KERJA KURSUS PENDEK EDU03

36
1.0 PENDAHULUAN Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan yang berbeza antara satu sama lain. Kekurangan dan kelebihan yang dimiliki ini menjadi salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim di mana setiap orang akan saling membantu bagi mencapai tujuan yang mereka hasratkan. Itulah fenomena hidup manusia yang harus saling membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan selain memanfaatkan kelebihan yang dimiliki supaya ianya dapat dikongsi bersama orang lain juga. Perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain ini turut melibatkan perbezaan terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka iaitu dari segi beberapa aspek seperti aspek kecerdasan, gaya berfikir dan juga gaya pembelajaran. Oleh sebab perbezaan yang dimiliki oleh setiap individu ini ianya telah menjadikan tugas sebagai seorang guru menjadi sangat rumit kerana perlu mengambil kira aspek-aspek perbezaan ini dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan seseorang pelajar sepertimana yang dinyatakan oleh Noriati et. al (2012) iaitu, perbezaan gaya berfikir menentukan juga gaya pembelajaran seseorang murid dan guru perlu mengkaji perbezaan murid-muridnya supaya semua pelajar dapat memahami perkara-perkara yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas. Tidak ketinggalan, elemen motivasi juga mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam menentukan tahap pencapaian akademik seseorang pelajar selain pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri sendiri. 1

description

Gaya belajar seseorang murid -Kajian Kes -Penulisan Akademik -Ulasan Kritis #Yang betul dijadikan rujukan, yang salah moga jadi peringatan...Hee :D

Transcript of KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Page 1: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

1.0 PENDAHULUAN

Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan yang

berbeza antara satu sama lain. Kekurangan dan kelebihan yang dimiliki ini menjadi

salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim di mana setiap orang akan

saling membantu bagi mencapai tujuan yang mereka hasratkan. Itulah fenomena

hidup manusia yang harus saling membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan

keseimbangan dalam kehidupan selain memanfaatkan kelebihan yang dimiliki

supaya ianya dapat dikongsi bersama orang lain juga.

Perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain ini turut

melibatkan perbezaan terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka iaitu dari segi

beberapa aspek seperti aspek kecerdasan, gaya berfikir dan juga gaya

pembelajaran. Oleh sebab perbezaan yang dimiliki oleh setiap individu ini ianya

telah menjadikan tugas sebagai seorang guru menjadi sangat rumit kerana perlu

mengambil kira aspek-aspek perbezaan ini dalam merancang proses pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan seseorang pelajar

sepertimana yang dinyatakan oleh Noriati et. al (2012) iaitu, perbezaan gaya berfikir

menentukan juga gaya pembelajaran seseorang murid dan guru perlu mengkaji

perbezaan murid-muridnya supaya semua pelajar dapat memahami perkara-perkara

yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas. Tidak ketinggalan, elemen

motivasi juga mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam menentukan tahap

pencapaian akademik seseorang pelajar selain pemilihan gaya pembelajaran yang

sesuai dengan diri sendiri.

Di dalam tugasan ini akan membincangkan beberapa perkara seperti kajian

kes berkenaan gaya belajar terhadap enam orang murid Tahun 5, penulisan

akademik berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang guru dalam

mengatasi suatu masalah berkaitan pelajar dan akhir sekali terdapat bahagian

ulasan kritis yang membincangkan pengalaman yang diperoleh semasa menyiapkan

tugasan ini yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi seorang guru yang

cemerlang pada masa hadapan.

1

Page 2: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

2.0 KAJIAN KES

Kajian kes yang dilakukan ini adalah melibatkan murid-murid dari Sekolah

Rendah Convent Kota, Taiping, Perak yang menjadi responden bagi kajian kes ini.

Sekolah Convent Kota merupakan salah sebuah sekolah yang dikhaskan untuk

pelajar-pelajar perempuan sahaja daripada pelbagai bangsa dan merupakan

sekolah berprestasi tinggi yang menunjukkan pelbagai pencapaian sama ada dari

segi akademik, ko-kurikulum dan lain-lain lagi sepanjang penubuhan sekolah ini.

Begitu juga dengan guru-guru yang mengajar di sekolah ini yang keseluruhannya

terdiri daripada guru-guru perempuan dan hanya seorang guru lelaki sahaja yang

bertugas di sekolah ini sebagai guru Pendidikan Islam.

Seramai enam orang murid telah dipilih berdasarkan rekod pencapaian

akademik yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan yang dijalankan di

sekolah tersebut pada tahun 2013. Daripada enam orang murid ini, seramai empat

orang murid merupakan murid kelas pertama iaitu kelas 5 Seroja dan dua orang lagi

merupakan murid kelas terakhir iaitu kelas 5 Cempaka. Bilangan kelas bagi tahun

lima ini adalah sebanyak tiga buah kelas sahaja. Berikut merupakan senarai nama

enam orang murid yang telah dipilih berdasarkan rekod pencapaian akademik

mereka pada Ujian Bulan Mac 2013 yang dilaksanakan di sekolah ini.

BIL NAMA MURID KELAS GRED TAHAP

1 Janet Poh Zi Huey 5 Seroja 5A Cemerlang

2 Nur Ramizah Binti Adnan 5 Seroja 4A 1B Cemerlang

3 Ros Nursyafiqah Binti Rosli 5 Seroja 2A 3B Sederhana

4 Nisha Irqdina Binti Muhamad Hisham 5 Seroja 2A 3B Sederhana

5 Nur Fatin Farhana Binti Hamizi 5 Cempaka 4B 1C Lemah

6 Nurul Yasmin Binti Mohamad 5 Cempaka 5C Lemah

Jadual 1.0 Senarai nama pelajar yang dipilih sebagai responden

2

Page 3: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Kajian kes yang dilakukan ini adalah untuk mengkaji pengaruh gaya belajar

enam orang murid ini terhadap prestasi mereka dalam bidang akademik. Sebelum

saya menghuraikan dengan lebih lanjut berkaitan kajian kes yang dilakukan ini,

terlebih dahulu saya akan menjelaskan tentang definisi yang diperoleh daripada

beberapa pendapat berkaitan tentang apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran

dan gaya pembelajaran supaya tujuan dan hasil kajian kes yang dilakukan ini dapat

difahami dengan lebih jelas.

Menurut Azizi dan Nurfaizah (t.t), pembelajaran membawa maksud

perubahan tingkah laku, atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak

termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan dan gaya

pembelajaran pula bermaksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat

dalam pelbagai cara yang berbeza-beza (Noriati et. al, 2012). Tambahan lagi, Model

Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) ada menyatakan bahawa gaya

pembelajaran merupakan kaedah seseorang yang menumpu, memproses,

menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar.

Berbalik kepada kajian kes yang dilakukan untuk mengkaji gaya

pembelajaran yang dominan dalam diri enam responden yang dipilih, saya telah

memilih Model VAK sebagai fokus kajian terhadap enam orang responden ini. Model

VAK merupakan salah satu model yang terletak di bawah Model Medium

Pembelajaran Yang Disukai. Menurut Azizi & Syazwani (t.t), terdapat empat model di

bawah Teori Gaya Pembelajaran. Rajah 1.0 berikut menunjukkan model-model yang

terdapat di bawah Teori Gaya Pembelajaran.

3

Page 4: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Rajah 1.0 Model VAK yang dipilih sebagai fokus kajian terhadap responden

Berdasarkan rajah tersebut, Model VAK telah menjadi fokus kajian kes saya

yang dilakukan terhadap enam responden yang dipilih bagi mengetahui mereka

berada dalam golongan gaya pembelajaran yang bagaimana. Oleh itu, saya telah

menggunakan Matriks Gaya Pembelajaran VAK sebagai soalan dalam borang soal

selidik saya yang ke-2 (Rujuk Lampiran C) supaya saya dapat mengetahui gaya

belajar mereka dengan lebih tepat.

Setelah saya melakukan beberapa strategi seperti temubual, soal selidik dan

pemerhatian untuk mengumpul maklumat yang diperlukan untuk kajian kes ini, saya

mendapati tiga orang responden ialah pelajar kinestetik, dua orang responden ialah

pelajar visual dan seorang responden ialah pelajar auditori. Jadual berikut

menunjukkan nama-nama responden dan jenis gaya belajar mereka.

4

TEORI GAYA PEMBELAJARAN

Model Sahsiah

Model Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

Model Herman Witkin Field Independence-Dependence

Model Pemprosesan

Maklumat

Model Kolb "Learning Style Inventory"

Model Gaya Pembelajaran Felder

Model Interaksi Sosial

Model Medium Pembelajaran Yang Disukai

Model VAK (Visual, Auditori, Kinestetik)

Model Dunn dan Dunn

Canfield Learning Style Inventory

Page 5: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

BIL NAMA MURID JENIS PELAJAR

1 Janet Poh Zi Huey Visual

2 Nur Ramizah Binti Adnan Kinestetik

3 Ros Nursyafiqah Binti Rosli Visual

4 Nisha Irqdina Binti Muhamad Hisham Kinestetik

5 Nur Fatin Farhana Binti Hamizi Auditori

6 Nurul Yasmin Binti Mohamad Kinestetik

Jadual 1.1 Jenis gaya belajar responden

Bagi dua orang responden yang berada pada tahap akademik cemerlang

berdasarkan gred yang diperoleh mereka, seorang responden merupakan jenis

pelajar visual dan seorang lagi adalah jenis pelajar kinestetik. Tidak ketinggalan,

responden yang berada pada tahap akademik sederhana juga terdiri daripada

seorang jenis visual dan seorang lagi jenis pelajar kinestetik. Keempat-empat

responden ini merupakan responden yang berada di dalam satu kelas yang sama.

Manakala dua orang responden lagi merupakan jenis pelajar auditori dan kinestetik

yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah.

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan bagi kajian kes ini, ternyata

gaya belajar responden sedikit sebanyak telah mempengaruhi tahap pencapaian

akademik mereka. Untuk menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut, saya akan

menghuraikan kaitan antara kedua-dua perkara ini berdasarkan jenis gaya

pembelajaran responden yang telah dikenalpasti.

Jenis gaya pembelajaran yang pertama menurut Model VAK ialah Gaya

Pembelajaran Visual di mana murid-murid yang tergolong dalam jenis ini mempunyai

kecenderungan belajar yang memerlukan sesuatu yang dapat mereka lihat supaya

mereka dapat memahami dengan lebih mendalam sesuatu topik yang diajarkan.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sangat

mempengaruhi keberkesanan pembelajaran untuk pelajar jenis ini.

Berdasarkan hasil soal selidik yang dilakukan, terdapat dua orang responden

yang merupakan pelajar jenis ini yang menunjukkan keupayaan mereka belajar

dengan lebih baik jika menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar, carta

5

Page 6: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

dan sebagainya. Minat mereka untuk belajar juga akan lebih meningkat jika bahan-

bahan yang digunakan adalah menarik dan berkesan dalam membantu pemahaman

mereka dalam mempelajari topik tertentu. Selain penggunaan bahan bantu

mengajar, mereka juga lebih baik dalam mempelajari sesuatu perkara melalui

pembacaan mereka sendiri.

Berdasarkan analisis terhadap soal selidik yang dilaksanakan (Rujuk

Lampiran B), saya dapati hobi kedua-dua responden yang tergolong dalam pelajar

jenis ini adalah membaca. Oleh sebab itu, melalui hobi ini ia telah memberi manfaat

kepada mereka dalam memperoleh keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan

yang dilaksanakan. Selain itu, hobi mereka ini juga telah membantu mereka dalam

usaha mendalami sesuatu yang dipelajari melalui pembacaan mereka sendiri.

Tambahan pula, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh

guru-guru semasa di dalam kelas yang banyak menggunakan visual dan aktiviti

pembacaan telah memberi satu kebaikan kepada pelajar jenis ini untuk mempunyai

prestasi yang lebih cemerlang dalam bidang akademik mereka.

Jadi, tidak hairanlah seorang responden daripada pelajar jenis ini berada

pada tahap akademik cemerlang dan seorang responden lagi berada pada tahap

sederhana memandangkan persekitaran pembelajaran mereka banyak

mempengaruhi citarasa mereka untuk belajar dengan lebih baik. Menurut Dunn dan

Dunn (1978) dalam Meor Ibrahim dan Assaadah (2011) menyatakan seseorang

individu tersebut dapat mempertingkatkan pencapaian mereka sekiranya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan mengikut gaya pembelajaran

mereka. Oleh sebab itu, gaya pembelajaran yang dominan untuk mereka telah

membantu mereka untuk memahami pelajaran yang diajar oleh guru semasa di

dalam kelas.

Gaya pembelajaran yang seterusnya adalah Gaya Pembelajaran Auditori di

mana murid-murid yang tergolong dalam gaya pembelajaran jenis ini mempunyai

kecenderungan belajar dengan lebih berkesan melalui proses mendengar secara

berulang kali untuk mengukuhkan kefahaman mereka semasa proses belajar.

Menurut Murdoch Teacher Center (1984) dalam Azizi dan Syazwani (t.t),

murid auditori dapat mengukuhkan ingatan mereka dengan mendengar semula

rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Oleh sebab

6

Page 7: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

itu, pelajar jenis ini merupakan seseorang yang suka bercakap dan meluahkan

pendapat kerana melalui perbincangan yang dilakukan semasa aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas, mereka dapat memahami dengan lebih mendalam

isi pelajaran yang dibincangkan berbanding dengan belajar secara bersendirian

yang membataskan proses perkongsian idea dan menyukarkan proses pemahaman

mereka. Menurut Noriati et. al (2012), pelajar auditori dapat belajar dengan lebih

berkesan melalui kuliah, perbincangan dan mendengar penerangan dan pendapat

orang lain selain mereka juga sangat mementingkan aspek intonasi suara, pitch,

kelajuan dan butiran-butiran lain semasa mereka belajar.

Berdasarkan hasil kajian kes ini, saya mendapati hanya seorang responden

sahaja yang tergolong dalam gaya pembelajaran jenis ini yang merupakan pelajar

yang berada pada tahap akademik yang lemah. Jika dilihat dari segi proses

pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh daripada beberapa pemerhatian yang

dibuat, guru-guru di sekolah ini tidak mempunyai masalah dalam menghasilkan

suatu aktiviti yang mampu melibatkan semua murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran mereka memandangkan pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah

ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah memberi gambaran bahawa para

pendidiknya juga merupakan bukan calang-calang pendidik.

Oleh sebab itu, saya tidak melihat langkah pengajaran seseorang guru itu

begitu mempengaruhi gaya pembelajaran responden ini yang menyebabkan prestasi

akademiknya sedikit lemah. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa

mendapatkan maklumat, hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kedudukan

responden di dalam kelas yang berada agak jauh daripada guru yang menyukarkan

pembelajaran responden ini di dalam kelas kerana sukar mendapatkan maklumat

yang jelas dan berkesan daripada guru-guru yang mengajar di hadapan kelas.

Memandangkan pelajar auditori menggunakan kemahiran mendengar yang tinggi

semasa pembelajaran, jadi secara tidak langsung kedudukan responden yang

terletak di barisan belakang menjadi salah satu faktor di mana kecenderungan gaya

pembelajarannya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bagi mengatasi

masalah ini, responden haruslah berada di tampat duduk hadapan bagi

menyesuaikan dengan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan kefahamannya

dalam subjek-subjek yang dipelajari dengan menyuarakan persoalan secara terus

7

Page 8: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

kepada guru-guru yang mengajar bagi merungkai persoalan tersebut dengan

mendapat jawapan terus daripada guru yang berada hampir dengannya.

Tidak ketinggalan, gaya pembelajaran terakhir mengikut Model VAK ialah

Gaya Pembelajaran Kinestetik. Menurut Noriati et. al (2012), pelajar dalam kategori

ini belajar melalui pergerakan, merasa, menyentuh, menyusun, mereka cipta dan

membina atau membuat. Mereka juga akan dapat mengingati sesuatu dengan baik

apabila mereka mencuba terus melakukan aktiviti melalui pendekatan hands-on

(Murdoch Teacher Center (1984) dalam Azizi dan Syazwani (t.t)). Berdasarkan

dapatan hasil kajian yang dilakukan ini, seramai tiga orang responden tergolong

dalam kategori pelajar jenis ini dimana ketiga-tiga responden mempunyai tahap

akademik yang berbeza antara satu sama lain iaitu seorang berada pada tahap

cemerlang, seorang pada tahap sederhana dan seorang lagi berada pada tahap

lemah.

Murid yang tergolong dalam kategori gaya pembelajaran kinestetik ini

mempunyai kelebihan dalam mempelajari sesuatu perkara memandangkan banyak

aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengukuhan kefahaman murid-murid dilaksanakan

dalam bentuk hands-on sepertimana yang saya perhatikan amalan guru-guru

disekolah ini yang rata-ratanya memilih penggunaan kaedah ini semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk menambah kefahaman murid.

Jadi, tidak hairanlah jika responden yang tergolong dalam kategori cemerlang

dah sederhana ini tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka semasa

di dalam kelas memandangkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru juga

banyak berbentuk aktiviti hands-on yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.

Tetapi, jika dilihat pula responden yang berada pada tahap lemah yang tergolong

dalam kategori ini menunjukkan prestasi yang mengecewakan walaupun pengajaran

guru telah menepati gaya pembelajarannya, mungkin terdapat sesuatu kekangan

lain yang secara tidak langsung telah menjejaskan prestasi responden ini dalam

bidang akademiknya.

Sepertimana maklumat yang diperoleh daripada soal selidik yang

dilaksanakan (Rujuk Lampiran B) pada responden ini, saya dapat mengenalpasti

bahawa terdapat satu faktor yang mempengaruhi prestasi responden ini dalam

bidang akademik iaitu faktor pengurusan waktu belajar yang kurang efisien semasa

8

Page 9: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

di rumah. Berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan ini, saya mendapati

responden ini hanya memperuntukkan masa yang sangat singkat untuk

mengulangkaji pelajaran semasa di rumah iaitu selama 30 minit sahaja. Hal ini juga

menunjukkan bahawa suatu kerugian kepadanya jika dia tidak dapat

mengaplikasikan gaya pembelajaran dengan betul dalam usaha untuk memperbaiki

prestasinya dalam bidang akademik. Oleh itu, jika responden ini mampu

memperbaiki peruntukan masa belajar semasa di rumah, nescaya gaya

pembelajaran kinestetik yang dominan dalam dirinya akan dapat memperbaiki tahap

pencapaiannya dalam bidang akademik memandangkan sesuatu pelajaran itu akan

lebih lama diingati jika murid banyak membuat ulangkaji ditambah pula dengan

aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang betul-betul

menepati kriteria gaya pembelajaran murid jenis kinestetik ini.

Kesimpulannya, kajian kes yang dilaksanakan untuk mengkaji gaya belajar

enam orang murid tahun 5 ini yang mempunyai tahap akademik cemerlang,

sederhana dan lemah telah menunjukkan kepada saya bahawa gaya pembelajaran

seseorang murid itu sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi mereka dalam bidang

akademik. Jika murid dapat memanfaatkan sebaik mungkin gaya pembelajarannya

semasa proses pengajaran dan pembelajaran, nescaya sangat mudah untuk mereka

memahami sesuatu pengajaran yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Daripada

kajian Dunn (1989) dalam Meor Ibrahim dan Assaadah (2011) yang bertajuk “Survey

of Research on Learning Styles” telah membuktikan bahawa murid-murid berjaya

belajar dengan lebih berkesan serta berupaya pula mengekalkan apa yang dipelajari

dalam ingatan mereka dengan lebih lama lagi apabila murid-murid diajar

berlandaskan kekuatan pengamatan dan persekitaran pengajaran yang mengambil

kira cara-cara atau gaya murid-murid belajar. Oleh sebab itu, dalam usaha

memperkembang potensi murid-murid ini dalam bidang akademik mereka,

perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga mestilah mengambil kira

aspek gaya pembelajaran mereka ini bagi mewujudkan hasil yang cemerlang.

9

Page 10: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

3.0 PENULISAN AKADEMIK

Berdasarkan situasi yang dinyatakan di atas, masalah yang dihadapi oleh

murid-murid di pedalaman adalah berpunca daripada masalah kemiskinan yang

dihadapi oleh keluarga mereka sendiri yang akhirnya telah menjejaskan prestasi

mereka dalam bidang akademik. Menurut Zalika et. al (2009), kajian

memperkasakan pendidikan luar bandar mendapati bahawa pendidikan luar bandar

berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa,

kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan

infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara.

Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan bukanlah suatu perkara

yang menjadi batu penghalang ke arah pembinaan generasi muda yang berilmu

pengetahuan dan berkemahiran dalam segenap aspek kerana semangat yang

dimiliki oleh kanak-kanak untuk belajar menjadi penentu sama ada mereka menjadi

insan yang berjaya ataupun sebaliknya.

Sebagai seorang guru saya melihat masalah ini dapat ditangani dari semasa

ke semasa jika terdapat langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan bagi

menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, saya

menyenaraikan tiga langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini yang

tentunya peranan saya sebagai seorang guru menjadi fokus utama untuk

menyelesaikan masalah ini.

10

Anda ditempatkan di sebuah sekolah di pedalaman. Terdapat 25 orang murid

dalam bilik darjah anda. Ramai murid anda perlu berjalan dan mengambil masa

sejam untuk sampai ke sekolah. Keadaan fizikal bilik darjah uzur dan tidak

kondusif. Kebanyakan murid berasal daripada keluarga yang miskin dan mereka

perlu bekerja selepas waktu persekolahan yang menyebabkan mereka sering

keletihan semasa di dalam bilik darjah dan tidak bermotivasi untuk belajar. Murid

anda juga sering tidak hadir ke sekolah atas pelbagai alasan. Tahap pencapaian

akademik mereka sangat lemah.

Page 11: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Sebagai seorang guru, membina hubungan yang baik dengan ibu bapa, pihak

sekolah dan murid-murid akan membantu menyelesaikan masalah ini sedikit demi

sedikit. Jadi, langkah yang saya pilih adalah berdasarkan tiga asas ini iaitu

bekerjasama dengan ibu bapa, kolaborasi dengan pihak sekolah bagi

mempertingkat suasana di sekolah terutamananya suasana di bilik darjah dan akhir

sekali adalah hubungan saya dengan murid-murid itu sendiri yang menjadi fokus

utama dalam keberhasilan menangani masalah ini sepertimana yang ditunjukkan

dalam rajah di bawah ini.

Rajah 3.0 Langkah-langkah yang boleh diambil sebagai seorang guru bagi

mengatasi masalah yang dihadapi

Sebagai seorang guru, langkah pertama yang boleh saya ambil untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini supaya tahap pencapaian

akademik mereka dapat ditingkatkan adalah saya akan berkenalan dengan ibu bapa

anak-anak murid saya dan seterusnya berkerjasama dengan ibu bapa mereka.

Dengan cara ini saya akan dapat mengenali dengan lebih lanjut peribadi anak murid

saya melalui ibu bapa mereka selain meminta bantuan mereka memantau keadaan

anak mereka semasa di rumah memandangkan peranan guru hanya di sekolah dan

apabila murid-murid di rumah, mereka bukan lagi di bawah pengawasan guru-guru.

11

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL

SEBAGAI SEORANG GURU

1. Bekerjasama dengan ibu bapa

2. Kolaborasi dengan pihak

sekolah

3. Membina hubungan erat dengan murid-

murid

Page 12: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Oleh sebab itu, kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa adalah sangat penting

kerana usaha yang dilakukan oleh guru-guru semasa di sekolah dapat terus

dilaksanakan walaupun murid-murid berada di rumah. Hal ini terbukti begitu penting

untuk dilaksanakan supaya anak-anak bermotivasi untuk belajar dengan sokongan

dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan guru mereka sepertimana yang

dinyatakan oleh Noriati et. al (2012) berkenaan kepentingan hubungan rapat antara

guru, ibu bapa dengan murid-murid seperti dalam petikan berikut :

Ahli humanis juga mengemukakan perlunya hubungan

rapat/keakraban (relatedness) antara guru, ibu bapa dengan pelajar. Ciri ini

perlu untuk mengeratkan hubungan dan keinginan untuk berhubungan

dengan orang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar.

Apabila ibu bapa dan guru berhubung rapat dengan pelajar, mereka

menunjukkan motivasi intrinsik yang tinggi. Keakraban/relatedness

mempunyai dua komponen, iaitu penglibatan dan sokongan autonomi

(Woolfolk, 2006). Dalam konteks penglibatan, tahap di mana guru dan ibu

bapa berminat dan arif serta meluangkan masa kepada aktiviti anak-anak

mereka memainkan peranan dalam memotivasikan pelajar secara intrinsik.

Manakala tahap di mana guru dan ibu bapa menggalakkan pelajar mereka

membuat pilihan sendiri merujuk kepada sokongan autonomi. Penglibatan

dan sokongan autonomi yang tinggi akan meningkatkan kompetensi,

tanggungjawab dan pencapaian pelajar. Secara tidak langsung pelajar akan

bermotivasi untuk melaksanakan tugasan atau aktiviti yang diberikan.

(Noriati et. al, 2012 : ms 226)

Daripada penyataan ini dapat dirumuskan bahawa peranan ibu bapa dan guru

adalah sangat penting dalam memotivasikan murid-murid untuk belajar. Oleh sebab

itu, keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak

mereka adalah sangat perlu bagi memberi semangat kepada mereka untuk tetap

menuntut ilmu walaupun dihimpit dengan kesusahan hidup.

Memandangkan murid-murid di kawasan pedalaman kebanyakannya datang

daripada keluarga yang kurang berkemampuan, penyediaan keperluan bahan

pembelajaran yang mencukupi seperti buku rujukan, buku latihan dan sebagainya

sudah tentu tidak dapat disediakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka dan

12

Page 13: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

mereka hanya bergantung kepada bahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak

sekolah semata-mata disebabkan kekangan faktor kewangan. Menurut Yusof Zaki

Yaakub (1975) dalam Azizi et. al (2005),. kedudukan kewangan sesebuah keluarga

akan menentukan jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anak. Oleh

sebab itu, terdapat sesetengah kanak-kanak tidak bersemangat untuk belajar kerana

kebanyakan keinginan mereka tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka.

Menurut Zalika et. al (2009), pada tahun 2004, negeri Kedah dan Perlis

mencatatkan tahap kemiskinan keseluruhan yang paling tinggi di Koridor Utara, iaitu

pada kadar 7% (27,300 buah isi rumah) dan 6.3% (3,200 buah isi rumah), masing-

masing. Kedua-dua kadar tersebut mengatasi kadar purata kemiskinan keseluruhan

negara iaitu 5.7%. Pada tahun yang sama, negeri Perlis, Kedah dan Perak turut

mencatatkan kadar kemiskinan tegar yang lebih tinggi daripada kadar purata

kemiskinan tegar negara iaitu 0.7%, di mana kadar kemiskinan tegar di negeri Perlis,

Kedah dan Perak dianggarkan adalah 1.7%, 1.3% dan 1.1%, masing-masing.

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan ini, jadi tidak mustahil kemiskinan

yang berlaku dalam negeri-negeri tersebut dan negeri-negeri lain juga telah memberi

impak negatif terhadap perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Walaupun

kajian tersebut adalah pada tahun 2004, fenomena kemiskinan di Malaysia masih

lagi tidak menemui jalan penghujunnya sehingga sekarang kerana masih ada lagi

keluarga-keluarga yang tergelincir daripada landasan arus pembangunan yang

begitu banyak dugaannya.

Walaupun begitu, masalah ini bukanlah suatu yang perlu diperbesarkan

kerana bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah sudah

mencukupi bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. Jika ibu bapa dapat

membantu guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka dengan memanfaatkan

kemudahan pembelajaran yang diberikan oleh pihak sekolah semasa di rumah

selain berusaha mewujudkan suasana rumah yang ceria, sudah tentu pendidikan

anak-anak mereka tidak terabai walaupun dalam keadaan serba kekurangan

sepertimana yang dinyatakan oleh Tang (1989) dalam Azizi et. al (2005) iaitu

suasana rumah tangga yang baik, mesra, penuh dengan kasih sayang, kanak-kanak

dengan mudah akan membina sahsiah yang sihat seperti menunjukkan sifat bebas,

bercita-cita tinggi, gigih dan mempunyai keyakinan diri sendiri.

13

Page 14: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Dengan cara inilah semangat untuk kanak-kanak belajar akan terus membara

dengan sokongan yang tidak putus-putus diterima daripada keluarga mereka kerana

dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka ini, mereka akan berusaha

untuk menjadi yang terbaik dalam pelajaran supaya dapat mencapai impian yang

diharapkan seterusnya membantu memperbaiki taraf sosioekonomi keluarga

mereka.

Tidak ketinggalan, peluang bekerjasama dengan ibu bapa yang saya peroleh

ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin dengan cara memberi cadangan kepada

ibu bapa supaya tidak membiarkan anak-anak mereka bekerja mencari sumber

pendapatan kerana hal ini akan menjejaskan tumpuan mereka dalam kelas

disebabkan keletihan dan seterusnya membawa kepada pelbagai alasan yang

membuatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Oleh sebab itu, sebagai seorang

guru saya merasakan langkah bekerjasama dengan ibu bapa merupakan langkah

terbaik untuk mengatasi masalah ini memandangkan ibu bapa merupakan individu

yang berpengaruh dalam memperbaiki sikap anak-anak mereka dari segenap aspek

yang semestinya tidak mampu dilakukan oleh seorang guru melainkan ibu bapa

murid-murid itu sendiri.

Sebagai seorang guru, langkah seterusnya bagi menangani masalah ini

adalah dengan cara berkolaborasi dengan pihak sekolah. Melihat situasi sekolah

yang digambarkan dalam masalah ini, terdapat pelbagai kekurangan yang harus

diperbaiki oleh pihak sekolah supaya murid-murid yang tidak berminat untuk datang

ke sekolah di sebabkan suasana sekolah yang tidak menyenangkan akan

bersemangat kembali untuk belajar apabila suasana sekolah lebih menceriakan.

Oleh sebab itu, langkah berkolaborasi dengan pihak sekolah iaitu dengan cara

memberi cadangan dan pendapat yang dapat membantu membaik pulih keadaan

sekolah semestinya akan memberi kesan positif kepada pelbagai pihak.

Sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah seperti bantuan kewangan bagi

menceriakan suasana sekolah semestinya sangat membantu bagi menangani

masalah ini. Walaupun begitu, menjadi seorang guru juga perlulah sedia untuk

berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi melihat anak didiknya dapat belajar

dengan baik. Sebagai contoh, dengan inisiatif sendiri saya akan mencantikkan

suasana di dalam bilik darjah saya supaya murid-murid selesa dan bersemangat

14

Page 15: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

untuk belajar. Hal ini kerana, suasana yang ceria di dalam bilik darjah juga sangat

mempengaruhi semangat murid-murid untuk belajar. Keadaan bilik darjah yang kotor

dengan sampah, berselerak dan tidak tersusun dengan kemas akan mengurangkan

minat murid-murid untuk belajar. Menurut Noriati et. al (2012), murid-murid yang

berada di dalam bilik darjah yang teratur susunannya akan berasa selamat dan

diterima selain persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan

pengaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.

Tidak ketinggalan, saya juga akan berusaha menghiasi bilik darjah saya

dengan pelbagai teks dan maklumat-maklumat yang berguna untuk murid-murid

saya supaya ilmu pengetahuan yang dipelajari akan kekal dalam ingatan mereka jika

maklumat tersebut sentiasa dilihat dan dibaca. Dengan cara ini, murid-murid yang

tidak bermotivasi untuk belajar disebabkan masalah bilik darjah yang uzur dan tidak

kondusif selain kekurangan bahan rujukan akan dapat diselesaikan dan secara

langsung akan membina semula keinginan mereka untuk belajar di dalam kelas dan

meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. Menurut Keller (1979, 1987)

dalam Abdul Rahim (1996), Teori Motivasi Keller yang dihasilkan oleh beliau ada

mengatakan bahawa :

...Kekurangan input peribadi seperti perhatian mungkin dapat dikesan

dan diperbaiki apabila terdapatnya bahan pengajaran bercetak, pelbagai jenis

bahan teks yang sesuai, pengetahuan dan pengalaman lampau pelajar.

Pereka bentuk pengajaran boleh memulihkan aspek kekurangan bagi

perhatian dengan cara memperkembang paparan teks yang boleh

membangkit dan mengekalkan minat pelajar. Minat ini boleh membawa

kepada peningkatan motivasi untuk belajar daripada bahan teks pengajaran,

yang mungkin mempunyai pengaruh positif ke atas prestasi.

(Keller 1979, 1987 dalam Abdul Rahim, 1996)

Langkah terakhir bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini adalah dengan

cara membina hubungan yang rapat dengan murid-murid. Melalui langkah ini, saya

sebagai guru akan memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh

anak-anak murid saya supaya mereka tidak terus terabai dalam pelajaran

disebabkan masalah tersebut dan membina semangat mereka untuk terus belajar

15

Page 16: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

dengan memberi motivasi yang berterusan kepada mereka supaya keinginan

mereka untuk belajar tidak terkandas di tengah jalan.

Tidak dinafikan kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang murid-murid

peroleh daripada individu-individu di sekitar mereka terutamanya guru-guru mereka

semasa di sekolah adalah sangat membantu semangat mereka untuk tetap fokus

dalam pelajaran mereka selain ianya dapat membawa kepada peningkatan

pencapaian dalam bidang akademik. Berikut merupakan maksud motivasi yang

dikemukakan oleh beberapa pendapat yang terdapat dalam Abdul Rahim (1996)

yang dapat menunjukkan kepentingan motivasi kepada pelajar-pelajar disamping

sokongan daripada aspek-aspek lain yang mempengaruhi pelajar untuk belajar :

Motivasi untuk belajar dianggap sebagai sifat umum atau keadaan

spesifik kepada sesuatu situasi (Martin dan Briggs, 1986; Keller, 1983). Martin

dan Briggs merujuk kepada sifat umum sebagai kesanggupan pelajar-pelajar

belajar untuk kepentingan mereka. Manakala keadaan spesifik pula sebagai

penglibatan yang terancang bagi pelajar untuk memperolehi konsep-konsep

dan kemahiran tertentu. Situasi kedua inilah yang lazimnya menarik perhatian

pengajar dan pereka bentuk pengajaran. Keadaan tersebut berhubung secara

langsung dengan reka bentuk bahan-bahan pengajaran untuk membantu

pelajar memperolehi sesuatu pengetahuan dan kemahiran. Sebaliknya,

keadaan motivasi pelajar juga penting (Keller, 1983 ; Martin dan Briggs,

1986) kerana motivasi adalah perlu untuk sesuatu tugasan mental

(Salomon, 1984). Bukti empirikal menunjukkan bahawa motivasi positif

dengan signifikannya mempengaruhi pencapaian (Gagne, 1985) dan

ramai pakar teori pengajaran bersetuju peri pentingnya kesanggupan pelajar

untuk belajar (Ausubel, 1968; Gagne, 1985).

(Abdul Rahim, 1996 : ms 43)

Berdasarkan petikan di atas dapatlah dikatakan di sini bahawa motivasi itu

merupakan aspek yang sangat penting untuk disemai dalam diri murid-murid supaya

proses pembelajaran dapat dilakukan mengikut kerelaan dan kesedaran dalam diri

mereka sendiri bukan secara paksaan daripada orang lain.

16

Page 17: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Tidak ketinggalan, kepentingan menyemai motivasi diri yang tinggi dalam diri

murid-murid adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk membimbing mereka

mencapai kebahagian, kesejahteraan dan kejayaan dalam hidup. Menurut Sharifah

Akmam (2005), kepentingan seseorang itu mempunyai motivasi diri yang tinggi

adalah supaya mereka sedar dan tahu tujuan mereka dalam mengharungi

kehidupan seharian, mengetahui dan menghargai potensi diri, menghindari tabiat,

sikap dan perlakuan tidak baik atau kurang berkesan, mempunyai daya usaha

berterusan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dan akhir sekali adalah untuk

membentuk disiplin diri dalam kehidupan seharian sepertimana yang dikatakan oleh

Brian Tracy berkaitan kepentingan mempunyai motivasi diri iaitu “The key to success

is to set your own goals and determine your own motivation.”

Melihat kepada konsep motivasi itu sendiri yang merupakan satu keinginan

yang paling kuat untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan selain ianya merujuk

kepada desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan seseorang untuk membuat

sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis rangsangan, keperluan, kehendak,

kemahuan dan kuasa lain untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki dalam hidup ini

(Sharifah Akmam, 2005) dapatlah disimpulkan di sini bahawa motivasi yang

diberikan kepada murid-murid itu akan membantu mereka merefleksi diri mereka

sendiri dan membuatkan mereka sedar dengan tujuan hidup mereka supaya mereka

tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu begitu sahaja tanpa membuatkan

mereka sedar dengan kelebihan yang akan mereka perolehi jika mereka menjadi

individu yang cemerlang dalam pelajaran.

Oleh sebab itu, sebagai seorang guru saya perlu memikul tanggungjawab

untuk memotivasikan murid-murid saya ini dengan sebaik mungkin supaya motivasi

ekstrinsik yang saya berikan kepada mereka secara tidak langsung akan

memperkukuh motivasi intrinsik mereka.

Terdapat beberapa cara yang boleh diambil untuk merangsang motivasi

intrinsik dan ekstrinsik murid-murid. Sebagai contoh, untuk merangsang motivasi

intrinsik murid-murid saya akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran

yang boleh memberi mereka kebebasan untuk mengekspresi potensi diri dengan

melakukan sesuatu aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk belajar selain

memikirkan pendekatan yang bersesuaian supaya mereka tidak jemu semasa

17

Page 18: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

belajar di dalam kelas. Hal ini akan membawa kepada pengekalan ilmu yang lebih

lama dalam ingatan mereka seterusnya dapat membantu memperbaiki keputusan

akademik mereka yang lemah.

Selain itu, saya juga akan berusaha menyediakan bahan pengajaran yang

dapat menarik minat mereka untuk belajar memandangkan Teori Motivasi Keller

(1983) dalam Abdul Rahman (1996) ada mengatakan bahawa bahan-bahan

pengajaran yang sesuai boleh direka bentuk dengan baik dan berkesan untuk

menarik perhatian pelajar serta menjalinkan rasa kaitan. Tambahan lagi, minat yang

relevan boleh meningkatkan kesanggupan dan kegigihan pelajar untuk belajar dari

bahan teks dan seterusnya mempengaruhi prestasi. Oleh sebab itu, kepelbagaian

bahan pengajaran yang digunakan dalam kelas sememangnya akan dapat memberi

kesan yang positif terhadap pencapaian akademik murid-murid yang sebelumnya

kurang memuaskan disebabkan masalah-masalah yang dinyatakan sebelum ini.

Bagi merangsang motivasi ekstrinsik pula, saya akan menyediakan ganjaran

kepada mereka yang dapat memenuhi target yang saya tetapkan dalam tempoh

tertentu dan denda akan diberikan kepada mereka yang tidak dapat mencapai target

tersebut. Hal ini adalah untuk memupuk semangat murid-murid untuk berusaha

dengan gigih demi memperoleh ganjaran yang ditetapkan. Daripada situasi ini akan

berlaku persaingan yang sihat dalam kalangan mereka untuk menjadi yang terbaik di

dalam kelas selain menunjukkan kemampuan mereka untuk berjaya seperti murid-

murid lain. Menurut Noriati et. al (2012), keberkesanan motivasi ekstrinsik dalam

pengekalan tingkah laku secara berlanjutan adalah merupakan bentuk motivasi yang

paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkah laku produktif dalam

keadaan tertentu. Oleh sebab itu, mengetahui kepentingan memotivasikan murid-

murid adalah sangat membantu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka

ini.

Melalui hubungan mesra yang disemai dengan anak-anak murid ini,

semestinya akan mempengaruhi perkembangan psikososial mereka di mana iklim

bilik darjah yang sihat dan mengutamakan hubungan sesama murid, hubungan guru

dengan murid, semangat bekerjasama, kekitaan, toleransi, berbaik sangka,

penerimaan, penghargaan dan rasa selamat akan membentuk persekitaran

pembelajaran yang memberangsangkan (Noriati et. al, 2012).

18

Page 19: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga langkah yang saya utarakan sebagai

seorang guru dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bilik

darjah saya ini akan dapat diselesaikan jika tindakan yang dirancang dapat saya

laksanakan dengan sebaik mungkin dengan sokongan dan bantuan daripada pihak-

pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan langkah ini. Usaha yang berterusan

dan tidak mengenal erti putus asa juga sememangnya menjadi nadi kekuatan bagi

menangani setiap masalah yang dihadapi kerana realiti tugas guru adalah seperti ini,

sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dengan hati

yang cekal dan minda yang tenang.

19

Page 20: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

4.0 ULASAN KRITIS

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menyiapkan tugasan Murid dan

Alam Belajar (EDU 3103) ini, terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan yang dapat

dikenalpasti dalam membantu saya menjadi seorang guru yang cemerlang dan

berkaliber pada masa hadapan. Sememangnya pengalaman yang diperoleh ini

membuatkan saya sedar dengan kelemahan yang saya memiliki dan ianya menjadi

penanda aras kepada saya supaya berusaha memperbaiki kelemahan tersebut agar

saya tidak terus berada ditakuk yang sama tanpa sebarang perubahan dalam diri.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan di mana semakin banyak kita

mempelajari sesuatu ilmu itu, membuatkan kita sedar bahawa semakin banyak yang

belum kita ketahui dan terokai. Hal ini membuatkan saya berasa ilmu yang dipelajari

sehingga sekarang ini masih tohor lagi dan masih memerlukan pelbagai rujukan dan

bimbingan dalam mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang diinginkan suatu

hari nanti yang mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

Walau sesukar manapun cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang

pendidikan ini yang melibatkan murid-murid, sebagai seorang guru masalah yang

dihadapi ini adalah merupakan halangan yang harus diharungi dengan hati yang

tabah dan kental selain tidak mudah berputus asa kerana setiap kesukaran itu pasti

ada kegembiraan diakhirnya. Melihatkan perubahan yang sentiasa dilakukan oleh

pihak kerajaan dalam bidang pendidikan yang melibatkan penambahbaikan dalam

kurikulum di sekolah supaya ianya sentiasa seiring dengan keperluan zaman

sekarang telah membuka mata saya supaya bersiap sedia daripada sekarang dalam

menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam sistem pendidikan kelak

dan berupaya menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Melalui Kerja Kursus Projek (KKP) yang dilaksanakan ini, saya dapat

mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana gaya pembelajaran seseorang

pelajar itu dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka berdasarkan kajian

kes yang dilakukan. Oleh sebab setiap orang mempunyai perbezaan antara satu

sama lain, jadi sebagai bakal guru saya perlu mengambil iktibar daripada

pengalaman ini dengan mengambil kira aspek gaya belajar murid-murid saya ini

20

Page 21: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas suatu hari

nanti supaya saya dapat melibatkan semua orang murid dalam aktiviti yang

dilaksanakan.

Tambahan pula, semasa penyediaan KKP ini juga saya dapat mengetahui

bertapa pentingnya seseorang guru itu perlu mengenali murid-murid dengan lebih

rapat supaya dengan cara ini guru dapat mengetahui kemampuan murid-murid

mereka yang mempunyai perbezaan kemampuan antara satu sama lain walaupun

mereka berada di dalam kelas yang sama. Oleh sebab itu, sebagai bakal guru,

pengalaman ini menjadi salah satu penanda aras kepada saya dalam memperbaiki

kelemahan yang terdapat dalam diri saya supaya saya lebih bersedia berhadapan

dengan situasi seperti ini yang memerlukan saya mengaplikasikan pelbagai kaedah

dan teknik yang dipelajari semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas.

Tidak ketinggalan, KKP ini juga membantu saya mendalami peranan sebagai

seorang guru yang menggalas tanggungjawab yang sangat berat dalam

merealisasikan setiap dasar kerajaan terutamanya peranan guru dalam menjayakan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam

melaksanakan kurikulum untuk membangunkan modal insan yang berguna,

seimbang dan harmonis daripada pelbagai aspek walau di mana sahaja seseorang

guru itu ditempatkan untuk mengajar sama ada di pedalaman mahupun di bandar.

Tidak dapat dinafikan, melalui tugasan ini saya mendapat gambaran tentang

kesukaran yang dialami oleh murid-murid di pedalaman yang daif dan serba

kekurangan sehingga menjejaskan tumpuan mereka dalam pelajaran. Hal ini

membuatkan saya berasa sangat bersyukur kerana saya berpeluang belajar dalam

keadaan yang selesa berbanding murid-murid yang berada di pedalaman yang rata-

ratanya keluarga mereka mempunyai pelbagai masalah. Oleh sebab itu, dengan

pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang pembelajaran saya di

bumi IPG ini, jika saya ditempatkan di sekolah pedalaman kelak, saya akan

berusaha semampu mungkin dalam membantu murid-murid di pedalaman ini agar

mereka juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan murid-

murid lain di bandar supaya mereka juga mampu mencapai cita-cita yang mereka

hajatkan.

21

Page 22: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Pengalaman yang diperoleh sepanjang pelaksanaan KKP ini juga telah

menyedarkan saya bahawa menjadi seorang guru perlulah mempunyai kebolehan

dalam mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh murid-murid semasa di

sekolah memandangkan guru merupakan individu yang terdekat dengan murid-

murid selepas ibu bapa mereka selain berusaha memperbaiki kelemahan yang

terdapat dalam diri saya dalam usaha menjadi seorang guru yang cemerlang pada

masa hadapan. Oleh sebab itu, saya berasa bangga kerana menjadi insan terpilih

untuk menggalas tanggungjawab menjadi seorang guru pada suatu hari nanti dan ini

merupakan suatu pengiktirafan yang saya idam-idamkan untuk bersama-sama

berganding bahu dan berkongsi keringat untuk membangunkan modal insan negara

ini yang seimbang dari segi akademik dan juga kokurikulum mereka.

Kesimpulannya, KKP ini telah memberi saya pendedahan tentang

pengalaman dan pengetahuan baharu yang mampu membentuk peribadi saya

sebagai bakal guru yang akan berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa

depan. Saya percaya bahawa halangan yang saya tempuhi semasa melaksanakan

tugasan ini bukanlah setanding dengan halangan yang bakal saya tempuhi dalam

dunia pendidikan kelak. Saya juga yakin bahawa pengalaman yang saya peroleh

sepanjang penyediaan tugasan ini saya dapat memanfaatkannya dalam dunia

pendidikan kelak. Sememangnya, segala input berguna yang dapat saya jadikan

sebagai bekalan sebagai seorang guru suatu hari nanti akan sentiasa tersemat

dalam diri saya dan saya juga berharap pengalaman dan ilmu pengetahuan ini dapat

menjadi rujukan kepada orang lain juga.

Sekian, terima kasih.

22

Page 23: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tiga bahagian utama yang dibincangkan dalam kerja

kursus projek ini iaitu kajian kes, penulisan akademik dan ulasan kritis

sememangnya memberi pengalaman yang berbeza di mana melalui kajian kes yang

dilaksanakan pada enam orang murid Tahun 5, ianya telah memberi suatu

gambaran kepada perbezaan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang

murid dengan murid yang lain di samping ianya telah mempengaruhi keputusan

mereka dalam peperiksaan yang dijalankan walaupun mereka belajar di dalam kelas

yang sama.

Melalui penulisan akademik pula, apa yang dapat dirumuskan adalah saya

belajar menjadi seorang guru yang berusaha menangani masalah yang dihadapi

oleh murid-murid di dalam kelas saya supaya mereka bersemangat untuk belajar di

sekolah semula dan mampu memperbaiki pencapaian mereka dalam bidang

akademik yang kurang memberangsangkan sebelumnya.

Bahagian terakhir yang dibincangkan dalam kerja kursus projek ini adalah

ulasan kritis di mana saya menilai kembali apa yang saya perolehi sepanjang proses

penghasilan kerja kursus ini dari awal sehinggalah ianya selesai disiapkan dengan

mengambil kira kepentingan yang dapat diaplikasikan sebagai panduan untuk

menjadi guru yang cemerlang suatu hari nanti.

23

Page 24: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

RUJUKAN

Abdul Rahim Mohd Saad. (1996). Mereka Bentuk Teks Pengajaran Secara Efisien

Dan Efektif. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aneeza Binti Baharum Shah. (2012). Gaya Pembelajaran. Diakses pada 12 Ogos

2013, daripada http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-

pembelajaran.html

Azizi Bin Yahaya, & Nurfaizah Binti Abd Majid. (t.t). Teori Dan Model Berkenaan

Dengan Gaya Pembelajaran. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Bin Yahaya, & Syazwani Binti Abdul Razak. (t.t). Teori Berkaitan Gaya

Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi

Malaysia.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, & Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi

Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, & Zurihanmi Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif.

Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Hairunnaja Najmuddin. (2006). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya.

Bentong : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid

Dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sani. (2013). Gaya Pembelajaran. Diakses pada 12 Ogos 2013, daripada http://dari-

sinarmata.blogspot.com/2013/03/gaya-pembelajaran.html

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi

Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan Dan Strategi Motivasi Diri. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

24

Page 25: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan II Psikologi Pembelajaran

Dan Kognitif, Bimbingan Dan Kaunseling. Petaling Jaya : Longman Malaysia

Sdn. Bhd.

Siow Heng Loke, Abu Talib Putih, Lee Siew Eng, Sandiyao Sebestian, & Adelina

Asmawi (ed.). (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Bentong : PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Wan Dhia. (2013). Gaya Pembelajaran. Diakses pada 13 Ogos 2013, daripada

http://cikguwandhia.blogspot.com/2013/05/gaya-pembelajaran.html

Yew Kam Keong. (2002). Bebaskan Kreativiti Anda. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Meor Ibrahim Kamaruddin, & Assaadah Mohamad. (2011). Kajian Gaya

Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar UTM. Jurnal Psikologi Pendidikan dan

Kaunseling, vol. 2, pp. 51-77

25

Page 26: KERJA KURSUS PENDEK EDU03

LAMPIRAN

26