KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang...

25
KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. TENGKU NORZAINI BINTI TENGKU IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang...

Page 1: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

TENGKU NORZAINI BINTI TENGKU IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGASAHAN STATUS TESIS O

JUDUL: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALA,NG^TN

PELA,JAB TAHUN AKIITR FAIq.ILTI P$NDIDIFAN. UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA. SKUDAI. JOIIOR

Saya

SESIPENGAJIAN :ZOllDOl.Z

TENGKU NORZAINI BINTI TSNGKU IBNAHTM

mengaku membenarl$n tesis ffi@* ini disimpn di Perpustakaan

Univeniti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

l. Tesis adalatr hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2, Perpusakaan Universiti Telmologi Malaysia diharkan menrbuat salinan untuk

tujuan peng{ian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan menrbuat salinan tesis ini sebagai bahan per-tukarrt antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( { )

f_] sur,rr

f.] Tf,RHAn

t]l TTDAKTERHAT)

6o,(TANDATANGAN PENI.JLIS)

AlamatTetap:

Lorrong 2, Krmpung T*nnl Lot"21610 Merchang Mamng,Terenggrnu llarul Iman.

Taritft: JANUARI2012

(Mengadtmgi maklumat yang berdarjah keselanatanatau kepmtingan Malaysia seperti yang temaktub didalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

(Mengandungi makhmrat TERflAD yang telatr ditentukanOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

DR BOEANA BINTI HAMZAN

(NAMA PENYELIA)

Tarikh: JANUARI2012

Disahkan oleh

PSZ 19:16(Pin6.ll97)

CATATAN T Potongyangtidakbedcnaart** Jenis t€sis ini SULIT dau TERIIAD, sila lryir*an srrat dripada pihak behasa/mganisa$iberkenaan dengm menyatalsan sekali sebab de teryoh tesis ini perlu dikelckan sebagoiSIILIT atauTERIIAD.

o Tesis dimat$dkan sbasai tssis bagi ljauah Dokton Falmfah dan Sajana secara peuyelidikan

aau diserasi bagi pengjian secara kerja kursus dan penyelidikan atsu Laporan PSM.

Page 3: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

r

3filsffiigAt{Pts?{YnLIa

*Se)4e drui MEil* myreM refu @* ini& p&rym saya keryc foi fue&da@*rtpn sapkqr* ini sdde mo*udri dsi ssgi *op &n*ualiti tffirk

ejrm pwresra @ Sqjaffi lffi Ttulo$ kta@idik'{tCes*lr,ryhi@}

Taneeffi

NsmPeqelk: D*.

: 13 XAHUidRI?Ill2

Page 4: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TENGKU NORZAINI BINTI TENGKU IBRAHIM

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2012

Page 5: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

llt

PENGAI(UAI\

rya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan',i "saya akui ka

yang tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbernya".

o,F__r_r___,_ -qLJ.ranffrTangan :........

Nama Penulis : TENGKTI N,ORfiAIm BINTI TENGKU IBRAIIIMTarikh : 13 JANUARI2012

Page 6: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat yang teristimewa,

Ayah dan Bondaku yang dikasihi lagi disayangi

Tengku Ibrahim bin Tengku Ali dan Tengku Kamariah binti Tengku Husin,

Yang tidak pernah putus asa berdoa,

memberikan dorongan dan semangat untukku,

Tiada apa yang dapat dibicarakan hanya

doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakmu ini.

Juga kepada saudara mara dan rakan seperjuangan yang banyak membantu sepanjang

pengajianku, memenuhi dan menegur segala kekurangan,

tidak dapat diungkapkan atas jasa-jasa kalian yang membantu,

semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan,

menjadi manfaat bersama dihari-hari yang mendatang.

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan kalian semua.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang akan dapat membalasnya.

Jasamu takkan ku lupa selamanya.

Page 7: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya,

dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih dan penghargaan kepada Dr Rohana binti Hamzah selaku penyelia

Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar

yang diberikan sepanjang tempoh penyelidik menjalankan kajian ini. Segala ilmu

yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga yang disayangi kerana

banyak memberi bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya kajian ini. Semoga

mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Buat rakan-rakan yang dikasihi,

terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah sahaja yang dapat

membalas budi baik kalian. Amin.

Page 8: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

vi

ABSTRAK

Sistem pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti

merupakan agenda utama untuk membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi. Ia

bergantung kepada amanah besar yang wajar dilaksanakan dengan penuh komitmen,

prihatin dan dedikasi oleh pendidik. Kurangnya kesedaran terhadap makna dan tugas

sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi muda. Oleh itu, kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti kemantapan pembangunan jiwa pendidik di kalangan

pelajar Tahun akhir di Fakulti Pendidikan. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif

deskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik. Lapan puluh sembilan

responden yang dipilih adalah terdiri daripada kursus SPH, SPJ dan SPE yang mana

merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan UTM. Kajian rintis telah

dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik dengan menggunakan Alpha

Cronbach. Nilai kebolehpercayaaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan set soalan ini

adalah 0.927. Data-data yang telah dikumpul diperoleh diproses dan dianalisis

dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS)

version 15.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil analisis kajian

mendapati bahawa kemantapan pembangunan jiwa pendidik di kalangan pelajar

tahun akhir berada pada tahap tinggi dan memperoleh nilai min sebanyak 3.79 yang

mana diukur dari aspek etika, peranan, profesional dan akhlak. Kemantapan

pembangunan jiwa pendidik dari aspek ciri-ciri profesional perlu diberi penekanan

kerana memperoleh nilai min pada tahap sederhana iaitu sebanyak 3.66. Oleh itu,

diharapkan satu penyelidikan diadakan pada masa akan datang yang bertujuan untuk

mempertingkatkan lagi ciri-ciri profesional bakal pendidik bagi melahirkan pendidik

yang benar-benar memiliki jiwa pendidik untuk meneruskan perjuangan melahirkan

generasi yang mampu memimpin proses membangunkan ketamadunan negara.

Page 9: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

vii

ABSTRACT

Education system is the main agenda in producing high quality human capital

to develop our country in the future. It depends on trust that should be implemented

with full commitment, caring and dedication by the educators. Lack awareness of the

meaning and the real task of an educator will harm the future of young generation.

Therefore, the purpose of this study is to determine strength of educator’s soul

development among final year students. This method research used is quantitative

using descriptive research design. A set of questionnaire is using Cronbach Alpha.

The value of reliability in Cronbach Alpha for the whole set of questions was 0.927.

Eighty-nine respondents have been selected from the SPH, SPJ, and SPE, courses.

They are final year student at UTM's Faculty of Education. The data obtained has

been processed and analyzed by using the software "Statistical Package for Social

Science" (SPSS) version 15.0 for frequencies, percentages and mean. The finding

from this study shown that, the strength of educator’s soul development among final

year students at a high level and obtains the mean value at 3.79 which is refer to four

criteria such as ethic, roles, professional and moral. However, aspect from

professional characteristics should be emphasized that the value of the mean at a

moderate level of 3.66. Therefore, the researcher hopes that this research will be

conduct in the future to enhance the effectiveness of characteristic for educator. So

that, educators would be able to produce a good generations for those who are really

wants to be an educator. Next, it may lead to a civilization country.

Page 10: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii-xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1-2

1.2 Latar belakang masalah 3-6

1.3 Penyataan masalah 6

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Skop dan batasan kajian 8-9

1.7 Kepentingan kajian 9

Page 11: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

ix

1.7.1 Pelajar 9

1.7.2 Pendidik 10

1.7.3 Pensyarah 10

1.7.4 Kementerian PendidikanMalaysia 10-11

1.8 Kerangka kajian 11-13

1.9 Definisi terminologi 14

1.9.1 Kemantapan 14

1.9.2 Pembangunan 14

1.9.3 Jiwa 15

1.9.4 Pendidik 15

1.9.5 Jiwa pendidik 16

1.9.6 Beretika 16

1.9.7 Pemangkin 16-17

1.9.8 Profesionalisme 17

1.9.9 Kualiti peribadi 17

1.10 Penutup 18

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 19-20

2.2 Kepentingan pendidik yang beretika untuk lebih

berketrampilan 20

2.2.1 Kod Etika Guru 21-24

2.3 Peranan pendidik berlandaskan etika dan nilai 24

2.3.1 Perbezaan pendidik dan Pengajar 25-26

2.3.2 Kepentingan ilmu 26-29

2.4 Profesionalisme dalam diri seorang pendidik 29

2.4.1 Ciri-ciri profesional 30-31

2.5 Pemantapan pembentukan akidah teras

perubahan dan kemajuan 32

2.5.1 Pembersihan jiwa 32

2.5.2 Sifat-sifat pendidik 33-34

Page 12: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

x

2.5.3 Akhlak mercu kesempurnaan 35

2.5.4 Akhlak pendidik 35

2.7 Penutup 36

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Kaedah penyelidikan 38

3.3 Rekabentuk kajian 38-39

3.4 Lokasi kajian 39-40

3.5 Populasi dan sampel kajian 40-41

3.6 Instrumen kajian 41-43

3.7 Kajian rintis 43-44

3.7.1 Kesahan soal selidik 44-45

3.7.2 Kebolehpercayaan 45

3.8 Prosedur kajian 46-47

3.9 Analisis data 48-50

3.10 Penutup 51

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52-53

4.2 Analisis bahagian A:Demografi responden 53

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 53-54

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 54

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 55

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan

Tertinggi 56

4.3 Analisis Bahagian B 57

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 58-60

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 60-63

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 3 63-64

Page 13: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

xi

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 65-66

4.4 Penutup

67

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Rumusan 69-70

5.3 Perbincangan 71

5.3.1 Bahagian A:Perbincangan Bahagian

Demografi Responden 71-72

5.3.2 Bahagian B:Perbincangan Persoalan

Kajian 72

5.3.2.1 Kepentingan pendidik yang

beretika untuk lebih

berketrampilan. 72-74

5.3.2.2 Peranan pendidik sebagai pemangkin

masyarakat yang menggalas

amanat besar dalam menjalankan tugas 75-76

5.3.2.3 Ciri-ciri Profesional Sebagai

Seorang Pendidik 76-78

5.3.2.4 Tahap Penghayatan Pembentukan

Kualiti Peribadi Pendidik yang Sebenar 78-80

5.4 Cadangan tindakan 81

5.5 Cadangan kajian lanjutan 82

5.6 Penutup 83

BIBLIOGRAFI 84-87

LAMPIRAN

Page 14: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan populasi pelajar 41

3.2 Spesifikasi item soal selidik 42

3.3 Skala likert untuk mengetahui tahap

Kemantapan pembangunan jiwa pendidik

43

3.4 Menunjukkan beberapa item soal selidik

diubahsuai bagi membuat penambahbaikan

45

3.5 Jadual analisis tahap persetujuan responden 59

3.6 Jadual selang Skala min 50

4.5 Jumlah keseluruhan min dan tahap mengikut

empat persoalan kajian

57

4.6 Taburan nilai min setiap item respoden

terhadap kepentingan pendidik yang beretika

untuk mewujudkan seorang pendidik yang

berketerampilan.

58

4.7 Taburan nilai min setiap item respoden

terhadap peranan pendidik

61

4.8 Taburan nilai min bagi setiap item respoden

terhadap ciri-ciri profesional sebagai pendidik.

63

4.9 Taburan nilai min setiap item respoden

terhadap tahap penghayatan kualiti peribadi

pendidik yang sebenar.

65

Page 15: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Model yang diinovasi dari Model of Teacher

Effectiveness dari Hay Mcber

13

3.1 Prosedur kajian 47

4.1 Carta pai taburan Responden Berdasarkan

Jantina

53

4.2 Carta bar Taburan Responden Berdasarkan

Bangsa

54

4.3 Carta pai taburan Responden Berdasarkan

Kursus

55

4.4 Carta bar Taburan responden Berdasarkan

Kelulusan Tertinggi mengikut kekerapan dan

peratus

56

Page 16: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

xiv

SENARAI SIMBOL

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek

% - Peratus

ƒ - Kekerapan

SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Page 17: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengesahan Pelajar

B Surat Pengesahan Instrumen

C Contoh Instrumen soal selidik

Page 18: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami

kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-

berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan

(Mok Soon Sang, 2003). Anak-anak adalah permata negara, ibu bapa dan masyarakat

perlu memberi kesedaran tentang hubungan sesama manusia, komitmen dan

hubungannya dengan hukum Allah S.W.T. Oleh itu, dalam mendepani dunia yang

semakin maju anak-anak perlu diberikan pendidikan yang tepat bagi menangkis

segala perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.

Guru adalah unsur penting dalam dunia pendidikan dan mempunyai pengaruh

yang besar terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan. Keperibadian dan amalan

pengajaran guru mempunyai pengaruh yang besar kepada minda jiwa pelajar. Pada

usia muda ini mereka akan melihat dan mengikuti segala tingkah laku, pergerakan

dan perkataan guru. Murid akan lebih kuat terpengaruh dengan sikap dan penampilan

guru berbanding dengan orang lain. Apatah lagi masa murid banyak dihabiskan

Page 19: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

2

dengan guru. Oleh itu, guru sewajarnya memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum

memperbaiki anak muridnya (Kamarul dan Ab. Halim, 2007).

Tugas dan peranan guru merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu

dipikul untuk membentuk modal insan yang sempurna dari segi keperibadian serta

kecemerlangan dalam hidup. Selain itu, guru juga memerlukan komitmen yang tinggi

serta mempunyai niat yang ikhlas dalam mendidik pelajar. Menurut Jahangir

Mahmud (2010), terdapat tiga unsur yang penting harus ada di sebalik semua yang

kita lakukan dan keseluruhannnya dalam niat untuk mendidik. Antaranya ialah untuk

mencari keredhaan Allah, ikhlas kepada semua dan menggunakan cara yang

diajarkan dalam Islam. Oleh sebab itu, guru perlu memainkan pelbagai peranannya

untuk menanangi masalah pelajar, keperluan dan harapan dalam pendidikan. Di

antara peranan guru ialah pengurus dan fasilitator pembelajaran, ahli psikologi,

kaunseling serta pakar rujuk, perancang kurikulum, pelajar yang professional dan

berterusan, innovator, penyelidik dan penilai, agen perubahan dan pemimpin.

Bagi memainkan peranan-peranan tersebut secara berkesan, seseorang

pendidik hendaklah memiliki sifat dan kualiti yang baik dari segi peribadi,

professional dan sosial. Pendidik yang memiliki kriteria tersebut mampu melahirkan

anak bangsa berketerampilan dalam membangunkan diri ke arah kecemerlangan

dalam hidup di dunia dan akhirat. Menurut Kamarul dan Ab. Halim (2007),

kewibawaan pendidik muslim adalah sangat penting dalam usaha melaksanakan

tugas mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan. Keunggulan dan

keluhuran peribadi Rasulullah s.a.w. jika dapat diterapkan dalam setiap diri pendidik

akan dapat menjadi role model kepada para pelajar.

Page 20: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini isu tentang pendidik menjadi satu persoalan di mana,

pendidik itu sendiri tidak memiliki sifat dan sikap seorang pendidik yang sepatutnya

perlu ada dalam melahirkan guru yang komited dengan kerja sebagai pendidik.

Menurut Mok Soon Sang (2003), di antara sifat yang perlu ada di dalam diri seorang

pendidik adalah baik hati, jenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dan kepimpinan.

Sifat-sifat tersebut dapat melahirkan seorang pendidik yamg memiliki ciri-ciri

kejujuran, berpandangan jauh, berinspirasi, ketrampilan, adil, menyokong, berfikiran

terbuka, bijak, berterus terang, boleh diharapkan dan bekerjasama (Kouzes dan

Posner, 1993). Justeru itu, pendidik yang berkesan tidak semata-mata

menitikberatkan aspek pencapaian akademik dan peperiksaan awam semata-mata

tetapi bertekad untuk menyampaikan input-input bagi melahirkan pelajar sekolah

yang menyeluruh (holistik) seperti mana yang terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan

arah haluan, asas, dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam

bidang pendidikan. Antara kandungan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ialah:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

(Chew Hook Liong, 1999)

Page 21: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

4

Berdasarkan kepada Falsafah pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan

di atas, maka Matlamat Pendidikan Negara melahirkan insan yang baik dan berusaha

mencapai kesempurnaan supaya menjadi warganegara Malaysia yang cemerlang

dalam aspek dunia dan akhirat (Mok Soon Sang, 2003).

Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi

lagi. Justeru itu, dalam usaha „melentur buluh biarlah dari rebungnya‟, tidak dapat

dinafikan bahawa profesion perguruan memainkan peranan yang amat penting.

Masyarakat umum mengharapkan seseorang guru bertanggungjawab memajukan

masyarakat dengan tingkah laku yang baik, rajin bekerja, dedikasi bertugas dan tidak

melanggar norma-norma masyarakat. Bagi Ibu bapa pula, kerana sibuk dengan tugas

masing-masing, mereka mengharapkan guru mengasuh dan mendidik serta mengajar

anak mereka bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan. Kepada mereka,

guru yang baik dan rajin biasanya dapat dibuktikan dari kemajuan dalam pelajaran

dan peperiksaan murid-murid. Manakala, murid-murid pula berharap guru mereka

seorang yang baik, bertimbang rasa, pengasih, rajin mengajar, adil dan peramah (Eh

Chot Cha Chan, 1980).

Sesetengah pendidik hari ini ada yang bersikap negatif terhadap mata

pelajaran yang diajar. Ini adalah kerana, terdapat ramai guru yang tidak mempunyai

pengkhususan dan terlatih dalam bidang tertentu mengajar matapelajaran yang bukan

bidang mereka. Ada segelintir guru juga tidak meminati matapelajaran yang diajar

serta tidak mempunyai kepakaran pengetahuan bidang tersebut yang menjadikan

mereka tidak profesional dan memberi kesan buruk kepada pelajar. Menurut Eh Chot

Cha Chan (1980), sejak kebelakangan ini profesion perguruan tercemar oleh

perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir guru. Ada guru yang aktif berniaga iaitu

sebagai agen insuran, jurujual kereta, agen pelancongan, kontraktor, membuka kedai

perabot, dan sebagainya sehingga tugas mereka sebagai guru diabaikan. Ibu bapa

merasa tidak berpuas hati menyebabkan Kementerian Pelajaran, melalui Pengarah

Pelajaran Negeri, mengarahkan guru besar supaya memberi kata dua kepada guru-

Page 22: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

5

guru berkenaan sama ada ingin berniaga atau terus menjadi guru. Lebih malang lagi

terdapat guru yang ditangkap kerana mengedar dadah dan terlibat dalam kegiatan

anti-nasional.

Sudah menjadi lumrah alam dan fitrah azali bahawa dalam setandan kelapa

itu pasti ada sebuah dua yang komeng atau yang telah ditebuk tupai. Demikian juga

dalam setandan pisang. Pasti ada sesisir dua yang mengkal dan tidak membesar.

Begitu juga keadaan dan senario dalam profession perguruan. Dalam ratusan ribu

bilangan guru, pasti ada segelintir yang buruk akhlak, iltizam dan personaliti mereka.

Guru-guru yang demikian menerjunkan diri ke dalam profesion perguruan

kerana terpaksa atau sukar untuk mendapatkan kerjaya lain yang menjadi idaman

jiwa. Justeru, mereka menjadikan wadah perguruan sebagai platform untuk

menampung kitaran hidup yang begitu mendesak. Dengan semangat yang rapuh

dan tuntutan nafsu yang rakus terhadap harta benda dan wang ringgit maka mereka

menjalani tugas sebagai seorang pendidik itu sebagai kerjaya sampingan sahaja.

Mereka lebih banyak melakukan kerja-kerja bukan teras seperti mengajar tuisyen,

berniaga di pasar-pasar malam, bekerja sambilan atau di pusat-pusat siber yang

menjanjikan imbuhan dan gaji yang lebih lumayan (Zainal bin Haji Bujang,

2008:14-15)

Menurut Kamarul dan Ab. Halim (2007), sifat yang perlu dimilki oleh

seorang pendidik adalah ketokohan memimpin, keperibadian mulia, bersifat kasih

sayang dan berjiwa luhur. Kebijaksanaan pendidik dalam melaksanakan

tanggungjawab membimbing dan memimpin anak didik, akan melengkapkan diri

mereka sebagai pendidik yang profesional dan berwibawa. Setiap pendidik perlu

berusaha menyemai nilai positif kepada diri masing-masing untuk menjadi pendidik

yang terbaik dengan persediaan yang mantap sama ada dari segi ilmu pengetahuan,

keluhuran budi, kewibawaan dan keterampilan diri. Maka, satu kajian perlu

Page 23: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

6

dijalankan bagi melihat tahap kemantapan pembangunan jiwa pendidik yang selari

dengan peranannya dalam melahirkan lebih ramai guru yang cemerlang dari segi

rohani dan akhlak.

1.3 Pernyataan masalah

Sesetengah golongan pendidik hari ini nampaknya begitu pasti tentang jenis

sikap yang perlu diwarisi dan diwariskan. Lantas seperti orang buta yang memimpin

orang buta, akhirnya kedua-duanya terjatuh ke dalam lubang. Jadi, macam manakah

sebagai pendidik boleh membentuk generasi akan datang, jika pendidik itu sendiri

belum tahu atau belum jelas tentang kehendak dan ciri-ciri generasi akan datang.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kemantapan pembangunan

jiwa pendidik berdasarkan aspek kepentingan pendidik yang beretika, ciri-ciri

professional seorang pendidik, merealisasikan peranan pendidik dan tanggungjawab

sebagai pemangkin transformasi pembangunan diri pelajar, dan penghayatan

pembentukan kualiti peribadi pendidik yang mana merupakan aspek penting dalam

menemui tahap pembangunan jiwa pendidik yang sebenar pada masa ini bersesuaian

untuk bakal guru, pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dalam mendepani cabaran

„memanusiakan manusia‟.

Page 24: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

7

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas, enam

objektif kajian telah digariskan. Antara objektif yang tersebut ialah:

i) Mengenalpasti latar belakang responden dari segi jantina, program/kursus,

umur dan bangsa.

ii) Mengenalpasti kepentingan pendidik yang beretika untuk mewujudkan

seorang pendidik yang berketerampilan bagi pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

iii) Mengenalpasti peranan pendidik sebagai pemangkin masyarakat yang

menggalas amanat besar dalam menjalankan tugas untuk pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

iv) Mengenalpasti ciri-ciri profesional sebagai seorang pendidik tahun akhir

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

v) Mengenalpasti penghayatan pembentukan kualiti peribadi pendidik di

kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

vi) Mengenalpasti kemantapan pembangunan jiwa pendidik di kalangan pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan, Univesiti Teknologi Malaysia.

Page 25: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi ... dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal

8

1.5 Persoalan Kajian

Dilihat dari masalah yang diutarakan, persoalan-persoalan utama yang

menjadi kajian penyelidik ialah:

i) Apakah kepentingan pendidik yang beretika untuk mewujudkan seorang

pendidik yang berketerampilan bagi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia?

ii) Apakah peranan pendidik sebagai pemangkin masyarakat yang menggalas

amanat besar dalam menjalankan tugas untuk pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

iii) Apakah ciri-ciri profesionalisme sebagai seorang pendidik kepada pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

iv) Apakah tahap penghayatan pembentukan kualiti peribadi pendidik yang

sebenar di kalangan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia?