Istinjak.txt

download Istinjak.txt

If you can't read please download the document

description

,

Transcript of Istinjak.txt

PENGERTIAN ISTINJAIstinja bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.HUKUM ISTINJAHukum istinja untuk menghilangkan najis adalah wajib.Sunat beristinja dengan batu kemudian dibasuh dengan air.Harus memilih untuk beristinja dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.2. Tidak merebak ke bahagian lain.3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.