ISL MNGU 8

13
ISU GENGSTERISME DAN BULI DI SEKOLAH DI MALAYSIA Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya adalah untuk membangunkan modal insan. Walaubagaimanapun, organisasi pendidikan sering menghadapi masalah berkaitan disiplin seperti gengsterisme dan buli. Dunia pendidikan dikejutkan dengan isu seperti ini pada masa lalu,sebagai contohnya kes Mohd. Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut (Siang, 2005). Terbaru, antara yang menjadi kontrovesi adalah kes buli dan pukul budak berumur 13 tahun, Mohd. Afiq Qusyairi, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama Padang Tengku di Kuala Lipis, Pahang. Isu pendidikan ini bukan saja menjadi masalah di Malaysia, malah telah menjadi isu yang perlu ditangani secara global. Mengikut kajian, hampir 30 peratus remaja di Amerika Syarikat (5.7 milion) dianggarkan terlibat dalam buli di sekolah. Pelbagai cara untuk mengatasi masalah gengsterisme dan buli ini telah dibuat, namun banyak yang tidak memberi kesan. Antara teori-teori yang berpotensi dalam mengekang masalah ini adalah seperti teori ‘behaviorisme’. 2.0 DEFINISI

description

edu

Transcript of ISL MNGU 8

Page 1: ISL MNGU 8

ISU GENGSTERISME DAN BULI DI SEKOLAH DI MALAYSIA

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya adalah untuk

membangunkan modal insan. Walaubagaimanapun, organisasi pendidikan sering menghadapi

masalah berkaitan disiplin seperti gengsterisme dan buli. Dunia pendidikan dikejutkan dengan

isu seperti ini pada masa lalu,sebagai contohnya kes Mohd. Farid Ibrahim dari Sekolah

Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat

dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut (Siang, 2005). Terbaru, antara yang

menjadi kontrovesi adalah kes buli dan pukul budak berumur 13 tahun, Mohd. Afiq Qusyairi,

pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama Padang Tengku di Kuala Lipis, Pahang. Isu

pendidikan ini bukan saja menjadi masalah di Malaysia, malah telah menjadi isu yang perlu

ditangani secara global.

Mengikut kajian, hampir 30 peratus remaja di Amerika Syarikat (5.7 milion) dianggarkan

terlibat dalam buli di sekolah. Pelbagai cara untuk mengatasi masalah gengsterisme dan buli ini

telah dibuat, namun banyak yang tidak memberi kesan. Antara teori-teori yang berpotensi dalam

mengekang masalah ini adalah seperti teori ‘behaviorisme’.

2.0 DEFINISI

2.1 BULI

Menurut Kamus Dewan (DBP, 2002, hlm 186) buli ditakrifkan sebagai perbuatan mendera,

mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dan

mempermain-mainkan orang, biasanya orang lemah, dengan tujuan untuk menggertak atau

menakutkan orang berkenaan.

“A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people”

mengikut definisi yang diberikan oleh The American Heritage @ Dictionary.

Prof Madya Dr Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris memberi pandangan bahawa dari perspektif psikologi

Page 2: ISL MNGU 8

tingkah laku, memeras ugut rakan, adalah antara contoh buli yang berlaku di kalangan kanak-

kanak.

Perlakuan itu adalah bentuk tingkah laku antisosial dan bila berlaku di kalangan kanak-

kanak berusia tujuh atau lapan tahun berkemungkinan ia berpunca daripada tingkah laku agresif

yang tidak dibendung dan ditangani dengan baik ketika kanak-kanak itu berada di peringkat pra

sekolah lagi. Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah

laku dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan

berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa

selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan.

Buli biasanya membabitkan tiga pihak, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang

membuli, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang menjadi mangsa buli dan kanak-kanak

lain yang kadangkala menyaksikan proses buli itu berlaku. Tingkah laku negatif ini selalunya

ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti memukul, menendang dan sebagainya; atau dalam

bentuk verbal (kata-kata) seperti memeras ugut, mengejek, mengutuk dan menjatuhkan maruah

sehingga menyebabkan mangsa buli hilang rasa harga diri.

Beliau berkata, buli juga boleh berlaku dalam bentuk manipulasi sosial seperti

mempengaruhi kawan lain supaya seseorang kanak-kanak itu merasakan dirinya dipinggirkan

atau tidak diterima dalam sesuatu kelompok rakan sebaya. Keadaan itu berkemungkinan berlaku

khasnya jika di rumah kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan mereka terpaksa

berkelakuan baik serta memendam apa yang terbuku di dada kerana takut pada keadaan.

Sebaliknya bila di sekolah mereka mungkin akan melepaskan geram tersebut dengan

‘mengganas’ dan mencari mangsa untuk melepaskan dendam mereka. Kanak-kanak seperti itu

lazimnya dididik agar takutkan sesuatu bayangan atau seseorang sedangkan jiwa mereka

memberontak dan bila orang yang ditakuti tiada, mereka seperti ‘bebas’ melakukan apa saja

untuk mencapai kepuasan diri bagi menggantikan apa yang tidak dapat mereka kecapi di rumah,”

katanya.

Menerusi Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996)buku,

Pattterson (1982; Patterson et al 1989) menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah

Page 3: ISL MNGU 8

selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggapkan sebagai breeding grounds kepada tingkah

laku anti-sosial dan hostile. Keluarga ini selalunya beratmosferakan coercive home environment

di mana anak-anak berinteraksi dengan ibu bapa dan sesama sendiri dengan menggunakan

kekerasan ataupun dengan teknik-teknik anti-sosial yang lain.

Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung,

terpaksa mempelajari teknik-teknik tersebut untuk terus selamat di dalam keluarga mereka.

Anak-anak akan mulai berani menentang ibubapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan

tekanan yang dirasai oleh mereka. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati dengan

jiwa mereka. Patterson (1982; Patterson et. al 1989) mengatakan bahawa sikap anak-anak dan

persekitaran keluarga yang destruktif ini tidak mungkin boleh dipulihkan jika mereka tidak

mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia yang juga

bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan

Idris pula pernah menjalankan kajian berkaitan dengan buli. Beliau mendapati ada beberapa

faktor yang menyebabkan kes buli ini terjadi. Faktor utama ialah kerana si pembuli merasa puas

apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal.

Dengan kata lain pembuli membuli orang lain sekadar untuk "berseronok". Kajian Dr.

Noran juga mendapati kebanyakan mereka yang terlibat dengan buli ini tidak mempunyai

hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa dan kebanyakan mereka datang daripada

keluarga yang tidak mengambil berat pendidikan agama.

2.2 GENGSTERISME

Menurut Kamus Dewan gengster diklasifikasikan kepada kategori jenis salah laku jenayah

seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, vandalisme, memeras ugut, buli,

pelacuran, meliwat, menyalahgunakan dadah, membawa senjata merbahaya, mencabul

kehormatan, mengutip dan membayar yuran keahlian dan membunuh ( Kamus Dewan, 1994).

Page 4: ISL MNGU 8

Gengsterism ataupun kongsi gelap pula didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam

sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Spergel (1985) gengsterisme

bermaksud sekumpulan kanak-kanak dewasa atau remaja bersama-sama dalam kumpulan

melakukan kesalahan salah laku dan anti sosial seperti keganasan, dadah, membawa senjata

tajam, membawa senjata api dan mengganggu ketenteraman awam khususnya di kawasan atau

daerah kumpulan tersebut wujud.

Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-

ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara

berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Trasher (1963) menyatakan bahawa kewujudan

gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenile

yang bertukar kepada pelakuan deviant.Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan

gangster yang seringkali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti social.Ikatan

yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat ditambah semangat setia kawan

atau kukuh serta serta mengamalkan tradisi kumpulan.

Page 5: ISL MNGU 8

3.0 FAKTOR-FAKTOR

3.1 BULI

Punca pertama gejala buli semakin berleluasa di negara kita adalah kurangnya didikan

agama. Negara yang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi

keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehinnga tiada masa untuk

mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan

kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar

penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa

yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk

berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka.Kelemahan institusi kekeluargaan

menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya,

ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-

anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar

hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan

tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.

Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-

lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang

membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan

kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan

ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu

cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa

gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.

Gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Lazimnya,

golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu

tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya.

Page 6: ISL MNGU 8

Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak dengan

gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang

tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu

tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.

Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga

telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar

negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya

kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara-negara barat

berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang

dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal

mereka perolehi.

3.2 GENGSTERISME

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala social ini di kalangan

pelajar sekolah.Punca utama adalah di atas faktor terpengaruh dengan rakan sebaya.Ini kerana di

peringkat remaja ini,remaja lebih banyakl meluangkan masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini

pengaruh rakan sebaya memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin

mencuba dalam diri remaja ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi

godaan terhadap gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan

terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah

keluarga.

Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin merasakan diri

hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut berasakan diri mereka sudah

dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil

mereka yang inginkan penghormatan dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak

langsung remaja tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik

pelajar lain yang lemah.

Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.Memang

tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang menghabiskan masa yang berharga semasa

Page 7: ISL MNGU 8

proses pembesaran anak-anak mereka demi memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-

anak yang terasa diri terabai atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk

memperoleh perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak –

peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan mabuk,kaki

perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh menyumbang kearah gejala

ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama maka mereka tidak dapat menerapkan

nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa

tidak selesa berada di rumah dan akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa mereka yang

muda itu akan memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu cara

mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.

Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana bila remaja

terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat persepsi bahawa perbuatan

tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah

setinggan atau flat-flat kos rendah ,remaja akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah

kerana tempat tinggal mereka tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah

yang kecil dan sempit.

Media massa juga turut menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja sekarang.Sebagai

contoh perkembangan filem sekarang banyak menjurus kepada masalah sosial seperti

gangsterisme.Ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja akan meniru aksi,pertuturan dan

tingkahlaku yang ditayangkan .Ini boleh merosakkan mereka kerana remaja ini akan terpengaruh

dengan seolah-olah apa yang mereka lihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

Page 8: ISL MNGU 8

4.0 TEORI KEPIMPINAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI MASALAH

GENGSTERISME DAN BULI

Pelbagai langkah dan strategi telah diambil pihak bertanggungjawab untuk masalah ini, namun

masalah ini belum dapat diatasi sepenuhnya hingga membimbangkan kerajaan, pihak sekolah ibu

bapa dan masyarakat. Kebanyakan masalah khususnya gengsterisme dan buli di kalangan remaja

ini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Oleh

itu pendekatan psikologi haruslah digunakan untuk mengatasi masalah ini. Pelbagai kaedah,

teknik, model pembelajaranan teori-teori berkaitan haruslah digunakan bagi menangani masalah

yang semakin meruncing di kalangan remaja zaman sekarang.Berikut adalah langkah langkah

yang disokong oleh beberapa teori untuk mengatasi masalah gengsterisme dan buli :

(a) Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)

Teori ini bersandarkan kepada perubahan tingkahlaku (learning leads to a change in behavior),

iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu berulang-

ulang maka tingkahlaku itu akan dikuasai secara automatic. Pavlov (1849 – 1936) yang

menjalankan eksperimen ke atas anjing menggunakan makanan dan loceng membuktikan

bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana

makanan akan disajikan.

Thorndike (1874 – 1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus Response Theory

(teori pelaziman operan) yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim.

Misalnya, kucing yang lapar ‘belajar’ membuak sangkarnya (respons terlazim) untuk

mendapatkan makanan yang dihidangkan di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya

bahawa hubungan neutral terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah

positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang

dikehendaki. Dengan kata lain teori behaviorisme yang dikaitkan dengan tingkah laku membuli

atau kelakuan jenayah ialah melalui pembelajaran yang berkesan dapat mencegah kegiatan tidak

bermoral tersebut. Guru ataupun ibubapa akan sentiasa mengulangi kata-katanya bahawa

Page 9: ISL MNGU 8

membuli adalah salah di sisi undang-undang dan sesiapa yang melakukannya akan didenda. Oleh

itu, apabila perlakuan ini berulang kembali, pelajar akan sentiasa ingat bahawa buli dan

gengsterisme ini adalah salah dan mereka akan dihukum jika melakukannya.

Akhirnya, pelajar tersebut tidak akan melakukan kesalahan begitu lagi.