KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan...

29
KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MARSILA BTE MINHAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan...

Page 1: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN

INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK

MARSILA BTE MINHAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010

SAYA MARSILA BTE MINHAT

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

(HURUF BESAR)

PM. Dr. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD

T 217 BT. 14 KG. PANCHOR,

76100 DURIAN TUNGGAL,

MELAKA.

Page 3: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”

Tandatangan : ………………………………….............

Nama Penyelia : PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD

Tarikh : ………………………………….............

Page 4: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

MARSILA BTE MINHAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 5: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : MARSILA BTE MINHAT

Tarikh :

Page 6: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah….

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi memberi aku kekuatan

hingga ke penghujung.

Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta

yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..

Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas ilmu yang

diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa

dan bakti yang dicurahkan

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa

diingati..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat

di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..

Page 7: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayah-Nya penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang.

Sekalung penghargaan kepada penyelia penyelidikan, PM. Dr. Mohammad

Yusof bin Hj. Arshad yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar,

panduan dan nasihat tanpa kenal erti jemu.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada guru dan pelajar

sekolah menengah teknik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa

memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman hanya

Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.

Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Maimunah bte Jani

yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham Minhat bin

Omar, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi dengan aman di dunia

sana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan

kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.

Page 8: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kefahaman guru, status pelaksanaan

serta masalah dalam pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik. Sampel terdiri

daripada 115 orang pelajar dan 30 orang guru sains daripada empat buah sekolah

menengah teknik di Negeri Johor dan Melaka. Dua set soal selidik digunakan

sebagai instrumen kajian. Set soal selidik pertama dijalankan ke atas guru sains

untuk menguji kefahaman guru sains terhadap pendekatan inkuiri. Set soal selidik

kedua dijalankan ke atas pelajar untuk menguji pelaksanaan guru sains terhadap

pendekatan inkuiri. Data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel

2007. Dapatan kajian mendapati guru kurang memahami dan kurang melaksanakan

pendekatan inkuri. Pelaksanaan pendekatan inkuiri ini adalah hasil respon pelajar

yang lemah dalam menjalankan penyiasatan. Selain itu, terdapat juga beberapa

masalah yang menjadi penghalang untuk melaksanakan pendekatan inkuiri ini.

Implikasinya, guru sains dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap

pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran

Page 9: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

vi

ABSTRACT

The purposes of this study are to investigate teacher understanding,

implementation status and problems aroused from using inquiry approach at

technical school. As sample, 115 students and 30 teachers from 4 technical schools

in Malacca and Johor are participating. Two sets of questionnaire were prepared as

the research instrument. The set of first questionnaire was given to teachers to

investigate teacher understanding in inquiry approach. The second set of

questionnaire was given to students to investigate the implementation status of

inquiry approach. The data were analyzed by using Microsoft Office Excel 2007.

Based on research finding teachers’ understanding and implementation on inquiry

approach are poor. The implementations of inquiry approach among students are

also poor. Furthermore, there are some weaknesses in inquiry approach at schools.

So, teachers should improve their understanding on inquiry approach to improve

inquiry teaching implementation at school.

Page 10: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap

Pendekatan Inkuiri 4

1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam

Pendekatan Inkuiri 5

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop kajian 12

Page 11: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

viii

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Masalah 13

1.8.2 Inkuiri. 13

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Inkuiri 14

2.3 Model pembelajaran inkuiri 15

2.4 Strategi Pendekatan Inkuiri 17

2.4.1 Penyoalan 17

2.4.2 Perbincangan 18

2.4.3 Tunjuk cara 19

2.4.4 Mengeksperimen 19

2.5 Matlamat Pendekatan Inkuiri 19

2.6 Ciri-ciri Pelajar yang Mengamalkan

Pendekatan Inkuiri 20

2.7 Kebaikan Pendekatan Inkuiri 21

2.8 Keburukan Pendekatan Inkuiri. 22

2.9 Kefahaman terhadap Pendekatan

Inkuiri 23

2.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 24

2.11 Masalah Pelaksanaan Inkuiri dalam

Pengajaran Sains 26

2.12 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Lokasi Kajian 29

3.4 Persampelan Kajian 30

3.4.1 Guru Sains 30

Page 12: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

ix

3.4.2 Pelajar 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Soal Selidik 31

3.5.1.1 Set Soal Selidik Guru Sains 31

3.5.1.2 Set Soal Selidik Pelajar 32

3.6 Analisis Data 34

3.6.1 Soal Selidik Guru Sains 34

3.6.2 Soal Selidik Pelajar 34

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Prosedur Kajian 35

3.9 Penutup 36

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan

Inkuiri 37

4.2.1 Definisi Pendekatan Inkuiri 38

4.2.2 Konsep Pendekatan Inkuiri 39

4.2.3 Strategi Pembelajaran Inkuiri 39

4.2.3.1 Penyoalan 40

4.2.3.2 Perbincangan 40

4.2.3.3 Tunjuk Cara 41

4.2.3.4 Mengeksperimen 41

4.2.4 Ciri-Ciri Pendekatan Inkuiri 42

4.2.5 Kemahiran Guru dalam Pembelajaran

Inkuiri 42

4.2.6 Langkah-Langkah dalam Pembelajaran

Inkuiri 43

4.3 Analisa Keseluruhan Kefahaman Guru

Sains dalam Pendekatan Inkuiri 43

4.4 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam

Proses Pengajaran dan Pembelajaran 44

4.4.1 Item Objektif 44

Page 13: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

x

4.4.2 Item Penyataan Masalah 45

4.4.3 Item Menghipotesis 47

4.4.4 Item Mengenalpasti Pembolehubah 49

4.4.4.1 Dimanipulasi 49

4.4.4.2 Bergerak balas 50

4.4.4.3 Dimalarkan 51

4.4.5 Item Bahan dan Alat Radas 52

4.4.6 Item Susun Alat Radas 54

4.4.7 Item Merangka Langkah kerja 55

4.4.8 Item Merangka Keputusan 56

4.4.9 Item Membuat Kesimpulan 58

4.4.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri

4.5 Masalah Pendekatan Inkuiri 60

4.6 Penutup 63

5 KESIMPULAN 64

5.1 Pengenalan 64

5.2 Kefahaman Guru Sains Terhadap Pendekatan

Inkuiri. 65

5.3 Pelaksanaan Pendekatan Inkuri 65

5.4 Masalah Pendekatan Inkuiri 66

5.5 Implikasi Kajian 68

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.7 Penutup 70

RUJUKAN 71-77

LAMPIRAN A-D 78-92

Page 14: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Nama sekolah yang terlibat dalam kajian 29

3.2 Nama sekolah dan bilangan guru sains 30

3.3 Nama sekolah dan bilangan pelajar 31

3.4 Jadual item kefahaman guru dalam pendekatan

inkuiri

32

3.5 Kemahiran merangka eksperimen 33

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan

Peratusan

34

4.1 Kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri 38

4.2 Julat peratusan guru sains tentang kefahaman

dalam pendekatan inkuiri

43

4.3 Respon pelajar tentang kemahiran membuat

objektif

45

4.4 Respon pelajar dalam kemahiran membuat

pernyataan masalah

46

4.5 Respon pelajar dalam membuat hipotesis 48

4.6 Respon pelajar terhadap pembolehubah

dimanipulasi

49

Page 15: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

xii

4.7 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah

bergerak balas

50

4.8 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah

dimalarkan

51

4.9 Respon Pelajar dalam menyatakan bahan dan alat

radas

53

4.10 Respon pelajar dalam merangka susunan alat

radas

54

4.11 Respon pelajar merangka langkah kerja 55

4.12 Respon pelajar dalam merangka keputusan 57

4.13 Respon pelajar dalam membuat kesimpulan 58

4.14 Keseluruhan peratusan jawapan pelajar terhadap

item dalam merangka eksperimen.

60

Page 16: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

xiii

SENARAI GRAF

NO GRAF TAJUK HALAMAN

4.1 Jenis masalah dalam pendekatan inkuiri 61

Page 17: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set soal selidik guru sains 78

B Set soal selidik pelajar 87

C Surat kebenaran daripada pihak Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 90

D Surat kebenaran daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 91

E Surat kebenaran daripada Bahagian

Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

Kementerian Pelajaran Malaysia 92

Page 18: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

xv

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SMT - Sekolah Menengah Teknik

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

AAAS - American Association for the Advancement of Science

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah

Page 19: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa kini sains dan teknologi adalah satu bidang yang tidak asing lagi di

Negara kita. Meskipun perkataan sains digunakan secara meluas dalam kehidupan

seharian tetapi persepsi sains yang dimaksudkan seringkali berbeza antara satu sama

lain. Ada yang menganggap bahawa sains seperti matematik, ada yang mengaitkan

sains dengan jubah putih dan makmal, ada yang terkeliru dengan teknologi, malahan

terdapat juga yang mengaitkan sains dengan kursus yang diikuti di sekolah atau di

institusi pengajian tinggi. Sebenarnya, sains bukan hanya terbatas kepada perkara ini

sahaja. Adalah sukar untuk menyatakan dengan jelas maksud sebenarnya sains

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, (PPK) (2001), sains adalah satu

bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.

Integrasi antara 3 elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.

Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang

membolehkan para pelajar memahami alam sekeliling mereka. Menurut Sulaiman

(2000), sains merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai

inovasi dan penemuan- penemuan baru yang berlaku hampir setiap hari melalui

pembangunan dan penyelidikan.

Page 20: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

2

Apabila memperkatakan tentang sains kita sering mengaitkan situasi bagaimana

sesuatu pengajaran ataupun proses pengajaran sains itu berlangsung. Proses pengajaran

adalah satu perkara yang sangat penting untuk memudahkan para pelajar memahami

kehendak guru dalam menyampaikan mata pelajaran sains tersebut. Pelajar berpendapat

sains merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan

Anderson, 1992). Sebagai mata pelajaran yang penting, guru sains sewajarnya bijak

memilih kaedah dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat pelajar. Pelajar

akan berminat untuk belajar sains sekiranya guru dapat menggunakan pendekatan yang

melibatkan pelajar dalam pembelajaran serta guru menggunakan aktiviti yang menarik

bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan kaedah yang sama setiap kali

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.

Dalam kajian Sufiah (2006), menyatakan bahawa salah satu objektif perubahan-

perubahan untuk memperbaiki mutu pendidikan sains di sekolah menengah adalah

menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri penemuan iaitu

berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti. Aktiviti P&P yang berpusatkan pelajar

membawa kesan yang lebih positif seterusnya dapat melahirkan pelajar yang memenuhi

kehendak Kurikulum Bersatu Sekolah Menenngah (KBSM). Ini kerana dalam konteks

KBSM, pelajar dilihat sebagai seorang yang aktif membina konsep yang berteraskan

kepada kemahiran saintifik dan keupayaan berfikir.

Antara pendekatan P&P serta pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialah

pendekatan inkuiri penemuan. Pendekatan ini berjaya menarik semangat pelajar untuk

memajukan diri dan ingin meneroka ilmu sebanyak yang mungkin. Petikan yang dibuat

oleh De Beor (1991) menunjukkan betapa pentingnya pendekatan inkuiri penemuan

dalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu:

“If single word had to be chosen to describe the goal of science educators

during the 30-years period that began in the late 1950s, it would have to be INQUIRY.”

(De Beor, 1991:206 )

Page 21: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

3

Seperti yang kita sedia maklum, sekolah di Malaysia lebih cenderung

menggunakan kaedah P&P berpusatkan guru serta bergantung penuh pada buku teks

iaitu lebih dikenali sebagai kaedah tradisional. Guru kebiasaanya menggunakan kaedah

latih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpa

penerangan konsep yang mencukupi. Implikasinya, melahirkan pelajar yang pasif,

pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaian

sains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pendekatan inkuiri

sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di

negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan

keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi

maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, „prescriber of

appropriate activities‟, „stimulator of curiosity‟, pencabar idea murid dan sumber

rujukan.

Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampu

merancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasi

yang mendorong pelajar menimbulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya.

Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan

pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai peransang pembentukan

idea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisma

mencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulum

sains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang

berketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara ringkasnya latar belakang masalah membincangkan kefahaman guru

sains, status pelaksanaan serta masalah dalam pendekatan inkuiri di SMT.

Page 22: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

4

1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri

Dalam menuju ke zaman era globalisasi dan maju dalam pendidikan, guru di

sekolah seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar matlamat pengajaran sains iaitu

melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahun dan berkemahiran dalam

melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan. Oleh itu guru haruslah mempunyai

semangat yang tinggi bagi mencapai matlamat ini dengan jayanya.

Dalam pembelajaran sains yang menggunakan pendekatan inkuiri, guru haruslah

memperolehi kefahaman yang tinggi tentang pendekatan inkuiri dan melaksanakannya.

Ini akan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana

pelajar akan terlibat aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru sendiri kurang memahami konsep

pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini, maka pelaksanaanya di sekolah akan

menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang

dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar berasa kurang yakin

dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru sehingga menyebabkan pelajar

kurang berminat dengan subjek yang diajar. Implikasinya, pelajar menganggap sains

merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan

Anderson, 1992). Ini akan menyebabkan pencapaian sains pelajar masih tidak

memuaskan.

Menurut kajian Nadzamuddin (2005), tahap pengetahuan guru terhadap

pendekatan inkuiri dalam pembelajaran adalah tinggi tetapi dari segi kemahiran adalah

sederhana. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pendekatan inkuiri ini adalah sesuai

dan guru digalakkan menggunakannya dalam proses pembelajaran sains di sekolah

terutamanya SMT. Kebanyakkan pelajar aliran teknik terdiri daripada golongan pelajar

yang aktif dalam melakukan aktiviti. Ia akan lebih mudah untuk mendapatkan

kerjasama daripada pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang aktif. Apabila

Page 23: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

5

pendekatan inkuiri tidak digunakan, maka kemahiran guru dalam pendekatan inkuiri ini

tidak akan meningkat dan sukar untuk melaksanakannya di masa akan datang.

Guru sains yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan

minat dan keperluan pelajar, mengetahui bila dan bagaimana membimbing, masa

memberi maklumat, menyediakan peralatan yang diperlukan, serta menghubungkan

pelajar dengan sumber rujukan yang releven. Guru sains yang berpengalaman dan

berpengetahuan tinggi akan menunjukkan prestasi pelajar meningkat dan akan

menanamkan minat terhadap mata pelajaran sains. Berdasarkan hasil kajian Siti

Musitah (2007) yang dilakukan di sekolah menunjukkan para pelajar tidak didedahkan

dengan kaedah pembelajaran inkuiri yang sebenar. Antara faktor kaedah ini tidak

dijalankan ialah guru yang kurang mahir dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri.

Menurut kajian Subahan dan Roof (1998), pihak KPM menyatakan bahawa guru

tidak mampu melaksanakan pendekatan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan

dan pengalaman perlaksanaan kecuali mereka telah mengalami atau melihat strategi itu

dilaksanakan dalam situasi yang sebenar. Guru akan mempunyai idea untuk

melaksanakan pendekatan inkuiri di sekolah. Oleh itu, guru perlu diberi kursus orientasi

kurikulum bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang pendekatan pembelajaran

inkuiri dan meningkatkan lagi kefahaman terhadap pendekatan inkuiri.

1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri

Masa kini, guru lebih suka menggunakan pendekatan pembelajaran secara

tradisional berbanding menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran

sains. Guru di seluruh dunia telah pun diberi pendedahan mengenai kebaikan

pendekatan inkuiri penemuan itu sendiri sejak mereka di maktab perguruan, Universiti

dan sebagainya, (De Boer, 1991). Guru pelatih juga digalakkan menggunakan

pendekatan inkuiri semasa latihan mengajar. Inikan pula guru yang telah lama

mengajar. Pada pendapat saya, guru lama lebih berpengalaman dalam melaksanakan

Page 24: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

6

pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Mereka lebih mengetahui bahawa

pendekatan inkuiri lebih baik daripada kaedah tradisional. Seharusya mereka lebih

cekap menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru di SMT juga tidak terkecuali untuk melaksanakan pendekatan inkuiri

penemuan ini. Seperti yang kita sedia maklum pelajar di sekolah menengah teknik lebih

berminat dalam kerja atau aktiviti yang lebih kepada praktikal atau latih tubi.

Seharusnya guru di sekolah menengah teknik lebih mudah untuk melibatkan pelajar

dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri di dalam proses pengajran dan pembelajaran.

Seharusnya guru mempraktikkan pendekatan ini semasa mengajar, tetapi apa yang kita

lihat kini, kebanyakkan guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri ini. Perkara ini

dibuktikan oleh pihak KPM (1994), guru sains lebih cenderung menggunakan

pendekatan secara tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding

menggunakan pengajaran berbentuk inkuiri. Guru berpendapat kaedah pembelajaran

secara inkuiri akan menambahkan lagi beban pelajar.

Ramai dalam kalangan guru tidak berminat menggunakan pengajaran berbentuk

inkuri. Pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini akan merangsang pelajar

berfikir justeru akan meningkatkan lagi daya intelek dikalangan pelajar. Contohnya

aktiviti amali di dalam makmal, pelajar akan mampu menguasai teknik merancang dan

menjalankan penyiasatan dengan menggunakan kaedah mereka sendiri dengan

bimbingan guru.

Di SMT terdapat pelbagai jenis makmal untuk mempraktikkan pendekatan

inkuiri ini seperti makmal awam, makmal jentera, makmal elektronik dan sebagainya.

Guru di sekolah teknik seharusnya lebih mudah untuk menjalankan pendekatan inkuiri

kerana pelajar di sekolah menengah teknik aktif dari segi melibatkan diri dalam aktiviti

di dalam kelas. Namun, apa yang kita dapat lihat fenomena semasa melakukan aktiviti

amali pembelajaran guru adalah lebih berbentuk mengikut „buku resepi‟ bagi

mengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep. Dalam kajian Deter (2005),

Page 25: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

7

terhadap guru kimia di 571 sekolah menengah di United State dan mendapati 45.5%

guru tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti amali dengan

kaedah mereka tersendiri.

Di Australia, Hackling et al. (2001) dalam kajiannya ke atas 2,802 orang pelajar

mendapati 33% pelajar tidak merancang aktiviti amali mereka sendiri ketika membuat

amali. Walaupun negara itu sebuah negara yang pesat membangun seperti United State

dan Australia, pembelajaran berbentuk inkuiri masih lagi tidak di gemari oleh guru. Ini

menunjukkan pelaksanaan pendekatan inkuiri ini juga tidak dipraktikkan di Negara maju

walaupun guru menyedari kebaikan pendekatan inkuiri ini.

Kajian TIMMS ( Trend in International Mathematics and Science Study) (1999)

melaporkan bahawa di dalam kelas sains aktiviti yang kerap dilakukan adalah guru

menunjukkan cara menyelesaikan masalah sains (89% Malaysia dan 80% antarabangsa),

membuat sendiri kerja dari lembaran kerja atau buku teks (56% Malaysia dan

Antarabangsa). Ini menunjukkan guru lebih cenderung menggunakan kaedah

pembelajaran berpusatkan guru daripada pengajaran berpusatkan pelajar. Ini adalah

tidak sejajar dengan matlamat utama pengajaran sains KBSM di sekolah iaitu untuk

mendidik pelajar menggunakan minda secara efektif. Implikasinya, prestasi pelajar di

sekolah teknik merundum kerana guru lebih mementingkan pembelajaran teori

berbanding dengan konsep dalam sesuatu topik.

Pada masa kini, silibus yang ditetapkan oleh kurikulum terlalu padat untuk

disampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang singkat. Seperti yang kita maklum

guru di sekolah bukanlah semata-semata mengajar sahaja, tetapi banyak tanggungjawab

yang perlu mereka laksanakan seperti menghadiri pelbagai kursus yang diberikan oleh

Kementerian Pendidikan seperti kursus semakan semula sukatan pelajaran, kursus

pembengkelan untuk aktiviti-aktiviti dalam P&P, kursus pemantapan sukatan

matapelajaran, kursus profesional guru untuk P&P dan sebagainya. Ini menyebabkan

perancangan pembelajaran guru menjadi tertangguh dan guru kurang bersedia dengan

Page 26: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

8

aktiviti pembelajaran yang ingin disampaikan. Justeru itu, akan menyebabkan guru

kurang yakin menyampaikan sesuatu pembelajaran tersebut.

Pembelajaran pendekatan inkuiri memerlukan guru tersebut merancang awal dan

memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan.

Kejadian yang berlaku di sekolah sekarang, guru sains terlalu mengejar masa untuk

menghabiskan silibus yang di tetapkan oleh kementerian. Ini menyebakan pelajar-

pelajar menjadi tertekan dengan cara penyampaian guru yang kurang efektif.

Disebabkan kesuntukan masa ini, pelajar tidak berpeluang terlibat secara

langsung untuk merancang sesuatu aktiviti terutamanya ketika membuat amali. Mereka

hanya perlu mencatat hasil akhir yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen ke dalam

ruang kosong yang tersedia dalam buku kerja amali, tanpa diberi penekanan terhadap

proses sains dan inkuiri (Abu Hassan, 1998). Pelajar juga tidak berupaya untuk terlibat

dalam proses penyoalan, membina hipotesis, meramal, dan mengeksperimen kerana

guru terikat dengan sukatan pelajaran yang disediakan.

Di sekolah teknik juga terdapat pelbagai jenis projek yang seperti projek

rekacipta, projek autocad, projek membina replika ataupun model perlu diselia oleh guru

dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar dan guru. Hal ini menyebabkan

pelajar dan guru mempunyai masa yang suntuk untuk melaksanakan pendekatan inkuiri

ini kerana memerlukan masa yang mencukupi dalam melaksanakannya.

Sesuatu kaedah pembelajaran yang dipilih oleh guru untuk disampaikan oleh

guru di sekolah perlulah mempunyai keberkesanan yang efektif terhadap pelajar. Antara

kaedah ataupun pendekatan pembelajaran yang sangat efektif digunakan di sekolah

adalah pendekatan pembelajaran berbentuk inkuiri. Pembelajaran berbentuk inkuiri

digalakkan semasa proses P&P. Masalah yang dihadapi oleh guru sekarang ialah, guru

sendiri tidak megetahui bagaimana pendekatan inkuiri ini dijalankan. Guru tidak

mengetahui maksud pembelajaran berbentuk inkuiri. Kurangnya pendedahan dan

Page 27: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

9

kefahaman oleh guru terhadap pendekatan inkuiri menyebabkan guru tidak

menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses P&P.

Menurut Costenson & Lawson (1986); Welch et al. (1981), sesetengah guru

kurang percaya terhadap kemampuan pelajarnya sendiri. Mereka beranggapan bahawa

pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sahaja boleh menerima

pembelajaran berbentuk inkuiri dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, guru

hanya berpendapat tanggungjawab mereka hanyalah sekadar menyampaikan ilmu secara

teori sahaja kerana sukar mendapat pelajar yang ramai yang mempunyai pemikiran

tinggi dalam sesebuah kelas.(Welch et al., 1981).

Guru perlulah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pelajarnya supaya

pelajar yakin terhadap diri mereka sendiri dalam melaksanakan pembelajaran berbentuk

inkuiri. Dengan adanya keyakinan yang diberikan oleh guru terhadap pelajar, ia akan

meningkatkan semangat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti penyoalan dan

perbincangan terutamanya di dalam aktiviti amali yang melibatkan penglibatan pelajar

yang maksimum.

Dalam pembelajaran sains contohnya mata pelajaran kimia, waktu pembelajaran

didalam kelas selama seminggu adalah empat waktu pembelajaran iaitu satu waktu

bersamaan 40 minit. Menurut kajian yang dilakukan di Hong Kong (Cheung, 2006a)

pembelajaran inkuiri tidak dapat dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam sebuah

kelas terlalu ramai iaitu 40 orang. Masa yang diperlukan untuk melibatkan semua

pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran berbentuk inkuiri tidak mencukupi.

Bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan kelengkapan

ataupun alat bantu mengajar kurang mencukupi dalam satu masa yang sama terutamanya

dalam menjalankan aktiviti amali di sekolah. Di United States, (Reeve et al., 2004),

mendapati bilangan pelajar yang ramai menghalang pendekatan inkuiri dijalankan di

sekolah kerana kekurangan kemudahan di dalam bilik darjah terutamanya ketika

membuat aktiviti amali di makmal.

Page 28: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

10

1.3 Pernyataan Masalah

Guru kurang menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran

inkuiri di setiap sekolah di Malaysia tetapi guru di Malaysia masih menggunakan

kaedah tradisional iaitu berpusatkan kepada guru. Cheung (2006b), mendapati faktor-

faktor guru tidak menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah kurang efektif untuk mengajar pelajar yang ramai. Selain itu,

pembelajaran inkuiri memerlukan kemudahan yang lengkap seperti alat bantu mengajar,

makmal yang lengkap dan suasana pembelajaran yang baik. Masa yang diperlukan

untuk melaksanakan pembelajaran inkuiri juga perlulah optimum.

Secara teorinya pendekatan inkuiri dapat merangsang pelajar dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Ini bergantung kepada guru, iaitu guru perlu memberi

komitmen sepenuhnya untuk memahami dan melaksanakan pendekatan ini dengan yakin

supaya pelajar yakin dan memberi tindak balas yang positif dalam bilik darjah. Kajian

yang melibatkan perlaksanaan inkuiri penemuan dan masalah perlaksanan inkuiri telah

dijalankan di luar negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah

perlaksanaan inkuiri di Malaysia. Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi

meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif

maka kajian ini juga mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap

pendekatan inkuiri penemuan, mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah menengah

teknik mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah

pelaksanaannya.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

Page 29: KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI …€¦ · pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran . vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate

11

(i) Mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan

inkuiri.

(ii) Mengkaji status perlaksanaan dan permasalahan pendekatan inkuiri di sekolah

menengah teknik.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada ojektif kajian, beberapa persoalan kajian boleh dikaji iaitu:

(i) Sejauh manakah kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan

inkuiri?

(ii) Adakah guru melaksanakan pendekatan inkuiri semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pelaksanaanya?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan dan permasalahan

guru dalam pembelajaran secara inkuiri di sekolah menengah teknik. Selain daripada itu

kajian ini juga dilakukan terhadap pelajar mengenai faktor yang mempengaruhi

penerimaan pelajar di sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. Kajian ini

akan membantu pengkaji untuk mengetahui sejauhmana penggunaan pembelajaran

secara inkuiri ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah teknik dan juga tindakbalas

pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah teknik terhadap pendekatan secara inkuiri.

Selain itu, secara tidak langsung pengkaji sendiri mendapat kelebihan iaitu mengetahui

dengan lebih mendalam tentang pengajaran pendekatan inkuiri ini supaya dapat

mengamalkannya apabila menjadi guru kelak.