KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BOLA JARING · PDF file7.1 Rujuk Undang-Undang Bola...

3

Click here to load reader

Transcript of KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BOLA JARING · PDF file7.1 Rujuk Undang-Undang Bola...

Page 1: KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BOLA JARING · PDF file7.1 Rujuk Undang-Undang Bola Jaring ... Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan

1

KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BOLA JARING 1. UNDANG-UNDANG.

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (International Netball Federation).

2. JENIS PERTANDINGAN.

Karnival Sukan Universiti Putra Malaysia 2016. 3. KATEGORI 3.1 Wanita bawah 17 Tahun 3.2 Terbuka Wanita 4. PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

4.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain, 1 orang pengurus pasukan dan 1 orang jurulatih.

4.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 2 orang pemain yang pernah mewaklili

negara pada tahun 2013, 2014 dan 2015. 4.3 Senarai nama pemain hendaklah diisi dalam Borang Pendaftaran Pemain dan

diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola pada atau sebelum 11 Mac 2016. 4.4 Satu senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa

Pertandingan 10 minit sebelum pertandingan dimulakan. 4.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran sahaja

dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 5. SISTEM PERTANDINGAN.

5.1 Masa bermain:

7 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan masa rehat 1 minit (7m x 1m x 7m).

Page 2: KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BOLA JARING · PDF file7.1 Rujuk Undang-Undang Bola Jaring ... Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan

2

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 6.1 Secara Liga 6.1.1 Cara memberi mata: Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata

6.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

6.1.2.1 Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah

jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena)

6.1.2.2 Jika masih seri, maka perbezan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena)

6.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak

akan diisytiharkan sebagai pemenang. 6.2 Secara kalah mati

Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, separuh Akhir dan Akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-

6.2.1 Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.

6.2.2 Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.

6.2.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh

pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah

6.2.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

6.2.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah yang berikutnya.

6.2.6 Sekiranya berlaku seri diakhir masa tambahan permainan akan diteruskan

sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 7. PAKAIAN

7.1 Rujuk Undang-Undang Bola Jaring Antarabangsa. 7.2 Huruf-huruf berikut hendaklah dipamerkan di bahagian hadapan dan belakang

baju pemain.

Page 3: KARNIVAL SUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BOLA JARING · PDF file7.1 Rujuk Undang-Undang Bola Jaring ... Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan

3

G.S - Penjaring Gol (Goal Shooter) G.A - Penyerang Gol (Goal Attack) W.A - Penyerang Sayap (Wing Attack) C. - Pemain Tengah (Centre) W.D - Penangkis Sayap (Wing Defence) G.D - Penahan Gol (Goal Defence) G.K - Penjaga Gol (Goal Keeper) 8. KELEWATAN

Hanya 15 minit diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan tiga (3) mata kemenangan dan bilangan jaringan 5-0.

9. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN.

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang ditunda diluar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Jika perlawanan telah dijalankan lebih 10 minit keputusan perlawanan dikekalkan.

10. BANTAHAN

10.1 Semua bantahan dan rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus pasukan secara bertulis kepada Pengurus pertandingan tidak lewat 30 minit selepas permainan tamat.

10.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM

500.00 tunai. 10.3 Wang bayaran bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak

wajar. 10.4 Jawatankuasa Rayuan terdiri daripada:

9.4.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola 9.4.2 Penyelaras Permainan 9.4.3 3 pengurus pasukan yang terlibat

11. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu dan sebarang keputusan adalah muktamad.