Kata banyak makna

3
KATA BANYAK MAKNA Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 1 I Bariah sedang menanam sebatang pokok pisang di belakang rumahnya. II Kempen itu dapat menanam nilai kerjasama di kalangan penduduk. III Penduduk kampung menanam mayat bayi kembar itu di dalam satu lubang. IV Askar Israel menanam kepala mangsanya di dalam air. A I, II, dan III B I, III, dan IV C II, III, dan IV D I, II, III, dan IV 2 I Orang yang keras kepala macam Rusli itu memang patut dipulaukan. II Menurut kata orang tua-tua, kawasan ini agak keras. III Kuih itu agak keras kerana telah terlebih tepung. IV Rempuhan keras Jebat telah mencederakan Tuah. A I dan II B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV 3I Sepakan kencang Badrul telah menggegar jaring buat kedua kalinya. II Fendi suka bercakap kencang dengan orang tuanya. III Angin kencang diramalkan akan terus bertiup sehingga esok. IV Boon mengikat tali kasutnya dengan kencang . A I dan III C II dan IV B II dan III D III dan IV 4I Kamal menceritakan kejadian itu kepada pihak polis dengan terus . II Perlawanan badminton itu disiarkan oleh RTM secara terus dari Guangzhou. III Bas yang dinaiki mereka terus bergerak meninggalkan bandar Ipoh. IV Dari rumah Abdullah, Rosli terus pergi ke bandar. A I dan III C II dan IV B II dan III D III dan IV 5I Baju baru adik berwarna merah samar . II Abdul tidak dapat melihat dengan jelas kerana matanya samar . III Suasana yang agak samar pada waktu itu menyukarkan kami mengenal mereka. IV Peluangnya untuk mewakili negara masih samar . A I dan III B III dan IV C I, III, dan IV D II, III, dan IV 6I Mamat menutup botol itu dengan ketat untuk mengelakkannya dimasuki angin.

Transcript of Kata banyak makna

Page 1: Kata banyak makna

KATA BANYAK MAKNA

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1 I Bariah sedang menanam sebatang pokok pisang di belakang rumahnya.

II Kempen itu dapat menanam nilai kerjasama di kalangan penduduk.

III Penduduk kampung menanam mayat bayi kembar itu di dalam satu lubang.

IV Askar Israel menanam kepala mangsanya di dalam air.A I, II, dan III B I, III, dan IV C II, III, dan IV D I, II, III, dan IV

2 I Orang yang keras kepala macam Rusli itu memang patut dipulaukan.

II Menurut kata orang tua-tua, kawasan ini agak keras.

III Kuih itu agak keras kerana telah terlebih tepung.

IV Rempuhan keras Jebat telah mencederakan Tuah.A I dan II B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

3 I Sepakan kencang Badrul telah menggegar jaring buat kedua kalinya.

II Fendi suka bercakap kencang dengan orang tuanya.

III Angin kencang diramalkan akan terus bertiup sehingga esok.

IV Boon mengikat tali kasutnya dengan kencang. A I dan III C II dan IVB II dan III D III dan IV

4 I Kamal menceritakan kejadian itu kepada pihak polis dengan terus.

II Perlawanan badminton itu disiarkan oleh RTM secara terus dari Guangzhou.

III Bas yang dinaiki mereka terus bergerak meninggalkan bandar Ipoh.

IV Dari rumah Abdullah, Rosli terus pergi ke bandar.A I dan III C II dan IVB II dan III D III dan IV

5 I Baju baru adik berwarna merah samar.II Abdul tidak dapat melihat dengan jelas

kerana matanya samar.III Suasana yang agak samar pada waktu itu

menyukarkan kami mengenal mereka.IV Peluangnya untuk mewakili negara masih

samar.A I dan IIIB III dan IVC I, III, dan IVD II, III, dan IV

6 I Mamat menutup botol itu dengan ketat untuk mengelakkannya dimasuki angin.

II Semua baju yang dibelinya tahun lepas sudah ketat dan tidak boleh dipakai lagi.

III Pihak tentera Malaysia mengadakan kawalan ketat di perairan Malaysia.

IV Bas itu ketat dengan para penumpang yang ingin pergi ke pejabat.A I dan III B I, II, dan III C II, III, dan IV D I, II, III, dan IV

7 I Hatinya menjadi larut apabila tidak dipilih untuk mewakili sekolah.

II Gula itu larut apabila dimasukkan ke dalam air panas.

III Sejak bekerja di kilang itu, Suhaimi pulang setelah larut malam.

IV Tali itu akan larut jika ditarik dengan kuat.A I dan II C II dan IVB II dan III D I, II, dan III

8 I Kamu mesti fikir masak tentang perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.

II Makanan yang dimasak oleh tukang masak itu enak-enak belaka.

III Pak Leman sudah masak dengan perangai anak-anaknya.

IV Buah-buahan di dusun datuk telah mulai masak.A I dan II B II dan IIIC II, III, dan IV

Page 2: Kata banyak makna

D I, II, III, dan IV

9 I Daging rusa halal dimakan.II Ibu halal Aziz pergi sekolahIII Sani mendapat harta yang halal daripada

usahanya.IV Hutangnya telah halal oleh Wak Karmin.

A I dan II C II dan IIIB I dan III D II dan IV

10 I Kuih itu manis rasanya.II Senyumannya manis dan menawan.III Tutur kata Mak Leha manis sekali.IV Warna sarung itu kelihatan manis.

A I dan III B I, II, dan III C I, II, dan IV D I, III, dan IV

11 I Setiap orang mesti menepati janji.II Baba mengutarakan dua janji kepada Timah.III Janji itu telah ditandatangani oleh kedua-dua

belah pihak.IV Abang janji akan pulang segera.

A I sahajaB I dan II C I, II, dan IIID I, II, dan IV

12 I Wang muka kereta itu telah dilunaskan.II Manisah turun dari rumahnya dengan muka

yang masam.III Muka meja itu licin.IV Dia menjenguk muka pintu.

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

13 I Mereka membawa pulang tiga ikat kayu api.II Ikat pinggangnya diperbuat daripada kulit.III Pak Mail ikat kambingnya pada batang

pokok kelapa.IV Kahar meleraikan ikat pada bungkusan itu. A I dan II

B I dan IIIC I, II, dan III D II, III, dan IV

14 I Rekod acara 100 meter itu dapat dipecahkannya.

II Persahabatan kami yang erat itu jangan kamu dipecahkan.

III Suasana hening itu dipecahkan oleh suatu jeritan yang kuat.

IV Cermin tingkap kereta ayah itu dipecahkan adik?A I dan IIIB II dan IVC I, III, dan IVD I, II, III, dan IV

15 I Semangat Tuk Akil untuk berjuang masih belum pudar.

II Kain yang dipakainya itu sudah pudar warnanya.

III Rasa nanas muda itu pudar sekali.IV Makin lama cahaya lampu itu makin pudar.

A I dan IIB III dan IV C I, II, dan IVD I, II, III, dan IV

Jawapan

1 A 2 D 3 A 4 D 5 D6 B 7 B 8 C 9 B 10 B11 A 12 A 13 A 14 C 15 A