Ikatan #15

4
K ebanyakan masyarakat dunia kini sedar akan realiti alam sekitar yang sedang menghadapi krisis pencemaran yang semakin meruncing. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh banyak pihak untuk menyelesaikan masalah ini. Contohnya, Protokol Kyoto yang mewajibkan negara-negara yang menandatanganinya agar mengurangkan kadar pelepasan global gas rumah hijau seperti karbon dioksida. Gas ini telah menyebabkan fenomena pemanasan global yang menaikkan suhu bumi dan mengakibatkan kacau-bilau pada iklim dunia seperti pencairan ais di kutub, peningkatan aras laut dan pelbagai bencana alam. Baru- baru ini pula Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen, Denmark(7-18 Disember) diadakan untuk turut membincangkan masalah yang sama. Namun, hampir kesemuanya gagal membuahkan hasil yang diharapkan. FOKUS

description

Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Mesir).

Transcript of Ikatan #15

Page 1: Ikatan #15

K ebanyakan masyarakat dunia kini sedar akan realiti alam sekitar yang sedang menghadapi krisis pencemaran

yang semakin meruncing. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh banyak pihak untuk menyelesaikan masalah ini.

Contohnya, Protokol Kyoto yang mewajibkan negara-negara yang m e n a n d a t a n g a n i n y a a g a r mengurangkan kadar pelepasan global gas rumah hijau seperti karbon dioksida. Gas ini telah m e n y e b a b k a n f e n om e n a p emana s an g l o b a l y ang menaikkan suhu bumi dan mengakibatkan kacau-bilau pada iklim dunia seperti pencairan ais di kutub, peningkatan aras laut dan pelbagai bencana alam. Baru-baru ini pula Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen, Denmark(7 -18

Disember) diadakan untuk turut membincangkan masalah yang sama.

Namun, hampir kesemuanya gagal membuahkan hasil yang diharapkan.

FOKUS

Page 2: Ikatan #15

Amerika sebagai salah sebuah kuasa besar dunia y a n g s e r i n g m e n j a n j i k a n s e r i b u s a t u ‘ h a r a p a n ’ tersenarai sebagai negara kedua t e r b e s a r d i belakang China da lam kadar pelepasan gas karbon dioksida s e d a n g k a n p o p u l a s i p e n d u d u k n y a hanyalah 5% daripada jumlah penduduk dunia. Malah, sehingga

kini masih lagi berdolak-dalik sebagai satu-satunya negara yang tidak mahu menandatangani Protokol Kyoto.

Pencemaran di daratan, lautan dan udara terus berlaku dan mengakibatkan kesan buruk pada ekosistem iklim dunia ini. Lantaran itu, gempa bumi, jerebu, taufan, kemarau, banjir besar, hakisan daratan, penyakit yang merebak dan sebagainya, semua berlaku dengan tidak menentu akibat pengabaian terhadap pelestarian alam sekitar. Jika berterusan sebegini, bumi akan rosak dan memberi kesan yang lebih negatif kepada penghuninya yang terdiri daripada manusia, flora dan fauna. Isu ini sebenarnya amat serius tidak harus dipandang enteng oleh kita sebagai Muslim.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kemba l i ( insa f dan bertaubat).” (Ar-Rum:41)

Kita harus meyakini bahawa usaha melindungi alam sekitar ialah sebahagian daripada tanggung jawab Muslim dan kesejahteraan alam sekitar hanya dapat terjamin di bawah naungan Islam. Segala usaha hanya akan dapat terlaksana apabila diselarikan dengan

apa-apa yang telah digariskan dalam Islam sebagai agama yang komprehensif dan meliputi seluruh aspek kehidupan.

Allah menyatakan dalam surah Al-An’am ayat 41 bahawa manusia ialah khalifah di muka bumi dan akan diuji dengan apa-apa yang dikurniakan olehNya. Alam sekitar ialah termasuk dalam muka bumi, lalu bagaimanakah sikap kita sebagai khalifah terhadap alam sekitar kurniaan Allah itu? Adakah kita lulus dalam ujian ini?

Muslim seharusnya memahami bahawa alam sekitar ialah nikmat daripada Allah S.W.T. yang amat besar. Bukti yang zahir dinyatakan dalam Al-Quran pada surah An-Nahl ayat 12-18. Jelas dinyatakan dalam sebahagian ayat tersebut bahawa apa-apa yang dijadikan di atas bumi ialah untuk kemudahan manusia.

“...dan supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl:14) manakala pada ayat yang lain pula “...Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Ibrahim:7)

Selain itu, dalam ayat 3-5 Surah Al- Al-Jaathiyah menyebutkan komponen-komponen alam sekitar seperti langit, bumi, kejadian diri,binatang, malam, siang, hujan, tumbuh-tumbuhan dan peredaran angin ialah tanda kewujudan Allah S.W.T. bagi orang yang beriman, yakin dan berakal. Oleh sebab itu, segala cubaan merosakkan alam sekitar seperti merosakkan tanda-tanda yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita agar mengingati-Nya.

Per inc ian I s l am t erhadap

kepentingan alam sekitar amat luas

sehingga tidak cukup untuk dibicarakan

di sini kesemuanya. Namun begitu, apa

yang dapat disimpulkan di sini ialah

Muslimlah yang sepatutnya menjadi

juara dalam usaha pelestarian alam

sekitar kerana alam sekitar tidak akan

dapat diselamatkan oleh apa-apa pun

kecuali dengan penghayatan Islam yang

sepenuhnya dalam diri secara praktikal.

Lalu, penghayatan itu akan melahirkan

individu dan masyarakat yang sedar

serta peka akan kepentingan interaksi

yang sihat antara manusia dan alam.

Protokol Kyoto mewajibkan negara-

negara yang menandatanganinya agar mengurangkan kadar pelepasan global gas rumah

hijau seperti karbon dioksida.

Page 3: Ikatan #15

Assalamualaikum semua.

Salam Maal Hijrah Suri ucapkan. Maal Hijrah? Ya, betul tu. Kita dah masuk Tahun Baru Hijrah

kalau ramai yang masih belum tahu atau tak ingat. Pastinya ramai di antara kita yang hanya

mengingati tarikh hijrah apabila Ramadhan tiba. Menghitung-hitung hari untuk tiba ke bulan

Syawal dan berhari raya.

Jika ditanya berapa hari bulan dalam kalendar Islam hari ini, ramai yang tak boleh menjawabnya

dengan cepat dan tepat. Betul tak? Inilah realiti yang berlaku. Tanpa kita sedari, inilah antara

perancangan dan agenda pihak kafir untuk menghilangkan identiti Islam hinggakan dalam

penggunaan kalendar. Jadi, Suri nak ingatkan supaya kita sentiasa sama-sama mengingati tarikh

hijriah, tarikh dalam kalendar Islam yang telah diperkenalkan dahulu oleh Khalifah Umar Al-

Khattab. Bukan setakat itu, kita juga boleh adakan sedikit sambutan untuk mengingati tarikh-

tarikh bersejarah seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ Mikraj dan hari-hari kebesaran Islam

yang lain.

Eh, bukankah Rasulullah tak pernah buat sambutan-sambutan sebegini di zaman baginda

dahulu? Ini semua bid’ah atau penambahan dalam

agama. Segala bid’ah adalah sesat! Ini lagi satu isu

yang selalu Suri dengar.

Ya, memang betul Rasulullah tak pernah buat dulu.

Tetapi jika kita mengambil peluang dari sambutan

ini untuk mengingatkan tentang sirah Rasulullah

S.A.W., keperibadiannya yang agung, risalahnya

yang kekal dan dijadikan oleh Allah sebagai rahmat

kepada sekelian alam; di manakah bid’ahnya dan di

manakah kesesatannya? Bukankah juga sesuatu

sambutan itu harus dilakukan dan tidak haram

selagi mana ianya tidak disertai dengan perkara-

perkara yang haram seperti percampuran lelaki

perempuan dan sebagainya. Kita juga boleh

mengambil banyak pengajaran dan iktibar daripada

peristiwa-peristiwa tersebut untuk dijadikan

bekalan dalam kehidupan. Jadi, sama-sama kita

fikirkan.

Kalau nak penjelasan lanjut, boleh rujuk fatwa dan

pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengenai isu

ini. Suri pun tak nak berceloteh panjang lebar. Suri

nak pergi tulis azam baru untuk tahun ini. Takkan

bila tiba 1 Januari sahaja kita ada azam baru. Tahun

Baru Hijrah pun mestilah kena ada azam baru.

Sama-sama kita berazam untuk berhijrah ke arah

yang lebih baik, lebih mentaati Allah dan lebih

banyak memberikan sumbangan kepada Islam.

Sampai bertemu lagi. Selamat beramal!

Dari Meja Suri: Maal Hijrah

• Kaji lirik yang berunsurkan sastera.

• Baca banyak jenis buku (buku klasik,

moden) untuk mengetahui pelbagai

cara manusia menyampaikan mesej dan

idea tertentu dalam waktu-waktu

tertentu.

• Kaji dan belajar bermacam jenis ilmu

kesusasteraan (drama, lirik, epik, satira,

tragedi, komedi, atau tragikomedi).

• Belajar bagaimana mahu membentuk

struktur bahasa asal anda (dengan cara

yang betul dan tepat).

• Baca kamus. Mungkin kedengaran pelik,

tapi itu merupakan cara terbaik untuk

mempelajari asal-usul perkataan serta

kesesuaiannya dalam struktur ayat.

• Baca thesaurus seperti

mana anda baca kamus.

Gunakan sebanyak yang

mungkin sinonim dan

antonim.

TIPS

Page 4: Ikatan #15

Sala

m M

aal H

ijrah s

em

ua.

Sem

pena h

ari in

i saya

akan te

mura

mah s

ala

h

seora

ng o

rang y

ang la

lu

lala

ng d

i sin

i.

Bole

h s

audara

cerita

kan

apakah a

zam

saudara

sem

-pena ta

hun 1

431H

ini?

M

engum

pul s

ete

m!

Saudara

, mengum

pul s

ete

m

tu h

obi, b

ukan a

zam

...

Er, y

e k

e?

INTERAKTIF

KOMIK

AZAM 1431H

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas sila hantarkan kepada: [email protected]. Laman web: ismamesir.com