Kertas Kerja Amalan Terbaik Prasekolah

3
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH 1. KATEGORI Pembelajaran Melalui Projek 2. TAJUK TEMA : DUNIA TEKNOLOGI SUBTEMA : KENDERAAN AIR 3. KAEDAH / TEKNIK Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek melalui penghasilan buku skrap 4. SINOPSIS Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting. Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air. Seterusnya murid akan menyebut bersama- sama perkataan yang diajar oleh guru. Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting. Guru akan mengadakan pertandingan menghasilkan buku skrap di antara kumpulan. Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. 5. KUMPULAN SASARAN Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun. 6. JUMLAH MURID 25 orang 7. LATAR BELAKANG Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid kepada dua belas kumpulan kecil. Murid akan dibahagikan dalam 12 kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri daripada 2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada

Transcript of Kertas Kerja Amalan Terbaik Prasekolah

Page 1: Kertas Kerja Amalan Terbaik Prasekolah

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH

1.            KATEGORIPembelajaran Melalui Projek

2.            TAJUKTEMA                                  :  DUNIA TEKNOLOGISUBTEMA                            :  KENDERAAN AIR

3.            KAEDAH / TEKNIKPembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran  melalui projek melalui penghasilan buku skrap

4.            SINOPSISPengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting.  Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air.  Seterusnya murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru.  Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting.  Guru akan mengadakan pertandingan  menghasilkan buku skrap di antara  kumpulan.  Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah.

5.            KUMPULAN SASARANMurid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6.            JUMLAH MURID25 orang

7.            LATAR BELAKANGKaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid  kepada dua belas  kumpulan kecil.  Murid akan dibahagikan dalam  12  kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri daripada  2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada 3 orang murid.   Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan membantu guru membuat

Page 2: Kertas Kerja Amalan Terbaik Prasekolah

pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling kemas dan cantik untuk dijadikan pemenang.      

8.            RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIKPenggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

9.            STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKANBM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan yang betulBM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

10.          KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKANPembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap

11.          PERINCIAN AKTIVITI Langkah-langkah pelaksaaan:

1.        Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan air kepada murid (Rujuk Lampiran)

2.       Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.

3.       Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru

4.       Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.

5.       Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap

6.       Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.

7.       Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar kenderaan air yang telah disediakan, melukis gambar kenderaan yang diketahui, menggunting gambar mengikut petak yang disediakan

8.       Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.

12.          KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARANPFK 1.2.14           Menyurih menggunakan templet atau objek.KTI 1.1.5             Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.

Page 3: Kertas Kerja Amalan Terbaik Prasekolah

KTI 1.2.3           Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambarPSE 3.2.7              Berkongsi idea, barangan dan peralatan

13.          KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & PGuru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

14.          NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKANNilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama di dalam memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam pertandingan ini.  Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam diri kanak-kanak ini.

15.          KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INIPemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai kemahiran-membaca, menulis, mewarna, menggunting.  Di samping itu, murid juga lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap projek yang telah dilakukan.

16.          IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan.  Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing seperti kemahiran menulis, mewarna dan menggunting.