kerja kursus
-
Upload
pok-chek-kechik -
Category
Documents
-
view
337 -
download
0
Transcript of kerja kursus
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan 2
Borang Kolaborasi 3
Pengenalan 5
Morfologi 6 - 7
Pembentukan Kata 8 - 28
Penggolongan Kata 29 - 43
Klasifikasi dan Analisis 44 - 46
Rumusan 47
Refleksi 48
Bibliografi 49
Lampiran 50…
1
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadan. Alhamdulillah bersyukur ke atas
Allah S.W.T. limpah dan rahmatnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan
dalam tempoh yang ditetapkan dan baiknya.
Sesungguhnya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini banyak dugaan dan
cabaran yang terpaksa saya lalui. Tetapi saya menghadapi semua cabaran itu dengan
hati yang tabah dan cekal. Saya menerima semua ini dengan hati yang terbuka dan
menganggap cabaran yang mesti di lalui sebagai seorang bakal guru. Komitmen dan
iltizam yang tinggi adalah elemen yang penting dalam menyiapkan tugasan ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah penasihat bagi tugasan iaitu Encik Abang Mohd Daud bin Abang Taha dan
Puan Norehan binti Muhamad yang telah memberi panduan dan tunjuk ajar yang begitu
berguna kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua
rakan yang banyak memberi bantuan dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya tanpa bantuan dari para pensyarah dan rakan–rakan tidak mungkin
saya dapat menyipakan tugasan ini sebaiknya.
Akhir sekali saya berharap tugasan ini dapat memberi input yang berguna
kepada semua dan dapat dijadikan rujukan untuk masa hadapan.
Sekian, terima kasih..
Wassalam …
2
BORANG KOLABORASI
NAMA PELAJAR : ABG MOHD SHUKRI BIN ABG MUIS
MATRIK :
KUMPULAN : PKPME1 SEMESTER : SATU (2006)
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU (AKADEMIK)
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK ABG MOHD DAUD BIN ABG TAHA
DAN PUAN NOREHAN BINTI MUHAMAD
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN TANDA TANGAN
PENSYARAH
02/08/06
03/08/06
06/08/06
23/08/06
04/09/06
1. JPT tugasan diedarkan oleh Puan
Norehan binti Muhamad.
2. Mencari bahan/maklumat bersama
rakan-rakan di Pusat Sumber.
1. Mencari bahan/maklumat.
2. Menganalisis dan mengedit bahan
yang diperolehi.
1. Mula menaip maklumat.
2. Mencari maklumat tambahan.
1. Mengadakan sesi perbincangan
dalam kumpulan.
1. Mencari dan memilih artikel yang
sesuai.
2. Mengemaskini maklumat yang telah
3
15/09/06
20/09/06
28/09/06
29/09/06
dikumpul.
1. Mengadakan sesi perbincangan di
dalam kelas.
2. Mengemaskini maklumat dan folio.
1. Mengemaskini artikel.
1. Berbincang tentang
penyusunanmaklumat bersama
pensyarah.
2. Mengemaskini folio.
1. Mengemaskini folio.
2. Tarikh serahan.
4
PENGENALAN
Dalam Bahasa Melayu, tatabahasa merupakan bidang pengetahuan tentang
pembentukan perkataan dan proses pembentukan ayat. Bidang pengetahuan atau
pelajaran ini amat penting kepada rakyat Malaysia untuk lebih lancar dalam pertuturan
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan apabila
termaktub dalam Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kini,
penggunaan Bahasa Melayu semakin meluas dan juga berlaku pelbagai penigkatan
terutamanya dalam perkataan.
Morfologi juga antara bidang yang yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
Morfologi secara mudahnya merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji tiga aspek
utama iaitu struktur kata, bentuk kata dan juga penggolongan kata.
Dengan adanya penghasilan folio ini, diharap segala kemusykilan dan juga
kekeliruan dapat diatasi dengan segala maklumat yang ada.
5
MORFOLOGI
1. Menurut Nik Safiah Abdul Karim dan juga Hashim Hj. Musa1, morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata.Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.
a) Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau
hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.
b) Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau
golongan yang sama.
2. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem.
Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau
yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem
atau lebih. Contoh :
‘berpeluh’ 2 morfem : ber+peluh
‘berkakikan” 3 morfem : ber+kaki+kan
‘saya’ 1 morfem : saya
3. Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya
wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :
a) Morfem bebas – ‘saya’
b) Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar
bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’
4. Menurut Hajah Noresah Binti Baharom2, perkataan ialah bunyi atau gabungan
bunyi dalam sesuati bahasa yang disebutkan atau dituliskan dan sebagainya
dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan sesuatu maksud.
Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya
ialah kerusi, dapur dan meja.
1 Tatabahasa Dewan Edisi Baharu2 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga
6
5. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada
morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua
perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa
perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu
perkataan.
7
PEMBENTUKAN KATA
Proses Pembentukan Kata
Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda
terbentuk melalui proses pembentukan kata. Proses berkenaan diterangkan melalui
skema rajah berikut:
8
Pengimbuhan
Menurut Farid M. Onn, proses pengimbuhan3 ialah proses merangkaikan imbuhan
kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi
nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan
kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan
sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan Varian Contoh perkataan contoh penggunaan
ke- kekerabat, ketladak,
kekasih
Kerabat diraja itu
makan di warung
sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan
mungkin konkrit atau bastrak
peN- pe-pewangi, peragut,
pesalah
Orang ramai
membelasah peragut
rantai itu sehingga
pengsan.
pem- pemfatwa, Mesin pemproses
3 Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
9
pemproses,
pemberontak
sawit itu mahal
harganya.
pen-
pensyarah,
penswastaan,
penagih, pendapat
Pensyarah itu
keletihan kerana
menyampaikan lima
kuliah sehari
peng-
pengkritik, pengamal,
pengkhianat,
pengacau, pengaudit,
penghantar,
pengasuh
Pengacau itu
menggangu
pengasuh kanak-
kanak setiap hari.
penge-
pengecualian,
pengeluar,
pengesan,
pengebom
Pengebom berani
mati itu terkorban
akibat perbuatan
sendiri
pel-
pelabur, pelajar,
pelayar, pelampau,
pelakon
Pelabur diingatkan
supaya menyemak
nombor kad
pengenalan sebelum
mengisi borang.
peR- per pertapa
Pertapa itu
menghabiskan masa
enam purnama untuk
menghabiskan
zikirnya.
juru- juru- jurutaip, jururunding,
jurubahasa
Semua tugas
diserahkan kepada
jurutaip, sehingga
akhirnya dia
10
meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan
bilangan dua bagi
kata dasar)
dwi-dwibahasa,
dwifungsi, dwiedaran
Majalah itu
diterbitkan dalam
dwibahasa iaitu Tamil
dan Inggeris.
eka-(menunjukkan
bilangan satu,
kadangkala dirujuk
juga adi-)
eka-ekabahasa,
ekakaum, ekafungsi
Pengunaan
ekabahasa belum
tentu menjamin
perpaduan negara
pasca-(dirujuk
kepada `selepas')pasca- pascasiswazah
Pengajian
pascasiswazah
merujuk kepada
bidang-bidang
sarjana dan
kedoktoran.
pra-(menunjukkan
makna `sebelum')pra-
prasejarah,
prakemerdekaan
Ahli arekologi itu
menggali tulang-
temulang manusia
prasejarah.
swa-menunjukkan
maksud `sendiri')swa-
swalayan, swamodal,
swakarya
Pelanggan
mengambil sendiri
makanan di restoran
swalayan itu.
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada
orang atau benda- yang dirujuk)seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli olahragawan, usahawan
11
dalam bidangnya)
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam
bidangnya)pragawati, olahragawati
-anpakaian, kudapan, senaman, latihan,
kenalan, jualan
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan contoh perkataan
ke....an kezaliman, kesenangan
pe...anperanan, pesisiran, pelancongan,
pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan contoh perkataan
-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut
Imbuhan kata kerja
Menerima tiga jenis imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata
adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja
seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
12
selereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran varian contoh perkataan
beR- be- bekerja
bel- belajar
ber-berkawal, berhasrat,
berziarah
meN me- melawat, merasa
mem- memberi, memproses
meng-mengelak, menggali,
menghabiskan
menge-mengebom, mengetin,
mengelupur, mengesahkan
di- di- dipukul, dibaca
mempeR- memper-
memperbaharu,
memperhamba, memperluas,
memperdalam
dipeR- diper- diperbaharui
teR- te- terasa, terasuk, terombak
ter- terminum, terpisah, tercarut
Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
akhiran contoh perkataan
-kan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i jauhi, turuti, masuki
13
Contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan varian contoh perkataan
beR...an ber...an beranggapan, berdampingan
be...an beratapan, berebutan
beR...kan be-...-kan berumahkan, berantaikan
ber-...-kan bertajukkan, berbantalkan
meN...-kan me-...-kanmemasukkan, merundingkan,
meyakinkan
mem-...-kanmemberikan, mempastikan,
memfatwakan
men-...-kanmendirikan, menjadikan,
menzahirkan
meng...-kanmengambilkan,menggantikan,
mengkanunkan
menge...-kanmengeposkan, mengetinkan,
mengesahkan
menN...i me...imeracuni, melindungi,
meyakini
mem-...i membeloti, mempelopori
men--...-i menjalani, mensyukuri
meng-...-1mengairi, mengekori,
menghadiri, menggarami
mempeR-...kan memper...-kanmemperhambakan,
mempersendakan
ke...an ke-...-ankecurian, kemalangan,
kesiangan
di....i di-...-i diragui, dikasihi, dirindui
14
di...kan di-...-kan dipulangkan, dibenarkan
dipeR...kan diper-....-kan
diperkenankan,
dipersembahkan,
diperlihatkan
Imbuhan Kata Adjektif
Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.
Kata adjektif tidak menerima akhiran
Amati contoh-contoh berikut:
imbuhan varian contoh perkataan contoh penggunaan
Awalan
teR- te-teramai, teruncing,
terendah
Pesta jualan itu
mencatat kedatangan
pelanggan teramai
pada tahun ini.
ter-terbaik, tersohor,
terindah
``Kaulah yang terbaik
bagi diriku,'' katanya.
se- se-seindah, seganas,
sebesar, sehebat
Persembahan
pentas kumpulan
rock itu sehebat artis-
arti rock dari luar
negara.
Apitan
ke...an ke-...-an kemelayuan, Walaupun cara
15
kebaratan, ketimuran
beliau berpakaian
agak kebaratan,
tetapi pemikirannya
kemelayuan
Sisipan
-el- -el- gelembung, selerak
Minum bergas itu
mempunyai
gelembung udara
-er- -er- gerigi, serabut
sejak beristeri dua,
fikirannya amat
serabut.
-em- -em-gemilang, semerbak,
gemerlap
Minyak wangi palsu
itu semerbak baunya.
-in- -in- sinambung
usaha beliau dalam
perniagaan
merupakan
kesinambungan
bakat neneknya.
16
Pemajmukan
1. Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk
memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus
dail, setiausaha dan sebagainya.
2. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan
kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan
menjadi frasa. Contohnya:
i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
ii. Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
iii. Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu
berlaku dengan tiga cara, iaitu:
i. Umum
ii. Istilah
iii. Kiasan/peribahasa
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
17
i. Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari
ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta
Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus
i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang.
Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau
istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud
harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin
Pengimbuhan Kata Majmuk
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang
sudah mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)
Lampiran 1
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk
air mata air mata
ambil alih ambil alih
meja tulis meja tulis
18
ketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawab
antara bangsa antarabangsa
Lampiran 2
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja
sebagai satu perkataan
antara bangsa antarabangsa
apa bila apabila
apa kala apakala
apa lagi apalagi
bagai mana bagaimana
barang kali Barangkali
beri tahu Beritahu
bumi putera Bumiputera
dari hal darihal
dari pada Daripada
duka cita dukacita
hulu balang Hulubalang
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan Kakitangan
ke pada kepada
kerja sama Kerjasama
mana kala Manakala
Mata hari Matahari
olah raga olahraga
pada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjaya
19
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya Suruhanjaya
tanda tangan Tandatangan
tanggung jawab Tanggungjawab
warga negara warganegara
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan
apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk Apitan Ejaan
kuat kuasa peN....an penguatkuasaan
kemas kini meN...kan mengemaskinikan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
campur aduk peR...an percampuradukan
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir.
Lihat jadual di bawah.
Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan
berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan
20
Penggandaan
1. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata
nama majmuk boleh digandakan. Pengandaan ialah proses pengulangan kata dasar
sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.
2. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu
i. Gandaan penuh
ii. Gandaan separa
iii. Gandaan berentak
iv. Gandaan makna
3. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada
tiga jenis iaitu
i. penggandaan penuh
ii. penggandaan berentak
iii. pengandaan separa.
21
Penggandaan penuh
1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama
terbitan, dan kata nama majmuk.
3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.
Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:
Kata nama tunggal
Alat alat-alat
Budak budak-budak
Rumah rumah-rumah
Murid Murid-murid
Kura Kura-kura
Makan Makan-makan
Tadika Tadka-tadika
Kata nama terbitan
Ketua ketua-ketua
Pekebun pekebun-pekebun
Makanan makanan-makanan
Persatuan persatuan-persatuan
pejuang pejuang-pejuang
Kedutaan Kedutaan-kedutaan
Penggandaan Berentak
22
1. Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
2. Seluruh kata nama itu digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu
diulang dan diubah.
3. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian
bunyi kata dasar.
4. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian
bunyi kata dasar.
5. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
i. penggandaan suku kata awal
ii. penggandaan suku kata akhir
iii. penggandaan konsonan
iv. penggandaan bersisipan
v. penggandaan berakhiran
6. Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi,
atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
7. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan
menggunakan sengkang (-)
Rentak pada pengulangan vokal atau diftong
Cerai cerai-berai
Hina Hina-dina
Sayu Sayur-mayur
23
Rentak pengulangan konsonan
gunung Gunung-ganang
susap Susap-sasap
simpang Simpang-siur
Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit bukit-bukau
Warna warna warni
Batu batu-batan
Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.
Contoh:
Sayur sayur mayur
Kuih kuih-muih
Lauk lauk pauk
Penggandaan konsonan
24
Penggandaan jenis ini hanya mengulangkan konsonan dalam kata dasar, tetapi
vokalnya berubah
Contoh:
Gunung gunung-ganang
Guruh guruh-garah
Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas
konsonan pertama bentuk ulangannya.
Contoh:
Tali tali-temali
Gunung gunung-ganang
Jari jari jemari
Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh
menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.
Contoh:
Sayur sayur-sayuran
Biji Biji-bijian
Barang barang-barangan
Penggandaan separa
25
1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar.
Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
2. Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan
penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama
yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /
Contoh:
Kata dasar Penggandaan penuh Penggandaan separa
laki Laki-laki Lelaki
langit Langit-langit Lelangit
suatu Satu-satu Sesuatu
budak Budak-budak Bebudak
siku Siku-siku sesiku
3. Kata terbitan
(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses
pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn
dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau
atau penggandaan separa depan.
II. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan
dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau
penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi
dipisahkan dengan sengkang.
26
4. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar Kata terbitan Kata ganda
bual Ber + bual Berbual-bual
cari Ter + cari Tercari-cari
gila Ter + gila Tergila-gila
borak Ber + borak Berborak=borak
akan Se + akan Seakan-akan
5. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)
Kata dasar Kata terbitan Kata ganda
anak Ber + anak Anak-beranak
kejar Men + kejar Kejar-mengejar
6. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif.
Penggandaan Makna
1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya.
Contoh:
Ipar ipar duai
Ipar ipar lamai
Saudara saudara mara
Makna Penggandaan
Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:
27
a. menunjukkan banyak
buku buku-buku
ketua ketua-ketua
jabatan jabatan-jabatan
gunung gunung-ganang
bukit bukit-bukau
b. membentuk nama haiwan
biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang
c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit langit-langit (menyerupai langit)
siku siku-siku (menyerupai siku)
orang orang-orang (menyerupai orang)
d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur sayur-mayur
kuih kuih-muih
saudara saudara-mara
28
PENGGOLONGAN KATA
Penggolongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada 4, iaitu:
Kata nama
Kata kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas
Kata Nama
Kata nama merujuk kepada nama bagi sesuatu benda secara umum, khusus atau
sebagai pengganti nama sebenar.
Dalam sepotong ayat ada banyak kata nama digunakan.
Contoh ayat: Hadi menyusun kerusi-kerusi dan meja-meja itu di Dewan Seri Putera.
Hadi Kata nama khas (orang)
kerusi-kerusi Kata nama am (benda tak
hidup)
meja-meja
itu Kata ganti nama tunjuk
Dewan Seri Putera Kata nama khas (tempat)
29
KATA KERJA
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak
transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang
mengandungi objek.
30
Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif
dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama
( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata
ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.
Ayat Aktif Ayat Pasif
Subjek Predikat Subjek Predikat
Frasa Nama Kata kerjaFrasa Nama
(Objek) Frasa Nama Kata Kerja
Frasa Nama
(Objek)
Cikgu memotong rumput Rumput dipotong oleh cikgu
Kereta itu melanggar tembok Tembok itu terlanggar oleh kereta itu
Kucing itu meratahayam goreng
itu
Ayam goreng
itukena ratah oleh kucing itu
Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan
kucing itu.
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput,
tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat
pasif. (lihat jadual di atas)
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.
Ayat songsang
Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya
untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
31
Ayat Aktif Ayat Pasif
Subjek Predikat Subjek Predikat
Sayamengarang puisi
malam iniPuiis ini
saya karang
semalam
Awak mengukus kek itu
untuk cikguKek itu
awak masak untuk
cikgu
Kami menanam pokok-
pokok bunga itu
Pokok-pokok bunga
itukami tanam
Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:
Saya karang puisi ini
semalam
Awak masak kek itu
untuk cikgu
Kami tanam pokok-
pokok bunga itu.
Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat tranditif aktif.
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.
32
GOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif / Sifat
- Kata Tugas
Kata Nama
Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.
Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :
a) Kata Nama Khas
- kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar.
- Ia terbahagi kepada tiga :
i) Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Bantilan,Tan,Tun Osman
ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Tompok, Si Belang, Jalak,
Jibrail
iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar
Seni, Planet Marikh.
33
b) Kata Nama Am
- kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.
- Ia terbahagi kepada dua :
i) Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan berkonsepkan
kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.
ii) Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan kebendaan,
contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.
c) Kata Ganti Nama
- kata ganti nama terbahagi kepada :
i) Kata ganti nama tunjuk
- kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda
- ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada
benda yang dekat)
ii) Kata ganti nama diri – kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu
benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan
kepada:
- Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfingsi menanyakan hal
benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :
- Siapa merujuk kepada orang
- Apa merujuk kepada benda atau perkara
- Mana merujuk kepada benda
- Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada
manusia yang terdiri daripada tiga kategori :
- orang pertama saya, aku, beta, patik, kita
- orang kedua saudara, kamu, awak, engkau, anda
- orang ketiga ia, dia, beliau, mereka, nya.
34
Kata Kerja
Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan.
Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:
1) Kata Kerja Transitif :
a) Kata Kerja Transitif Aktif
b) Kata Kerja Transitif Pasif
2) Kata Kerja Tak Transitif :
a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan
maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh :
- Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
- Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima
awalan ‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’. Contoh :
- Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air
Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata
kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan
mewujudkan kata kerja transitif pasif. Contoh :
- Pakaian dicuci oleh Mastura.
Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk mengenali kata kerja transitif :
- Mengemukakan pertanyaan ‘apa’ selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu
jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif.
Contoh : mengecat apa ? mengecat rumah
- Apabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu, ini bermakna pada
asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya perkataaan ‘mengecat’
berasal daripada kata nama ‘cat’ selepas menerima imbuhan ‘menge’.
35
- Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mengandungi dua kata
nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh seseorang ke atas orang
atau benda lain. Contoh : Sulaiman menembak burung gagak.
Sulaiman kata nama pelaku
Burung gagak kata nama objek
menembak kata kerja transitif
Apabila membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang
konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia
boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh :
- Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas.
membelikan kata kerja transitif
rantai emas objek tepat
kekasihnya objek sipi
Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya ‘apa’ kepada
kata kerja yang hadir dalam ayat itu.
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap
selepasnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua :
- Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
- Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas,
iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja
jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan
awalan. Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang.
Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya ‘apa’ selepas kata kerja itu.
Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah kata kerja tak transitif kerana
ia tidak ada objek.
36
Contoh :
Burung terbang terbang apa ? (tiada jawapan)
Adik berlari berlari apa ? (tiada jawapan)
Kata kerja transitif berpelengkap bermaksud kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat. Terdapat beberapa jenis pelengkap :
- Waktu . contoh : Ali duduk sejak tadi.
- Tempat . contoh : Kakak duduk di atas kerusi
- Cara . contoh : Ali duduk bersimpuh
- Sebab. contoh : Dia duduk kerana letih.
Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jikalau
pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. Contoh :
- Sarah ingin menjadi peragawati
- Amri bertambah sayang kepada isterinya
Jika tanpa pelengkap :
Sarah ingin menjadi …(menjadi apa?)
Ali bertambah…(bertambah apa?)
Pelengkap hendaklah dibezakan dengan objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak
transitif, manakala objek pula hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan
melengkap maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan.
Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata kerja atau tidak, terdapat beberapa cara :
1) Kata kerja dapat digandingkan dengan kata bantu. Contoh :
minum sudah minum
sebaliknya : baju sudah baju (tidak memberi makna)
Kaedah ini amat perlu apabila hendakl membezakan beberapa kata kerja yang
kelihatan seakan-seakan kata sifat.
2) Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan tertentu seperti ‘ber’, ‘me’, ‘kan’,’i’ dan ‘di’
37
Kata Sifat / Adjektif
Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh
dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh
didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata
nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).
Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria
makna.
1) Kata Sifat Keadaan
- memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak
pintar
2) Kata Sifat Warna
- membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir
merah.
3) Kata Sifat Ukuran
- menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek
4) Kata Sifat Bentuk
- menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat
5) Kata Sifat Jarak
- menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.
6) Kata Sifat Waktu
- memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan
segera, rumah baru
38
7) Kata Sifat Cara
- membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama.
Contoh : air deras, hujan lebat
8) Kata Sifat Perasaan.
- memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata
nama. Contoh : suka akan, penuh ragu
9) Kata Sifat Pancaindera
- terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.
Contoh :
makanan lazat (konsep rasa)
lelaki tampan (konsep pandang)
suara merdu (konsep dengar)
minyak wangi (konsep bau)
kulit licin (konsep sentuh)
Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat :
1) Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada
diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya.
2) Kata sifat diberi imbuhan ‘ter’ dan ‘se’.
39
Kata Tugas
Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak
mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan
sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu,
penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan
penyeru.
Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan
dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :
- kata hubung - kata penegas
- kata tanya - kata nafi
- kata seru - kata pemeri
- kata perintah - kata sendi nama
- kata pembenar - kata arah
- kata pangkal ayat - kata bilangan
- kata bantu - kata penekan
- kata penguat - kata pembenda
Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat
kelompok :
1) Kata Penyambung Ayat
- terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.
- Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau
lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
- Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.
40
2) Kata Praklausa
- sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu
yang terdiri daripada :
- kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan.
Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
- kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa ,
berapa, bila, bagaimana.
- kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia
diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
- kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya,
benar, betul,
- kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan,
adapun, alkisah.
3) Kata Prafrasa
sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama,
frasa kerja atau frasa adjektif.
Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti
membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan,
menunjukkanarah dan membilang.
terdapat 8 jenis kata prafrasa :
kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif
dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi
aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :
kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah
dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah,
sedang, masih, akan, belum.
41
Kata bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai
oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, hrus,
mesti, boleh, dapat.
kata penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling,
sekali, benar, sungguh, amat.
kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan
yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada
dua jenis kata penegas
menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -
tah, -lah.
menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau
bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua,
sahaja, pun, lagi, memang.
kata nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa
nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi :
bukan dan tidak.
kata pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan,
ialah.
kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi
nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh :
di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.
kata arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir
sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh :
atas, bawah, tepi, antara.
kata bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa
nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.
42
4) Kata Pasca
- ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ ,
yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
- Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Contoh :
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
- Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :
Lajunya 100 km sejam.
43
KLASIFIKASI DAN ANALISIS
Artikel Pertama : “600,000 anggota UMNO belum jadi pemilih, kata Radzi”
Dalam artikel ini saya telah analisis dan hasilnya ia dibahagikan kepada 2
elemen utama iaitu penggolongan kata dan juga proses pembentukan kata.
Dalam penggolongan kata, saya perolehi antaranya 600,000 dan 20 (Kata
Bilangan Kardinal), semua (Kata Bilangan Tak Tentu), Radzi, Datuk Seri Radzi Sheikh
Ahmad (Kata Nama Khas Hidup) BALING, UMNO, Pergerakan Wanita UMNO
Bahagian Baling (Kata Nama Khas Tidak Hidup), anggota (Kata Nama Am Hidup),
Beliau, mereka (Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga), menjalankan, mendaftar(Kata
Kerja Transitif), hampir (Kata Adjektif Jarak).
Dari segi pembentukan kata pula, jumlah, hampir, seluruh (Kata Tunggal),
mendaftar (Kata Terbitan Awalan Men-),pemilih (Kata Terbitan Awalan pe-), mejalankan
(Kata Terbitan apitan men-…-kan), kira-kira (Kata Ganda Penuh).
Artikel Kedua : “Sony sasar 35 peratus pasaran kamera”
Dari segi penggolongan kata, apa yang saya perolehi ialah Sony, KUALA
LUMPUR, MALAYSIA (Kata Nama Khas Tidak Hidup), Naoi Sudo (Kata Nama Khas
Hidup), bercakap, berkata (Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap), mencapai (Kata
Kerja Transitif), 3500 (Kata Bilangan Kardinal), akan (Kata Bantu Apek),
Dari segi pembentukan kata pula, kata, bulan, badan (Kata Tunggal), mensasar
(Kata Terbitan Berawalan men-), pemberita (Kata Terbitan Berawalan Pem-),
memandangkan (Kata Terbitan Apitan me-…-kan).
44
Artikel Ketiga : “Polis Marin rampas 118 kotak minuman keras “
Dari segi penggolongan kata, saya perolehi iaitu Pasukan Polis Marin Langkawi,
KANGAR, Kuala Sanglang, Pulau Langkawi (Kata Nama Khas Tidak Hidup), Supt.
Mohd Khamsani Abdul Rahman (Kata Nama Khas Hidup), awak-awak (Kata Nama Am
Konkrit), berkata (Kata Kerja Tak Tansitif Tak Berpelengkap), menahan, menghala,
dibawa (Kata Kerja Transitif).
Dari segi pembentukan kata pula, kotak, jenis, cuba, hasil (Kata Tunggal),
mematahkan (Kata Terbitan Apitan me-…-kan), percubaan (Kata Terbitan Apitan per-
…-an), menghala (Kata Terbitan Awalan meng-), memberi (Kata Terbitan Awalan
mem), tanah besar, minuman keras (Kata Majmuk), awak-awak (Kata Ganda
Penggandaan Penuh)
Artikel Keempat : “Remaja maut dalam nahas jalan raya”
Dari segi penggolongan kata, saya perolehi iaitu remaja (Kata Nama Am
Konkrit), nanti, nyawa (Kata Nama Am Abstrak), Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital
Sibu, SIBU (Kata Nama Khas Tak Hidup), Cheng Moi Soon (Kata Nama Khas Hidup),
terlibat, dilaporkan, terlibat, bertentangan, meceritakan (Kata Kerja Transitif), dalam
(Kata Adjektif), dua (Kata Bilangan Kardinal).
Dari segi pembentukan kata pula, apa yang saya peroleh, nyawa, dalam, hilang,
jalan, mati (Kata Tunggal), bertarung (Kata Terbitan Awalan ber-), terlibat (Kata
Terbitan Awalan ter-), dilaporkan (Kata Terbitan Apitan di-…-kan), dirempih
(KataTerbitan Awalan di-), bertentangan (Kata Terbitan Apitan ber-…-an), dikeluarkan
(Kata Terbitan Apitan di-…-an), jalan raya, bapa saudara, pusat Bandar (Kata Majmuk).
45
Artikel Kelima : “Bisik-Bisik”
Penggolongan kata, Chow Gek (Kata Nama Khas Hidup), Orang Asli, ibu tunggal
(Kata Nama Khas Tidak Hidup), kita ( Kata Ganti Diri Orang Pertama), dia (Kata Ganti
Nama Diri Orang Ketiga), banyak (Kata Bilangan Tak Tentu), belajar (Kata Kerja Tak
Transitif Tak Berpelengkap), menarik, berjaya (Kata Kerja Transitif), tapi (Kata Tugas-
Kata Hubung).
Pembentukan kata pula, bisik-bisik (Kata Ganda Penuh), berkat, sekolah, tinggi
(Kata Tunggal), titik peluh (Kata Majmuk), mengubah (Kata Terbitan Awalan meng-),
pendidikan (Kata Terbitan Apitan pen-…-kan), menjemput(Kata Terbitan Awalan men-).
46
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, pengklasifikasian serta analisis artikel-artikel yang telah
saya buat, kelima-lima artikel berkenaan mengandungi elemen penggolongan serta
pembentukan kata. Ini jelas menunjukkan bahawa dua apek dalam bidang morfologi ini
banyak digunakan dalam kehidupan seharian.
Penggolongan dan pembentukan kata yang diperolehi menjadikan saya lebih
mengetahui akan cara penggunaanya serta bagaimana hendak menulisnya terutama
dalam sesebuah artikel. Ia seterusnya memberi impak yang positif bagi saya dalam
menghadapi peperiksaan semester satu akan datang.
47
REFLEKSI
Penghasilan Folio Sistem Ejaan Jawi dan Pengantar Tatabahasa ini amat
penting untuk melengkapkan pemarkahan wajaran 50% untuk semester satu. Oleh itu,
kerja kursus ini amat penting bagi saya untuk mendapatkan markah yang cemerlang
dalam subjek Bahasa Melayu Akademik.
Namun begitu, dalam menghasilkan folio ini banyak kesulitan yang terpaksa
saya hadapi. Contohnya kesuntukan masa dan kekurangan sumber bahan rujukan
yang menyulitkan sedikit keadaan dalam menghasilkan folio. Di samping itu juga, saya
rasakan saya perlu banyak belajar dari masa ke semasa untuk menghasilkan folio yang
lebih berkualiti dan juga mantap. Alhamdulillah dengan bantuan daripada pensyarah
pembimbing iaitu Puan Norehan Muhamad dan Encik Abg. Mohd. Daud bin Abg. Taha
dapat membantu saya dalam penghasilan folio ini.
Saya berharap, dengan penghasilan folio ini saya dapat meningkatkan lagi
prestasi khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik. Folio ini boleh
dijadikan sebagai rujukan kepada saya dan juga rakan-rakan pada masa akan datang.
Semasa proses menyiapkan folio ini, saya mempelajari banyak perkara terutamanya
dalam mempertingkatkan pengetahuan dalam pembelajaran saya.
Diharap dengan adanya folio ini, ia akan menjadi bahan rujukan bersama dan
mempertingkatkan lagi kemahiran dalam tulisan jawi dan juga aspek tatabahasa.
48
BIBLIOGRAFI
1. http://koleksijakim.islam.gov.my/Display.Asp?f=jawi00033.htm
2. http://koleksijakim.islam.gov.my/Display.Asp?f=jawi00028.htm
3. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
4. Ibnu Ahmad Al – Kurauwi .( 2006 ). Dewan Masyarakat. Shah Alam :
DBP
5. ( 2005 ). Dewan Kosmik . Shah Alam : DBP
6. Mei dan Jun. ( 1994 ). Dewan Islam. Melaka : Jabatan Agama Islam Melaka
7. ( 1989 ). Ruhaniyat .Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
8. Januari ( 2006 ). Pelita Bahasa . Kuala Lumpur : DBP
9. Bilangan 2 . ( 1996 ). Sinaran Islam. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri.
10. ( 1996 ). Ruhaniyat. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
11.Nik Safiah Karim ;- Farid M. Onn ;- Hashim Hj. Musa ;- Abdul Hamid Mahmood
(2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Selangor : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
12.Hajah Noresah Binti Baharom (2002). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur : Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd.
49
LAMPIRAN
Latin alphabet for Malay
50