Karangan

19

Click here to load reader

description

Karangan

Transcript of Karangan

Page 1: Karangan

1Dasawarsa, pihak kerajaan sering menyeru orang ramai terutama

golongan pelajar untuk mengamalkan uswah membaca demi kemaslahatan mereka. Isu-isu ini sering berkumandang di corong-corong radio dan terpampang pada rubik-rubik akhbar. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat rencaman manfaat yang akan diperoleh jika semua rakyat menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan tabiat membaca kerana membaca jambatan ilmu. Malangnya budaya membaca masih tipis dalam kalangan pelajar kerana sifat hindonisme mereka. Sebenarnya terdapat banyak langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

2 Pincang keluarga, pincanglah masyarakat. Salah satu usaha yang proaktif

untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar ialah peranan efektif ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan kerana anak ibarat sehelai kain putih, dan ibu bapa yang akan mencorakkannya. Ibu bapa sayogia memberi perhatian kepada anak mereka dan bukannya sibuk bekerja semata-mata. Seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya", ibu bapa harus memberi galakan kepada anak mereka untuk mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh istiqamah dan konsisten.

3 Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhamed pernah menegaskan

bahawa sekolah merupakan kilang yang menghasilkan produk model insan yang cemerlang. Namun begitu, kebanyakan sekolah pada alaf ini hanya mementingkan kecemerlangan akademik pelajar sehingga mengabaikan penerapan minat membaca dalam sanubari pelajar. Pihak sekolah sepatutnya mengadakan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM ) dengan membawa cendekiawan ke perpustakaan untuk menelaah buku cerita, buku rujukan, majalah dan seumpamanya seminggu sekali. Dengan ini, pastinya minat membaca dapat disemai ke dalam sanubari pelajar  dengan jayanya.

Page 2: Karangan

4Genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Penjualan buku dengan

harga yang berpatutan merupakan langkah yang bijak untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sikap peniaga pada harini  boleh dikatakan terlalu meterialistik kerana mereka menjual barangan dalam harga yang mahal terutamanya buku sehingga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk membaca buku. Kemelut ini perlu dibendung secepat mungkin kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Oleh itu, amalan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing harus disisihkan oleh setiap peniaga untuk masa depan pelajar yang bergelar tulang belakang kepada sesebuah negara.

5 Rentetan itu, penganjuran kempen membaca juga boleh , meningkatkan

minat membaca dalam kalangan pelajar. Pihak berwajib seharusnya mengadakan kempen membaca untuk menyedarkan betapa pentingnya amalan membaca. Menerusi kempen membaca ini, para pelajar mampu membezakan antara kaca dengan permata dan memahami banyak perkara seperti manfaat membaca,, keburukan melepak dan sebagainya. Bangsa membaca, bangsa berjaya, pihak berwajib sememangnya perlu menganjurkankempen membca ini secara drastik dan intensif. 

6Tiada kusut yang tidak dapat dilerai, tiada keruh yang tidak dapat

dijernihkan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika semua lapisan masyarakat barganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah minat membaca dalam kalangan pelajar pastinya akan ditingkatkan dengan jayanya. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang. 

Page 3: Karangan

     1 Memang tidak dapat dinafikan dalam meneroka zaman kepesatan kemajuan teknologi maklumat kini, manusia cenderung kepada kebendaan. Justeru, amalan membaca telah diabaikan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja kerana mereka leka dengan ciptaan-ciptaan gajet teknologi maklumat seperti telefon bimbit dan internet. Sebenarnya, kepentingan membaca sebagai wahana untuk menimba ilmu pengetahuan terpancar melalui cogan kata yang sering diwar-warkan iaitu 'Membaca Jambatan Ilmu'. Malahan, amalan membaca sangat penting  bagi mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pegetahuan. Justeru, fenomena kurang membaca dalam kalangan remaja perlu dibenteras daripada berterusan.  Persoalannya, apakah langkah-langkah berkesan yang perlu diambil untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja.

      7 Sebenarnya, usaha untuk menggalakkan amalan

membaca dalam kalangan remaja mesti bermula daripada diri remaja sendiri.  Hal ini demikian kerana, walaupun banyak usaha yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak, untuk menggalakkan amalan membaca ini, namun

Page 4: Karangan

tidak akan mendatangkan impak yang diharap-harapkan jika remaja sendiri tidak mempunyai kesedaran tentang hal tersebut.  Perumpamaannya 'kita boleh memaksa seekor kuda untuk masuk ke dalam air sungai, tetapi kita tidak akan dapat memaksa kuda tersebut minum air sungai tersebut'  Dalam hal ini, setiap remaja perlu menyedari akan betapa pentingnya amalan membaca dalam mengubah diri mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berkualiti. Sehubungan dengan itu, remaja perlu memiliki jati diri dan berpendirian teguh dalam mengurus kehidupan mereka dan tidak hanya hanyut dan tenggelam dalam arus kemajuan teknologi maklumat semata-mata. Remaja juga mesti memiliki disiplin diri untuk memastikan amalan membaca dipraktikkan setiap hari. Contohnya, remaja boleh meluangkan sedikit masa untuk membaca surat khabar, majalah, novel, buku-buku teks mata pelajaran, dan sebagainya sebagai rutin harian. Hal ini boleh dilaksanakan dengan membuat jadual harian dan memasukkan aktiviti membaca sebagai aktiviti yang utama. Justeru, jika remaja sendiri dapat mendisiplinkan diri sendiri untuk mengamalkan aktiviti membaca ini, sudah pasti membaca akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.  Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Page 5: Karangan

2     Selain itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru , amalan membaca perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil keranajiwa anak-anak kecil umpama sehelai kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkannya.  Jiwa kanak-kanak juga masih lembut umpama rebung dan mudah dilentur dan dididik menjadi insan yang suka akan buku dan seterusnya suka membaca. Contohnya, sejak kecil lagi ketika anak-anak belum boleh membaca, ibu bapa sendiri boleh membacakan untuk mereka buku-buku cerita yang bersesuaian.  Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak mereka buku-buku pada hari ulang tahun kelahiran ataupun sebagai penghargaan atas pencapaian anak-anak dalam pelbagai bidang.  Jelaslah, jika ibu bapa dapat menyemai amalan membaca ini sejak anak-anak masih kecil, usaha untuk melahirkan remaja yang suka membaca akan tercapai.

      Tambahan pula, pepatah Melayu juga menyebut  "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya" yang menjelaskan bahawa ibu bapa sendiri mesti mengamalkan budaya membaca di rumah sekiranya ingin membentuk anak-anak yang juga gemar membaca.  Hal ini demikian kerana,   ibu

Page 6: Karangan

bapa berperanan menjadi suri teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutama yang masih di bangku sekolah.  Ibu bapa  perlu menjadikan  amalan membaca sebagai hobi yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama-sama anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh menyediakan satu ruang atau bilik di rumah sebagaiperpustakaan mini yang menempatkan pelbagai buku dan bahan bacaan untuk keluarga. Di ruang inilah ibu bapa boleh membaca bersama-sama anak-anak pada waktu lapang atau cuti hujung minggu. Oleh itu, jelaslah sekiranya ibu bapa sendiri berjaya menjadikan amalan membaca sebagai rutin kehidupan, pastilah amalan  ini  akan dicontohi oleh anak-anak dan amalan mulia ini akan berkembang mekar dalam sanubari mereka sehingga mereka melangkah ke alam remaja seterusnya menjadi dewasa kelak.   

    3  Seterusnya, peranan pihak sekolah juga tidak boleh disisihkandalam usaha menggalakkan amalan membaca ini.  Hal ini demikian kerana, selain di rumah, remaja menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Justeru pihak sekolah perlu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar. Contohnya, melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang dilaksanakan oleh pihak sekolah merupakan penggabungan semua aktiviti galakan

Page 7: Karangan

membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar mengikut bilangan buku yang telah dibaca.  Usaha-usaha galakan membaca yang berterusan perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui aktiviti-aktiviti koakademik yang dikendalikan unit Pusat Sumber Sekolah, Ketua-ketua Bidang Mata pelajaran, Panatia-panatia Mata Pelajaran, persatuan-persatuan dan sebagainya. Contohnya, aktiviti seperti Bulan Bahasa, Bulan Membaca, pertandingan yang berkaitan dengan membaca dan sebagainya perlu dijalankan. Selain itu, semua guru perlu sentiasa menekankan kepentingan membaca kepada pelajar-pelajar dan memberi dorongan serta ganjaran yang sewajarnya.  Oleh itu, sekiranya usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca yang lebih sistematik, terancang dan berterusan akan membentuk pelajar-pelajar yang suka membaca dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.

    8  Selain itu, masyarakat sekitar, seperti syarikat penerbitan buku, majalah, surat khabar dan agensi-agensi kerajaan turut mempunyai peranan dan tanggungjawab besar untuk menggalakkkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.  Sebagai contoh, syarikat penerbitan surat khabar seperti Berita Harian dan New Straits Times boleh membuat tajaan surat khabar keluaran mereka di sekolah-sekolah untuk dijadikan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar

Page 8: Karangan

kepada guru di dalam bilik darjah.  Syarikat penerbitan buku pula boleh mengadakan pameran di sekolah serta memberi potongan harga yang bersesuaian untuk menarik minat pelajar membeli bahan-bahan bacaan yang disukai.  Pendedahan dan kemudahan memperoleh buku sudah pasti menjadi pemangkin untuk menggalakkan pelajar membaca pelbagai bahan bacaan dan tidak terhad kepada buku teks dan buku rujukan mata pelajaran sahaja.

     9 Secara lebih meluas pula,  syarikat penerbitan dan agensi kerajaan wajar mengadakan pameran bagi mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan terbaru dan menarik isi kandungannya. Pesta buku juga harus diadakan untuk mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan yang terbaru dan berkualiti.  Dalam pameran dan pesta buku, pihak penganjur juga boleh menjemput penulis terkemuka untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat dengan karyanya bersua muka.   Aktiviti-aktiviti yang menarik ini pastinya akan mencetuskan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

      Kekangan utama untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja khususnya dan masyarakat amya berkait rapat dengan kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan.   Oleh itu, dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu pengetahuan, pihak kerajaan tidak

Page 9: Karangan

harus menutup sebelah mata kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman.  Kerajaan telah menyediakan perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak untuk membekalkan pelbagai jenis bahan bacaan kepada golongan ini.  Kemudahan untuk memperoleh bahan bacaan ini dapat menggalakkan mereka untuk membaca.  Juseru, untuk menyemai kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah dengan memperbanyak kempen membaca. Kempen membaca yang diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik, contohnya, pertandingan yang berkaitan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minat mereka secara berterusan. Dengan ini jelaslah, dengan usaha kerajaan yang berterusan, visi untuk membentuk masyarakat yang gemar membaca akan berjaya direalisasikan.

   10  Ekoran daripada itu, salah satu wahana yang

berkesan untuk memupuk minat membaca ialah melalui media massa. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan internet, kepentingan membaca dapat dihebahkan. Misalnya, melalui surat edaran  atau risalah, syarikat penerbitan boleh mempromosikan bahan bacaan yang baru diterbitkan. Manakala melalui televisyen dan radio, orang awam berkesempatan untuk mengetahui buku-buku yang baru diterbitkan serta isi kandungannya. Program televisyen

Page 10: Karangan

berbentuk rencana dan bual bicara tentang kepentingan membaca perlu diperbanyak untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya amalan membaca.  

        Kesimpulannya,  amalan membaca sangat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan matang akal fikiran.   Remaja berilmu  merupakan tonggak kepimpinan negara yang berkualiti pada masa depan.  Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu danmelangkah sederap dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak dan remaja supaya gemar membaca  untuk menyediakan generasi pelapis bakal pemimpin yang akan menerajui negara ke mercu kejayaan pada satu masa nanti. Sesungguhnya, generasi berilmu penjana kemajuan dan kemakmuran negara.

Page 11: Karangan

3Selain pihak ibu bapa, kerajaan turut memainkan peranan dalam memupuk amlan

membaca dalam kalangan masyarakat. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Program Nilam. Program Nilam ini bertujuan untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Program ini telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia tidak kira sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Program ini dijalankan dengan cara para pelajar merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca ke dalam Buku Rekod Nilam. Program ini berjaya menarik minat pelajar untuk membaca kerana pelajar yang paling banyak membaca akan diberikan anugerah dan hadiah seperti Nur Amalina Che Bakri. Program Nilam ini dijalankan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan dengan harapan dapat melahirkan Tokoh Nilam yang gemilang setiap tahun. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa Program Nilam yang dianjurkan oleh kerajaan turut merupakan wadah bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar yang merupakan pemacu negara pada masa hadapan.

Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan.

Page 12: Karangan

3 Tambahan pula, kerajaan turut mengadakan Kempen Mari Membaca bagi menyemai sikap

suka membaca dalam diri rakyat Malaysia. Kempen yang dijalankan berlainan dengan Program Nilam. Hal ini demikian kerana kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini mempunyai tempoh masa yang tertentu manakala Program Nilam dijalankan sepanjang tahun. Namun begitu, Kempen Mari Membaca dan Program Nilam mempunyai tujuan yang sama iaitu melahirkan masyarakat yang gemar membaca. Kempen Mari Membaca ini dijalankan di semua institusi seperti sekolah,kolej mahupun universiti. Kempen Mari Membaca mendapat mendapat liputan yang meluas daripada semua pihak termasuk media massa dan media cetak. Poster-poster Mari Membaca perlu ditampal di semua lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat. Pelbagai aktiviti sempena kempen ini juga perlu dijalankan seperti kuiz dan pertandingan menulis esei. Aktiviti-aktiviti seperti ini pasti dapat menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dala;;;;m kempen ini dan keadaan sekali gus dapat mendorong mereka untuk minat membaca. Jelasnya, selain Program Nilam, kerajaan juga perlu mengadakan Kempen Mari Membaca bagi mengajak masyarakat Malaysia untuk gemar membaca dan seterusnya melahirkan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan.

         9    Pihak swasta turut memikul obligasi bagi memupuk tabiat suka

membaca dalam kalangan rakayat Malaysia. Pihak swasta boleh memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat dengan cara mengadakan pameran buku. Hal ini demikian kerana, pameran buku dapat memudahkan masyarakat untuk membeli buku di satu lokasi sahaja. Buku-buku juga perlu dijual dengan harga yang murah bagi membolehkan masyarakat sama ada yang berkemampuan mahupuan yang kurang berkemampuan membeli bahan bacaan yang sesuai. Pameran buku yang diadakan oleh pihak swasta ini bukan sahaja dapat meningkatkan minat masyarakat untuk membaca malahan dapat mengeratkan silaturahim antara mereka. Hal ini jelas kerana, rakyat akan bersama-sama bertukar bahan bacaan dan pendapat ketika mereka mengunjungi pameran buku tersebut.

            Sebagai intiha, semua pihak sama ada ibu bapa, kerajaan mahupun pihak swasta perlu memikul obligasi dan berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, hanya melalui pembacaan, generasi yang syumul dan celik ilmu pengetahuan mampu diwujudkan. Pihak yang berwajib tidak boleh bersikap evasif dan melaksanakan tanggungjawab sekadar melepaskan batuk di tangga kerana situasi ini akan menjejaskan masa depan generasi yang akan mengetuai tampuk pemerintahan negara.

Page 13: Karangan

9Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran buku  seperti Pameran Buku Antarabangsa  di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah

Page 14: Karangan

negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

    Selain itu, ibu bapa harus  menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah  memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh  merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar  pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah,melentur buluh  biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri  tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca.

Page 15: Karangan

Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik  kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.          Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi  ilmu  pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak.  Pepatah menyatakan bahawa  membaca jambatan ilmu.  Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam  dan Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.               Seterusnya  ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak  membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku.  Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui

Page 16: Karangan

perkembangan buku yang terkini.  Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.    Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai  Kempen Galakan Membaca  dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen  membaca,  anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya.  Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak  membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.             Selain itu, ibu bapa  boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis  buku ilmiah  seperti novel karya agung,  kamus, buku- buku agama, dan buku motivasi diri  selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak  untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah.  Anak-anak  juga  digalakkan  untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada  setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku

Page 17: Karangan

dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya.  Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada  setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian  dan  menjadikan membaca sebagai  amalan rutin harian keranaalah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila  ada  masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.  Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan Internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul  buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat  menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan

Page 18: Karangan

peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.              Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,  ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka.  Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun  dalam karya besarnya,Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan