Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara

berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.

Susunan Letak Motif Songket

Tiga jenis susunan letak motif songket:

– Susunan Bunga Penuh

– Susunan Bunga Tabur

– Susunan bercorak

Corak tenunan

Corak tapak catur

Corak mendatar

Corak siku keluang

Corak ulangan batu-bata

Corak serong

Corak menegak

UKIRAN KAYU

Page 11: Group 6 Presentation

Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi

satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir

akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti

ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan

kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis

motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan

pisau wali.

Bentuk-bentuk ukiran

a. Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang

ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji supaya tembus bentuk-bentuk

bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak

silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu

bahagian dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah

awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Manakala bagi ukiran tebuk silat,

bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian

yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.

Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan

tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk

ini ialah awan larat, silang dan simetri.

b. Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak

silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat

daripada kayu, ulu serta sampir senjata.

c. Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat,

kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti

ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

d. Ukiran Larik

Page 12: Group 6 Presentation

Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-

gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot,

tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

e. Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru dan diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf

tangan Malaysia. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu

dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya.

Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran

Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat,

fauna, awan larat, kosmos dan geometri.

• Flora

– Daun: bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya,

ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku,

piya, pulut, setulang, selit, ringgit

– Bunga: cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting,

kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung,

matahari, cengkih

• Seni Khat

– ayat-ayat Al-Quran

• Fauna

– itik pulang petang

• Awan Larat

– awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina

sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

• Kosmos

- Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.

• Geometri

- Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa

bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan.

ANYAMAN

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan

digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak

Page 13: Group 6 Presentation

zaman dahulu lagi. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa

menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas

pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha

tradisi sejak berabad-abad lalu.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-

satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam

keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah

dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang

melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah pada waktu lapang.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan

kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang

"berbentuk" sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa

memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa

kelarai disebut sebagai "gadas".

TEMBIKAR

Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah

liat, dibentuk dan dibakar.  Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu

tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua

Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Bentuk tembikar mempunyai persamaan

dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah,

dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi

Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang

membanggakan.

Teknik Pembuatan Tembikar:

(a) Teknik picitan

(b) Teknik lengkaran

(c) Teknik kepingan

(d) Teknik Lempar Alin

Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong):

1) Labu Gondol atau Labu Air

2) Labu Kepayang atau Labu Pucung

Page 14: Group 6 Presentation

3) Labu Gelugur

4) Labu Tanah

5) Labu Panai

6) Labu Kepap

7) Labu Tela

8) Labu Leper atau Labu Bocong

Reka Bentuk Tembikar Tradisional

Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap

teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar

dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan

ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang

mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.

Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di

Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian

orang Melayu membentuk dan mencipta. Walaupun rupa bentuk tembikar

yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.

Motif Ragam Hias

• aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri

daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan

organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik

dan bentuk-bentuk yang berunsur garis

• Contohnya, susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan

tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain

• Selalunya dijadikan motif tembikar.

• Motif Geometri

– Garisan bersilang- seli.

– susun kisi-kisi

– Titik tahi alat

Page 15: Group 6 Presentation

– Garis berkotak.

– Garis tulang ikan

– Pucuk rebung

– Bentuk segi tiga

– Bentuk bujur

• Motif Gayaan Organik

– Bunga cengkih

– Bunga pecah lapan

– Bunga tanjung

– Bunga lawang

– Tampuk manggis

Bibliografi

http://ppgusm.blogspot.com/2013/01/mengenal-alat-bahan-dan-teknik-seni.html

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/mengenal-kraf-tradisional.html

http://sfera-seni.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-tradisional.html