Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kepada Guru Bahasa Melayu

6
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan i. Kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam kalangan guru bahasa Melayu dalam alam pendidikan masa kini. “Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya kembali,” George Santayana Petikan kata-kata tokoh di atas sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya sejarah bagi sesuatu tamadun bangsa apatah lagi bagi seseorang individu. Justeru, berinspirasikan kata-kata tersebut, penulis akan menghuraikan sedaya upaya tentang kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu terhadap guru bahasa Melayu dalam alam pendidikan masa kini. Hal ini agar guru bahasa Melayu tidak akan mengulangi kembali kesilapan masa lalu yang telah terpahat padu dalam lipatan sejarah. Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, pendefinisian dibuat demi memberi gambaran awal dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan isu ini. Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2014), sejarah ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu. Manakala, perkembangan bermaksud pertumbuhan atau kemajuan. Seterusnya, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Akhir sekali, Melayu ialah nama sesuatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Justeru secara literalnya, dapat penulis simpulkan bahawa sejarah perkembangan bahasa Melayu merupakan pengetahuan mengenai kemajuan sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan bagi sesuatu bangsa yang kebanyakannya menduduki Semenanjung Malaysia. 1

description

1.melahirkan ganerasi guru yang mencintai bahasa Melayu dan cemerlang prestasi kerjanya2.membantu guru mendidik pelajar ke arah mewujudkan perpaduan sosial 3.membina moral guru4.membina intelektual guru

Transcript of Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kepada Guru Bahasa Melayu

Page 1: Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kepada Guru Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan

i. Kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam kalangan guru

bahasa Melayu dalam alam pendidikan masa kini.

“Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya kembali,” George Santayana

Petikan kata-kata tokoh di atas sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya

sejarah bagi sesuatu tamadun bangsa apatah lagi bagi seseorang individu. Justeru,

berinspirasikan kata-kata tersebut, penulis akan menghuraikan sedaya upaya tentang

kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu terhadap guru bahasa Melayu dalam

alam pendidikan masa kini. Hal ini agar guru bahasa Melayu tidak akan mengulangi kembali

kesilapan masa lalu yang telah terpahat padu dalam lipatan sejarah.

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, pendefinisian dibuat demi memberi gambaran

awal dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan isu ini. Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi

Keempat (2014), sejarah ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang

telah lalu. Manakala, perkembangan bermaksud pertumbuhan atau kemajuan. Seterusnya,

bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam

lingkungan satu kelompok manusia. Akhir sekali, Melayu ialah nama sesuatu bangsa dan

bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Justeru secara literalnya, dapat penulis simpulkan

bahawa sejarah perkembangan bahasa Melayu merupakan pengetahuan mengenai kemajuan

sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan bagi sesuatu bangsa

yang kebanyakannya menduduki Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan ringkasan kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu

dalam kalangan guru bahasa Melayu yang akan penulis huraikan dalam penulisan ini :

1

Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan bahasa Melayu kepada guru

melahirkan ganerasi guru yang mencintai bahasa Melayu dan cemerlang prestasi kerjanya

membantu guru mendidik pelajar ke arah mewujudkan perpaduan sosial

membina moral guru

membina intelektual guru

Page 2: Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kepada Guru Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan

Kepentingan pertama ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu terhadap guru

bahasa Melayu ialah melahirkan ganerasi guru yang mencintai bahasa Melayu dan

cemerlang prestasi kerjanya. Menurut Hasan Baseri (2010), beban tugas guru Bahasa

Melayu cukup berat. Banyak aspek bahasa yang wajar ditumpukan, banyak latihan yang wajar

diberikan, serta banyak pula pemeriksaan, pembaikan dan pembetulan yang perlu dibuat untuk

membina seseorang pelajar yang betul-betul dapat menguasai ilmu kebahasaannya. Soalnya,

adakah akan mampu semua tugas ini ditanggung oleh seorang guru yang tidak pun memiliki

ilmu pengetahuan abahasa Melayu dan tidak pula mencintai Bahasa Melayu? Justeru, melalui

ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu, guru berpeluang mengetahui pahit jerih dan jatuh

bangun yang terpaksa ditempuhi bahasa Melayu sejak berzaman lamanya. Contohnya, bermula

tahun 2003, bahasa Melayu telah dinafikan hak sebagai bahasa ilmu di tanah air sendiri

Malaysia apabila kerajaan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Namun begitu selepas hampir sembilan tahun

bahasa Melayu dianak tirikan dalam sistem pendidikan Malaysia, pada 2012, bahasa Melayu

bangkit kembali dengan wujudnya dasar baru iaitu Memartabat Bahasa Melayu dan

Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan dasar PPSMI yang telah

dimansuhkan sepenuhnya. Perubahan dasar ini berlaku apabila dasar PPSMI mendapat

tentangan hebat daripada masyarakat umum dan golongan intelektual. Kesimpulannya,

pengetahuan sejarah sebegini jika dihayati pasti akan mengusik jiwa sesiapa pun apatah lagi

guru bahasa Melayu. Bak kata pepatah, peha kanan dicubit peha kiri terasa. Selaku guru

bahasa Melayu, sebaik mengetahui sejarah bahasa Melayu ditindas, jiwa pun turut terasa bagai

disiat-siat. Impaknya, rasa cinta terhadap bahasa Melayu akan kembali membara sekaligus

meningkatkan semangat guru bahasa Melayu untuk mempamerkan prestasi kerja yang lebih

berkualiti agar bahasa Melayu dapat terus dipertahan martabatnya.

Kedua ialah ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu juga berkepentingan dalam

membantu guru mendidik masyarakat khususnya para pelajar ke arah mewujudkan

perpaduan sosial. Perpaduan sosial ini dikatakan menjadi salah satu daripada sebab

mengapa ilmu perkembangan sejarah bahasa Melayu ini tidak boleh dilupakan kerana terdapat

pelbagai peristiwa lalu yang berlaku berhubung kait dengan konsep perpaduan. Antara

peristiwa sejarah yang tidak dapat dipertikaikan lagi akan hubung kaitnya dengan perpaduan

sosial ialah pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat

suara meluluskan Penyata Razak. Salah satu inti pati penyata ini ialah menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sistem pendidikan di Tanah Melayu.

Justeru, dengan pengetahuan sejarah ini, guru seharusnya lebih tegas dalam penggunaan

2

Page 3: Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kepada Guru Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan

bahasa Melayu yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru juga perlu

menerangkan dengan jelas kepada para pelajar yang berbilang kaum tentang sejarah ini dan

memastikan tiada pelajar yang mempertikaikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini penting agar perpaduan dapat dibentuk

dengan menggunakan satu bahasa yang sama di samping mengelakkan timbulnya isu

perkauman dalam kalangan pelajar. Justeru tidak hairanlah, Profesor Doktor Awang Sariyan

ketika dalam ucapan perasmiannya di Persidangan Antarabangsa Leksikologi dan Leksikografi

Melayu (PALMA 2005) menyatakan, “bahasa merupakan alat perpaduan. Tanpanya, kita tidak

mampu untuk saling berkomunikasi dan berhubung dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat

lain.”

Ketiga, guru bahasa Melayu dapat menggunakan ilmu perkembangan sejarah

bahasa Melayu untuk membina moral dalam diri. Pembinaan moral ini dapat dilihat dengan

mengimbau kembali sejarah yang menunjukkan bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa

ilmu adalah secara berperingkat-peringkat dan bukannya dalam sekelip mata sahaja. Misalnya,

bermula era 1970-an, bahasa Melayu sedikit demi sedikit menggantikan aliran Inggeris untuk

menjadi aliran kebangsaan sepenuhnya. Di sampng itu, perancangan bahasa juga telah berlaku

dalam tempoh 1970-an. Pembinaan istilah-istilah baru dan kamus-kamus pelbagai konsep telah

dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada 1976, semua kuliah telah dijalankan

dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada 1983, aliran

kebangsaan sepenuhnya telah memasuki universiti sebagai tanda perlaksanaan dasar bahasa

kebangsaan dan bahasa pendidikan dan ilmu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Rentetan

sejarah ini seharusnya sudah cukup membina moral betapa kita seharusnya bersyukur kerana

kita membesar dalam suasana bahasa Melayu sudah sepenuhnya dilaksanakan dalam sistem

pendidikan dan bukannya seperti melukut di tepi gantang sebagaimana yang pernah dialami

dalam sejarah satu ketika dahulu.

Keempat, sejarah bahasa Melayu ini juga memainkan peranan yang penting dalam

pembinaan intelektual. Pembinaan intelektual bermaksud pembinaan dari segi pemikiran

sesebuah masyarakat terutamanya yang mengkaji peristiwa sejarah agar menjadi lebih matang

dalam semua aspek kehidupan dan mampu menghadapi dunia mendatang. Hal ini kerana,

melalui pengkajian sejarah, maka guru akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan pelbagai

maklumat. Dapatan kajian mengenai sejarah terutamanya peristiwa-peristiwa sejarah yang

menjadi sumber ilmu pengetahuan dan maklumat akan diolah, diproses dan dicerna oleh minda

dan ini akan mewujudkan paradigma dalam pemikiran. Contohnya, pada 1959, jawatankuasa

3

Page 4: Kepentingan Ilmu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kepada Guru Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan

yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Talib telah berjaya memperkukuh kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu dengan mengkaji semula syor agar semua peperiksaan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Peristiwa ini jelas menunjukkan

sumbangan tokoh dalam memperjuangkan nasib bahasa Melayu. Sudah tentu sumbangan

tokoh ini menjadi penting dalam sejarah hari ini kerana melalui sumbangan mereka akan

memberi keyakinan diri kepada masyarakat khususnya guru untuk memperbaiki kehidupan

mereka pada hari ini dan masa depan. 

Kesimpulannya, ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu sangat penting kepada guru

terutama dalam alam pendidikan masa kini. Guru seharusnya mengkaji sejarah ini agar mereka

memperoleh manfaat yang telah dihuraikan penulis sekaligus berjaya meningkatkan

kecermelangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4