Karangan jenis Berita

download Karangan jenis Berita

of 19

description

karangan

Transcript of Karangan jenis Berita

Karangan jenis Berita.(UPSR)

Penerangan.*Karangan jenis ini memerlukan murid menjawap persoalan yang berkaian dengn apa, siapa, bila, mengapa, dimana, dan bagaimana.

*Apa: Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita. Aspek ini memberikan maklumat kepada keseluruhan berita.

*Siapa: Nama dijelaskan dengan lengkap, termasuklah gelaran dan usia.

*Bila: Menerangkan masa dan tarikh peristiwa berlaku.

*Mengapa: Sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sebab-sebab belum diketahui, nyatakan belum diketahui atau pihak polis masih menjalankan siasatan.

*Di mana: Menerangkan tepat kejadian tersebut berlaku. Jika tempat kejadian kurang diketahui umum, letakkan nama negeri.

*Bagaimana: Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan peristiwa tersebut.

*Yang berikut ialah cara penulisan awal berita.

BATU PAHAT, 25 Februari Penulisan tarikh lebih tepat berbanding hari.

*Perlu ada pendahuluan empat idea dan penutup. Oleh sebab karangan ini jenis karangan berita dalam kedaan tertentu, satu perenggan hanya mengandungi satu ayat sahaja.

*Setelah meletakkan nama tempat dan tarikh, berita boleh ditulis dalam bentuk cerita dengan menyatakan peristiwa mengikut urutan.

Format permakahan (Maksimum: Ditolak 3 markah)

*Menulis dalam bentuk karangan biasa (Ditolak 3 arkah)

Contoh 1.

Di sekolah kamu telah berlaku pristiwa yang menggemparkan. Tulis berita tentang kejadian tersebut.

Rangka karangan.Pendahuluan

Seramai 14 orang murid mengalami keracunan makanan.

-Kejadian berlaku pada waktu rehat.

-Mangsa telah dihantar ke hospital.

Idea

1)Peringkat awal hanya tiga orang mangsa sahaja yang muntah.

-Jumlah mangsa semakin bertambah.

-Murid dilarang makan nasi lemak.

2)Mangsa dibawa ke bilik kesihatan.

-Pihak hospital telah dihubungi.

-Murid dibawa ke hospital.

3)Pegawai kesihatan telah memeriksa kentin.

-Keadaan kentin sangat kotor.

-kantin diarah tutup.

4)Mangsa dimasukkan ke wad.

-Ibu bapa mangsa dihubungi.

-Doktor telah membuat pemeriksaan rapi.

Penutup

Murid bercadang membawa bekal ke sekolah.

-Kesihatan terjaga dan menjimatkan wang.

-Murid sedar pentingnya menjaga kesihatan.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.Seramai 14 Orang Murid Keracunan MakananKLUANG,7 Jun Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Kluang.

Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.

Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh sebab kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan telah dating dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.

Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.

Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi. Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.

Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga kebersihan.

Maksud peribahasa yang digunakan.Seperti ayam berak kapor tubuh yang kelihatan letih dan lesu.

Contoh 2.Pasukan atau persatuan di sekolah kamu telah Berjaya dalam satu pertandingan yang dijalankan. Tlis berita tentang kejayaan tersebut.

Rangka karangan.Pendahuluan

SKBB1 menjuarai bola sepak.

-berjaya mengalahkan SKBB2.

SKBB1 3, SKBB2 1.

Idea

1)Perlawanan bermula jam 4.30 petang.

-Awal perlawanan pasukan hanya bertahan.

-Selepas rehat permainan semakin rancak.

2)SKBB1 terus mengatur rancangan.

-Kesilapan memberikan ruang untuk menjaringkan gol.

-Kedua-dua pasukan mengubah strategi serangan.

3)Penonton memberikan sokongan padu.

-Riuh rendah apabila pemain saling membalas serangan.

-Sikap para penonton mendapat pujian.

4)Pengarah Pelajaran memuji mutu permainan.

-Yakin pemain berkaliber dapat dilahirkan.

-Selangor dapat menjuarai Piala Malaysia.

Penutup

Kejayaan dicontohi pasukan lain.

-Pasukan bola jaring dan hoki sedang mara.

-Menjadi pilihan murid.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 Juara Bola Sepak Bawah 12 Tahun.RAWANG, 5 Mei Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 SKBB1), telah menjuarai Piala Datuk Irfan Hadi. Kejayaan ini telah dicapai apabila megalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) dalam perlawanan akhir yang dijalankan di padang StadiumPerbandaran Selayang. Dalam perlawanan tersebut SKBB1 mengalahkan SKBB2 dengan tiga jaringan berbalas 1.

Perlawanan untuk murid bawah 12 tahun itu dimulakan jam 4.30 petang. Pada awal perlawanan, kedua-dua buah pesukan hanya bertahan. Akan tetapi, selepas masa rehat, pasukan SKBB1 terus mengasak sehingga jaringan pertama dilakukan oleh ketua pasukan SKBB1, Zanafi Zakaria.

Pasukan SKBB2 tidak patah semangat dan terus mengatur serangan. Hasil kesilapan penjaga gol SKBB1, penyerang SKBB2, Mamat Berjaya menjaringkan gol yang pertama. Kedudukan yang terikat 1 1 menyebabkan kedua-dua buah pasukan banyak mengubah strategi serangan.

Penyokong kedua-dua pasukan yang melebihi 500 orang telah memberikan sokongn yang padu erhadap pasukan masing-masing. Cma keadaan yang sesak seperti ikan dalam belat menjadikan keadaan kurang terkawal untuk seketika. Sikap berhemah yang ditunjukkan oleh para penonton telah mendapat pujian daripada tetamu khas yang hadir.

Ketika menyampaikan ucapan, Pengarah Pelajaran Melaka, Datuk Haji Ali Hasan melahirkan rasa bangga terhadap mutu permainan yang ditunjukkan. Jika bakat yang ada terus diasah, beliau yakin ramai pemain berkaliber akan lahir di Negeri Selangor. Jika ini menjadi kenyataan, impian Selangor untuk mengondal Piala Malaysia bukan sesuatu yang mustahil.

Keselruhannya, kejayaan SKBB1 meraih tempat pertama telah memeri dorongan kepada pasukan-pasukan lain di SKBB1 untuk mencontohinya. Kini, pasukan bola jaring dan pasukan hoki sedang mara ntk merebut gelaran juara dalam acara masing-masing. Jika semangat kesungguhan ini dikekalkan, banyak lagi kejayaan yang bakal diraih oleh mereka.

KARANGAN JENIS BERITACiri-ciri karangan jenis berita:1. Berita ialah maklumat yang disampaikan untuk memberikan pengetahuan, hiburan,peristiwa semasa, dan maklumat tambahan kepada pembaca.2. Dalam peperiksaan, karangan berita disoal dengan memberikan satu situasi. Anda hendaklah menulis karangan berdasarkan situasi tersebut. Teknik menulis berita tidak sama dengan menulis karangan biasa. Berita mempunyai perenggan yang banyak. Tidak semestinya satu perenggan dikira sebagai satu isi.4. Satu perenggan berita mengandungi satu atau dua ayat.5. Dalarn berita ada sedutan daripada kata-kata seseorang. Ini bertujuan meyakinkan pembaca tentang berita yang kainu sampaikan.6. Berita mempunyai formatnya yang tersendiri.a) nama tempat-ditulis sebelah kiri perenggang pertama dengan hurufbesar dan diikuti tanda koma (;)b) nama hari- ditulis selepas nama tempat dan diberi tanda sempang (-) sebelum memulakan perenggan pertama.7. Penutup berita adalah tindakan yang diambil terhadap kejadian. Tulis sebuah berita kema1angan yang berlaku di tempat anda.Petaling Jaya, 2 Disember Sebuah bas ekspess yang membawa 30 orang penumpang terbabit dalarn kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah van. Pemandu bas ekspress dan dua penumpangnya meninggal dunia.Azrni Halim 33, dari Taman Indah Bangi meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Salmi Hashim 20 dan Tan Chee Keong 24, kedua-duanya berasal dari Taman Sri Sentosa meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur.Ketua Polis Dearah, Temangku Rahman Salmon berkata. mayat ketiga-tiga mangsa telah dituntut oleh keluarga masing-masing.Dalam kejadian yang berlaku semalan, lima orang penumpang bas dan tiga penumpang van cedera, termasuk empat yang cedera parah. Keempat-empat mereka cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. untuk rawatan kecemasan.Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun polis mengesyaki kemalangan ini mungkin disebabkan kerosakkan pada enjin bas ekspress tersebut.________________________________________________________________________Terbabit

- terlibatMeninggal dunia - matiDituntut

- diambilCedera parah - luka yang seriusTuliskan sebuah berita tentang kempen Kelasku Rumahku yang telah diadakan di sekolah anda.

TELUK INTAN ,6 Disember- Sekolah Rendah Raja Perempuan 1, merupakan sekolah rendah yang pertama di daerah ini yang menganjurkan kempen Kelasku Rumahku.

Guru besarnya Haji Amiruddin Daud berkata, kempen ini diadakan selaras dengan usaha untuk menubuhkan satu sesi.Ini kerana pihak sekolah mahu mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan unik agar murid-murid dapat merasakan,seolah-olah mereka berada di rumah

Pelaksanaan sekolah satu sesi bermakna pelajar-pelajar harus menghabiskan lebih kurang sembilan jam dalam sehari di sekolah.Oleh itu persekitaran pembelajaran yang sesuai adalah sangat penting untuk mengelakkan kebosanan di kalangan murid.

Menerusi program Kelasku Rumahku ini,setiap darjah diubahsuai dan dilengkapi dengan ruang makan ,ruang rehat dan ruang belajar yang dilengkapi dengan segala peralatan.

Pegawai Pendidikan Daerah, Haji Taib Osman yang merasmikan kempen ini berharap semoga program sebegini dapat dilaksanakan oleh sekolah-sekolah lain di negara ini.Berita: Banjir

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut.Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motobot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang

Andaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan tentang Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan berita tersebut.

** ** *** ** **

PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.

Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidiialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang sukan. Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.

Di sekolah, Hasif Zakwan bin Mohd Hamidiialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.

Beliaumenyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.

Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah

Sekolah kamu telah menganjurkan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tuliskan berita tentang kempen tersebut.

** ** ** ** **

TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah.Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.

Soalan KaranganTulis sebuah berita tentang kejadian banjir yang berlaku di tempat kamu.

Contoh JawapanKOTA TINGGI, Sabtu ? Bandar Kota Tinggi sekali lagi dilanda banjir. Kejadian kali ini berpunca daripada air sungai Kota Tinggi yang mengalami fenomena air pasang besar serta ditambah pula dengan hujan yang turun dengan lebat sejak petang semalam.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah Kota Tinggi, Encik Fuad Abdullah, kejadian banjir kali ini adalah lebih teruk daripada yang berlaku pada bulan lalu. Paras banjir kali ini lebih satu meter daripada bulan lalu.

Para peniaga telah dimaklumkan lebih awal apabila siren amaran banjir berbunyi pada awal pagi tadi. Hal ini membolehkan peniaga menyelamatkan barang-barang dagangan mereka sebelum premis mereka dinaiki air. Setakat tengah hari tadi, seramai 500 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir.

Sementara itu, pegawai bomba dan penyelamat Kota Tinggi melaporkan bahawa seramai 50 orang anggota bomba telah dikerahkan untuk menjalankan oprasi menyelamat. Tumpuan diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai Antara kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Tembioh, Kampung Makam, dan Kampung Mawai.

Pejabat Daerah Kota Tinggi turut menghantar para pegawainya untuk memantau operasi menyelamat dan keperluan asas di tempat pemindahan seperti makanan, pakaian, dan ubat-ubatan.

Sewaktu anda pulang dari sekeloh, anda terlihat sebuah lori sampah sedang membuang sampah ke dalam sungai. Nyatakan tindakan yang anda lakukan. Pada hari Jumaat yang lalu, saya berbasikal pulang dari sekolah bersendirian. Tiba-tiba, saya ternampak sebuah lori sampah sedang menuju ke arah sebatang sungai yang terletak di hujung kampung. Tidak lama kemudian, lori sampah itu berhenti di tepi sungai itu. Saya cepat-cepat bersembunyi di sebalik semak-semak untuk mengintai gerak-geri mereka. Saya mendapati mereka sedang membuang sampah ke dalam sungai itu. Saya segera membuat keputusan untuk memberitahu ketua kampung. Beliau telah membawa saya ke balai polis untuk membuat laporan. Saya memberitahu seorang pegawai polis tentang kejadian itu. Setelah itu, beberapa orang pegawai polis mengejar ke tempat kejadian itu dengan segera. Apabila kami tiba di sana, pemandu lori sampah itu dan kawan-kawannya cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Akhirnya, mereka berjaya ditangkap oleh pegawai polis. Pihak polis telah mendenda mereka seebanyak RM5000 dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Mereka menyesal dan mengaku kesalahan yang mereka lakukan. Mereka juga berjanji akan membersihkan sungai itu. Ketua kampung dan pengawai polis telah memuji keberanian saya. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengelakkan sungai itu daripada tercemar. Selepas itu, saya pun pulang ke rumah.Contoh Karangan - Temu Ramah

Kamu dikehendaki menemu ramah seorang tokoh sukan di sekolah kamu. Tuliskan temu ramah kamu itu.Jenis : Temu Bual / WawancaraPendahuluan:-- Selamat pagi --- Selamat pagi.Isi-isi:1. Terlebih tahniah syabas ucapkan berjaya johan acara lari pecut 100 meter - kejohanan olahraga MSSM baru-baru -- Terima -2. Bolehkah ceritakan perasaan sebaik memenangi -- Sebenarnya tidak menyangka johan berasa - terkejut

3. bagaimana begitu?- menjangka persaingan sengit pemenang tahun lepas berlumba cabaran langsung mudah sahaja - johan4. Berapakah masa catatkan perlumbaan - 10.7 saat rekod baru?- Tidak tahun 2008, ?mencatat 10.3 saat5. sekarang cita-cita seterusnya?- bercita-cita meningkatkan diri baik lagi mewakili negara - nantiPenutup:- berharap berjaya mencapai Akhir -terima kasih sudi ditemu ramah- Sama-sama

Zi Lin :Selamat pagi, saudari Mary.

Mary :Selamat pagi.

Zi Lin :Terlebih dahulu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada saudari kerana telah berjaya menjadi johan dalam acara lari pecut 100 meter dalam kejohanan olahraga MSSM baru-baru ini.

Mary :Terima kasih.

Zi Lin :Bolehkah saudari ceritakan perasaan saudari sebaik sahaja memenangi johan?

Mary :Sebenarnya, saya tidak menyangka akan menjadi johan. Saya berasa sangat terkejut.

Zi Lin :Bagaimana pula begitu?

Mary :Saya menjangka akan mendapat persaingan yang sengit daripada pemenang tahun lepas tetapi semasa berlumba tidak ada cabaran langsung. Oleh itu, dengan mudah sahaja saya menjadi johan.

Zi Lin :Berapakah masa yang saudari catatkan dalam perlumbaan tersebut?

Mary :10.7 saat.

Zi Lin :Adakah ini suatu rekod yang baharu?

Mary :Tidak. Pada tahun 2008, Devi telah mencatat 10.3 saat.

Zi Lin :Jadi sekarang apakah cita-cita saudari seterusnya?

Mary :Saya bercita-cita untuk meningkatkan diri dengan lebih baik lagi dan mewakili negara suatu hari nanti.

Zi Lin :Saya berharap saudari akan berjaya mencapai cita-cita tersebut. Akhir kata, terima kasih kerana sudi untuk ditemu ramah.

Mary :Sama-sama.

KARANGAN - BERITA - KEJADIAN TANAH RUNTUH

KARANGAN JENIS BERITA Tuliskan berita tentang kejadian tanah runtuh. IPOH,15 November Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini terjadi setelah hujan lebat berlarutan sejak tiga hari yang lalu. Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta dan dua buah lori tela rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah. Hanya luka-luka kecil dan kecederaan ringan dialami oleh mangsa-mangsa.Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim, kejadian berlaku apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Setibanya di tempat kejadian keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada batang di tepi jalan yang menyelamatkan beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan menyelamatkan diri.Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas. Pihak polis dengan bantuan kakitangan PLUS bertungkus lumus memindahkan batu-batan yang bertaburan di jalan raya. Pihak polis terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk menjalankan siasatan lanjut. Kenderaan yang menuju ke utrara dan selatan tanah air akan dilencongkan ke jalan biasa. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melalui lebuh raya tersebut. Pandu cermat jiwa selamat.Petang ini aku pulang dari perpustakaan seorang diri. Ketika itu hujan renyai-renyai. Setiba di perhentian bas, aku terdengar bunyi tangisan bayi. Aku pun

(mulakan karangan dengan Aku pun ...BAYI YANG DITINGGALKAN Aku pun terdiam sejenak. Aku cuba untuk pastikan bunyi itu betul-betul suara bayi. Hatiku bercampur-baur. Takut pun ada, gementar pun ada. Namun aku memberanikan diri untuk mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati seorang bayi yang baru lahir telah ditinggalkan disitu seorang diri. Perkara paling menyedihkanku ialah bayi tersebut diletakkan di tepi longkang dan dibalut kain putih. Bisik hatiku, Ibu bayi ini umpama binatang, binatang pun kadang-kadang sangat menyayangi anak-anaknya.Perasaan takut tadi bertukar menjadi belas. Aku mengambil tindakan segera. Aku mendukung bayi tersebut dan membersihkan kotoran yang melekat padanya. Aku juga mengelap bayi yang basah kuyup itu.Kemudian, aku cuba menahan teksi yang lalu lalang di situ. Namun, kesemua teksi yang kutahan tidak berhenti. Aku cuba menanti ketibaan bas. Tetapi bas yang kunantikan tidak juga muncul.Tiba-tiba aku mendapat satu fikiran. Kuhampiri telefon awam yang terdapat berhampiran dengan stesen bas itu,. Dalam keadaan kelam-kabut dengan tangisan bayi itu, aku cuba menelefon ke rumahku. Namun, segala-galannya hampa belaka, kerana panggilanku tidak berjawab. Mungkin ,ibu dan bapaku tidak ada di rumah,bisikku. Walaupun kecewa, kucuba sedaya upaya juga. Kali ini, aku cuba menahan kereta sesiapa sahaja. Nasib menyebelahiku apabila sebuah kereta telah berhenti dan menanyakan masalahku. Aku menceritakan apa yang berlaku. Pemuda tersebut membawa aku dan bayi tersebut ke sebuah hospital berhampiran. Kemudian, kuceritakan semua yang berlaku kepada doktor yang bertugas. Doktor tersebut telah menelefon pihak polis dan ibu bapaku.Lebih kurang sepuluh minit kemudian, pihak polis serta ibu bapaku tiba di hospital. Pihak polis telah memberikan pujian terhadap tindakanku itu. Ibu bapaku juga amat gembira dan bangga terhadap tindakanku itu.Anda menyertai satu pertandingan syarahan di peringkat daerah. Anda telah memilih tajuk Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Bersendiri. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.BELAJAR BERKUMPULAN LEBIH BAIK DARIPADA BELAJAR SENDIRI Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha ,Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Barisan Hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi.Tajuk yang akan saya ketengahkan dalam syarahan saya kali ini adalah Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian. Hadirin yang saya hormati sekalian,Menurut Kamus Dewan, belajar bererti menuntut ilmu dan menimba ilmu pengatahuan. Manakala berkumpulan pula membawa maksud, beberapa orang individu berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa berlajar berkumpulan adalah sekumpulan individu menuntut ilmu bersama-sama.Belajar secara berkumpulan pula lebih baik kerana banyak idea dan buah fikiran dapat dikongsikankan pada satu-satu masa. Idea atau pendapatan yang diketengahkan itu dapat digabungjalinkan menjadi satu pendapat yang sangat bernas. Berbeza dengan belajar bersendirian, idea atau pendapat hanya tetumpu pada seseorang individu sahaja.Selain itu, belajar berkumpulan dapat membentuk satu pasukan yang mantap. Ia mengajar kita sifat bekerjasama, bantu-membantu dan saling tolong-menolong. Nilai-nilai ini hanya dapat apabila kita belajar secara berkumpulan. Hubungan sesama ahli kumpulan menjadi akrab dan mesra.Sesuatu tugasan atau kerja kursus yang diberi akan dapat dilaksanakan dengan baik dan mudah. Ini kerana kerja berkumpulan diistilahkan sebagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Segala susah dan senang dalam kumpulan akan dihadapi bersama-sama. Hadirin hadirat yang dihormati,Di sini ingin saya tegaskan bahawa belajar berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian. Saya akhiri syarahan saya ini dengan serangkap pantun.Guru mengajar penuh bergaya,Murid belajar dengan cemerlang,Belajar berkumpulan itulah cara,Kejayaan kita pasti gemilang.Kamu telah terpilih menjadi Ketua Murid. Dalam satu majlis pelantikan, kamu diminta menyampaikan ucapan. Sediakan ucapan kamu selengkapnya. TUGAS SEBAGAI AMANAH Yang Dihormati Pengerusi Majlis. Yang Berusaha, Guru Besar SK Mangkapon Pitas, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Pelantikan saya sebagai Ketua Murid bagi sesi 2011/2012 merupakan satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab. Hadirin yang dikasihi, Saya dan rakan-rakan yang baru dilantik berjanji untuk melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang dan disiplin di sekolah. Sebagai polis kecil di sekolah, kami akan memastikan agar semua murid mematuhi segala peraturan yang sedia ada. Di samping itu, saya mengharapkan kerjasama daripada guru-guru dan semua murid supaya kita dapat melaksanakan tugas masing-masing. Tanpa kerjasama anda semua, saya yakin sekolah kita akan dipandang serong oleh orang lain. Saya seru kepada anda semua, marilah kita bersatu hati. Guru-guru dan rakan yang disayangi, Sekiranya kita mahu berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum, aspek disiplin mesti diutamakan. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja akan berjaya dengan cemerlang. Sesuatu perkara jika dilakukan dengan sambil lewa, hasilnya kurang berjaya. Jadi, kita tingkatkanlah tahap disiplin masing-masing. Sebagai insan yang bergelar manusia, kita pasti melakukan kesilapan. Tegur dan bantulah jika kami tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Bimbingan kalian akan dijadikan panduan buat saya dan rakan-rakan pengawas. Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika ucapan tadi menyinggung mana-mana pihak. Terimalah serangkap pantun daripada saya,Berbuka puasa dengan keria, Minumannya pula air soya;Tugas ini tugas mulia, Apa yang dikata akan dikota.Karangan Jenis Berita

MENTAKAB, Selasa- Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori yang sarat dengan sebuah kereta telah berlaku di Batu 10, Mentakab, Pahang, kira-kira pukul 7.00 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Daud Osman, pemandu lori itu memandu dalam keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik. Lori tersebut dalam perjalanan ke Mentakab. Lori itu terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan

Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk. Pemandu kereta, Encik Khalid Yunus dan isterinya,Puan Latifah Manaf cedera parah. Manakala pemandu dan kelindan lori mengalami cedera ringan.

Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berusaha untuk mengeluarkan mangsa, tetapi mereka mengalami kesukaran kerana kedua-dua mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka terpaksa memotong beberapa bahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu dapat dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi.

Sementara itu, pengguna jalan raya di situ tersekat kira-kira empat jam kerana sebahagian lorong jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan-lahan sejauh tiga kilometer. Hal ini demikian kerana para pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan itu.

Mangsa-mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Besar Mentakab. Manakala pemandu dan kelindan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.KUALA LUMPUR , Selasa - Suatu kebakaran telah berlaku di kilang parabot di Wangsa Maju, Kuala Lumpur . Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang ini membawa kemusnahan yang teruk di kilang perabot tersebut dan kerugian yang besar namun sehingga kini masih belum dapat dianggarkan jumlahnya. Apabila melihat asap yang berkepul-kepul keluar dari kilang tersebut , seorang saksi menelefon pihak Bomba dan Penyelamat dengan segera . Dua buah kereta Bomba berkejar ke tempat kejadian . Banyak orang membantu memindahkan perabot sebelum ketibaan Bomba . Pihak Bomba mangambil masa satu setengah jam untuk memadamkan api .Pengawai Bomba berkata , kejadian kebakaran berpunca daripada litar pintas. Sambungan wayar yang telah usang menyebabkan litar pintas wayar itu disyaki telah digigit tikus. Api yang pada mulanya kecil menjadi marak apabila tersambar langsir. Kebanyakan perabot tidak sempat diselamatkan kerana kekurangan tenaga pekerja. Terdapat tiga orang pekerja di kedai itu cedera tetapi nasib baik tiada kemalangan jiwa . Kerugian yang dialami belum dapat dianggarkan . Pihak Bomba menghadapi masalah memadamkan api kerana pili bomba baru diubahsuaikan beberapa hari yang lalu. Saksi yang mula-mula menyedari kebakaran tersebut melaporkan bahawa pihak bomba mengambil masa yang agak panjang untuk mengawal api kebakaran. Saksi yang menyedari kesukaran tersebut segera meminta bantuan orang ramai yang berdekatan dengan tempat kejadian . Pihak bomba menyarankan agar orang ramai supaya menjalankan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun terutamanya bagi rumah-rumah yang using atau telah hampir 15 tahun dihuni. Kerugian akibat kebakaran ini sepatutnya dapat dielakkan sekiranya langkah berjaga-jaga diambil oleh pihak yang terbabit.