IKAN KELI

13
Sejarah penternakan awalnya dikesan bermula beratus-ratus tahun dahulu. Di negara-negara Asia seperti China, India, Indo-China dan Indonesia, ternakan ikan ini telah menjadi kebiasaan dan diusahakan secara tradisi. Malah, kolam yang diusahakan oleh keluarga dan pemeliharaan di sawah padi masih terdapat sehingga ke hari ini. Pada zaman moden ini, penternakan keli yang menyeluruh hanya bermula selepas Perang Dunia Kedua. Terdapat tiga faktor utama yang mendorong perkembangan tersebut iaitu: Kemudahan pengangkutan moden untuk membawa ikan; Perkembangan pengetahuan pembiakan buatan; dan Penggunaan makanan konsentrasi yang berbentuk pelet. Namun, ketiga-tiga faktor ini sebenarnya telah disokong kuat oleh perkembangan media massa. Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan tentang penternakan ini secara menyeluruh. Ini adalah kerana pada peringkat awal, pengetahuan tentang sistem akuakultur hanya terhad kepada negara-negara tertentu sahaja, contohnya sistem ternakan ikan salmon yang hanya diketahui di Amerika Syarikat dan Eropah. Sekarang, pengetahuan ini sudah menjadi satu pengetahuan umum di negara-negara sebelah Amerika Latin, Afrika dan Asia. Di Amerika Syarikat, sistem akuakultur bermula sejak kurun ke-19 lagi dengan penternakan ikan salmon untuk dilepas semula. Berlandaskan sistem ternakan ini, ternakan ikan keli pun mula diusahakan dan ia bermula sekitar tahun 1960an. Penggunaan kolam kanvas merupakan alternatif terbaik di zaman moden ini untuk memudahkan dan mengurangkan kos. Siapa-siapa saja yang berminat boleh menceburi bidang ini walaupun mempunyai ruang tanah yang sempit. Dengan hanya memasang beberapa kolam kanvas di tepi rumah sudah cukup memberikan hasil untuk keluarga. Ikan paya yang tidak banyak ragam ini menjadikan kolam kanvas sesuai untuknya setelah beberapa percubaan telah dilakukan lebih 10 tahun yang lalu di negara seperti Indonesia akhirnya penggunaan kolam kanvas diguna pakai sebagai media alternatif pengganti kolam konkrit dan kolam tanah. Kebaikan media plastik ini dapat mengurangkan banyak kos, seperti kos pembinaan kolam dan sebagainya. Inilah kelebihan 'sang janggut' air tawar ini. 2.2.2 Ketinggian kolam Kolam untuk menternak keli tidak perlu tinggi sangat sekadar 3 4 kaki sudah memadai dari ikan melompat keluar. Sekiranya pengusaha membina kolam yang terlalu tinggi selain terpaksa mengeluarkan duit lebih tambahan, kolam tinggi juga akan menyukarkan penternak dalam proses pengurusan ternakan terutamanya semasa peringkat penuaian iaitu perlu tenaga lebih untuk mengangkat keluar hasil ternakan sedangkan jika diteliti dinding kolam yang tinggi bukanlah satu keperluan sebenarnya. Kerana ternakan keli diternak pada sekitar kedalaman air 1-2 kaki. 2.2.3 Pemilihan tapak kolam Perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek, kegagalan dalam memilih tapak yang baik akan membawa kegagalan projek ini. Berikut antara perkara yang perlu dipertimbangkan :-

Transcript of IKAN KELI

Page 1: IKAN KELI

Sejarah penternakan awalnya dikesan bermula beratus-ratus tahun dahulu. Di negara-negara Asia seperti China, India, Indo-China dan Indonesia, ternakan ikan ini telah menjadi kebiasaan dan diusahakan secara tradisi. Malah, kolam yang diusahakan oleh keluarga dan pemeliharaan di sawah padi masih terdapat sehingga ke hari ini. Pada zaman moden ini, penternakan keli yang menyeluruh hanya bermula selepas Perang Dunia Kedua.

Terdapat tiga faktor utama yang mendorong perkembangan tersebut iaitu:

Kemudahan pengangkutan moden untuk membawa ikan; Perkembangan pengetahuan pembiakan buatan; dan Penggunaan makanan konsentrasi yang berbentuk pelet.

Namun, ketiga-tiga faktor ini sebenarnya telah disokong kuat oleh perkembangan media massa. Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan tentang penternakan ini secara menyeluruh. Ini adalah kerana pada peringkat awal, pengetahuan tentang sistem akuakultur hanya terhad kepada negara-negara tertentu sahaja, contohnya sistem ternakan ikan salmon yang hanya diketahui di Amerika Syarikat dan Eropah. Sekarang, pengetahuan ini sudah menjadi satu pengetahuan umum di negara-negara sebelah Amerika Latin, Afrika dan Asia. Di Amerika Syarikat, sistem akuakultur bermula sejak kurun ke-19 lagi dengan penternakan ikan salmon untuk dilepas semula. Berlandaskan sistem ternakan ini, ternakan ikan keli pun mula diusahakan dan ia bermula sekitar tahun 1960an.

Penggunaan kolam kanvas merupakan alternatif terbaik di zaman moden ini untuk memudahkan dan mengurangkan kos. Siapa-siapa saja yang berminat boleh menceburi bidang ini walaupun mempunyai ruang tanah yang sempit. Dengan hanya memasang beberapa kolam kanvas di tepi rumah sudah cukup memberikan hasil untuk keluarga.

Ikan paya yang tidak banyak ragam ini menjadikan kolam kanvas sesuai untuknya setelah beberapa percubaan telah dilakukan lebih 10 tahun yang lalu di negara seperti Indonesia akhirnya penggunaan kolam kanvas diguna pakai sebagai media alternatif pengganti kolam konkrit dan kolam tanah. Kebaikan media plastik ini dapat mengurangkan banyak kos, seperti kos pembinaan kolam dan sebagainya. Inilah kelebihan 'sang janggut' air tawar ini.

2.2.2 Ketinggian kolam

Kolam untuk menternak keli tidak perlu tinggi sangat sekadar 3 – 4 kaki sudah memadai dari ikan melompat keluar.

Sekiranya pengusaha membina kolam yang terlalu tinggi selain terpaksa mengeluarkan duit lebih tambahan, kolam tinggi juga akan menyukarkan penternak dalam proses pengurusan ternakan terutamanya semasa peringkat penuaian iaitu perlu tenaga lebih untuk mengangkat keluar hasil ternakan sedangkan jika diteliti dinding kolam yang tinggi bukanlah satu keperluan sebenarnya. Kerana ternakan keli diternak pada sekitar kedalaman air 1-2 kaki.

2.2.3 Pemilihan tapak kolam

Perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek, kegagalan dalam memilih tapak yang baik akan membawa kegagalan projek ini. Berikut antara perkara yang perlu dipertimbangkan :-

a- JENIS TANAH

Tentukan jenis fizikal dan kimia tanah, Paras mata air dan keupayaan menakung air. Elakkan tanah berpasir, gambut dan berasid. (PH tanah yang sesuai 7.00 – 8.5) Elakkan kawasan rendah, yang sering dilanda banjir atau kemarau panjang.

b- KEDUDUKAN DAN SAIZ KOLAM

Page 2: IKAN KELI

Sebelum memulakan kerja-kerja mengorek kolam, tentukan dahulu arah tiupan angin. Kolam yang baik hendaklah dikorek memanjang mengikut arah tiupan angin. Ini supaya angin dapat bertiup diseluruh kawasan permukaan kolam untuk menghasilkan oksigen terlarut (DO) yang mencukupi untuk ikan yang padat dalam kolam. Sebarang jenis pokok juga tidak boleh ditanam disekeliling kolam supaya tidak menjadi penghalang kepada tiupan angin. (kalau nak buat pertanian cari tanah lain la..) Saiz kolam yang terlalu kecil tidak ekonomik. Sekurang-kurangnya 40 x 60 kaki persegi bagi sebuah kolam.

c- BEKALAN DAN SUMBER AIR

Air perlu dilihat dari 2 sudut iaitu sudut Kualiti dan Kuantiti :

Kualiti

Sumber bekalan air yang berkualiti (PH antara 6.5 – 8.5)

Kuantiti

Mesti terdapat dengan banyak, mudah diperolehi dan berterusan. Contohnya dari parit taliair, sungai, tasik, lombong, mata air dan lain-lain. Kemudahan untuk membuang air kolam juga perlu diperhatikan, samada dibuang secara graviti atau dipam keluar.

d- PRASARANA, RUMAH, SETOR, BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

Untuk kemudahan pekerja. Setor untuk menyimpan peralatan seperti pam air, makanan ikan dan lain-lain.

Page 3: IKAN KELI

e- KENDERAAN DAN PERHUBUNGAN

Kenderaan seperti lori, van, kereta dan motor serta jalan raya yang baik diperlukan untuk kemudahan pekerja, membawa masuk bekalan makanan, benih, membawa keluar ikan untuk dipasarkan dan lain-lain.Elakkan kawasan yang sangat terpencil dan tiada kemudahan asas.

f- KECEMASAN

Tidak jauh dari Balai Polis, Hospital dan Bomba yang boleh dihubungi ketika kecemasan. Tidak jauh dari Jabatan Perikanan dan boleh dihubungi ketika kecemasan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat. (Sebaiknya hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Perikanan terdekat sebelum pemilihan tapak lagi)

g- SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

Menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling untuk mengelakkan permusuhan dan dendam yang boleh mengakibatkan kecurian ikan atau dikhianati (kolam diracun).

Persiapan kolam untuk membuat pembenihan ikan

Perkara yang perlu dibuat sebelum pembenihan dilakukan didalam kolam tanah. Tujuannya adalah untuk membersihkan kolam dari segala jenis ikan (terutamanya ikan pemangsa seperti haruan dan belut), serangga dan kutu air yang akan memakan rega (anak ikan) dan membebaskan unsur ammonia dari tanah (dari pereputan bahan organik, najis ikan atau dari sisa makanan ikan sebelumnya)

Kolam dikeringkan

Semua air dalam kolam itu dikeluarkan samada menggunakan pam atau graviti (kalau kolam lebih tinggi dari parit pembuang air) sehingga tiada lagi air dalam kolam kecuali beberapa lopak-lopak kecil air.

Semua ikan yang ada hendaklah dikutip, kalau ada ikan yang bersembunyi dalam lumpur, akan kelihatan tanda-tandanya yang berupa tompok-tompok kecil kesan ikan itu timbul untuk bernafas setelah beberapa hari air kolam itu kering. Turun ke dalam kolam dan kutip semua ikan-ikan itu.

Mengapor kolam

Kapor yang digunakan adalah dari jenis kapur abu panas (Ca O2 / Burnt Lime / Quick Lime) , Sifat kapor abu ini adalah panas, apabila ditabur ke dalam kolam atau keatas tanah lumpur yang basah, ia serta merta menjadi panas dan mengelegak dan akan membunuh semua hidupan yang ada disitu seperti serangga, kutu air, anak ikan dan ikan-ikan yang bersembunyi dalam lumpur.Selain itu kapor juga dapat menstabilkan pH tanah.

Page 4: IKAN KELI

Walaubagaimanapun kesan panasnya akan hilang beberapa minit kemudian, tetapi sempat lah ia membunuh seberapa banyak hidupan didalam kolam itu termasuk yang bersembunyi dalam lumpur. Keadaan ini menjadikan kapor ini sangat sesuai digunakan  untuk kolam ikan, berbeza dengan racun yang mempunyai kesan jangka panjang. Semasa menabur kapor ini, pastikan anda memakai penutup hidung dan mata dan tabur mengikut arah angin. Kerana kalau tersedut debunya memang amat menyakitkan dada, kalau terkena mata pula boleh membawa mudarat. Kadangkala kapor ini sukar dicari, untuk kemudahan anda, sila berhubung dengan Jabatan Perikanan yang terdekat. Biasanya mereka tahu dimana boleh dibeli kapor ini.

Menjemur Kolam

Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, kolam ini dibiarkan terjemur kepada panas matahari sekurang-kurangnya seminggu, (lebih lama lebih baik) sehingga dasar kolam itu kering dan merekah dan kita dapat berpijak dengan selesa. Kalau hujan turun ketika ini, air itu hendaklah dipam keluar dan kolam itu dikeringkan lagi. Tujuannya adalah untuk membebaskan sebanyak mungkin gas ammonia yang mungkin terperangkap dari dasar kolam.

Membuat persiapan untuk pembenihan (puyu dan sepat)

Pada waktu ini, induk ikan hendaklah disediakan, dipilih serta diasingkan mengikut jantina. Kalau anda tidak mempunyai stok, induk ini boleh dibeli dari pengusaha kolam yang lain.

Memasukkan air ke dalam kolam.

Kerja-kerja mengepam air masuk ke dalam kolam sebaiknya dilakukan pada waktu pagi supaya pada waktu petang nanti kolam ini sudah mempunyai air yang cukup untuk dibuat pembenihan. Adalah penting diingatkan bahawa kerja menyuntik ikan mesti dilakukan pada hari itu juga (selepas kolam diisi air) Jangan tunggu beberapa hari selepas diisi air baru nak menyuntik ikan.

Sebabnya, Katak.. Kalau kolam itu berada dikawasan pedalaman, kehadiran katak adalah perkara biasa, tapi untuk kerja-kerja pembenihan ikan melalui suntikan ini katak adalah musuh no 1 bagi rega (anak ikan).

Musuh yang lain seperti serangga, kutu air, ikan pemangsa dan lain-lain mungkin sudah tiada, tetapi katak masih ada dan berkeliaran disekitar kolam. Perangai katak pula, asal ada saja air bertakung pasti

Page 5: IKAN KELI

dia akan melepaskan telurnya, telur itu akan menetas menjadi berudu (anak katak) berudu inilah musuh sebenar rega. Kita tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang katak masuk ke kolam pada waktu malam.

Jadi, pada petang itu kita menyuntik ikan dan melepaskan ke dalam kolam, pada malamnya katak pula akan melepaskan telurnya disitu.Kalau kita tunggu beberapa hari selepas air dimasukkan ke kolam, alamat akan banyaklah berudu disitu dan rega yang menetas akan menjadi makanan berudu.

Apa yang kita boleh buat ialah mengurangkan seberapa banyak yang mungkin berudu ini dengan cara memeriksa sekeliling kolam pada pagi esoknya, asal nampak saja telur katak yang terapung-apung hendaklah dikeluarkan dari kolam. Gunakan penapis air seperti penapis teh untuk menyauknya. Kerja ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 4-5 hari selepas dibuat pembenihan.

Selepas waktu itu rega sudah semakin besar dan kuat, anak katak itu pula menjadi makanan rega.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengawal persaingan antara rega dan berudu. Jangan berudu lebih besar dari rega, kalau rega lebih besar dari berudu tidak mengapa.

Pembajaan Kolam

Kebiasaannya, pembajaan kolam dilakukan untuk kolam tanah yang akan dimasukkan benih ikan bersaiz 1 inci dan dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anak ikan dimasukkan.

Untuk pembenihan menggunakan kaedah suntikan ini boleh juga dibuat sekiranya dikehendaki. Cara yang termudah ialah dengan menggunakan najis ayam yang diisi dalam beberapa guni dan diletakkan dibeberapa tempat dalam kolam itu sebelum air dipam masuk. Guni itu dikoyakkan sedikit dan diikatkan kepada batang kayu yang dipacak supaya tidak hanyut dibawa arus semasa air dipam masuk.

Dalam masa 2 minggu berikutnya najis ayam ini akan menumbuhkan fitoplankton dan zooplankton yang menjadi makanan anak ikan. Ketika itu air kolam akan bertukar menjadi warna hijau menandakan kehadiran fitoplankton dan zooplankton.

Membuat pembenihan ikan

Teknik membuat pembenihan adalah berbeza mengikut jenis ikan, dalam topik ini saya akan menunjukkan cara membuat pembenihan ikan puyu, sepat dan keli dengan menggunakan suntikan hormon Ovaprim.

Sebelum boleh melakukan pemilihan induk, kita perlu ada stok induk yang mencukupi yang disimpan sebelum ini didalam kolam khas seperti kolam simen, fiber, kolam tanah dll. (Semasa saya masih aktif dalam bidang penternakan ini, saya memiliki beratus ekor induk puyu dan sepat yang disimpan didalam kolam simen.)

Kalau tidak ada stok induk, maka induk ikan ini perlu dibeli dari pengusaha kolam ikan yang lain. Minta tolong dia supaya pilih dan asingkan induk jantan dan betina. Harga induk biasanya lebih mahal dari ikan yang dibeli untuk dimakan.

Page 6: IKAN KELI

Anak ikan keli berumur 10-14 hari

Sperma dimasukkan kedalam mangkuk berisi telur itu dan digaul perlahan-lahan menggunakan bulu ayam atau berus lembut Masukkan sedikit air kedalam campuran itu dan kacau perlahan-lahan selama 2-3 minit sehingga nampak sebati dan merata.

Page 7: IKAN KELI

ALIRAN PROSES KERJA

No. KETERANGAN KERJA

1 MENYEDIAKAN TEMPAT TERNAKAN.

-menyediakan kolam ternakan.

-mengapurkan kolam ternakan.

-memasukkan air ke dalam kolam ternakan.

-membaja kolam ternakan.

-memasang alat pengudaraan.

-membasmi pemangsa.

-memeriksa kolam ternakan ikan.

2 MENYEDIAKAN INDUK UNTUK PEMBIAKAN.

-menyediakan tempat pembiakan.

-mensanitasikan tempat dan peralatan pembiakan.

-menyelia perkembanagan induk.

-memilih ikan untuk dijadikan induk.

-menjalankan proses pembiakan ikan.

-merawat induk ikan selepas meleret telur.

3 MENJALANKAN KERJA-KERJA PENETASAN TELUR.

-menjalankan proses pengeraman telur.

-mengasingkan telur menetas dan tidak menetas.

-membersihkan tempat selepas penetasan.

-mengawal mutu air tempat penetasan telur.

-memindahkan rega ke kolam asuhan.

-memantau proses penetasan telur ikan.

Bagi ikan keli memang tidak ada cara lain selain dibedah ikan jantan untuk diambil spermanya dan digaulkan dengan telur yang diambil dari ikan betina. Jangkamasa penternakan bagi ikan keli hanya 3 bulan sahaja. Hormon yang digunakan adalah dari jenis Ovaprim dikeluarkan oleh syarikat Syndel dari Kanada.

MENTERNAK REGA.

-menyediakan tempat ternakan.

-memberi makan rega. -menuai hasil ternakan.

-mengawal mutu air tempat ternakan rega.

Page 8: IKAN KELI

-memantau kesihatan rega.

-mengatur aktiviti pengasuhan rega ikan.

-melaksanakan program aktiviti ternakan rega ikan.

MENGASUH BENIH TERNAKAN.

-menyediakan tempat asuhan.

-memberi makan benih ternakan.

-menuai benih ternakan. -mengred benih ternakan.

-membungkus benih ternakan.

-mengawal mutu air tempat ternakan benih.

-memantau kesihatan benih ternakan.

MENGURUSKAN TERNAKAN.

-menyediakan tempat ternakan.

-melepaskan benih ke tempat ternakan.

-mengawal mutu air tempat ternakan.

-memberi makanan kepada ternakan.

-memantau kesihatan ternakan.

-membuat persampelan, rekod dan analisis data.

MENYEDIAKAN MAKANAN HIDUP.

-menyediakan tempat untuk menternak makanan hidup.

-menuai makanan hidup.

-mengawal mutu air ternakan tempat makanan hidup.

-memperkayakan makanan hidup.

-mengawasi aktiviti penyediaan makanan hidup.

MENYEDIAKAN MAKANAN RUMUSAN.

-membuat makanan rumusan.

-menyukat kadar makanan ikan.

-membuat anggaran kadar makanan ikan.

Page 9: IKAN KELI

-menyelia pemberian makanan ikan.

MENGUTIP HASIL TERNAKAN.

-mengred hasil ternakan.

-membungkus hasil ternakan.

-menyediakan tempat menyimpan hasil.

-membuat kerja persediaan sebelum menuai.

-menuai hasil ternakan.

-menyelia aktiviti menuai hasil ternakan ikan

MEMANTAU DAN MERAWAT PENYAKIT.

-memberi rawatan kepada ternakan.

-membuat diagnosa penyakit ternakan.

-mengasingkan ternakan berpenyakit.

-menyediakan ubat untuk rawatan.

-menentukan jenis dan takaran ubat-ubatan untuk rawatan ikan.

-menyelia kesihatan ternakan ikan.

Page 10: IKAN KELI

2.3 MENYATAKAN LOKASI PROJEK

Pelan Cadangan Tapak Kolam

Pelan Lokasi Tapak Projek Cadangan

Page 11: IKAN KELI

CARTA SKEMATIK PROSES PENGELUARAN

Menyediakan tempat ternakan.

Menyediakan induk untuk pembiakan.

Menjalankan kerja-kerja penetasan telur.

Menternak rega.

Mengasuh benih ternakan.

Menguruskan ternakan.

Menyediakan makanan hidup.

Menyediakan makanan rumusan.

Mengutip hasil ternakan.

Memantau dan merawat penyakit.