JURNAL AR
-
Upload
ismi-siti-khadijah -
Category
Documents
-
view
228 -
download
3
Transcript of JURNAL AR
PENGGUNAAN KAEDAH ‘CHUNKING’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
BACAAN TAHIYAT AKHIR
Oleh
Siti Khadijah Binti Hamzah
Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka
KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
1. UJIAN PRA
Ujian pra dilaksanakan setelah ujian diagnostik dilaksanakan terhadap seluruh murid
Tahun 4 Arif. Analisis keputusan ujian diagnostik menunjukkan seramai 4 orang
murid sangat lemah dalam menguasai bacaan tahiyat akhir. Oleh itu, bagi
memastikan kesahihan keputusan yang diperolehi daripada ujian diagnostik, saya
telah melaksanakan ujian pra terhadap empat orang pelajar yang memperolehi
keputusan yang kurang cemerlang di dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Hasil
menunjukkan, keempat-empat murid ini tetap memperolehi keputusan yang rendah.
Ujian pra yang dijalankan terdiri daripada 2 bentuk iaitu ujian lisan dan ujian bertulis.
Ujian lisan dijalankan dengan meminta murid yang lemah membaca tahiyat akhir
dengan melihat teks sambil guru menandakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan
oleh murid ketika membaca. Manakala ujian bertulis pula, memerlukan murid
menyusun bacaan tahiyat akhir dengan menuliskan nombor mengikut turutan yang
betul. Markah bagi kedua-dua ujian ini dikira menggunaka formula di bawah:
Jumlah yang diperolehi x 100%
Jum. Ujian lisan + Jum. Ujian bertulis
MARKAH GRED
90-100 A
70-89 B
50-69 C
30-49 D
0-29 E
JADUAL 1: GRED PENENTUAN MARKAH
NAMA MARKAH % GRED
Sufian Azim bin Ismail 64 C
Azzim bin Azlan 68 C
Nur Diyanah binti Mohd Khanafi 67 C
Maisara binti Johari Sidak 62 C
JADUAL 2: KEPUTUSAN UJIAN PRA
2. TEMU BUAL
Temu bual dilaksanakan kepada keempat-empat sampel bagi membantu saya
mengumpulkan maklumat berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan mereka lemah
dalam menguasai bacaan tahiyat akhir. Temu bual dilaksanakan juga adalah
bertujuan untuk membantu saya mengetahui tahap pengetahuan sampel mengenai
ibadah solat khususnya dalam bacaan tahiyat akhir. Saya telah menggunakan temu
bual semi berstruktur bagi membantu saya mengumpulkan maklumat mengenai
sampel. Hasil temu bual yang dilakukan, saya mendapati keempat-empat sampel ini
tidak dapat menguasai bacaan tahiyat akhir dengan baik adalah kerana mereka
beranggapan bacaan tahiyat akhir ini adalah bacaan panjang yang susah untuk
disebut dan dibaca. Malah mereka juga berpendapat bahawa bacaan tahiyat akhir
merupakan satu bacaan yang sukar untuk dihafal serta diingati. Walaupun mereka
mengetahui bacaan ini merupakan bacaan yang wajib dibaca dalam solat, namun
mereka masih tidak mampu untuk menguasainya. Di samping itu, temu bual juga
dilaksanakan untuk mengetahui tahap kemampuan murid dalam membaca dan
menghafaz bacaan tahiyat akhir. Respon daripada keempat-empat sampel
menunjukkan bahawa mereka tidak boleh membaca bacaan tahiyat akhir secara
lisan melainkan dengan melihat teks sahaja. Walau bagaimanapun, bacaan
keempat-empat sampel masih ditahap rendah walaupun dengan melihat teks bacaan
tahiyat akhir.
3. SOAL SELIDIK
Saya turut menggunakan kaedah soal selidik bagi membantu saya mengumpulkan
data yang berkaitan dengan kajian saya. Antara tema yang telah saya tetapkan
dalam borang soal selidik yang dibentuk adalah ‘Pengetahuan murid mengenai
kewajipan menunaikan solat fardhu’ serta ‘Faktor-faktor yang mendorong
murid mengamalkan solat fardhu’. Skala yang saya gunakan dalam borang soal
selidik ini adalah skala berbentuk ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Hasil daripada soal selidik yang
dijalankan terhadap sampel, saya mendapati sampel mempunyai pengetahuan yang
sederhana mengenai kewajipan menunaikan solat fardu. Malah terdapat juga sampel
yang tidak menunaikan ibadah solat apabila menghadiri aktiviti di sekolah pada
waktu petang. Manakala analisis mengenai faktor-faktor yang mendorong sampel
mengamalkan solat fardhu pula menunjukkan bahawa faktor persekolahan banyak
membantu dan mendorong sampel untuk menunaikan solat di sekolah dan di rumah.
Malah terdapat juga respon daripada sampel yang menunjukkan bahawa mereka
mula mengenal ibadah solat ketika mula berada di sekolah. Walaupun mereka tahu
hukum menunaikan solat adalah wajib, namun mereka masih mengabaikan
kewajipan menunaikan solat ketika berada di rumah.
4. PEMERHATIAN
Sepanjang sesi rawatan dilaksanakan, saya telah merekodkan tahap penguasaan
bacaan murid serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh sampel di dalam rekod
pemerhatian yang telah disediakan. Saya telah menyediakan dua jenis rekod
pemerhatian bagi memudahkan saya mencatat setiap tindakan serta perubahan
yang ditunjukkan oleh keempat-empat sampel yang telah saya pilih. Sepanjang sesi
rawatan dijalankan, saya mendapati bacaan sampel perlu dibimbing oleh guru. Hal
yang demikian kerana jika sampel tidak dibimbing terlebih dahulu membaca ayat-
ayat yang telah diagihkan oleh guru, bacaan sampel menjadi tidak teratur serta
sebutan setiap kalimah tidak mengikut baris yang telah ditetapkan. Secara tidak
langsung, sampel telah mengubah makna terhadap kalimah-kalimah yang telah
disebutkan. Selain itu, semasa sampel membaca juga seringkali terdapat kalimah-
kalimah yang tidak disebut atau sampel tertinggal kalimah-kalimah yang perlu
disebutkan semasa membaca ayat-ayat dalam tahiyat akhir. Walau bagaimanapun,
setelah sampel mendengar bacaan guru serta mendapat bimbingan daripada guru,
bacaan sampel menjadi lebih baik dan sampel untuk menghafaz ayat-ayat yang telah
diberikan oleh guru. Semasa sesi rawatan dijalankan, saya juga melihat tingkah laku
yang ditunjukkan oleh keempat-empat sampel. Sampel berasa seronok dengan
kaedah yang saya gunakan bagi membantu mereka mengingati bacaan tahiyat akhir.
Malah mereka juga teruja sering berlumba-lumba antara satu sama lain untuk
menghafaz dan memperdengarkan bacaan mereka kepada saya.