kerja kursus GCI1022

16
1 1.0) Pengenalan Globalisasi merupakan fenomena yang sedang berlaku dan sedang mengubah dunia. Menurut Anthony Giddens yang merupakan ahli sosiologi mengatakan globalisasi merupakan penyahdingan (decoupling) ruang dan masa, memberi penekanan kepada komunikasi, ilmu pengetahuan dan budaya segera yang dapat dikongsi secara serentak di seluruh dunia. Menurut kamus dewan edisi ke 3 mendifinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubugan manusia disebabkan pantasnya perkembagan teknologi maklumat. Melalui definisi globalisasi dapatlah kita ketahui bahawa dalam era globalisasi ini, kita boleh mendapatkan dan berkongsi pelbagai jenis maklumat dan kita mampun berhubung degan orang lain tanpa mengira jarak jauh mahupun dalam masa yang singkat. Globlasisasi ini juga merupakan satu proses perubahan dunia apbila berlakunya penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi yang baharu. Penciptaan ini telah membawa kepada penyebaran maklumat,berita dan budaya material dan bukan material.Sebagai contoh, smart phone merupalkan satu alat yang memudahkan kita mendapat maklumat dan dapat menjalinkan hubugan dengan orang asing tanpa mengira jarak jauh. Secara tidak langsung, globalisasi ini telah membawa atau melahirkan konsep global village atau perkampungan sejagat. Global village atau perkampugan sejagat ini membawa maksud kepada terbentuknya budaya global iaitu belakunya perkongsian nilai, adat, kepercayaan dan kebudayaan yang bersifat global Di Malaysia, kita telahpun termasuk dalam perkampungan ini apabila gaya hidup di masyarakat di Malaysia dipengaruhi dengan budaya barat. Melihat dalam sudut asmilasi, budaya dan nilai barat merupakan budaya dan nilai yang lebih dominan dalam era

description

satu eesi tugasan mengenai isu cabaran dunia dalam kursus GCI1022

Transcript of kerja kursus GCI1022

1.0) Pengenalan

1.0) Pengenalan

Globalisasi merupakan fenomena yang sedang berlaku dan sedang mengubah dunia. Menurut Anthony Giddens yang merupakan ahli sosiologi mengatakan globalisasi merupakan penyahdingan (decoupling) ruang dan masa, memberi penekanan kepada komunikasi, ilmu pengetahuan dan budaya segera yang dapat dikongsi secara serentak di seluruh dunia. Menurut kamus dewan edisi ke 3 mendifinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubugan manusia disebabkan pantasnya perkembagan teknologi maklumat. Melalui definisi globalisasi dapatlah kita ketahui bahawa dalam era globalisasi ini, kita boleh mendapatkan dan berkongsi pelbagai jenis maklumat dan kita mampun berhubung degan orang lain tanpa mengira jarak jauh mahupun dalam masa yang singkat. Globlasisasi ini juga merupakan satu proses perubahan dunia apbila berlakunya penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi yang baharu. Penciptaan ini telah membawa kepada penyebaran maklumat,berita dan budaya material dan bukan material.Sebagai contoh, smart phone merupalkan satu alat yang memudahkan kita mendapat maklumat dan dapat menjalinkan hubugan dengan orang asing tanpa mengira jarak jauh. Secara tidak langsung, globalisasi ini telah membawa atau melahirkan konsep global village atau perkampungan sejagat. Global village atau perkampugan sejagat ini membawa maksud kepada terbentuknya budaya global iaitu belakunya perkongsian nilai, adat, kepercayaan dan kebudayaan yang bersifat global Di Malaysia, kita telahpun termasuk dalam perkampungan ini apabila gaya hidup di masyarakat di Malaysia dipengaruhi dengan budaya barat. Melihat dalam sudut asmilasi, budaya dan nilai barat merupakan budaya dan nilai yang lebih dominan dalam era globalisasi. Oleh sebab itu, kita terpaksa menerima budaya Barat yang sebenarnya asing kepada kita. Hal in menyebabkan kita akhirnya hidup dalam nilai-nilai dan budaya barat. Pengaruh dan pemikiran barat telah menular dalam fikiran masyarakat kita terutamanya gologan belia kini yang hidup dan dilahrikan dalam era globalisas. Sebagai contoh, budaya barat yang lebih mementingkan hiburan dan pergaulan bebas, budaya ini amatlah bertetagan dangan budaya timur yang lebih menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan dan budaya timur yang hidup mementingkan adat dan agama bukanya mementingkan hiburan. Perkara ini akan membawa pelbagai isu-isu budaya dan identiti bangsa dalam negara menghadapi cabaran.

2.0) Hedonisme dalam kalagan belia

Hedonisme bukanlah sesuatu yang baharu kepada kita. Hedonisme ini telah dibawa oleh budaya barat dan telah pun menular kepada negara kita, dan perkara ini merupakan salah satu kesan daripada global village atau perkampungan sejagat. Jika dilihat dengan senario sekarang kebanyakan orang yang terpengaruh dalam prinsip Hedonisme ini ialah gologan belia. Tanpa sedar prinsip Hedonisme ini telah meracuni dan mendominasikan fikiran mereka dan secara tidak langsung ianya membawa kepada isu-isu gejala soial yang bertentagan dengan prinsip islam dan budaya timur.

Hedonisme bermaksud pegangan atau pandagan hidup yang mementingkan keseronokkan dan kesenagan hidup. Menurut Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja mengatakan Hedonisme merupakan prinsip yang memandang kesenagan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencarikesenagan bagi tujuan hidupnya. Dalam kata yang lain kesenagan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup yang terakhir dan kesengan itu diputuskan oleh akal manusia. Apabila meletakkan, prinsip hidup yang bertujuan untuk mencapai kesengan dan kebagahagian mengikut akal fikiran sendiri ianya seperti mengantikan sistem sosio budaya yang sekian lama dianuti oleh masyarakat kita. Dalam kata erti yang lain hedonisme ini yang memetingkan kebebasan dan hiburan sehingga menjadikan hiburan sebagai tuhan. Prinsip Hedonisme juga mengariskan apa-apa perkara atau perbuatan yang dapat memusakan nafsu dianggap baik, dan sekiranya apa-apa perbuatan itu tidak memuaskan nafsu maka perkara itu dianggap buruk. Sebagai contoh, melakukan persetubuhan kepada pasagan-pasagan yang berbeza itu merupakan perkara yang mesti bagi masyarakat barat kerana ianya memuaskan nafsu seseorang. Oleh sebab itu, prinsip hedonisme ini amatlah betentagan dengan prinsip islam yang menghukumkan seseorang yang melakukan persetubuhan keada orang bukan pasagan yang sah kepadanya telah dianggap berzina dan merupakan perkara yang haram untuk dilakukan.

Dalam keghairahan gologan belia mengejar gaya hidup bebas dan yang dapat memberikan kesenagan mahupun perkara yang boleh memuaskan nafsu mereka secara optimum secara langsung mereka meniru budaya hidup barat. Gaya hidup barat sedemikian seolah-olah sebagai simbol yang berprestij dalam sisitem strantifikasi sosial bagi aliran hedomnisme. Penonjolan budaya tersebut di kalagan remaja dapat dilihat melalui gaya hidup yang mementingkan hiburan seperti penyalahgunaan dadah, hubugan sesama jentina, mengadiri konsert, aktiviti clubbing dan pelbagai lagi, filem yang membangkitkan nafsu, eksploitasi wajah dan tubuh wanita memakai baragan mewah yang kehilagan adab dan obses terhadap gaya hidup sensasi yang berlandaskan hawa nafsu sendiri. Sebagai contoh, gologan remaja kini mudah untuk mendaptkan bahan-bahan ponografi melalui youtube yang dimuatturunkan oleh orang barat. Perkara ini telahpun mecemarkan pemikiran gologan remaja dan wujudlah keinginana mereka untuk melakukan benda yang sama. Oleh sebab itu, wujudlah hubugan seks bebas di kalagan remaja dan ianya secara tidak langsung mempengaruhi kadar kes pembuagan bayi dan kadar pesakit yang menghadapi penyakit HIV. Selain itu, budaya barat yang suka berhibur seperti berpesta dan berkonsert, dalam melakuakn aktiviti pesta dan konsert ini orang barat akan melakukan hubugan seks, meminum minuman yang keras dan penggunaan dadah. Mereka melakukan perkara ini hanyalah semata-mata bertujuan untuk melepaskan masalah dan ingin merasakan keseronokan. Budaya serperti ini dicontohi oleh masyarakat kita, misalnya, baru-baru ini pada bulan march 2014 kita telah dikejutkan dengan peristiwa kematian penonton yang mengahdiri ke konsert Future Muzik Festival Asia (FMFA). Kadar kematian iaitu 6 orang yang dikesan kematiannya akibat penggunaan dadah untuk menghiburkan diri semasa konsert itu sedang dijalankan. Bukan itu sahaja, budaya haedonisme yang dibawa oleh negara barat yang bertentagan dengan budaya timur ialah program--program realiti di televisyen seperti American Idol, The Amazing Race, The Apperentice, The Voice, Supermodel me dan sebagainya program-program ini membawa dan mengetengahakan nilai sosio-budaya yang bertentangan dengan amalan kita di Malaysia. Supermodel me mengisahkan golagan belia yang dipilih untuk menyerlahkan kecantikkan mereka melalui pemakain yang menjolok mata dan sesiapa yang memenagi pertangdigan ini akan mendapat hadia yang lumayan. Program seperti Supermodel Me seperti mengajar kepada wanita di budaya timur untuk berpakain yang lebih menjolokkan mata bagi mendapatkan kecantikan, sedangkan wanita timur memnpunyai budaya timur lebih berpakaian sopan dan menutup aurat. Namun, elemen seperti ini antara elemen telah diterapkan ke dalam program-program realiti di Malaysia seperti Akademi Fantasia, Mentor dan Mencari Cinta.

Rumusanya, Haedonisme ini sedar ataupun tidak sedar gologan belia kini telah terpedaya dan terdedah dengan pemikiran ini. Sekiranya perkara ini tidak diambil secara remeh temeh dan tidak mengambil langkah yang berkesan maka pemikiran ini akan meruntuhkan masyarakat Malaysia suatu hari nanti.

2.1) Budaya, adat dan identiti kaum terhapus

Kepantasan era globlasisasi yang semakin berkembang dengan cepatnya telah membawa kepada penghapusan budaya dan adat terutamanya budaya melayu yang merupakan antara kaum yang majoriti dalam negara Malaysia. Budaya orang Melayu terkenalan dengan keindahan bahasanya. Bahasanya yang penuh dengan kesantunan, nilai murni dan kesenian berbahasa serta mempunyai budi perkerti yang tinggi. Bahasa Melayu berperanan besar dalam menggabungkan jalinan antara pemikiran, kesopanan, keintelektualan denga budaya masyarakat Melayu ketika itu. Contohnya, dahulu orang Melayu suka berpantun dan besyair dan ianya merupkan satu hiburan kepada mereka. Namun, apabila masa berputar dan berlakunya perubahan yang besar iaitu perubahan teknologi dan perhubugan tanpa sempadan. Secara tidak langsung, membawa kesan kepada bahasa Melayu sendiri. Kini, kebanyakkan golagan belia yang berbangsa Melayu terutamanya kini tidak menggunakan lagi bahasa Melayu yang sebenarnya seperti bahasa nenek moyang mereka dahulu. Malahan, kesantunan dan keindahan bahasa itu mula terhikis sedikit demi sedikit. Senario kini yang dapat melihat dalam kaca mata kita sendiri iaitu kebanyakkan masyarakat kini hanya sekadar menyampaikan idea yang ada dalam fikiran mereka sehingga lupa mematuhi norma budaya dan tatacara komunikasi verbal yang baik dan sopan. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama diri yang lebih sopan dan yang sebenarnya iaitu encik, puan, anda dan awak dan sebagainya telah digantikan dengan pangilan ringkas seperti lu,bro,babe dan gua. Kesannya, segala nilai negatif seperti sombong, angkuh, bersikap acuh tak acuh, ego dan kurang ajar berlaku yang boleh membantutkan kelacaran komunikasi. Hal ini demikian berlaku disebabkan remaja kini yang ingin mengikut trend terkini dan menanggap bahasa seperti beb, bro begitu cool dan ianya seperti bahasa barat yang menyapa kawanya seperti yo dude yo brodan sebagainya.

Bukan setakat dalam komunikasi harian,namun bahasa Melayu tutur terhakis dalam komunikasi dalam media. Di dalam sosial media yang amat digunakan secara meluas oleh gologan belia, seperti Twitter, Facebook dan Instagram.Mereka lebih suka menggunakan bahsa Inggeris ataupun bahasa rojak dan bahasa yang terkenal yang digunakan oleh gologan belia terkini ialah online slang yang merupakan singkatan kepada beberapa ayat seperti IDK (I Dont Know), LOL (Laugh Out Loud). Sebagai contoh ayat yang diperkatakan dalam twitter I suka sangat tengok filem frozen, it makes my heart touched. LOL!!!. Aabila senario seperti ini semakin meluas, Bahasa Melayu yang sebenarnya akan terhakis ditelan zaman sekiranya tidak mengambil langkah untuk membendungnya.

Selain daripada budaya bahasa, budaya permainan tradisional turut merupakan antara budaya yang terus terhakis ditelan oleh era globlasisasi. Golongan belia kini tidak gemar dan yang lebih teruk ialah mereka tidak tahu langsung mengenai permainan Tradisonal. Menurut kamus dewan edisi ke-3 permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional yang digemari oleh masyrakat dahulu seperti permainan wau, permainan gasing, permaina galah panjang dan sebagainya. Permainan tradisional ini sangat membawa kebaikan kerana ianya dapat mengelauarkan peluh kerana melibatkan aktiviti fizikal serta permainan tradisional ini boleh mengeratkan lagi hubugan. Malagnya, permainan yang lebih membawa faedah seperti ini tidak digemari oleh kanak-kanak mahupun gologan belia kini kerana permainan ini susah dan membosankan. Mereka lebih gemar bermain dengan permainan yang berbentuk media seperti PS3, Gamebox dan aplikasi permainan yang terdapat dalam smartphone terkini. Permanan yang berbetuk media ini lebih banyak membawa keburukan seperti apabila kita bermain dengan permainan berbentuk media, kita seperti bermain dengan alam maya tanpa melibatkan orang lain, dalm erti kata lain hanya kita dengan permainan maya itu tanpa orang lain bermain sama, malahan permainan yang berbentuk media ini tidak akan mengerluarkan peluh. Walaupun perainan berbentuk media ini lebih membawa keburukan tetapi masyarakat sekarang lebih gemar bermain dengan permainan yang mengikuti peredaran zama yang sebenarnya tanpa mereka ketahui mereka telah pun dikuasai oleh budaya barat dan kefahaman barat.

2.3) Konsumerisme dalam kalagan gologan belia

Konsumerisme juga berlaku di kalagan masyarakat Malaysia terutamanya kepada golongan belia. Budaya konsumerisme yang dibawa oleh negara barat yang menjadikan rakyat Malaysia untuk membeli barang yang mewah tanpa mengikut kemampuan seseorang. Perkara ini akan menyebabkan seseorang untuk bersikap boros, mementingkan jenama dn mengikuti budaya materialisme. Gologan beliajuga mudah untuk menerima makanan dan baragan dari negara barar. Sebagai contoh, Pizza Hut, Pepsi, Bonia dan sebagainya.Oleh sebab itu, jenama-jenama dan makanan tempatan sering diketepikan.

3.0) Langkah-langkah menganagani keruntuhan akhlak disebabkan Hedoinisme

Ibu bapa berperanan penting dalam menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, antara faktor yang menyebabakan seseorang remaja itu untuk terlibat dengan pengaruh budaya heidoinisme ini ialah daripada keluarga yang bermasalalah. Dalam konteks keluarga bermasalah ini ialah hubugan antara ahli keluarga yang kacau kacir, ibubapa yang bercerai dan ibubapa yang tidak mempedulikan anaknya. Apabila seseorang remaja menghadapi masalah seperti ini mereka akan mencari sesuatu untuk melepaskan kesedihan mereka dan budaya hedoinisme yang melepaskan kesedihan melalui melakukan aktiviti yang memberi kepuasan kepada mereka merupakan jalan yang terbaik kepada mereka untuk menyelesaikan masalah mereka, pada waktu yang sama mereka akan mengikuti rakan mereka yang senasib dengan mereka untuk melakukan gejala sosial seperti hubugan bebas, clubing, dan penyalahgunaan dadah.

Jelaslah bahawa ibubapa mampu mengubah dan membetulkan keadaan agar remaja yang hidup dalam era globlasisasi ini mampu menjadi gologan belia yang cemerlang tanpa terpengaruh dengan budaya hedinisme. Langkah yang pertama yang boleh dilalkukan oleh ibubapa ialah pemberian dan perkongsian perasaan kasih sayang. Kasih sayang yang sejati dan ikhlas dapat mempengaruhi perasaan anak-anak. Dua bentuk kasih sayang yang diperlihatkan oleh ibubapa. Pertama ialah kasih sayang yang berterusan dan keduanya ialah tidak bersyarat. Maksud kasih sayng tidak besyrat ialah ibubapa yang menyayagi anak nya dengan menerima kelemahan anak-anak dalam aspek fizikal ataupun mental. Kemudian, anak-anak mentafsirkan kasih sayang daripa perbuatan ibubapa mereka. Sebagai contoh, ibubapa hendaklah memeluk atau mencium anak-anaknya pada waktu yang perlu. Apabila mereka mengetahui bahawa ibubapa mereka menyayagi mereka mereka akan merasakan diri mereka dihargai, sentiasa merasai dipunyai, sentiasa rasa selamat danmereka tidak akan mudah mengkritik. Perkara ini amat penting bagi memastikan perkembagan kanak-kanak yang teratur dan kanak-kanak ini akan memasuki alam remaja dengan baik dan stabil tanpa terpengaruh dengan budaya hedoinisme.

Kemudian, ibu bapa hendaklah menerapkan disiplin yang kukuh dalam organisasi keluarga. Disiplin dalam organisasi keluarga yang dimaksudkan ialah satu panduan kepada sesuatu tingkah laku. Ibu bapa hendaklah membuat peraturan yang selaras dengan usaha membanteras anak-anak untuk tidak dipengaruhi dengan hedoinnisme, peraturan ini dijadikan panduan kepada mereka untuk hidup dalam era globlisasi yang mencabar ini. Sebagai contoh, anak-anak perlu memaikai pakaian yang menutup aurat. Peraturan yang tepat adalah berlandaskan ajaran agama sendiri.Hal ini demikian kerana, setiap agama membentuk akhlak dan jati diri seseorang manusia daripada melakukan maksiat mahupun perbuatan yang bertenagan dengan ajaran agama. Kemudian, ibu baoa harus menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai seperti Buat macam ini daripada Jangan buat begitu. Malahan, anak-anak hendaklah menghormati peraturan tersebut dengan ibubapa yang bersifat tegas. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak pada zaman kini amat pintar dan kreatif, mereka akan mudah meramalkan tingahkah laku ibu bapa mereka. Selain, setiap peraturan itu hendaklah diberitahu apa tujuannya dan implikasi kepada perbuatan itu, hal ini dapat memberikan gambaran dan kefahaman yang lebih mendalam kepada anak-anak, seperti kenapa harus begini? Melalui perbuatan ini kita dapat.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah mengamalkannya atau mempraktiskan sesuatu amalan atau perilaku baik dalam kelaurga agar dapat memberikan panduan kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibubapa haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang yang lebih tua dengan mengamalkan sifat lemah lembut. Ucapkan terima kasih, Alhamdulilah, Subhanallah dan perkataan yang lain yang dapat menimbulkan perasaan hormat menghormati sesama ahli keluarga.

Ibu bapa haruslah menjadi kawan yang rapat dengan anak-anak. Jadikan ibu bapa sebagai tempat anak-anak mengadu masalah dan memberikan mereka peluang untuk memberi pendapat. Walaupun keputusan ditangan ibu bapa. Hal ini demikian kerana, mereka akan merasakan diri mereka mempunyai hak untuk bersuara dan mempunyai hak untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka dan ibubapalah yang membinbing mereka ke jalan yang benar dan lurus selaras dengan cita-cita anak-anak. Ibu bapa juga perlu meletakkan kepercayaan kepada anak-anak agar mereka dapat menjadi orang yang mempunyai keyakinan diri. Sebagai contoh apabila ibu bapa mengetahui sesautu bakat dalam diri anak-anak maka ibu bapa berperanan untuk mengilap dan menjadikan anak-anak itu untuk percaya akan kebolehan untuk lebih mencapai kejayaan.

Rumusannya, masalah sgejala sosial yang dihadapi oleh gologan belia kini dala masalah bersama. Setiap ahli masyarakat perlu berusaha kuat agar masyrakat negara ini akan lahir sebagai masyarakat yang penyayang dan cemerlang. Walau bagaimanapun, peranan ibu bapa dalam mengagani gejala sosial atau keruntuhan ahklah yang disebabkan penrgaruh hedioinisme amatlah penting kerana keluarga merupakan institusisi tersekar remaja.

3.1) Langkah untuk menangani masalah hakisan budaya dan adat

Antara langkah yang proaktif dan efisien agar nilai maratabat bahasa Melayu sentiasa dikekalkan ialah peranan sekolah, Sekolah merupakan tempat kanak-kanak memperolehi ilmu pengetahuan dan didikan yang lengkap. Oleh sebab itu, sekolah berupaya mengekalkan bahasa Melayu di dalam diri gologan belia. Apabila murid-murid iru melakukan kesalah dalam penggunaan bahasa Melayu dalam karangan malahan dalam komunikasi, sebagai contoh kesalahan yang diamalkan oleh para pelajar ialah bahasa rojak oleh sebab itu hendaklah guru berperanan membetulkan struktur ayat tersebut dan menerangkan bahsa yang sesuai. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama diri kau dalam keadaan formal lebih baik menggunakan kata ganti nama diri anda. Selain itu, pihak sekolah hendaklah menganjurkan aktiviti yang berkaintan dengan keindahan bahasa. Sebagai contoh mengadakan bulan bahasa yang boleh dipenuhi dengan aktiviti yang menarik contohnya pertandigan berpantun, pertandigan berbahasdan pertandigan kuiz bahasa. Degan penyertaan pelajar mereka dapat mempelajari penggunaan bahasa yang betul dan mengetahui bahawa penggunaan baasa melayu amatlah penting.

Selain daripada peranan sekolah, peranan pihak kerajaan juga perlu diusahakan. Peranan mereka iaitu dengan mengadakan kempen yang berkaitan denga kepentigan berbahasa seperti kempen budi bahasa budaya kita. Selain, pihak kerajaan hendaklah mewajibkam penggunaan bahasa yang betul yang terdapat dalam iklan-iklan pada papan-papan tanda. Dalam usaha ini kerajaan meletakkan peraturan dimana papan-papan tanda yang ingin dibuat hendaklah mendapat kelulusan bahsa daripa pakar-pakar bahasa Melayu. Dengan ini, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung.

Bagi mengatasi masalah permainan tradisional yang semakin terhakis ini, pihak sekolah hendaklah bermain peranan. Pihak sekolah haruslah menjadikan permainan tradisional seperti permainan wau dan permainan gasing sedabagi salah satu aktiviti kokurikulum. Usaha ini membantu generasi muda untuk terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisional in sejak mula lagi dan memahami kepentigan mengekalkan permainan ini. Apabila mereka meminati permainan tradisional in sejak mula lagi maka tidak mustahil untuk permainan ini berekmabang secara melaus dan tidak akan ketinggalan zaman.

Selain itu, pihak kerajaan terutamanya pihak belia dan sukan hendaklah berperanan dalam memupuk minat kepada gologan belia unutk meminati permainan tradisional dengan menyediakan infrsatuktur yang lengkap. Seperti menyediakan gelanggang dan menyedikan pakar-pakar yang dapat mengajajar gologan belia. Apabila adanya pakar-pakar yang dapat mengajar gologan belia ini secar tidak langsung akan memastikan gologan belia unuk menerima latihan yang secukupnya dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada generasi akan datang. Maka berlakunya kesinambunga dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini supaya iainya tidak ditinggalakan dalam arus era globlasisasi ini.

3.2) Menangani konsumerisme di kalagan remaja

Dalam usaha kerajaan untuk menangani masalah konsumerisme di kalagan remaja ialah dengan menggalakkan usahawan tempatan untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi. Usaha kerajaan dalam mengilap bakat usahawan-usahawan dengan memberikan atau menawarkan kursus untuk membuat perniagaan yang disampaikan oleh orang pakar dalam pengusahawanan. Selain, kerajaan juga dapat memberikan subsidi kepada ahli peniaga yang baru mula untuk membuka perniagaannya. Hal ini dapat menggalakkan minat dan mengillapkan lagi bakat mereka bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan dapt mengalahkan produk daripada negara barat.

Kemududian, kerjaaan hendaklah mengadakan kempen untuk menarik minat masyarakat untuk lebih meminati produk buatan Malaysia. Sebagai contoh, kemen belilah barangan buatan Malaysia. Kempen ini hendaklah diwawarkan dalam media mahupun di papan tanda. Selain itu, kerajaan malaysia telah mewujudkan Kedai 1Malaysia yang merupakan kedai yang menyediakan baragan buatan Malaysia degan harga yang lebih murah. Usaha-usaha seperti ini, menggalakkan lagi masyarakat Malaysia untuk memilih barang buatan Malaysia yang jauh lebih murah dan mempunyai kualiti yang sama seperti produk yang berjenama.

4.0) Kesimpulan

Kesimpulannya, pembagunan teknologi pada era globlasisasi ini sebenarnya tururt memberikan faedah dan kebaikan. Iannya dicipta untuk memudahkan kehidupan seseorang itu. Antara kebaikan daripada era globlasisas dan global villagei ini ialah kita mudah memperoleh ilmu pengetahuan hanya pada hujung jari sahaja. Malah kita dapat bertukar-tukar pendapat dan ilmu melalui penggunaan internet. Sebagai contoh, kita dapat ingin mengetahui cara memasak spagetti, terdapat plebgai maklumat mengenai resepi spagetti malah kita juga dapat memuat turun resepi masakan tradisional agar orang asing di luar negara juga dapat merasai dan mendapat pengalaman memasak makanan tradisional orang melayu. Kemudian, global village ini juga membawa kebaikkan dengan komunikasi yang tanpa had. Komunikasi ini, dapat membantu para pelajar negara kita untuk berkomunikasi degan pelajar diluar negara. Merka dapat bertukat-tukar pandagan mengenai pendidikan mereka. Sebagai contoh, program British Concil, program ini telah diadakan kepada sekolah-sekolah bestari, pelajar dari sekolah ini akan membuat mana-mana bentuk program yang dapat memaparkan budaya Malaysia, kemudian dimuat turunkan ke dalam laman web British Concil di mana pelajar dari negara lain dapat mengetahui budaya-budaya yang terdapat di Malaysia. Progam ini juga membantu memperkasakan pelajar-pelajar untuk berbahasa English dengan betul.

Jelaslah, bahawa global village ini hanyalah bertujuan untuk membawa kebaikan dan memudahkan kehidupan seseorang manusia. Global village ini hanya akan mendatangkan keburukan apabila seseorang itu tidak pandai dalam menggunakan maklumat yang disampaikan oleh negara barat. Dan perkara ini membawa kepada cabaran kepada gologan belia kerana gologan belia perlu menyiapkan diri dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang teguh agar tidaklah hidup seperti lalang yang mudah goyang apabila ditiup angin.

5.0) Rujukan

Hashim bin Haji Bedu. (2008). Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga; Isu Dan Cabaran. Khairulhelmi Bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid, Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor.Seminar Kaunseling Keluarga 2008(pp.51-63). Johor Bahru, Malaysia : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Hj Huzili Hussin, Shuhairimi Abdullah. (2006).Menangani Penetrasi Budaya Hedonisme di Kalangan Mahasiswa : Satu Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan Kaunseling, 1-10.Retrived from http://eprints.utm.my/479/1/HuziliHussin2006_Menanganipenetrasibudayahedonismedi.pdf

Muhammed Fauzi Bin Othman, Mhd. Koharuddin Balwi, Mohd Azhar Abdul Hamid. (2009). Globalisasi Dan Hubungan Etnik, Bab 12, 241-264. Retrieved from http://eprints.utm.my/14545/1/MuhammadFauziOthman2009_GlobalisasidanHubunganEtnik.pd