Iklim Dan Budaya Sekolah

2
IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH Pada 15 Februari 2015, opsyen Reka Bentuk dan Teknologi 3, telah menjalani Program Bina Insan Guru “Penanda Aras” ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Muar, Segamat, Johor Bahru. Suasana sekolah tersebut baik di mana keadaan persekitannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Pihak sekolah tersebut telah berganding bahu untuk mewujudkan iklim sekolah yang positif dengan mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok bunga, memelihara kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik darjah dengan pelbagai bahan pengajaran yang menarik. Ditambah pula dengan, hubungan antara pelajar sekolah tersebut dengan guru-guru adalah baik dan mesra. Hal ini dapat mengelakkan pemerosotan prestasi pelajar, masalah ponteng dan disiplin pelajar yang sukar dibendung kesan daripada iklim dan persekitaran sekolah yang negatif. Papan kenyataan di persekitaran sekolah juga dipenuhi dengan maklumat-maklumat mengenai Pelan Pembangunan Malaysia dan Wawasan 2020 di mana dapat memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai pelaksanaannya dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia membolehkan murid-murid mempunyai pengetahuan sejurus dengan isu semasa dalam bidang pendidikan. Perkara pertama kumpulan saya telah bincang dengan Pn. Lethimi tentang iklim dan budaya sekolah ialah mengenai landskap sekolah dan pengaruh bentuk landskap tersebut terhadap

description

senarai semak

Transcript of Iklim Dan Budaya Sekolah

IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAHPada 15 Februari 2015, opsyen Reka Bentuk dan Teknologi 3, telah menjalani Program Bina Insan Guru Penanda Aras ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Muar, Segamat, Johor Bahru. Suasana sekolah tersebut baik di mana keadaan persekitannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Pihak sekolah tersebut telah berganding bahu untuk mewujudkan iklim sekolah yang positif dengan mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok bunga, memelihara kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik darjah dengan pelbagai bahan pengajaran yang menarik.Ditambah pula dengan, hubungan antara pelajar sekolah tersebut dengan guru-guru adalah baik dan mesra. Hal ini dapat mengelakkan pemerosotan prestasi pelajar, masalah ponteng dan disiplin pelajar yang sukar dibendung kesan daripada iklim dan persekitaran sekolah yang negatif. Papan kenyataan di persekitaran sekolah juga dipenuhi dengan maklumat-maklumat mengenai Pelan Pembangunan Malaysia dan Wawasan 2020 di mana dapat memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai pelaksanaannya dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia membolehkan murid-murid mempunyai pengetahuan sejurus dengan isu semasa dalam bidang pendidikan.Perkara pertama kumpulan saya telah bincang dengan Pn. Lethimi tentang iklim dan budaya sekolah ialah mengenai landskap sekolah dan pengaruh bentuk landskap tersebut terhadap pembelajaran murid-murid. Menurut jawapan beliau, landskap sekolah terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah pejabat, bilik darjah, bilik ICT dalam keadaan tersusun serta dengan papan tanda yang sistematik. Beliau menyatakan bahawa bentuk landskap tersebut memudahkan para murid mengenali arah untuk menuju ke tempat yang dikehendaki. Bahagian landskap yang lain adalah tumbuh-tumbuhan yang kehijauan di mana dapat memberi ketenangan kepada murid-murid dan secara langsung mengurangkan situasi yang tegang.