KeistimewaanRoh

download KeistimewaanRoh

of 5

Transcript of KeistimewaanRoh

  • 8/6/2019 KeistimewaanRoh

    1/5

    Keterangan Mengenai Jiwa Dan Ruh Insani

    Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada dua suatuyang berbeza iaitu:

    Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-Kun Wal-Fasad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan urusannyamelainkan dengan yang lain.Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi menggerakkandan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan manusia baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Haiwani, Ruh Tobie dan lain-lain atau bersifat jasmaniah seperti otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya.Allah Taala menyusun jasad-jasad dari bahagian-bahagian makanan dan menjaganya dengan bahagian-bahagian zat makanan yang lebur menyerap ke dalam jasad, menyediakan asas, menyempurnakan anggota-anggota penting, menentukan anggota-anggota kaki dan tangan dan melahirkan jauhar jiwa dari urusan yang tunggal, sempurna menyempurna lagi memberi faedah.

    Bukanlah saya(Imam Ghazali) maksudkan 'jiwa' itu kekuatan untuk mendapatkan makanan;

    bukan kekuatan yang menggerakkan syahwat (Al-Nafsu) dan kemarahan;bukan kekuatan yang berada dalam jantung(Al-Kolbu) yang melahirkan hidup, menimbulkan rasa dan gerak dari jantung kepada seluruh anggota, kerana kekutan ini dinamakan 'Ruh Haiwani'.Rasa, gerak, syahwat adalah dari tentera Ruh Haiwani ini.

    Kekuatan mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam hati(Al-Kabad) dinamakan 'Ruh Tobie.' Pencernaan dan penolakan adalah daripada sifat-sifatnya. Kekuatan merupa, melahir, menyubur dan lain-lain kekuatan tobie semuanya menjadi k

    hadam-khadam bagi jasad dan jasad pula adalah khadam kepada Ruh Haiwani, keranajasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Haiwani dan bekerja menurut geraknya.

    Sebenarnya yang saya maksudkan dengan 'JIWA' itu ialah JAUHAR YANG SEMPURNA LAGITUNGGAL (Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad) yang kerjanya hanya

    mengingatmenghafazmemikir membeza danmengamat-amati; jugamenerima segala ilmu dantidak jemu-jemu menerima rupa-rupa abstrak yang bersih dari benda.

    Jauhar ini adalah ketua segala ruh dan raja. Segala kekuatan semuanya berkhidmatkepada jauhar ini dan menjunjung perintahnya. Jauhar ini tidak lain tidak bukandari JIWA BERAKAL (Al-Nafs An-Naathokoh) yang diberikan berbagai-bagai nama. Pa

    ra ahli falsafah menamakan jauhar ini sebagai JIWA BERAKAL(Al-Naf An-Naathokah).Al-Quran menamakannya sebagai JIWA YANG TENANG(Al-Nafsul Mutomainnah). Al-Quranjuga menamakannya sebagai RUH URUSAN (Al-Ruh Al-Amri). Ahli Tasauf menamakannyasebagai QALBU(Al-Qalbi). Perbezaan cuma pada segi nama-nama sahaja tetapi ertinya satu, tidak ada perselisihan. Oleh itu 'QALBU' dan 'RUH' pada kita juga 'YANGTENANG' semua nama-nama itu adalah bagi 'JIWA BERAKAL' (Al-Nafs Al-Naathokoh). Jiwa berakal ialah 'Jauhar yang Hidup', 'aktif', lagi mencapai kalau disebut RuhMutlak atau Qalbu. Maksudnya ialah jauhar ini juga.

    Ahli-ahli Tasauf menamakan 'Ruh Haiwani' pula dengan nafsu. Syarak juga memberik

    an pengertian yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

    "Musuh engkau yang paling ketat ialah nafsu engkau".

  • 8/6/2019 KeistimewaanRoh

    2/5

    Baginda bersabda lagi dengan maksud:

    "Nafsu engkau ialah yang terletak di antara dua pihak".

    Perkataan nafsu yang dimaksudkan oleh syarak di sini ialah kekuatan 'syahwaaniah' dan kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara

    dua pihak(dari tubuh manusia).

    Bila kamu telah faham dan mengetahui perbezaan nama-nama itu ternyatalah bahawapara pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar yang bernilaiini dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeza. Para ahli Ilmu Kalam yang pandai dalam debat menganggap jiwa itu sebagai suatu jisim dan menyatakan bahawaia adalah jisim yang halus sebagai tantangan bagi jisim yang tebal ini. Mereka hanya melihat perbezaan di antara ruh dan jasad dari segi kehalusan dan ketebalansahaja.

    Sebahagian dari mereka menganggap ruh sebagi 'aradh. Sebahagian daripada ahli-ahli kedoktoran cenderung ke arah pendapat ini. Ada pula yang menganggap darah seb

    agai ruh.

    Mereka semua merasa puas hati dengan pendapat mereka kerana dipengaruhi oleh kecantikkan pandangan dan mereka 'TIDAK BERUSAHA' mencari bahagian ketiga sedangkansebenarnya ada tiga bahagi iaitu Jisim, Aradh dan 'Al-Jauhar-Al-Mufrad'. Ruh Ha

    iwani ialah jisim yang halus seolah-olah lampu bernyala terletak dalam kaca jantung. Jantung yang dimaksudkan di sini ialah rangka sanubari yang tergantung padadada manusia. Hidup adalah lampu tersebut,

    Darah ialah minyaknya,Rasa dan gerak merupakan nurnya,Syhwat ialah kepanasannya,Kemarahan ialah wapnya,

    Kekuatan mencari makanan yang berada di dalam hati merupakan khadam atau penjaganya dan wakilnya.Ruh ini terdapat pada segala binatang. Ruh ini tidak menerima ilmu dan tidak mengetahi soal yang berhubung dengan alam dan tidak mengetahui hak-hak Pencipta Alam. Ia hanya merupakan khadam yang terikat. Ia mati bersama dengan matinya badan.Jika bertambah darah, padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan sebaliknyajika berkurangan darah, ia akan padam juga kerana bertambah kesejukan. Padamnyamenjadi sebab bagi matinya badan. Tidak ada 'khitob Tuhan' iaitu (perkataan-per

    kataan Tuhan yang lazim yang dihadapkan kepada orang-orang mukallaf berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka) dan tidak ada 'takhlif' (pemikul tanggungjawabyang diamanahkan dari Allah melalui hukum syarak yang lima) tuan punya syarak terhadap ruh ini. Kerana inilah segala binatang tidak termasuk ke dalam makhluk-makluk yang menerima 'khitob' dengan hukum-hukum syarak.

    Manusia sebenarnya 'ditakhlif' dan 'dikhitob' kerana suatu makna yang lain terdapat padanya sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya. Maknanya ialah padamanusia ada 'JIWA YANG BERAKAL' (Al-Nafs-An-Naatokoh), 'RUH URUSAN'(Ruhul-Amri)dan 'JIWA YANG TENANG'(Al-Nafsul Muthomainnah).

    Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan AllahTaala sebagaimana firmannya yang bermaksud:

    'Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku.

    (Surah Al-Israk ayat 85)

    Allah berfirman lagi yang bermaksud:

  • 8/6/2019 KeistimewaanRoh

    3/5

    'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12)

    Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah suatu kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malahia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Buka

    n boleh dirasa. Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. Ia

    tidak rosaktidak layutidak binasatidak mati bahkan;ia terpisah dari badan dan menantikan perkembaliaan pada hari kiamatsebagaimana yang dinyatakan dalam syarak dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu 'HIKMIAH' (Falsafah) dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi. Buktinya yang nyata menunjukkan bahawa 'RUH YANG BERAKAL' bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh, malah ia adalah JAUHAR yang sabit(nyata) lagi kekal tiada binasa. Di sini ras

    anya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan dalil-dalilkerana telah dibuat dan disebut orang. Sesiapa yang mahu mengesahkannya silalahtatap kitab-kitab yang baik mengenai ilmu ini. Cara kita memberi huraian dalam risalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan, malah dengan berpegang pada apayang telah dialami menerusi 'PENGLIHATAN YANG YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM.' AllahTaala ada menghubungkan ruh kepada urusan dan kadang-kadang kepada 'IZAH'Nya(za

    t yang tiada boleh dicapai dengan akal dan fikiran) dengan firmanNya yang bermaksud:

    'Dan Aku(Allah) tiupkan padanya ruh dariKU' (Surah Al-Hijr ayat 39).

    dan firmanNya lagi yang bermaksud:

    'Katakanlah (hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku' (Al-Israk ayat85)

    dan firmanNya lagi yang bermaksud:

    'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)

    Bila roh itu dihubungkan oleh Allah Taala kepada diriNya tentulah ia bukan jisimatau A'radh kerana rendah tingkat kedua-duanya, selalu berubah-ubah dan cepat h

    ilang serta akan rosak. Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud:

    "Roh-roh adalah sebagai tentera yang lengkap"

    dan dalam sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan:

    "Roh para syuhadah terletak dalam bayang-bayang burung-burung hijau."

    Begitu juga dengan A'radh tidak kekal selepas hilangnya jauhar kerana A'radh tidak boleh berdiri dengan zatnya sendiri. Manakala jisim menerima peleburan kembali sebagaimana asalnya sebelum penyusunan dari benda (Al Madah) dan rupa sepertiyang tersebut dalam kitab-kitab (kitab-kitab falsafah).

    Setelah kita mengetahui ayat-ayat, hadis-hadis dan alasan-alasan akal, ketahuilah kita bahawa ruh itu adalah JAUHAR MUFRAD YANG SEMPURNA (Al-Jauharul Mufrad Al-Kamil) hidup dengan zatnya, baik dan buruknya agama adalah datang daripadanya, m

    anakala ruh Tobie dan Ruh Haiwani dan kekuatan badaniah seluruhnya daripada tentara Jauhar Mufrad Yang Sempurna ini.

  • 8/6/2019 KeistimewaanRoh

    4/5

    Jauhar ini menerima rupa-rupa maklumat dan hakikat maujudah (sesuatu yang wujuddi alam ini) dengan tidak diganggui oleh ain-ain dan peribadinya kerana jiwa berkuasa mengetahui hakikat manusia tanpa melihat peribadi (manusia) itu sendiri; begitu juga ia mengetahui malaikat dan syaitan-syaitan dengan tidak perlu melihatperibadi-peribadi mereka. Ini adalah kerana kedua-dua jenis makhluk itu tiada d

    apat dicapai oleh deria-deria kebanyakan orang.

    Satu golongan ahli tasauf berkata bahawa ' Qalbu ' mempunyai dua mata, serupa juga dengan dua mata bagi jasad ini. Jasad dapat melihat benda-benda yang zahir dengan mata-mata zahir dan Qalbu melihat hakikat dengan mata akal. Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud:

    'Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai dua mata.'

    Dengan kedua-dua mata ini dapatlah dicapai apa yang ghaib. Bila Allah Taala hendak memberikan kebaikan kepada hambanya, ia bukakan dua mata Qalbunya supaya dapat melihat sesuatu yang ghaib dari pemandangan mata lahirnya. Roh ini tidaklah mati dengan matinya badan kerana Allah Taala menyerunya supaya kembali kepadaNya dengan firmanNya yang bermaksud:

    'Kembalilah kepada Tuhanmua' (Surah Al Fajr Ayat 28).

    Sebenarnya ruh ini hanya bercerai dan berpaling dari badan. Oleh kerana berpaling ini maka kakulah segala yang bersangkut dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah danTabii'yah. Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu, i

    alah MATI.

    Ahli-ahli Thorikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada roh dan Qalbu dari berpegang pada peribadi. Apabila roh itu dari urusan Allah Taala, maka beradanya dalam badan adalah sebagai orang dagang. Mukanya mengarah pada asalnya dan tempat datangnya. Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak asalnya lebih banyak dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila ruh itu kuat dan tidak dikotor

    i oleh kekotoran-kekotoran tabiat.

    Bila anda mengetahui ruh adalah Jauhar Mufrad dan mengetahui pula jasad memerlukan ruang dan A'Radh maka selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar. Ketahuilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak mendiami pada sesuatu ruang. Bukanlah badan adalah ruang bagi ruh dan bukan pula tempat bagi Qalbu malahan badan adalah alat ruh, alat Qalbu dan kenderaan jiwa. Zat ruh sendiri tidak bersambung dengan bahagian-bahagian badan dan tidak berpisah daripadanya bahkan ia menhadap kepada badan, memberi faedah dan melimpah kepadanya.

    Mula-mula lahir nur ruh pada otak kerana otak tempat kenyataan yang khas.

    Pada bahagian depannya ia menjadi penjagaPada bahagian tengahnya ia menjadi menteri dan pentadbirPada bahagian belakangnya ia menjadi perbendaharaan. Ahli perbendaharaan dan seluruh bahagian manjadi kakitangan dan kenderaanRoh Haiwani menjadi khadamRoh Tobie menjadi wakilBadan menjadi kenderaanDunia menjadi medanHayat menjadi barang (modal)Gerak menjadi perniagaanIlmu menjadi keuntunganHari akhirat menjadi matlamat dan tempat pulangSyarak menjadi jalan dan cara

    Terhadap jiwa pendorong kejahatan (nafsu Amarah) menjadi penjaga dan pemerhatiTerhadap jiwa pengkritik (nafsu Lawamah) ia menjadi penyedar.Pancaindera menjadi pengikut-pengikut dan pembantu.

  • 8/6/2019 KeistimewaanRoh

    5/5

    Agama menjadi penghalangAkal menjadi mahaguruRasa pancaindera menjadi muridAr-Robh (Allah) menjadi pemerhatiJiwa dengan sifat-sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada peribadi yang tebal ini dan tidak berhubung dengan zatnya, malahan ia mengarah kepada Tuhannya dan Tuhannya memerintahkannya supaya mengambil kesempatan mendapat

    kan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang tertentu.

    Oleh itu ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain dalammasa perjalanan (hidup di atas dunia) ini, melainkan berusaha mencari ilmu untukmenjadi perhiasan di dalam negeri akhirat. Ini adalah kerana perhiasan harta da

    n anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia sahaja sebagaimana mata menumpukan pemerhatian ke arah mendengar suara-suara, lidah siap sedia untuk menyusun kata-kata, Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah, Ruh Tobie cintakan kelazatam makan dan minum, maka ruh yang tenang (AL-Ruh Al-Muthomainnah) ertinya Qalbu tidakmenghendaki apa-apa selain daripada ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun selain daripada ilmu. Ia belajar dan belajar sepanjang usianya. Ia menghiasi dirinya dengan ilmu dalam seluruh zaman hingga waktu bercerainya dari badan. Jika ia menerim

    a sesuatu yang lain daripada ilmu, maka penerimaannya ini cuma untuk kepentinganbadan, bukan untuk kepentingan dirinya dan kecintaan asalnya. Bila anda telah mengetahui hal ehwal ruh, kekalannya yang berterusan, kecintaannya dan pemerhatiannya kepada ilmu maka patutlah anda mengetahui pula tentang jenis-jenis ilmu.

    Sila ikuti fasal seterusnya di [Bahagian& Jenis Ilmu]

    Sila lihat juga fasal sebelumnya

    [Teori dan Konsep Ilmu]

    Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.