jawapan tugasan
-
Upload
vincent1103 -
Category
Documents
-
view
126 -
download
0
description
Transcript of jawapan tugasan
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN
HBEF 1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER JANUARI 2015
Name : LENNY GAN GEAK SIEW
Matric number : 861128296256001
NRIC : 861128296256
E-mail address : [email protected]
Learning Centre : KELANTAN LEARNING CENTRE
1
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0
Pengenalan:
1.1 Kepentingan bermain dan permainan tradisional1.2 Fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak dari segi:
1.2.1 Psikomotor
1.2.2 Kognitif
1.2.3 Sosial dan Emosi
4 - 6
2.0
Aspek Penerokaan:
2.1 Cara-cara Membuat Penerokaan
2.1.1 Semangat Inkuiri/ Ingin Tahu
2.1.2 Mencari/ Mencari Pengetahuan
2.1.3 Mengkaji/ Membuat Eksperimen
2.1.4 Mencipta
2.1.5 Manipulasi
6 - 10
2.2 Meneroka Permainan (Alat dan Bahan)
- pengiraan, aktiviti pergerakan dan manipulasi bahan (Batu). 10 - 12
3.0
Aspek Pengalaman
3.1 Cara-cara memperoleh pengalaman
3.1.1 Persepsi
3.1.2 Pemahaman
3.1.3 Penemuan
3.1.4 Kemahiran
3.1.5 Membina Konsep
3.1.6 Pengetahuan
3.1.7 Proses
3.1.8 Hasil
13 - 18
2
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
4.0
Perkaitan dengan perkembangan ekspresi
4.1 Prakawalan
4.2 Kawalan
4.3 Penggunaan
4.4 Kecekapan
18 - 19
5.0 Kesimpulan 19
Rujukan 20
3
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
1.0 Pengenalan
1.1 Kepentingan bermain dan permainan tradisional
Pada zaman moden kini, terutamanya di kawasan bandar, permainan tradisional yang
juga dikenali sebagai permainan rakyat disifatkan sebagai kurang praktis dan kurang daya
tarikannya bagi generasi anak-anak muda sekiranya dibandingkan dengan gajet-gajet
berteknologi tinggi yang semakin umum penyerapannya ke dalam semua lapisan masyarakat
atau persekitaran yang moden ini. Kanak-kanak lebih rela layan telefon pintar daripada main
guli ataupun congkak.
Permainan tradisional sebenarnya mampu dan telah berjaya membentuk perjalanan
kehidupan harian yang dilalui oleh nenek moyang kita. Sejak dulu lagi, permainan tradisional
diwujudkan sempena berakhirnya musim menuai padi untuk mengisi masa lapang, dan juga
musim tengkujuh yang menghalang nelayan dari menjalani rutin harian mereka ke laut.
Maka, permainan tradisional atau permainan rakyat memang tepat namanya atas sebab ia
berupaya menyatupadukan sesama kita di samping mengeratkan hubungan antara satu sama
lain. Permainan tradisional juga dijadikan aktiviti pesta atau diraikan bersama antara
kampung-kampung yang berdekatan. Penduduk kampung berhampiran mengambil
kesempatan berkunjung untuk tujuan mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat
atau sokongan moral yang jitu kepada wakil kampung masing-masing. Interaksi sosial dibina
antara kampung-kampung yang mengambil bahagian secara tidak langsungnya.
Masa berlalu dan zaman kian berubah, untuk mengelakkan permainan tradisional
yang unik ini dari pupus, pelbagai usaha telah dicurahkan oleh banyak pihak termasuk badan-
badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan agar dapat menjaga warisan yang tidak
ternilai. Sebagai contoh, Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 yang akan berlangsung di
Pantai Geting, Tumpat, Kelantan pada 25 hingga 30 Mei 2015. Usaha sedemikian sebenarnya
menawarkan peluang dan tarikan kepada pelancong dalam mahupun luar negara untuk
menikmati keunikan kebudayaan negara kita.
Antara permainan tradisional yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga
hari ini termasuklah wau, guli, gasing, congkak dan lain-lain. Yang mendukacitakan ialah
terdapat permainan tradisional yang kini hanya menjadi kenangan oleh ibu bapa atau datuk
nenek kita sahaja tanpa diwarisi turun-temurun.
4
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak zaman kini mempunyai kelebihan dan
penikmatan dari kanak-kanak zaman dulu dalam bab-bab berkaitan gajet atau aksesori yang
canggih dan terbaru. Namun aktiviti bermain tetap mempunyai kelebihan dan kepentingan
terhadap perkembangan kanak-kanak. Telahpun dibuktikan bahawa kanak-kanak yang asyik
atau leka dalam permainan computer secara atas talian telah mengganggu kehidupan sosial
harian mereka yang sepatutnya aktif. Namun, disebabkan kelekaan mereka, muncullah kes
remaja bermain permainan video popular sampai mati di depan komputer. Berita seperti ini
sering kedengaran di seluruh dunia sekarang. Oleh itu, aktiviti bermain kepada kanak-kanak
harus dititikberatkan oleh ibu bapa supaya dapat mencapai perkembangan yang seimbang dan
menyeluruh dari empat aspek berikut: psikomotor, kognitif, emosi dan sosial.
1.2 Fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak dari segi:
Bukti mempamerkan bahawa betapa pentingnya permainan kepada kanak-kanak
melalui Rasulullah S.A.W. sendiri yang mengakui baginda melayan Aisyah R.A. bermain
kerana umurnya yang masih kanak-kanak. Oleh itu, memang menjadi keperluan asas dan
wajib bagi kanak-kanak bermain demi mencapai perkembangan yang seimbang dalam
pelbagai aspek.
1.2.1 Psikomotor
Permainan secara lazimnya merangkumi aktiviti fizikal yang menghubungkaitkan
perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor serta kesedaran tentang badan mereka.
Setiap bahagian anggota badan mereka digunapakai dengan sepenuhnya untuk pergerakan
atau senaman akan membawa kepada keseronokan yang tidak terhingga. Melalui aktiviti
bermain, kanak-kanak mampu menguasai kemahiran motor halus yang melibatkan otot kecil
seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata yang dapat membantu dalam aktiviti
pembelajaran. Manakala kemahiran motor kasar pula mengutamakan kawalan pergerakan dan
mengimbangi tubuh. Kanak-kanak yang kurang aktif dalam aktiviti bermain biasanya
mengalami kesukaran dalam koordinasi mata dengan tangan jika dibandingkan dengan
mereka yang aktif melibatkan diri dalam permainan. Kanak-kanak mendapat tingkah laku
baru melalui penglibatan dalam permainan di samping mencungkil bakat yang lama
terpendam.
5
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
1.2.2 Kognitif
Permainan tradisional seperti congkak dapat membina atau memupuk penumpuan dan
konsentrasi kanak-kanak di samping mengenalpasti tahap keupayaan dan kesediaan untuk
belajar. Kanak-kanak dapat mempertingkatkan daya pemikiran mereka yang kreatif dan
divergent (Dansky,1980; Holmes and Geiger 2002) serta memori atau daya ingatan (Jensen
1999,2000; Gardner, 1993). Berdasarkan teori pembelajaran kognitif seperti Gardner,
memang ada kepentingan dalam aktiviti bermain demi membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak. Permainan congkak bukan sekadar ambil dan letak sahaja, namun perlu ada
pengiraan dalam hati sebelum mengambil langkah yang seterusnya. Struktur otak akan
dibentuk menerusi penggunaan simbol dan alat mengikut teori Vygotsky (1967). Aktiviti
bermain juga membantu kanak-kanak mengembangkan potensi dan pelajari cara untuk
menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang rasional.
1.2.3 sosial dan emosi
Menurut kajian Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis & Berk, 1998, kanak-kanak
berpeluang untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan menyuarakan
pendapat mereka sendiri melalui aktiviti bermain. Interaksi wujud antara rakan-rakan atau
orang di sekeliling mereka termasuklah ibu bapa mereka. Aktiviti bermain akan membawa
kepada kanak-kanak keseronokan dan kepuasan sekaligus membantu mengatasi atau
mengawal emosi yang negatif seperti bimbang dan tertekan. Contohnya dalam permainan
guli, kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri supaya bersosial
dengan orang lain. Di samping itu, permainan tentu ada pemenangnya, demi menjaga
perasaan rakan-rakan lain, secara tidak langsungnya mereka dapat mengawal emosi mengikut
situasi tertentu, malah boleh berkongsi kemenangan bersama. Kesemua ini merupakan asas
kepada kanak-kanak dalm usaha memperkukuhkan semangat bekerjasama, bantu-membantu
dan perkongsian yang akan dapat diaplikasikan suatu hari nanti. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya, aktiviti bermain sewajarnya dititikberatkan dalam usia awal kanak-kanak untuk
mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi dunia realiti.
2.0 Aspek Penerokaan
Semasa menjalankan permainan ting ting kapal terbang, sebenarnya terdapat aspek
yang harus diberi keutamaan oleh kanak-kanak sepanjang aktiviti tersebut, iaitu aspek
penerokaan yang memerlukan kanak-kanak menyelidik atau mengkaji sesuatu yang biasanya
6
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
belum diketahui lagi. Sepanjang proses bermain, kanak-kanak perlu meneroka dengan cara
menjelajah ke arah mendapatkan kebenaran sehingga ketepatannya dibuktikan. Rajah 1
berikut menunjukkan pelbagai cara untuk meneroka.
Rajah 1
2.1 Cara-cara membuat penerokaan
Berdasarkan kepada permainan ting ting kapal terbang, ia dapat membantu
memperkembangkan keupayaan kanak-kanak untuk membuat penerokaan.
2.1.1 Semangat Inkuiri/ Ingin Tahu
Maksud inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, pelajar menerangkan objek atau proses,
menyoal, menjalankan eksperimen bagi menjawab soalan dan berkomunikasi bagi berkongsi
penemuan atau penyelesaian.
Walaupun permainan ting ting kapal terbang biasanya didominasi oleh kanak-kanak
perempuan, namun dalam dunia kanak-kanak, mereka adalah penuh dengan perasaan ingin
tahu atau semangat inkuiri dalam isi hati dan pemikiran mereka. Namun begitu, tidaklah
7
Meneroka
Inkuiri
Mencari Pengetahuan
Membuat Eksperimen
Mencari
Mencipta
Ingin tahu
Manipulasi
Mengkaji
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
terlalu janggal seandainya terdapat kanak-kanak lelaki yang turut mengambil bahagian dalam
permainan tersebut.
Dengan gelanggangnya yang terdiri daripada susunan lakaran lima petak empat segi
sebaris dan tambahan satu lagi petak di sebelah kiri dan kanan di petak keempat,
menampakkan imej sebuah “kapal terbang”. Tambahan satu petak pula yang berukuran
separuh petak yang dikenali sebagai “tangga” yang nampak seperti ekor kapal terbang.
Penampilan gelanggang yang unik ini dapat menarik perhatian dan minat kanak-kanak tidak
kira perempuan atau lelaki.
Rajah 2
Permainan ting ting kapal terbang ini sebenarnya didapati dalm beberapa jenis rekaan
gelanggang dan juga peraturan yang berbeza-beza mengikut lokasi geografi yang berlainan.
Selain lakaran seperti di atas, terdapat juga perbezaan gelanggang yang dimainkan oleh
kanak-kanak di seluruh tanahair kita.
Rajah 3
Kesemua ini mendorong dan menanam semangat inkuiri dan ingin tahu kanak-kanak
untuk mencari pengetahuan. Oleh itu, ia dapat memperkembangkan keupayaan kanak-kanak
8
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
di samping membawa semangat ini apabila dewasa nanti untuk pembelajaran bahkan kerjaya
nanti.
2.1.2 Mencari/ Mencari Pengetahuan
Setelah timbulnya perasaan ingin tahu, akan membimbing kanak-kanak ke peringkat
seterusnya untuk mencari pengetahuan. Berdasarkan permainan ting ting kapal terbang,
kanak-kanak lelaki mungkin tidak biasa dengannya. Namun disebabkan dorongan intrinsik,
mereka akan mula membuat pemerhatian tanpa dipaksa. Usaha untuk mencari pengetahuan
atau maklumat, akan dapat menanam sikap yang positif dalam dirinya.
2.1.3 Mengkaji/ Membuat Eksperimen
Dengan pengetahuan melalui pemerhatian yang sedia ada, tibalah masa mereka turun
padang untuk mengambil bahagian agar dapat mengkaji atau mengaplikasikan pengetahuan
yang telah ada pada dirinya. Penerokaan melalui kajian membantu kanak-kanak
menyesuaikan diri dengan keadaan permainan ting ting kapal terbang yang sebenar. Dalam
proses ini, kemungkinan kanak-kanak akan menghadapi masalah atau kesukaran, maka
situasi ini melatih mereka menjadi orang yang berfikiran kreatif.
2.1.4 Mencipta
Sekiranya kanak-kanak mengalami masalah dalam usaha membuat eksperimen atau
kajian, maka ini akan menggalakkan mereka untuk menyelidik dan seterusnya mencipta
dengan melahirkan pelbagai idea.
Contohnya dalam permainan ting ting kapal terbang, kanak-kanak mendapati bahawa
dalam penentuan siapa yang layak mula dahulu, biasanya menggunakan cara berdiri bahu-
membahu membelakangi garisan, dan melempar “buah” secara membelakang dengan sejauh
yang mungkin. Hak bermain pertama bagi orang yang paling jauh lemparannya. Ini mungkin
timbul ketidaksesuaian, maka boleh ditukar atau mencipta cara baru untuk menentukan
pemain yang pertama. Mungkin boleh ditukarganti dengan cara yang yang boleh diterima
iaitu “osom” dan sebagainya mengikut kreaviti kanak-kanak. Meneroka melalui proses
mencipta ini memupuk daya imaginatif kanak-kanak.
2.1.5 Manipulasi
Meneroka dengan menggunakan cara manipulasi membawa erti mengendalikan atau
melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan. Dalam konteks
9
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
permainan ting ting kapal terbang, kanak-kanak mengaplikasikan segala pengetahuan yang
sedia ada untuk menjalani dan menguasai aktiviti bermain tersebut. Sepanjang laluan
meneroka, akhirnya dia dapat memanipulasi permainan tersebut dengan mudahnya. Dari
peringkat awal hingga ke tamatnya permainan, mereka belajar dari A sampai Z merupakan
satu proses penerokaan yang dapat memperkembangkan keupayaan mereka.
2.2 Meneroka Permainan (Alat dan Bahan)- pengiraan, aktiviti pergerakan dan
manipulasi bahan (Batu).
Dalam permainan ting ting kapal terbang, sememangnya penerokaan dihasilkan
sepanjang permainan berlangsung. Dengan ini akan dibincangkan secara lebih spesifik
tentang penerokaan mengikut kaedah permainan.
Proses Permainan Penerokaan
Inkuiri/Ingin Tahu
Seperti yang dibincangkan, ting ting kapal terbang
merupakan sejenis permainan yang boleh dikatakan
telah sebati kepada kanak-kanak perempuan
mungkin disebabkan ia kurang lasak. Namun, untuk
kanak-kanak lelaki yang juga ingin mengambil
bahagian dalam aktiviti ini akan timbulnya perasaan
ingin tahu dan mencetuskan inkuiri mereka untuk
turut main bersama.
Mencipta
Berdiri membelakang bahu-membahu di belakang
garisan dan lempar “buah” sejauh mungkin untuk
tentukan orang pertama yang mulakan permainan.
Namun, tidak semestinya dengan cara ini sahaja,
kanak-kanak boleh menentukan dengan
menggunakan cara “lai lai li tam plong” atau
cadangan lain. Maka dengan ini lahirlah minda yang
kreatif dan inovatif.
10
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Mencari Pengetahuan
Menguasai nombor dan turutannya melalui
permainan ini. Kanak-kanak juga terdedah kepada
ilmu pengiraan sepanjang permainan ting ting kapal
terbang. Mereka perlu mengira dan
memperkembangkan koordinasi mata dan kaki
untuk berjaya dalam permainan tersebut. Usaha
mencari pengetahuan memupuk dedikasi dan
kecekalan kanak-kanak.
Mengkaji
Masih terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi
permainan ini, dan ia boleh dibuat pengubahsuaian
seiring dengan berlangsungnya aktiviti tersebut.
Kanak-kanak lebih cenderung kepada mencari jalan
untuk mempertingkatkan keseronokan permainan
agar dapat diterima beramai-ramai.
Membuat Eksperimen
Pengiraan penting dalam permainan ini, kanak-
kanak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya
dan membuat eksperimen supaya cara yang paling
sesuai dapat digunakan untuk mendahului peserta
lain dengan memiliki “rumah” yang paling banyak.
Ingin Tahu
Selain perasaan ingin tahu, permainan ini juga
menguji kesabaran kanak-kanak semasa menunggu
giliran mereka untuk bermain. Sebenarnya ini
memang satu permainan yang memberi impak yang
positif kepada kanak-kanak.
11
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Manipulasi
Memanipulasi permainan ting ting kapal terbang
secara keseluruhan merangkumi kemahiran
mengimbangi badan dengan berdiri sebelah kaki
tanpa bantuan di samping bergerak melompat dari
petak serta membaling buah. Kesemua ini diterokai
kanak-kanak sepanjang permainan dijalankan
sampai ke tahap penguasaan yang maksimum.
Manipulasi (Gelanggang)
Ruang atau gelanggang untuk permainan ini tidak
perlu luas, namun keselamatan amat dititikberatkan,
kanak-kanak akan pastikan tiada kayu atau benda
lain yang boleh mengganggu proses permainan ini
dijalankan.
Manipulasi (Tubuh)
Meneroka dengan cara pengolahan agar dapat
memanipulasi tubuh mereka dengan keseimbangan
dan psikomotor yang serasi dengan permainan ting
ting kapal terbang ini. Dengan bantuan orang
dewasa, ia dapat mengeratkan lagi perhubungan
antara satu sama lain.
Manipulasi Bahan
Kapur putih/ berwarna, krayon- lakaran gelanggang,
batu, pundi kacang, kulit siput, batu, kulit kerang,
beg berisi biji saga dan lain-lain- buah. Kanak-kanak
dapat mengenalpasti kesesuaian buah tersebut
melalui balingan yang dibuat. Maka buat pertukaran
buah sehingga mendapat pilihan yang paling sesuai
digunakan sebagai lemparan.
12
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
3.0 Aspek Pengalaman
Pengalaman yang diperolehi dalam setiap tingkah laku atau perkara yang dilalui akan
menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Pengalaman utama yang
diperolehi dalam aktiviti bermain berhubung rapat dengan kesedaran kinestetik serta
kecergasan menggunakan tubuh badan. Berikut merupakan Rajah 4 yang memaparkan
pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman.
Rajah 4
3.1 Cara-cara memperoleh pengalaman
Berdasarkan kepada permainan ting ting kapal terbang, ia dapat membantu
memperkembangkan keupayaan kanak-kanak untuk memperolehi pengalaman.
3.1.1 Persepsi
Semasa awal usia kanak-kanak, mereka lebih mementingkan diri sendiri atau
cenderung kepada sikap egosentrik dan tidak ingin berkongsi. Ini dapat dilihat menerusi
seawal dilahirkan lagi ketika ibu bapa sayang pada kanak-kanak lain, dia akan terus merajuk
untuk menarik perhatian ibu bapa agar jangan sayangkan kanak-kanak lain. Ini merupakan
13
Memperoleh Pengalaman
Penemuan
Pemahaman
Pengetahuan
Proses
Hasil
Kemahiran
Membina Konsep
Persepsi
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
sifat semulajadinya yang tidak ingin berkongsi dengan menolak gangguan tersebut seperti
menangis dan sebagainya.
Rajah 5
Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, berikutan dengan usia yang
meningkat, sikap ingin berkongsi mula timbul. Oleh itu, melalui penglibatan diri dalam
permainan ting ting kapal terbang, mereka dapat memperkembangkan gaya sosial mereka
dengan main bersama. Pada saat itu, pergaulan dan persepsi mereka mula berubah dan
bertambah positif, sikap egosentrik akan semakin pudar dan cenderung kepada perkongsian.
Permainan ting ting kapal terbang berupaya membantu kanak-kanak memperoleh
pengalaman dengan berubah persepsi ke arah penyempurnaan kendiri.
3.1.2 Pemahaman
Semasa permainan ting ting kapal terbang dilangsungkan, kanak-kanak sebenarnya
terdedah kepada proses untuk mendalami tentang peraturan, cara, kaedah ataupun langkah
untuk menjalani aktiviti tersebut. Oleh itu, tahap pemahaman mereka dipertingkatkan dan
diperkukuhkan di samping membekalkan pentas latihan kepada mereka untuk menghadapi
pelbagai dugaan hidup pada masa yang akan datang.
Rajah 6
14
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Permainan tersebut mencerminkan keadaan masyarakat yang menekankan bahawa
perlu bersabar dalam menghadapi segala dugaan hidup, kanak-kanak dilatih supaya lebih
prihatin dan cekal menempuh rintangan.
3.1.3 Penemuan
Untuk kanak-kanak yang pertama kali mengambil bahagian dalam permainan ting
ting kapal terbang, mereka akan terdedah kepada bahan ataupun peralatan yang baru dalam
permainan ini seperti cara menggunakan kapur untuk melakar gelanggang aktiviti, buah yang
digunakan untuk lemparan, bahan dalam aktiviti ini semuanya mampu dimiliki malah
merupakan benda yang paling ekonomi tanpa bebanan. Ia merangsang penggunaan deria
mereka dan memberi peluang kepada mereka menemui perkara baru sepanjang aktiviti
dijalankan.
Rajah 7
3.1.4 Kemahiran
Walaupun tidak begitu lasak permainan ting ting kapal terbang, namun ia tetap
memerlukan kanak-kanak untuk melakukan lompatan sebelah kaki dan juga mengimbangi
badan. Ini menguji kecergasan tubuh kanak-kanak, dengan inilah mereka dapat memperolehi
pengalaman dengan mempelajari cara-cara mengawal anggota dalam keadaan yang
menyeronokan.
15
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Rajah 8
Selain kemahiran fizikal, ia juga mempertingkatkan keupayaan berfikir dan
pemerhatian kanak-kanak supaya peka dengan keadaan semasa untuk mencapai matlamat
dalam permainan tersebut mahupun kehidupan masa kelak.
3.1.5 Membina Konsep
Kadang-kadang kanak-kanak akan membuat sesuatu yang di luar norma untuk
memenangi permainan, namuan ia perlu diperbetulkan agar dia dapat membina satu konsep
yang betul bahawa setiap permainan yang dijalankan perlu adil dan saksama. Contohnya,
semasa melempar buah secara membelakang, dia cuba menoleh ke belakang untuk
mendapatkan lemparan yang tepat.
Rajah 9
Tetapi ini tidak dapat diterima oleh rakan-rakan sebab telah melanggar peraturan yang
ditetapkan. Oleh itu, menerusi permainan ini dapat membimbing mereka untuk membina
konsep yang betul sebagai pengalaman yang bermanfaat kepadanya.
3.1.6 Pengetahuan
Setiap permainan semestinya ada pengetahuan untuk dikuasai oleh kanak-kanak,
begitu juga dengan permainan ting ting kapal terbang. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar
16
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
tentang urutan angka 1 hingga 7 dan sebaliknya, mereka dapat mengukuhkan dalam bahasa
mereka melalui pergaulan dan interaksi bersama rakan-rakan.
Rajah 10
Jangan pandang ringan pada perkara yang remeh seperti ini, namun in merupakan
asas atau pengalaman untuk kanak-kanak berkembang dalam pembelajaran yang akan
dihadapi mereka kelak.
3.1.7 Proses
Sepanjang proses menjalani permainan ting ting kapal terbang, kanak-kanak perlu
belajar bersabar sekiranya terdapat ramai orang yang turut bermain, dan juga keseronokan
yang dirasai dalam aktiviti tersebut.
Rajah 11
Kanak-kanak juga berpeluang mempertingkatkan keyakinan mereka dalam
menangani masalah. Semua ini merupakan pengalaman yang akan memperkayakan
kehidupan mereka.
3.1.8 Hasil
Semangat kesukanan juga dipupuk dalam aktiviti tersebut, kanak-kanak perlu
menerima kemenangan dan kekalahan dengan hati yang terbuka dan menganggap ia sebagai
17
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
satu pengalaman serta sebahagian daripada kehidupan kita. Pembinaan akhlak insan yang
mulia melalui permainan ting ting kapal terbang kerana kemenangan akan dikongsi bersama
dengan rakan-rakan lain.
Rajah 12
Tiada kemenangan dan kekalahan yang selama-lamanya, maka mereka akan berusaha
untuk mencapai hasil atau objektif kehidupan mereka, dengan semangat yang berkobar-kobar
tanpa putus asa.
4.0 Perkaitan dengan perkembangan ekspresi
Kajian tentang perkembangan ekspresi kanak-kanak sepanjang permainan ting ting
kapal terbang boleh dikategorikan kepada 4 tahap generik yang menggambarkan perubahan
yang ketara.
4.1 Prakawalan
Kanak-kanak mengalami kesukaran untuk mengulangi sesuatu pergerakan pada tahap
ini, contohnya dia tidak dapat melempar buah dengan tepat ke dalam petak yang diinginkan,
pergerakan yang janggal ketika lompat dengan sebelah kaki tanpa bantuan. Maka mereka
akan menghadapi emosi yang agak kecewa atas kegagalan untuk melakukan apa yang
dikehendaki oleh diri sendiri. Kanak-kanak mempunyai permintaan terhadap dirinya sendiri
dalam mencapai sesuatu matlamat.
4.2 Kawalan
Keadaan lebih terkawal dengan kelihatan mereka dapat melempar batu dengan gaya
dan pola yang diingini, lompatan pun lebih memuaskan. Namun mungkin terdapat juga
masalah dalam menggabungkan dua atau lebih pergerakan pada satu masa, seperti
18
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
menimbang buah sambil melompat. Koordinasi tangan dan kaki perlu diberi perhatian.
Walaupun demikian, emosi mereka akan lebih stabil dan cenderung kepada positif jika
dibandingkan dengan tahap sebelum ini.
4.3 Penggunaan
Penumpuan yang berfokus membantu kanak-kanak mengaplikasikan kemahiran yang
sedia ada dengan lebih sempurna, walaupun menghadapi situasi yang berlainan, mereka tetap
dapat menangani dengan baik. Koordinasi mata dan kaki telahpun serasi, maka emosi atau
reaksi badan terhadap rangsangan tersebut akan membawa kepadanya perasaan yang gembira
dan motivasi dalaman akan terhasil.
4.4 Kecekapan
Kemahiran yang dikuasai hampir sama dengan permintaan dalam permainan ting ting
kapal terbang, contohnya kanak-kanak dapat membuat lemparan yang tepat ke petak yang
diingini dan membuat lompatan dengan mudah dan bersahaja tanpa sebarang masalah. Pada
tahap ini, mereka berjaya membuat penyempurnaan kendiri dan membina keyakinan untuk
menghadapi cabaran hidup.
5.0 Kesimpulan
Justeru itu, permainan ting ting kapal terbang atau permainan tradisional yang lain
memang memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha membantu kanak-kanak
memperkembangkan keupayaan mereka untuk membuat penerokaan dan memperolehi
pengalaman. Ia membantu kanak-kanak untuk mencapai perubahan diri dan sosial mereka di
samping menimba ilmu serta mencungkil potensi diri.
Melalui aktiviti bermain tersebut, ia juga mampu meningkatkan keupayaan diri
kanak-kanak dalam menangani situasi yang memerlukan cara penyelesaian yang kreatif
dengan menggunakan pengalaman yang telah diperolehinya. Sepanjang usaha meneroka dan
menimba pengalaman, membolehkan kanak-kanak membentuk sahsiah diri mereka yang
lebih sempurna demi menghadapi dunia realiti pada masa yang akan datang.
妈咪去最后一页下方的空白地方,是有文字的,讲字体改为黑色就可以看了。
(2976 patah perkataan)
19
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
Rujukan:
1. http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?
pageNum_Recordset1=2&p=2&idstopic=29&idskandungan=101
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Teng_teng
3. http://4mambang.blogspot.com/2007/12/teng-teng.html
4. http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com
5. Modul Seni Dalam Pendidikan Unit 1/2 Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan.
(2003). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Azizi Yahaya dan Zurihanmi Zakaria, (2005) Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan.
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
亲爱的妈咪阿比:阿爸好想念你们哦,妈咪阿比过得还好吗?网络断开一段日子了,这份课业早在一月三十日就完成的了,还剩最后的参考资料部分还找不
够多,结果隔天就断开链接,联络不到妈咪哦。有七个人的电脑中央处理器被带去总部进行调查,说是有人联络外界透露关于这里可以下载色情篇章什么的,于是,就殃及池鱼了,全都没得上网了。电邮完全不敢开,叫每个自己承认有联络外界的。只有开大的可以公开,其余的绝对不行的。
关于这份课业阿爸会请翁然街灯帮忙电邮给妈咪,要是情况允许,阿爸会自己电邮的。从下周开始,每人两天可以使用半小时的上网时间,阿爸是期二和期四,早上九点三十五分至十点零五分。到时还不确定可否开电邮,还得看情况。半小时得找关于课业的资料的确很紧迫的,关于妈咪的最后一份课业,阿爸会尽力去完成的,要是有网络供应,相信早就完成的了咯。自己的三份当中有两份已经开工了,关于逃学的那份,完全靠自己的脑袋挖资料,不容易哈,还说线上学习哈。
前几天,聂有来,刚好是新学期的招生,这一批新生六位。阿爸就趁机问关于转系的事宜,他说不给转系了。也许由妈咪开口比较好吧?阿爸知道妈咪很忙哦,也许真的注定换不成哈!对了,阿爸的成绩出两科了,都是四分满分,还有一科全马都还没出的。希望也有好成绩哈!阿比有乖乖上学吗?妈咪女儿都要健康才好哈!
年关将近了,好想妈咪阿比哦,期待见面哈,有听说三月会搬去莎亚南哈!要是可以用开打的电邮联系的话,也得每天清理对话和电邮,阿爸不在线上,妈咪就不能发信息哈,因为要确保随时被叫打开都不会有联络外界的信息哈,照片什么看了马上就要清理哈!像做贼哈!据悉接下来就会出很多条规了,要我们跟着走了,违反的就会被纪律处分咯。外快也不必想咯,只要能够联络妈咪还有安心完成功课就很好了咯。先预祝妈咪阿比及家人在新的一年里:心想事成,万事都如愿,出入平安,身体安康!
但愿可以早日恢复网络供应咯。。。
20
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBEF1403
阿爸 上 16/02/2015
21