Internet

4
5.1 PENDAHULUAN Penggunaan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang menyemarakkan penyebaran ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan kawalan. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa takut bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengekang kebebasan bersuara penduduk mereka. Penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat- alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malahan kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. 5.2 DEFINISI Penyalahgunaan internet biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi internet. Namun begitu, definisi penyalahgunaan internet sebenarnya mempunyai takrifan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kita boleh mendapatkan definisi penyalahgunaan

Transcript of Internet

Page 1: Internet

5.1 PENDAHULUAN

Penggunaan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran

maklumat yang menyemarakkan penyebaran ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat

mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai

maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga

pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan kawalan.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan

rasa takut bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengekang kebebasan

bersuara penduduk mereka.

Penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang

ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting

dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media

ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan

pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malahan kebanyakan negara mempunyai peruntukan

undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.

Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.

5.2 DEFINISI

Penyalahgunaan internet biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti jenayah yang berkaitan dengan

teknologi dan komputer menerusi internet. Namun begitu, definisi penyalahgunaan internet sebenarnya

mempunyai takrifan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kita boleh mendapatkan definisi

penyalahgunaan internet melalui pelbagai sumber dan maklumat yang sentiasa berubah dan selari

dengan perkembangan dan evolusi IT.

Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER), Leftenan

(Lt.) Kolonel Husin Jazri menyatakan bahawa buat masa ini tidak ada satu definisi ancaman keganasan

atau penyalahgunaan yang sesuai dan diterima pakai oleh semua. Beliau berkata, adalah lebih baik kita

gunakan istilah ``ancaman siber'' dan tidak ``ancaman keganasan siber'' kerana ancaman siber walaupun

Page 2: Internet

tidak semestinya ganas, mampu membawa implikasi yang buruk secara global dalam masa yang amat

singkat. (Utusan Malaysia, Februari 2004)

Takrifan lain mengenai penyalahgunaan internet boleh didapati melalui laman web

(www.techterms.org/definition/internetabuse) iaitu penyalahgunaan internet ditakrifkan sebagai ³criminal

activity done using computers and the Internet. This includes anything from

downloading illegal music files to stealing millions of dollars from online bank accounts. Cybercrime also

includes non-monetary offenses, such as creating and distributing viruses on other computers or posting

confidential business information on the internet´.

Terdapat berbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masa kini. Diantara jenis-jenis

jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna internet ialah:

a. Cetak rompak

b. Judi siber

c. Pornografi

d. Penyalahgunaan laman sosial

Oleh itu berdasarkan beberapa definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa

jenayah siber ialah sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui teknologi internet. Maka melalui

kajian ini, dapat dilihat jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja- remaja khususnya

mahasiswa supaya semua pihak dapat membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sewajarnya

untuk membendungnya.

5.5 KESIMPULAN KAJIAN

Penyebaran ilmu dan maklumat semakin rancak dengan adanya internet sebagai alat

komunikasi. Oleh kerana tiada pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat dalam dunia siber,

berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea,

ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan

kawalan.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini membolehkan

remaja umumnya dan mahasiswa khasnya menggunakan teknologi ini tanpa mengambil kira akibat

Page 3: Internet

perbuatan mereka. Hal ini dapat dibendung sekiranya ada pihak yang dapat membantu mereka untuk

menggunakan kemudahan bukan dengan sewenang-wenangnya.

Seperti yang diketahui, penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat-

alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan

peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.

Namun, bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif

seperti internet. Ini membolehkan penyebaran maklumat dilakukan secara tanpa batasan dan pelbagai

konflik boleh terjadi selepas itu. Walaubagaimanapun, hal ini dapat dibendung sekiranya pengguna

terutama mahasiswa mempunyai jati diri yang kukuh dan mengelakkan diri sendiri dari melakukan

penyalahgunaan.

Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat ketara

kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan

pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang cenderung untuk

menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, masyarakat

sudah pastinya tidak mahu melihat adanya mahasiswa yang melakukan penyalahgunaan internet. Bak

kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

.0 PENUTUP

Penyalahgunaan internet sememangnya mewujudkan pelbagai permasalahan terhadap Universiti

Kebangsaan Malaysia.Reputasi dan nama universiti akan tercalar disebabkan perlakuan yang tidak patut

oleh mahasiswa.Oleh yang demikian, melalui kajian ini diharap telah memberi sedikit gambaran kepada

mahasiswa dan universiti tentang betapa penyalahgunaan internet dan mengapa perlunya

penyalahgunaan internet diatasi dalam kalangan mahasiswa.

Selain itu juga, usaha membanteras perlu diteruskan di samping satu program jangka panjang perlu

difikirkan dari sekarang agar suasana akan lebih baik dari hari ke hari.Jenayah siber akan sentiasa

mengheret bersamanya banyak lagi jenayah-jenayah yang lain. Masalah pengunaan internet tidak datang

bersendirian sebaliknya datang dengan seribu masalah yang lain dari pelbagai aspek.

Page 4: Internet

Penyelidik amat berharap pihak Universiti Kebangsaan Malaysia tidak berputus asa untuk menyelesaikan

masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan mahasiswa.Kepada Allah penyelidik serahkan segala

usaha menyelesaikan masalah ini.