Kanak-kanak Berkeperluan Khas

download Kanak-kanak Berkeperluan Khas

of 11

description

edu

Transcript of Kanak-kanak Berkeperluan Khas

http://www.japem.gov.bn/perkhidmatan/OBK.htmPerkhidmatan Orang Berkeperluan Khas memberikan tumpuan kepada pemberian bantuan kepada orang berkeperluan khas dalam mereka menjalani kehidupan seharian.

Setiap Orang Bekeperluan Khas di Negara ini digalakkan untuk mendaftar ke Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan tujuan supaya setiap kemudahan dan bantuan yang bersesuaian akan dapat disalurkan. Jabatan ini berharap dengan bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan pergantungan mereka kepada keluraga atau orang lain yang mana pihak Jabatan menyediakan keperluan utama golongan ini dengan memberikan perkhidmatan pemulihan kecacatan dan kelemahan serta memberikan latihan-latihan yang tertentu dan diharapkan mereka ini akan mampu untuk berdikari sendiri.

Negara Brunei Darussalam komited dengan dekad Bangsa- Bangsa Bersatu bagi Orang Bekeperluan khas di Rantau Asia dan Pasifik 2003-2012 dan telah menandatangani proklamasi penyertaan penuh dan penyamaan bagi Orang Bekeperluan Khas di Rantau Asia dan Pasifik pada Mei 1994. Agenda tindakan dekad ini memberikan penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup Orang Berkeperluan Khas.DefinisiKecacatan ialah kehilangan atau kekurangan upaya seseorang untuk melakukan sebarang aktiviti yang sama dengan yang lain ( United Nation, 1995).KATEGORI ORANG BERKEPERLUAN KHASTerdapat 4 kategori Orang Berkeperluan Khas yang didaftarkan iaitu:- Berkeperluan Khas Penglihatan Berkeperluan Khas Anggota Berkeperluan Khas Pendengaran Berkeperluan Khas IntelekPerkhidmatan yang disediakan Kelas Bimbingan Kanak-kanak Berkeperluan Khas Pusat Latihan Orang-Orang Cacat Latihan Industri Pemulihan Dalam Komuniti Bantuan Kebajikan Akta Pencen Umur Tua dan Kurang Upaya 1954BANTUAN KEBAJIKANJabatan Pembangunan Masyarakat menyediakan alat Bantu Khas untuk Orang-orang Berkeperluan Khas tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan samada secara:- Skim Pinjaman Subsidi atau cost sharing Sumbangan Alat Bantu Khas seperti kerusi roda, tongkat putih, kaki palsu, Braille, tangan palsu, gigi palsu, kasut khas, jam khas, alat bantu dengar, walking frame.Syarat- syarat untuk memohon alat bantu khas Orang-orang Berkeperluan Khas Mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan / doktor Pemohon hendaklah memegang kad pengenalan berwarna kuning / unggu Penerima bantuan Jabatan Pembangunan Masyarakat Tidak mempunyai pekerjaan dan sebarang kemudahan seperti bantuan daripada agensi-agensi kerajaan atau agensi bukan kerajaan seperti dari Majlis Ugama Islam dan lain-lain.Cara Untuk Mendapatkan Alat Bantu iniMenghadapkan surat permohonan kepada Pengarah Pembangunan Masyarakat melalui:- Penghulu-penghulu atau ketua kampung/ ketua Rumah Panjang Pejabat Daerah masing-masing ( Jika tidak mempunyai ketua kampong) Ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat Daerah Brunei/Muara atau cawangan-cawangan disemua daerah Bahagian Jurupulih cara kerja, Kementerian Kesihatan.Syarat untuk memohonPemohon perlu menyediakan:- Kad Pengenalan Surat beranak Laporan Pengesahan Pegawai Perubatan (jika perlu) 2 Keping gambarhttp://pkbpsksj.blogspot.com/2008/03/hiperaktif-hiperaktif-dipercayai.htmlKategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Hiperaktif

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.

Ciri-ciri Hiperaktif:

Tidak boleh duduk diam

Impulsif

Tumpuan perhatian singkat

Suka mengganggu orang lain

Selalu bercakap banyak

Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian dan tugas.

Sindrom DownCiri-ciri:

Rambut jarang dan lurus

Muka leper

Mata kecil dan senget.

Lidah tebal

Jari tangan dan kaki pendek

Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung

Leher pendek

Masalah PertuturanMasalah pertuturan termasuklah pertuturan awal lewat dan gagap. Percakapan yang merupakan masalah bagi kanak-kanak untuk membentuk pertuturan. Kebiasaannya berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak dalam kumpulan ini merasa serba kekurangan dan gelisah.

Ciri-ciri murid bermasalah pertuturan:

Kecelaruan pertuturan

Kecelaruan bahasa

Masalah artikulasi

Masalah kelancaran

Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)Ciri-Ciri:

Lambat menyiapkan tugasan

Mudah terganggu

Masalan konsentrasi

Masalah mengurus tugasan

Cepat lupa

Impulsif

Autisme

Autisme merupakan sejenis penyakit Skizofrenia yang bermula selepas bayi berumur 30 bulan. Kanak-kanak ini biasanya terganggu dari segi emosi dan suka mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku seperti kanak-kanak terencat akal.

Ciri-ciri:

Bermasalah komunikasi

Sukakan rutin

Sering berada di dalam dunia sendiri

Ekolalia

Cederakan diri sendiri

Kompulsif

Tidak suka bergaul

Tidak suka bertentang mata

Kerencatan bahasa

http://www.spe-ed.net/pk-sejarah.phpLatar Belakang Pendidikan Khas di Malaysia

Maklumat dikumpul oleh: Noorazimah binti Mohd Noor Sumber : PelbagaiTarikh : 16 Mei 208

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu

sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya .Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.

Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.

Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.http://srikandiperak.tripod.com/pendkhas.htmlDEFINISI & KONSEP PENDIDIKAN KHAS"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."

(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)

Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1,Akta Pelajaran 1961 menyebut:

"Special School' means a school providing special education treatment for pupils under a disability"

Kanak-Kanak Luar BiasaKanak-kanak luar biasa dari sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau istimewa.

Kanak-kanak luar biasa berbeza dari kanak-kanak normal dari segi:

ciri-ciri mental

keupayaan mental

ciri-ciri saraf/otot/fizikal

tingkah laku sosial/emosi

keupayaan komunikasi

pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan khas,supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan,murid khas yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program pendidikan khas kecuali mereka yang:

cacat anggota tapi ada kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa.

mempunyai pelbagai kecacatan atau kecacatan yang serius atau rencat akal yang berat.

Kanak-kanak defisit kognitif:Kanak-kanak yang mengalami "Intellectual Exceptionality" (IE) ialah mereka yang mempunyai kesukaran yang jelas dalam menguasai sebahagian atau keseluruhan pembelajaran yang mudah dikuasai oleh kanak-kanak lain.Ia tergolong dalam 2 kategori ;

1.Rencat akal (Mental Retardation)

2.Masalah Pembelajaran (Learning Disabled)

http://skdua.blogspot.com/2008/04/ciri-ciri-kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlAssalamualaikumMalam ini saya terpanggil untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Lyn. Sebenarnya sebelum mengajar di kelas prasekolah, saya merupakan guru pemulihan dan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Bagi anda yang menghadapi masalah murid yang bermasalah, berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak tersebut. Adalah dinasihatkan agar anda merujuk perkara ini kepada pihak hospital selepas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa. Di peringkat awal anda akan dapati ada ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat kecacatan anak mereka. Syorkan mereka untuk mendapatkan nasihat doktor untuk membantu pemulihan anak-anak mereka di peringkat awal. Harap maklumat ringkas ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi di kelas. Selamat Bertugas.

Autisme

Perlakuan yang bongkak

Ketawa dengan tiba-tiba

Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.

Tidak mengenali bahaya.

Tidak merasai kesakitan.

Menangis dan marah tanpa sebab.

Permainan yang luar biasa.

Tidak mahu didakap.

Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

Berkelakuan seperti orang pekak.

Tiada perhubungan mata bila bercakap.

Memutar barang.

Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

Tingkahlaku aktif keterlaluan.

Tidak mahu terima pelajaran biasa.

Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.

Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down

Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.

Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.

Mata sentiasa berair dan merah.

Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Bentuk muka yang kecil.

Bahagian kepala leper.

Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.

Majoriti berambut lurus dan lembut.

Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.

Berbadan gembal dan rendak.

Badan yang agak bongkok.

Suka bermanja, bermain dan gembira.

Dapat bergaul dengan baik.

IQ di antara 30 hingga 80.

Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.Cacat Akal Ringan

1. Idiot Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.2. Imbersil Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.3. Moron Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

Lambat berjalan dan lambat bercakap.4. Lembab Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.Cacat Akal Berat

Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.

Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.

Air liur yang meleleh tanpa kawalan.

Sukar bernafas.

Sukar tidur dan terjaga waktu malam.

Selalu menangis.

Sukar bercakap dan memahami orang lain.

Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.

Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.

Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.

Tidur yang berlebihan.

Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.Hyperaktif

Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.

Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.

Tidur yang tidak tetap.

Terlalu kerap menangis atau ketawa.

Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.

Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.

Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.Hypoaktif

Murung dan menyendiri.

Aktiviti fizikal yang pasif.

Tiada respond pada persekitaran.

Suka termenung.

Tidak suka bergaul atau berinteraksi.

Menundukkan muka bila nama dipanggil.

Suka bermain sendirian.

Suka berkhayal.Spastik

Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.

Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.

Tidak berupaya mengangkut badan.

Tidak berupaya berpijak atau berdiri.

Tidak berupaya memegang objek.

Tidak berupaya mengurus diri.Pintar Cerdas

Kebolehan yang luar biasa.

Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

pergaulan dengan kanak-kanak lain.

Perkembangan bahasa yang lambat.

Perbendaharaan kata yang kemas.

Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

Kemukakan soalan yang bertalu-talu.

Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.

Suka mencari helah.