Karangan 8

download Karangan 8

of 2

description

bm

Transcript of Karangan 8

Karangan 8 : Perpustakaan Sekolah Saya

Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan yang besar dan luas.Perpustakaan sekolah saya berhawa dingin dan beroperasi setiap hari.Terdapat pelbagai bahan bacaan di perpustakaan sekolah saya.Bahan bacaan tersebut termasuklah buku cerita,buku rujukan,majalah,ensiklopedia dan sebagainya.Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak dan di dalam almari.Pada waktu rehat,murid-murid berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam dan memulangkan buku.Ada juga murid yang membuat rujukan,membaca dan mengulang kaji pelajaran di sana.Selain itu, murid-murid juga boleh melayari internet di perpustakaan untuk mencari maklumat.Semasa berada di perpustakaan,kita mesti mematuhi peraturan perpustakaan.Kita patut senyap supaya tidak mengganggu murid-murid lain.Sesiapa yang lewat memulangkan buku akan didenda.Kita juga patut menjaga kebersihan dan menghargai buku di perpustakaan.Beberapa orang pustakawan yang bertanggungjawab bertugas di perpustakaan.Mereka membantu guru menyusun,membalut dan merekod buku-buku baru.Semua urusan perpustakaan dilaksanakan dengan komputer.Saya sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk membaca.Membaca menambahkan ilmu pengetahuan saya agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.

Sambutan Hari Kanak-KanakSekolah menyambut Hari Kanak-Kanak pada minggu pertama bulan Oktober tiap-tiap tahun. Hari ini adalah hari yang paling gembira bagi kanak-kanak sekolah.

Pada Hari Kanak-Kanak,saya tiba di sekolah lebih awal dari biasa. Murid-murid semuanya kelihatan tersenyum-senyum kerana suka hati. Pada pukul 8.00 pagi, kami masuk ke tapak perhimpunan sekolah untuk menyaksikan persembahan silap mata.

Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian guru darjah pun membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Dalam bungkusan itu ada gula-gula; biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain lagi.

Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi rakyat yang baik