Jadual Spesifikasi Ujian Newest

17
BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN 901106-06-5012 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TAHUN: ENAM BIL KANDUNGAN/TOPIK JUMLAH SOALAN SOALAN OBJEKTIF ARAS/MARKAH (%) MUDAH SEDERHANA SUKAR PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN RENDAH(10 %) TINGGI (10 %) 1 ASPEK MORFOLOGI 1.1 GOLONGAN KATA 2 2 1.1.1 KATA NAMA 4 X X X X 1.1.2 KATA KERJA 1.1.3 KATA ADJEKTIF 1.1.4 KATA TUGAS 1.2 BENTUK KATA X X X

description

Jadual Spesifikasi Ujian Newest

Transcript of Jadual Spesifikasi Ujian Newest

Page 1: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU

TAHUN: ENAM

BIL KANDUNGAN/TOPIK JUMLAH SOALAN

SOALAN OBJEKTIF ARAS/MARKAH (%)

MUDAH SEDERHANA SUKAR

PE

NG

ET

AH

UA

N

KE

FA

HA

MA

N

AP

LIK

AS

I

AN

AL

ISIS

SIN

TE

SIS

PE

NIL

AIA

N

RE

ND

AH

(10

%)

TIN

GG

I (1

0 %

)

1 ASPEK MORFOLOGI1.1 GOLONGAN KATA 2 2

1.1.1 KATA NAMA 4 X X X X1.1.2 KATA KERJA1.1.3 KATA ADJEKTIF1.1.4 KATA TUGAS

1.2 BENTUK KATA X X X1.2.1 KATA TUNGGAL 3 1 21.2.2 KATA TERBITAN1.2.3 KATA GANDA

Page 2: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

1.2.4 KATA MAJMUK2 ASPEK SINTAKSIS 1 3

2.1 JENIS-JENIS AYAT 4 X X X2.1.1 AYAT TANYA2.1.2 AYAT PENYATA2.1.3 AYAT SERUAN2.1.4 AYAT PERINTAH2.1.5 AYAT SILAAN

2.2 BINAAN AYAT2.2.1 SUBJEK DAN PREDIKAT

3 X X X 3

2.2.2 AYAT GRAMATIS2.2.3 AYAT SONGSANG2.2.4 AYAT PASIF2.2.5 AYAT AKTIF

3 ASPEK PERIBAHASA 3 X X X 3

4 ASPEK SEMANTIK4.1 ANTONIM 3 X X X 34.2 SINONIM

Page 3: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

Aras Pengetahuan

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

SOALAN OBJEKTIF

1. Hafizi dan Azmin sedang mendayung ____________ mengelilingi taman tasik

A. Sampan

B. Kayak

C. Rakit

D. Motorbot Aras Pengetahuan

2. Burung itu ____________ pulang ke sarang selepas mencari makanan.

A. terbang

B. berlari

C. mengepak

D. menyusur

3. Harta yang diwarisi oleh ayah adalah pusaka ________________.

A. saudara - mara

B. turun - temurun

C. suku - sakat

D. anak – beranak Aras kefahaman

Page 4: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

Aras Analisis

Aras Aplikasi

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

4. “______ yang menelefon tadi?” tanya kakak kepada adik.

A. Apa

B. Siapa

C. Mengapa

D. Dimana Aras Kefahaman

Pilih perkataan yang berlawan bagi perkataan bergaris.

5. Barang-barang tiruan rendah kualitinya.

A. benar

B. asli

C. betul

D. asli

6. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Shafik gembira kerana terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik di sekolahnya. 

A. Perlukah Shafik berasa gembira?

B. Mengapakah Shafik berasa gembira?

C. Bagaimanakah Shafik terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik?

D. Adakah Shafik berasa gembira menjadi pemain bola sepak terbaik?

Aras Analisis

Pilih ayat yang mengunakan perkataaan bergaris dengan betul.

7. I Bulu kucing kesayangan Amir itu memang lebat sungguh tetapi mudah tanggal.

II Pekan itu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun sepanjang hari.

III Pokok rambutan di dusun datuk berbuah lebat pada tahun ini.

IV Suasana di dalam pasar raya itu  lebat  dengan pelanggan. 

A. I dan II

B. I dan III

C. I, II dan III

D. I, III dan IV

Page 5: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

8. Jalan menuju ke kampung datuk berlopak-lopak apabila tiba musim tengkujuh.

Perkataan seerti bagi kampung dan tengkujuh ialah

A. Pekan…kemarau

B. Bandar…hujan

C. Dusun…panas

D. Desa…hujan Aras Aplikasi

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor

berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya

merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan

sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara.

Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan

segera tidak diambil untuk menangani pencemaran. Kesan utama pencemaran udara

adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya

respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk

hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai

bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon

dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan

oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah

mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit. Pencemaran udara juga

memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses

fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan

kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan

menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat

tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-

tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat.

Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut

dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan

mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga

Page 6: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

Aras Sintesis

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan

keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Tidak

ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.

Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami

keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia

berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan.

Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar

diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya. Kesimpulannya, memandangkan

pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-

langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan

penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar

kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

9. Apakah yang anda faham mengenai petikan di atas?

A. Kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.

B. Faktor pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.

C. Ciri-ciri pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.

D. Cara mengatasi pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.

ArasSintesis

10. Sebagai seorang individu yang prihatin terhadap persekitaran, cadangkan satu

langkah terbaik untuk mengurangkan masalah pencemaran ini.

A. Tidak membuang sampah atau toksid ke dalam sungai.

B. Menggunakan pengangkutan awam.

C. Mengenakan tindakan kepada pembalak haram.

D. Menguatkuasakan undang-undang

Page 7: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

Aras Penilaian

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

11. “Kerja sekolah kamu sudah siap?” tanya ibu.

A. Esok cuti.

B. Buku saya tertinggal di sekolah.

C. Ada dua lagi soalan yang belum dijawab.

D. Buku itu ada pada Lina.

12. Imran bagai __________________ semasa berada di majlis hari jadi rakannya yang

berlangsung di Hotel Crown.

A. kacang melupakan kulit

B. ayam berak kapur

C. rusa masuk kampung

D. telur di hujung tanduk ArasPenilaian

Page 8: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

REFLEKSI

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah diberikan ruang dan peluang

untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada pensyarah mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu

Encik Sheikh Roslam bin Sheikh Abdullah kerana telah memberikan tugasan ini kepada

saya. Tugasan ini mempunyai 3 bahagian di mana bahagian pertama menghendaki saya

menghasilkan nota berkaitan konsep penilaian dalam bentuk grafik bersama pasangan

saya, Aishah binti Ishak. Bahagian kedua dan ketiga adalah tugasan berbentuk individu

yang memerlukan saya untuk membina sebuah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi 20 item

ujian objektif dan bina 12 soalan yang mencakupi semua aras (tahap dua). Bahagian ketiga

ialah perlu menulis refleksi metakognitif. Tempoh masa yang diberikan telah saya rancang

sebaiknya agar tidak membazir masa dan berlaku kelewatan hantar tugasa. Justeru,

sebelum memulakan tugasan yang diberi ini saya telah mencari maklumat daripada pelbagai

sumber dan juga membuat perancangan yang awal untuk melaksanakan tugasan ini dengan

baik serta dapat hasilkan sebuah tugasan yang berkualiti.

  Semasa melaksanakan kerja kursus ini saya telah belajar sesuatu yang baru dan

tidak pernah dibelajar sebelum ini. JSU adalah sesuatu yang baru pada diri saya dan pada

mulanya saya langsung tidak tahu maksud dan kepentingan menghasilkan JSU sebelum

membina soalan. Walaubagaimanapun, setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya mula

memahami maksud JSU dan juga kepentingannya kepada warga guru, lebih-lebih lagi

kepada yang selalu menghasilkan soalan-soalan ujian. Sebenarnya, Jadual spesifikasi ujian

(JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan

iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks dan pemberatan taburan

asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih

berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikut aras

ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai

kesahan dan keutuhan. Saya mendapati terdapat empat langkah yang perlu dijadikan

panduan semasa membina jadual spesifikasi ujian iaitu mengkaji sukatan pelajaran,

menganalisis objektif pengajaran, menentukan bilangan soalan dan menentukan jenis

soalan. Selain itu, saya juga telah belajar cara-cara membuat soalan tatabahasa mengikut

JSU yang sesuai. Semua perkara-perkara ini wajar saya fahami dan laksanakan dengan

baik.

Page 9: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

Konsep Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh

Benjamin S.Bloom (1956). Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif

atau mental yang merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi

bloom ini membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu

pembelajaran. Dalam Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat iaitu penilaian, sintesis,

analisis, aplikasi, kefahaman dan pengetahuan. Saya perlu memahami setiap aras ini agar

memudahkan proses pembinaan 12 soalan tatabahasa. Ini kerana tanpa ilmu pengetahuan

yang secukupnya mengenai taksonomi Bloom, pembinaan soalan juga akan bercelaru.

Justeru, saya telah mencari nota dan maklumat mengenai Taksonomi Bloom

dipelbagai sumber bertulis mahupun elektronik. Setelah mendapat nota dan maklumat yang

berkaitan dengan tajuk tugasan, saya telah mencirikannya mengikut beberapa tahap seperti

yang telah dirangka dalam Model Taksonomi Blooom. Antara pendapatan kajian yang telah

saya buat adalah aras kefahaman dan pengetahuan di peringkat rendah manakala aras

analisis dan aplikasi berada di aras sederhana manakala aras sintesis dan penilaian berada

pada aras paling tinggi. Pada peringkat pengetahuan, individu dikehendaki mengingat

semula tanpa perubahan serta mengetahui objektif pembelajaran. Aras pengetahuan ini

terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. terdapat

beberapa istilah khusus bagi guru mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan, terangkan,

namakan dan labelkan. Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang

bermaksud kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk

yang lain. Pada peringkat ini juga murid boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri

dan ia dilihat sangat berbeza dengan aras pengetahuan di mana murid dikehendaki

memberikan jawapan tanpa membuat sebarang perubahan. Melalui peringkat ini, murid

mestilah dapat menterjemah isi kepada huraian dan memahami bahan dengan berkesan.

Istilah khusus bagi aras kefahaman ini ialah membanding, menerangkan, membezakan.

Peringkat ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini murid dapat

menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah

khusus dalam menganalisis peringkat ini ialah menyelesaikan, mengira, mengendalikan, dan

meramal. Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan

Page 10: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membahagikan

pembelajaran, menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan

sesuatu data atau topik. Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan,

huraikan, klasifikasikan. Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan

mencantumkan dan mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang

baharu iaitu idea. Melalui peringkat ini, murid dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan

mereka untuk mencipta idea baru berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah

mereka lalui sebelum ini. Istilah khusus untuk membina item soalan bagi peringkat ini ialah

gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan beberapa cara dan huraikan satu

perancangan. Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid

Taksonomi Bloom. Pada peringkat ini, murid diharapkan dapat membuat pertimbangan

tentang sesuatu yang diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis.

Saya telah membina 2 soalan dari setiap aras agar dapat menambahkan lagi ilmu

pengetahuan saya mengenai piramid Taksonomi Bloom. Saya telah merujuk laman

sesawang dan buku latihan tatabahasa tahap dua untuk membina soalan-soalan ini.

Sepanjang membina soalan tatabahasa, tertimbul banyak kemusykilan dalam diri saya sama

ada soalan yang saya hasilkan ini mencapai objektif pembelajaran dan menepati sukatan

pelajaran atau tidak. Tambahan pula, saya sering terkeliru di antara soalan aras kefahaman

dan pengetahuan kerana menurut nota kedua-dua aras ini mempunyai perkataan yang

sama seperti ‘Nyatakan’ ataupun ‘Namakan’. Bagi mendapat pencerahan ilmu, saya telah

berjumpa dengan pensyarah subjek iaitu Encik Rustam. Beliau telah menjelaskan dengan

terperinci mengenai perbezaan di antara aras kefahaman dan pengetahuan dan juga telah

memberi tips untuk mengenal pasti soalan tahap kefahaman dan pengetahuan dengan

mudah. Cara yang mudah untuk membanding beza kedua-dua aras ini ialah kebiasaanya,

soalan aras pengetahuan mempunyai gambar sebagai rangsangan manakala aras

kefahaman tidak memerlukan gambar sebagai rangsangan. Selain itu saya tidak malu atau

segan untuk mendapatkan pertolongan guru-guru pakar dalam bahasa Melayu untuk

menyemak soalan yang telah saya hasilkan. Bak kata pepatah Melayu, ‘malu bertanya,

sesat jalan’. Setelah mendapat tunjuk ajar guru-guru, saya telah membaiki beberapa

kesilapan dan tanpa berputus asa mencuba bersungguh-sungguh untuk menghasilkan

soalan yang memenuhi keperluan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT).

Page 11: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012

Akhir kata, tajuk tugasan ini banyak memberi faedah dan input-input terkini kepada

saya sebagai seorang guru pelatih yang tidak lama lagi akan menjalani latihan mengajar

selama 12 minggu seterusnya ditempatkan di sekolah nanti. Sebenarnya, pengalaman dan

pendedahan kepada pentaksiran dan penilaian bahasa Melayu sekolah rendah merupakan

langkah awal untuk melengkapkan diri saya sebelum melangkah menjadi guru kelak. Melalui

tugasan ini saya memahami bahawa sesorang guru perlulah kreatif dalam pengajaran

supaya ianya dapat mengelakkan daripada murid mengalami kebosanan. Tambahan pula,

subjek Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras, tanggungjawab guru adalah untuk

memastikan bahawa ia menjadi subjek kegemaran murid-murid disamping menggalakkan

mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Secara keseluruhannya, saya amat bangga dengan

usaha saya dan tidak lupa pada kawan-kawan yang bertungkus lumus membantu saya

sama ada secara langsung mahupun tidak. Kemahiran-kemahiran yang saya peroleh ini,

akan saya aplikasikannya dalam sesi pengajaran saya kelak sebagai satu pembelajaran

yang menyeronokkan kepada pelajar-pelajar.

 

Page 12: Jadual Spesifikasi Ujian Newest

BMM 3033(E) PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SHARMILA DHARSHENEE A/P PALANIAPPAN

901106-06-5012