KEK MINYAK.docx

3
KEK MINYAK Bahan-Bahan 5 biji telur 1/2 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1 camca teh baking powder. 1 cawan susu pekat 1 sudu besar ovallate 1 cawan minyak masak 1 sudu teh esen vanila pewarna Cara-cara 1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. 2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. 5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna. 6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Transcript of KEK MINYAK.docx

KEK MINYAK

Bahan-Bahan

5 biji telur1/2 cawan gula halus2 cawan tepung gandum1 camca teh baking powder.1 cawan susu pekat1 sudu besar ovallate1 cawan minyak masak1 sudu teh esen vanilapewarna

Cara-cara1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

KUIH BAKAR :-)BAHAN-BAHAN1 1/2 cawan tepung gandum1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)3 biji telur gred A180 ml airSedikit garamMinyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega atau marjerin)Beberapa titik pewarna makanan kuningHirisan daun bawang, untuk hiasanCili merah, didadu kecil, untuk hiasanSos cili sebagai pencicah

BAHAN INTI DAGING :-)150 gram daging kisar (atau daging batang pinang yang dipotong kecil2)1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu2 ulas bawang putih, cincang halusSedikit airHirisan daun sup secukupnyaSedikit hirisan cili merahGaram dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK INTI DAGING :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api (ini optional, tak nak letak pun takpe). Sejukkan.

2. UNTUK ADUNAN KUIH BAKAR :- Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung, kacau lagi hingga tidak berbintil2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit garam, garam sikit saja nak bagi rasa lemak, inti nanti pun dah ada garam. Tapis dan ketepikan. Atau anda boleh masukkan dalam blender dan kisar halus.

3. UNTUK KUIH BAKAR DAGING :- Panaskan acuan atas dapur, guna api sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 camca besar), kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian2 tepi kuih nampak garing. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata2. Tutup permukaan acuan sekejap. 

4. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja (mat guna api "grill"). Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan.

5. Buat kaedah sama pada baki adunan tadi. Guna 2 acuan jika ada untuk mempercepatkan proses membakar. Atau anda boleh cuba bakar dalam tin seperti kuih bakar atau bingka yang lain. Hidangkan bersama sos cili....Selamat mencuba!...