Isu2 Keselarasan Vokal

2
Isu-isu Dalam Ejaan Baharu Bahasa Melayu http://depsaafzan.blogspot.com/2011/08/isu-isu-dalam-ejaan-baharu- bahasa.html Proses penyerapan istilah asing ke dalam bahasa Melayu telah menimbulkan banyak isu kerana ejaannya istilahnya yang bercirikan pelbagai hukum. 1. Perkataan melanggar hukum keselarasan vokal. Keselarasan vokal ditakrifkan sebagai kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Terdapat beberapa pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu baharu yang menimbulkan kekeliruan. Contohnya dalam perkataan yang mengandungi “a – e taling” berubah menjadi “a – i “ seperti pada perkataan “kaseh” yang berubah menjadi “kasih” dalam ejaan baharu. Namun demikian terdapat pula kekecualian pada perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara seperti perkataan “aneh” yang masih mengekalkan pola “a – e taling”. Perkataan “kabaret “ juga masih mengekalkan pola “a – e taling” kerana ia berasal daripada perkataan bahasa Inggeris. 2. Penggunaan simbol diakritik tidak menyeluruh. Tanda yang dipakai dalam ejaan baharu untuk membezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf tidak menyeluruh. Ejaan baharu tidak memperlihatkan tanda bagi e pepet [ͽ ] . Ejaan e taling sahaja diberikan dengan simbol [ é ]. Justeru pengguna akan keliru untuk membunyikan perkataan “semak” yang mempunyai makna homograf iaitu “lalang” dan “meneliti”.

description

bm

Transcript of Isu2 Keselarasan Vokal

Isu-isu Dalam Ejaan Baharu Bahasa Melayuhttp://depsaafzan.blogspot.com/2011/08/isu-isu-dalam-ejaan-baharu-bahasa.html

Proses penyerapan istilah asing ke dalam bahasa Melayu telah menimbulkan banyak isu kerana ejaannya istilahnya yang bercirikan pelbagai hukum.

1. Perkataan melanggar hukum keselarasan vokal.Keselarasan vokal ditakrifkan sebagai kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Terdapat beberapa pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu baharu yang menimbulkan kekeliruan. Contohnya dalam perkataan yang mengandungi a e taling berubah menjadi a i seperti pada perkataan kaseh yang berubah menjadi kasih dalam ejaan baharu. Namun demikian terdapat pula kekecualian pada perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara seperti perkataan aneh yang masih mengekalkan pola a e taling. Perkataan kabaret juga masih mengekalkan pola a e taling kerana ia berasal daripada perkataan bahasa Inggeris.

2. Penggunaan simbol diakritik tidak menyeluruh.Tanda yang dipakai dalam ejaan baharu untuk membezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf tidak menyeluruh. Ejaan baharu tidak memperlihatkan tanda bagi e pepet [ ] . Ejaan e taling sahaja diberikan dengan simbol [ ]. Justeru pengguna akan keliru untuk membunyikan perkataan semak yang mempunyai makna homograf iaitu lalang dan meneliti.

3. Keterangan etimologi yang tiada atau yang tidak lengkap.Keterangan etimologi yang tiada atau yang tidak lengkap dalam ejaan baharu menyebabkan sifat-sifat keasingan kemeresapan perkataan menjadi kabur maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya perkataan idulfitri dan idilfitri telah diubah menjadi aidilfitri dalam ejaan bahasa Melayu baharu. Hal ini tidak menjamin makna dalam bahasa asal yang diterjemah dapat difahami penutur kerana sebutan bunyinya yang telah berbeza daripada bahasa Arab yang asal. Begitu juga halnya dengan perkataan dharurat dan dhaif ditukarkan konsonan dh kepada d sahaja iaitu darurat dan daif menyukarkan makna asal semantik perkataan itu sukar difahami penutur.

4. Ketidakseragaman pergantian vokal.Ejaan baharu bahasa Melayu menunjukkan ketidakseragaman pergantian vokal. Contohnya dalam perkataan yang mempunyai huruf e dalam ejaan lama telah ditukarkan kepada pelbagai variasi vokal seperti a, ai, i, dan u. Contohnya perkataan pabean menjadi pabean, perkataan heran menjadi hairan, perkataan endah menjadi indah,dan perkataan pesaka menjadi pusaka. Hal sedemikian akan menyukarkan pemahaman pengguna dalam bahasa Melayu.

5. Ketidakseragaman pergantian konsonan.Ejaan baharu bahasa Melayu menunjukkan ketidakseragaman pergantian konsonan. Contohnya dalam perkataan yang mempunyai huruf kh dalam ejaan lama telah ditukarkan kepada variasi konsonan seperti h dan k. Contohnya perkataan khaid menjadi haid, dan perkataan khanduri menjadi kenduri Hal sedemikian akan menyukarkan pengejaan perkataan yang mempunyai konsonan tersebut dalam bahasa Melayu.