Kertas Kerja Akujanji Penjagaan Harta Dan Inventori Bilik Darjah

5
KERTAS KERJA AKUJANJI PENJAGAAN HARTA DAN INVENTORI BILIK DARJAH 1.0 PENDAHULUAN Tanggungjawab menjaga harta dan inventori bilik darjah adalah tanggungjawab bersama. Ia menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang bukan bertumpukan kepada pengetua dan guru-guru sahaja, tetapi semua warga sekolah. Sekolah merupakan tempat pengajian yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajar. Inventori bilik darjah adalah milik sekolah yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Keadaan sekolah yang baik, peralatan pengajaran yang cukup serta pelajar yang bertanggungjawab merupakan faktor kejayaan sesebuah sekolah. 2.0 MATLAMAT 2.1 Bilik Darjah berada dalam keadaan selamat dan baik 2.2 Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. 2.3 Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. 2.4 Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat kejayaan. 2.5 Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh- sungguh dan tekun. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memastikan bilik darjah dalam keadaan selamat dan baik. 3.2 Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat dan bersih untuk pelajar. 3.3 Memastikan pelajar dapat menjaga dan memastikan bilik darjah dijaga dan dipelihara. 4.0 ANJURAN Lembaga Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Sutera. 5.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh : 21 Jun 2015 Hari : Ahad Masa : (7.30 pagi 8.10 pagi)

description

KERTAS KERJA

Transcript of Kertas Kerja Akujanji Penjagaan Harta Dan Inventori Bilik Darjah

Page 1: Kertas Kerja Akujanji Penjagaan Harta Dan Inventori Bilik Darjah

KERTAS KERJA AKUJANJI PENJAGAAN HARTA DAN INVENTORI BILIK DARJAH

1.0 PENDAHULUANTanggungjawab menjaga harta dan inventori bilik darjah adalah tanggungjawab bersama. Ia

menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang bukan bertumpukan kepada pengetua dan

guru-guru sahaja, tetapi semua warga sekolah. Sekolah merupakan tempat pengajian yang

menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajar. Inventori bilik darjah adalah

milik sekolah yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar mempelajari sesuatu

ilmu pengetahuan. Keadaan sekolah yang baik, peralatan pengajaran yang cukup serta

pelajar yang bertanggungjawab merupakan faktor kejayaan sesebuah sekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Bilik Darjah berada dalam keadaan selamat dan baik

2.2 Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.

2.3 Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

2.4 Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya

mendapat kejayaan.

2.5 Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan

tekun.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan bilik darjah dalam keadaan selamat dan baik.

3.2 Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat dan bersih untuk pelajar.

3.3 Memastikan pelajar dapat menjaga dan memastikan bilik darjah dijaga dan

dipelihara.

4.0 ANJURAN

Lembaga Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Sutera.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 21 Jun 2015

Hari : Ahad

Masa : (7.30 pagi – 8.10 pagi)

Page 2: Kertas Kerja Akujanji Penjagaan Harta Dan Inventori Bilik Darjah

2

6.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Taman Sutera

7.0 LOKASI

SMK Taman Sutera

8.0 SUMBER KEWANGAN

Tiada

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGASBIL TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS1. Pengacara

Majlis1. Cik Nur Farahain Bt. Ahmad Adin

1. Mempengerusikan majlis

2. Siaraya 1.En. Mohd Hafiz B. Atan 1. Menyediakan dan memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik.

3. Penyediaan Borang Aku janji

Nur Aisyah Michael Abdullah Menaip Aku janji pelajar.

4. Edaran borang akujanji kepada pelajar untuk tandatangan

Penyelaras TingkatanGuru Tingkatan

Mengedarkan borang yang telah ditaip kepada pelajar mengikut kelas untuk ditandatangani pelajar.

Mengarahkan pelajar kelas berkenaan untuk melekatkan di kelas-masing-masing sebagai peringatan kepada diri mereka.

5. Jurugambar En. Abd. Murad bin Abd. Hamid Mengambil gambar semasa program berjalan.

6. Persiapan Tempat

Cik Tay Lee Koon Mempersiapkan tempat untuk majlis akujanji.

7. Penyediaan Kertas kerja program

Pn. Nor Ba’yah Binti Suror Membuat kertas kerja program

8. Bacaan Doa 1. En. Wan Mohamad Fahmi Bin Wan Ramli

1. Membaca doa

9. Bacaan Ikrar Pelajar

1.En. Megat Hanif Bin Megat Ali Mendapatkan wakil pelajar untuk mengetuai bacaan ikrar aku janji

10. Jurugambar Nur Aisyah Michael Abdullah 1. Mengambil gambar sepanjang perjalanan program

11. Kawalan Pelajar 1. En. Mohd Faiz bin Ikhlas2. Guru pendidikan khas (kawalan

1. Mengawal disiplin pelajar sepanjang program berlangsung

Page 3: Kertas Kerja Akujanji Penjagaan Harta Dan Inventori Bilik Darjah

3

pelajar pendidikan khas)3. Pengawas sekolah

12. Buku Program 1. Pn. Jothi a/p Subramaniam 1.Menyediakan dan mengedarkan buku atur cara untuk tetamu jemputan.

13. Dokumentasi 1. Pn. Nor Ba’yah Binti Suror 1.Menyediakan laporan program

11.0 ATURCARA / JADUAL

7.15 pagi – Pelajar berkumpul

7.30 pagi – Bacaan doa

7.35 pagi – Ucapan alu-aluan Pengetua SMK Taman Sutera

7.36 pagi – Bacaan Ikrar pelajar

7.50 pagi - Penyerahan Akujanji kepada Penyelaras Tingkatan

8.10 pagi - Bersurai

12.0 PENUTUP

Semoga program yang akan dilaksanakan ini akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar

tentang pentingnya menjaga harta benda sekolah. Guru-guru juga akan menyedari

tanggungjawab mereka dalam membantu pelajar untuk terus menjaga dan memelihara harta

benda sekolah.

Disediakan oleh,

.....................................................

(NOR BA’YAH BINTI SUROR) Kaunselor SMK Taman Sutera

Page 4: Kertas Kerja Akujanji Penjagaan Harta Dan Inventori Bilik Darjah

4

Disemak oleh,

………………………………….(MD BAHRIN BIN ABD RAHMAN)Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSMK Taman Sutera

Disahkan oleh,

............................ (HAN JOT KHIM) Pengetua SMK Taman Sutera