Kerancuan Bahasa Melayu

14
Kerancuan Bahasa Melayu 1.0. Latar belakang Bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah sejak Dasar Pendidikan diperkenalkan pada tahun 1956 atau Penyata Razak 1956 sehingga kini. Seterusnya Bahasa Melayu turut dijadikan bahasa wajib lulus dalam peperiksaan dan akhirnya berkembang menjadi suatu bahasa pengantar bagi aliran sekolah rendah dan menengah. Dengan pengukuhan bahasa Melayu melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 kedudukan bahasa Melayu telah diperkemas secara menyeluruh dengan memantapkan struktur sebutan, ejaan peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasanya yang menyebabkan bahasa ini juga mengalami proses perkembangan dan asimilasi sama seperti bahasa lain yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang standard yang digunakan dalam bentuk lisan atau penulisan. Walaupun bahasa Melayu telah mengalami proses tersebut namun bahasa ini tidak terkecuali daripada kerancuan atau pencemaran bahasa yang telah digunakan secara lazim oleh kebanyakan masyarakat. Murid-murid sekolah tidak terkecuali menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul atau rancu. Kadang-kadang bahasa Melayu yang mereka gunakan nampak betul tetapi apabila dikaji dengan mendalam sebenarnya banyak penggunaan bahasa tersebut salah dan tidak betul struktur dan penggunaannya. Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa pengaruh yang menyebabkan berlakunya sedemikian. 2.0. Definisi Konsep Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ), telah menjelaskan bahawa kata rancu ialah tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa) kekeliruan serta mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai keadaan rancu ( tidak teratur dsb [maksud imbuhan ke__an itu sendiri yang bermaksud keadaan atau ciri rancu] ), kekacauan yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak betul. Dr. Nik Safiah Karim ( 1986) pula, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa ialah kekacauan bahasa akibat kekeliruan

description

Kerancuan Bahasa Melayu

Transcript of Kerancuan Bahasa Melayu

Page 1: Kerancuan Bahasa Melayu

Kerancuan Bahasa Melayu

1.0. Latar belakang

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-

sekolah sejak Dasar Pendidikan diperkenalkan pada tahun 1956 atau Penyata Razak 1956

sehingga kini. Seterusnya Bahasa Melayu turut dijadikan bahasa wajib lulus dalam peperiksaan

dan akhirnya berkembang menjadi suatu bahasa pengantar bagi aliran sekolah rendah dan

menengah. Dengan pengukuhan bahasa Melayu melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967

kedudukan bahasa Melayu telah diperkemas secara menyeluruh dengan memantapkan struktur

sebutan, ejaan peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasanya yang menyebabkan bahasa

ini juga mengalami proses perkembangan dan asimilasi sama seperti bahasa lain yang

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang standard yang digunakan dalam bentuk lisan

atau penulisan. Walaupun bahasa Melayu telah mengalami proses tersebut namun bahasa ini

tidak terkecuali daripada kerancuan atau pencemaran bahasa yang telah digunakan secara lazim

oleh kebanyakan masyarakat. Murid-murid sekolah tidak terkecuali menggunakan bahasa Melayu

yang tidak betul atau rancu. Kadang-kadang bahasa Melayu yang mereka gunakan nampak betul

tetapi apabila dikaji dengan mendalam sebenarnya banyak penggunaan bahasa tersebut salah dan

tidak betul struktur dan penggunaannya. Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa pengaruh yang

menyebabkan berlakunya sedemikian.

2.0. Definisi Konsep

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ), telah menjelaskan bahawa kata ‘rancu’ ialah tidak teratur,

campur aduk, kacau (bahasa) kekeliruan serta mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai

keadaan rancu ( tidak teratur dsb [maksud imbuhan ke__an itu sendiri yang bermaksud keadaan

atau ciri rancu] ), kekacauan yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak betul. Dr. Nik

Safiah Karim ( 1986) pula, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar

peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata

atau susunan frasa dan ayat. Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi

kerancuan bahasa ialah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa. Perkataan-

perkataan yang sinonim dengannya ialah kecelaruan, kesalahan dan kesilapan dalam penggunaan

Page 2: Kerancuan Bahasa Melayu

bahasa dalam bentuk berkomunikasi dan penulisan bahasa Melayu. Kerancuan yang sering

berlaku termasuklah kerancuan daripada aspek sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa

dan laras bahasa.

3.0. Faktor-faktor Berlakunya Kerancuan Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada kerancuan bahasa Melayu dalam kalangan

murid-murid. Jika dahulu kerancuan bahasa ini hanya dipengaruhi oleh bahasa ibunda , dialek /

bahasa daerah dan bahasa Inggeris, sejajar dengan perkembangan masa yang terus berkembang

peranan media massa, bahan cetak dan peningkatan teknologi telah menyebabkan kerancuan

bahasa Melayu ini makin meluas dalam kalangan murid-murid di sekolah.

3.1. Pengaruh bahasa ibunda.

Kerancuan bahasa Melayu berlaku kerana terdapat pengaruh bahasa ibunda yang digunakan oleh

murid-murid di sekolah. Bagi murid Melayu kesalahan tersebut kurang ketara berbanding murid

bukan Melayu. Satu daripada kesalahan umum murid bukan Melayu ialah kegagalan mereka

mengenali perbezaan antara bunyi é dan e semasa membaca dan menulis. Sebagai contoh

perkataan homonim iaitu kata yang sama ejaan dan / atau sama sebutannya tetapi mempunyai

makna yang berbeza. Contohnya :

perak ( logam ) : perak ( terpinga-pinga )

semak ( kaji ) : semak ( kusut )

perang ( warna ) : perang ( gaduh )

sepak ( tampar ) : sepak ( tendang )

Abdullah Hassan (1980) berpendapat bahawa perbezaan antara ‘sepak’ dan ‘sépak’ adalah jauh

berbeza. Begitu juga kebanyakan murid bukan Melayu terutama murid Cina tidak dapat

menyebut bunyi sengau lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan

setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ramai yang menyebutnya sebagai dua bunyi.

Page 3: Kerancuan Bahasa Melayu

Dalam hal ini, kadang-kadang berlaku juga kesalahan kepada murid Melayu dan India.Kesalahan

tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y seperti

dalam banyak atau ban-niak (sepatutnya ba-nyak ), ( ni-a-muk atau n-ya-muk sepatutnya nya-

muk ) dan kun-ning ( sepatutnya ku-ning ) Dalam hal ng juga, n diasingkan daripada g seperti

dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnya u-ngu), tan-gan (sepatutnya ta-ngan ) dan pengan-kap

( sepatutnya penga-kap). Akibat pengaruh bahasa ibunda ramai murid gagal menyebut

perkataan-perkataan di atas dengan betul.

3.2. Pengaruh bahasa dialek / daerah

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) telah menyatakan dialek (dialék) bermaksud satu

bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza

daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada

penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Jika kita lihat di sekolah,

guru-guru gemar mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah

sebagai bahasa pengantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang

disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah

menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid.

Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan murid-murid yang lemah dalam

penguasaan

bahasa. Bagi murid-murid pula kerana bahasa dialek / daerah ini sudah menjadi bahasa pertama

yang mereka perolehi dari rumah maka dalam pertuturan seharian mereka akan menggunakan

bahasa tersebut. Sebagai contoh bahasa dialek Perak seperti wanita itu idak perasan ada orang

mengikutinya ( sepatutnya wanita itu tidak sedar ada orang yang mengikutinya ), Dia orang

( deme ) tahu bahaya tapi masih pakei barang kemes ( sepatutnya mereka mengetahui bahaya

tetapi masih lagi memakai barang kemas ) dan orang rame yang buat hel masing-masing

Page 4: Kerancuan Bahasa Melayu

( sepatutnya orang ramai melakukan hal mereka masing-masing ). Begitu juga murid cina yang

terpengaruh dengan dialek cina seperti Aku talak tau mahu jawab soalan kamu ma (sepatutnya

saya tidak tahu hendak menjawab soalan kamu) dan Susah ma sebab talak olang mau tolong

( sepatutnya susah kerana tiada orang yang hendak menolong).

3.3. Pengaruh bahasa asing.

Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan faktor murid bertutur dan

menulis dalam bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Kesalahan ini berlaku kerana

penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk

menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan.

Perkataan bajet misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris budget dengan alasan lebih tepat.

Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang

yang suka berbelanja. Begitu juga pembelajaran dan pengajaran guru yang lebih

mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti dalam pengajaran

Matematik dan Sains. Walaupun terdapat bahasa Inggeris yang telah distandadisasikan kepada

bahasa Melayu iaitu menjadi kata pinjaman namun terdapat penggunaan sebutan dan ejaan yang

salah. Sebagai contoh

3.3.1. ‘e’ pepet tidak boleh disisipkan antara dua konsonan yang bergugus.

BI BM Betul BM salah

Brake brek berek

Clinic klinik kelinik

Page 5: Kerancuan Bahasa Melayu

Project projek perojek

Tragedy tragedi terajedi

3.3.2. Ejaan huruf gugus konsonan di akhir kata.

3.3.2.1.Bentuk ‘-nce’ ditukar kepada ‘-ns’ atau ‘-n’. Contohnya : Insurans , ambulans, sains,

elaun, lesen, ordinan

3.3.2.2.Bentuk ‘-rd’ ditukar kepada ‘rd’ atau ‘d’. Contohnya : Kastard, standard, rekod, kadbod,

poskad, wad

3.3.2.3.Bentuk ‘-rt’ ditukar kepada ‘-rt’ atau ‘-rta’. Contohnya: Eksport, import , konsert, skirt,

carta

3.3.2.4.Bentuk ‘-rm’ ditukar kepada ‘-rm’ atau ‘-rma’. Contohnya: Kloroform, platform, firma,

norma

3.3.2.5.Bentuk gugus konsonan akhir seperti ‘-t’ , ‘-d’ , ‘-p’ atau ‘-b’ digugurkan digantikan

dengan ‘-k’ , ‘-s’ , ‘-p’ , ‘-m’ atau ‘-f’. Contohnya :

-ct è k : projek, dialek, produk

-nt è n : akaun, simen, sarjan

-st è s : pos, Ogos, nasionalis

Page 6: Kerancuan Bahasa Melayu

-pt è p : konsep, skrip, bankrap

-mp è m: setem, kem

-mb è m: bom

-nd è n: paun, dividen, bon

-ft è f: lif, overdraf

3.4. Pengaruh Teknologi.

Seiringan dengan peningkatan zaman moden, pelbagai teknologi telah digunakan. Sekarang

masyarakat mudah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan sistem yang baik

seperti laman interaksi menggunakan media sosial seperti ‘facebook’ , blog dan twitter atau

menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan medium bahasa yang digunakan bercampur aduk

antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal yang demikian telah menimbulkan kecelaruan

atau kekeliruan serta kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa singkatan

yang berleluasa dalam laman sosial seperti ‘facebook’ dan sistem pesanan ringkas ( bahasa ‘sms’)

telah menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa rojak kerana bahasa Melayu telah digunakan

secara salah dari aspek ejaan, pemilihan kata dan strukutur ayatnya. Sebagai contoh laman

‘facebook’ di bawah ini.

· TRICK TOPUP FREE..!!

Page 7: Kerancuan Bahasa Melayu

Ak dpt dri kwn ak yg keje kt kdai hp..puas ak pjuk,,akhrnye dia bgtau ak cmane cra nk reload dgn

free.. Jd,,lps ni..xpyh la korg sushkn dri g kdai utk reload... Reload ni adlh sah dcc undang2..

Reload ni utk no 012,013,014,016,017,018,019,010 dan 0111..Ok..baca ktrangn dbwh ni dan

fham btol2... Cra ni hny boleh dgunakn pd 20-30hb pd stiap bulan shaja..sbb mse 2 diorg tgh

upgrade talian..pda pgguna 013,014,019,010 dan 0111..dail 1415007, utk pgguna

012,016,017,018...dail 1465653 dan tggu slpas korg dgr bunyi "tut,tut" hilang..pstu dail 1313 dan

tggu skajp dan msukkn no hp korg..nnti dgr dye ckp "please insert your pin number"..haaa pstu

korg msukknla no ni 011784613312550788755400001..tggu smpai dye kte no pin slesai...lps tu,

dail 5546 utk smenanjung dan 8081 utk sabh dan srawak..nnti korg dgr "for airtime topup press

961691"...lps tkan no tu,, tkan no hp skali lgi dan tggu smpai bunyi "tuttt" hbis... Pstu tkan

25510054 diikuti 6913...lps tu korg dgr "your pin number is accept"..pstu tkan 1107 dan dgr

"your key number is accept"..pstu korg tkan 6455 dan dgr " your password is accept" pstu tkan no

hp korg skali lgi dan dgr "kepala hotak kau brjmbul..zman skarg ni mna ad free...msuk toilet pn

kna byr".. Pstu korg trus end call.

Sharifah Syafiqah adoi..dh semngat dh nk topup nie!!! siva!! i kill u!! hahahahahaa

Siva Kumar ;P biasa thane Meiyo Kalai...

Siva Kumar hahaha... mle2 ak pn mmng rse mcmt Sharifah Syafiqah.. ^^

3.6. Pengaruh majalah, cerpen dan novel.

Page 8: Kerancuan Bahasa Melayu

Selain daripada penggunaan teknologi, pengaruh bahan-bahan cetakan dan bacaan yang kadang-

kadang bersifat picisan juga telah berjaya mempengaruhi murid-murid menggunakan bahasa

Melayu rancu. Terdapat banyak kesalahan bahasa yang digunakan oleh penulis atau pengarang,

untuk menjadikan bahasa Melayu yang digunakan dalam majalah, novel dan cerpen semata-mata

untuk melahirkan bahasa yang digunakan menarik dan sesuai dengan bahan yang hendak ditulis

namun mengenepikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari aspek pemilihan kata dan

tatabahasanya. Secara tidak langsung apabila bahasa Melayu yang digunakan salah maka hal ini

akan digunakan pula oleh murid-murid yang menyangka bahawa bahasa yang digunakan oleh

pengarang atau penulis itu betul. Sebagai contoh pemilihan kata sinonim iaitu perkataan yang

mempunyai maksud dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan

konteksnya. Pemilihan sinonim dan kesinoniman dalam ayat mestilah betul berdasarkan

pemilihan konteks, rujukan, leksikal dan makna. Sebagai contoh perkataan ‘bawa’ berdasarkan

sinonim junjung è di kepala, pikul è di bahu, kelek è rapat ke dada, julang è ke atas, galas è di

belakang badan, tatang è di tangan, kandar è di kedua-dua bahu dan kepit è di ketiak.

Kesalahan yang paling banyak terdapat dalam majalah, cerpen dan novel ialah kesalahan

tatabahasa dari aspek penggunaan kata, frasa dan ayat. Sebagai contoh, kesalahan penggunaan

kata tersebut ialah kata ganti nama diri ‘ia’ hanya untuk manusia dan tidak boleh digunakan

untuk rujukan kepada benda, konsep dan binatang. Sebagai contoh perabot ini sangat mahal

kerana ia diimport dari Itali ( sepatutnya perabot ini sangat mahal kerana diimport dari Itali).

Begitu juga dalam ayat Pembunuh itu ditangkap. Ianya akan didakwa di mahkamah esok.

(sepatutnya Pembunuh itu ditangkap. Ia akan di dakwa di mahkamah esok) ‘ianya’ adalah tidak

wajar kerana kedua-dua perkataan itu terdiri daripada kata ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh

lain ialah kesalahan penggunaan kata ‘dari’ dan ‘daripada’. seperti ayat Dia berjalan kaki

daripada Kota Tinggi ( sepatutnya Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi ), Saya menantinya

daripada pukul dua petang ( sepatutnya Saya menantinya dari pukul dua petang ), Kain itu dibuat

dari sutera. ( sepatutnya Kain itu dibuat daripada sutera), Surat itu saya terima dari abang

( sepatutnya Surat itu saya terima daripada abang ) dan Kumpulan itu terdiri dari 10 orang

pelajar.( sepatutnya Kumpulan itu terdiri daripada 10 orang pelajar ). Berlaku juga kesalahan

penggunaan kata pemeri seperti Ahmad adalah guru ( sepatutnya Ahmad ialah guru ), Keputusan

pengadil itu ialah tidak adil ( sepatutnya Keputusan pengadil itu adalah tidak adil ), Dia adalah

merupakan perancang utama projek itu ( sepatutnya Dia merupakan perancang utama projek itu )

Page 9: Kerancuan Bahasa Melayu

dan Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok. ( sepatutnya

Sukacita dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok.)

Terdapat juga kesalahan dalam penggunaan frasa seperti penggunaan kata adjektif yang diulang

iaitu dalam ayat Baju-bajunya cantik-cantik. ( sepatutnya Baju-bajunya cantik ) dan Rumah-

rumah di kawasan itu besar-besar ( sepatutnya Rumah-rumah di kawasan itu besar ).Begitu juga

penggunaan hukum DM selalu berlaku kesalahan seperti mini bas ( sepatutnya bas mini ), goreng

pisang ( sepatutnya pisang goreng ) dan cili sos ( sepatutnya sos cili ).

Kesalahan yang lain yang dapat diteliti ialah kesalahan frasa kerja iaitu peluasan frasa kerja tak

transitif seperti ayat Dia terlupa janjinya (sepatutnya Dia terlupa akan janjinya), Pasukan

Malaysia bertemu pasukan India (sepatutnya Pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan India )

dan Dia bertanya saya ( sepatutnya Dia bertanya kepada saya ). Kesalahan Peluasan frasa kerja

tak transitif dalam ayat mesti disisipkan dengan kata sendi seperti penggunaan frasa kerja tak

transitif imbuhan apitan ‘beR----kan’. Ayat menjadi salah jika disisipkan kata sendi antara kata

kerja tak transitif berimbuhan ‘beR---kan’ seperti ayat Dia tidur dengan berbantalkan dengan

lengan ( sepatutnya Dia tidur berbantalkan dengan lengan ) dan Penjahat itu bersenjatakan

dengan sepucuk pistol (sepatutnya Penjahat itu bersenjatakan sepucuk pistol). Berlaku juga

kesalahan frasa kerja transitif berlaku apabila disisipkan kata lain antara kata kerja transitif

dengan objek seperti ayat Mereka membincangkan tentang perkara itu ( sepatutnya Mereka

membincangkan perkara itu ), Dia belum mengetahui akan hal itu (sepatutnya Dia belum

mengetahui hal itu ) dan Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu ( sepatutnya Mereka akan

mendalamkan sungai itu lagi ). Terdapat juga kesalahan frasa kerja pasif bentuk frasa kerja pasif

kata ganti diri I dan II tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif kata ganti diri III.

Hal ini kerana kata ganti diri I dan II mesti hadir di hadapan kata kerja dalam ayat seperti ayat

Jambangan itu digubah oleh saya ( sepatutnya Jambangan itu saya gubah ), Baju itu ibu jahit

( sepatutnya Baju itu dijahit oleh ibu ) dan Meja-meja itu disusun oleh kami (sepatutnya Meja-

meja itu kami susun ). Seterusnya kesalahan frasa kerja pasif diri I dan II tidak boleh disisipkan

dengan kata lain antara kata nama dan kata kerja seperti ayat Tempat itu saya belum kunjungi

lagi ( sepatutnya Tempat itu belum saya kunjungi lagi ) dan Buku itu anda mesti pulangkan

( sepatutnya Buku itu mesti anda pulangkan ).

Page 10: Kerancuan Bahasa Melayu

4.0. Langkah-langkah yang diambil untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa Melayu

Standard.

Bahasa Melayu standard merupakan bahasa Melayu yang telah mengalami tranformasi dan

asimilasi serta terus berkembang sehingga sekarang dari aspek sebutan, ejaan, peristilahan, kosa

kata, semantik , tatabahasa dan laras bahasa. Inilah hasil perjuangan oleh pakar-pakar bahasa dan

linguistik Melayu setelah bahasa Melayu diangkat dan dimartabatkan oleh pejuang-pejuang dan

tokoh-tokoh bahasa yang lalu sehingga menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar wajib

di sekolah-sekolah. Justeru, langkah-langkah yang konsisten perlu diambil untuk membantu

murid-murid menguasai bahasa Melayu standard ini seterusnya dapat mengelakkan dan

membetulkan kerancuan bahasa Melayu

Antara langkah untuk membantu murid-murid bagi tujuan tersebut, guru boleh menggunakan

modul dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.Menurut Kamarudin Haji

Husin et. Al (1998) modul merupakan strategi pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan

bahan bersifat pukal yang melibatkan bahan-bahan bercetak dan pembelajaran yang terancang.

Melalui modul ini satu unit pembelajaran yang sempurna ataupun satu topik dapat diajarkan

kepada murid tanpa bimbingan dan penyeliaan guru. Modul tersebut hendaklah mengandungi isi

kandungan pembelajaran bahasa Melayu standard, latihan bertopik dan ujian pra dan pos yang

berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu standard. Semua aspek kandungan dan kemahiran

berbahasa dimasukkan dan digunakan oleh semua murid. Modul ini juga boleh digunakan dalam

kelas, di luar waktu biasa atau dibawa balik ke rumah. Oleh itu, melalui modul ini ujian pra dan

ujian pos membolehkan murid mengukur prestasi mereka juga. Dalam masa yang sama murid-

murid akan diminta oleh guru untuk membina folio bahasa Melayu sama seperti modul tersebut.

Justeru, kemahiran dan penguasaan berbahasa murid dapat ditingkatkan.

Di samping itu, guru juga perlu menyediakan buku-buku rujukan dan bahan bacaan bahasa

Melayu yang berilmiah kepada murid-murid. Bahan-bahan bacaan picisan dan yang tidak

berinformasi hendaklah dielakkan. Melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM),

guru sepatutnya membimbing murid-murid memilih bahan bacaan yang betul-betul sesuai dengan

aras kognitif mereka. Guru juga menggalakkan murid-murid memilih bahan-bahan cetakan

seperti surat-surat khabar, majalah, cerpen dan novel yang menggunakan bahasa Melayu

standard. Dalam hal ini juga guru perlu membekalkan mereka dengan Kamus Dewan, Buku

Page 11: Kerancuan Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Rumi terkini dan buku tatabahasa terbaharu sebagai bahan rujukan tambahan bagi

membantu mereka meluaskan pembacaan secara ektensif agar dapat murid-murid meningkatkan

penguasaan sebutan,ejaan, pemilihan diksi, kosa kata dan tatabahasa serta laras bahasa .

Seterusnya murid-murid juga diminta menulis atau membuat laporan daripada program yang

dilaksanakan tersebut. Dengan cara itu murid-murid dapat dapat menguasai bahasa Melayu

standard dengan baik.

Selanjutnya, langkah yang perlu diambil guru untuk membantu murid-murid meningkatkan

penguasaan bahasa Melayu standard, guru perlu mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan bahan

bantuan mengajar semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam hal ini , bahan

berbentuk interaktif yang berbantukan komputer dalam pembelajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu standard boleh dilaksanakan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menyatakan bahawa

interaktif ialah (komp) membolehkan pengaliran maklumat dua hala yang berterusan antara

komputer dengan penggunannya atau antara pengguna dengan pengguna melalui komputer. Guru

perlu memilih bahan interaktif yang sesuai dan betul berkaitan dengan penggunaan bahasa

Melayu standard. Guru seharusnya membimbing murid-murid melayari laman web,

menggunakan blog-blog dan media sosial untuk mencari informasi berkaitan dengan bahasa

Melayu standard. Setelah mendapatkan maklumat tersebut guru boleh meminta murid mencetak

dan mengumpulkannya bahan tersebut untuk dijadikan bahan rujukan melalui pembikinan buku

skrap bahasa Melayu standard atau dijilidkan menjadi buku. Buku tersebut disimpan di suatu

sudut bacaan sebagai bahan ulang kaji.

Tambahan lagi, untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu standard guru juga

perlu mempelbagaikan teknik pengajarannya. Dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas

banyak teknik yang boleh guru laksanakan yang ada kaitan dengan bahasa Melayu standard

seperti teknik lakonan, teknik bertemu ramah, teknik syarahan, teknik perbualan dan permainan

bahasa. Melalui semua teknik ini guru menyampaikan isi pengajaran bahasa Melayu dengan

menggunakan bahasa Melayu baku iaitu baku dalam sebutan, struktur ayat yang gramatis,

tatabahasa dan laras bahasa yang standard. Dengan itu murid akan faham cara untuk

menggunakan bahasa Melayu standard yang betul dalam proses perbualan dan bekomunikasi,

yang akhirnya membantu mereka menggunakan bahasa Melayu standard dalam penulisan.

Page 12: Kerancuan Bahasa Melayu

Seterusnya, langkah yang boleh diambil oleh guru adalah dengan mengadakan aktiviti-aktivi

kebahasaan bahasa Melayu standard. Guru perlu melaksanakan aktiviti bulan bahasa bahasa

Melayu bersesuaian dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang melaksanakan aktiviti

bulan bahasa Kebangsaan pada bulan September setiap tahun. Guru hendaklah merangka aktiviti

yang boleh merangsang minat murid untuk menguasai bahasa Melayu standard ini seperti

pertandingan sahibba, forum remaja, perbahasan bahasa Melayu Ala Parlimen, teka silang kata

dan kuiz bahasa Melayu. Bagi setiap pertandingan guru turut menyediakan hadiah yang menarik

sebagai ganjaran. Melalui pertandingan tersebut murid-murid akan lebih rajin dan tekun untuk

membuat ulang kaji dan rujukan bagi mengambil bahagian dalam aktiviti kebahasaan ini. Minat

murid akan bertambah. Secara tidak langsung penguasaan mereka dalam bahasa Melayu standard

terutama ejaan, kosa kata , tatabahasa dan laras bahasa bahasa Melayu dapat ditingkatkan.

Di samping itu, guru juga perlu mewujudkan suatu sudut bahasa Melayu standard sama ada di

dalam kelas ataupun mewujudkan bilik bahasa Melayu.Sudut atau bilik ini dilengkapkan dengan

alat pandang dengar, bahan-bahan bacaan bercetak, buku skrap, modul-modul bahasa Melayu dan

bahan-bahan bacaan dan interaktif untuk digunakan oleh murid-murid. Sudut atau bilik ini juga

berfungsi sebagai bilik pembelajaran kendiri murid (SAL). Murid-murid diberi kelonggaran

untuk menggunakan sudut atau bilik dan bahan tersebut dalam tempat tersebut sahaja. Guru turut

menyuruh murid membuat catatan dan membuat laporan tentang penggunaan sudut atau bilik

bahasa tersebut, Sudut atau bilik ini hendaklah dikemas dan dihias untuk menarik minat murid

mengunjunginya. Guru seharusnya memastikan bahan-bahan dan peralatan yang ada di sudut

atau bilik tersebut mencukupi dan baik. Melalui sudut atau bilik ini, murid-murid dapat belajar

bahasa Melayu standard secara kendiri dan berhemah untuk meningkatkan penguasaan bahasa

Melayu standard mereka.

Kesimpulannya, melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum akademik sokongan bahasa

Melayu yang dilaksanakan oleh guru sama ada dalam atau luar bilik darjah sebenarnya dapat

meningkatkan penguasaan bahasa Melayu standard murid. Guru hanya perlu bertindak dan

mengusahakan beberapa langkah yang berkesan dan baik untuk mencapai tujuan tersebut.

Page 13: Kerancuan Bahasa Melayu

Bibliografi

Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Asraff (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, Petaling Jaya :

Sasbadi Sdn Bhd.

Aawang Sariyan (1995). Sebutan Baku dan Ejaan Rumi, Sealangor Darul Ehsan: Synergymate

Sdn. Bhd

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Hulu Klang : Dawama Sdn

Bhd

Farid M.Onn dan Ajid Che Kob (1981) Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses pembelajaran

Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi

Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998) Kaedah Mengajar Bahasa Melayu,

Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Nik Safiah Karim (1986), Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan, Kuala Lumpur : Gateway

Publishing House Sdn Bhd.