Isu-Isu Laras Sastera

download Isu-Isu Laras Sastera

of 9

Transcript of Isu-Isu Laras Sastera

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    1/9

    Isu-isu Laras SASTERA STPM 2012/2013

    1 INTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

    a) Pengenalan :

    Kementerian Pendidikan Malaysia berhasratmendemokrasikan pendidikan.

    Pengkorporatan IPTA penting untuk merealisasikanMalaysia sebagai Pusat Pendidikan Cemerlang.

    Pendidikan swasta menjadi semakin penting sejajardengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

    Masyarakat mula menerima pendidikan swastasebagai alternatif untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

    Menggalakkan kemunculan kolej-kolej dan universitiswasta seperti Universiti Telekom (UNITEL), danUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN).

    Kerajaan harus mengawasi perkembangan IPTS agarperkembangan itu tidak mendatangkan sebarangmasalah kepada masyarakat dan negara.

    b) Kebaikan :

    Pertambahan kolej-kolej dan universiti swastamemperluas peluang kepada rakyat untuk melanjutkanpelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Program-program kembar memberikan peluangkepada lebih ramai lepasan SPM dan STPM untukmemperoleh diploma dan Ijazah.

    Malaysia mencapai wawasan menjadikan masyarakatberilmu dan inovatif.

    Boleh meringankan beban kewangan dan pentadbiranawam.

    Dapat berganding bahu dengan kerajaan untukmelahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuhmahir untuk menjana kemajuan negara.

    Pelbagai kursus ditawarkan di IPTS bagi memenuhi

    keperluan pasaran guna tenaga tempatan. Berdaya saing tinggi dan setanding IPT tempatan/luar

    negara. Pelajar turut diberikan pelbagai latihan kemahiran dan

    kepakaran.

    Pelajar dilatih dan diberikan tauliah dalam bidangkejuruteraan, komunikasi, pengurusan, pentadbiran.

    Pertambahan tenaga mahir mampu mengelakkanpergantungan kepada pakar asing.

    Dapat menjimatkan kos berbanding pengambilanpakar-pakar asing.

    Perkembangan pesat perkhidmatan pendidikan swastadapat meningkatkan peluang pekerjaan :

    Kemunculan kolej-kolej dan univerisiti swasta dapatmengatasi pengangguran kerana tenaga pengajar

    serta kakitangan yang ramai dapat diserap. Pengkorporatan IPTA akan membendung fenomena

    penghijrahan pensyarah (brain drain).

    Perkhidmatan bermotif keuntungan mendorongpeningkatan produktiviti.

    Lebih banyak korporat dan pelabur tertarik kepadaperkhidmatan swasta.

    Potensi masa depannya cerah kerana mampu menjadiindustri yang menguntungkan.

    Kemasukan pelajar-pelajar asing ke IPTS menjadisaluran kemasukan tukaran wang asing.

    Meningkatkan pendapatan negara dan menjanakemajuan ekonomi negara.

    Membantu kerajaan dalam merealisasikan wawasanuntuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat PendidikanCemerlang/kecemerlangan ilmu di rantau ini :

    Malaysia setanding dengan negara-negara maju yanglain.

    Pelajar dari luar negara, khususnya di rantau ini,tertarik untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

    IPTS tempatan turut mendapat pengiktirafan universitiasing.

    Menjanjikan skim yang lebih kompetitif denganwujudnya persaingan.

    Memberi insentif menurut kecemerlanganperkhidmatan dan produktif.

    Mengurangkan kecenderungan mereka yang terbabituntuk berhijrah demi melanjutkan pelajaran.

    Membolehkan negara memiliki ribuan graduan dalampelbagai bidang dan ilmu.

    c) Keburukan :

    Perkembangannya terlalu pesat sehingga sukardikawal.

    Yuran pengajian kebanyakannya lebih tinggi danbersifat mengutamakan keuntungan.

    Sesetengah IPTS menaikkan yuran pengajian lebih 5kali ganda dan dianggap terlalu mahal.

    Pelajar-pelajar miskin akan menghadapi masalahkewangan/tidak mampu.

    Penaja biasiswa akan berkurangan denganbertambahnya bilangan IPTS.

    Beban hutang pelajar/siswa akan meningkat danmenimbulkan masalah sosial.

    Dianggap bersifat terlalu komersil walaupunmenawarkan perkhidmatan yang baik.

    Sesetengahnya tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan. Menimbulkan masalah pengangguran di kalangan

    graduan lepasan IPTS. Penggunaan bahasa Inggeris lebih dipentingkan

    sehingga mengabaikan bahasa kebangsaan.

    Kurang menekankan matlamat Falsafah PendidikanNegara.

    Sesetengah kursus yang ditawarkan di IPTS tidakdiiktiraf oleh kerajaan tempatan. Menimbulkan masalah double standard.

    d) Langkah-langkah Mengatasi Masalah :

    Kerajaan perlu mengkaji semula/merancangpelaksanaannya dengan lebih teliti dan memastikanagar tiada implikasi sosioekonomi.

    Boleh perkenalkan kursus dan ilmu-ilmu moden. Menyediakan prasarana moden dan canggih serta

    peralatan yang lengkap.

    Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D atauP&P) dalam negara harus dipertingkat.

    IPTS harus menekankan pencapaian matlamatFalsafah Pendidikan Negara.

    Kursus-kursus yang ditawarkan hanya yang diiktirafoleh kerajaan agar tidak menimbulkan masalahpengangguran dalam kalangan siswazah.

    Kos pengajian harus dikurangkan agar lebih ramaipelajar mampu mengikuti pengajian di IPTS.

    Pinjaman kewangan dapat menampung keperluanpelajar yang menghadapi masalah kewangan.

    Sumbangan pihak swasta amat penting untukmenjayakan pelaksanaannya.

    Pihak pengusaha tidak mementingkan keuntunganyang keterlaluan.

    Kerajaan mengawal pertumbuhan IPTS yang semakinpesat.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    2/9

    2 KESESAKAN JALAN RAYA

    a) Pengenalan :

    Masalah kesesakan jalan raya berlaku di bandar-bandar utama.

    Keadaan ini mampu menjejaskan kualiti hidupwarga kota.

    Fenomena di kota ini kian kritikal dan perlu diatasidengan segera.

    Kesesakan lalu lintas yang parah bolehmembantutkan pembangunan bandar.

    Lalu lintas yang licin amat penting bagi kemajuansesebuah bandar.

    b) Kesan-kesan Negatif :

    Mobilisasi orang ramai bagi pelbagai urusanterganggu.

    Perkhidmatan bas dan teksi kurang diminati keranapengguna mudah terperangkap dalam kesesakanlalu lintas.

    Pengangkutan awam lain menjadi alternatif untuk

    mengatasi kesesakan. Pendapatan para pemandu teksi dan perkhidmatan

    bas terjejas.

    Menjejaskan industri pelancongan. Kerajaan terpaksa menampung kos untuk membina

    lebih banyak jalan raya.

    Pembebasan gas-gas beracun seperti karbonmonoksida menyebabkan pencemaran udaraberleluasa.

    Udara menjadi semakin kotor dan tidak selamatbagi penghuni kota yang terbabit.

    Penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasanmeningkat.

    Penyakit berbahaya mudah merebak melalui udarakotor.

    Kehidupan di kota menjadi tidak selesa/menjejaskan

    kesihatan.

    c) Punca-punca :

    Proses perbandaran yang pesat menyebabkanwarga kota menghadapi masalah kesesakan.

    Pertumbuhan ekonomi memesatkan aktivitikomersial dan perkhidmatan di bandar.

    Banyak peluang pekerjaan di bandar menyebabkanpenghijrahan berlaku sehingga menimbulkanmasalah kesesakan.

    Mobilisasi orang ramai bagi pelbagai urusan rasmidan persendirian bertambah mengakibatkanpertambahan kenderaan.

    Peningkatan taraf hidup dan penduduk bandar turut

    mengakibatkan kesesakan jalan raya. Pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan

    perkapita meningkatkan kemampuan untukmembeli/memiliki kenderaan persendirian.

    Kepesatan perkembangan teknologi automobilmenggalakkan pembelian kenderaan persendirian.

    Sikap pengguna jalan raya yang kurang toleransimenambah masalah kesesakan lalu lintas.

    Bilangan kenderaan yang keluar masuk bandarmeningkat sehingga berlipat kali ganda.

    Sistem pengangkutan dan perhubungan awam turutmengakibatkan kesesakan lalu lintas.

    Perkhidmatan bas dan teksi kurang diminati keranatidak menepati waktu dan kekerapan.

    Keadaan pengangkutan awam kurang selesakerana mengambil penumpang yang

    berlebihan/penuh sesak. Orang ramai yang mengutamakan keselesaan diri

    gemar mengguna kenderaan sendiri.

    d) Langkah-langkah Mengatasi :

    Kerajaan dan media massa harus menyedarkanrakyat melalui kempen-kempen yang berkaitan.

    Memberi pendedahan kepada para pengguna jalanraya tentang cara-cara untuk mengatasi kesesakan.

    Menyediakan sistem perhubungan/pengangkutanalternatif (KOMUTER, LRT, dan monorel).

    Mengkaji dan membentuk perancanganperbandaran jangka panjang yang lebih teliti.

    Peranan media massa pupuk kesedaran wargakota agar mengubah sikap negatif/lebih berhemat.

    Mengehadkan pengeluaran lesen kenderaan danundang-undang jalan raya.

    Menggalakkan masyarakat berkongsi kereta danmenggunakan kemudahan pengangkutan awam.

    Sikap prihatin dan kesedaran sivik dalam kalanganpengguna jalan raya perlu ditingkatkan.

    Kerajaan hendaklah membaiki taraf sistempengangkutan awam/menyediakan sistem alternatif.

    Menambah lorong khas dan menghadkan zon-zontertentu dalam suatu jangka waktu tertentu.

    Memastikan perkhidmatan awam lebih cekap danselesa.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    3/9

    3 SEKOLAH BESTARI

    a) Pengenalan : Wawasan kerajaan untuk memajukan industri teknologi

    maklumat di Malaysia melalui penubuhan Koridor RayaMultimedia (Multimedia Super Corridor MSC) padatahun 1977.

    Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh

    aplikasi perdana yang dilancarkan sebagai teraskepada MSC.

    Menyediakan teknologi maklumat ke arah mencapaiWawasan 2020.

    Merupakan institusi pendidikan yang diubah dari segiamalan pengajaran dan pembelajaran, sertapengurusan sekolah selaras dengan perkembanganteknologi maklumat (IT).

    Penggunaan perkataan smart atau 'bestari' sesuaidengan konsep sekolah ini.

    Lima matlamat penubuhannya adalah untukmenggalakkan perkembangan individu, membekalkanpeluang bagi individu memajukan kemampuannya yangtersendiri, menghasilkan tenaga kerja yang celikteknologi, membentuk sistem pendidikan yangmengamalkan demokrasi, serta meningkatkanpenglibatan pihak pelabur termasuk ibu bapa, komuniti,

    dan sektor swasta dalam proses pendidikan.

    b) Cabaran Pelaksanaan Sekolah Bestari : Kerajaan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak

    untuk melaksanakannya.

    Peralatan yang canggih dan mahal harganya sertaberisiko terpaksa disediakan.

    Keselamatan peralatan yang disediakan tidakterjamin/terdedah kepada risiko kecurian/kerosakandan akan menyebabkan kerugian yang besar.

    Sesetengah golongan mungkin menyalahgunakanperalatan yang disediakan tersebut.

    Guru bersikap negatif/tidak berupaya untukmempelajari perkara yang dianggap berteknologi tinggiyang harus diaplikasikan dalam P&P.

    Guru dibebankan dengan tugas yang mencabar seperti

    menganalisis data/markah peperiksaan dan membuatjadual waktu sekolah, menyediakan bahan pengajarandan pembelajaran (P&P), dengan menggunakankomputer dan internet.

    Guru memerlukan masa yang lama untuk menyediakanbahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kemahiran IT yang mantap di kalangan tenagapengajar diperlukan bagi menjayakan konsep SekolahBestari.

    Sekolah Bestari Cuma akan mempunyai bangunanbestari yang tidak dapat dimanfaatkan murid sekiranyaguru tidak bestari.

    Sekolah Bestari bergantung kepada keupayaan gurumengintegrasikan teknologi komputer untukmenyempurnakan objektif pembelajaran.

    Peluang menyertainya terbatas kumpulan sasaran

    hanya melibatkan pelajar-pelajar yang tinggal di kota. Golongan pelajar di kawasan desa akan terpinggir

    daripada menikmati kemudahan yang diperuntukkan.

    Kurangnya bilangan tenaga pengajar / pelajar Melayuyang mengambil inisiatif untuk menerima perubahanyang diwarwarkan oleh kerajaan.

    Tempoh yang diambil untuk menjayakan konsepSekolah Bestari dalam sistem pendidikan akanmengambil masa yang lama.

    Kurang kerjasama / sokongan daripada pihak ibu bapa,masyarakat serta warga sekolah mungkin menjejaskanpelaksanaannya.

    Melibatkan proses yang cekap dan sumber manusiayang bertanggungjawab, berkemahiran, dan dedikasi.

    Fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran,penggunaan sumber manusia, dan teknologi perlu dikaji

    semula agar menepati matlamatnya.

    c) Kebaikan Sekolah Bestari :

    Semua pelajar boleh belajar berdasarkan sistempendidikan demokrasi.

    Kurikulum yang digunakan mengambil kira keperluandan keupayaan pelajar sebagai individu yang berbeza-beza dalam suasana sekolah yang menggalakkanpembelajaran.

    Penaksiran yang berterusan untuk menyokongpengajaran.

    Menggunakan teknologi maklumat yang meluas menambah kemahiran dan pengetahuan.

    Tenaga pengajar dan pengetua yang berpengalaman /professional.

    Penggunaan komputer dan internet menjadikan tugas-tugas pengurusan sekolah lebih cekap.

    Memanfaatkan guru yang ingin mengetahui tentanginternet agar dapat diaplikasikan di sekolah.

    Dapat memaparkan pengalaman pendidik lain yangtelah membentuk aktiviti berasaskan internet untuk gurudan pelajar sekolah dari seluruh dunia.

    Semua pihak yang bertanggungjawab terhadapkemajuan sekolah akan dilengkapkan dengan ilmu dankemahiran yang tertentu yang membolehkan individuberkenaan menyumbang kepada perkembangansekolah.

    Aktiviti persediaan mengajar oleh guru, pemilihan buku-buku dan bahan rujukan, pengajaran, penilaian, danpenaksiran mudah dan berkesan.

    Menghasilkan pelajar yang bersedia untuk pendidikantinggi dan menempuh alam pekerjaan.

    Pengajaran dan pembelajaran memberi penekanankepada kurikulum yang mampu membentuk pelajaryang seimbang.

    Pengajaran dan pembelajaran dijalankan denganpelbagai kaedah untuk memastikan semua pelajarmemperoleh kemahiran asas.

    Penilaian dan peperiksaan memberikan gambaransebenar tentang kesediaan, pencapaian, dan sahsiah

    pelajar. Bahan yang digunakan semasa belajar amat

    menyeronokkan untuk digunakan serta mencabarkeupayaan pelajar di samping membantu pelajar fahamapa yang hendak disampaikan.

    Bahan dibina dengan kombinasi buku, model, perisiankursus, bahan rangkaian, bahan internet, dansebagainya.

    Mewujudkan suasana yang menyeronokkan pelajarketika berada di sekolah.

    Pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri tanpaperlu bimbang tentang ketinggalan atau terlalu kedepan.

    Peperiksaan akan hanya diambil apabila pelajar benar-benar bersedia dan dalam sesuatu kelas itu tidaksemua pelajar belajar dan diajar mengikut kadar dankaedah yang sama.

    Penggunaan teknologi membolehkan pelajar memilihmodul-modul pembelajaran yang bersesuaian denganpencapaiannya.

    Pelajar dan guru boleh menggunakan internet untukmendapatkan maklumat daripada perpustakaan,universiti, industri, agensi kerajaan, badan sukarela,dan sebagainya.

    Pelajar juga boleh berinteraksi dengan pelajar-pelajardari tempat lain melalui internet.

    Ibu bapa dan masyarakat dapat memberi sumbanganyang lebih positif terhadap perkembangan anak-anakmereka di sekolah dan juga perkembangan sekolah.

    Teknologi membolehkan sekolah memanfaatkansumber maklumat yang ada.

    Ibu bapa boleh mengesan kemajuan anak mereka disekolah. Sekolah juga boleh digunakan olehmasyarakat sebagai tempat untuk meneruskan

    pendidikan mereka. Berdasarkan polisi yang berkaitan dengan proses

    pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan awam,pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran danpembelajaran (seperti perisian kursus, perisiansokongan, buku teks, bahan rangkaian, dan lain-lain).

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    4/9

    4 INDUSTRI FILEM TEMPATAN

    a) Pengenalan : Filem Melayu sudah lama berkembang mendapat

    sambutan baik pada masa lampau. Filem-filem / teater klasik yang berunsur lagenda /

    mitos / sejarah tanah air pada suatu ketika dahuluamat popular dan menjadi kebanggaan masyarakatsetempat.

    Zaman kegemilangan industri filem Melayu padatahun 50-an hingga 60-an.

    Penerbit filem tempatan kini masih gagalmengembalikan kegemilangan filem Melayu.

    Industry filem tempatan masih tidak mampubersaing dengan filem-filem asing.

    Banyak faktor yang menyebabkan industri filemtempatan terjejas dan rakyat meminati filem-filemasing seperti filem-filem Hindi, Hong Kong, danBarat.

    b) Punca-punca Kemerosotan, Masalah, dan

    Cabaran :

    Teknik dan kecekapan pembikinan filem tempatanjauh ketinggalan. Peralatan dan kelengkapan penggambaran /

    pemprosesan tidak terkini.

    Tiada peralatan / kelengkapan canggih sehinggaadegan-adegan yang menarik tidak dapatdihasilkan.

    Kekurangan modal dan syarikat-syarikat penerbitanyang berdaya saing.

    Tidak dapat menimbulkan impak bunyi danpersekitaran yang istimewa.

    Perjalanan cerita terlalu hambar dan membosankanpenonton.

    Barisan pelakon kurang berbakat / tidak cukupmahir dalam persembahan watak secara semulajadi / berkesan.

    Kebanyakan pelakon baru menempa nama dalambidang nyanyian.

    Kurangnya disiplin serta komitmen pelakon dankakitangan syarikat penerbit menjadi penghalangkemajuan industri filem tempatan.

    Para pengarah dan anggota lain kurangpendedahan dan pengalaman.

    Kebanyakan mereka hanya terlibat secara sambilansahaja.

    Faktor tema dan skrip yang kurang menarik / kurangkreatif menjejaskan mutu filem tempatan.

    Kurang kemampuan karyawan berkarya / bakatpelakon yang lebih terserlah / sokonganmasyarakat.

    Gagal mengutarakan filem-filem aksi, unsur seram,dan rekaan sains.

    Latar yang kurang menarik

    hanya di dalam negaradan tidak seperti latar filem-filem asing yangmemaparkan keindahan alam semula jadi.

    Terdapat kegiatan cetak rompak / penjualan VCDfilem-filem asing yang berleluasa menyebabkanindustri filem tempatan terjejas.

    Pengusaha filem tempatan kurang menerapkanbudaya ketimuran.

    Kurangnya daya saing di kalangan pengusaha jugamerupakan punca kemerosotan industri filemtempatan.

    Barisan pelakon kurang mempunyai semangat,serta keyakinan diri.

    Mereka kurang mendapat sokongan masyarakatsetempat yang benar-benar mencintai filemtempatan.

    Tidak menepati cita rasa semua golonganmasyarakat pengguna yang terdiri daripadapelbagai kaum dan peringkat umur.

    Hanya mengutarakan isu-isu yang kurang menarikseperti percintaan dan zaman muda-mudi semata-mata.

    Kekurangan prasarana penting dalam pembikinanfilem yang berkualiti.

    Skrip yang kurang menarik serta berkualitisederhana.

    Kurang sambutan dan sokongan masyarakattempatan yang lebih meminati filem-filem asing

    berbentuk aksi dan seram. Kekurangan modal untuk menghasilkan filem-filem

    yang berkualiti.

    Gagal menerapkan unsur-unsur budaya ketimuran.

    c) Kesan Negatif : Kecintaan terhadap filem-filem asing ini menjadikan

    rakyat tempatan terpengaruh dengan unsur-unsurbudaya asing yang tidak sesuai dengan kehidupanmasyarakat kita.

    Industri filem tempatan menjadi lebih terpinggir dinegara sendiri.

    Seni perfileman, khususnya filem untuk tayangan

    pawagam sekarang masih merosot. Pengusaha terus mengutamakan soal keuntungan

    semata-mata serta menempa nama sahaja. Aspek pembikinan, skrip, lakonan, dan

    pengarahannya masih setanding dengan filem-filemasing.

    Kegiatan cetak rompak / penjualan VCD filem-filemasing / tempatan menjejaskan industri filem.

    Penonton / masyarakat pengguna, khususnyaremaja, mudah terpengaruh dengan unsur-unsurbudaya asing / liar kerana lebih kerap menontonfilem-filem asing.

    Unsur-unsur budaya ketimuran yang gagalditerapkan oleh pengarah filem tempatanmenyebabkan budaya tradisi ketimuran semakinterpinggir.

    Masyarakat tempatan, khususnya generasi muda,kurang mengamalkan budaya sendiri.

    Penonton lebih meminati cerita-cerita aksi atauberunsur ganas menyebabkan mereka terpengaruhdengan budaya kuning yang berunsur negatif.

    Pengaruh negatif tersebut akan menular dalamkalangan remaja dan menyebabkan gejala sosialdan jenayah juvana semakin meningkat.

    Nilai-nilai murni dan keagamaan yang gagal diserapke dalam filem-filem tempatan menyebabkanwawasan untuk mewujudkan masyarakatpenyayang sukar direalisasikan.

    Lagenda tempatan menjadi semakin dilupakankerana kurangnya usaha di kalangan pengusahafilem untuk menghidupkan semula cerita-cerita yangberteraskan sejarah dan lagenda tanah air yang

    dahulunya masyhur. Karyawan yang mempunyai bakat yang lebih

    terserlah gagal diketengahkan kerana kurangkeyakinan diri tehadap sokongan masyarakatsetempat.

    Sambutan terhadap filem-filem tempatan semakindingin.

    d) Langkah-langkah Mengatasi : Para penerbit dan pengarah bersatu untuk

    mewujudkan satu konsortium perfileman. Mereka sepatutnya merintis jalan kepada

    penggabungan pengalaman, kemahiran, sertamodal.

    Konsortium perfileman boleh memperuntukkan

    modal yang lebih besar seperti di Hollywood danBollywood serta menghasilkan filem-filem bersifatmega dan box-office

    Mewujudkan prasarana seperti studio yang canggihdan lengkap dengan segala peralatan terkini.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    5/9

    Seluruh anggota industri filem tempatan hendaklah

    berusaha gigih meningkatkan bakat, kemahiran, danprofesionalisme masing-masing.

    Mereka harus mengubah sikap agar mengutamakankemahiran dan kesempurnaan produk bukan keranakebendaan / menempa nama semata-mata.

    Mereka harus menjaga modal dan tenaga bagimewujudkan kolej atau akademi seni lakonan.

    Para pelakon perlulah bersikap terbuka dalam

    menerima kritikan dan memperbaiki kelemahan. Memupuk persefahaman dan kerjasama antara

    anggota filem tempatan. Kerajaan dan pihak swasta harus membantu /

    menyokong usaha industri filem tempatan. Rakyat juga harus bersifat positif terhadap filem

    tempatan / memberi sokongan yang padu.

    Filem-filem tempatan harus digarap agar dapatmembentuk moral masyarakat / nilai-nilai murni.

    Mempopularkan semula seni teater / filem klasikagar pengaruh budaya kuning dapat dibendung.

    Generasi kini harus menyokong industri filemtempatan agar tidak terpinggir di negara sendiri.

    Media elektronik seperti stesen televisyenmengehadkan penyiaran filem-filem asing.

    Pengusaha filem tempatan perlulah menerapkanbudaya tempatan dalam masyarakat kita secaralebih serius dan terancang melalui filem-filem yangdihasilkan.

    Media elektronik, khususnya stesen televisyen perlumengehadkan penyiaran filem-filem asing.

    Peranan media massa dalam memupuk semangatkekitaan serta sokongan masyarakat setempat.

    Pihak media massa, khususnya akhbar, perlumengehadkan informasi mengenai filem-filem asingagar dapat mengubah pandangan masyarakattempatan untuk menyokong industri filem tempatan.

    Masyarakat tempatan menyokong usaha karyawansedia ada agar daya kreativiti mereka terserlah.

    Industri filem harus ditangani dengan teliti untukmelahirkan bakat hebat yang berkaliber.

    Filem-filem tempatan perlu mempunyai daya tarikanyang hebat setanding dengan filem asing termasukteknik dan lokasi penggambarannya.

    Pengambarannya perlu berlatarkan lokasi yangmenarik serta dihiasi keindahan alam semula jadi.

    Menggunakan muzik latar dan lagu-lagu yang hebatmenurut cita rasa semua lapisan masyarakatpenonton.

    Penggunaan teknologi canggih terkini membolehkanpengarah mempelbagaikan teknik penggambarandan latarnya.

    Hanya pelakon dan kakitangan yang berdisiplin danberbakat sahaja diambil bekerja dengan syarikatpenerbit yang terbabit agar industri ini terusberkembang maju.

    Mengutarakan isu-isu yang menarik selain

    percintaan dan zaman muda mudi semata-mata. Generasi kini terus menyokong filem-filem asing

    sehingga industri filem tempatan menjadi lebihterpinggir di negara sendiri.

    Kekurangan prasarana penting serta skrip yangmenarik dan berkualiti.

    Kekurangan tema filem yang menarik diutarakan. Filem-filem ringan yang hanya berbentuk hiburan

    sahaja dikurangkan pembikinannya kerana tidakmampu bersaing di pasaran global.

    Para pengusaha filem tempatan perlulahmenerapkan budaya tempatan dalam masyarakatkita, melalui filem-filem yang dihasilkan.

    Filem yang bermutu dan boleh dibanggakanperlulah dihasilkan agar setanding dengan filem-filem asing yang diminati.

    Kita patut menyokong usaha karyawan yang sediaada kini dalam mengenengahkan bakat dankreativiti mereka dalam industri perfileman.

    Kerja kreatif berhubung kait dengan bakat yangdipupuk, perlulah dibentuk agar dapat menampilkanbarisan pelakon yang lebih hebat dan diminati olehsemua golongan masyarakat.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    6/9

    5 ISU TENAGA KERJA ASING

    a) Pengenalan :

    Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang

    datang ke negara ini dengan tujuan untuk mencari

    rezeki, menimbulkan pelbagai kesan sosioekonomi.

    Mereka yang terbabit datang dari Indonesia,

    Bangladesh, Thailand, Filipina, Myanmar, danAfrika.

    Kawalan kemasukan serta penguatkuasaan

    undang-undang dipertingkat untuk membanteras

    gejala tersebut.

    Kerajaan Malaysia hanya mengambil pekerja asing

    secara sah, yang diperlukan bagi sektor-sektor

    tertentu.

    b) Punca-punca Kedatangan Tenaga Kerja Asing :

    Masalah kemiskinan / tekanan hidup di negara asal

    mereka.

    Keadaan politik di negara asal yang t idak stabil.

    Ancaman keselamatan seperti bencana alam dinegara asal.

    Ingin mencuba nasib untuk mencari rezeki di negara

    makmur.

    Faktor ikatan kekurangan / kenalan / pengaruh

    rakan.

    Kekurangan tenaga buruh setempat dalam sektor

    perladangan dan pembinaan menggalakkan

    pengambilan tenaga kerja asing.

    Permintaan terhadap buruh / peluang pekerjaan

    yang luas / kadar upah yang lebih tinggi berbanding

    di negara asal.

    Dasar kerajaan terhadap pengambilan pekerja asing

    yang sah.

    Jaminan / perindungan terhadap pekerja asing dinegara ini.

    Kemakmuran dan taraf hidup yang lebih tinggi di

    negara ini.

    Faktor latar belakang sejarah, dan budaya hidup

    masyarakat.

    Sikap pihak majikan yang lebih cenderung untuk

    mengambil buruh asing kerana mereka sanggup

    menerima gaji yang rendah.

    c) Keburukan Tenaga Kerja Asing :

    Mengakibatkan masalah penggunaan di kalangan

    rakyat di negara ini semakin rumit.

    Menyebabkan kadar upah pekerja setempatmenjadi rendah.

    Menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan.

    Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk

    urusan penyelenggaraan tenaga kerja asing yang

    ditahan / dihantar pulang.

    Gejala sosial serta kadar jenayah meningkat.

    Pengaruh budaya kehidupan yang negatif.

    Menggalakkan wujudnya sindiket broker pekerja

    yang beroperasi secara haram.

    Rusuhan akibat dendam etnik di negara asal

    mengancam keselamatan penduduk tempatan.

    d) Kebaikan Tenaga Kerja Asing :

    Membantu mengembang / menjana ekonomi

    negara.

    Mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja di

    sektor perkilangan, perladangan, dan pembinaan.

    Mengadakan persaingan yang sihat antara pekerjatempatan dengan tenaga kerja asing.

    Mempercepat proses pembangunan.

    Membantu mengatasi masalah rumah terbengkalai.

    Mengurangkan kos buruh kepada majikan.

    Membolehkan lebih ramai wanita / kaum ibu keluar

    bekerja dengan adanya pembantu rumah.

    Kerjasama / hubungan diplomatik yang lebih baik

    dengan negara asal pekerja terbabit.

    e) Usaha-usaha Pengawalan Tenaga Kerja Asing:

    Kerajaan menggiatkan penguatkuasaan undang-

    undang yang berkaitan dengan tenaga kerja asing. Kerajaan menguatkuasakan peraturan pendaftaran

    tenaga kerja asing dan membanteras sindiket

    haram.

    Memastikan tenaga kerja asing yang diambil

    bekerja menjalani pemeriksaan kesihatan, memiliki

    permit kerja, dan bekerja di sektor yang telah

    ditetapkan.

    Mengadakan kawalan yang ketat di sempadan /

    kawasan pantai bagi menghalang kemasukan PATI.

    Menambah bilangan operasi mencari mencari /

    menghantar pulang PATI (Operasi Nyah dan

    Operasi Pemutih).

    Mendenda dan menahan tenaga kerja asing yang

    tidak memiliki permit kerja / dokumen yang sah.

    Menghantar pulang tenaga kerja asing yang tidak

    memiliki dokumen yang sah / tanpa permit.

    Mengkaji semula undang-undang / mengenakan

    hukuman yang lebih berat agar pelaksanaan

    berkesan.

    Majikan yang ingkar dikenakan tindakan yang tegas

    / denda / hukuman yang lebih berat.

    Mengenakan tindakan terhadap pekerja asing ysng

    melanggar peraturan seperti merusuh.

    Kerjasama orang ramai untuk melaporkan tentang

    PATI / rakyat tempatan yang melindungi mereka.

    Kerjasama dengan negara asal pendatang tanpa

    izin (PATI) dan pekerja asing yang terbabit.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    7/9

    6 TEKNOLOGI AUTOMOBIL

    a) Pengenalan : Industri yang berteknologi tinggi dan memerlukan

    kepakaran untuk mengendalikannya.

    Kepakaran manusia dalam teknologi automobil telah

    mewujudkan pelbagai rekaan yang semakin unik

    dan canggih. Teknologi automobil meningkatkan sektor industri

    yang berdaya saing di pasaran global.

    Perkembangannya mampu memajukan negara-

    negara membangun.

    Dapat menampung keperluan semasa sejajar

    dengan matlamat kerajaan menekankan kemahiran

    vokasional dalam sistem pendidikan.

    Mengatasi masalah pengangguran dengan adanya

    buruh-buruh mahir yang boleh diserap ke dalam

    sektor industri ini.

    Penglibatan pakar-pakar tempatan yang telah

    memperolehi kemahiran dari luar negara mampu

    membantu memajukan industri automobil tempatan.

    b) Kepentingannya :

    Kemajuan / kepakaran manusia dalam teknologi

    automobil dapat memajukan negara.

    Kenderaan terkini yang direka cipta mempunyai

    kelajuan yang tinggi berisiko tinggi.

    Pakar-pakar automobil mampu mereka cipta

    pelbagai jenis kenderaan yang lebih canggih.

    Kemajuan dalam industri automobil mampu

    meningkatkan nama negara di mata dunia.

    Dapat menampung muatan yang banyak / tinggi

    menjimatkan masa dan ruangan.

    Menyediakan pelbagai pilihan kepada para

    pengguna menurut keperluan masing-masing.

    c) Kesan Positif :

    Kepelbagaian dalam reka cipta kenderaan terkini

    memenuhi cita rasa pengguna.

    Kelengkapan di dalam kenderaan yang serba

    canggih menjamin keselesaan pengguna.

    Dapat menampung permintaan yang kian meningkat

    sejajar dengan pertambahan penduduk.

    Pasaran yang kian meningkat mewujudkan

    persaingan yang hebat di kalangan para pengeluar.

    Mewujudkan persaingan yang sihat dalam industri

    berteknologi tinggi.

    Kelajuan dan muatannya yang tinggi.

    Pengguna mempunyai banyak pilihan.

    d) Kesan Negatif :

    Menggalakkan perlumbaan haram dan

    kemungkinan berlaku kemalangan semakin

    bertambah.

    Saiz kenderaan tidak seimbang dengan kelajuan /

    kuasa kuda sehingga menyebabkan kemalangan

    mudah berlaku.

    Kesesakan lalu lintas bertambah serius.

    Mewujudkan persaingan harga yang hebat.

    Manusia berlumba-lumba mencipta kenderaan.

    e) Langkah Mengatasi :

    Meningkatkan kemampuan pakar-pakar automobil

    mereka cipta pelbagai jenis kenderaan yang lebih

    mementingkan aspek-aspek keselamatan.

    Mengurangkan penghasilan kenderaan bermuatan

    tinggi seperti van dan bas dua tingkat yang berisikotinggi terhadap kemalangan jalan raya.

    Mengurangkan kelengkapan kemudahan di dalam

    kenderaan seperti peralatan hiburan serba moden

    yang melalaikan pemandu.

    Rekaan menitikberatkan konsep mesra alam untuk

    mengatasi masalah pencemaran.

    Mementingkan rekaan kenderaan yang dapat

    menangani masalah kesesakan lalu lintas.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    8/9

    7 SUKAN

    a) Peranan/kepentingan sukan dalam

    pembangunan negara :

    1. Meningkatkan imej negara

    Negara akan lebih dikenali dan dihormati di

    peringkat antarabangsa.

    Contoh sukan : badminton, skuash, boling, dan

    hoki.

    Membantu negara dari aspek pelancongan.

    2. Dapat mewujudkan rakyat dan negara

    Sejak dibangku sekolah lagi perpaduan dapat

    di pupuk melalui pertandingan yang diadakan

    di peringkat sekolah, daerah, negeri dan

    kebangsaan.

    Para atlit yang berbilang kaum dapat

    bekerjasama dalam pasukan.

    Sukan juga dapat mengeratkan hubungan

    antara negara seperti Sukan Komanwel dan

    Sukan ASIA, Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

    3. Sebagai sumber pendapatan individu dan negara

    Atlit professional menjadikan sukan sebagai

    mata pencarian melalui penajaan.

    Kemasukan para peserta, penonton dan

    pelancong akan memberikan pendapatan yang

    lumayan. Contoh : perhotelan, pengangkutan Peningkatan jualan peralatan sukan seperti

    pakaian dan kasut.

    Pengeluar peralatan sukan juga menyediakan

    banyak peluang pekerjaan.

    b) Langkah-langkah meningkatkan mutu sukan :

    1. Pelaksanaan pelbagai program sukan

    Kementerian Belia dan Sukan dengan

    kerjasama Majlis Sukan Negara perlu

    memperbanyakkan program sukan untuk

    mencungkil bakat.

    Program sukan di peringkat sekolah, negeri,

    dan kebangsaan perlu dijalankan sepanjang

    tahun.

    Mewujudkan sekolah sukan khas di peringkat

    rendah dan menengah untuk menempatkan

    pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang

    sukan.

    Memberi latihan pengurusan kepada pemimpin

    persatuan sukan.

    Khidmat nasihat sukan.

    2. Menyediakan jurulatih yang berwibawa

    Mengadakan kursus-kursus dalaman jangka

    pendek dan jangka panjang sehingga kursus

    ke peringkat antarabangsa supaya jurulatih

    mempunyai pengalaman dan kelayakan. Mengimport jurulatih dari luar negara untuk

    memberi pendedahan kepada jurulatih negara.

    Jurulatih yang berwibawa mampu mengesan

    bakat dan seterusnya melatih atlit sehingga

    Berjaya.

    3. Kemudahan infrastruktur sukan yang lengkap

    Tempat latihan yang lengkap seperti stadium,

    kolam renang, lapang sasar.

    Peralatan latihan yang lengkap dan terkini

    disetiap lapangan.

    4. Penyediaan dan Pembangunan (R&D)

    R&D dalam pelbagai aspek seperti

    pemakanan, kesihatan, rawatan, peralatan dan

    sebagainya.

    Penyelidikan dijalankan bagi melahirkan atlit

    yang cemerlang.

    5. Insentif untuk atlit yang berjaya

    Ganjaran berupaya wang atau biasiswa.

    Penghantaran atlit berlatih di luar negara.

    Menawarkan pekerjaan yang sesuai.

    Memberi anugerah sukan.

    c) Faedah menganjurkan sukan bertaraf dunia :

    Meningkatkan mutu sukan negara.

    Memajukan bidang sains sukan negara.

    Memajukan bidang R&D dalam bidang sukan.

    Menaikkan imej negara (menggalakkan industri

    pelancongan).

    Memajukan industri berasaskan industri sukan.

    Memajukan infrastruktur sukan.

  • 8/2/2019 Isu-Isu Laras Sastera

    9/9

    Latihan Intensif Laras SASTERA STPM 2012/2013

    1. Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan untuk mengembangkan sistem

    pendidik di Malaysia. Namun begitu, perkembangan IPTS tanpa kawalan pihak kerajaan boleh

    mengundang pelbagai masalah.

    Bincangkan penyataan ini.

    2. Pelbagai faktor dikenalpasti menyumbang kepada kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama di

    Malaysia. Langkah-langkah tertentu wajar diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

    Huraikan penyataan ini.

    3. Tidak diragui dari beberapa aspek Sekolah Bestari amat berupaya untuk meningkatkan kemajuan

    pendidik di Malaysia, namun ke arah merealisasinya tidaklah semudah yang dicita-citakan.

    Bincangkan.

    4. Sistem pengangkutan awam yang cekap amat penting di bandar-bandar besar, justeru langkah-

    langkah yang berkesan haruslah diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.Bincangkan.

    5. Selain kekurangan teknologi yang canggih, kemerosotan filem tempatan dipengaruhi juga oleh

    faktor yang lain.

    Jelaskan penyataan ini.

    6. Kemasukan pekerja asing ke negara Malaysia telah menimbulkan pelbagai kesan.

    Bincangkan.

    7. Kebanjiran pekerja asing ke negara ini berpunca daripada pelbagai faktor dan menimbulkan pelbagai

    masalah sosio ekonomi yang semakin membimbangkan masyarakat.Bincangkan.

    8. Industri automotif telah membantu mengembangkan ekonomi negara, namun industri juga sentiasa

    berhadapan dengan pelbagai cabaran pasaran global.

    Huraikan penyataan ini.

    9. Sukan mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan negara. Pelbagai langkah perlu

    dilaksanakan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

    Bincangkan.

    10. Meskipun industri perfileman tempatan dilihat memberi sumbangan tertentu, cabaran besar yang

    dihadapinya seolah-olah menyukarkan matlamatnya.

    Bincangkan.

    11. Banyak pendapat mengatakan bahawa kesesakan lalu lintas terutamanya di pusat-pusat bandar

    bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan sistem pengangkutan awam.

    Bincangkan penyataan ini.