Isi-Linguistik

77
2 1.0 PENDAHULUAN Perkataan linguistik pada dasarnya berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Tugasan ini sememangnya menepati perkara yang dipelajari kerana setiap aspek yang dinilai merupakan antara yang terkandung dalam bidang linguistik ini. Malah, melalui tugasan ini pelajar dapat memperdalam ilmu yang dipelajari. Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, namun subjek ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannya sahaja memerlukan daya penumpuan yang tinggi serta daya pemahaman yang kritis. Hal ini kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu meneroka susur galur linguistik itu sendiri. Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintifik. Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebih mendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyi- bunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yang sememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasa Melayu. 2.0 BIDANG LINGUISTIK Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu “lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai “langage-langue” manakala Italia menyebutnya sebagai “lingua”. Di Sepanyol, bahasa dikenali sebagai “lengua” dan “language” ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

description

bm

Transcript of Isi-Linguistik

Page 1: Isi-Linguistik

2

1.0 PENDAHULUAN

Perkataan linguistik pada dasarnya berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu

bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Tugasan ini

sememangnya menepati perkara yang dipelajari kerana setiap aspek yang dinilai

merupakan antara yang terkandung dalam bidang linguistik ini. Malah, melalui tugasan

ini pelajar dapat memperdalam ilmu yang dipelajari.

Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, namun subjek

ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannya sahaja

memerlukan daya penumpuan yang tinggi serta daya pemahaman yang kritis. Hal ini

kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu meneroka susur

galur linguistik itu sendiri.

Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintifik.

Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara

emprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar-benar wujud tanpa

dipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini

juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebih

mendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyi-

bunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yang

sememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasa

Melayu.

2.0 BIDANG LINGUISTIK

Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu

“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai

“langage-langue” manakala Italia menyebutnya sebagai “lingua”. Di Sepanyol, bahasa

dikenali sebagai “lengua” dan “language” ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran “ics”

dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu

tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

Page 2: Isi-Linguistik

3

Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji

bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik

memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Selain itu,

linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan

sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar.

Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau

„kajian ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of

English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:

“The scientific study of language and its structure, including the study of

grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include

sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,

comparative linguistics, and structural linguistics.”

Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat

beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidanga linguistik seperti linguistik

am, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguuistik kontestual.

Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi pecahan subbidang.

Page 3: Isi-Linguistik

4

Bidang Linguistik

Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

Linguistik Terapan

Linguistik Historis

Linguistik Komparatif

Linguistik Kontekstual

Page 4: Isi-Linguistik

5

2.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga dikenali sebagai linguistik am. Bidang ini mengkaji aspek-

aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan pula dikenali sebagai

linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan

ilmu pendidikan dan psikologi.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,

deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis

buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan

makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga

bahasa asing.

Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan

bahan-bahan untuk mengajar bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta

ialah kaedah terus . Kaedah inimengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan

bahasa asli pelajarnya. Selain itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan

linguistik gunaan, ialah terjemahan dan perkamusan, Perkara yang dikendalikan dalam

bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian

secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang

ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan

dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu

bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik ini juga bertindak

sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakan

bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan

Page 5: Isi-Linguistik

6

2.1.1 Fonetik dan fonologi

Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut

sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran

manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada „fon‟ atau bunyi-bunyi bahasa

dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diintepretasikan. Fonetik juga

menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut

melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-

bunyi bahasa tersebut.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk

Pelatih Maktab Perguruan menyatakan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang

fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan

sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi

manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol

fonetik untuk setiap bunyi.

Rajah 2.1.1 Kedudukan fonetik dalam tatatingkat linguistik.

Fonetik

Fonologi

Morfologi

Sintaksis

Wacana

Pragmatik

Page 6: Isi-Linguistik

7

Fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa merupakan satu

bidang yang amat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini

memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti

morfologi dan sintaksis.

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa

Melayu STPM, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu

bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. F. Parker (1974:112)

mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu

rumus-rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik hasil penulisan Harimurti

Kridalaksana (1984:61) pula menyebut fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang

menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

2.1.2 Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong

kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit

tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada

bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan

yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk, dan

penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Menurut Abdullah Hassan (2007) dalam bukunya Linguistik Am, morfologi ialah

bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan

terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk

perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Page 7: Isi-Linguistik

8

2.1.3 Sintaksis

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu

bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu,

bidang sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa

yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok

perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Secara umumnya, sintaksis dapat didefinisikan sebagai:

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum

atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.

Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui

jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

2.1.4 Semantik

Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini

merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Asal perkataan semantik

ialah daripada kata adjektif Yunani, semantikos yang bermaksud penting atau bererti.

Akmajian et. Al (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah

kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit

linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai

kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Maklumat

semantic merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan

untuk menghuraikan sesuatu bahasa.

Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna,

manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Secara ringkasnya,

semantik mempunyai kaitan dengan bidang pragmatik. Hal ini kerana pragmatik

mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa.

Page 8: Isi-Linguistik

9

Semantik juga bermakna satu kajian yang teorikal tentang makna dalam sistem tanda.

Sebagai contohnya, ayat „Guru Sejarah saya Puan Rini‟ menunjukkan:

i. Hubungan pernyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsure

(tanda), benda dan keadaan dalam dunia sebenar.

ii. Hubungan pada tanda-tanda itu dengan tanda lain yang juga disebut sebagai

konsep.

Kedudukan semantik dalam ilmu linguistik dapat digambarkan seperti dalam

Rajah 2.1.4.

Fonetik Tatabahasa Semantik

Sintaksis Morfologi

Page 9: Isi-Linguistik

10

2.2 Linguistik Terapan

Secara umumnya, linguistik terapan merupakan salah satu bidang baru yang kajian

penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. Antara disiplin yang terdapat dalam linguistik

terapan ialah integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan. Linguistik terapan

bukanlah mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji bahasa secara umum seperti sifat

asas mana-mana bahasa manusia.

Linguistik terapan dapat didefinisikan kepada:

Penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi,

leksikografi, psikolinguistik, dan terjemahan.

(Kamus Linguistik,1997)

Linguistik terapan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori

linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain.

(Arbak Othman, 1986)

Ilmu linguistik terapan digunakan untuk mengkaji bidang pengajaran dan pembelajaran

bahasa, mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji kemahiran bahasa, membentuk

bahan mengajar, mencari satu sistem yang baik untuk mengajar kanak-kanak

membaca unsur-unsur linguistik khususnya bidang fonetik, fonemik dan digunakan juga

untuk menolong mengatasi masalah gagap di kalangan sesetengah penutur khasnya

kanak-kanak.

( Nik Hassan Basri, 2005)

Linguistik terapan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam

pengajaran bahasa, linguistik terapan memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil

kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menullis buku-buku teks.

(Abdullah Hassan, 2005)

Page 10: Isi-Linguistik

11

The study of language teaching. You will sometimes find that stylistics and comparative

linguistics are treated as sub-brunches of applied linguistics.

(Geoffrey Finch,2005)

Bidang linguistik merangkumi beberapa subbidang, seperti:

Fonetik Terapan : Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam

praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk

membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.

Perancangan Bahasa : : Mempelajari bahasa dalam konteks perkembangan

bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa.

Pembinaan Bahasa : Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa

yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan

diamalkan oleh penutur jati.

Pengajaran Bahasa : Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa

asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.

Penterjemahan : Mempelajari bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan

daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.

Grafonomi atau Ortografi : Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam

bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan.

Grafologi : Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib,

kesesuaian dan keberuntungan penulis.

Leksikografi : Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon dalam

bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Ilmu ini juga dinamakan juga sebagai

ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus.

Mekanolinguistik : Mempelajari bahasa yang digunakan dalam penyusunan

program mekanik.

Medikolinguistik : Mempelajari bahasa untuk diterapkan dalam pengubatan.

Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius.

Page 11: Isi-Linguistik

12

Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik) : Mempelajari bahasa dalam konteks

penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira

situasi, maksud, status penutur.

Leksikostatistik : Ilmu yang mempelajari usia kata sejak kewujudannya dengan

menggunakan rumus statistik. Ilmu ini penting untuk menentukan bahasa induk

atau proto.

2.2.1 Linguistik Teoritis

Lazimnya, kebanyakkan ilmu dibezakan mengikut aspek teoritisnya dan manfaatnya

secara praktis. Sebagai contohnya, ilmu psikologi meneliti pengalaman manusia

menurut perkembangan, emosi, perasaan, watak, hubungan dengan sesame manusia

dan sebagainya. dalam bidang kaunseling, psikologi diterapkan pada persoalan konkrit

dan disebut psikologi terapan.

Dalam bidang leksikologi pula (penelitian semantik tentang perbendaharaan

kata, dapat digunakan sebagai „leksikografi‟ atau penyusunan kamus. Oleh itu,

leksikografi disebut leksikologi terapan.

2.2.2 Linguistik Deskriptif

Linguistik deskriptif merupakan satu cabang linguistik yang menghuraikan sesuatu

bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. contohnya, ilmu linguistik yang

menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat

Melayu pada hari ini. Walaubagaimanapun, linguistik deskriptif hanya membuat huraian

tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-

bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu.

Linguistik ini tidak mengkaji sejarah perkembangan atau pertumbuhan bahasa

Melayu sebaliknya menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif. Selain

itu, linguistik ini juga menghuraikan bentuk dan sistem bahasa secara empirical iaitu

Page 12: Isi-Linguistik

13

seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. Linguistik deskriptif boleh digunakan

untuk mengkaji dan menghuraikan sebarang bahasa yang terdapat di dunia sama ada

bahasa Melayu, bahasa Jawa, bahasa Tamil, bahasa Perancis dan sebagainya.

2.2.3 Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan

bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa

itu.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan

untuk membandingkan sistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada

dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan

dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam

sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Kaedah terawal untuk jenis

ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan

tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan

kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa

yang dibandingkan.

Linguistik hubungan pula memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang

hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang

terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk

memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui

masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu

bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara

sinkronik dan diakronik. Kajian secara sinkronik merupakan satu kajian secara

terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu manakala kajian

secara diakronik pula membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan

perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

Page 13: Isi-Linguistik

14

Terdapat 2 kaedah dalam linguistik perbandingan iaitu:

Kaedah leksikal massa

Kaedah ini menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembangan-

perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-

bahasa yang lebih kurang serupa.

Kaedah glotokronologi

Kaedah ini mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan

tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

2.2.4 Linguistik Diakronik

Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahasa (atau bahasa-bahasa) pada masa yang

tidak terbatas. Lazimnya, kajian linguistik bersifat historis dan komparatif. Linguistik

diakronik ini bertujuan untuk mengetahui sejarah struktural sesuatu bahasa beserta

dengan segala bentuk dan perubahannya. Linguistik ini juga memeriksa bagaimana

bahasa berubah dengan berlalunya masa yang kadangkala selama berabad-abad

lamanya.

2.2.5 Linguistik Sinkronik

Menurut Ferdinand de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique Generale, beliau

telah menganjurkan satu bidang kajian bahasa yang tidak hanya meneliti perkara-

perkara yang historis, tetapi juga struktur bahasa tertentu tanpa memperlihatkan aspek

diakroniknya. Bidang kajian tersebut dikenali sebagai sinkronik. Linguistik sinkronik

atau linguistik huraian adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa

yang tertentu.

Beliau juga menyatakan bahawa kajian bahasa secara sinkronik amat perlu,

meskipun beliau banyak berkecimpung dalam kajian diakronik. Kajian sinkronik bahasa

mengandungi sistem yang tinggi, sedangkan kajian diakronik tidak begitu.

Page 14: Isi-Linguistik

15

2.3 Linguistik Historis

Bidang linguistik historis menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan

perkembangan struktur bahasa dari dulu dan kewujudannya hingga kini. Linguistik ini

juga dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif.

Sebagai contohnya, linguistik historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan

perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini.

Linguistik ini juga mengkaji sejarah perkamusa bahasa Melayu atau sejarah sistem

ejaan bahasa Melayu dan seumpamanya. Perkara yang diutamakan dalam bidang

kajian linguistik historis ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam

bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.

2.4 Linguistik Komparatif

Linguistik komparatif merupakan satu cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara

perbandingan, iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan

antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain sama ada dari segi fonologi,

morfologi, sintaksis dan seumpamanya.

Lazimnya, ahli-ahli bahasa membanding-bandingkan ciri-ciri bahasa serumpun

seperti membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa, bahasa Tagalog,

bahasa Iban, bahasa Kadazan dan bahasa Murut. Terdapat juga ahli bahasa yang

membandingkan struktur bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti

membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan ayat

bahasa Inggeris. Selain itu, linguistik komparatif turut membuat perbandingan antara

dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Perbandigan juga dilakukan

untuk membandingkan bidang fonologi, morfologi dan sintaksis antara dialek-dialek

seperti dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek Perak dengan bahasa Melayu

baku.

Page 15: Isi-Linguistik

16

2.5 Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin

akademik yang lain. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik

merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan

masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan

falsafah berinteraksi dengan linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan

linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,

linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. Sosiolinguistik, linguistik

antropologi dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-

interaksi linguistik dengan masyarakat secara keseluruhannya.

Page 16: Isi-Linguistik

17

H PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke

hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman

Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman

Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah

berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun,

titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada

kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan

kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani

dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada

zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang

pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu

tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan

dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan

seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang

bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa

bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah

Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi

pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

Page 17: Isi-Linguistik

18

4.1 Zaman Yunani

Dalam sejarah linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian

bahasa bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamaduan Yunani merupakan satu

pengkajian bahasa terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan

dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum Masihi. Disebabkan

seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang

bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa

bermula zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa

merupakan satu teras kepada bermulanya satu fasafah yang menjadi pegangan dan

kekuatan masyarakat ketika itu.

Antara perkara-perkara yang disentuh mereka adalah soal-soal mengenai asal

usul perkataan, keterangan-keterangan tentang gejala bahasa dan huraian-huraian

mengenai bahasa yang dilandaskan kepada bahasa bertulis. Dalam pengkajian tentang

bunyi, orang-orang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan.

Dengan menggunakan bahasa tulisan sebagai dasar dan sumber penghuraian, maka

huraian-huraian mereka terlalu dipengaruhi oleh keangkuhan mereka dengan

kemegahan falsafahnya bahawa bahasa Yunani bertulis itu adalah termulia dan

semuelajadi, dan harus dipatuhioleh setiap pemakai jika mereka inginkan taraf dan

kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya, bahasa itu dianggap tetap dan tidak

boleh berubah-ubah, lalu tidak harus pula diperbaiki kerana bahasa mereka itu sudah

sempurna dan termulia.

Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan

Aristostle, iaitu murid Plato. Plato (427-347) merupakan ahli falsafah pertama yang

mengenal pasti dan menyelidiki bahasa sebagai satu masalah dan persoalan melalui

karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cartylus telah mencetuskan

kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempecayai

bahawa bahasa bersifat alamiah, dan logis dengan kumpulan anamolis yang berpegang

kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan

persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau

Page 18: Isi-Linguistik

19

konvensyen, iaitu berdasarkan persutujuan masyarakat. Beliau juga menyelidiki tentang

tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah

meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai

penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322

sebelum Masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata

penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah

bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristostle merupakan sarjana yang mula-mula

mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain

yang dikembangkan oleh Aristostle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk

retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia,

tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai

cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

4.2 Zaman Iskandariah

Zaman Iskandariah bermulapada abad ketiga tahun Masihi. Sebagai sebuah tanah

jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik

tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan,

iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan

kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenal

bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskripstif yang terdiri daripada

turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Alexanderia adalah satu daripada tanah jajahan Negara Yunani yang sejak

permulaan abad ke-3 telah berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan

linguistik. Kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan

timbulnya suatu kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan dalam teks mereka

dikatakan suatu yang paling tulin, betul dan murni, berbanding dengan bahasa Koloquil

Page 19: Isi-Linguistik

20

mereka sehari-sehari. Malahan, bahasa yang bertulis oleh orang-orang Attik adalah

lebih sempurna dan tulin daripada bahasa pertuturan mereka ketikaitu. Anggapan

serupa ini tidak sekali-sekali betul melainkan jika kita merujukannya kepada suatu

bentuk bahasa yang dipilih sebagai paling standard. Bahasa Plato yang dikatakan

bahasa Yunani yang sempurna dan tulin itupun tidak seluruhnya benar, melainkan jika

dibandingkan dengan bahasa orang-orang Iskandariah yag buta huruf pada ketika itu.

Hubungan di antara bahasa tulisan dengan bahasa yang dituturkan sebenarnya erat

sekali.

Istilah tatabahasa yang diamalkan oleh orang-orang Yunani selama ini

sebenarnya berpokok kepada bahasa bertuli. Pada masa ini belum ada lagi usaha

untuk memberikan perbezaan yang konsisten antara bunyi-bunyi dengan huruf yang

melambangkan bunyi-bunyi itu. Sarjana-sarjana Iskandariah tidak membuat

pembaharuan dalam hal ini, tetapi hanyalah melanjutkan sahaja usaha-usaha seperti ini

oleh orang-orang Yunani.

Apa yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Iskandariah adalah melanjutkan usaha

ahli tatabahasa Stoik.Tatabahasa tradisional Yunani itu dikatakan telah dikodifikasikan.

Berbeza dengan sarjana Stoik, sarjana Iskandariah adalah golongan analogis dan

penyelidikan mereka mengenai keseragaman dalam bahasa telah menyebabkan

mereka menubuhkan pola-pola fleksi. Buku nahu yang ditulis oleh Dionysius Thrax,

iaitu Techne, adalah satu-satunya yang paling baik, komprehensif dan sistematik

pernah diketahui tercetak di Eropah Barat.

4.3 Zaman Rom

Orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.

Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.

Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem

Page 20: Isi-Linguistik

21

bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang

kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun

sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada

semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

Setelah runtuhnya zaman Iskandariah, pusat pengajian berpindah ke Rom.

Usaha-usaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah

diakukan khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah

dibuat terhadap bahasa Latin. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang

tatabahasa tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah dilakukan oleh

orang-orang Yunani sebelum darinya. Cuma yang berbeza adalah dari segi bahasa

yang dikaji itu sahaja. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani, manakala orang-orang

Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh oran-orang Roma sama sahaja

dengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani terhadap bahasa yang dikaji oleh

mereka itu. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan pengkajian

tatabahasa zaman Roma. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat

pengkajian orang-orang Yunani seperti Aristostle. Pengaruh orang-orang Iskandariah

dan Stoik misalnya, jelas sekali terlihat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian

tentang bahasa Latin.

Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani

bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaianterhadap bahasa, bahkan juga

dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa, persamaan yang dikatakan

hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan

bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala,

dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa

di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan.

Page 21: Isi-Linguistik

22

Dalam zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga.

Sebenarnya, apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma itu

hanya mengubahsuai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa

Latin. Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani

telah dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyak

membuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang tatabahasa

tradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.

Appolonius Discollus

Beliau mungkin merupakan orang yang pertama sekali bertanggungjawab dalam

mengkodifikasikan bidang sintaksis dengan bergantung kepada hasil kajian orang-

orang Yunani yang terdahulu. Beliau dikatakan telah banyak menerima pengaruh

daripada penghuraian tatabahasa Yunani yang telah dilakukan oleh Dionysius Thrax.

Appolonius telah melakukan kajiannya dengan berdasarkan kepada bahan yang

terdapat di dalam Techne oleh Thrax dan bahan-bahan pemerhatian yang telah

dilakukan oleh penulis-penulis yang lebih dahulu dalam bidang sintaksis.

Appolonius dengan tegas telah menubuhkan penghuraian sintaksisnya dengan

berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, di

samping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan

kedua-dua jenis utama tadi. Antara yang menarik menngenai kerja-kerja Appolonius ini

adalah usahanya menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan

kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama atau ganti nama dengan kata

kerja. Selain dari itu, beliau merupakan ahli tatabahasa yang benar-benar menyedari

akan hakikat penggolongan perkataan-perkataan tertentu yang sama dengan

menggunakan teknik penggantian.

Page 22: Isi-Linguistik

23

M.T. Varro (116-27 SM)

Varro hidup semasa dengan Thrax. Oleh yang demikian, beliau juga menyedari

kontroversi bijak pandai Stoik dan Iskandariah. Varro merupakan seorang penulis

tatabahasa yang bebas dan asli mengenai beberapa aspek dan pegangan linguistik

bahasa Roma. Dalam pada itu, cara penghuraian beliau pernah dikritik sebagai tidak

menarik, tetapi dalam bidang masalah-masalah linguistik beliau telah dianggap sebagai

ahli tatabahasa yang paling tulin dalam kalangan bijak pandai bahasa Latin. Beliau

telah banyak terpengaruh dengan pemikiran orang-orang Stoik.

Varro berpendapat bahawa bahasa adalah seragam. Dia berpendapat yang ahli

anomali adalah salah faham kerana tidak melihat seragaman bahasa yang semulajadi.

Dalam bidang morfologi, Varro telah menghuraikan beberapa kategori tatabahasa yang

tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada

acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani yang terdahulu. Di

sinilah letaknya keaslian dan ketulinan beliau dalam penghuraian tatabahasa Latin itu.

Princian (500 TM)

Hasil kajian beliau yang diberi namanya Institutiones gramaticae telah diterima

sebagai suatu yang standard untuk beberapa lama, bahkan diterima sebagai satu yang

standard untuk beberapa lama, bahkan hingga sekarang. Dalam pada itu

penghuraianya terhadap tatabahasa tradisional Latin itu dikatakan tidak konsisten,

malahan kriteria yang dipakai bercampur-aduk antara yang formal dengan bersifat

semantik. Dalam banyak hal, Priscian bergantung dengan banyaknya kepada usaha-

usaha Thrax dan Appolonius khususnya dalam bidang penggolongan perkataan dan

penentuan perkataan-perkataan kepada jenis-jenisnya.

Priscian menggunakan perkataan analogia untuk maksud unsur-unsur fleksi

perkataan-perkataan yang seragam. Anomalia yang bermaksud „tidak seragam‟

merupakan istilah teknikal yang kerap dipakai dalam tatabahasa dalam kalangan

kepada jenis-jenisnya.

Page 23: Isi-Linguistik

24

Fikiran dan pandangan Varro mengenai pembahagian perkataan-perkataan

Latin, mahupun penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan

banyaknya dalam cara penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang

dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dibuat oleh Priscian pada

umumnya, tatabahasa Priscian yang mengandungi 18 buah buku yang diterbitkan

hingga hari ini dapatlah dianggap sebagai kajian grammarian orang-orang Roma yang

representatif.

Antara perkara-perkara yang dikaji dengan baiknya oleh beliau termasuklah

penjenisan bunyi-bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang

dihasilkan itu. Bidang fonetik melampaui kajian mengenai suku kata yang dikatakan unit

yang boleh dituturkan dalam satu hembusan nafas. Dalam bidang morfologi pula,

penghuraian beliau itu adalah kurang memuaskan jika dibandingkan dengan kajian

yang telah diakukan oleh Varro. Dalam bidang morfologi, beliau telah menyentuh antara

lain soal-soal pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi dan

sebagainya.

4.4 Zaman Pertengahan

Zaman Pertengahan juga dikenali zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula

meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini

menggunakan imu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti suesuatu

bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil

tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini juga teori sebab

musabab, kelainan logka dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula

berkembang. Golonan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa

pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain

terutama bahasa Inggeris.

Page 24: Isi-Linguistik

25

Bahasa Latin tetap mengambil tempat yang terpenting sebagai alat yang dipakai

dalam seluruh sistem pendidikan di zaman ini bahasa Latin yang telah terpakai sebagai

bahasa pengantar untuk semua bidang perhubungan dalam kebudayaan, iaitu

termasuk sebagai bahasa penantar untuk semua bidang perhubungan dalam

kebudayaan, iaitu termasuk sebagai bahasa pengantar yang mesti dikuasai oleh semua

pelajar-pelajar di sekolah, adalah didasarkan kepada tatabahasa Priscian dan

Donatus. Bahasa Latin pada ketika itu merupakan bahasa pengantar asing dalam

bentuk tulisan. Dalam abad pertengan orang-orang Eropah, mencurahkan minat

mereka terhadap bahasa Latin semula, iaitu yang menjadi bahasa gereja dan bahasa

ilmiah.

Sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja-kerja analisa tentang bahasa

Latin khususnya mengenai tatabahasanya, yang kita anggap selama ini sebagai

tatabahasa tradisional. Kajian-kajian mereka mengenai tatabahasa itu masih ini sebagai

tatabahasa tradisional.Kajian-kajian mereka mengenai tatabahasa itu masih

memberikan pertimbangan-pertimbangan falsafah yang digalurkan kepada kajian

bahasa

Segala ramalan-ramalan mereka mengenai bahasa yang kita anggap tidak benar

adalah sebenarnya benar pada zaman itu sekalipun tidak muasabah pada masa ini.

Pandangan mereka terhadap sifat-sifat bahasa yang dikatakan universal itu sebenarnya

tumbuh kerana kedudukannya bahasa Latin itu sendiri yang dianggap sempurna

dengan mengenepikan taraf bahasa-bahasa vernikular yang jikapun ada pada ketika

itu, dipengaruhi oleh bahasa Latin. Dalam pada itu, kedudukan bahasa Latin tetap kita

akui sebagai suatu faktor yang penting dalam perkembangan taabahasa semua bahasa

di dunia.

Page 25: Isi-Linguistik

26

4.5 Zaman peralihan (Renaissance) dan Selepasnya

Pada zaman ini, tatabahasa merupakan satu alat panduan bagi memahami

kesusasteraan kesusasteraan dan menuliskan bahasa Latin yang baik dan bermutu.

Erasmus (1513) telah menerbitkan satu kajian mengenai sintaksis bahasa Latin iaitu

dengan berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Donatus itu.

Pada zaman ini telah bermula minat ahli bahasa vernacular dan tatabahasa-

tatabahasa vernikular telah banyak diterbitkan. Dengan mulanya zaman peralihan dan

sesudahnya, pengkajian terhadap bahasa-bahasa vernikular telah mula berkembang

dengan pesat dan jumlah tatabahasa semakin bertambah, yakni sesudah terciptanya

De vulgaria eloquenta oleh Dante. Bahkan konsep-konsep tradisional telah diperluas

kepada bahasa-bahasa di Eropah. Pada umumnya, kajian mengenai tatabahasa pada

zaman ini, baik di sekolah-sekolah mahupun di university masih bersifat tradisional.

Kebanyakan tatabahasa yang dihuraikan pada zaman ini bersifat spekulatif.

Tatabahasa normatif kemudiannya disuburkan kembali di Perancis (abad ke-17) oleh

guru-guru di Port Royal. Pada tahun 1660, akademi ini telah menerbitkan karangan

yang paling terkenal iaitu Grammaire generale et raisonnee (tatabahasa umum

berurai) dengan tujuan untuk memperlihat bahawa struktur bahasa itu merupakan hasil

daripada sebab musabab.

Zaman peralihan telah banyak menarik minat ahli-ahli bijak pandai melakukan

kahian terhadap catatan-catatan bahasa mereka yang lebih tua. Antara kerja-kerja ini

termasuklah kajian mengenai catitan-catitan purba bahasa Inggeris dan hubungannya

dengan bahasa Fristian, Belanda, Jerman, Scandinavia dan bahasa Ghotik. Kerja ini

telah dilaksanakan oleh Franciscus Junius (1589-1677) yang kemudiannya disambung

usahanya ini oleh Geoge Hickes (1642-1715) yang telah menerbitkan tatabasa Gothik

dan Anglo-Saxon.

Page 26: Isi-Linguistik

27

4.6 Zaman Arab

Dengan runtuhnya zaman Roma, perkembangan ilmu linguistik berpindah ke Baghdad

iaitu pusat pengajian tinggi zaman Islam. Eropah pada waktu itu mengalami sejarah

gelap dan ilmu linguistik terus berkembang melalui sumbangan-sumbangan daripada

ahli-ahli bahasa dalam sejarah Islam seperti Al-Khalil di Basrah, Al-Masri dan lain-lain.

Sejarah gelap yang melanda Eropah dalam zaman pertengahan menyebabkan

kegiatan-kegiatan dalam hidup ilmu linguistik menjadi terhad, kerja-kerja menyelidiki

bahasa telah dijalankan oleh paderi-paderi di gereja-gereja dengan penumpuan diberi

kepada perkembangan perkataan-perkataan. Dalam pada itu, terdapat perkembangan

yang penting dalam zaman ini. Tradisi Yunani dan Roma mempengaruhi penghuraian

Eropah yang lain-lain. Buku tatabahasa yang ditulis oleh Thrax dan Techne

diterjemahkan ke dalam bahasa Syria yang dikatakan mempunyai pengaruh langsung

terhadap bahasa Arab yang pada mulanya dipengaruhi oleh bahasa Syria terjemahan

daripada buku tatabahasa tradisi Yunani-Latin Thrax. Bahasa Hebrew juga telah

dopengaruhi oleh buku ini melalui tatabahasa Arab. Kesemua nahu Eropah dan bukan

Eropah seperti Armenia, Syria, Hebrew dan Arab dipengaruhi oleh tradisi Yunani-Latin.

Dalam masa inilah ilmu linguistik berkembang di Negara Arab dengan agak

pesat. Kajian mereka sudah agak maju, merangkumi penghuraian fonetik yang agak

lengkap dengan tujuan mengekalkan pengucapan al-Quran dengan betul. Dalam

bahagian tatabahasa, mereka telah menggunakan dasar paradigm dalam analisa

bahasa. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma

sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan perkataan dalam bahasa Arab.

Pada mulanya minat mereka tertumpu dalam bidang perbendaharaan kata, maka

mereka melanjutkan kerja-kerja mereka dalam bidang leksikografi sehingga dapat

mereka menerbitkan kamus yang lengkap dan memuakan dalam bhasa Arab.

Page 27: Isi-Linguistik

28

4.7 Zaman India

Zaman India pula telah menggunakan bahasa Sanskrit dengan meluas dan

memberikan kesan besar kepada imu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada

tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada

Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tradisi linguistik India tidak pula kurang pengaruhnya terhadap perkembangan

ilmu linguistic moden, di mana sekurang-kurangnya tradisi inilah yang telah membawa

perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah dalam abad ke-18.

Pengetahuan linguistik atau tradisi tatabahasa di India adalah lebih awal dari yang

diketahui berlaku di Yunani, iaitu seawal lebih kurang 300 SM. Kajian yang telah dibuat

adalah mengenai bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci yang terpakai dalam kitab sucinya

Rig-Veda. Hasil Panini (kira-kira kurun ke-4 SM), yang dianggap paling lengkap

berbanding dengan hasil tatabahasa India yang lain mengandungi lebih kurang seribu

makalah yang masih lagi tersimpan jelas memperlihat gejala perkembangan ilmu

linguistikstruktural oleh orang-orang Hindu.

Ahli bahasa India melebihi kejayaan ahli tatabahasa linguistik Yunani dan Roma

dalam bidang bukan sahaja fonetik, bahkan juga morfologi. Dalam bidang morfologi,

Panini tidak sahaja mengkaji teks agama, khususnya tentang struktural kata dengan

tujuan mengekalkan penggunaan bahasa agama yang murni, tetapi juga bahasa

sebutan kontemporari yang diketepikan oleh orang-orang Yunani. Mereka telah pun

memulakan kerja-kerja yang melibatkan penyusunan rumus-rumus yang teknikal

sifatnya pernah dibuat sebelumnya. Selanjutnya, demi kepentingan ekonomi ruang,

mereka telah menggunakan simbol-simbol dan singkatan-singkatan dalam penghuraian

tatabahasa Sanskrit mereka sehingga perkara-perkara ini begitu mempengaruhi

sarjana-sarjana Barat di Eropah. Mengetahui tatabahasa Sankrit Panini itu, maka sikap

ahli-ahli bahasa Eropah terhadap bahasa turut berubah. Kitab ini diterbitkan kembai di

Eropah oleh Otto Bohtlingk dalam abad ke-19, akan tetapi isinya sudah diketahui lebih

dahulu daripada naskah India.

Page 28: Isi-Linguistik

29

Pendek kata, ahli tatabahasa Hindu telah banyak mengajar orang-orang Eropah

cara-cara menganalisa bentuk-bentuk bahasa yang memerlihatkan kesamaan tertentu

antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan dengan huraian yang lengkap

tentang bahasa Sanskrit itu telah membuka jalan kepada bidang baru dalam sejarah

ilmu linguistic iaitu ilmu perbandingan bahasa.

4.8 Zaman Linguistik Perbandingan (komparatif)

Sejarah perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke-19. Pendekatan

yang agak objektif dan saintifik terhadap pengkajian bahasa bermula dengan pengaruh

zaman baru yang diterokai melalui pengkajian ilmu anthropologi dan sosiologi, iaitu

bidang yang menkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Ahli anthoropologi dan sosiologi seperti Dirkhymes, Malinowski, Von Humboldt dan lain-

lain adalah orang-orang yang mengkaji ilmu kemasyarakatan dengan berdasarkan

bukti-bukti yang dapat dipertanggungjawabkan. Ahli-ahli linguistik dalam abad ke-19

telah terpengaruh dengan pendekatan bidang ini dalam pengkajian bahasa kerana

pendekatan yang dibuat dalam ilmu kemasyarakatan itu adalah berdasarkan kepada

bukti-bukti yang nyata.

Kajian bahasa dalam kurun ke-19 memperlihat kegiatan-kegiatan

memperbandingkan bahasa-bahasa. Kesedaran telah mulai timbul terhadap gejala

perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan antara bahasa-bahasa yang

berhubungan yang telah melahirkan bahasa-bahasa di dunia. Sebagai contoh

persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah talah membuktikan

kekeluargaan golongan bahasa-bahasa Indo-Eropah. Dalam usaha ini, yang penting

sekali ialah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik mahupun struktur

tatabahasanya antara beberapa bahasa yang dibanding.

Ilmu perbandingan bahasa adalah cabang ilmu linguistik yang mengadakan

perbandingan antara bahaa-bahasa. Tujuannya tidak lain adalah untuk mencari dan

Page 29: Isi-Linguistik

30

menentukan kekerabatan antara bahasa-bahasa. Pada peringkat permulaan zaman

ilmu perbandingan ini, kajian lebih banyak ditumpukan pada bidang fonetik kerana inya,

bidang ini merupakan ukuran yang paling tepat bagi menentukan pertalian antara

bahasa-bahasa yang sekeluarga. Jika sesuatu bahasa tergolong kepada satu rumpun

tertentu yang sama, ciri-ciri persamaan tetap ada pada sekumpulan perkataan yang

menjadi dasar bahasa itu dengan bahasa-bahasa lain yang tergolong ke dalam

keluarga yang sama. Sekalipun telah berlaku perubahan sebagai akibat pemisahan

oleh batas geografi dan sebagai akibat pemisahan oleh batas geografi dan sebagaiya,

perubahan-perubahan itu sebenarnya perbezaan-perbeaan bunyi yang berlainan itu

sebenarnya dapat diterngkan melalui hukum-hukum bunyi.

Pada umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha kea rah

menentukan rumpun-rumpun bahasa di dunia melalui perbandingan. Hasil daripada

kajian mereka itu terdapatlah rumpun-rumpun bahasa sedunia, antaranya termasuklah

bahasa-bahasa rumpun Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugrla, Bantu, Tibeto-

China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain yang masing-masing rumpun

itu mempunyai golongan bahasa yang kecil.

4.9 Zaman Moden

Zaman ini dikatakan sebagai permuaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-

19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu

antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka

turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau

kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpum yang sama.

Kesan daripada ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di

dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga

kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hokum baru mula

wujud yang dikenali sebagau hokum R-G-L dan R-D-L.

Page 30: Isi-Linguistik

31

Sejarah perkembangan linguistik zaman moden abad ke-20 pula memberi penekanan

kepada „linguistik deskriptif‟. Oleh yang demikian, abad ke-20 lebih dikenali sebagai

zaman linguistik deskriptif.Tokoh yang mula-mula sekali memperkenalkan teori

deskriptif ialah Ferdinand de Sassure yang telah menjadi terkenal dengan hasilnya

„Cours de linguistique generale’ yang telah diterbitkan dalam bahasa Perancis pada

tahun 1915 dan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade

Baskin pada tahun 1959. Bukunya ini merpakan daya usaha murid-muridnya juga,

iaitu yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau itu

sehingga terhasilnya bentuk buku dengan nama Course in General Linguiscs itu.

Ferdinand de Saussure adalah orang yang pertama yang telah mengasaskan

ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai „bapa ilmu linguistik moden‟ telah

terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang

pengkajian bahasa cara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang

yang pertama mengemukakan malahan menekankan tentang pentingnya tinjauan

megenai bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza iaitu kajian sinkronis dan kajian

diakronis.Antara lain, beliau telah mengemukakan bahawa linguitik deskriptif

(sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistic historis dan masing-masingnya

menggunakan pendekatan yang berlainan dalam usaha menganalisa bahasa.

Penekanan ini tidak lain adalah merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan

penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah.

Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang

wujud sebagai satu „keadaan‟ pada sesuatu masa yang tertentu. Seorang ahli bahasa

mengumpulkan contoh-contoh yang terdapat pada suatu masa, menghuraikannya

tanpa sebarang pertimbangan diberi dari segi sejarah perkembangan yang dilaluinya.

Dengan kata lain, lenguistik sinkronis bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa

pada satu waktu yang tertentu. Kajian ini berminat khususnya kepada „keadaan‟ bahasa

pada satu masa dan mengenepikan sama sekali proses-proses yang terlibat dalam

menubuhkan „keadaan‟ bahasa itu sendiri pada masa-masa lampau.

Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah

merupakan bidang linguistic diakronis, iaitu bidang yang mempelajari perkembangan

Page 31: Isi-Linguistik

32

yang dilalui oleh bahasa melalui masa. Dengan kata lain, linguistik diakronis bermaksud

kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa, perubahan-

perubahan bahasa dan sebagainya.

Linguistik diakronis pada hakikatnya merupakan kajian yang merangkum

linguistic perbandingan (komparatif) dan linguistik sejarah atau salah satu daripanya.

Linguistik lomparatif-historis bertugas antaranya membandingkan berbagai bentuk

bahasa yang berkerabat, di samping berusaha mencari dan merekonstruktursi bahasa

induk yang daripadanya berbagai bahasa itu diturunkan.

Page 32: Isi-Linguistik

33

5.0 TEORI BAHASA

Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau

„belajar ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews 1997). Selain itu, linguistik ialah suatu

sains yang mengkaji bahasa ( Abdullah Hassan, 1984 : 2 ). Bahasa ialah kebolehan

semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang

dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Menurut

Kamus Dewan edisi ketiga ( 1996:87 ) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang

dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu

pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada

yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat

baru. Tuntasnya, teori bahasa ialah segala pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli

linguistik yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan

pembelajaran bahasa.

Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah bergantung pada bagaimana

pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah

mengkaji bagaimana pembelajaran bahasa berlaku dan menghasilkan beberapa teori.

Tetapi, hanya terdapat dua teori sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya

mendasari perkaedahan dalam pengajaran bahasa. Teori-teori ini ialah teori mekanis

yang mewakili aliran behaviorisme dan teori mentalis yang mewakili aliran kognitif.

Page 33: Isi-Linguistik

34

5.1 TEORI MENTALIS

Teori mentalis menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan

memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran. Selain itu,

teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu

kebolehan khas manusia secara semula jadi. Teori ini menganggap bahasa adalah

sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini

boleh berlaku setelah ia menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada

telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Apa yang perlu dikaji ialah proses yang

terjadi di dalam otak dan saraf yang membolehkan pembentukan dan penghasilan

bahasa tersebut.

Teori ini sangat menegaskan „makna‟ dan proses-proses yang tersembunyi yang

terlibat dalam penghasilan bahasa. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian

bahasa mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak dapat difahami adalah

tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran bahasa, teori ini

menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Selain itu, teori ini menganggap

pengetahuan seseorang pelajar tentang struktur-struktur bahasa yang hendak dipelajari

itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini memudahkan pembelajaran bahasa itu.

Teori mentalis mengutarakan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir

sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa kerana telah dilengkapi oleh

peranti pemerolehan bahasa ( Language Acquisition Device ) atau LAD dan perkara ini

adalah semula jadi. Selain itu, dalam proses penguasaan bahasa, terdapat dua

bahagian penting iaitu bahagian pertama ialah kemampuan atau kecekapan dan yang

kedua disebut prestasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran,

pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk

kebiasaan. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan

bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Teori ini juga menyatakan bahawa

kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi adalah satu

percubaan hipotesis.

Page 34: Isi-Linguistik

35

5.1.1 Teori Perkembangan Kognitif : Jean Piaget

Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa

Swiss. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak- kanak boleh dibahagikan

kepada empat peringkat ( Abd. Aziz Abd. Talib, 2000).

Peringkat pertama melibatkan tahap motor - sensori iaitu bermula umur 0

hinggalah dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit namun

kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik. Perlakuan kanak-

kanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor ( fizikal).

Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur

dua hinggalah tujuh tahun. Perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun.

Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa

mereka menjadi lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin

meluas.

Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas

tahun. Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya mampu berfikir

secara konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal.

Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah

15 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak mula matang dan mampu berfikir secara logik

untuk menyelesaikan masalah termasuklah masalah secara abstrak.

Mengikut Piaget, pola pemikiran murid boleh ditentukan dengan menganalisis

respons mereka terhadap soalan yang melibatkan manipulasi bahan biasa. Contohnya,

manipulasi bahan yang berubah bentuk seperti menuang cecair dari sebuah bikar ke

dalam tabung uji. Soalan yang diutarakan ialah adakah kuantiti cecair itu masih sama

apabila aras air yang diperhatikan telah berubah.

Page 35: Isi-Linguistik

36

Pandangan kanak-kanak dalam apa yang dikatakan masa pemikiran instuisi ( 4-

7 tahun ) akan dipengaruhi oleh kesan persepsi. Oleh sebab murid terpengaruh dengan

tingginya cecair dalam bekas yang sempit, mereka mengandaikan bahawa terdapat

lebih banyak cecair di dalamnya. Murid itu tidak dapat membuat hubungan antara

perubahan dalam satu dimensi dengan dimensi yang lain.

Kemajuan besar dalam perkembangan kognitif kanak-kanak semasa berumur 6

atau 7 tahun ialah memahami konsep keabadian, iaitu kuantiti masih sama walaupun

perubahan persepsi berlaku pada bentuk. Pada peringkat umur ini, pencapaian kognitif

yang dapat dikuasai oleh murid ialah kebolehan menyelaraskan hubungan , iaitu

kebolehan membuat perhatian terhadap dua aspek persepsi dalam satu masa. Selain

itu, murid dapat membuat pembalikan, iaitu kebolehan memikirkan bentuk yang telah

diubah boleh berbalik semula ke bentuk asal. Melalui pencapaian kognitif ini, murid

tidak perlu menjalankan tindakan fizikal yang menghasilkan perubahan yang berbalik

itu. Murid itu dikatakan telah memulakan pemikiran yang agak kognitif.

Apabila umur murid meningkat iaitu 11-12 tahun, sistem pemikiran operasi

konkrit berkembang sepenuhnya. Perkara ini boleh menjadi asas bagi perkembangan

peringkat yang berikutnya, iaitu operasi pemikiran formal seperti membuat kesimpulan,

rumusan dan hipotesis. Perubahan proses pemikiran daripada operasi pemikiran konkrit

kepada pemikiran formal melambangkan kemajuan dalam pemikiran dan kebolehan

menyelesaikan masalah. Dalam peringkat ini, murid cuba mengurangkan

penggantungannya kepada pengalaman konkrit untuk menyelesaikan masalah yang

bersifat abstrak.

Page 36: Isi-Linguistik

37

5.1.2 Teori Pembelajaran Penemuan : Jerome Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas dan berpandu atau

latihan penyiasatan. Bruner menggalakkan kanak – kanak berfikir secara logik dan

membuat ramalan. Selain itu, beliau mementingkan pemikiran intuitif, kreatif serta

analitis. Dari perspektif pembelajaran pula, ahli psikologi ini memberi penekanan

kepada proses induktif di mana aktiviti pembelajaran yang bermula daripada

pemerhatian yang umum dan menjurus kepada pemerhatian yang spesifik. Bruner juga

menyarankan satu sistem pengekodan di mana manusia membina susunan berhierarki

terhadap sesuatu kategori yang terlibat iaitu pembentukan konsep dan pencapaian

konsep.

Teori pembelajaran Bruner terdiri daripada empat prinsip utama iaitu „Motivasi,

Struktur , Sekuen (Turutan) dan Peneguhan ‟. Prinsip motivasi menetapkan syarat –

syarat yang membolehkan seseorang belajar iaitu persoalannya ialah tentang apakah

pemboleh ubah penting yang membantu dalam memotivasikan seseorang untuk

belajar. Beliau lebih mengutamakan motivasi intrinsik daripada ekstrinsik. Motivasi

intrinsik berkait rapat dengan naluri ingin tahu seseorang individu, justeru itu

pembelajaran dan penyelesaian masalah melibatkan penerokaan pelbagai alternatif.

Motivasi intrinsik terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa penggiatan, pengekalan dan

arahan.

Fasa penggiatan di mana untuk menggiatkan penerokaan, kanak – kanak perlu

menghadapi sesuatu asas ketidaktentuan. Jika ia terlalu mudah, mereka hilang minat

dan jika terlalu sukar akan menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, seseorang guru harus

menyajikan masalah yang sesuai dari tahap kesukarannya untuk merangsangkan

motivasi intrinsik untuk menggiatkan penerokaan.

Sesuatu penerokaan haruslah dikekalkan setelah dimulakan, ini dikenali sebagai

fasa pengekalan dan melibatkan proses meyakinkan kanak –kanak bahawa

penerokaan tidak berbahaya atau menyakitkan.

Page 37: Isi-Linguistik

38

Arah adalah penentu penerokaan yang bermakna. Fasa arahan memberi

penerokaan terbimbing supaya kanak – kanak tahu matlamatnya dan kedudukan

mereka berbanding dengan matlamatnya. Menurut prinsip pertamanya, Bruner

merumuskan kanak – kanak mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar. Maka,

guru harus mengurus dan tingkatkan motivasi tersebut supaya kanak –kanak jelas

bahawa penerokaan terbimbing lebih efektif dan memuaskan daripada belajar sendiri.

Prinsip kedua Bruner adalah struktur. Prinsip ini menyarankan bahawa dalam semua

bidang mata pelajaran, sebarang pengetahuan boleh disusun dengan cara tertentu

yang membolehkan penyampaiannya difahami oleh hampir semua pelajar. Struktur

sesuatu pengetahuan mencakupi tiga aspek utama iaitu kaedah penyampaian, ekonomi

dan kuasa. Faktor Kaedah Penyampaian, menurut Bruner, adalah punca utama

mengapa guru tidak berjaya menyampaikan maklumat –maklumat yang hendak

disalurkan. Faktor ini berkait rapat dengan pendapat Bruner bahawa seseorang individu

memiliki tiga peringkat untuk mencapai kefahaman.

Peringkat pertama iaitu Enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif

ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan

bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk

menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk

memperoleh pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk

mengetahuinya boleh panas dan melecurkan dan melontarkan bola untuk mengetahui

boleh melambung.

Peringkat kedua iaitu Ikonik berlaku pada usia 2- 4 tahun. Pada peringkat ini

digunakan kepada kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringkat

pembentukan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka

mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu

dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak

boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar

berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada

usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh,

Page 38: Isi-Linguistik

39

walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut

mengetahui bahan itu boleh melukakan tangan sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Peringkat akhir iaitu pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun.

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam

bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik.

Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula

dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan

penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari

peringkat motor- sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya

ke idea abstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian.

Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperoleh

pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit,

dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan

dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi

pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut :

Enaktif - Kemahiran berbasikal

Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik

Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk

bahasa kepada rakan sebaya.

Faktor kedua dalam Prinsip Struktur ialah ekonomi. Kuantiti maklumat yang

perlu disimpan dalam minda murid untuk meneruskan pembelajaran adalah dianggap

sebagai faktor ekonomi dalam penyampaian sesuatu pengetahuan. Semakin kurang

maklumat yang perlu disimpan dalam minda, maka semakin tinggi ekonominya.

Ringkasan yang padat dalam pengajaran mewujudkan ekonomi yang baik.

Faktor Kuasa adalah faktor ketiga dalam prinsip ini. Lazimnya, guru

menyebabkan perkara yang senang, sukar untuk difahami oleh murid. Penyampaian

yang berkuasa atau berpengaruh merupakan penyampaian yang ringkas dan mudah

Page 39: Isi-Linguistik

40

difahami supaya murid dapat melihat perkaitan baru dan imbanginya antara fakta

awalnya yang mungkin kabur.

Prinsip Bruner yang ketiga adalah turutan (sekuen). Tahap kesukaran yang

dihadapi oleh murid dalam menguasai sesuatu mata pelajaran bergantung kepada

turutan atau sekuen sesuatu bahan itu disampaikan. Ahli psikologi ini percaya bahawa

perkembangan intelek adalah mengikut turutan tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan

simbolik. Lantaran, sesuatu pelajaran harus berpandukan turutan ini.

Prinsip keempat beliau adalah Peneguhan. Menurutnya, tahap pencapaian

penguasaan sesuatu pelajaran atau masalah hanya boleh diukur melalui maklum balas

kemajuann yang dikecapi. Peneguhan pada masa yang tepat adalah sangat penting

untuk kejayaan pembelajaran. Peneguhan yang dibuat sebelum penilaian prestasi

murid diketahui akan akibatkan kekeliruan. Manakala, peneguhan terlewat pula akan

menyukarkan pembetulan mana –mana maklumat yang salah yang telah diaplikasikan.

J.S Bruner melalui teori pembelajaran penemuan telah menyarankan bahawa

pembelajaran yang bermakna memerlukan penemuan sebenar. Sebarang fakta serta

perkaitan yang ditemui oleh kanak – kanak secara penerokaannya sendiri adalah lebih

efisien dan akan lebih kekal dalam minda berbanding dengan cara hafalan. Penyediaan

persekitaran yang kondusif dengan pembelajaran penemuan boleh menjadi pemangkin

jenis pembelajaran ini.

Selain itu, Bruner juga menyatakan aktiviti soal jawab antara pengajar dan murid

juga boleh menjana pelbagai bentuk penemuan. Menurut beliau, jenis pembelajaran ini

juga memupuk pemikiran kreatif yang penting untuk perkembangan minda serta boleh

menyumbang kepada penghasilan pelbagai rekaan atau produk baru melalui pemikiran

logik.

Page 40: Isi-Linguistik

41

5.1.3 Teori Pembelajaran Bermakna : David Ausubel

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan

manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan

bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran

Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful

verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea

yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote

memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

Teori pembelajaran Ausubel merupakan salah satu dari teori pembelajaran yang

menjadi dasar dalam „cooperative learning‟. Menurut Ausubel bahan subjek yang

dipelajari murid mestilah “bermakna” (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan

suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat

dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta, konsep dan generalisasi

yang telah dipelajari dan diingati oleh murid. Suparno (1997) mengatakan pembelajaran

bermakna adalah suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan

dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui

pembelajaran.

Pembelajaran bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena

baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Sesuatu bahan subjek itu mesti sesuai

dengan keterampilan murid dan mesti relevan dengan struktur kognitif yang dimiliki

mereka. Oleh itu, subjek mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang sudah dimiliki

murid, sehingga konsep-konsep baru tersebut benar-benar terserap oleh mereka.

Dengan demikian, faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan

pembelajaran.

Pembelajaran sejarah bukan hanya sekadar menekankan kepada pengertian

konsep-konsep sejarah belaka, tetapi bagaimana melaksanakan proses

pembelajarannya, dan meningkatkan kualiti proses pembelajaran tersebut, sehingga

Page 41: Isi-Linguistik

42

pembelajaran tersebut menjadi benar-benar bermakna. Melalui pembelajaran koperatif,

tentu bahan sejarah yang dipelajarinya tidak hanya sekadar menjadi sesuatu yang

dihafal dan diingat, melainkan ada sesuatu yang dapat dipraktikkan dan dilatih dalam

situasi nyata dan terlibat dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, pembelajaran koperatif

akan dapat mengusir rasa jemu dan bosan pembelajaran mata pelajaran sejarah yang

lebih banyak menggunakan pendekatan ekpositori, khasnya pembelajaran sejarah yang

sukar dikuasai oleh murid selama ini.

Menurut Ausubel, penyelesaian masalah yang sesuai adalah lebih bermanfaat

bagi murid dan merupakan strategi yang efisien dalam pembelajaran. Kekuatan dan

makna proses pemecahan masalah dalam pembelajaran sejarah terletak pada

kemampuan siswa dalam mengambil peranan pada kumpulannya. Bagi melancarkan

proses tersebut maka bimbingan secara langsung diperlukan daripada guru, sama ada

secara lisan mahupun dengan tingkah laku, manakala murid diberi kebebasan untuk

membangunkan pengetahuannya sendiri. Hal ini merupakan penekanan dalam

pembelajaran koperatif atau cooperative learning.

Ausubel mengatakan bahawa terdapat dua jenis belajar, iaitu belajar bermakna

(meaningful learning) dan belajar menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang

dipelajari haruslah bermakna. Belajar bermakna adalah suatu proses di mana informasi

baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang

sedang belajar. Belajar akan bermakna bila murid mengaitkan informasi baru pada

konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur

kognitif ialah fakta, konsep dan generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh

murid.

(a) Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan

penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan

dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan

Page 42: Isi-Linguistik

43

pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif iaitu am kepada spesifik

atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b) Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk

menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran

optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut

ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Kaedah ini

merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak

disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan

kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu

tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan

konsep yang telah dipelajari. Oleh itu, terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan

awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan

hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk

mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam

pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua aspek iaitu pertama, Ausubel

mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau

model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang

lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. Aspek kedua pula

ialah menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar

mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep

baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara

penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Page 43: Isi-Linguistik

44

5.2 TEORI BEHAVIORISME

Di antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries,

Brooks dan B.F Skinner. Behavioris ialah nama ahli teori yang mengemukakan pelbagai

prinsip berdasarkan teori yang sama iaitu teori psikologi behaviorisme.

Mengikut teori behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan iaitu

mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi satu

kebiasaan. Teori ini berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh

seseorang kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa daripada ibu

bapa dan ahli keluarga yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulang sejak dia

mula belajar menyebut bunyi-bunyi, perkataan-perkataan dan seterusnya membentuk

ayat-ayat.

Bagi golongan behaviorisme, bahasa adalah sesuatu tingkah laku manusia yang

sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan

pengulangan. Sekiranya tingkah laku manusia berpunca daripada wujudnya

rangsangan dan gerak balas maka bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap

sesuatu rangsangan. Tegasnya, tingkah laku bahasa wujud ketika ucapan terlahir

daripada mulut seseorang dan ucapan itu diterima dan difahami oleh pendengar dan

sebaliknya.

Terdapat lima prinsip yang dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli psikolinguistik

dan linguistik aliran Behaviorisme (Kamaruddin Hj Husin ,1988).

Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala

bahasa tulisan merupakan bahasa kedua terpenting. Ahli - ahli behaviorisme telah

menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan bahasa lisan.

Hal ini diikuti pula dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Page 44: Isi-Linguistik

45

Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat sesuai sekali

diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa yang

baru perlu diajar kepada murid-murid itu. Bagi membentuk kebiasaan ini latihan dan

latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa kedua mestilah

dilaksanakan secara intensif dan bukan secara berselang seli. Hal ini akan

memudahkan pembentukan kebiasaan yang diingini itu.

Prinsip ketiga ialah pengukuhan di mana salah satu syarat penting dalam

pembelajaran. Hal ini kerana pengukuhan merupakan satu alat untuk menentukan

pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa,

contoh pengukuhan adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balik, galakan

dan sebagainya.

Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran. Latihan ini merupakan latihan yang

dikukuhkan dan dilakukan secara ulangan satu-satu gerak balas dengan satu- satu

rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan secara bermakna.

Prinsip behaviorisme yang kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah

dikukuhkan. Kanak - kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Oleh

itu, dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalah model yang

mutlak yang diikuti oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Selain itu, pembelajaran

hendaklah mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses

pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi dan tindak balas. Pembelajaran bahasa

akan lebih berkesan jika sekiranya kedua- dua unsur ini dapat diwujudkan.

Page 45: Isi-Linguistik

46

5.2.1 Teori Pelaziman Klasik : Ivan Pavlov

Menurut teori pelaziman klasik, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.

Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan.

Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak

balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan di antara

rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu

rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku

kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan

dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan,

maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan,

manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya,

Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara

rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut

dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan

ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang

dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik

dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman

1997).

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas

pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu

GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan

menjalankan kajian ke atas anjing. Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat

bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Beliau membuat kesimpulan bahawa

Page 46: Isi-Linguistik

47

anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan

yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis

bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu

rangsangan.

Prinsip Asas Pelaziman Klasik Pavlov

Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat

beberapa prinsip penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan

oleh beliau. Prinsip tersebut terbahagi kepada empat iaitu generalisasi, diskriminasi,

penghapusan dan pembelajaran semula. Generalisasi bermaksud rangsangan yang

sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi

risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi

dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam

subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu

rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian

terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi

loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan

rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan

ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak

akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan

terhapus.

Konsep terakhir iaitu penguasaan atau pembelajaran semula ialah bagaimana

sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara

berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh

penguasaan berkenaan.

Page 47: Isi-Linguistik

48

Implikasi Teori Pavlov ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

Implikasi teori ini ke atas pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu sedar bahawa

rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.

Perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan.

Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh

gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap

kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan

sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak

diberikan. Hal ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui

ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan

serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

Page 48: Isi-Linguistik

49

5.2.2 Teori Pelaziman Operan : B.F Skinner

B.F Skinner berpendapat bahawa kebanyakan tingkah laku manusia dan haiwan adalah

dikuasai oleh ganjaran yang diterima apabila melakukannya. Dalam eksperimennya,

Skinner telah memajukan cara membentuk tingkah laku yang disebut sebagai

pelaziman operan. Perkataan operan dicipta oleh Skinner yang membawa maksud

bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu

gerak balas kerana organisma itu bertindak balas ke atas persekitarannya. Contohnya,

seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya tingkah laku tersebut akan

diikuti dengan makanan.

Eksperimen Pelaziman Operan Skinner

Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam Kotak Skinner.

Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji

makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar.

Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini

menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali

sehingga tikus itu mendapati bahawa jika alat penekan dipijak maka makanan akan

diperoleh. Hal ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di

dalam kotak.

Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini

menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Hal ini

menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan

butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui

cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa

satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan

dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan

terhapus juga.

Page 49: Isi-Linguistik

50

Prinsip Asas Pelaziman Operan Skinner

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu

peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan

negatif, denda (punishment), prinsip Premack dan pelupusan.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu

perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan adalah untuk

memuaskan kehendak individu dan mengurangkan tekanan dan merangsang otak.

Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis,

iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu

ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau dikukuhkan lagi. Dalam bilik

darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh

diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar

melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk

bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh

guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan

yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik

sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi

peneguhan.

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau

menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,

seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan

oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun

menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak

daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Page 50: Isi-Linguistik

51

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau

mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah

kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya

tingkah laku tersebut.

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati

dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti

yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma‟s Rule” yang

berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan

sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menerapkan aktiviti yang menarik dengan

aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran

murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain

komputer akan diadakan.

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus

dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan

itu dapat dikenal pasti. Selain itu, peneguhan itu tidak lagi digunakan. Seseorang guru

juga sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya

tidak datang dengan serta merta.

Implikasi Teori Skinner ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran atau teknik yang baru dipelajari perlu

diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat

dikukuhkan dan dikekalkan. Selain itu, peneguhan hendaklah diterapkan iaitu

peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada

peneguhan negatif yang membawa kesakitan.

Page 51: Isi-Linguistik

52

Prinsip penghapusan pula sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar

yang tidak diingini. Tambahan pula, teori ini membantu pelajar menguasai konsep

diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan

kemahiran dengan tepat.

Penggunaan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan

melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin

tingkah laku operan itu dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Peneguhan negatif wajar

diterapkan dalam sesuatu perkara iaitu untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Contohnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan

atau disiplin bilik darjah.

Page 52: Isi-Linguistik

53

5.2.3 Teori Permodelan : Albert Bandura

Teori permodelan yang dipelopori oleh Albert Bandura menyatakan bahawa proses

pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan

pendekatan „permodelan‟. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar

terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh

pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Bandura menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3 - 6 tahun

untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak - kanak

keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau

merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,

peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang

ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran

melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan.

Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku

orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku

tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses

pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Selain itu,

teori ini juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran.

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, pembelajaran

boleh berlaku melalui peneguhan. Hal ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi

ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui

ganjaran, contohnya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang

menarik di dalam kelas maka pelajar - pelajar yang memerhatikan penghargaan

mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga

boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju

semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu

dengan laju.

Page 53: Isi-Linguistik

54

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku

model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa

pemerhati sedang memerhatikan. Pada kebiasaannya, model menunjukkan sesuatu

yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat

menguasai. Contohnya, cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi

peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

Eksperimen Permodelan Bandura

Dalam suatu eksperimen, Bandura dan Walters telah mengkaji peniruan tingkah laku

agresif dalam kalangan kanak-kanak. Empat kumpulan kanak – kanak berumur 3 -6

tahun telah didedahkan kepada pelbagai contoh agresif. Satu kumpulan memerhati

contoh sebenar, satu kumpulan memerhati contoh dalam filem, satu kumpulan

menonton filem kartun yang agresif dan satu kumpulan lagi dijadikan sebagai kawalan

yang tidak terdedah kepada contoh agresif. Hasil kajian menunjukkan murid dalam

setiap kumpulan eksperimen melakukan satu set tindakan agresif terhadap anak

patung.

Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Peniruan

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui

pemerhatian atau pemodelan iaitu tumpuan, penyimpanan, penghasilan dan

peneguhan atau motivasi.

Tumpuan ( Attention )

Tingkah laku model hendaklah diperhatikan bagi membolehkan subjek meniru

perlakuan yang dilakukan oleh model. Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka

"Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan

memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.

Page 54: Isi-Linguistik

55

Penyimpanan ( Retention )

Subjek yang memerhati harus menyimpan peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Hal ini

membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

Penghasilan ( Reproduction )

Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku, subjek juga mesti

mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam

bentuk tingkah laku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis dan sebagainya. Bagi

sesetengah tingkah laku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-

komponen tingkah laku yang telah diperhatikan.

Motivasi ( Motivation )

Peneguhan atau motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran

pemerhatian. Peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang

mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkannya tanpa

peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian

fesyen baru tetapi diejek oleh rakan - rakan dan peniruan tersebut akan dihentikan.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang

ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan

menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan

pergerakan badan yang baik dan dia dipuji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti

‟syabas‟. Peneguhan kedua, pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan

secara tidak langsung dan meniru tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya

kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin

meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan

melalui proses elisitasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan

oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut.

Page 55: Isi-Linguistik

56

Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput

setelah melihat Rahman membantu ibunya.

Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan

tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh,

murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di

padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan

tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan

peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu

kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan

rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

Implikasi Teori Bandura ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ini memberi penekanan kepada permodalan atau prose peniruan oleh murid

terhadap apa yang diperhatikan. Oleh itu, penyampaian guru hendaklah cekap dan

menarik agar dapat menjadi „role model‟ kepada pelajar. selain itu, tunjuk cara guru

hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat dan berkesan.

Hasilan guru seperti kraftangan, lukisan atau alat bantu mengajar hendaklah bermutu

tinggi.

Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Murid

lain yang kagum dengan pencapaian yang memberangsangkan akan cuba memerhati

dan meniru tingkah laku yang dilakukan. Tambahan pula, guru boleh mempelbagaikan

kaedah pengajaran dengan mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik

main peranan dan simulasi. Guru juga boleh menarik perhatian murid dengan motivasi

yang sesuai seperti memberi hadiah atau pengiktirafan dan sebagainya.

Page 56: Isi-Linguistik

57

7.0 RUMUSAN

Setelah melaksanakan tugasan BMM 3108 Pengantar Linguistik ini, kami banyak

mendapat manfaat dan ilmu baru berkenaan dengan linguistik ini sendiri. Jika sebelum

ini, kami kurang faham berkenaan ilmu linguistik, namun setelah melaksanakan tugasan

ini, kami memperoleh banyak ilmu baru. Linguistik merupakan satu bidang kajian yang

mengkaji bahasa secara saintifik. Secara ringkasnya, bidang linguistik mempunyai

beberapa bahagian seperti pembahagian bidang linguistik.

Setiap bidang kajian mempunyai pecahannya yang tersendiri seperti linguistik

terapan. Antara bidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik umum,

linguistik terapan, linguistik historis dan linguistik komparatif. Selain itu, linguistik telah

berkembang sejak zaman-berzaman. Perkembangan bidang linguistik bermula sejak

zaman Yunani dan berkembang sehingga ke zaman moden. Setiap bidang dipelopori

ada dipelopori oleh tokoh-tokoh linguistik. Bukan itu sahaja, bahasa juga telah

didefinisikan mengikut pelbagai cara seperti sifat semula jadi, peranan dan fungsinya.

Dalam setiap perlakuan manusia, bahasa memainkan peranan penting. Oleh itu,

bahasa mempunyai sifat atau cirinya sendiri.

Tambahan lagi, perkembangan linguistik juga telah dikaji sejak zaman-berzaman

bermula dari zaman Yunani lagi sehinggalah ke zaman moden. Pada setiap zaman,

linguistik menunjukkan perkembangannya yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh tertentu.

Teori bahasa pula menunjukkan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik

yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

bahasa. Sebagai seorang guru, adalah amat penting untuk mengetahui teori bahasa

dan teori pemerolehan bahasa untuk mengajar bahasa Melayu kepada murid-murid

kelak.

Page 57: Isi-Linguistik

58

8.0 REFLEKSI

NAMA : NURASYIDAH BT MOHD RASID

NO. K/P : 900913 – 11 – 5368

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-

Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Bahasa Melayu ini dengan jayanya.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada semester empat ini menuntut saya

mempelajari Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Pembelajaran ini adalah mengenai

kajian terhadap bahasa. Kajian bahasa ini dikaji secara terperinci dan menyeluruh iaitu

mencakupi struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan

leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.

Dalam tugasan ini, saya dikehendaki memahami segala struktur bahasa dengan

jelas dan menguasai kemahiran tersebut dengan baik supaya dapat melaksanakan

P & P dengan berkesan. Antara aspek yang perlu diberi perhatian dan penegasan ialah

menghuraikan tentang bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa, menyusur galur sejarah

perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga ke abad ke – 19

dan menganalisis pemikiran tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan

bahasa. Pada mulanya, tugasan ini adalah berdasarkan individu tetapi pensyarah

pembimbing iaitu Puan Fazilah binti Mat Zain menyedari bahawa tugasan yang

diperlukan mempunyai subtajuk yang banyak. Oleh itu, beliau memberi keringanan

kepada kami untuk melakukan tugasan ini secara berkumpulan. Hal ini amat

menggembirakan kami kerana dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan

yang telah ditetapkan.

Saya telah mengambil beberapa inisiatif dalam menyiapkan tugasan ini supaya

dapat menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. Setelah mendapat tugasan ini,

saya telah melakukan perbincangan dengan pensyarah Bahasa Melayu iaitu Puan

Fazilah supaya lebih memahami tugasan ini dengan lebih terperinci. Selain itu, beliau

juga turut memberi penekanan dalam aspek penulisan supaya menepati format

Page 58: Isi-Linguistik

59

penulisan yang sebenarnya. Hal ini boleh membantu saya dalam menghasilkan satu

tugasan yang menepati aspek-aspek yang berkaitan.

Dalam mencari maklumat berkaitan linguistik, saya dan rakan-rakan telah

membuat rujukan di perpustakaan. Kami bernasib baik kerana perpustakaan

menyediakan banyak bahan mengenai linguistik dan ini amat membantu kami dalam

menyiapkan tugasan. Tambahan pula, teknologi yang canggih pada masa kini iaitu

penggunaan internet turut memudahkan kami dalam mencari maklumat yang berkaitan.

Selain itu, kami turut menemu bual beberapa pelajar yang lebih mahir iaitu pelajar

semester lain dan pensyarah pengajian Bahasa Melayu.

Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha yang gigih, dapat juga saya menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna. Ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing, Puan Fazilah binti Mat Zain atas segala ilmu yang dicurahkan serta

bantuan yang diberikan ketika menjalani kursus BMM 3107 dan semasa proses

menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang

membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan atas kerjasama yang diberikan.

Sesungguhnya, kursus dan tugasan ini memberi saya banyak pengalaman dan ilmu

pengetahuan baru. Pengalaman seperti ini sudah pastinya menjadi titik tolak bagi

membina guru yang berkualiti pada masa akan datang.

Page 59: Isi-Linguistik

60

NAMA : RUSLINA BINTI NAJAHUDDIN

NO.K/P : 900520 – 06 – 5398

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi ahirnya kerja khusus ini dapat disiapkan mengikut

tempoh masa yang diberikan. Sepanjang tempoh ini saya telah mendapat palbagai

pengalaman, ilmu, dan pengetahuan dalam pelbagai aspek, khusnya mengenai bidang

linguistik itu sendiri.

Saya telah melakukan pencarian isi, rujukan, dan perkara-perkara tambahan

yang bersesuaian untuk dimuatkan ke dalam kerja khusus ini dengan cara mencari

bahan di perpuastakaan, mengakses maklumat dari internet, bertanya kepada

pensyarah pembimbing, dan seterusnya memperbanyak membaca mengenai topik

yang dikaji. Secara tidak langsung melalui tugas ini saya telah berjaya mendalamkan

ilmu mengenai linguistik terutamanya aspek-aspek yang dikaji, iaitu perkembangan ilmu

linguistik dan sifat-sifat bahasa, susur galur perkembangan ilmu linguistik bermula dari

zaman Yunani sehingga abad ke-19, serta turut mengkaji tentang teori-teori bahasa dan

teori-teori pemerolehan bahasa.

Saya tidak mengalami masalah besar dalam menyiapkan tugasan ini. Namun

begitu, terdapat juga masalah-masalah kecil tetapi berjaya diatasi. Antara masalah

yang saya alami ialah bahan rujukan yang dijumpai dalam bentuk bahasa Melayu

Indonesia. Malah, istilah yang digunakan kebanyakannya sukar untuk difahami. Oleh

yang demikian, saya telah berusaha memuat turun perisian kamus Indonesia bagi

mengatasi masalah ini.

Seterusnya, cara pelaksaan tugas ini, saya telah membuat draf terlebih dahulu

dan membuat kolaborasi dengan pensyarah pembimbing agar hasil kerja saya

menepati kriteria yang dinilai. Saya juga menunjukkan hasil kerja saya dengan rakan

sekumpulan agar kesalahan yang saya lakukan dapat dibetulkan terlebih dahulu

sebelum merujuk ke pensyarah pembimbing. Kami juga saling bertukar-tukar

pendapat dan saling membantu agar hasil kerja ini tidak sekadar melepaskan batuk

ditangga.

Page 60: Isi-Linguistik

61

Menerusi kerja khusus ini saya mendapati subjek Pengantar Linguistik

merupakan satu subjek yang mencabar kerana memerlukan kesabaran dalam

memahaminya terutama mengenai susur galur perkembangannya. Saya juga

mendapati bahawa subjek ini memerlukan pengahayatan ketika membacanya.

Mempelajari dan mengkaji mengenai linguistik membuatkan rasa cinta mengenai

bahasa semakin meninggi.

Hasil titik peluh selama sebulan ini saya berharap agar tugasan ini dapat

memenuhi kriteria yang dinilai. Kerja khusus ini juga telah saya jadikan rujukan

tambahan saya terutama dalam menghadapi peperiksaan akhir semester nanti Terima

kasih tidak terhingga kepada Puan Fazilah selaku pensyarah pembimbing serta semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Page 61: Isi-Linguistik

62

NAMA : NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK

NO.K/P : 901112-06-5342

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya,

dapat juga saya menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik (BMM3107) ini. Saya telah

menerima tugasan ini pada 27 Julai 2011 dan perlu menghantar tugasan pada 29 Ogos

2011. Pensyarah kami, Puan Fazilah bt. Mat Zain telah memberi taklimat kepada kami

mengenai penyediaan tugasan seperti yang dikehendaki soalan.

Sebelum tugasan ini dilaksanakan, saya dan rakan sekumpulan telah membina

jadual kerja bagi memudahkan kami melaksanakan tugasan. Kami juga telah

mendapatkan maklumat dari pada pelbagai sumber seperti buku dan internet.

Walaubagaimanapun, kami menghadapi sedikit kesulitan semasa mengumpulkan

bahan untuk dibuat rujukan. Antara kesulitan yang dialami ialah kurangnya buku

berkaitan linguistik di perpustakaan. Bahan yang diperoleh dari internet juga adalah

dalam bahasa Indonesia. Hal ini menyukarkan kami untuk menterjemahkan bahan

tersebut. Namun, setelah memperoleh maklumat yang berkaitan, kami mengadakan

perbincangan untuk menyediakan tugasan ini.

Tugasan ini menghendaki kumpulan kami menyediakan beberapa perkara

berkaitan seperti pembahagian bidang linguistik, sejarah perkembangan linguistik dan

teori bahasa serta teori pemerolehan bahasa. Dalam bahagian bidang linguistik, saya

dapat mengetahui bagaimana sesuatu bidang itu dibahagikan dan subbidang yang

terdapat di dalamnya. Setiap bidang linguistik mempunyai cara kajian yang tersendiri.

Selain itu, melalui sejarah perkembangan ilmu linguistik, saya dapat mengetahui

perkembangan bidang tersebut sejak zaman mula diperkenalkan sehingga ke zaman

moden. Ilmu linguistik telah berkembang sejak zaman Yunani lagi. Bukan itu sahaja,

saya juga dapat mengenali tokoh-tokoh yang terlibat dalam bidang linguistik seperti

Edward Sapir, Bloomfield, Ferdinand de Saussure dan beberapa orang lagi. Setiap

tokoh linguistik ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap ilmu linguistik.

Page 62: Isi-Linguistik

63

Tambahan lagi, penyediaan tugasan ini turut memberikan penambahan ilmu

kepada diri saya berkenaan teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Pada

mulanya, saya kurang faham mengenai teori bahasa, tetapi setelah diterangkan oleh

rakan sekumpulan, saya dapat memahaminya. Saya dan rakan sekumpulan turut

berjumpa dengan pensyarah subjek bagi mendapatkan bimbingan beliau untuk

menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya, setelah menempuh banyak dugaan dan cabaran, kami dapat

menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

Puan Fazilah kerana banyak memberikan dorongan dan bimbingan kepada saya dan

rakan-rakan. Saya juga banyak memperoleh pengalaman dan ilmu baru melalui

tugasan ini.

Page 63: Isi-Linguistik

64

Stalistik Dalam Kesusasteraan

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan.

Stalistik tidak lain daripada kajian stail, yang mengkaji segala kemungkinan gaya

kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah

teks sastera. Ianya merupakan segala hubungan yang menimbulkan kelainan –

kelainan gaya bahasa, baik gaya individu, mahupun implikasi – implikasi lain yang

melibatkan lahirnya hasil sastera diperhatikan dan diberi saluran – saluran kajian

khusus.

Kajian terhadap teks sastera yang secara tradisional hanya terbatas pada kelainan –

kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak – kehendak tatabahasa di

samping kelainan –kelainan yang bersifat figuratif, iaitu gangguan peribahasa, bahasa

kiasan, sindiran, ungkapan dan sebagainya.

Secara stalistik kajian terhadap teks sastera tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi

juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu. Justeru, ia

disebut kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan

dan apa cara mengatakan ( bentuk atau bahasa ).

Dengan stalistik pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara

pendekatan yang subjektif dan impressionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif

dan lebih sainstifik.

1.2 Objektif Kajian

Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperinci beberapa objektif seperti berikut :

i. mengecam stail dan stalistik dalam beberapa hasil penulisan sastera yang terpilih .

Page 64: Isi-Linguistik

65

ii. mengetahui cara – cara penulisan stalistik yang digunakan oleh penulis dalam

menghasilkan bahan sastera.

Disamping itu terdapat beberapa buah novel yang dipilih untuk kajian ini diantaranya

ialah :

• A-Syiqaq oleh Shahnon Ahmad

• Keindahan Yang Hilang oleh Baharuddin Kahar

• Tulang Pekasam Ikan Puyu oleh Azizi Haji Abdullah

• Satu Dailema oleh Abdullah Hussain.

• Saudagar Besar dari Kuala Lumpur oleh Keris Mas

1.3 Kaedah Kajian

Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan

kaedah kepustakaan. Beberapa buah cerpen , novel, dan artikel telah digunakan

sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini.

Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur

mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikatogerikan di bawah sub-topik

1.4 Batasan Kajian

Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk

memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan

penulis menumpukan perhatian kepada jenis-jenis stilistik atau pun stail yang

digunakan oleh beberapa orang pengarang dalam menghasilkan cerpen atau pun novel

mereka

1.5 Definisi Konsep

Mengikut Enkvist dalam bukunya On Defining Style, gaya boleh dilihat dari tiga sudut,

iaitu :

i. Dari sudut Penulis - gaya dilihat sebagai pendedahan bentuk dalam tentang subjek

yang diceritakan.

ii. Dari sudut Teks - gaya dilihat daripada cirri sesebuah teks yang dihasilkan.

Page 65: Isi-Linguistik

66

iii. Dari sudut khalayak - gaya dilihat daripada kesan yang boleh diperoleh khalayak.

Menurut Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya

istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur

kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

Justeru, stalistik merupakan slah satu daripada bidang ilmu tentang gaya. Dalam

bidang sastera stalistik adalah ilmu tentang gaya seni pengucapan sastera.

2.0 KAJIAN KARYA SASTERA DARI SUDUT STILISTIK.

2.1 Prinsip Stilistik

Pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan

dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun demikian , penelitian

menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat

yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang

mudah difahami, mudah dimengertikan , banyak maksud dan mempunyai makna

simbolik. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian

seseorang penulis. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh

beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta

ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi

dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di

samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

2.2 Karya Sastera Yang Dipilih

Dalam kajian ini kita akan mengutip beberapa potong daripada cerpen dan novel yang

terpilih. Kita akan meneliti bahasa yang digunakan dalam potongan itu. Kita akan

bincang tentang gaya yang dipakai, berdasarkan ayat – ayat, frasa, ungkapan, pilihan

kata, ketetapatan dan kesesuaian makna yang terdapat pada potongan –potongan

cerpen dan novel yang dikaji.

2.2.1 A-Syiqaq oleh Shahnon Ahmad

Page 66: Isi-Linguistik

67

“Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menghanguskan segala yang hidup.

Tanah bumi yang merkah akibt kemarau menjadi hitam ditindihi abu dan puntung -

punting. Saman terhenyak duduk melihat jauh ke hadapan, tetapi pandangannya

kosong tanpa menyentuh apa – apa. Berat kepalanya bukan buatan bagaikan ada ketul

batu yang betul – betul menindihnya. Ketul batu itu semakin membesar berada dalam

kepalanya dan kepalanya turut berkembang dan berkembang. Perkembangan kulit dan

tengkorak kepalanya itu sekaligus juga membesarkan matanya kedua belah,

telinganya, hidungnya, mulutnya.

( Al-Syiqaq,hlm 380 )

Kita ambil ayat pertama dari perenggan itu tadi berbunyi “Kebakaran itu melenyapkan

segala benda dan menghanguskan segala yang hidup.” Dapat dibentuk dengan gaya

lain misalnya :

i. Kebakaran itu melenyapkan segala benda .

ii. ( Ia ) menghanguskan segala yang hidup.

Stail atau gaya ini membahagikan ayat tersebut kepada dua ayat dengan membuang

kata sambung dan. Dan untuk rasa kesinambungan maka subjek kebakaran itu dalam

ayat kedua diganti dengan ganti nama ia. Maka hasilnya ialah : “ Kebakaran itu

melenyapkan segala benda. Ia menghaguskan segala yang hidup. ” Atau gaya yang

lain, misalnya : “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu dan segala yang hidup

dihanguskannya.” Ayat ini juga dapat dijadikan dua ayat dengan membuang kata

sambung dan, dan menggantikan kata kebakaran itu ( yang kedua ) dengan ganti nama

nya.

i. Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu.

ii. Segala yang hidup dihanguskannya.

Gaya yang kedua ini menghasilkan ayat begini : “ Segala benda dilenyapkan oleh

kebakaran itu. Segala yang hidup dihanguskannya.”. Apabila dikaji novel ini tadi kta

dapati ada empat macam gaya atau stalistik untuk ayat dalam novel ini iaitu:

Gaya yang asal, Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menganguskan

Page 67: Isi-Linguistik

68

segala yang hidup.”

Gaya kedua, “ Kebakaran itu melenyapkan segala benda. Ia menghanguskan segala

yang hidup.”

Gaya ketiga, “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu dan segala yang hidup

dihanguskannya.”

Gaya keempat, “ Segala benda dilenyapkan oleh kebakaran itu. Segala yang hidup

dihanguskannya.”

“ Kebakaran itu melenyapkan segala benda dan menghaguskan segala yang hidup.”

Ayat ini dipilih oleh Shanon Ahmad berkemungkinan besar adalah :

i. Fokus pengertian yang hendak disampaikan ialah kebakaran itu. Kita lihat kebakaran

itu. Dijadikan subjek dan ini menguatkan makna ayat bahawa yang sesungguhnya

hendak ditegaskan ialah peristiwa kebakaran tersebut. Akibat daripada kebakaran (

lenyapnya segala benda dan hangusnya segala yang hidup ) juga berkesan untuk

menegaskan tentang subjek kebakaran.

ii. Ayat bentuk aktif lebih prominen dalam bahasa Melayu dan selalunya membawa rasa

dan makna yang lebih tepat dari segi deskripsi dan lebih lunak dari segi emosi.

iii. Pemilihan kata lenyap dan hangus barangkali dimaksudkan untuk menggambarkan

kemunahan yang total daripada kebakaran tersebut. Ini perlu kerana penulis akan

menceritakan betapa tragedy itu menyebabkan Saman menjadi gila – bodoh

kemudiannya.

iv. Hangus dan lenyap dalah sinonim yang walaupun seerti namun mempunyai sanding

– sanding makna yang agak berbeza. Penulis memilih hangus untuk segala yang hidup

dan lenyap untuk benda – benda yang tidak hidup; rumah, alat perkakas dan

sebagainya lenyap, tak mungkin wujud lagi tetapi mungkin dapa diganti. Orang,

binatang ternakan hangus kerana mempunyai semangat dan asa. Semangat dan asa

inilah yang hangus tetapi nyawa dan badan masih belum lenyap. Saman tidak lenyap

tetapi semangat dan asanya hilang,hangus.

Page 68: Isi-Linguistik

69

Ternyata penulis Shanon Ahmad seorang karyawan yang kreatif dan dapat mengolah

pelbagai ayat untuk menarik minat pembaca untuk mengikuti cerita seterusnya.

2.2.2 Keindahan Yang Hilang oleh Baharuddin Kahar

Stail atau gaya bahasa yang digunakan dalam potongan cerpen “ Keindahan Yang

Hilang.” Mari kita lihat struktur ayatnya, pada awal potongan karya yang kita kaji ini

didapati kejanggalan atau kesilapan atau pun penyimpangan atau memang

kesalahannya. Contohnya seprti berikut :

i. Dulu ia adalah sebatang pohon yang besar…………

ii. Aku tahu yang kemerah – merahan itu adalah stigmanya……….

iii. Dahulu pulau itu adalah pulau pasir…………..

iv. Nor sudah bergerak dengan perahu jalur menuju……..

v. Ibu akan menjerit memanggil kami……

vi. Aku dan adik akan segera naik ke rumah.

Kehadiran adalah, sudah, dan akan dalam ayat – ayat tersebut mengganggu rasa

kemelayuan bahasa Melayu. Berkemungkinan penulis menggunakan stail atau pun

gaya bahasa Inggeris. In barangkali kerana kebiasaan adanya kopula, verb to be

bahasa Inggeris. Jelas bahawa penyimpangan tatabahasa tidak merosakkan keindahan

karya ini, walaupun memang ada sedikit gangguan. Ini barangkali kerana yang

diutamakan ialah rasa, bukan makna.

Makna menjadi keutamaan kedua dan terbit dari hasil apa yang dirasa, bukan dari apa

yang difikirkan. Makna menjadi tepat bukan hanya kerana benar susunan sintaksis atau

benar pemilihan diksinya tetapi juga kerana sesuai keharmonian unsur – unsur yang

digambarkan itu dengan perasaan dan mood cerita.

“ Hei…..kau tengok aku mandi, ya ?”

“Tidaklah!”

“Iya…jangan bohong, kautengok ak mandi.”

“Ehh!Tidak!”

“Iya..”

Gaya membuat dialog dalam suasana seperti ini dengan bahasa yang bersahaja, tidak

Page 69: Isi-Linguistik

70

dibungai kiasan, perbandingan, bidalan dan sebagainyamenjadi unsure keindahan gaya

bahasa, menjadikan mood dan suasana sejajar dengan perasaan, dengan perjalanan

masa dan dengan perubahan yang dialami oleh alam keliling. Ketidaksedaran

tumbuhnya cinta dalam dada anak remaja menjadi amat real dalam perasaan dan juga

dunia nyata.

Gaya bahasa yang besahaja tetapi disesuaikan dengan mood dan suasana lahir batin

dapat merupakan satu gaya atau stlistik bahasa yang amat berkesan dan indah.

2.2.3 Tulang Pekasam Ikan Puyu oleh Azizi Haji Abdullah

Kita lihat pula karya Azizi Haji Abdullah melalui Tulang Pekasam Ikan, kita akan kaji

gaya atau stalistik yang terdapat dalam karya beliau.

Terdapat beberapa kelainan yang terbit dari pemilihan kata :

i. Pinggan nasi digesak

ii. Mangkuk gulai digesak

iii. Tuk Wan macam tuli

iv. gelisik – gelisik anak rambut

v. garu – garu celah ketiak

vi. Tuk keset kembali dekat Tun Wan

vii. Tuk makan nasi cukup lalu

Kata gesak pastilah kata daerah ( kemungkinan yang paling tepat ialah kata dari daerah

dalam negeri Kedah ). Kata itu mungkin tidak pernah dipakai dalam persuratan Melayu

umum atau baku. Ertinya kita peroleh dengan agak – agak saja. Kata tuli bersinonim

dengan kata pekak. Walaupun kedua kata itu seerti tatapi seperti kebanyakkan sinonim,

tuli dan pekak mempunyai sanding makna masing – masing. Biasanya tuli digunakan

dalam pengucapan yang agak kasar.

Gelisik dan keset, juga pasti kata daerah dan jarang – jarang kita gunakan ertinya kita

agak – agak saja dari konteks. Garu – garu celah ketiak, tidak ada salah pilihan kata

tetapi agak kasar pengucapannya.

Makan nasi cukup lalu, memang biasa kita dengar ujaran lalu makan, tak lalu makan.

Page 70: Isi-Linguistik

71

Tentu dari situlah datangnya ungkapan makan cukup lalu tetapi kerana terbaliknya itu ia

terasa agak janggal. Barangkali ini juga ungkapan yang popular di daerah tertentu.

Dari hasil kajian kita tadi jelas kelihatan bahawa penyimpangan dari kebiasaan tentang

penyusunan struktur ayat meninggalkan penambahan pada kata kerja dan pengulangan

subjek pelaku serta meninggalkan pemakaian ganti nama dan seterusnya pemilihan

kata, memberi kesan bahawa kita berhadapan dengan gaya kedaerahan.

Kemungkinannya, keindahan estetik karya ini bergantung pada keseluruhan unsur –

unsur teknik dan isi yang sokong – menyokong tetapi kurang daripada unsure bahasa.

Penyimpangan penggunaan bahasa yang meyeluruh bolehlah kita katakan bahawa

ianya bukan daripada suatu kesilapan, tetapi ianya mungkin disengajakan untuk

menimbulkan esan gaya atau stalistiknya tersendiri.

2.2.4 Satu Dailema oleh Abdullah Hussain.

“ Rohaya tergesa – gesa menuruni tangga bangunan enam tingkat itu. Ia tidak mau

menunggu lif. Sudah berkali – kali ia menekan knopny tetapi lif itu masih juga

menunjukkan huruf G. Belum ada tanda – tanda mau naik ke atas. Isi badanya berenjut

– renjut dalam lindungan balutan baju kurung kain esbiline yang lembut. Ayunan kaki

kiri dan kanan bergilir – gilir memijak anak tangga dengan teratur, membuat buah

dadanya berombak dalam bajunya.

“ Hallo!”

“ Hallo!”

“ Ke mana ni terburu – buru ?”

“ Ke Bawah.”

( Satu Dailema hlm 10 )

Keratan karya ini amat menarik kerana bahasanya digayakan dengan begitu

sederhana, tidak ada percubaan untuk bereksperimen dengan gaya – gaya baru atau

percubaan untuk mengindahkan dengan bahasa kiasan, bahasa sindiran dan

sebagainya. Dalam kajian saya penulis beranggapan bahawa gaya yang digunakan

olehnya berbau pembaharuan atau percubaan untuk membawa pembaharuan dengan

Page 71: Isi-Linguistik

72

memamakai bebera kata asing. Sebagai contohnya :

lif

esbiline

hallo

Semua perkataan ini menunjukkan perkataan asing, ianya dipakai secara bias saja

seperti memakai kata – kata yang memang kata dari bahasa Melayu. Tetapi

sebenarnya ini memjadikan gaya bahaa itu memberi kesan realiti dari situasi dan

suasana yang sebenarnya.

Realiti kebahasaanya ialah pemakaian kata – kata atau ungkapan – ungkapan yang

memang terpakai oleh orang – orang dalam kalangan masyarakat yang diceritakan.

Esbline itu kata nama khas untuk sejenis kain yang dibuat bahan pakaian, mahal

harganya dan jarang dijual di pekan – pekan kecil di luar bandar.

Gaya bahasa yang memakai kata – kata yang dikatakan asing itu seenarnya tidak asing

sama sekali bila dilihat situasi, suasana dan juga orang yang diceritakan.

“ Teman lelaki yang berpapasan di tangga itu menegurnya. Sementara teman

perempuan yang jarang bertegur sapa hanya menjeling dengan ekor mata.”

Ini adalah deskripsi suasana atau situasi, dan ini di sambungb terus dengan :

“ Dia mesti sampai ke bawah segera. Tak ada masa untuk berhenti dan dialog.

Menyesal juga dia mengapa tadi tidak digunakan saja intercom ke bawah menyuruhnya

naik ke atas. Tentu ia tidak berpayah – payah membuang tenaga serupa ini………”

Ini adalah deskripsi apa yang difikirkan oleh Rohaya yang hamper terasa seperti interior

monolog.

Gaya seperti ini memang memberi rasa kesederhanaan kerana pada lahirnya kita

mengikuti penceritaan, narration, oleh pengarang. Memang gaya yang memakai interior

monolog atau memakai stream of consciousness panjang – panjang dan terpisah dari

induk narration.

Gaya seperti ini memang merupakan gaya tersendiri yang dapat disebut khas gaya

Page 72: Isi-Linguistik

73

interior monolog atau stream of consciousness.

2.2.5 Saudagar Besar dari Kuala Lumpur oleh Keris Mas

Keratan karangan dari novel Saudagar Besar Besar dari Kula Lumpur.

“ Bagaimana perniagaan Encik Muhammad sekarang ?”

Encik Muhammad menjawab, “ Macam biasa. Menyusup – nyusup akar.”

“Maklumlah dunia dagang ini macam hutan rimba bagi kita orang Melayu.”

“Menyusup – nyusup akar” itu adalah bahasa kiasan. Asalnya dulu dari peribahasa “

Ular menyusu akar tidak hilang bisanya”.

Yang Berhormat Muhd. Yusuf meningkah :

“Encik Muhammad tak perlu merendahkan diri. Saya tahu tak banyak saudagar Melayu

yang Berjaya di Kula Lmpur ini seperti Encik Muhamad. Kata orang, “ Ular menyusup

akar tak hilang bisanya”.”

“ Ular menyusup akar tak hilang bisanya”, itu Yan Berhormat menyelesaikan dialog kias

– mengias itu dengan harapan Encik Muhammad merasa terpuji dan senang hati. Adu

tujuannya dengan pujian – pujian cara sindir – sindir atau kias – kias ini.

Yang berhormat Muhd. Yusuf meneruskan dialog :

“ Lagi pula saya dengar Encik Muhammad berkongsi dengan saudagar Cina yang yang

paling kaya dan paling berpengaruh.”

Ini merupakan gaya sindiran yang diujarkan oleh Y.B. Muhd Yusuf. Ini kerana

kebanyakan orang Melayu berkongsi dengan orang Can, orang Melayu mendapat

lessen tetapi orang Cina yang menjalankanya.

Dalam karya ini penulis banyak menggunakan bahasa kiasan sebagai stalstikuntuk

mengolahkan cerita supaya ianya Nampak menarik dan tidak membosan pembaca. Kita

ssedia maklum bahawa bahasa kiasan seperti peribahas, pepatah, perumpamaan,

perbandingan, bidalan dan ungkapan masih menjadi perhiasan gaya bagi bahasa

Melayu.

Page 73: Isi-Linguistik

74

3.0 PENUTUP

3.1 Kesimpulan

Dalam kelima – lima karya yang kita perbincangkan tadi ternyata stilistik memainkan

peranan yang penting dalam menghasilkan karya yang bermutu. Tanpa gaya atau stail

yang tertentu sudah tentu karya tersebut tidak akan dapat menarik hati pembaca dan

tidak dapat membawa pembaca kealam penceritaan tersebut.

Masing – masing orang ada gaya atau stailnya sendiri. Stail atau stilistik penu;lisan

seseorang karyawan itu tidak dapat dipisahkan daripada diri siapa pun seperti baying –

baying dirinya tidak dapat terpisah dari dirinya. Ciri – ciri gaya dan stail ini mungkin

timbul daripada cara memakai ayat, memilih kata, memilih ungkapan, memilih bahasa

figuratif, kekerapan sesuatu itu dipakai dan sebagainya. Apa yang harus diingati dalam

soal gaya sendiri ini ialah kelahirannya tidak dapat dipaksa, disegajakan dan diatur –

atur.

Gaya atau stail sendiri lahir apabila pengarang itu sudah terlatih mengguakan ciri – ciri

pilihannya terus meneru secara berkesan dan mengharukan. Bahasa berbunga dan

berwarna – warni pula kita dapat mengambilkannya dari berbagai gaya figuratif, iaitu

gaya retorik, gaya kiasan, gaya peribahasa, bidalan, perbilangan, ungapan dan

perumpamaan, bahawa semua ini adalah bunga – bunga yang memeri warna pada

bahasa kita. Makin berbunga maka makin berwarna dan makin indahlah gaya bahasa

kita. Keindahan bahasa tidak terletak pada bunga – bunganya saja tetapi pada

keserasian bentuk dan isi serta stilitik yang yang tersendiri.

Menurut Abdullah Hassan (1990) stilistik adalah fokus dan penekanan terhadap aspek

kebahasaan.Ia juga merupakan ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan

pemakaian atau penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengucapan dalam

Page 74: Isi-Linguistik

75

bidang kesusasteraan. Oleh yang demikian gaya berbahasa individu seseorang penulis

adalah gambaran atau latar belakang sesebuah masyarakat yang melahirkannya.

Contohnya, Azizi Hj. Abdullah ialah seorang penulias yang lahir di Kedah lebih

banyak menceritakan keadaan dan ransangan yang berlaku di

persekitarannya.Selalunya karyanya adalah pengalaman yang dirasai dan dilalui oleh

beliau sendiri.

Penggunaan bahasa karyanya dipengaruhi oleh dialek daerah yang dikuasainya.

Stail beliau menulis menggambarkan peribadinya sebagai seorang individu yang

kreatifdan guru agama yang berpengetahuan tinggi.Penerapan dan jalur gagasan yang

sering diperinci dan diutarakannya menampakkan taraf pengetahuan dan latarbelakang

pendidikan agama yang dimilikinya.Beliau dapat meneliti dan memerhati setiap

gerakbalas yang berlaku di depan mata dan di sebalik pandangan mata kasar dengan

penggunaan perbendaharaan katanya yang banyak dan pelbagai.

Ternyata kebolehan dan bakat beliau dalam berkreatif dapat menarik minat

masyarakat membaca karyanya.Penulisannya yang menggunakan gaya bahasa yang

agak kasar dikatakan berasal dari cerminan gaya pertuturan hariannya yang

sedemikian.

Buku-buku nya laris dijual dan beliau memperolehi banyak anugerah sastera

hasil penulisankreatifnya. Sehingga kini masih terdapat seminar-seminar yang

dirancang khas buat penulis ini yang menumpukan gaya bahasa dan stail penulisannya

yang tersendiri. Contohnya yang terkini, UPSI mengadakan majlis khusus untuk

membincangkan penulisannya.

Gaya penulisannya seperti dalam Tuk cai seperti menggambarkan

pemberontakan seorang tua tetapi disampaikan oleh Azizi berdasarkan gaya pertuturan

peribadi pengarang sendiri. Mungkin jika cerita yang sama tetapi ditulis oleh penulis

lain, berlainan pula tindak balas pembaca terhadap bacaan tersebut. Stail Azizi, gemar

mengarang menggunakan pendekatan psiko. Manakala penulis lain mempunyai

pendekatan berbeza pula.

Page 75: Isi-Linguistik

76

Jadi stail atau gaya seseorang penulis seperti Azizi banyak mempengaruhi

khalayak pembaca sebagai ahli masyarakat. Maka penulis-penulis lainnya adalah juga

berpengaruh menggunakan stilistik masing-masing untuk menerapkan pemikiran,

hasrat, malahan luahan perasaannya kepada masyarakat. Ia termasuklah perubahan

dalam pemikiran, stail berbahasa, perubahan tingkahlaku yang lebih baik atau sebalikya

,dapat menambah ilmu agama, meningkatkan timbunan perbendaharaan kata,

mengetahui kehidupan masyarakat di tempat lain, menerima dialek setempat

pengarang untuk diasimilasikan dalam kehidupan, dapat menilai semula diri pembaca

dan sebagainya.

Harus diingat, stilistik berbeda pengarang yang dapat menarik minat pembaca

juga amat berpengaruh sebagai agen perubahan masyarakat contoh Pak Sako dengan

cerita Putera GunungTahan mendorong rakyat berjuang menentang penjajah melalui

sindiran yang tersirat. Gambaran beliau menggalakkan masyarakat agar tidak

mengagung-agungkan penjajah melalui kelakuan-kelakuan tidak senonoh orang putih di

dalam penulisannya.

Begitu juga, Usman Awang sebagai penulis yang dapat menarik masyarakat

agar menghargai jasa-jasa seorang guru melalui sajaknya yang sungguh puitis dan

gramatis. Penulis-penulis novel cinta yang terkini juga dapat menarik minat masyarakat

pembaca merenung diri dan masyarakat agar dapat berubah dan mencontohi watak-

watak baik novel mereka.

Sungguhpun tiada kayu pengukur yang spesifik yang menunjukkan stilistik dapat

mengubah masyarakat terutamanya dari sudut pemikiran dan tingkahlaku, namun telah

terbukti penulis-penulis yang dikhuatiri dapat dan telah mempengaruh kotak fikiran

masyarakat telah ditahan oleh penjajah di penjara atau diganggu kehidupan harian

mereka. Contohnya di Malaysia ialah Mahathir Mohamad dengan Malay Delima, Pak

Sako dengan Putera GunungTahan dan Subky Latif dengan rencananya.Malah seorang

ketua pengarang Utusan Malaysia telah membuktikan penahanannya selama dua puluh

tahun di sebuah kediaman terhad di Singapura adalah hasil stilistik, iaitu gaya atau stail

penulisannya sangat mempengaruhi dan menyemarakkan semangat perjuangan

kedalam diri masyarakat.

Page 76: Isi-Linguistik

77

Prinsip stilistik yang pertama adalah menganggap dan mengiktiraf bahasa

sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa

sebagai satu anugerah dan bakat eserang penulis. Manakala analisis karya sastera

merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang seseorang

pengarang. Namun begitu, analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian

bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

Prinsip stilistik yang kedua pula membincangkan aspek tema seperti yang sering

dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian

menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat

yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna mudah

difahami, mudah dimengerti, banyak maksuddan mempunyai makna simbolik.

Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya

kepribadian seorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai

penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan

diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi

penulisnya .Penulis pula mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh

beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis.

Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi,

pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang

pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang

digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan

iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan

yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian

kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkayakan

perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang

penulis.

Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan

sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan

Page 77: Isi-Linguistik

78

dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan

menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat

unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses

penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan

penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Oleh itu aspek bahasa

dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami,

menimbulkan keseronokan atau member kecelaruan atau kekaburan tanggapan kesan

daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk

mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.