JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

16
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) TAHUN 5 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Petunjuk aras kesukaran 1 Pengetahuan Mudah 2 Pemahaman 3 Aplikasi Sederhana 4 Analisis 5 Sintesis Sukar 6 Penilaian NO. SOALAN ITEM OBJEKTIF ARAS KESUKARAN 1 2 3 4 5 6 TATABAHASA 1 Kata Ganti Nama Diri 1 2 Kata Ganti Nama Diri 1 3 Kata Kerja 1 4 Kata Arah / Tunjuk 1 5 Kata Adjektif 1 6 Kata Hubung 1 7 Kata Hubung 1 8 Imbuhan 1

description

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Transcript of JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Page 1: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) TAHUN 5

BAHASA MELAYU KERTAS 1

Petunjuk aras kesukaran

1 Pengetahuan

Mudah2 Pemahaman

3 Aplikasi

Sederhana4 Analisis

5 Sintesis

Sukar6 Penilaian

NO. SOALAN

ITEM OBJEKTIF

ARAS KESUKARAN

1 2 3 4 5 6

TATABAHASA1 Kata Ganti Nama Diri 1

2 Kata Ganti Nama Diri 1

3 Kata Kerja 1

4 Kata Arah / Tunjuk 1

5 Kata Adjektif 1

6 Kata Hubung 1

7 Kata Hubung 1

8 Imbuhan 1

Page 2: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

9 Penjodoh bilangan 1

10 Imbuhan 1

11 Imbuhan 1

12 Simpulan Bahasa / Peribahasa 1

13 Kata Ganda 1

14 Kata Ganda 1

15 Simpulan Bahasa 1

16 Sinonim 1

17 Kata Banyak Makna 1

18 Kata Banyak Makna 1

19 Ayat Sama Maksud 1

20 Ayat Yang Betul 1

PETIKAN21 Syarahan 1

22 Syarahan 1

23 Syarahan 1

24 Syarahan 1

25 Syarahan 1

26 Diari 1

27 Diari 1

Page 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

28 Diari 1

29 Diari 1

30 Diari 1

Analisa:

Jumlah soalan 30

Jumlah soalan aras mudah 11

(pengetahuan dan pemahaman)

Jumlah soalan aras sederhana 10

(aplikasi dan analisis)

Jumlah soalan aras tinggi 9

(sintesis dan penilaian)

BAHAGIAN OBJEKTIF

Soalan 1 – 15

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “__________ mesti menyerahkan laporan tahunan kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang,” kata Bidin kepada Zaidi.

Page 4: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

A Saudara

B Kami

C Kamu

D Tuanku Pengetahuan Aras Mudah

2 “Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda ____________ sudah siap diatur?” tanya Sultan Melaka kepada Tun Perak.

A tuanku

B patik

C beta

D baginda Kefahaman Aras Mudah

3 Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan menggunakan sebatang pembaris.

A menconggak

B mengukur

C menggaris

D mengira Aplikasi Aras Sederhana

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

(GAMBAR)

Page 5: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

4 Sawardee duduk di ___________ leher gajah untuk memudahkannya mengawal gajah itu.

A atas

B puncak

C sisi

D tepi Pengetahuan Aras Mudah

5 Suasana di kampung itu damai dan sawah padi ____________ luas di kaki bukit.

A terbentang

B terdampar

C terhampar

D terlantar Analisis Aras Sederhana

6 ”____________ hari hujan maka perlawanan bola sepak itu akan di batalkan,” kata Zuraimi kepada Iskandar.

A Jika

B Semenjak

C Tatkala

D Malahan Pengetahuan Aras Mudah

7 ”Makanlah nasi goreng ini dahulu ___________ kamu tidak lapar dalam

Page 6: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

perjalanan ke Taman Negara nanti” kata puan Yati kepada anaknya

A hingga

B sewaktu

C sementara

D agar Pengetahuan Aras Mudah

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

(GAMBAR)

8 Semua penumpang kapal terbang mesti berada di ____________ sejam sebelum waktu berlepas.

A ruang tunggu

B ruang menunggu

C ruang penungguan

D ruang penunggu Pengetahuan Aras Mudah

9 “Nah, ambillah dua ____________ kek coklat ini!” kata Hanisah kepada adik lelakinya.

A butir

B potong

C ulas

D kerat Pengetahuan Aras Mudah

Page 7: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

10 Jamilah meminta kebenaran daripada ibunya untuk __________ aktiviti perkhemahan.

A sertai

B penyertaan

C disertai

D menyertai Aplikasi Aras Sederhana

11 Ceramah itu diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang _________ najis dadah.

A menyalahgunakan

B penyalahgunaan

C disalahgunakan

D kesalahgunaan Analisis Aras Sederhana

12 “Mengapakah kamu tidak __________ tentang pelajaran kamu sedangkan peperiksaan sudah hampir?” kata Cikgu Jamal kepada Rahim.

A ambil angin

B ulat buku

C ambil hati

D ambil berat Aplikasi Aras Sederhana

13 Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang kuat ditengah laut.

A terayun-ayun

Page 8: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

B tergoyang-goyang

C terumbang-ambingD terpontang-panting

Sintesis Aras Sukar

14 Pak Cik Leman meletakkan _________ untuk menyangga tiang itu.

A tetupai

B sesiku

C kekuda

D jejari Sintesis Aras Sukar

15 Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.

A seperti kaca terhempas ke batu

B seperti bulan jatuh ke riba

C seperti ular kena palu

D seperti mencurah air ke daun keladi Sintesis Aras Sukar

Soalan 16

Pilih kata seerti yang sesuai.

16 Shafik berasa bangga kerana abangnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pilih perkataan seerti bagi bangga.

A bongkak

B kagum

C megah

Page 9: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

D sukacita Kefahaman Aras Mudah

Soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

17 I Meja makan di rumah Datin Suhaila diperbuat daripada kayu yang keras.

II Budin memang seorang budak yang keras kepala.

III Pemandu kenderaan dilarang sama sekali mengambil minumam keras.

IV Anjing itu menyalak dengan keras apabila melihat pengemis itu berada di pintu pagar.

A I dan II

B I dan III

C I II dan III

D II III dan IV Sintesis Aras Sukar

18 I Peraturan di sekolah berasrama itu agak ketat.

II Baju yang baru dibeli itu tidak muat kerana terlalu ketat.

III Sejak perselisihan faham itu, Ahmad menjadi musuh ketat saya.

IV Buku-buku di perpustakaan itu disusun dengan ketat.

A I dan II

B I dan III

C I II dan III

D II III dan IV

Page 10: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Analisis Aras Sederhana

Soalan 19

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

19 Beg tangan daripada songket itu dijahit oleh Puan Maimunah.

A Puan Maimunah menjahit beg tangan daripada songket itu.

B Puan Maimunah akan menjahit beg tangan daripada songket itu.

C Puan Maimunah jahit beg tangan daripada songket itu.

D Puan Maimunah menjahit beg tangan untuk saya daripada songket itu.

Analisis Aras Sederhana

Soalan 20

Pilih ayat yang betul.

20 I Hanif pergi ke kedai runcit untuk membeli santan.

II Adik merengek-rengek minta dibelikan aiskrim.

III Kaki seluar abang yang koyak itu kakak jahit.

IV Pengerusi majlis meminta para-para tetamu duduk di atas kerusi.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV Sintesis Aras Sukar

Page 11: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

BAHAGIAN SUBJEKTIF

SOALAN 21 - 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Page 12: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Inai, pada hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Masalah Kegemukan”.

Hadirin yang saya hormati,

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar banyak aduan dalam kalangan masyarakat kita bahawa mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Apakah faktor yang membawa kepada masalah kegemukan ini?

Menurut kajian yang telah dijalankan, faktor pertama menyumbang kepada pertambahan berat badan ialah gaya hidup yang tidak sihat. Makan terlalu banyak, pengambilan minuman berkabonat dan makanan berlemak dan kolesterol tinggi serta tidak bersenam menjadi punca kepada pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Masyarakat kini sibuk mengejar kesenangan sehingga lupa mengamalkan gaya hidup aktif dan seimbang.

Hadirin sekalian,

Di samping itu, faktor genetik atau keluarga turut mempengaruhi pembentukan berat badan kita. Ibu bapa berbadan gempal, kebarangkalian anak mereka juga mempunyai masalah yang sama. Hasil kajian turut menyokong kenyataan ini dengan menyatakan bahawa penghasilan lemak pada anggota badan anak biasanya diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Hadirin yang saya hormati,

Faktor emosi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi tabiat pemakanan kita. Emosi yang terganggu akan menyebabkan kita rasa tertekan, marah dan sebagainya. Untuk meredakan ketegangan ini sesetengah orang akan mengambil lebih makanan tanpa memikirkan kesannya.

Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang mendorong kegemukan. Kegemukan yang berlebihan hanya akan mengakibatkan penyakit kronik. Justeru itu, kita mestilah mengamalkan gaya hidup secara sihat dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang.

Sekian, terima kasih.

Page 13: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

21 Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah kegemukan?

Pengetahuan Aras Mudah

22 Nyatakan punca pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan.

Kefahaman Aras Mudah

23 Apakah yang dimaksudkan dengan faktor genetik?

Sintesis Aras Sukar

24 Frasa penyakit kronik dalam petikan bermaksud

Sintesis Aras Sukar

25 Pada pendapat kamu, siapakah yang menyampaikan syarahan tersebut?

Aplikasi Aras Sederhana

SOALAN 26 - 30

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

5 Disember 2012

Pada pukul 4.30 petang, aku bersama kawan-kawan selamat sampai di Gua Tempurung, Gopeng. Perjalanan selama 4 jam dari sekolah amat meletihkan. Setelah 30 minit berehat, kami mula mendirikan khemah, mencari kayu api dan memasak. Pada sebelah malam, aktiviti suai kenal diadakan. Aku berasa sangat gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain secara lebih dekat.

6 Disember 2012

Kami berkumpul pada pukul 8.00 pagi. Setelah bersenam, kami diberi taklimat ringkas sebelum memasuki gua ini. Aku sangat teruja dan tidak sabar memulakan ekspedisi ini. di dalam gua. Kami dapat melihat kelawar dan batu-batu kapur secara dekat. Kami dinasihatkan supaya berhati-hati kerana terdapat juga binatang-binatang berbisa seperti labah-labah dan ular. Pada waktu malam, kami tidak mengadakan sebarang aktiviti

Page 14: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

kerana terlalu letih.

7 Disember 2012

Hari ketiga kami dipenuhi dengan aktiviti mendaki anak bukit. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aku dilantik sebagai ketua pasukan. Setiap kumpulan dikehendaki mencari “harta karun” di dalam hutan. Aktiviti ini berjaya memupuk semangat kepimpinan. Aku berasa sangat gembira kerana kumpulanku mampu menghabiskan pencarian “harta karun” dengan pantas.

8 Disember 2012

Setelah mengemas dan membersihkan kawasan perkhemahan, kami bertolak pulang ke sekolah. Aku dan rakan-rakan berasa sangat gembira sepanjang perkhemahan ini. Perkhemahan ini amat menguji ketahanan fizikal dan mental. Di samping itu, iamengeratkan hubungan kami. Aku berharap dapat menyertai perkhemahan seperti ini lagi.

26 Apakah aktiviti yang dilakukan selepas tiba di Gua Tempurung?

Kefahaman Aras Mudah

27 Pada pendapat kamu, mengapakah “aku” teruja dan berasa tidak sabar?

Aplikasi Aras Sederhana

28 Nyatakan semangat yang penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti berkumpulan.

Pengetahuan Aras Mudah

29 Apakah aktiviti yang meguji ketahanan fizikal dan mental? Nyatakan.

Sintesis Aras Sukar

30 Frasa mengeratkan hubungan dalam petikan bermaksud

Sintesis Aras Sukar

Page 15: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

6.0 SKEMA PERMARKAHAN

SOALAN OBJEKTIF

1. C 11. B

2. C 12. D

3. B 13. C

4. A 14. A

5. A 15. A

6. A 16. B

7. D 17. C

8. B 18. C

9. B 19. A

10. D 20. A

(satu soalan = 1 markah)